MALAIKAT MALAIKAT PENJAGA PINTU LANGIT
PENJAGA PINTU LANGIT
Assalamualaikum saudara dan saudari sekalian,kita meneruskan lagi perkongsian kisah kisah islamiah kita sebagai penambah pengetahuan selain menerapkan rasa cinta kepada Pemilik alam ini.
Baik,untuk pada kaki ini marilah kita mengetahui bahawa tiap-tiap pintu langit itu,ada penjaganya.Yang mana,setiap pintu langit itu di awasi oleh setiap Malaikat yang di tugaskan untuk menghalang amalan-amalan ibadah kita yang bercampur dengan sifat riak,rasa ingin masyur,bangga diri,sombong,tiada berbelas kasihan sesama manusia,dan bermacam macam lagi keburukan dalam kebaikan yang kadang kala kita sendiri terlepas pandang atau mungkin tersalah tafsir dalam menghitung amal ibadat kita sendiri,sehingga tertahan di pintu-pintu langit yang tertentu.
Sebagaimana Rasulullah s.a.w berpesan kepada Muaz Bin jabal
"Puji "Puji syukur untuk Allah yang melaksanakan sesuatu terhadap makhlukNya menurut
kehendakNya."
"Wahai Mu'az,"
"Ya Sayyidal Mursalin."
Dari Hadist Muaz bin Jabal,
Rasulullah s.a.w bersabda"Aku akan menceritakan satu kisah kepadamu. Jika engkau menghafalnya (mengambil perhatian),
ia akan bermanfaat untukmu tapi kalau engkau lupakan (tidak ambil berat) maka kamu tidak
akan ada hujah di hadapan Allah kelak."
Selanjutnya Rasulullah s.a.w bersabda "Hai Muaz, Allah telah mencipta tujuh malaikat sebelum Dia mencipta langit dan bumi. Setiap
langit ada satu malaikat yang menjaga pintu langit. Tiap-tiap pintu langit itu dijaga oleh
malaikat penjaga pintu mengikut kadar dan keagungannya."
Rasulullah s.a.w telah menyatakan kepada Muaz Bin Jabal bahawa pada setiap 7 lapisan langit ada Malaikat yang menjaga pintunya.
PINTU LANGIT PERTAMA
Malaikat yang memelihara amalan di hamba akan naik ke langit membawa amal ke langit
pertama. Penjaga akan berkata kepada malaikat Hafazah,
"Saya penjaga tukang umpat. Lemparkan balik amalan ini ke muka pemiliknya kerana saya
diperintahkan untuk tidak menerima amalan tukang umpat."
-Malaikat Hafazah di tugaskan untuk membawa amal yang telah di kerjakan oleh hamba Allah untuk di bawa naik ke hadrat Illahi.Namun setiap perjalanan itu haruslah melalui pintu pintu langit.Maka jika amal seseorang itu melepasi lapisan langit pertama,seterusnya akan di soal pula di pintu langit kedua.
PINTU LANGIT KEDUA
Seterusnya andai melepasi pintu langit pertama,maka itu malaikat Hafazah naik lagi membawa amalan si hamba Allah ini ke langit kedua,
penjaga langit pintunya berkata "Lemparkan balik amalan ini ke muka pemiliknya sebab dia beramal
mengharapkan keduniaan. Allah memerintahkan supaya ditahan amalan ini jangan sampai lepas
ke langit yang lain."
-Bagi amalan yang mengharapkan keduniaan semata mata,maka setakat di langit kedua amal nya berjaya naik.Namun,andai menharapkan sesuatu yang baik dari Allah,amal itu akan melepasi pintu langit kedua.
PINTU LANGIT KETIGA
Di pintu langit ketiga, malaikat Hafazah naik lagi membawa amalan yang sungguh indah.
Penjaga langit berkata "Lemparkan balik amalan ini ke muka pemiliknya kerana dia seorang yang
sombong."
- Amal hamba tadi melepasi pintu langit kedua,kerana dia telah memperbaiki amalan amalan nya sebelum ini dan menjadi lebih baik dan bersungguh dalam ibadahnya,namun dia tidak memperbaiki sifat sombongnya,oleh itu amalannya di campak semula kemuka nya.
PINTU LANGIT KEEMPAT
Apabila sampai Malikat Hafazah dengan membawa catatan amalan yang lebih baik lagi sehingga berjaya sampai ke langit yang keempat,Maka berkatalah Penjaga pintu langit keempat tersebut.
"Lemparkan balik amalan ini ke muka empunyanya. Dia seorang yang ujub.
Allah memerintahkan aku menahan amalan Si Ujub."
-Ujub ni seperti membangga kan diri.jadi amalan membangga diri hanya setakat sampai di langit ke empat.catatan amalannya di tegah untuk melintasi langit keempat.akhirnya tercampaklah amalan yang membangga diri itu kepada empunya catatan tersebut.Maka itu haruslah dia memperbaiki lagi amalan amalannya agad dapat sampai ke hadrat Yang Esa.
PINTU LANGIT KELIM
Apabila amalan nya bertambah baik dan indah lagi betul punya amalan,maka catatan itu seterusnya sampai ke pintu langit kelima.Dah semakin nak sampai dah ni..tapi..tersekat lagi..sebab apa ? Mari mengetahuinya.
Seterusnya amalan si hamba yang lulus ke langit kelima dalam keadaan bercahaya-cahaya
dengan jihad, haji, umrah dan lain-lain tetapi di pintu langit penjaganya berkata
"Ini adalah amalan tukang hasad. Dia sangat benci pada nikmat yang Allah berikan pada hamba-hamba-
Nya. Dia tidak redha dengan kehendak Allah. Sebab itu Allah perintahkan amalannya dilemparkan
balik ke mukanya. Allah tidak terima amalan pendengki dan hasad."
-Jadi kita tak perlu lah bersikap seperti itu.sebab setakat di hadapan Malaikat penjaga langit kelima saja amalan kita sampai.sayang sekali,dah pergi haji,umrah,dapat gelaran haji bagi lelaki,dapat gelaran hajjah bagi wanita,berjihad memang seronok lah kalau dapat berjihad ni.Tapi jangan dilupa,kerana hasad dengki lah iblis terusir keluar dari syurga.Dan ahlul jannahtul aulia itu tidak ada seorang pun yang hatinya mempunyai hasad dan pendengki pada yang lain.Rugi tersangat.Dah separuh jalan dah ni.Harus memperbaiki lagi.
PINTU LANGIT KEENAM
Dan seterusnya andai amalan amalan nya telah di perbaiki,yang mana hasad pendenki tadi yang terlubuk di hati telah di kikis habis habisan,tak tinggal satu pun.Bersih dari hasad dengki,di tambah pula amalan yang baik di pertingkatkan lagi,maka apakah akan tersekat lagi seperti sebelum ini.Lalu andai sampai catatan amalan yang di bawa Malaikat Hafazah ini,berkatalah Malaikat penjaga langit keenam tersebut,
Di langit ke enam, penjaga pintu akan berkata "Saya penjaga rahmat. Saya diperintahkan untuk
melemparkan balik amalan yang indah ini ke muka pemiliknya kerana dia tidak pernah mengasihi
orang lain. Kalau orang dapat musibah dia merasa senang. Sebab itu amalan ini jangan melintasi
langit ini."
-Apabila kita sedikit pun tidak mempedulikan nasib oang lain,maka itu Malaikat penjaga langit keenam tidak memberi laluan kepada amal catatan kita untuk naik ke langit seterusnya.Berkasih sayang antara satu sama lain.Ini sifat yang sangat disukai Allah.Sedangkan Allah sendiri mengasihi hambaNya,kenapa kita tidak ?,oleh itu haruslah berkasih sayang serta berlemah lembut dan pertuturan dan juga tingkah laku.Jika kita mengasihi insan lain,amalan itu akan tercatit di buku amalan kita.
PINTU LANGIT KETUJUH
Dan sekarang seseorang itu dah memperbaiki amalannya.Kali ini dia berkasih sayang sesama ummah.Pantang jumpa orang,di tegur dan di sapa.Peramah dan ringan tulang.membantu warga emas melintas jalan.Serta membantu golongan memelukan.Kini amalan tersebut singgah di langit ketujuh.Tugas Malaikat penjaga pun memeriksa buku amalan yang di bawa oleh Malaikat Hafazah tadi.
Rupa amalan tersebut cahaya bagaikan kilat, suaranya bergemuruh. Di antara amalan itu ialah
sembahyang, puasa, sedekah, jihad, warak dan lain-lain. Tetapi penjaga pintu langit berkata
"Saya ini penjaga sum'ah (ingin mahsyur). Sesungguhnya si pengamal ini ingin masyhur dalam
kumpulan-kumpulan dan selalu ingin tinggi di saat berkumpul dengan kawan-kawan yang
sebaya dan ingin mendapat pengaruh dari para pemimpin Allah memerintahkan padaku agar
amalan ini jangan melintasiku. Allah tidak akan menerima dan mengkabulkan
orang-orang yang riak."
-Rasa masyur dalam ibadah menghalang kita dari melintasi langit ketujuh.dah perjalanan akhir dah ni..sangat rugi.Ibadahnya hanya ingin masyur semata.Oleh itu masyurkanlah dia di dunia dan bukan di langit ketujuh ini.Di sini,tidak ada kemasyuran seperti itu.
SETELAH MELEPASI LANGIT KE TUJUH
Akhirnya,amalan itu telah berjaya melepasi tiap tiap pintu langit.Seterusnya catatan amalan itu dibawa lagi naik melintasi hijad hijad dan sampailah ke hadrat Allah s.w.t,Tuhan Alam semesta ini,Adapun
amal si hamba yang di bawa yakni sembahyang,puasa, zakat, haji, umrah, akhlak yang baik dan pendiam, zikir pada Allah diiringi malaikat ke langit ketujuh hingga sampai melintasi hijab-hijab dan sampailah ke hadrat Allah s.w.t.
Semua malaikat berdiri di hadapan Allah dan semua menyaksikan amalan itu sebagai amalan
soleh yang betul-betul ikhlas untuk Allah.
Tetapi firman Tuhan "Hafazah sekalian, pencatat amal
hamba-Ku, Aku adalah pengintip hatinya dan Aku lebih mengetahui apa yang dimaksudkan oleh
hamba-Ku ini dengan amalannya. Dia tidak ikhlas pada-Ku dengan amalannya. Dia menipu
orang lain, menipu kamu (malaikat Hafazah) tetapi tidak boleh menipu Aku. Aku adalah Maha
Mengetahui."
"Aku melihat segala isi hati dan tidak akan terlindung bagi-Ku apa saja yang terlindung.
Pengetahuan-Ku atas apa yang telah terjadi adalah sama dengan pengetahuan-Ku atas apa
yang bakal terjadi."
"Pengetahuan-Ku atas orang-orang yang terdahulu adalah sama dengan pengetahuan-Ku atas
orang-orang yang datang kemudian. Kalau begitu bagaimana hamba-Ku ini menipu Aku dengan
amalanya ini? Laknat-Ku tetap padanya!"
ketujuh-tujuh malaikat berserta 3000 malaikat yang mengiringinya pun berkata "Ya Tuhan,
dengan demikian tetaplah laknat-Mu dan laknat kami semua bagi mereka."
Dan semua yang di langit turut berkata "Tetaplah laknat Allah kepadanya dan laknat orang yang
melaknat."
-Kita lupa bahawa Allah Maha Mengetahui akan tiap tiap sesuatu.Yang di depan mahupun dibelakang.Kita tak mampu untuk menyembunyikan sedikitpun dari Tuhan yang satu.kemurkaan Allah melaknat hambanya yang catatan amalnya sedikit pun tidak diterima Allah s.w.t.Kita tidak mengejarkan sesuatu demi Allah semata,Malaikat hanya mencatat setiap solat kita,sedekah,amal amal kebajikan,puasa,dan amal soleh lain,akan tetapi Allah jua yang membalasnya.Allah s.w.t mengetahui,apa yang kita fikirkan di dalam solat,niat sedekah kita ingin membantu mereka serba kekurangan atau hanya terpaksa atau mungkin meraih kemasyuran.Seharusnya kita sentiasa mengingati Allah dalam tiap tiap pekerjaan,kerana hanya Allah yang akan membalas setiap amalan kita.
Selanjutnya kita mengakhiri Kisah ni dengan pertanyaan Muaz Bin Jabal yang tersangat tersentuh dan bimbang akan amalan catatannya kelak hingga menangis teresak.
Apa Tindakan Yang Perlu?
Saidina Muaz (yang meriwayatkan hadis ini) kemudian menangis teresak-esak dan berkata "Ya
Rasulullah, bagaimana aku boleh selamat dari apa yang diceritakan ini?"
Sabda Rasulullah "Hai Muaz, ikutilah Nabimu dalam soal keyakinan."
Muas bertanya kembali "Ya, tuan ini Rasulullah sedangkan saya ini hanya Muaz bin Jabal.
Bagaimanakah saya boleh selamat dan boleh lepas dari bahaya tersebut?"
Bersabda Rasulullah:
"Ya begitulah....
kalau dalam amalanmu ada kelalaian maka tahanlah lidahmu jangan sampai memburukkan orang
lain. Ingatlah dirimu sendiri pun penuh dengan aib.
Janganlah mengangkat diri dan menekan orang lain.
Jangan riyak dengan amal supaya amal itu diketahui orang.
Jangan termasuk orang yang mementiingkan dunia dengan melupakan akhirat.
Kamu jangan berbisik berdua ketika di sebelahmu ada orang lain yang tidak diajak
berbisik
Jangan takabbur dengan orang lain, nanti luput amalanmu dunia dan akhirat
Jangan berkata kasar dalam suatu majlis dengan maksud supaya orang takut
padamu.
Jangan mengungkit-ungkit apabila membuat kebaikan
Jangan merobekkan peribadi orang lain dengan mulutmu kelak engkau akan
dirobek-robek oleh anjing-anjing Jahannam sebagaimana firman Allah yang
bermaksud "Di neraka itu ada anjing-anjing perobek badan manusia.
"
Muaz bertanya lagi "Ya Rasulullah... siapa yang tahan menanggung penderitaan seperti itu?"
Jawab Rasulullah:
"Muaz, yang demikian itu akan mudah bagi mereka yang dimudahkan oleh Allah s.w.t. Cukuplah
untuk menghindarkan semua itu, kamu menyayangi orang lain sebagaimana kamu mengasihi
dirimu sendiri dan benci apa yang berlaku kepada orang lain apa-apa yang engkau benci
berlaku pada dirimu. Dengan demikian, kamu akan selamat dan dirimu pasti akan terhindar.
Inilah Jalan Sufi Headline Animator
Pencerahan Bid'ah
Friday, November 6, 2015
11 Golongan Manusia Yang Didoakan Malaikat
11 Golongan Manusia Yang Didoakan Malaikat
Percaya kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan. Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.
Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:
Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:
- Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”
- Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’”
- Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”
- Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”
- Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”
- Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.”
- Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.”Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?”Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’”
- Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”
- Orang yang membelanjakan harta (infak).Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’”
- Orang yang sedang makan sahur.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”
- Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. Semoga kita termasuk dan tersenarai sama.
Wednesday, November 4, 2015
isu zikir sambil menari, isu sembah kubur, segala isu khurafat, semua depa nak lambak kan semua itu kepada golongan sufi dan tasauf !
peringatan kpd kaum muda, salafi wahabi dan yg sewaktu dengannya :
isu zikir sambil menari, isu sembah kubur, segala isu khurafat, semua depa nak lambak kan semua itu kepada golongan sufi dan tasauf !
mana boleh macam tuuuu .... mu kena ngaji dulu, kena reti dulu apa itu tasauf, apa itu sufi ..
segala isu di atas tu tak ada sangkut paut dengan sufi dan tasauf pun.
Tasauf ialah ilmu tentang cara cara dan jalan untuk mensucikan hati, menjernihkan tauhid dan memperelokkan segala amal ibaadah !
- sesat kat mana ilmu ini ?
- tak kan nak jernihkan amalan, nak buang sifat mazmuumah, nak kuatkan tauhid itu dipanggil sesat ???!!!
- sesat kat mana ilmu ini ?
- tak kan nak jernihkan amalan, nak buang sifat mazmuumah, nak kuatkan tauhid itu dipanggil sesat ???!!!
Mu pergi selak dan baca semua kitab kitab tasauf, mana ada sebut dan ajar benda benda khurafat tu !
Nak nilai dan lihat tasauf sesat atau tidak, nilailah dlm kitab kitab karangan ulama tasauf, bukan nilai melalui amalan org yg tak kita ketahui dari mana datangnya ...
jangan nilai perbuatan manusia yg pakai serupa org tasauf dan org sufi..... dan terus menuduh begian begian ....
Mereka yg sedang berjalan (Suluk ) mengikut jalan jalan yg dipelajari dari ilmu tasauf, yg mengambil zikir toriqat, yg membuat ibadah mengikut arahan dan saranan guru tariqat , itu dipanggil org yg menjalankan Suluk ( jalan jalan dan cara untuk membersihkan hati dari sifat sifat kotor dan mazmuunah . Mereka di tahaf ini belum lagi dinamakan org sufi , kerana hatinya masih belum bersih !
Mereka dipanggil murid yg sedang Bersuluk ( berjalan dlm di alam Tasauf )
Manakala Org Sufi ialah org yg telah berjaya mensucikan dirinya dari sifat tercela di sisi syarak seperti sombong takkabbur, riak , ujub, suma'ah, ghadab, kedekut dan bakhil, tidak reda dengan Allah, cinta dunia, cinta makan, cinta tidur, cinta manusia, cinta nafsu , cinta syaitan dan sebagainya !
Pendek kata org sufi ialah mereka yg sudah bersih jilah jiwanya, sudah kuat tauhidnya
Mereka ini (org sufi ) sangat cinta kdp Allah dan rasulAllah, cinta kpd kebajikan, telah hilang sifat ammarah dan mazmuumah . Mereka Bebas dari nafsu ammarah, dan lawwaamah....
Selagi hati tidak bersih, tidak ikhlas, cakap kotor, sangat cinta kdp dunia, manusia, harta dan pangkat, sombong dan sebagainya seperti di atas, maka org itu TIDAK BOLEH LAGI KITA PANGGIL DIA ORG SUFI !!!
Pakailah serban sebesar mana pun, jalan menunduk nunduk, tasbih sentiasa di tangan, pijak semut pun tak mati, sekiranya hati masih belum bersih dari sifat tercela di atas, maka org itu TIDAK BOLEH LAGI KITA PANGGIL DIA ORG SUFI !!!
Org Sufi bukanlah seperti yg kebanyakan org sekarang ini faham. Mereka kata org sufi tu ialah org yg sentiasa ziarah kubur, zikir menari atau zikir siang dan malam, pakai serban dan jubah, kuat ibadat dan sebagainya !!!
BUKAN !!
Kita sering terbaca dan dengar puak salafi wahabi mencela cela, mengkafirkan dan menghina golongan sufi tanpa ilmu yg benar !
Di mana silapnya golongan yg telah bersih hati dan jiwanya ?
Adakah kerana hati mereka dah bersih dari kotoran ammarah dan lawwaamah itu menyebabkan kamu mencela mereka ???
Adakah kerana hati mereka dah bersih dari kotoran ammarah dan lawwaamah itu menyebabkan kamu mencela mereka ???
Janganlah kita mengatakan sesuatu yg kita tidak tahu !
Patutkah puak salafi wahabi sering memperlekehkan dan merendah rendah golongan sufi ini ??
Macam mana kita tahu seseorang itu telah mengenal Allah ?
Kitab aqidah daarussameen.
Macam mana kita tahu seseorang itu telah mengenal Allah ?
Adakah Allah tu ada berpehak ?
Adakah Allah berada di atas @ di bawah @ di kiri @ di kanan @ di depan @ atau di belakang ?
Adakah Allah berada di atas @ di bawah @ di kiri @ di kanan @ di depan @ atau di belakang ?
Adakah Allah bertangan, bermata, berkaki ?
قل هوا الله احد الله الصمد لم يلد ولم يولد ولم يكن له كفوا احد
Jangan berkata Allah berada di atas arasy kerana arasy itu berjisim, pd hal Allah tidak berjisim dan tidak berjirim !
ليس كمثله شئ
Allah itu tidak menyerupai satu pun, walaupun dlm khayalan !
Kalau dtg dlm khayalan dlm apa jua rupa dan bayangan , maka semua itu bukan tuhan, kerana Allah tidak berupa !
Kalau dtg dlm khayalan dlm apa jua rupa dan bayangan , maka semua itu bukan tuhan, kerana Allah tidak berupa !
Allah juga tidak bertempat, tidak berpehak, tidak atas, tidak bawah, tidak kiri, tidak kanan, tidak di depan , tidak di belakang dan juga tidak di dalam ! Sebab yg berjirim dan berjisim saja yg ada tempat dan berpehak
Bagaimana hakikat Allah ?
Maka kita jawab tak tahu, maka "tak tahu" itulah yg dinamakan kenal Allah !
Maka kita jawab tak tahu, maka "tak tahu" itulah yg dinamakan kenal Allah !
Majlis ilmu surau kiyai syukri
Minhaajun abideen : selesai aqabah ilmu, masuk aqabah taubat
4 perkara penghalang ibadat
4 perkara penghalang ibadat
1 nafsu
2 syaitan
3 dunia
4 manusia
2 syaitan
3 dunia
4 manusia
Tuan guru bagitau salah satu sifat iblis :
Dia akan persoalkan dan membuat pertikaian terhadap org yg sampai hukum hakam tuhan.
Seperti dikatanya "hang baru mengaji 2 -3 hari nak mari mengajar aku, atau hang baru ngaji 2- 3 hari nak berdakwah kat org "!
Seperti dikatanya "hang baru mengaji 2 -3 hari nak mari mengajar aku, atau hang baru ngaji 2- 3 hari nak berdakwah kat org "!
Sangat sedikit org yg dapat mengharungi aqabah ilmu, kerana halangannya cukup banyak !
Sebab tuuu dlm 1000 yg pergi ngaji ilmu agama, mungkin seorang saja yg dapat jadi alim !
Tuesday, November 3, 2015
Belajar Ilmu Nahwu dan Shorof
Belajar Ilmu Nahwu dan Shorof
- Kitab Alfiyah Ibnu Malik
- Abniatul Mashdar
- Bab 'Adad Ma'dud
- Bab Af'alu At-Tafdhil
- Bab Al-Ikhtishosh
- Bab Amil Jawazim
- Bab Ammaa Laulaa dan Laumaa
- Bab Asma'ul-Af'al wa Ashwat
- Bab At-tahdzir wal Ighra'
- Bab At-Tamyiiz
- Bab Athaf Bayan
- Bab Athof Nasaq
- Bab Badal
- Bab Fa'il
- Bab Haal
- Bab Harf Jar
- Bab I'maalul-Mashdar
- Bab I'rab Fi'il
- Bab Idhafah
- Bab Isim Fail Isim Maf'ul Sifat Musyabbahah
- Bab Isim Tidak Munsharif
- Bab Istighasah
- Bab Istitsna'
- Bab Isytighal
- Bab Kalam
- Bab Maf'ul Fih Zharaf
- Bab Maf'ul Liajlih-Maf'ul Lah
- Bab Maf'ul Mutlaq
- Bab Membuat Khobar dgn Alladzi
- Bab Mu'rob dan Mabni
- Bab Mudhaf pada Ya' Mutakallim
- Bab Munada Mudhaf pada Ya' Mutakallim
- Bab Munada Tarkhim
- Bab Mutaaddi dan Lazim
- Bab Na'at
- Bab Naibul Fa'il
- Bab Nakirah dan Ma'rifah
- Bab Ni'ma dan Bi'sa
- Bab Nida'
- Bab Nudbah
- Bab Nun Taukid Tsaqilah dan Khafifah
- Bab Pengamalan Isim Fa'il
- Bab Sifat Musyabbahah
- Bab Ta'ajjub
- Bab Tanaazu' dalam Amal
- Bab Taukid
- Fasal LAW
- Isim-Isim Lazim pada Munada
- Muqoddimah
- Tabi' Munada
- Syarah Kailani Matan 'Izzi
- tak-berkategori
Subscribe to:
Posts (Atom)
