Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Friday, November 13, 2015

PANTUN SIFAT 20

PANTUN SIFAT 20
Wujud ALLAH wajib ada
Wujud kita harus sahaja
Wujud ALLAH dapat dirasa 
Namun ia tak dapat diduga.
Ada ALLAH, tiada mula
Sejak azali, Dia sedia
Ada kita diciptakanNya
Dari tiada kepada ada.
Ada ALLAH, kekal sentiasa
Tiada yang mengubahNya
Ada kita binasa akhirnya
Datang dariNya, pulang kepadaNya.
Ada ALLAH, tiada serupa
Tak berbentuk dan berupa
Tak bertempat di mana jua
Tidak takluk pada masa.
Ada ALLAH, sendiri sahaja
Tak berhajat pada apa jua
Cukuplah Dia dengan DiriNya
Bahkan kita yang perlu padaNya.
Ada ALLAH, Esa sahaja
Tidak berbilang apa pun jua
Tidak bersusun dari apa-apa
Anak tiada bapa pun tiada.
Ada ALLAH, Pemilik Kuasa
Kita hanya dikuasa jua
Kuasa ALLAH tiada terkira
Kuasa kita terbatas jua.
Ada ALLAH, Kehendak MilikNya
Kehendak kita kehendakNya jua
Tiada yang dapat mengatasiNya
Pasrahlah kita kepadaNya.
Ada ALLAH, Ilmu MilikNya
Kita jahil tak tahu apa-apa
Dialah yang Maha Bijaksana
Semua takdirNya elok belaka.
Ada ALLAH, Hayat MilikNya
Tidak mati mahupun binasa
Dialah yang kekal jua
Lemahlah kita tiada berdaya.
Ada ALLAH, Dengar MilikNya
Tiada apa yang sunyi dariNya
Tiap kata didengarNya jua
Maka berwaspadalah kita.
Ada ALLAH, Lihat MilikNya
Tiada dapat selindung dariNya
Zahir batin dilihatNya jua
Baik buruk pasti dihitungNya.
Ada ALLAH, Kata MilikNya
Kita makhluk kelulah jua
Tiada kata seindah KataNya
Al-Quran itu pengzahirannya.
Kita hamba lemahlah jua
Tiada berdaya, tiada berupaya
KepadaNya berpasrahlah kita
Baru kita hidup bahagia...
Terima kasih ust saedon, Zahidah Nafisah

Monday, November 9, 2015

Kesalahan Semasa Solat Tanpa Kita Sedari

Solat merupakan antara kewajipan paling penting dalam kehidupan umat Islam. Nabi SAW diisrakkan ke langit untuk menerima perintah solat. Solatlah amalan pertama yang akan dihisab di akhirat kelak. Oleh yang demikian, marilah kita sama-sama baiki mutu solat kita. Maksud hadis:
“Amal seorang hamba yang pertama kali dihisab kelak ialah solat, jika solatnya rosak, maka amal lainnya pun akan rosak.” (HR Thobrani)
Berikut merupakan kesalahan-kesalahan solat yang tidak kita sedari, berdasarkan hasil pembelajaran dan kajian saya selama ini. Semoga post kali ini memberi manfaat kepada kita, insya Allah…
  1. Tidak berdiri lurus. Berdiri lurus bagi yang berkemampuan merupakan salah satu rukun solat. Apa yang diperhatikan, seseorang yang sakit tidak berdiri lurus semasa solat. Mereka terus duduk, tanpa berdiri lurus. Sewajibnya, mereka berdiri lurus dahulu, kemudian, barulah mereka boleh duduk. Ini adalah kerana mereka masih boleh berdiri dan berjalan! Macam mana mereka ke masjid sekiranya mereka tidak boleh berjalan? Perkara ini terkecuali sekerinya seseorang itu memang betul-betul tidak mampu untuk berdiri
  2. Takbiratul Ihram dilafazkan dengan salah. Contohnya, bertakbir dengan lafaz ﭐﷲ di mulut, dan ﺃﻛﺒﺮ di dalam hati. Walhal, lafaz takbiratul ihram adalah RUKUN QAULI, maka, ia WAJIB dilafazkan 100% di mulut tanpa meninggalkan satu hurufpun dalam kalimah ﭐﷲ ﺃﻛﺒﺮ . Selain itu, sekiranya makhraj lafaz takbiratul ihram ini salah, maka ia boleh juga membatalkan solat. Contohnya, melafazkan takbiratul ihram dengan suara angin (seperti suara orang berbisik).
  3. Terdapat kesalahan dalam al-Fatihah. Al-Fatihah merupakan RUKUN QAULI yang wajib dilafazkan 100% oleh mulut dengan makhraj dan tajwid yang betul. Sekiranya membaca al-Fatihah dalam hati atau menggunakan suara angin, maka, ia boleh membatalkan solat.
  4. Tidak thomakninah (berhenti seketika) dalam rukuk dan sujud. Kadar minimum untuk rukuk dan sujud adalah dengan kadar lafaz “subhanallah”. Maksud hadis:
“Seburuk-buruk pencuri adalah orang yang mencuri dalam solatnya.” Sahabat bertanya, “Bagaimana caranya mencuri solat itu wahai Rasulullah?”
“Yaitu, yang tidak menyempurnakan rukuk, sujud dan bacaan di dalam solatnya” (HR Ahmad)

  1. Sujud yang tidak sempurna, anggota sujud tidak dikenakan ke atas lantai. Tujuh anggota sujud tersebut adalah: muka (termasuk dahi dan hidung); kedua tapak tangan; kedua lutut dan penghujung 2 tapak kaki (ibu jari), sebagaimana sabdanya yang bermaksud:
“Aku telah memerintahkan agar sujud keatas tujuh tulang: keatas dahi, dan beliau mengisyaratkan ke hidungnya, 2 tangan, 2 lutut dan pada penghujung 2 tapak kaki (ibu jari).” (Muttafaqun ‘Alaih)
  1. Lafaz tahiyyaat akhir yang salah. Perkara ini merupakan antara kesalahan yang amat biasa dilakukan tetapi ramai yang tidak menyedarinya. Lafaz tahiyyaat wajib disebut dengan makhraj yang betul kerana ia adalah rukun qauli. Sekiranya lafaz tahiyyat itu dilafazkan dengan suara angin juga, ia akan membatalkan solat. Namun begitu, amat sukar untuk diterangkan berkaitan lafaz tahiyyat akhir yang betul di dalam ruang yang terbatas ini. Sebaik-baiknya, rujuklah guru agama yang hak.
  2. Lafaz salam dibaca dalam hati, dilafaz dengan suara angin, atau melafazkan salam dengan makhraj dan huruf yang salah juga boleh membatalkan solat. Lafaz yang tepat adalah ﭐﻟﺴﻼﻢﻋﻠﻴﻜﻢﻭﺭﺣﻤﺔﭐﷲ (assalaamu’alaikum warahmatullaah). Sekiranya menyebut “asalaamu’alaikum”, “salaamu’alaikum”, menukar huruf ﻉ kepada ﺃ, huruf ﺡ kepada ﻫ, atau apa sahaja sebutan yang selain daripada ﭐﻟﺴﻼﻢﻋﻠﻴﻜﻢﻭﺭﺣﻤﺔﭐﷲ , ia akan membatalkan solat. Menyebut salam dalam hati juga boleh membatalkan solat, kerana lafaz salam pertama adalah rukun qauli, ia WAJIB dilafazkan 100% oleh mulut dengan makhraj dan tajwid yang betul.
  3. Tangan berayun-ayun semasa i’tidal. Pergerakan anggota besar 3 kali berturut-turut boleh membatalkan solat. Tak tahulah kenapa orang suka sangat ayun tangan semasa i’tidal, yang macam buayan tu.
  4. Tidak berhenti seketika, yakni i’tidal selepas rukuk.
  5.  Dada berpaling dari kiblat

Sumber: http://www.soutulmujahid.com/

KHASIAT BISMILLAH LIMA

"KHASIAT BISMILLAH LIMA"
بسم الله الرحمن الرحيم
1. Bismillahir Rahmanir Rahiim
بسم الله الشافي
2. Bismillahish Shaafii
بسم الله الكافي
3. Bismillahil Kaafii
بسم الله المعافي
4. Bismillahil Mu’aafii
بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شىء في الارض ولا في السماء وهو السميع العليم
5. Bismillahil ladzhi laa ya dhurru ma’as mihi syai un fil ardhi wala fis samaa-e wa huwas samii’un ‘alim
* Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
* Dengan nama Allah Yang Menyembuhkan
* Dengan nama Allah Yang Mencukupkan
* Dengan nama Allah Yang Memberikan kesihatan yang baik
* Dengan nama Allah yang tidak memberi kemudaratan dengan namanya akan sesuatu pun di dunia dan di langit dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui
Antara fungsi Bismillah 5 ni:
*penawar bisa diri
*penawar kepada penyakit bisa-bisa tulang
*penawar bisa-bisa badan
*penawar bisa batu merian
*boleh digunakan untuk mengubati sakit yang tidak diketahui puncanya
Cara menggunakan Bismillah 5 :
1. Letakkan tangan di tempat yang sakit, tarik nafas, baca Bismillah 5 tujuh kali dan tiup di tempat yang sakit.
2. Kalau anak menangis di tengah malam, baca Bismillah 5 ini dan hembus pada ubun-ubun bayi.
3. Kalau anak demam, baca dan hembus pada air 19x, kemudian lap badan anak dengan air tersebut sekerap mungkin sambil berselawat.
Kesan Sampingan:
Dengan mengamalkan Bismillah Lima akan menyebabkan segala jenis racun menjadi tawar serta tidak mendatangkan mudharat jika terminum. Gelas yang dipegang oleh pengamal Bismillah Lima akan pecah pecah dengan sendirinya jika kandungannya mengandungi racun.
Wallahu a'lam. Semoga bermanfaat.
SHARING IS CARING
Ya Allah ampuni dosa2 kami, pasangan kami, kedua ibu bapa kami, anak2 kami, jiran tetangga kami, sahabat2 kami, guru2 kami, cukupkan lah rezki dan permudahkan lah segala urusan kami, dunia dan akhirat.........
آَمِيّـٍـِـنْ... آَمِيّـٍـِـنْ يَآرَبْ آلٌعَآلَمِِيِن
Marilah kite pakat2 hadiahkan Al Fatihah buat kedua ibubapa kite tak kire lah yg masih hidup @ yg telah meninggal kan kite.... Al-Fatihah

Sunday, November 8, 2015

MAZA MEMUJI ULAMAK WAHHABI YANG MENGHUKUM SESAT IMAM AN NAWAWI DAN IMAM IBNU HAJAR AL ASQOLANI

241 Views
Menjawab Kebatilan DR MAZA uploaded a new video: Imam Nawawi dan Imam Ibnu Hajar disesatkan. Peninggalan Rasulu...
1 hr
MAZA MEMUJI ULAMAK WAHHABI YANG MENGHUKUM SESAT IMAM AN NAWAWI DAN IMAM IBNU HAJAR AL ASQOLANI

PENJELASAN PENUH DARI JABATAN MUFTI KERAJAAN NEGERI SEMBILAN MENGENAI GERAKAN KETIKA BERZIKIR DAN TARIAN



PENJELASAN PENUH DARI JABATAN MUFTI KERAJAAN NEGERI SEMBILAN MENGENAI GERAKAN KETIKA BERZIKIR DAN TARIAN PADA MAJLIS AL-SIMA’

S: Adakah para Sahabat Nabi bergerak-gerak sepertimana tanaman bergoyang ketika berzikir?

J: Secara tabienya, seseorang itu terkesan dengan pelbagai perkara. Ada individu atau sekumpulan orang apabila mendengar puisi, kata-kata, nyanyian, ataupun muzik akan bergerak dengan pelbagai gerakan. Ada yang menggerakkan kepala, ada yang mengoyang-goyangkan badan atau ada yang menari-nari dan sebagainya. Maka tidak mustahil berlaku kepada para sahabat nabi menggerakkan badan mereka ketika mendengar bacaan ayat-ayat al-Quran disebabkan kekuatan kesan pada wajdan (rasaan) dan saraf mereka sebagaimana dinyatakan dalam firman Allah,
تَقْشَعِرُّ مِنْهُ جُلُودُ الَّذِينَ يَخْشَوْنَ رَبَّهُمْ ثُمَّ تَلِينُ جُلُودُهُمْ وَقُلُوبُهُمْ إِلَى ذِكْرِ اللهِ[1]




Yang bermaksud, yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram, kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah.

Pada ketika seram sejuk kulit mereka (oleh kerana mendengar al-Quran atau membacanya), terkesan kepada saraf dan ianya telah menghasilkan reaksi seterusnya mereka melakukan apa-apa pergerakan[2].

Asas Pertimbangan

Perkataan al-Sima‘ ( السِّمَاعُ )[3] merupakan istilah tasauwuf yang bermaksud mendengar syair-syair (termasuk qasidah) indah lagi terpilih dengan dendangan yang bagus dan suara yang merdu.

Antara jenis al-Sima‘ yang terunggul ialah mendengar al-Quran. Ia memerlukan satu tahap tertinggi sehingga pendengar mampu mencapai mukjizat keterangan dan keindahan al-Quran serta memahami segala pengertian dan petunjuknya.

Majlis al-Sima‘ hari ini terus berkembang dan berubah bentuknya. Sesudah keadaan dahulu yang hanya penyanyi nasyid mendendangkan nasyid dan majlis mendengarnya sahaja, kini ahli majlis berdiri dalam bentuk bulatan atau beberapa barisan yang berhadapan sambil mengulang-ulang lafaz nama Allah yang tertentu dengan irama dan pergerakan yang terhad, manakala suara penyanyi pula mengatasi suara mereka sambil berdendang, merangsang dan membangkitkan semangat mereka.

Ketika seseorang hamba itu membaca al-Quran atau berzikir kepada Allah, diperkukuhkan lagi dengan roh ke atas perbuatan tersebut untuk memperolehi kekuatan dan penyucian, maka tubuh badan akan bergerak-gerak dan bergoyang-goyang keseronokan. Ianya adalah disebabkan keintiman mereka (roh) dengan hari dikhitabkan
أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ[4]


Yang bermaksud, Bukankah Aku tuhan kamu?

Demikianlah sebab manusia mengerak-gerakkan kepalanya ketika berzikir atau mambaca al-Quran. Ianya seolah-olah roh berasa seronok tatkala taqarrub kepada tuhannya apabila mendengar kalamNya atau namaNya.

Sebahagian Arifin berkata: Sebab manusia bergoyang apabila mendengar suara yang merdu adalah kerana roh teringat-ingat kesedapan khitab pada hari disebut ( أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ ) sewaktu keluar daripada sulbi Adam dan ia terkenang-kenang peristiwa tersebut.[5]


Dalil Daripada al-Quran


Asas berzikir dalam semua keadaan ialah berdasarkan firman Allah[6],
الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَى جُنُوبِهِمْ[7]




Yang bermaksud, (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring...

Imam al-Alusiy dalam tafsirnya “Ruh al-Ma‘aniy” menjelaskan: (selepas penerangan yang panjang) Sebagaimana yang diceritakan daripada Ibn Umar ra dan Urwah bin al-Zubair ra serta jamaah daripada sahabat ra, mereka telah keluar untuk menyambut hari raya di Musolla dan berzikir kepada Allah. Tatkala dibacakan ayat di atas, mereka bangun berzikir dalam keadaan berdiri sebagai tabarruk muwaffiq ayat tersebut.[8]

Imam al-Qurtubi dalam tafsirnya “al-Jami‘ al-Ahkam” menyebut: Dalam ayat di atas, Allah menyatakan anak Adam melakukan urusan mereka dalam tiga keadaan. Ianya seolah-olah membataskannya mengikut masa. Hal ini kemudian diperjelaskan oleh hadith daripada Saidatina Aishah ra:

كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهِ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَذْكُر الله عَلَى كُلِّ أَحَيَانِهِ[9]

Yang bermaksud, Sesungguhnya Rasulullah SAW menyebut dan mengingati Allah dalam setiap keadaan.

... sehingga kata-katanya (Imam al-Qurtubi): Orang yang berzikir dalam semua keadaan akan beroleh pahala dan ganjaran Insya Allah.[10]

Firman Allah lagi,
فَإِذَا قَضَيْتُمُ الصَّلاَةَ فَاذْكُرُوا اللهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَى جُنُوبِكُمْ[11]




Yang bermaksud, Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk dan semasa mereka berbaring...


Dalil Daripada Hadith



وروى أبو نعيم عن الفضيل بن عياض رحمه الله تعالى أنه قال: كان أصحاب رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا ذكروا الله تمايلوا يمينا وشمالا كما تتمايل الشجرة بالريح العاصف إلى أمام ثم إلى وراء.[12]


Yang bermaksud, Diriwayat oleh Abu Naim, daripada al-Fudail bin Iyad rh berkata: Bahawa sahabat Rasulullah SAW ketika zikrullah bergoyang-goyang ke kanan dan ke kiri seperti mana pokok bergoyang ditiup angin kencang ke hadapan dan kemudian ke belakang.


وعن أبي أُراكة يقول: صليت مع علي رضي الله عنه صلاة الفجر فلما انفتل عن يمينه مكث كأن عليه كآبة، حتى إذا كانت الشمس على حائط المسجد قدر رمح صلى ركعتين ثم قلب يده فقال: والله لقد رأيت أصحاب محمد صلى الله عليه وسلم فما أرى اليوم شيئا يشببهم، لقد كانوا يصبحون صفرا شعثا غبرا، بين أعينهم كأمثال ركب المعزى، قد باتوا لله سجدا وقياما، يتلون كتاب الله، يتراوحون بين جباههم وأقدامهم، فإذا أصبحوا فذكروا الله مادوا كما يميد الشجر فى يوم الريح وهملت عيونهم تبل ثيابهم...[13]

Yang bermaksud, Dan daripada Abi Urakah berkata: Aku solat subuh bersama Ali ra. Kemudian beliau berpaling ke sebelah kanan dan kelihatan beliau dalam keadaan kesedihan. Beliau duduk sehinggalah cahaya matahari mengenai dinding masjid dalam kadar sebatang lembing lalu beliau solat dua rakaat. Apabila selesai bersolat, beliau membalikkan tangannya lalu berkata: Demi Allah, sesungguhnya aku pernah melihat para sahabat Nabi SAW dan aku tidak dapat lagi melihat keadaan hari ini yang serupa dengan suasana mereka. Kehidupan mereka kusut masai dan berdebu, dahi mereka bertanda seperti tanda pada lutut kambing, kesan daripada sujud. Mereka bermalam dengan melakukan sujud dan qiam kerana Allah, mereka membaca al-Quran, (berterusan) berganti-ganti dahi mereka sujud dan kaki mereka qiam. Apabila subuh mereka berzikir bergoyang-goyang sepertimana pokok bergoyang ditiup angin dan bercucuran airmata mereka sehingga basah baju mereka....




عن سيدتنا عائشة رضى الله عنها قالت: جاء حبش يَزْفِنون (معناه يرقصون) فى يوم عيد فى المسجد، فدعاني النبي صلى الله عليه وسلم فوضعت رأسي على منكبيه، أنظر إلى لعبهم حتى كنت أنا التى أنصرف عن النظر إليهم.[14]

Yang bermaksud, Daripada Saidatina Aishah ra berkata: Telah datang orang Habsyah menari pada hari raya di masjid. Lalu Nabi SAW memanggilku dan aku meletakkan kepalaku di atas bahu Baginda. Aku menonton tarian mereka sehingga aku mengalihkan pandanganku daripada mereka.


عن سيدنا أنس رضي الله عنه قال: كان الحبشة يرقصون بين يدي رسول الله صلى الله عليه وسلم ويقولون بكلام لهم: محمد عبد صالح. فقال صلى الله عليه وسلم: ماذا يقولون؟ فقيل: يقولون: محمد عبد صالح.

Yang bermaksud, Daripada Saidina Anas ra berkata, Sesunguhnya orang Habsyah menari di hadapan Rasulullah SAW sambil menyebut di dalam bahasa mereka: Muhammad hamba soleh. Baginda bertanya: Apakah yang mereka sebutkan itu? Sahabat menjawab: Mereka menyebut: Muhammad hamba soleh.[15]

عن سيدنا علي بن أبي طالب رضي الله عنه: (اختصم علي وجعفر وزيد ابن حارثة فى ابنة حمزة: فقال لعلي: أنت مني وأنا منك، فحجل علي، وقال لجعفر بن أبي طالب: أشبهت خلقى وخلقى، فحجل، وقال لزيد بن حارثة: أنت أخونا ومولانا، فحجل زيد ... الحديث)[16]

Yang bermaksud, Daripada Saidina Ali ra, berbalah Ali, Ja‘far dan Zaid Ibn Harithah tentang anak perempuan Hamzah lalu (Nabi) bersabda kepada Ali: Kamu sebahagian daripadaku dan aku sebahagian daripadamu. Lalu Ali menari-nari (apabila mendengar pujian daripada baginda). Baginda bersabda kepada Ja‘far bin Abi Talib: Rupa dan akhlakmu seperti diriku. Lalu beliau menari-nari (apabila mendengar pujian daripada baginda). Baginda bersabda pula kepada Zaid Ibn Harithah: Engkau saudara dan ketua kami. Lalu Zaid menari-nari (apabila mendengar pujian daripada baginda)...

Al-Alamah al-Katani berkata: (الحجل ) bermaksud menari-nari dalam keadaan tertentu[17].

Begitu juga kata Ibnu Hajar al-Asqolaniy pada syarah hadith: (الحجل ) ialah berdiri di atas satu kaki sambil menari-nari dalam keadaan tertentu.[18]

وقال فقيه السادة الشافعية بمكة المكرمة العلامة أحمد زيني دحلان رحمه الله تعالى فى كتابه المشهور فى السير النبوية عند ذكره الحديث ما نصه: فرقص يعني جعفر رضي الله عنه من لذة هذا الخطاب، فلم ينكر عليه صلى الله عليه وسلم، وجعل ذلك أصلا لرقص الصوفية عندما يجد لذة المواجيد فى مجالس الذكر والسماع.[19]


Yang bermaksud, Berkata al-Faqih yang bermazhab Syafie di Makah al-Mukarramah, al-Alamah Ahmad Zaini Dahlan rh dalam kitabnya yang masyhur ‘al-Sir al-Nabawiyah’ tatkala disebut hadith sepertimana yang dinaskannya: Maka tarian iaitu yang dilakukan oleh Ja‘far ra ketika merasai kelazatan dengan ucapan ini (pujian tersebut), Rasulullah SAW tidak mengengkari perbuatannya dan atas dasar inilah dijadikan sumber hujah bagi golongan sufi melakukan tarian (pergerakan) apabila merasai keseronokan dalam majlis zikir dan sima‘.

Pendapat Ulama’


Imam al-Nawawi

والرقص ليس بحرام، قال الحليمي: لكن الرقص الذي فيه تثن وتكسر يشبه أفعال المخنثين حرام على الرجال والنساء.[20]

Yang bermaksud, Dan menari tidaklah haram. Berkata al-Halimiy: Melainkan tarian itu seperti perempuan melenggok-lenggok, umpama perbuatan pondan maka ia haram bagi lelaki dan perempuan.

Imam Jalaluddin al-Suyuti.

مسألة - في جماعة صوفية اجتمعوا في مجلس ذكر ثم إن شخصا من الجماعة قام من المجلس ذاكرا واستمر على ذلك لوارد حصل له فهل له فعل ذلك سواء كان باختياره أم لا وهل لأحد منعه وزجره عن ذلك.

الجواب - لا إنكار عليه في ذلك. وقد سئل عن هذا السؤال بعينه شيخ الإسلام سراج الدين البلقيني فأجاب بأنه لا إنكار عليه في ذلك وليس لمانع التعدي بمنعه ويلزم المتعدى بذلك التعزير. وسئل عنه العلامة برهان الدين الأبناسي فأجاب بمثل ذلك وزاد أن صاحب الحال مغلوب والمنكر محروم ما ذاق لذة التواجد ولا صفا له المشروب إلى أن قال في آخر جوابه وبالجملة فالسلامة في تسليم حال القوم. وأجاب أيضا بمثل ذلك بعض أئمة الحنفية والمالكية كلهم كتبوا على هذا السؤال بالموافقة من غير مخالفة. أقول وكيف ينكر الذكر قائما والقيام ذاكرا وقد قال الله تعالى (الذين يذكرون الله قياما وقعودا وعلى جنوبهم) وقالت عائشة رضي الله عنها كان النبي صلى الله عليه وسلم يذكر الله على كل أحيانه، وإن انضم إلى هذا القيام رقص أو نحوه فلا إنكار عليهم فذلك من لذات الشهود أو المواجيد وقد ورد في الحديث رقص جعفر بن أبي طالب بين يدي النبي صلى الله عليه وسلم لما قال له أشبهت خلقي وخلقي وذلك من لذة هذا الخطاب ولم ينكر ذلك عليه النبي صلى الله عليه وسلم فكان هذا أصلا في رقص الصوفية لما يدركونه من لذات المواجيد وقد صح القيام والرقص في مجالس الذكر والسماع عن جماعة من كبار الأئمة منهم شيخ الإسلام عز الدين بن عبد السلام.[21]



Tarian yang dinyatakan di sini bukanlah seperti mana yang kita fahami hari ini. al-Syeikh al-Sayyid Ibnu Idris bin al-Sayyid al-Hasan al-Idrisiy menyatakan,

Mendengar nyanyian ( السِّمَاعُ ) dan tarian yang dimaksudkan di sini bukanlah sebagaimana tarian dan nyanyian yang difahami pada masa sekarang. Sebaliknya terdapat kaifiyat yang khusus bagi para pengamal tasauwuf Islam. Al-Sima‘ di kalangan tasauwuf Islam merupakan satu riadhah kerohanian yang diamalkan golongan murid bagi tujuan penyucian dan pembersihan jiwa.[22]


Kesimpulan


Sehubungan dengan itu, bergoyang-goyang (تمايل) ketika berzikir kepada Allah dan tarian (رقص) pada majlis al-Sima‘ ada sandarannya. Ianya harus dilakukan, bukanlah ianya satu syarat tetapi merupakan wasilah untuk memperolehi kecergasan ketika melakukan zikir. Ianya dilaksanakan dengan menjaga adab ketika berzikir dan dijauhkan daripada perkara maksiat. Ianya juga bukanlah dilakukan sepanjang keadaan, adakalanya mereka duduk tetap dan adakalanya mereka bergerak-gerak.

والله أعلم

[1] Zumar, 23

[2] Ahsanul Kalam fi al-Fatawa wa al-Ahkam, al-Syiekh Atiah Saqar, Jilid 4, hlmn 250

[3] Tarian, Nyanyian dan al-Sima‘ Dalam Tariqat Tasauwuf, al-Syeikh al-Sayyid Ibnu Idris bin al-Sayyid al-Hasan al-Idrisiy, terbitan Jabatan Mufti Negeri Sembilan

[4] Al-A‘raf 172

[5] Tanbih al-Fikr ila Haqiqah al-Zikr m/s 51

[6] Al-Mausu’ah al-Yusofiyah fi Bayan Adillah al-Sufiyah, al-Syeikh Yusof Khattar Muhammad, Dar al-Taqwa, 2003, m/s 178.

[7] Ali Imran 191

[8] Ruh al-Ma‘aniy, Abi al-Fadl Syihabuddin al-Sayyid Mahmud al-Alusiy, Dar al-Fikr, 1997, jld 3, m/s 246.

[9] Muslim 824, Abu Daud 18, al-Tirmizi 3384, Ibnu Majah 302, Ahmad 6/70, Ibnu Khuzaimah 207, Abu Ya’la 4699, al-Baihaqi 1/90, Abu Awanah 1/217, al-Baghawi 274, al-Bukhari 1/407 pada ta’liq dan Ibnu Hibban 802.

[10] al-Jami‘ al-Ahkam al-Quran, AbiAbdillah Muhammad bin Ahmad al-Ansari al-Qurtubi, Dar al-Fikr 1999, jld 2, m/s 238

[11] Al-Nisa’ 103

[12] Al-Tartib al-Idariyah, al-Alamah Abdul Hay al-Kataniy, Dar al-Arqam, Raqsu al-Habsyah fi al-Masjid al-Nabawi Amamahu a.s, (2/93).

[13] Al-Bidayah wa al-Nihayah Ibnu Kathir 8/6, dikeluarkan oleh Abu Nu‘aim dalam al-Hilyah 1/76, Ibnu Asakir dalam al-Kanz 8/219 dan Hayah al-Sahabah 1/49

[14] Muslim dalam Sahihnya 2063

[15] Imam Ahmad (3/152) dan Ibn Hibban (5870) dengan sanad yang sahih.

[16] Dikeluarkan oleh Imam Ahmad 1/108, 1/98.

[17] Al-Tartib al-Idariyah, al-Alamah Abdul Hay al-Kataniy, Dar al-Arqam, Hajala Ba‘du Kibar Sahabah Baina Yadaihi SAW, (2/97).

[18] Fath al-Bari, Lil Hafiz Ahmad bin Ali bin Hajar al-Asqolaniy, Bab Umrah al-Qada’, Dar al-Fikr, 1996, jld 8, hlmn, 295.

[19] Al-Sirah al-Nabawiyyah wa al-Athar al-Muhammadiyyah, Zaini Dahlan pada Hamisy al-Sirah al-Halabiyyah (2/252).

[20] Raudhah al-Tolibin wa Umdah al-Muftin, Imam al-Nawawi, al-Maktab al-Islamiy, Kitab al-Syahadat, Bab Hukm al-Gina’, 1991, jld 11, m/s 229.

[21] Al-Hawi li al-Fatawa, Jaluluddin Abdul Rahman bin Abi Bakr bin Muhammad al-Suyuti, Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, 1983, jld 2 m/s 324.

[22] Tarian, Nyanyian dan al-Sima‘ Dalam Tariqat Tasauwuf, al-Syeikh al-Sayyid Ibnu Idris bin al-Sayyid al-Hasan al-Idrisiy, terbitan Jabatan Mufti Negeri Sembilan

- Bahagian Tarekat Tasawuf Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan


https://www.facebook.com/tarekatmalaysia/photos/a.1652790144970788.1073741829.1651457891770680/1661750237408112/?type=3&fref=nf

Friday, November 6, 2015

DETIK-DETIK KETIKA AMALAN KITA DIBAWA KE LANGIT OLEH MALAIKAT


Pada suatu hari, Nabi Muhammad SAW berkata kepada Mu’adz, “Hai Mu’adz, sesungguhnya aku akan menyampaikan hadis kepada engkau. Jika engkau hafal, niscaya bermanfaat bagimu di sisi Allah. Sedangkan jika engkau sia-siakan dan tidak engkau hafal, niscaya terputuslah hujahmu (alasanmu) di sisi Allah pada hari, kiamat.”
 
 Setelah itu Rasulullah SAW menceritakan kepada Mu’adz tentang perjalanan amal dari langit ke langit, yang ringkasannya adalah sebagai berikut:
 
Sesungguhnya, sebelum Dia menciptakan langit dan bumi Allah Tabaraka wa Ta’ala menciptakan tujuh malaikat. Kemudian pada tiap-tiap langit diutus satu malaikat sebagai penjaga pintunya. Lalu naiklah para malaikat penjaga amal manusia, membawa amal seorang hamba. Amal itu berjalan diiringi cahaya seperti cahaya matahari. Namun malaikat penjaga pintu langit berkata kepada malaikat penjaga amal, “Pukulkan amal ini kepada muka pemiliknya. Akulah malaikat pengurus umpatan. Aku ditugaskan oleh Tuhanku, agar tidak membiarkan amal seseorang yang di dalamnya terdapat umpatan, melewatiku.”
 
Kemudian naik lagi malaikat penjaga amal, dengan membawa amal saleh seorang hamba Allah. Amal tersebut dibawa sambil dipuji, dan telah lulus melewati langit dunia atau langit pertama. Namun malaikat penjaga langit kedua menahannya, seraya berkata, “Berhenti..! Pukulkan amal ini kepada pemiliknya. Sesungguhnya pemilik amal ini berkeinginan (bermaksud) untuk mendapatkan kehidupan dunia. Aku ditugaskan oleh Tuhanku, agar tidak membiarkan amal orang yang menyombongkan diri melewatiku. Pemilik amal ini menyombongkan diri kepada manusia dengan amalnya.”

 Para malaikat penjaga amal naik lagi dengan membawa amal hamba. Amal tersebut gilang-gemilang dengan nur dari sedekah, solat, dan puasa, sehingga membuat takjub malaikat penjaga amal, serta selamat saat melewati langit pertama dan kedua. Tetapi malaikat penjaga langit ketiga menahannya dan berkata, “Berhenti! Pukulkan amal itu kepada muka pemiliknya. Aku adalah malaikat yang mengurus takabbur. Aku ditugaskan oleh Tuhanku supaya tidak membiarkan amal seperti ini melewatiku. Pemilik amal ini suka bersikap takabbur (sombong) kepada manusia di majlis­-majlis mereka.”

Para malaikat penjaga amal naik lagi dengan membawa amal hamba yang bercahaya seperti bintang dan menyuarakan tasbih. Ini adalah amal ibadah solat, haji, dan umrah. Langit pertama, kedua dan ketiga pun berhasil dilaluinya, kemudian tibalah di langit keempat. Malaikat yang bertugas di langit ini berkata kepada mereka, “Berhenti! Tamparkan amal ini ke wajah, punggung, dan perut pemiliknya! Aku adalah malaikat yang bertugas mengurus ujub (riak). Allah menugaskan supaya aku tidak membiarkan amalnya melewatiku. Sesungguhnya manusia ini berbuat atau melakukan suatu amal ibadah, tetapi dimaksudkan untuk ujub’.

 Para malaikat penjaga amal itu naik lagi dengan membawa amal hamba. Dan mereka pun berhasil melewati langit pertama, kedua, ketiga dan keempat. Amal itu seakan-akan pengantin puteri yang dihantar untuk diserahkan kepada suaminya. Namun malaikat penjaga langit kelima menahannya dan berkata, “Berhenti! Tamparkan amal ini di pundaknya. Aku malaikat yang bertugas mengurus dengki. Sesungguhnya pemilik amal ini dengki kepada manusia. Dan ia dengki kepada setiap orang, yang mengambil keutamaan dari ibadah. la mencaci maki mereka. Aku disuruh oleh Allah untuk tidak membiarkan amalnya melewatiku.”
 
Malaikat penjaga amal naik lagi dengan membawa amal hamba, yang bersinar laksana rembulan. Sinar ini bersumber dari ibadah solat, zakat, haji, umrah, jihad dan puasa. Amal ini berhasil melewati langit pertama, kedua, ketiga, keempat dan kelima. Tetapi malaikat penjaga langit keenam menahannya serta berkata,”Berhenti! Tamparkan amal ini ke muka pemiliknya, sebab meskipun ia telah melakukan seluruh amalan itu, namun tak pernah mengasihi manusia atau hamba Allah yang tetimpa bala atau penyakit. Bahkan ia membuat mereka lebih parah. Akulah malaikat rahmat yang ditugaskan oleh Allah untuk tidak membiarkan amalnya melewatiku".
 
Para malaikat penjaga amal naik lagi dengan membawa amal hamba berupa puasa, solat, nafkah (belanja keluarga), zakat, kesungguhan beramal dan wara` Amal itu bersuara layaknya bunyi petir dan memiliki cahaya bagaikan matahari, serta dikawal tiga ribu malaikat. Langit pertama, kedua, ketiga, kempat, kelima dan keenam, berhasil dilaluinya. Maka sampailah di langit ketujuh. Namun malaikat penjaga di langit ini menahan dan berkata, “Berhenti! Tamparkan amal ini ke muka dan seluruh anggota badan pemiliknya.Tutuplah hatinya dengan amal itu. Sesungguhnya aku akan meletakkan dinding (hijab) dari Tuhanku, untuk setiap amal yang tidak dimaksudkan untuk Allah. Pemilik amal ini memiliki tujuan di luar Allah. Dengan amalnya, ia berkeinginan memperoleh sebutan ulama, dan keagungan namanya tersiar di berbagai kota. Allah menugaskan kepadaku agar tidak membiarkan amalnya lolos melewatiku. Setiap amal yang. dilakukan dengan tidak bertujuan mencari ridha Allah (tidak ikhlas), maka termasuk riya. Allah tidak akan menerima amal orang yang riya (ingin dipuji).”
 
Para malaikat penjaga amal naik lagi dengan membawa amal hamba yang terdiri dari solat, zakat, puasa, haji, umrah, kebaikan akhlak, diam dan dzikir kepada Allah. Malaikat tujuh langit semuanya ikut menghantarkan, hingga menembus hijab (dinding) demi hijab dan akhimya sampai di hadapan Allah Ta’ala. Lalu mereka (para malaikat) berdiri dihadapan-Nya dan menjadi saksi bahawa amal saleh tersebut dilakukan dengan ikhlas, demi mencari ridha Allah semata.

Kemudian Allah SWT berfirman:
“Kamu adalah malaikat penjaga amal hamba-Ku: Sedang Aku adalah Arraqiib (pengintip) terhadap apa yang ada didalam hatinya. Sesungguhnya hamba-Ku tidak menghendaki Aku dengan amal ini. la menghendaki yang lain. Maka kepadanya adalah kutukan-Ku.”

Lalu para malaikat itu menjawab, "Kepadanya kutukan-Mu, dan juga kutukan kami”.
Lalu ketujuh langit dan malaikat yang berada di sana juga melaknat hamba Pemilik amal tersebut…. Begitulah.yang disabdakan Nabi SAW.

Mendengar semua itu menangislah Mu’adz. “Wahai Rasulullah, engkau Rasul Allah, sedang aku hanyalah Mu’adz. Bagaimana aku mampu selamat dari itu semua?”,tanyanya.

Rasulullah SAW bersabda, “Ikutilah aku, walau amal yang kamu bawa kurang: wahai Mu’adz, peliharalah lidahmu dari mencaci saudara-saudaramu dan penghafal AI-Qur’an. Bawalah dosamu atas dirimu sendiri, dan jangan kamu bawa kepada mereka. Janganlah membersihkan dirimu dengan jalan mencela mereka. Jangan pula engkau mengangkat dirimu atas mereka. Janganlah engkau memasukkan amal dunia dalam amal akhirat. Engkau jangan hanya beramal. Jangan pula takabur dalam majlis yang ada. Janganlah berbisik dengan orang sedang di sisimu ada orang lain. Janganlah membesarkan diri di atas manusia, sehingga kebajikan dunia akan terputus darimu. Dan janganlah engkau koyakkan daging manusia, sebab akibatnya nanti, anjing akhirat akan mengoyak-ngoyakmu di dalam neraka." 

Allah ta’ala berfirman, `Dan yang menarik dengan perlahan.” (QS: An­Nazi’at:2). 

Rasulullah S.A.W bersabda: Tahukah engkau siapakah yang menarik itu, hai Mu’adz.?”
Mu’adz balik bertanya, “Siapakah dia, wahai Rasulullah?. 
Nabi Muhammad SAW menjawab,”Dia adalah anjing neraka, yang menarik daging dan tulang.” Mu’adz bertanya lagi, “Wahai Rasulullah, siapa yang sanggup menahan perkara ini? Dan siapa pula yang boleh terlepas dari padanya?’

Rasulullah SAW menjawab,”Wahai Mu’adz, sesungguhnya mudah bagi orang yang dimudahkan oleh Allah dari hal itu. Cukuplah yang demikian itu untuk senantiasa engkau mencintai umat manusia, dengan yang menurut engkau baik. Jauhilah mereka dengan apa yang menurut engkau jelek. Maka ketika itu (kamu lakukan) selamatlah engkau wahai Mu’adz."

Menurut sebuah riwayat, setelah mendengar langsung hadits ini Mu’adz menjadi hamba Allah yang amat gemar membaca Al Qur’an. Dia begitu takut dengan kandungan sabda Rasulullah SAW tersebut.

10 jenis Solat yang tidak diterima oleh Allah s.w.t

10 jenis Solat yang tidak diterima oleh Allah s.w.t

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim) Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya : 

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu. 
2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat. 
3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya. 
4. Orang lelaki yang melarikan diri. 
5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat). 
6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya. 
7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung. 
8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya. 
9. Orang-orang yang suka makan riba'. 
10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar." 

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah." 

Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk. Petikan dari: Kitab Bidayatul Hidayah Karangan: Imam Al Ghazali.