Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Tuesday, March 8, 2016

Bila dah kena batang hidung barulah ajak orang berlapang dada, hormati perbezaan pandangan, ikutilah cara ulama dulu berkhilaf. Tapi tak buat pun

Bila dah kena batang hidung barulah ajak orang berlapang dada, hormati perbezaan pandangan, ikutilah cara ulama dulu berkhilaf. Tapi tak buat pun. Cakap tak serupa bikin. Kalau imam malik hormati imam syafie, kalau imam syafie hormati imam ahmad bin hanbal, maka kamu semua hormatilah majoriti pengikut asyairah dan mazhab syafie kat Malaysia ni.

Kami tak kata mazhab feqah kamu salah kalau tak ikut mazhab kami tapi silakan jgn kelirukan org awam dgn tarjih tarjih kamu yg kamu cedok dan tampal drp aliran pelbagai. Tarjih kamu tak semestinya betul. Anutan kami dlm mazhab kami tak semestinya salah. Kalau nak tunjuk pandai tu, tunjuklah pandai kat diri sendiri.

- Mohd Radhi

Monday, March 7, 2016

Asal usul khurafat

Khurafah  adalah seorang lelaki arab dari puak Bani Uzrah

Beliau telah diculik oleh 3 ekor  jin dan diletakkan dalam satu kurungan. Namun berlaku perbalahan di antara 3 ekor  jin tersebut tentang apa hendak lakukan kepada mangsa culik mereka tadi.

Jin pertama berpendapat dibunuh sahaja khurafat. Jin kedua mencadangkan agar lelaki itu dijadikan hamba manakala jin ketiga mahu khurafat dipulangkan sahaja  kepada kaumnya.

Semasa mereka berbalah datang pula jin keempat dan mennyatakan hasratnya untuk berkongsi sama dengan ketiga-tiga jin itu. Pada mulanya mereka tidak setuju tapi setelah jin keempat menawarkan untuk menceritakan satu kisah pelik maka mereka bertiga pun bersetuju.

Berkata jin keempat :

Ketika aku masih remaja, aku bersama tujuh orang saudaraku dalam perjalanan untuk meminang sepupu kami. Kami pergi dengan membawa seekor anak lembu sebagai tanda pinangan kami. Akan tetapi ketika kami sedang duduk berehat, lembu ini telah terlepas. Pak cik ku telah memberi amanat bahawa barangsiapa dapat mengembalikan lembu itu maka dia yang layak  mengahwini anak perempuannya. Namun hingga  usiaku menjangkau 70 tahun aku masih tidak mampu menangkapnya. Setiap kali aku berhenti nescaya lembu ini berhenti sama dan apabila aku bergerak maka lembu ini segera melarikan diri.

Kemudia kata jin keempat : “Adakah aku boleh berkongsi menikmati darah manusia ini?”.

Mendengar kisah pelik tadi ketiga-tiga ekor jin itu setuju untuk berkongsi.

Akan tetapi mereka masih lagi berbalah apa yang patut mereka lakukan pada mangsa culik mereka hinggalah datang jin kelima.

Jin kelima itu pun berminat untuk berkongsi sama menikmati darah manusia tadi. Dia berkata : Adakah jika aku menceritakan sebuah kisah pelik kamu setuju berkongsi darah manusia ini bersamaku?.
Keempat-empat jin itu berkata :” Ya kami setuju”.

Jin kelima mula menceritakan kisahnya :

Aku hidup dalam keadaan sangat dhoif sekali. Kemudian aku meninggalkan kediamanku dan cuba merantau ke tempat lain. Hinggalah aku sampai ke sebuah perigi di tengah-tengah padang pasir. Aku terlalu dahaga dan turun ke dalam perigi tersebut. Semasa aku turun aku dengar suara menjerit dari atas perigi  seolah melarangku dari minum air perigi. Aku naik ke atas perigi tetapi tidak melihat sesiapa pun. Aku turun semula ke dalam perigi dan begitulah kali kedua dan ketiga aku dengar suara menjerit melarang tetapi bila aku naik ke atas perigi aku tidak melihat sesiapa pun berada di atas perigi tersebut.

Kali ketiga aku terus minum air di dalam perigi walaupun ada suara menjerit kepadaku. Kemudian aku mendengar suara itu berdoa : Ya Allah jika sesiapa di bawah perigi ini lelaki engkau jadikan dia perempuan dan jika dia perempuan engkau jadikanlah dia lelaki”.

Akhirnya aku menjadi jin perempuan dan meneruskan perjalananku hingga sampai sebuah bandar. Di sana aku berkahwin dan melahirkan dua orang anak.

Hingga pada suatu hari aku merasa rindu ke pada kampung asalku dan pulang mengikut jalan yang sama. Ketika sampai ke perigi aku pun turun untuk mengambil airnya. Akan tetapi perkara yang sama berlaku. Aku dengar ada seorang menjerit dari atas perigi. Apabila aku naik , tiada siapa di atas perigi itu. Akhirnya kali ketiga aku turun aku terus minum air tanpa mempedulikan amaran suara tadi. Setelah aku minum air perigi, aku dengar ada suara berdoa : Ya Allah jika sesiapadi bawah perigi ini lelaki engkau jadikan dia perempuan dan jika dia perempuan engkau jadikanlah dia lelaki”

Kemudian aku kembali ke tempat asalku dengan jantina asalku iaitu jin lelaki. Di kampungku aku bernikah dan mendapat dua orang anak.

Mendengar kisah jin kelima mereka berkata : "Pelik sungguh kisah kamu dan bolehlah kamu berkongsi dengan kami darah manusia ini”.

Mereka kemudian kembali berbalah tentang manusia tadi hinggalah datang jin yang keenam yang sedang menunggang seekor baghal bersama dengan seorang hambanya yang juga sedang menaiki seekor baghal lain.

Jin keenam berkata : aku ada satu kisah pelik untuk aku ceritakan pada kamu semua.

Aku sebenarnya adalah anak kepada salah seorang raja jin. Akan tetapi setelah ayahku mati , ibuku telah berlaku curang dengan seorang hambanya. Apabila hambaku yang sedang menaiki baghal ini mengetahui kecurangan ibuku dengan hambanya, ibuku dengan hambanya cuba untuk menyihir aku dan hambaku ini. Akan tetapi kami berjaya membuat helah dan lepas dari sihir. Bahkan ibuku terkena sumpah dan bertukar menjadi baghal yang aku tunggang ini.

Kemudian jin keenam melontarkan soalan kepada baghal yang dinaikinya : Adakah benar kisahku ini?”.

Baghal itu mengangguk kepalanya dan kelihatan air mengalir dari matanya.

“Hamba ibuku pula bertukar kepada baghal yang sedang dinaiki oleh hambaku ini, adakah benar wahai baghal? “ Kata jin keenam sambil menoleh kepada baghal yang dinaiki hambanya.

Bahgal yang dinaiki oleh hamba jin keenam  itu mengangguk sambil bergenangan air matanya.

Setelah itu semakin lama semakin ramai jin-jin lain yang datang dan menceritakan kisah-kisah yang pelik dan akhirnya mereka bersepakat untuk melepaskan Khurafat.

Apabila Khurafat sampai kepada kaumnya dia menceritaka segala-galanya apa yang dialamai dan didengarinya. Aakhirnya tersebarlah kisah-kisah ini dan dikaitkan segala kisah khayalan kepada kisah khurafat.

Aisyah r.a meriwayatkan, sabda Rasulullah SAW maksudnya:

"Pada suatu malam, Rasullah SAW bercerita kepada isteri-isteri beliau. Seorang dari mereka berkata, 'Cerita itu hanya dongeng (khurafah).' . Maka Rasullah SAW bertanya, 'Tahukah kalian apa itu khurafah? Khurafah adalah seorang laki-laki dari suku Udzrah (suku terkenal di Yaman) yang ditawan oleh bangsa jin hingga dia tinggal bersama mereka dalam waktu lama. Kemudian para jin itu mengembalikannya ke dunia manusia sehingga dia menceritakan kepada orang-orang tentang keanehan-keanehan yang ia lihat di dunia jin. Maka orang-orang kemudian berkata, 'Itu hanya cerita Khurafah'."
(Riwayat Tirmidzi dan Ahmad)

Sunday, March 6, 2016

PEMBAHASAN LEBIH TERPERINCI SIFAT QIDAM DAN HUDUS

Ada org tanyakan saya tentang sifat qidam Allah .....

PEMBAHASAN LEBIH TERPERINCI SIFAT QIDAM DAN HUDUS

1.Pengertian Sifat Qidam
Dalam kamus – kamus Arab kata Qidam adalah lawan kata dari baru, yang bermakna; yang Dahulu (lama). (Lihat Lisanul Arab 5/3552, Qamus Al – Muhith 3/506, Mukhtar Ash-Shihhah hal. 525, dan lainnya).

Sedang definisi Qidam untuk sifat Allah menurut ahli kalam adalah “Bahwa Allah Ta’ala tidak ada awal untuk keberadaannya dan IA tidak didahului dengan ketidak-adaan, adalah Allah ada dan tidak ada sesuatupun selain diri-Nya, kemudian IA menciptakan makhluk” (Iqtinash Al-Awaly Min Iqtishad Al-Ghazali, oleh DR. Muhammad Rabi’ Jauhari hal. 73)

Adapun Arti Qidam secara harfiyah adalah yang terdahulu, secara ma'ani arti Qidam terbagi kepada 3 pengertian:

1. Qidam Idhofi, lamanya sesuatu karena disandarkan kepada yang lain, seperti ayah Qidam /lebih dahulu dari anak, tetapi kalau dengan  datok, ayah tidak Qidam.

2. Qidam Zamani, lamanya sesuatu karena memang sudah lama zamannya tetapi didahului dengan tidak ada, seperti Qidamnya alam semesta.

3. Qidam Dzati, lamanya sesuatu tidak diawali dengan tidak ada, tidak bersandar kepada adanya yang lain dan tidak terikat zaman, yakni Qidamnya Allah SWT.
Dengan demikian bahwa Allah itu Qidam (tiada permulaan wujud-Nya). Adapun dalil aqli dan naqlinya:

2.Dalil Sifat Qidam

Dialah Tuhan yang awal tiada permulaan dan yang akhir tiada kesudahan. (Al Hadid: 3)
Adapaun Kata Qidam / Qadim dalam Al – Qur’an dan Sunnah Ada empat tempat penyebutan kata Qadim dalam Al – Qur’an yaitu dalam surat (Qs. Yusuf: 95, Yasin: 39, Al – Ahqaf:11, dan Asy – Syu’ara:75 dsn 76). Lafadh Qadim yang ada pada empat tempat tersebut menunjukkan pada sifat bagi makhluk. (Kekeliruan yang dahulu, sebagai bentuk tanda yang tua, dusta yang lama, dan nenek moyangmu yang dahulu).

Sedang didalam hadis disebutkan bahwa Rasulullah Saw apabila masuk masjid beliau berdoa: (Artinya): “Aku berlindung kepada Allah yang Maha Agung, dengan wajah – Nya yang mulia dan dengan kekuasaannya yang Qadim (terdahulu) dari syaitan yang terkutuk”. (HR. Abu Dawud) lafadh Qadim pada hadits ini menunjukkan pada sifat bagi kekuasaan Allah.
Pembahasan kita di dalam bab ini berkisar di sekitar dalil-dalil atas sifat kedua yang wajib bagi ALLAH SWT yaitu sifat Qidam. Artinya, kita hendak menunjukkan bahawa wajib ALLAH SWT itu bersifat Qidam melalui dalil-dalil dan buktinya.

Sebelum itu, Sebaiknya juga kita sentuh sedikit tentang pengajian kita yang awal dulu yaitu semasa kita membahaskan dalil yang menunjukkan ALLAH itu bersifat Wujud.

Dalil bagi menunjukkan wujudnya ALLAH SWT ialah dengan baharunya alam ini. Dan baharunya alam ini adalah karena ia tergabung di antara jirim dan ' aradh Jirim sebagaimana yang kita ketahui adalah sesuatu yang mengambil tempat lapang. Dengan yang demikian, jirim itu bersifat baharu. Selain dari itu, 'aradh yang berdiri pada jirim itu, keadaannya sentiasa berubah-ubah, maka 'aradh itu bersifat baharu. Oleh kerana 'aradh berdiri di atas jirim, maka baharunya 'aradh membawa kepada baharunya jirim.

Jadi, kalau jirim dan 'aradh bersifat baharu sedangkan 'aradh dan jirim adalah gabungan yang menjadikan alam, maka dengan sendirinya alam juga baharu. Kalau alam ini baharu, tentulah ada yang membaharukannya. Yang membaharukannya atau yang menjadikannya adalah ALLAH SWT. Dari itu, jelas membuktikan wujudnya ALLAH SWT. :

Berikut  pengertian tentang wujudnya ALLAH SWT itu, maka di sini kita akan memerhatikan pula tentang dalil yang menunjukkan ALLAH SWT bersifat Qidam atau bersifat Dahulu. Arti Dahulu bagi ALLAH SWT ialah bahwa ALLAH SWT tidak didahului oleh tiada atau dalam artikata yang lain, ALLAH SWT tidak ada permulaan.

Perbahasan yang mudah kita fahami yang dapat kita buat secara ringkas bagi menunjukkan bahawa wajib ALLAH SWT itu bersifat Qidam ialah, kalau ALLAH SWT tidak bersifat Qidam atau Dahulu, maka tentulah akal kita akan berkata yang ALLAH itu barang baru. Dan kalaulah ALLAH itu baru, tentulah ada yang membarukan-Nya atau yang menjadikan-Nya.

SIFAT HUDUS
Sifat mustahil yang kedua bagi ALLAH SWT ialah “hudus” yang artinya "baru". yaitu ada permulaan bagi wujud ALLAH SWT. Mustahil ALLAH itu baru atau ada permulaan. Dengan kata lain, mustahil bagi ALLAH itu pada mula-mulanya tiada dan kemudian baharu ada sebagaimana juga mustahil pada ALLAH itu berakhir dengan tiada. Sebaliknya, ALLAH SWT itu bersifat kekal yang tidak bermula dan tidak berakhir. Artinya, tidak ada permulaan bagi ALLAH dan tidak ada kesudahan bagi-Nya.
Ini mesti kita yakin sungguh-sungguh karena kalau tergelincir keyakinan kita, maka kita akan jatuh syirik. Kalau ketika itu kita mati, tidak sempat untuk bertaubat, maka kita akan kekal abadi di dalam Neraka.

Itu baru sifat qidam.... ada lagi 19 sifat yg lain yg wajib kita ketahui untuk mengelakkan kita menjadi zindid, syirik dan tidak kenal Allah.

Manakala tauhid 3 serangkai oleh mazhab wahabiyy.... cuma mengambil 1 hari atau 2 hari untuk dipelajari dan dihafazd .... kemudian dah boleh buat karangan.....

Saya belajar tauhid 3 serangkai dulu semasa kat UiTM ....

Begitu mudah, cepat dan pantas mengenal Allah ????

Friday, March 4, 2016

Hati-hati Buku Palsu Cetakan Wahabi

----------------------------

Hati-hati Buku Palsu Cetakan Wahabi
===============================
● Judul buku agak menarik:
“SYEKH ABDUL QADIR AL-JAILANI”.

● Tulisan bawah: Buku Pintar Akidah Ahlussunnah Wal Jama’ah.

● Terbitan “ZAMAN” bertuliskan serial “Kitab Klasik”.

● Buku ini Ciptaan wahabi musyabbihah..!!
Mereka Mengatas Namakan, Syeikh Abdul Qadir Jailani, Tokoh sufi yang mana Wahabi Talafi sering mencerca kelompok SUFI.
Buku Propaganda Wahabi untuk menarik minat orang awam utk menjadi gembalanya.

● Buku ini mereka dakwa Sebagai Terjemahan dari kitab
“Al-Ghunyah”.
Kebohongan-kebohongan yang dinisbatkan kepada Syaikh ‘Abd al-Qadir sengaja disisipkan oleh kaum Wahabi Musyabbihah yang mengaku madzhab Hanbali ke dalam kitab karya beliau.

※ Dalam buku Tsb:
= Dihalaman 22 disebutkan bahwa akidah ahlussunnah :
MEYAKINI bahwa setiap malam Allah turun ke langit terendah (langit bumi).
Dan dijelaskan pula artinya bahwa turunnya Allah ini,
“Bukan dalam pengertian turunnya rahmat Allah dan
pahala-Nya sebagaimana dakwa kalangan Mu’tazilah dan Asy’ariyyah.”

=> I’tiqad Ahlusssunnah Wal Jama’ah tidak mengatakan Allah turun. karna Maksud dari hadist ini adalah pintu rahmat Allah terbuka malam hari seluas-luasnya, khusus pada akhir-akhir malam. Doa dan permohonan diterima ketika itu.Oleh karena itu hendaklah mendoa ketika waktu itu. Inilah maksud hadits ini.

= Dihalaman 14 tertulis bahwa :
Akidah ahlussunnah wal jama’ah mengatakan :
Allah Swt memiliki kedua tangan,
Dan dua-duanya sama-sama tangan kanan.
Na’udzubillah…!!

Aqidah macam ini..!!
Jelas Aqidah mereka ini Akidah yg keluar dari Ahlussunnah, Namun judul bukunya buku pintar akidah ahlussunnah Wal Jamaah.
Aneh….!!

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَىءٌ

Allah tidak menyerupai sesuatupun dari makhluk-Nya, dan tidak ada sesuatupun yang menyerupai-Nya .

Apa yang disisipkan kaum Wahabi Musyabbihah dalam kitab terjemahan al-Ghunyah ini jelas merupakan kedustaan atas nama Syekh Abdul Qadir Al-Jailani.

Seorang awam dari kaum muslimin yang berakidah lurus tidak akan berkeyakinan sesat semacam ini,
Terlebih Syaikh ‘Abd al-Qadir yang merupakan pemuka kaum sufi dan salah seorang ulama terkemuka.
Beliau bukan seorang yang bodoh yang tidak mengenal sifat-sifat Allah SWT.

Namun kenyataannya wahabi mujassimah meyakini bahwa Allah mempunya Tangan yang benar-benar tangan.

Wahabi ganti Strategi, jika dulu memusuhi kitab-kitab Ulama ASWAJA. Sekarang mereka berlindung di belakang karya-karya besar Ulama ASWAJA. Mereka mendakwa bahwa Imam Nawawi, Imam Syafi’i, Imam Ibnu Hajar Al Asqolani, Imam Mawardi, Imam Ibnul Jauzi, dan lain-lain diklaim sebagai Ulama Salafi. Lebih ekstrim lagi sekarang, beberapa Ulama Thoriqot atau Tasawuf didakwa sebagai Ulama Salafi seperti Syekh Abdul Qodir Jailani.

● Semoga kita mendapat perlindungan dari Allah agar terhindar dari rosaknya faham akidah Wahhabi Talafi..!!

==========
Sumber: http://www.mwcnujepara.org/hati-hati-buku-palsu-alias-cetakan-wahabi.html

Thursday, March 3, 2016

Hendaklah melabuhkan tudung hingga ke dada

"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka”. (An-Nur : 31), “Hai Nabi, katakanlah kepada intei-isterimu, anak-anakmu dan isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah mereka menghulurkan (melabuhkan) jilbabnya (tudung kepala yang labuh menutupi dada) ke tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenal dan tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.” (Surah al-Ahzaab: 59)

Adab Bertudung, dan Batasan Bergaya:
“Dan hendaklah kamu tetap dirumahmu dan janganlah kamu berhias serta bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyah terdahulu…” (Surah al-Ahzaab: 33)

Berdasarkan ayat 33 dari surah al-Ahzaab, Imam Mujahid berkata,

“Suatu ketika dahulu (sebelum kedatangan Islam), golongan wanita jahiliyyah berjalan di hadapan lelaki (tanpa segan silu). Imam Qatada pula berkata, “Suatu ketika dahulu (sebelum kedatangan Islam), kaum wanita (jahiliyyah) berjalan di hadapan lelaki dengan gaya yang menghairahkan. Imam Muqatil Hayyan pula berkata: ayat ini diturunkan apabila kaum wanita menutup kepala mereka dengan kain tudung tetapi masih mendedahkan leher, rantai dan subang mereka”.

“Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anakmu dan isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah mereka menghulurkan (melabuhkan) jilbabnya (tudung kepala yang labuh menutupi dada atau pakaian labuh) ke tubuh mereka. (Surah al-Ahzaab: 59)

“Dan hendaklah mereka menutup kain kudung sehingga labuh ke dada-dada mereka dan jangan menampakkan perhiasan kecuali kepada suami mereka, ayah mereka, ayah suami mereka, putera-putera mereka, putera-putera suami mereka, saudara-saudara lelaki mereka, putera-putera saudara lelaki mereka, putera-putera saudara perempuan mereka, wanita-wanita mereka, budak-budak yang mereka miliki, pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan terhadap wanita, atau anak-anak yang belum mengerti berkenaan aurat wanita.” (Surah an-Nuur: 31)

http://mahligaiusang.blogspot.my/2009/09/bulu-kening-menurut-bukhari-rasulullah.html

Wanita Taat Beribadah Namun Tidak Bisa Masuk Syurga

UWanita Taat Beribadah Namun Tidak Bisa Masuk Syurga

Khairun Nisa   01.31   ISLAMI

Al-Kisah diceritakan, ada seorang wanita yang dikenal taat dalam beribadah. Dia sangat rajin melakukan ibadah wajib maupun sunnah. Hanya ada satu kekurangannya, ia tak mau berjilbab menutupi auratnya.

Setiap kali ditanya ia hanya tersenyum, seraya menjawab: “Insya Allah yang penting hati dulu yang berjilbab.” Sudah banyak orang yang menanyakan maupun menasihatinya. Tapi jawabannya tetap sama.

Hingga suatu malam ia bermimpi sedang berada disebuah taman yang indah. Rumputnya sangat hijau. Berbagai macam bunga bermekaran. Ia bahkan bisa merasakan bagaimana segarnya udara dan wanginya bunga. Sebuah sungai yang sangat jernih. Airnya kelihatan melintas di pinggir taman. Semilir angin pun ia rasakan di sela-sela jarinya. Ada beberapa wanita di situ yang terlintas juga menikmati pemandangan keindahan taman.

Ia pun menghampiri salah satu wanita tersebut. Wajahnya sangat bersih, seakan-akan memancarkan cahaya yang sangat lembut. “Assalamu’alaikum saudariku…” “Wa’alaikum salam…, selamat datang wahai saudariku…” “Terimakasih, apakah ini syurga?” Wanita itu tersenyum. “Tentu saja bukan wahai saudariku. Ini hanyalah tempat menunggu sebelum surga.” “Benarkah? Tak bisa kubayangkan seperti apa indahnya surga jika tempat menunggunya saja sudah seindah ini…” Wanita itu tersenyum lagi kemudian bertanya, “Amalan apa yang bisa membuatmu kembali wahai sudariku?” “Aku selalu menjaga shalat, dan aku menambah dengan ibadah-ibadah sunnah. Alhamdulillah.”

Tiba-tiba jauh diujung taman ia melihat sebuah pintu yang sangat indah. Pintu itu terbuka, dan ia melihat beberapa wanita yang di taman tadi mulai memasukinya satu per satu. “Ayo, kita ikuti mereka!” Kata wanita itu sambil setengah berlari. “Apa di balik pintu itu?” “Tentu saja surga wahai saudariku…” Larinya semakin cepat. “Tunggu… tunggu aku…” Ia berlari sekancang-kencangnya, namun tetap tertinggal. Wanita itu hanya setengah berlari sambil tersenyum padanya. Namun ia tetap saja tak mampu mengejarnya meski ia sudah berlari sekuat tenaga.

Ia lalu berteriak, “Amalan apa yang engkau lakukan sehingga engkau tampak begitu ringan?” “Sama denganmu wahai saudariku…” Jawab wanita itu sambil tersenyum. Wanita itu telah mencapai pintu. Sebelah kakinya telah melewati pintu. Sebelum wanita itu melewati pintu sepenuhnya, ia berteriak pada wanita itu, “Amalan apalagi yang engkau lakukan yang tidak aku lakukan?” Wanita itu menatapnya dan tersenyum lalu berkata, “Apakah engkau tidak memperhatikan dirimu apa yang membedakan dengan diriku?”

Ia sudah kehabisan nafas, tak mampu lagi menjawab, “Apakah engkau mengira bahwa Rabbmu akan mengizinkanmu masuk ke surga-Nya tanpa jilbab penutup aurat?” Kata wanita itu. Tubuh wanita itu telah melewati, tapi tiba-tiba kepalanya mengintip keluar memandangnya dan berkata, “Sungguh disayangkan, amalanmu tak mampu membuatmu mengikutiku memasuki surga ini. Cukuplah surga hanya sampai di hatimu karena niatmu adalah menghijabi hati.”

Ia tertegun… lalu terbangun… beristighfar lalu mengambil wudhu. Ia tunaikan shalat Malam, menangis dan menyesali perkataannya dahulu.

Dan sekarang ia berjanji sejak saat ini ia akan MENUTUP AURATNYA.

Allah SWT Berfirman “Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang mukmin, ‘hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal karena mereka tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. Al- Ahzab: 59)

Berjilbab adalah perintah langsung dari ALLAH Subhanahu Wa Ta’ala, lewat utusan-Nya yakni baginda Nabi Besar Muhammad Rasulullah Saw. Yang namanya perintah dari ALLAH adalah wajib bagi seorang hamba untuk mematuhi-Nya. Dan apabila dilanggar, ini jelas ia telah berdosa.

Semoga cerita di atas mengilhami bagi wanita yang belum berhijab. Karna berhijab bukan sekedar menjadi identitas seorang musimah saja tapi ini adalah kewajiban yang harus di kerjakan. Semoga bermanfaat

Tuesday, March 1, 2016

Sejarah pondok lanai


BALING - Di sebalik terbinanya sebuah pondok tua di sini, ia sebenarnya menyimpan 1,001 keperitan hidup pengasasnya.

Madrasah Misbah Al- Falah atau lebih dikenali sebagai Pondok Lanai yang bertempat di Kampung Banggol Berangan, Parit Panjang bukan lagi pusat ilmu yang perlu diperkenalkan kepada umum.

Dengan usianya yang sudah mencecah lebih separuh abad, pondok yang diasaskan oleh Allahyarham Omar Zuhdi Salleh ini merupakan khazanah ilmu yang tiada nilainya.

Biarpun tuan empunya pondok ini sudah menghadap Ilahi, namun pada setiap tiangtiang kayu pondok yang masih utuh berdiri seakan terukir sejarah pengorbanan pemiliknya.

Pengorbanan beliau dalam menempuh perjalanan sebagai seorang alim ulama juga seakan- akan tertulis pada catatan kitab-kitab lama di sini.

Anaknya, Md Mukhtar, 56, berkata, sebelum pondok ini diasaskan, ayahnya yang dilahirkan di Pulau Tukang Dolah, Pengkalan Chepa, Kota Bharu pada tahun 1919 menerima pendidikan awal dengan Tuan Guru Haji Abdul Ghani Pulau Berangan.

Menurutnya, selepas beberapa tahun menuntut di sana, ayahnya menyambung pelajaran ke Pondok Pisang, Kelantan dengan berguru dengan Tuan Guru Haji Ali Solahuddin ketika usianya 12 tahun.

“Selepas beberapa tahun di Kelantan, ayah saya merantau lebih jauh ke utara Semenanjung bagi meneruskan pengajian, namun ayah tidak menetapkan pondok mana dia akan pergi, dalam hatinya tetapkan matlamat untuk menuntut ilmu.

“Pada usianya mencecah 17 tahun, ayah meneruskan pengajian di utara semenanjung Malaysia.” katanya.

Md Mukhtar berkata, ketika itu ayahnya berhijrah ke Kedah dengan menaiki kereta api melalui selatan Thailand.

Menurutnya, tiba di utara tanah air, ayahnya turun di Padang Besar Perlis dan kemudiannya pergi ke Alor Setar.

“Di Kedah, ayah meneruskan pengembaraan ke Pondok Pak Cu Him di Gajah Mati, Pendang untuk menziarahi tuan guru di pondok tersebut selain mengambil kesempatan untuk menadah kitab.

“Selama ayah berada di sana, bila kehabisan duit untuk keperluan hidup, ayah akan mencari pendapatan sampingan dengan mengambil upah kerja kampung,” katanya.

Beliau berkata, selepas itu, ayahnya meneruskan lagi pengembaraannya ke Pondok Tuan Guru Haji Long Cemara di Jeniang dan menetap di sana selama setahun.

Katanya, perjalanan menuntut ilmu ayahnya diteruskan ke Pondok Tuan Guru Osman Jalaluddin di Penanti, Pulau Pinang dan kemudian berhijrah ke Pondok Tuan Guru Haji Yahaya Taha atau lebih dikenali sebagai Yayasan Al-Khairiah Baling pada hari ini.

Menurutnya, destinasi terakhir ayahnya ialah dengan meneruskan pengajian di Makkah sebelum pulang membuka pondok di sini.

Ikat perut dengan batu tahan lapar ,Othman, 61, yang merupakan anak keempat pula berkata, selama menuntut ilmu di setiap pondok berkenaan ayahnya akan ke Grik di Perak dan Weng Dalam di Baling bagi menambah pendapatan untuk menampung keperluan dan pengajian.

Menurutnya, apabila berjauhan dengan keluarga, kehidupan ayahnya bergantung sepenuhnya kepada kerja kampung antaranya mengambil upah menjahit atap orang kampung di Gerik dan upah mengangkut baja kelawar dari gunung sekitar daerah Baling.

“Ayah pernah demam panas ketika bekerja di Gerik, namun bernasib baik kerana mempunyai keluarga angkat di sana,” katanya.

Othman berkata, salah satu kisah diingatinya adalah di mana ayahnya terpaksa mengikat perut dengan batu ketika menuntut ilmu di Pondok Kampung Pisang, Baling.

Menurutnya, disebabkan ketiadaan wang, ayahnya mengikat perut menggunakan batu selama dua hingga tiga hari tanpa diceritakan kepada orang lain.

“Kisah ini diceritakan sendiri oleh tuan guru Pondok Kampung Pisang kepada saya, katanya perkara itu diketahuinya ketika menyuruh ayah membelah buluh untuk membina atap.

“Ayah saya memberi alasan tidak pandai membelah sedangkan dia boleh, namun ayah maklumkan dia hanya pandai meraut buluh. Ayah memberi alasan tidak mahu membelah buluh kerana takut kehabisan tenaga,” katanya.

Katanya, ayah juga pernah mengikat perut dengan batu sebelum menuntut di Pondok Kampung Pisang.

“Sewaktu ayah mendalami ilmu di Pondok Penanti ayah juga pernah berbuat sedemikian bagi menahan lapar,” katanya.

Beliau berkata, selepas menempuh kehidupan yang penuh onak dan duri, akhirnya ayahnya berkahwin dengan anak kepada seorang penduduk tempatan di Kampung Pokok Pisang.

Menurutnya, hasil perkahwinan itu, ayahnya bersama keluarga ibu berhijrah ke Makkah untuk menuntut ilmu ke peringkat lebih tinggi.

“Di Makkah ayah berguru dengan 10 orang alim ulama, mereka antaranya ialah Sheikh Ali Maliki, Sheikh Moktar Ator, Syeikh Hasan Maysat, Sheikh Almi dan ulama berasal dari tanah Jawa iaitu Sheikh Afnan dan Sheikh Kodir.

“Salah seorang dari gurunya di sana ialah Mufti Makkah ketika itu, panggilan Zuhdi yang ada pada nama ayah juga berasal dari perkataan zuhud, gelaran itu diberikan oleh gurunya di Makkah iaitu Tuan Guru ‘Abdul Rahman Jabad, seorang ulama Sufi,” katanya.

Seberang sungai Kuala Pegang dengan kuda Kisah Tuan Guru Omar Zuhdi juga tidak hanya terarah kepada jerih perihnya menuntut ilmu, malah beberapa perkara aneh turut dikatakan berlaku dan pernah dilihat sendiri oleh masyarakat tempatan.

Othman berkata, antara kisah yang pernah diceritakan sendiri oleh rakan ayahnya ialah di mana ayahnya menyeberangi sungai Kuala Pegang dengan kuda, biarpun kedalaman sungai itu boleh melemaskan orang dewasa.

Menurutnya, kejadian itu berlaku apabila rakit yang selalu digunakan untuk menyeberangi sungai tiba-tiba hanyut.

Perkara itu menyebabkan ayahnya mengambil keputusan untuk melintasi sungai itu dengan seekor kuda peliharaannya.

“Rakanya pada mulanya menjangka ayah sudah meninggal dunia selepas melihat dia bersama kudanya tenggelam, namun ayahnya bersama haiwan kesayangannya itu tiba ke seberang sungai dengan selamat,” katanya.

Tokoh tersohor yang begitu disayangi masyarakat ini meninggal dunia pada tahun 1994.

Dalam pada itu, Othman berharap semua generasi muda hari ini mengambil tauladan dari kisah ulama Tuan Guru Omar Zuhdi.

“Cerita yang saya sampaikan ini untuk memberi generasi hari ini lebih bersemangat walaupun sesusah mana pun mencari ilmu,” katanya

ARTIKEL BERKAITAN
Pondok terbiar jadi warung
Pondok terbiar jadi warung
KUALA TERENGGANU - Siapa sangka hasil kreativiti 20 pelajar SMK Padang Midin, sebuah pondok terbiar berubah wajah kepada sebuah warung yang kini menjadi punca pendapatan ibu tunggal di kawasan sekitar.
Lima tahun tinggal di pondok
Lima tahun tinggal di pondok
SUNGAI DUA - Sebuah keluarga di sini, terpaksa tinggal di pondok usang di sebelah kiri Lebuhraya Utara Selatan dari arah Bukit Kayu Hitam sebagai tempat berteduh berikutan rumah yang pernah didiami sebelum ini dilelong bank.
Pondok baiki kasut haram diroboh
Pondok baiki kasut haram diroboh
JOHOR BAHRU - Sebuah pondok membaiki kasut yang didirikan secara tidak sah di Jalan Persiaran Tanjung Kempas, di sini, terpaksa dirobohkan penguatkuasa, petang semalam.
Hanya tinggal di pondok buruk
Hanya tinggal di pondok buruk
KUALA LIPIS - “Segala-galanya musnah dan kami kini hanya tinggal di pondok buruk beratapkan zink serta dinding papan berlubang untuk berteduh siang dan malam."
Pondok hanyut 6m akibat banjir
Pondok hanyut 6m akibat banjir
CHENOR - Kira-kira 300 sukarelawan dari pelbagai agensi berganding bahu mengalihkan sebuah pondok panjang yang dihanyutkan banjir di Kampung Pantai dekat sini.
Pondok agama rosak teruk
Pondok agama rosak teruk
SEBERANG TEMERLOH - Madrasah Ad Diniah Al-Ismailliah yang baharu dibuka tidak sampai tiga tahun lenyap dari pandangan pada 31 Disember lalu apabila banjir besar menenggelamkan pusat pengajian agama berkonsepkan pondok itu setinggi lebih lima meter.
Pondok usang jadi tempat berteduh
Pondok usang jadi tempat berteduh
PONTIAN - Sudahlah mengharungi kehidupan serba daif tanpa kemudahan bekalan elektrik dan air bersih sejak 10 tahun lalu, di dalam sebuah pondok usang di Jeram Batu, di sini, seorang ibu tunggal turut menggalas tanggungjawab menjaga dua anak yang sakit mental bersama dua cucunya.
Ghazali Taib

Kerajaan negeri kaji modul pengajian pondok moden
HULU TERENGGANU - Kerajaan Negeri Terengganu kini sedang mengkaji modul yang bersesuaian untuk melaksanakan kelas pengajian pondok moden yang akan dilaksa

http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/kisah-di-sebalik-pondok-lanai-1.491282