Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Friday, March 11, 2016

UTAMAKAN AKHIRATMU DARIPADA DUNIAMU

UTAMAKAN AKHIRATMU DARIPADA DUNIAMU.

Berapa ramai orang yang terkenal dan masyhur di bumi tetapi tidak dikenali di langit.

Berapa ramai insan yang tidak dikenali di bumi tetapi dikasihi di langit.

Ukurannya adalah TAQWA, bukanlah siapa yang paling kaya dan bukanlah pula siapa yang paling kuat.

Firman Allah Taala :

وَلَلْآخِرَةُ خَيْرٌ لَكَ مِنَ الْأُولَىٰ

Dan sesungguhnya kesudahan keadaanmu (ganjaran pada Hari Akhirat) adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya (kehidupan di dunia). (Surah ad-Dhuha : 4)

Sumber : Asy-Syeikh Dr. 'Abdul 'Aziz al-Fauzan hafizahullah.

"Ya Allah, taufiqkanlah kami dan zuriat kami untuk sentiasa mengutamakan kehidupan Akhirat kami daripada kehidupan di dunia yang sementara ini."

الفقير إلى عفو ربه،
أبو عمار مدني،
غفر الله له ولوالديه ولجميع المسلمين.

Semenyih, Selangor.
Sabtu, 3 Jamadil Akhir 1437H - 12 Mac 2016.

Thursday, March 10, 2016

TG Syeikh Nuruddin Marbu Al Banjari Al Makki bersama Fadhilah As Syeikh Allamah Al Muhaddis Abdullah Ibni Abdul Qadir At Talidi

TG Syeikh Nuruddin Marbu Al Banjari Al Makki bersama Fadhilah As Syeikh Allamah Al Muhaddis Abdullah Ibni Abdul Qadir At Talidi. Merupakan satu2nya anak murid yang smpat menadah ilmu dari kesemua ke tujuh2 anak As Syeikh Muhammad Siddiq Ghumari. Dan beliau antara murid rapat yang sempat menuntut daripada As Syeikh Al Muhaddis Ahmad ibni Siddiq Ghumari, yang akhirnya wafat die Mesir. Ramai ulama berpusu2 bertemu dengan beliau untuk menuntut ilmu hadis di pusat pengjian beliau Tonjah , Maghribi.

Jika ada orang bercakap mengenai kita di belakang , itu tandanya kita sudah ada di depan

�� Dari Ayahanda Ust Tuan Ibrahim Tuan Man ��

"Jika ada orang bercakap mengenai kita di belakang , itu tandanya kita sudah ada di depan . Saat orang bercakap merendahkan diri kita , itu tandanya kita sudah berada di tempat yang lebih tinggi . Saat orang bercakap dengan nada iri mengenai kita , itu tandanya kita sudah jauh lebih baik dari mereka . Saat orang bercakap buruk mengenai kita , padahal kita tidak pernah mengusik kehidupan mereka , itu tandanya kehidupan kita sebenarnya lebih indah dari mereka . Payung tidak dapat menghentikan hujan tapi dapat membuat kita berjalan menembusi hujan untuk mencapai tujuan"...

Sebarkan seluas-luasnya. Terima Kasih.

Wednesday, March 9, 2016

Yasin Hati Al-Quran

Yasin Hati Al-Quran

Ini bukan hadith palsu
Daripada Anas RadiyaLlahu 'anhu :

قال النبي صلى الله عليه وسلم : إن لكل شيء قلبا و قلب القرأن يس و من قرأ يس كتب الله له بقراءتها قراءة القراءن عشر مرات
Sabda Nabi sallaLlahu 'alaihi wasallam :
"Sesungguhnya bagi tiap-tiap sesuatu itu ada jantung, dan jantung al Quran ialah Yasin. Dan sesiapa yang membaca Yasin, akan dituliskan Allah baginya dengan membacanya pahala seumpama membaca al Quran sepuluh kali"
(Riwayat at Tirmizi dan ad Darimi)

Menurut Imam at Tirmizi darjat hadith ini adalah hasan gharib. Ia telah diriwayatkan oleh lima orang sahabat radiyaLlahu anhum iaitu Abu Bakar as Siddiq, Anas r.a, Abu Hurairah r.a, Ubay bin Kaab r.a dan Ibn Abbas radiyallahu anhuma. Maka dari segi istilah ia bilangan yang cukup menjadi hadith mahsyur.

-Ustaz Mohd Khafidz Soroni

Tuesday, March 8, 2016

PERIHAL DUKUN DAN BOMOH DI SISI AHLI SUNNAH WALJAMA`AH

PERIHAL DUKUN DAN BOMOH DI SISI AHLI SUNNAH WALJAMA`AH

بِسْمِ اللهِ الرَّحْـٰمَنِ الرَّحِيْمِ

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Pengasih

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ لَا يَـحْوِيْهِ مَكَانٌ وَلَا يَـجْرِيْ عَلَيْهِ زَمَانٌ، وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى سَيِّدِنَا مُـحَمَّدٍ طَـــٰهَ الْأَمِيْنَ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ الطَّيِّبِيْنَ الطَّاهِرِيْنَ، أُذَكِّرُكُمْ وَأُذَكِّرُ نَفْسِيْ بِإِخْلَاصِ النِّيَّةِ لِلَّهِ تَعَالَى،
أَمَّا بَعْدُ:

Segala puji bagi Allah yang tidak bertempat dan tidak terlibat dengan masa, selawat dan salam ke atas penghulu kami Nabi Muhammad: Thaha dan al-Amin dan ke atas ahli keluarga baginda, para sahabat baginda yang baik dan suci. Saya mengingatkan diri kalian dan diri saya agar mengikhlaskan niat kerana Allah ta`ala. Adapun selepas itu:

Dalam fiqh Islam, setidaknya ada dua istilah yang berkait dengan masalah ini:

1. Al-Kahin: iaitu orang yang mengaku mengetahui pelbagai peristiwa yang akan terjadi di masa akan datang. Biasanya mereka bekerjasama dengan jin-jin fasiq, atau bersandarkan kepada bintang-bintang atau kepada sebab-sebab dan pendahuluan-pendahuluan (muqaddimah) yang mereka buat sendiri.

2. Al-`Arraf: iaitu orang yang mengaku mengetahui sesuatu yang tersembunyi dari perkara-perkara yang telah terjadi, seperti mengaku mengetahui peristiwa kecurian, atau barang-barang yang telah hilang.
Kedua-dua ini, baik al-Kahin atau al-‘Arraf haram untuk dibenarkan dalam perkataan-perkataannya (ramalannya). Dalam sebuah hadith Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam telah bersabda:

"مَنْ أَتَى عَرَّافًا فَسَأَلَهُ عَنْ شَيْءٍ لَـمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلَاةُ أَرْبَعِيْنَ لَيْلَةً". رَوَاهُ مُسْلِمٌ

Maksudnya:
“Barangsiapa mendatangi `Arraf dan bertanya kepadanya tentang sesuatu, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh malam”. (Diriwayatkan oleh Muslim)
Dalam hadith lain, Rasulullah sallallahu`alaihi wasallam bersabda:

"مَنْ أَتَى عَرَّافًا أَوْ كَاهِنًا فَصَدَّقَهُ بِـمَا يَقُوْلُ فَقَدْ كَفَرَ بِـمَا أُنْزِلَ عَلَى مُـحَمَّدٍ". رَوَاهُ الْـحَاكِمُ

Maksudnya:
“Barangsiapa yang mendatangi `Arraf atau Kahin dan membenarkan dengan apa yang dia ucapkan, maka ia telah kafir terhadap apa yang telah diturunkan kepada Nabi Muhammad”. (Diriwayatkan oleh al-Hakim)

Intisari daripada dua hadith di atas sebagai berikut:

1. Al-`Arraf mahupun al-Kahin, keduanya haram didatangi.

2. Orang yang datang dan bertanya kepada al-`Arraf atau al-Kahin, maka dia telah melakukan dosa. Orang ini tidak diterima solatnya selama 40 hari, dan ia tetap dikira sebagai seorang muslim; kerana ia hanya datang dan bertanya saja, ertinya tidak membenarkan perkataan keduanya. Demikian pula seorang yang datang dan bertanya sahaja, kemudian dalam hatinya mengatakan: "Ucapan al-Kahin atau al-`Arraf ini mungkin benar, mungkin pula tidak", orang ini tetap dikira sebagai muslim. Hanya solatnya sahaja tidak diterima selama 40 hari kerana dia telah datang dan bertanya kepada al-`Arraf atau al-Kahin.

3. Maksud tidak diterima solatnya selama 40 hari adalah solat fardhu yang dia lakukan tidak menghasilkan pahala. Kewajipan menunaikan solat tersebut tetap wajib ke atas dirinya dan mesti dilaksanakan, bukan bererti boleh ditinggalkan solat tersebut.

4. Orang yang datang dan bertanya kemudian membenarkan al-`Arraf atau al-Kahin, maksud membenarkan di sini adalah orang ini menyakini bahawa ucapan al-`Arraf atau al-Kahin tersebut pasti benar, atau dalam keyakinannya bahwa al-`Arraf dan al-Kahin ini mengetahui hal-hal yang ghaib, maka orang tersebut telah menjadi kafir.

5. Seseorang yang sedang berada di tempatnya kemudian datang al-'Arraf atau al-Kahin kepadanya dan berkata: "Akan terjadi peristiwa ini... dan itu... akan menimpa dirimu", kemudian orang tersebut dalam hatinya berkata: "Ucapan kahin ini mungkin benar, mungkin tidak", maka orang ini tidak menjadi kafir, dia tetap dikira sebagai muslim dan diterima solatnya (ertinya solatnya sah selama memenuhi syarat-syarat dan rukun-rukunnya), kerana dia tidak datang dan tidak bertanya, juga tidak membenarkan perkataan Al-`Arraf atau al-Kahin.

6. Orang yang sedang berada di tempatnya, tidak datang dan tidak bertanya, namun dalam hatinya menyakini bahwa al-`Arraf fulan atau al-Kahin fulan mengetahui segala hal yang ghaib, atau memastikan kebenaran ucapan al-`Arraf atau al-Kahin tersebut, maka orang ini telah menjadi kafir, walaupun dia tidak mendatangi dan tidak bertanya kepada al-`Arraf atau al-Kahin tersebut kerana dia telah meyakini al-`Arraf atau al-Kahin mengetahui perkara yang ghaib.

7. Dengan demikian seseorang yang datang atau bertanya kepada al-`Arraf atau al-Kahin, tidak secara mutlak dikafirkan. Namun dengan diperincikan, iaitu dilihat terhadap keyakinan orang ini, apakah dalam keyakinannya al-‘Arraf atau al-Kahin tersebut mengetahui segala yang ghaib atau tidak.

KAEDAH:

Hanya Allah ta`ala sahaja yang mengetahui segala sesuatu yang ghaib. Adapun sebahagian Nabi Allah ada yang mengetahui beberapa perkara ghaib adalah hanya pada sebahagiannya sahaja, iaitu pada apa yang dikhabarkan oleh Allah ta`ala kepada mereka melalui wahyu-wahyu-Nya.
Dalam hal ini Allah ta`ala berfirman:

"قُل لَّا يَعْلَمُ مَن فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ الْغَيْبَ إِلَّا اللهُ".

Maksudnya:
“Katakanlah [Wahai Muhammad] tidak ada seorangpun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib kecuali Allah”. (Surah an-Naml: 65)

- Ibnu Syafie

Hujjah Menyanggah Dr rozaimi wahhabi pensyarah upsi yg sesat dari segi akidahnya dan jauh tersasar dari agama islam dan berakidah firaun !

Hujjah Menyanggah Dr rozaimi wahhabi pensyarah upsi yg sesat dari segi akidahnya dan jauh tersasar dari agama islam dan berakidah firaun !

Kesalahan rozaimin dalam video ni ialah,
1 : Percayakan Kepada Firaun Bahawa Alloh dilangit Padahal Firaun Itu Musuh Alloh Dan Para Nabi Dan Para Rosul. Tidak Patut Percayakan Firaun Yang Sesat. Tetapi Kenapa Rozaimi Ikut Firaun? Sabda Nabi Saw Bahawasanya Tiada Suatupun Diatas-Nya (Alloh) Dan Tiada Suatupun Dibawah-Nya (Maknanya Alloh Ada Tanpa Tempat).

2 : Rozaimi Kononnya Pakar Hadis Ini Menuduh Nabi Musa Alaihissalam Mengatakan Bahawa Nabi Musa Mengatakan Alloh berada Dilangit. Nabi Musa Yang Kata Ke Mu Yang Kata Rozaimi Weh? Nabi Pun Kau Fitnah.. Betapa Celakanya Ajaran Wahhabi Talibarut Yahudi Yg Ingin Sesatkan Umat Islam.

3 : Rozaimi Memfitnah Imam Hanbali Dan Pengikut Imam Hanbali Bahawa Puak Hanabilah Kata Alloh Atas Langit. Ini Akidah Mushrik ! Mustahil Imam-Imam Muktabar Berpegang Sepertimana Rozaimi Dakwa Kerana Mereka Sangat-Sangat Alim Bab Quran Dan Hadis. Mereka Tidak Sebodoh Rozaimi Yang Mendakwa Kononnya Pakar Hadis.

Firman Alloh Taala Dalam Suroh Assajdah Bermaksud , Alloh taala Menciptakan Langit Dan Bumi. Lihatlah, Alloh taala Sendiri Yang Kata Dia Menciptakan Langit Dan Bumi. Sbelum Alloh Menciptakan Langit Dan Bumi, Alloh Dimana? Sudah Tentu Alloh Ada Tanpa Tempat !

Dalam Video Ini Rozaimi Kata Kita Boleh Melihat Alloh taala.. Saya Jawab , Ya benar. Ada Hadis Nabi Saw Mengatakan Demikian. TETAPI MELIHAT ALLOH TAALA DIAKHIRAT KELAK TANPA KAIFIAT, TANPA TEMPAT, TANPA PENYERUPAAN DENGAN MAKHLUQ !

Terjemahan daripada kitab : al Bayan Lima Yusyghil al Azhan
Karangan : al ‘Alim al ‘Allamah Fadhilah al Syeikh Dr. Ali Jumu’ah, Mantan Mufti Besar Mesir.

Soalan 1 : Apakah yang patut saya katakan jika seorang anak kecil bertanya “Allah dimana?”

Jawapan 1 : Dengan nama Allah serta segala pujian-pujian yang hanya layak bagiNya, selawat dan salam ke atas junjungan Sayyidina Rasulillah, kaum keluarga baginda, serta para pengikut baginda.

Apabila seorang anak kecil bertanyakan soalan “Dimanakah Allah Ta’ala berada?”. Kita hendaklah menjawab : “Bahawa sesungguhnya, tiada sesuatu pun yang seumpama atau menyerupai Allah Ta’ala, sebagaimana yang Allah Ta’ala khabarkan berkenaan dengan hakikat diriNya dalam kitabNya yang mulia, iaitu firmanNya :

لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ ۖوَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ

Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia, dan Dia-lah yang Maha mendengar dan melihat (Surah al Syura : 11)

Kita Sepatutnya memberitahu kepada anak kecil tersebut bahawa, seseorang itu tidak sepatutnya mengarahkan pemikirannya terhadap persoalan haqiqat Dzat Allah Ta’ala, dari sudut keadaan Allah Ta’ala mahupun rupaNya. Hal ini merupakan satu perkara yang sangat merbahaya (daripada sudut Aqidah) serta boleh mengundang perbuatan menyama rupakan Allah Ta’ala dengan makhluq ciptaanNya. Kita juga sepatutnya memberitahu anak kecil tersebut bahawa, kita diwajibkan memikirkan tentang segala dalil berkaitan dengan Qudrat (kekuasaan)  Allah Ta’ala serta tanda-tanda keagunganNya kerana hal ini akan menyebabkan iman kita semakin  bertambah.

Persoalan tentang “Dimanakah Allah Ta’ala berada” merupakan satu persoalan Aqidah, dan seluruh orang Islam wajib beri’tiqad bahawasanya Allah Ta’ala itu bersifat wajib al wujud (Wujud Allah Ta’ala adalah wajib). Maka maksud Allah Taala itu wajib al wujud adalah : Tidak diterima akal sama sekali Allah itu tidak wujud, dan Allah Ta’ala tidak akan ‘binasa’ sejak dahulu sehingga kini, dan akan datang.  Wujud Allah Ta’ala itu adalah merupakan wujud yang haqiqi atau dzatiy, dan tidak dikeranakan dengan ‘Illah (sebab musabbab). Hal ini bermaksud: Tiada kuasa lain yang menciptakan Dzat Allah Ta’ala. Dan tidak masuk Akal sama sekali bahawa masa dan tempat mempengaruhi kewujudan dan sifat-sifat Allah Ta’ala yang maha tinggi.

Jika maksud daripada persoalan ini diajukan adalah bertujuan untuk mengetahui arah atau lokasi bagi zat Allah Ta’ala, yang tujuannya adalah untuk menthabitkan bagi Allah Ta’ala itu arah kedudukan dan lokasi yang tertentu, maka soalan seperti ini tidak sepatutnya diajukan sama sekali. Hal ini kerana, arah kedudukan dan lokasi merupakan sebahagian daripada perkara-perkara yang dinisbahkan kepada makhluq Allah Ta’ala sahaja (al Nisbiyah al Hadithah), dengan maksud: Apabila kita mensifatkan sesuatu berdasarkan kepada arah kedudukan yang tertentu, maka sudah tentu nisbah tersebut dibandingkan dengan sesuatu yang lain pula. Sebagai contoh : Langit berada di atas kita. Sudah pasti maksud ‘di atas’ tersebut jika dinisbahkan kepada manusia yang berada di bawahnya. Dan, kita pula berada di bawah langit, jika dinisbahkan bagi langit yang berada di atas kita. Selama mana arah kedudukan merupakan satu bentuk penisbahan kepada sesuatu, dan ianya adalah mahkluq Allah Ta’ala maka  selagi itulah tidak selayaknya pula perkara dinisbahkan kepada Allah Ta’ala.

Semua orang Islam beriman dengan penuh yaqin bahawa, Allah Ta’ala itu bersifat dengan Qidam, iaitu mereka menthabitkan sifat Qidam bagi Allah Ta’ala. Allah Ta’ala merupakan Qidam yang haqiqi (tidak ada permulaan bagi wujud Allah Ta’ala), hal ini berdasarkan dalil:

هُوَ الْأَوَّلُ

Dialah yang Awal (Yang dimaksud dengan: yang Awwal ialah, yang telah ada sebelum segala sesuatu ada ) (al Hadid : 3)
Dalam sebuah hadith Nabi SAW pernah bersabda:

أنت الأول فليس قبلك شيئ
Engkaulah (Ya Allah) yang Awwal kerana tiada sebelum Engkau sesuatu apa pun ( Hadith Muslim : 4/ 2084)

Maka sifat Qidam ini secara lansung menolak kewujudan sesuatu yang mendahului kewujudan Allah Ta’ala, atau sesuatu itu wujud seiring dengan wujudnya Allah Ta’ala. Hal ini merupakan maksud al Salbiy (penafian) bagi sifat  Allah Ta’ala dalam memahami maksud sebenar sifat al Qidam.

Demikianlah segala sifat Allah Ta’ala yang tiada permulaan bagi wujudnya, dan tidak akan menerima sebarang perubahan terhadap sifat-sifat Allah Ta’ala dengan sebab kewujudan segala Makhluq ciptaanNya. Maksud menthabitkan arah kedudukan dan lokasi bagi Dzat Allah Ta’ala adalah : Allah Ta’ala boleh menerima sebarang bentuk perubahan sifat. Hal ini bermaksud : Sesungguhnya Allah Ta’ala tidak bersifat dengan ketinggian, dan tidak mengatasi makhluq  yang lain, melainkan setelah alam ini diciptakan. Ertinya, Sebelum daripada diciptakan alam, Allah Ta’ala tidak boleh dikatakan tinggi atau mengatasi segala benda, kerana tiada sesuatu makhluq yang berada di bawahnya.  Sebenarnya hal seperti merupakan sifat mahkluq yang terhasil daripada penisbahan terhadap makhluq yang lain. Oleh kerana itu, sifat ini adalah tidak layak sama sekali bagi Allah Ta’ala.

Sebagaimana semua orang Islam beriman dengan yaqin bahawa Allah Ta’ala besifat  

مخالفته تعالى للحوادث 

(Tidak sama Allah Ta’ala dengan segala makhluq). Hal ini membawa maksud, penafian terhadap ciri-ciri jirim, ‘Arad (sifat makhluq), Kulliyyah (kuantiti lengkap), Juz’iyyah (pecahan daripada satu kuantiti lengkap) dan segala ciri yang berkaitan secara lansung dengan perkara-perkara tersebut.  Ciri-ciri yang berkaitan secara lansung dengan jirim, ‘Arad, Kulliyyah, dan juz’iyyah itu adalah : Setiap jirim pasti akan mengambil ruang, ‘Arad pula menumpang pada yang lain, kulliyah pula adalah bersifat besar dan boleh dibahagi-bahagikan kepada beberapa kompenan, sedangkan Juz’iyyah pula adalah tentunya bersaiz kecil daripada Kulilliyah dan sebagainya. Jika syaitan mencampakkan perasaan waswas dalam hatimu, seperti : “ jikalau Allah Ta’ala itu bukan berbentuk jirim, bukan juga seperti ‘Arad, bukan berkuantiti yang lengkap atau sejuzuk daripada kuantiti yang lengkap, maka bagaimanakah haqiqat sebenarnya Allah Ta’ala tersebut?”. Maka hendaklah kita jawab bahawa : “ Tiada seorang pun yang mengetahui Haqiqat Allah Ta’ala melainkan hanya Allah Ta’ala  sahaja yang mengetahuinya”.

Sifat ini sebenarnya adalah berdasarkan kepada firman Allah Ta’ala:
لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ ۖوَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ

Tidak ada sesuatupun yang serupa dengan Dia, dan Dia-lah yang Maha mendengar dan melihat. (Surah al Syura : 11)

Begitu juga halnya dengan Sunnah Nabi SAW, yang diriwayatkan daripada Sayyiduna Ubai Bin Ka’ab RA: Orang-orang musyrik berkata “Wahai Muhammad, nisbahkanlah (sifatkanlah) kepada kami sekalian tentang tuhan sembahanmu”.  Maka Allah Ta’ala menurunkan ayat :

قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ
اللَّهُ الصَّمَدُ

Katakanlah: "Dia-lah Allah, yang Maha Esa.  Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu (al Ikhlas : 1&2).
Bersabda Nabi SAW: Allah tempat tumpuan segala permintaan hambaNya :
لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ 
وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ 

Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan, dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia (al Ikhlas : 3&4).
Hal ini kerana tidak ada sesuatu yang wujud di dunia ini melainkan akan mati pada suatu masa nanti. Setiap yang mati pula pasti akan mewariskan harta perwarisan. Sedangkan Allah Ta’ala tidak akan mati dan mewariskan sesuatu, sebagaimana firman Allah Ta’ala:

وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَد

Tidak ada suatupun makhluq yang setara dengan Dia  (al Ikhlas : 4).

Maka sabda Nabi SAW lagi “Tidak terdapat sebarang penyamaan bagi Allah Ta’ala, dan tidak ada keserataan bagi Allah Ta’ala dengan yang lain, dan tiada sesuatu pun makhluq  yang sebanding dengan Allah Ta’ala (al Hakim: 2/589)

Maka dapat kita fahami disini bahawa Allah Ta’ala mensifatkan dirinya, dan Nabi Muhammad juga turut mensifatkan Allah Ta’ala dengan menafikan penyamaan Allah Ta’ala dengan mahkluq ciptaanNya, dan menafikan juga kekurangan yang tidak selayaknya bagi Allah Ta’ala yang maha tinggi. Maka, orang-orang yang beriman wajib meyaqini bahawa Allah Ta’ala itu tidak sama dengan makhluqNya.

Kesimpulannya:  Haram hukumnya mensifatkan Allah Ta’ala dengan sifat makhluq, begitu juga halnya bertanyakan sesuatu yang menjurus kepada perkara tersebut. Sepatutnya, jangan disoal sama sekali ‘dimanakah Allah Ta’ala berada?” dengan tujuan ingin mengetahui arah kedudukan dan lokasi bagi Allah Ta’ala. Namun, harus bertanya soalan seperti itu dengan tujuan ingin mengetahui kerajaan milik Allah Ta’ala,  atau para MalaikatNya, atau apa jua soalan berkaitan dengan makhluq  Allah Ta’ala yang bersifat dengan baharu.

Kesemua Ulamak, Para Nabi, Para Rosul, Umat Islam Beriktiqod Bahawa Alloh taala Ada Tanpa Tempat, Tanpa Arah Yang 6, Tidak Serupa Dengan Makhluq Dari Apajua Sudut Sekalipun.

#share

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1076062569081527&id=100000333833948

Darussyifa buat kajian , banyak kelebihan lendir buaya tu dari segi sains , turut sama pegawai perhilitan. Bukan upacara sembah buaya ke apa hang nak tuduh khurafat.

MUFTIN PERLISIT  kaki youtube hahaha...

Oi tok peti gi tengok animal planetlah

Darussyifa buat kajian , banyak kelebihan lendir buaya tu dari segi sains , turut sama pegawai perhilitan.

Bukan upacara sembah buaya ke apa hang nak tuduh khurafat.

ISU SELUK MULUT BUAYA
.
Oleh: Ustaz Ikmal Zaidi Hashim
.
Sejak akhir-akhir ini timbul semula rakaman video dan gambar di media sosial mengenai upacara menyeluk mulut buaya ini. Isu yang telah berlaku pada 2010 ini diungkit kembali oleh manusia-manusia yang hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui niat mereka dan kepada Allah SWT jua kami serahkan mereka. Sebagai murid Tuan Guru Dato Dr. Haron Din, saya terpanggil untuk menjawab isu ini:
.
1- Acara menyeluk mulut buaya merupakan acara tradisional masyarakat dahulu kala apabila mereka mendapati ada manfaat yang diperolehi iaitu tangan orang yang pernah dimasukkan ke dalam mulut buaya didapati boleh menyembuhkan penyakit-penyakit tertentu khasnya penyakit kulit dan ulser dalam mulut hanya dengan menyapukannya pada tempat sakit, bukan menyapu dengan lendir buaya tersebut tetapi hanya dengan sentuhan dan usapan.
.
Keberkesanan kaedah ini adalah semata-mata berdasarkan penelitian, pengalaman yang telah diujikaji iaitu sesuatu yang ‘mujarrabah’ . Pengalaman dan tajribah sememangnya menjadi prinsip utama para pengubat tradisional terdahulu.
.
Oleh kerana itu terdapat pepatah Arab yang berbunyi:
اسأل المجرب ولا تسأل الطبيب
“Tanyalah kepada orang yang melakukan ujikaji (orang yang telah mencuba keberkesanan sesuatu kaedah dan ubat) dan janganlah tanya doktor (yang tidak semestinya melaluinya)”.
.
Maka apabila ada buaya yang ditangkap masyarakat tempatan termasuk orang Asli tidak melepaskan peluang untuk mengadakan acara tersebut beramai-ramai.
.
2- Acara ini diadakan di Darussyifa’ (DS) sebagai aktiviti ekstra kurikulum dan bukan sebahagian daripada pengajian mahu pun pengijazahan DS seperti yang didakwa bahkan ramai penduduk sekitar Bandar Baru Bangi yang turut serta dan mereka bukan ahli DS.
.
3- Acara ini sama sekali tidak berunsurkan mistik, tahayul dan khurafat.  Tiada sebarang mantera atau jampi, yang ada hanyalah bacaan Basmalah sebelum menyeluk mulut buaya. Dalam video kedengaran suara orang berzikir kerana semasa itu juga sedang berlangsung kelas pengajian Kursus Pengubatan Islam Darussyifa’ di surau sebelah atas bangunan DS.  Kelas tersebut biasanya didahului dengan solat Hajat, bacaan Yasin, zikir dan doa.
.
4- Buaya yang digunakan dalam acara ini tidak dizalimi kerana terdapat pihak Perhilitan bersama-sama memantau. Ia direhatkan secara berkala sepanjang acara ini. Buaya tersebut juga dikembalikan ke habitat asalnya dengan selamat. Isu mulut buaya yang dibuka ternganga dengan diikat adalah untuk tujuan keselamatan dan buaya sememangnya binatang yang mampu mengangakan mulutnya berjam-jam lamanya.
.
5- Dari segi logika pula, kita mendapati buaya merupakan haiwan reptilia karnivor yang makan pelbagai haiwan lain sama ada yang hidup mahu pun yang telah menjadi bangkai. Walau bagaimanapun buaya didapati tidak sakit disebabkan makan bangkai kerana sistem pertahanan dirinya yang kuat. Ini termasuklah air liur buaya yang mampu mengatasi pelbagai kuman dan bakteria seawal makanan itu masuk ke dalam mulutnya. Jika dilihat dengan mata kasar, mulut buaya putih bersih lebih bersih daripada mulut kita (apatah lagi mulut para pemfitnah TG).
.
Berikut ialah beberapa link yang berkaitan kajian saintifik mengenai buaya di Barat sehingga ada yang membuat antibiotik daripada darah buaya (kita tidak berniat sampai ke situ):
.
http://crocodilian.blogspot.my/2008/04/antibiotic-factors-in-crocodile-and.html
https://theglyptodon.wordpress.com/2012/12/11/super-antibiotics-from-crocodile-blood/
http://www.medscape.com/viewarticle/775470
http://www.pubfacts.com/detail/21294399/Antibacterial-and-antifungal-activities-from-Siamese-crocodile-blood
.
6- Kesimpulannya ialah menyeluk tangan ke dalam mulut buaya bukanlah suatu yang bertentangan dengan syarak jauh sekali boleh menjejaskan akidah. Ia hanya bersumberkan pengalaman dan ujikaji para perawat tradisional yang didapati memberi manfaat kepada masyarakat suatu ketika dahulu.
.
Diharapkan agar selepas ini isu ini tidak lagi dibangkitkan. Kepada para pemfitnah DS dan Tuan Guru, cubaan yang baik. Cuba lagi kalau tidak takut azab Allah.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10207523268793317&id=1637210834