Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Friday, January 31, 2020

PENYESALAN SAAT SAKARATUL MAUT

PENYESALAN SAAT SAKARATUL MAUT
Al kisah ada seorang sahabat Nabi saw bernama Sya’ban RA.
Dia adalah seorang sahabat yang tidak menonjol dibandingkan dengan sahabat-sahabat yang lain.
Satu kebiasaan yang unik dari beliau iaitu setiap kali masuk masjid sebelum solat berjemaah, dia selalu beritikaf di penjuru depan masjid.
Dia mengambil posisi di penjuru bukan kerana mudah bersandar atau tidur, tetapi kerana tidak mahu mengganggu orang lain, lebih-lebih lagi ketika orang lain beribadah.
Kebiasaan ini sudah difahami oleh sahabat bahkan oleh Rasulullah saw, Sya’ban RA akan berada di posisi yang sama termasuk saat solat berjamaah.
Suatu pagi ketika solat subuh berjemaah akan dimulakan Rasulullah saw mendapati bahwa Sya’ban RA tidak berada di tempatnya seperti biasa. Nabi saw pun bertanya kepada jemaah yang hadir adakah sesiapa yang melihat Sya’ban RA.
Namun tiada seorang pun jemaah yang melihat Sya’ban RA. Solat subuh pun ditunda sejenak untuk menunggu kehadiran Sya’ban RA. Namun yang ditunggu belum juga datang. Bimbang solat subuh kesiangan, Nabi saw memutuskan untuk segera melaksanakan solat subuh berjemaah.
Selesai solat subuh, Nabi saw bertanya ada sesiapa yang mengetahui khabar dari Sya’ban RA.
Namun tiada seorang pun yang menjawab.
Nabi saw bertanya lagi ada siapa yang mengetahui di mana rumah Sya’ban RA.
Kali ini seorang sahabat mengangkat tangan dan mengatakan bahwa dia mengetahui di mana rumah Sya’ban RA.
Nabi yang khawatir terjadi sesuatu kpd Sya’ban RA meminta dihantarkan ke rumahnya.
Perjalanan dengan berjalan kaki cukup lama ditempuh oleh Nabi saw dan rombongan sebelum sampai ke rumah yang dimaksudkan.
Rombongan Nabi saw sampai ke sana ketika waktu afdhal untuk solat dhuha (kira-kira 3 jam perjalanan dari masjid Nabawi).
Sampai di depan rumah tersebut Nabi saw mengucapkan salam.
Dan keluarlah seorang wanita sambil membalas salam.
“Benarkah ini rumah Sya’ban?” Nabi saw bertanya.
“Ya benar, saya isterinya” jawab wanita tersebut.
“Bolehkah kami menemui Sya’ban, yang tidak hadir solat subuh di masjid?”
Dengan berlinangan air mata isteri Sya’ban RA menjawab:
“Beliau telah meninggal dunia pagi tadi..."
Innalillahi wainna ilaihirojiun… Masya Allah, satu-satunya penyebab dia tidak solat subuh berjamaah adalah kerana ajal sudah menjemputnya.
Beberapa saat kemudian isteri Sya’ban bertanya kepada Rasulullah saw.
“ Ya Rasulullah saw ada sesuatu yang menjadi tanda tanya bagi kami semua, iaitu menjelang kematiannya dia berteriak tiga kali dengan setiap teriakan disertai satu pertanyaan. Kami semua tidak faham apakah maksudnya."
“Apakah pertanyaan yang diucapkannya?” tanya Rasulullah saw
Setiap teriakannya dia terucap kalimat:
“ Aduuuh kenapa tidak lebih jauh……”
“ Aduuuh kenapa tidak yang baru……. “
“ Aduuuh kenapa tidak semua……”
Nabi saw pun bersabda ayat yang terdapat dalam surat Qaaf (50) ayat 22 :
“Sesungguhnya kamu berada dalam keadaan lalai dari (hal) ini, maka Kami singkapkan dari padamu hijab (yang menutupi) matamu, maka penglihatanmu pada hari itu amat tajam.“
Saat Sya’ban dalam keadaan sakaratul maut, perjalanan hidupnya diulang tayang oleh Allah swt.
Bukan itu saja, semua ganjaran dari perbuatannya diperlihatkan oleh Allah.
Apa yang dilihat oleh Sya’ban (dan orang yg sakaratul maut) tidak dapat dilihat oleh orang lain.
Dalam pandangannya yang tajam itu Sya’ban melihat suatu adegan di mana sehariannya dia pergi berulang ke masjid untuk solat berjamaah lima waktu.
Perjalanan sekitar 3 jam berjalan kaki sudah tentu bukanlah jarak yang dekat.
Dalam tayangan itu pula Sya’ban RA diperlihatkan pahala yang diperolehnya dari langkah2 nya ke Masjid. Dia dapat melihat apakah bentuk syurga ganjarannya.
Saat melihat itu dia berteriak :
“ Aduuuh kenapa tidak lebih jauh……”
Timbul penyesalan dalam diri Sya’ban , mengapa rumahnya tidak lebih jauh lagi supaya memperolehi pahala yang lebih banyak dan mendapat syurga yang lebih indah.
Berikutnya Sya’ban melihat ketika dia akan berangkat solat berjamaah di musim sejuk.
Ketika dia membuka pintu, bertiup angin sejuk yang menusuk tulang.
Dia masuk kembali ke rumahnya dan mengambil satu baju lagi untuk dipakainya. Jadi dia memakai dua helai baju.
Sya’ban sengaja memakai pakaian yang bagus (baru) di dalam dan yang lama di luar.
Dalam fikirannya jika terkena debu, sudah tentu yang kena hanyalah baju yang luar. Sampai di masjid dia boleh membuka baju luar dan solat dengan baju yang lebih baik.
Dalam perjalanan ke masjid dia bertemu seseorang yang terbaring kesejukan dalam keadaan yang sangat lemah.
Sya’ban pun hiba, lalu segera membuka baju yang paling luar dan dipakaikan kepada orang tersebut dan memapahnya untuk bersama2 ke masjid melakukan solat berjamaah.
Orang itu terselamat dari mati kesejukan dan sempat menunaikan solat berjamaah.
Sya’ban pun kemudian melihat indahnya syurga sebagai balasan memakaikan baju luarnya kepada orang tersebut.
Kemudian dia berteriak lagi :
“ Aduuuh kenapa tidak yang baru...“
Timbul lagi penyesalan di benak Sya’ban.
Jika dengan baju luar itu saja boleh mendapat pahala yang begitu besar, sudah tentu ia akan mendapat yang lebih besar lagi seandainya ia memakaikan baju yang baru.
Berikutnya Sya’ban melihat lagi suatu adegan saat dia hendak sarapan dengan roti yang dimakan dengan cara mencelupkan dulu ke dalam segelas susu.
Ketika baru saja hendak memulakan sarapan, muncullah pengemis di depan pintu yang meminta diberi sedikit roti kerana sudah lebih 3 hari perutnya tidak diisi makanan.
Melihat hal tersebut. Sya’ban merasa hiba. Ia kemudian membahagikan dua roti itu sama besar, begitu juga segelas susu itu pun dibahagi dua.
Kemudian mereka makan bersama2 roti itu yang sebelumnya dicelupkan susu, dengan portion yang sama.
Allah swt kemudian memperlihatkan ganjaran dari perbuatan Sya’ban RA dengan syurga yang indah.
Apabila melihat itu dia pun berteriak lagi:
“ Aduuuh kenapa tidak semua……”
Sya’ban kembali menyesal .
Seandainya dia memberikan semua roti itu kepada pengemis tersebut tentulah dia akan mendapat syurga yang lebih indah.
MashaAllah, Sya’ban bukan menyesali perbuatannya, tetapi menyesali mengapa perbuatannya tidak yang terbaik.
Sesungguhnya kita semua nanti pada saat sakaratul maut akan menyesal dengan hal yang berbeza, bahkan ada yang meminta untuk ditunda matinya kerana pada saat itu barulah terlihat dengan jelas hasil dari semua perbuatannya di dunia.
Mereka meminta untuk ditunda sesaat kerana ingin bersedekah.
Namun kematian akan datang tepat pada waktunya, tidak dapat dipanjangkan dan tidak dapat diundurkan lagi.
Sya’ban RA telah menginspirasi kita bagaimana seharusnya kita melihat akan janji Allah swt.
Dia ternyata tetap menyesal sebagaimana halnya kita pun juga akan menyesal.
Namun penyesalannya bukanlah kerana tidak menjalankan perintah Allah SWT.
Penyesalannya kerana tidak melakukan kebaikan dengan terbaik.
Semoga kita sentiasa boleh memberi kebaikan² yang terbaik di setiap kesempatan. Dunia hanya sementara akhirat kekal selama-lamanya. Akhirat yang kekal abadi, Aamiin

Monday, January 27, 2020

buat amal soleh 24 sehari

Pesan tok guru:
org biasa pun boleh buat amal soleh 24 sehari. tak payah tunggu jadi org alim @ ahil abid.
caranya ialah dengan niat saja .
sebagai contoh. lepas solat zohor berjamaah, kita niat pula dlm hati "aku nak hadir masjid awai waqtu asar nanti, nak solat asar berjamaah"
lepas solat asar berjamaah, kita niat pula "aku nak hadir masjid awal sebelum maqhrib nanti nak solat berjamaah"
begitu lah seterusnya ...
kita akan mendapat pahala 24jam tanpa henti (walaupun kita tidur lena !) Setiap saat hidup kita AKAN MENDAPAT PAHALA MCAM ORG SOLEH DAN WALI ALLAH JUGA !!
Kita tidur lena dapat pahala,
kita tengah makan, dapat pahala
kita tengah drive, dapat pahala
walau pun lalai (lupa) tak berzikir, kita masih dikira pahala !
Sekiranya kita mati, walau pun masa tu kita tak berbuat ibadat... kita dikira mati dlm berbuat ibadat

pahala mununggu
tapi MESTI dengan niat ... tak dak niat tak jadi !
sebab : (إنما الأعمال بالنيات، وإنما لكل امرئ ما نوى)
sesunggunya segala amal itu dengan niat.....
SEPERTI FIRMAN ALLAH "orang-orang yang beriman dan beramal soleh mereka beroleh pahala balasan yang tidak putus-putus.
(Al-Insyiqaaq 84:25)"
Sebarkan ... semuga ianya menjadi imu yg bermanafaat dan kekal sampai qiamat, kalau ada org yg amalkan benda ini, kita juga akan mendapa pahala tak putus
wallahu a'lam

Senarai alim ulamak ASWJ negeri-negeri yang masih ada. Ziarahlah mereka moga kita beroleh manfaat

Senarai alim ulamak ASWJ negeri-negeri yang masih ada. Ziarahlah mereka moga kita beroleh manfaat . InsyaAllah..
● Perlis.
1. Tuan Guru Ustaz Ahmad Ali - Arau
2. Tuan Guru Baba Zohir @ Paklong Zuhir Pondok Katong - Pauh
3. Tuan Guru Dato' Haji Hashim Jasin - Sanglang
4. Ustaz Yussaine Yahya - Mudir MATIN (Maahad Tahfiz al Quran al-Imam anNawawi) - Kangar
● Kedah.
1. Tuan Guru Haji Jusoh - Tobiar, Pendang
2.Tuan Guru Haji Abdul Hamid (Pak Su Mid) - Kampung Kuala Pai, Bukit Tembaga, Kuala Nerang
3. Tuan Guru Haji Wan Izuddin - Pondok Gajah Mati, Pendang
4. Tuan Guru Haji Ahmad @ Pak Teh Mad Padang Sanai - Kuala Nerang
5. Tuan Guru Baba Khairul Anuar - Pondok Gajah Teriak, Jitra
6. Syeikh Muhd Zainol Asri - Darul Hadis, Kuala Nerang
7. Tuan Guru Haji Mohammad Rifaee Bin Yaakob - Madrasah Az Zuhdiah, Charok Salang, Baling
8. Tuan Guru Haji Abdul Wahab Hassan @ Tuan Guru Haji Awang Lanai - Madrasah Tahzibun Nufus, Banggol Berangan, Parit Panjang, Baling
9. Baba Nasir - Pondok Megat Dewa, Kodiang
10. Syeikh Haji Sanusi Al-Kholidi - Tokai, Pendang
11. Ayahanda Syeikh Haji Idris Al Mujiz Bin Syeikh Mahmud Nasri Othmani Al Qodahi - Baling
12. Syeikh Faiz Kuala Nerang ( Anak Pak Teh Mad Kuala Nerang) - Kuala Nerang
13. Syeikh Fahmi Zamzam al-Banjari - Jitra
14. Tuan Guru Abu Bakar Bin Umar al-Belantiki
15. Tuan Guru Haji Abdullah Bin Lebai Samah - Bukit Lada
16. Tuan Guru Haji Abdul Rahim Jaafar - Pondok Ulu Bakai
17. Tuan Guru Pak Long Suhaimi - Guar Kepayang
18. Tuan Guru Haji Syukri - Madrasah Annur, Titi Haji Idris
19. Tuan Guru Haji Johari Morad - Pondok Darul Hidayah, Kampung Sungai Mati, Langgar
20. Baba Azahari - Gulau, Sik
21. Tuan Guru Haji Adnan - Sungai Karangan, Kuala Ketil
● Pulau Pinang.
1. Dato’ Syeikh Haji Abdullah Bukhari bin Abdul Rahman - Kampung Makam
2. Tuan Guru Haji Bakar Ismail @ Ustaz Bakaq Pondok Kubang Semang - Kubang Semang
3. Tuan Guru Haji Ali Bin Haji Ahmad ( Cucu Tuan Husin Kedah al Banjari ) - Pokok Sena
4. Baba Ridhoudin Bin Abdul Wahab ( Cicit Syeikh Othman Jalaluddin Penanti ) - Pondok Penanti, Mengkuang Titi, Bukit Mertajam
5. Tuan Guru Haji Abdul Wahab - Madrasah Darul Muhajirin, Pondok Padang Chempedak
6. Tuan Guru Ustaz Marzuqi Ishak - Pinang Tunggal, Penang
7. Syeikh Zaini Ahmad
● Perak.
1. Tuan Guru Haji Isa Bin Yahaya @ Tok Ayah Haji Isa - Gerik
2. Tuan Guru Sidek Noor - Pondok An Nur, Batu Hampar, Beruas
3. Syeikh Abdullah Ridhuan Lubis - Sungai Rokam, Ipoh
4. Tuan Guru Haji Syuid Din - Tambun, Ipoh
5. Tuan Guru Ahmad Rozaini Abdul Rahman -Pondok Pak Teh Kroh
● Wilayah Persekutuan.
1. Habib Ali Zaenal Abidin al-Hamid ( Pemimpin Majlis Taklim Darul Murtadza )
2. Habib Sholeh Bin Ahmad Al-Aydrus ( Mudir Madinatul Ilmi )
3. Habib Omar al-Khalash ( Mudir Baitussaadah Kota Damansara & Baitulitqan Batu Caves ).
4 . Syeikh Haji Abbas - kg. Sg Pagar
2- Ustaz Ahmad Sharizal Bin Saffian -PPZ Labuan.
5 . Ustaz Junid Bin Abdullah - Kg. Sg Bedaun.
6 . Ustaz Nawawi Bin Ejal - Pertubuhan Darul Rohmah Kg Lubuk Temiang.
● Selangor.
1. Tuan Guru Haji Mohd Hafiz Bin Haji Selamat - Yayasan al Jenderami, Jenderam
2. Kiyai Haji Mad Rowi Al-Indunisi ( usia 100 tahun) - Kampung Changkat, Gombak
3. Baba Wan Mohd Autad Bin Haji Wan Mohd Shaghir Khazanah Fathaniyah ( cicit Syeikh Wan Ahmad Al-fathoni) - Taman Melewar, Gombak
4. Dr Ayman Al-Akiti (UIA) - Batu 6, Gombak
5. Syeikh Muhammad Fuad Bin Kamaluddin al-Idrisi ( Mudir Kumpulan Yayasan As-Sofa )
● Negeri Sembilan.
1. Syeikh Zaki Bin Haji Ahmad Bin Haji Muhammad Said Al Linggi -
2 . Tuan Guru Syeikh Abdul Raof Bin Nurin Al-Bahanji - Pondok Tampin.
● Melaka.
1. Mursyid Tuan Guru Haji Abdul Rahman Jaafar - Serkam
2. Tuan Guru Zulkifli Ismail - Mudir Baitul Qurro', Sungai Udang
● Johor.
1. Tuan Guru Haji Hasbullah - Kampung Parit Jawa, Muar
2. Habib Alwi Al Attas - Bandar Baru Uda, Johor Bahru
3. Syeikh Ibrahim Banjar - Pondok Ledang
4. Habib Abdurrahman Jaafar Al Attas
5. Habib Husein Al Attas
6. Habib Abu Bakar Bin Alwee Bin Abdullah al Haddad ( Anak Mufti Johor )
7. Habib Ahmad Bin Abdullah Al Aidrus - Johor Bahru
8. Tok Faqeh Zaid - Muar