Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Monday, November 30, 2020

Bila kena musibah

الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ (156)

ثم بين تعالى من الصابرون الذين شكرهم ، قال : ( الذين إذا أصابتهم مصيبة قالوا إنا لله وإنا إليه راجعون ) أي : تسلوا بقولهم هذا عما أصابهم ، وعلموا أنهم ملك لله يتصرف في عبيده بما يشاء ، وعلموا أنه لا يضيع لديه مثقال ذرة يوم القيامة ، فأحدث لهم ذلك اعترافهم بأنهم عبيده ، وأنهم إليه راجعون في الدار الآخرة

Wednesday, November 25, 2020

Lagu dari filem mann

https://www.facebook.com/100004877460953/posts/1588008584705042/?sfnsn=mo

Tok Wan Pakar Urut dgn pegang jari kaki boleh

https://www.facebook.com/100000793678601/posts/1442363925800049/?sfnsn=mo

Tok Wan Pakar Urut dgn pegang jari kaki boleh bagi tau kita sakit apa dan rawatan tradisional herba akan disyorkan  Tok Wan jugak boleh merawat pelbagai penyakit dan siap boleh cakap dari segi medical term lagi..... bayaran ikhlas di 143 ,Lorong Meranti 2,Taman Bersatu Kulim No tel:0194334854 (Tok Wan)

APAKAH ORANG YG MENINGGAL SEDAR BAHAWA DIRINYA SUDAH MATI

*APAKAH ORANG YG MENINGGAL SEDAR BAHAWA DIRINYA SUDAH MATI?*

*Orang yang mati awalnya tidak menyadari bahwa dirinya mati. Dia merasa dirinya sedang bermimpi mati. Dia melihat dirinya ditangisi, dimandikan, dikafankan, disolatkan hingga diturunkan ke dalam kubur. Dia merasa dirinya sedang bermimpi saat dirinya ditimbun tanah. Dia berteriak-teriak tapi tidak ada yang mendengar teriakannya*

*Beberapa waktu kemudian*

*Saat semua sudah pulang meninggalkannya sendirian di bawah tanah. Allah kembalikan ruhnya. Dia membuka mata, dan terbangun dari “mimpi” buruknya.*

*Dia senang dan bersyukur, bahwa ternyata apa yang dia alami hanyalah sebuah mimpi buruk, dan kini dia sudah bangun dari tidurnya.*

*Kemudian dia meraba badannya yang hanya diselimuti kain putih sambil bertanya dan terpegun,*

*“Dimana bajuku? Dimana seluarku?” Lalu dia meraba sekelilingnya yang berupa tanah “Dimanakah aku?” “Tempat apa ini? Kenapa bau tanah dan lumpur?” Kemudian dia mulai menyadari bahwa dia ada di bawah tanah, dan sebenarnya apa yang dialaminya bukanlah mimpi! Ya, dia sadar bahwa dirinya benar-benar telah mati.*

*Berteriak lah dia sekuat-kuatnya, memanggil orang-orang terdekatnya yang dianggap boleh menyelamatkannya:*

*“Makkkkkk….!!!!*
*“Ayaaaaaah…!!!!”*
*“Abangggggg!!!"*
*"Atokkkkk!! "*
*“Neneeeek!!”*
*“Kakaaaaak!!!”*
*“Sahabaaaaat!!!”*

*Tidak ada seorang pun yang menjawab nya. Dia yang selama ini lupa pada Allah pun ingat bahwa ALLAH adalah satu-satunya harapan.*

*Menangis lah dia sambil meminta ampun,*

*“Ya, Allaaaaaaah…. Ya Allaaaaaaah…. Ampuni aku ya Allaaaaaaah….!!!”*

*Dia berteriak dalam ketakutan yang luar biasa yang belum pernah dirasakan sebelumnya sepanjang hidupnya.*

*Jika dia orang baik (soleh/solehah), maka muncullah dua malaikat dengan wajah tersenyum akan menemaninya dan menenangkannya, menghiburnya dan melayaninya dengan layanan yang terbaik.*

*Jika dia orang buruk (tidak beriman/kafir), maka datang dua malaikat akan menambah ketakutannya dan akan menyiksanya sesuai dengan keburukannya.*

*Pertolongan Al-Quran di Alam Kubur*

*Dari Sa’id bin Sulaim ra, Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda:*

*“Tiada penolong yg lebih utama derajatnya di sisi Allah pada hari Kiamat daripada Al-Qur’an. Bukan nabi, bukan malaikat dan bukan pula yang lainnya.” (Abdul Malik bin Habib-Syarah Ihya)*

*Al Bazzar meriwayatkan dalam kitab La’aali Masnunah bahwa jika seseorang meninggal dunia, ketika orang-orang sibuk dengan kain kafan dan persiapan pengebumian di rumahnya, tiba-tiba seseorang yang sangat tampan berdiri di kepala mayat. Ketika kain kafan mulai dipakaikan, dia berada di antara dada dan kain kafan.*

*Setelah dikuburkan dan orang-orang mulai meninggalkannya, datanglah dua malaikat. Yaitu Malaikat Munkar dan Nakir yang berusaha memisahkan orang tampan itu dari mayat agar memudahkan soal jawab.*

*Tetapi si tampan itu berkata: ”Ia adalah sahabat karibku. Dalam keadaan bagaimana pun aku tidak akan meninggalkannya. Jika kalian ditugaskan utk menyoalnya, lakukanlah pekerjaan kalian. Aku tidak akan berpisah dari orang ini sehingga ia dimasukkan ke dalam syurga.”*

*Lalu ia berpaling kepada sahabatnya dan berkata, “Aku adalah Al quran yang terkadang kamu baca dengan suara keras dan terkadang dengan suara perlahan.*

*Jangan risau setelah menghadapi pertanyaan Munkar dan Nakir ini, engkau tidak akan mengalami kesusahan.”*

*Setelah para malaikat itu selesai memberi pertanyaan, ia menghamparkan tempat tidur dan permadani sutera yang penuh dengan kasturi dari Mala’il A’la (Himpunan Fadhilah Amal : 609)*

*Allahu Akbar, terasa mengigil selepas membaca hadits ini. Mengigil teramat sangat, yang penuh pengharapan sekaligus kerisauan. Mengigil kerana tentu saja mengharapkan Al-Quran yang kita baca dapat menjadi pembela kita di hari yang tidak ada pembela. Sekaligus mengigil ketakutan, kalau-kalau Al-Quran akan menuntut kita.*

*Banyak riwayat yang menerangkan bahwa Al-Quran adalah pemberi syafa’at yang pasti dikabulkan Allah Subhanahu wa Ta’ala.*

*Ya Allah, ampunilah dosaku, dosa ibu bapakku, dosa keluargaku, dosa saudara-saudaraku, dosa sahabat-sahabatku dan dosa seluruh kaum muslimin muslimat, Ya Allah, jangan Engkau cabut nyawa kami saat tubuh kami tak sesuai berada di SurgaMu YaAllah... Aamiinnnnn.*

*Sahabat sekarang anda memiliki dua pilihan,*

*1. Membiarkan sedikit pengetahuan ini hanya dibaca disini*
*2. Membagikan pengetahuan ini kesemua teman-teman mu , insyallah bermanfaat dan akan menjadi pahala bagimu... Aamiinnnnn...*

*Boleh di SHARE sebanyak mungkin!*
*_Siapakah sahabatku selama di alam kubur dialah AL - QUR'ANNUL KARIM_*

⬇      ⬇      ⬇      ⬇      ⬇      ⬇
Lobang sempit inilah Rumah yang akan kau diami seorang diri....lobang yang jarang2 sekali  kau peduli dan kau hiraukan...

#tb

Tuesday, November 24, 2020

Syarah alfiah

https://www.facebook.com/100025864385827/posts/747949372743869/

Monday, November 23, 2020

KENALI SALAFI WAHABI

*📝KENALI WAHABI*
_______________

*Catatan ilmu spya kita lbih fhm arti terminologi yg dpkai*:-

1. *Imam Hanafi* :
Lahir 80 Hijrah

2. *Imam Maliki* :
Lahir 93 Hijrah

3. *Imam Syafi'e* :
Lahir 150 Hijrah

4. *Imam Hanbali* :
Lahir 164 Hijrah

*5. Imam Asy'ari* :
Lahir 240 Hijrah

Mereka ini semua ulama Salafus Soleh @ dikenali dgn nama ulama *SALAF*...

*Apa itu SALAF?*

Salaf ialah nama "zaman" yaitu merujuk kpd golongan ulama yg hidup antara kurun zaman kerasulan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi wassallam hingga 300 HIJRAH.

1) Golongan generasi pertama dr 300 tahun hijrah tu disebut *"Sahabat Nabi"* karena mereka pernah bertemu Nabi.

2) Golongan generasi kedua pula disebut *"Tabi'in"* yaitu golongan yg pernah bertemu Sahabat Nabi tpi tak pernah bertemu Nabi.

3) Golongan generasi ketiga disebut sbg *"Tabi' tabi'in"* yaitu golongan yg tak pernah bertemu Nabi & Sahabat tp bertemu dgn Tabi'in.

Jd Imam Abu Hanifah (pengasas mazhab Hanafi) merupakan murid Sahabat Nabi maka beliau seorg *TABI'IN.*

* *Imam Malik*,
* *Imam Syafie*,
* *Imam Hanbali*,
* *Asy'ari*
pula berguru dgn Tabi'in maka mereka adalah golongan *TABI' TABI'IN.*

Jd kesemua imam2 yg mulia ini
merupakan golongan
*SALAF YG SEBENAR* &
pengikut mazhab mereka lah yg paling layak digelar sbg "Salafi" kerana "salafi" bermaksud "pengikut golongan *SALAF".*

Jd beruntung lah kita di *(Nusantara) yg masih berpegang kpd mazhab Syafie yg merupakan mazhab SALAF* yg *SEBENAR* &
tidak lari dr kefahaman
*NABI & SAHABAT*...

Rujukan Wahhabi pulla:

1) *Ibnu Taimiyyah* lahir:
661 Hijrah (lahir 361 tahun selepas berakhirnya zaman SALAF)

2) *Albani* lahir:
1333 Hijrah (mati tahun 1420 hijrah @ 1999 Masihi,
lahir 1033 tahun selepas berakhirnya zaman SALAF)

3) *Muhammad Abd Wahhab* *(pengasas gerakan Wahhabi)*:
1115 Hijrah (lahir 815 tahun selepas berakhirnya zaman SALAF)

4) *Bin/Ibnu Baz* lahir:
1330 Hijrah (mati tahun 1420 hijrah @ 1999 Masihi,
sama dgn Albani,
lahir 1030 tahun selepas berakhirnya zaman SALAF)

5) *Ustaimin* lahir:
1928 Masihi (mati tahun 2001,
lebih kurang 12 tahun lepas dia mati,
lahir entah berapa ribu tahun selepas zaman SALAF.

Mereka ini semua hidup di *AKHIR ZAMAN* kecuali Ibnu Taimiyyah yg hidup di pertengahan zaman antara zaman salaf & zaman dajjal (akhir zaman)...                  
tak ada sorg pun imam rujukan mereka yg mereka taksub buta hidup di zaman *SALAF*....

Mereka ini semua *TERAMAT LAH JAUH DARI ZAMAN SALAF* tp *SANGAT2 ANEH* apabila puak2 Wahhabi menggelarkan diri sebagai "Salafi" (pengikut golongan Salaf).

Sedangkan rujukan mereka
semuanya merupakan manusia2 yg hidup di *AKHIR ZAMAN?*

fikir2kanlah & renung2kanlah
sebarkan kepada saudara2 kita yg lain ASWJ.

❓ *SIAPA WAHABI?*

Wahabi bukan karena mereka tidak membaca Qunut Subuh,
karena 3 Mazhab lain tidak pula membaca Qunut Subuh,
itu khilaf mazhab;

° bukan juga karena tidak buat kenduri arwah kerana ada Qawl dlm Mazhab Syafi'i yg tidak menggalakkannya,

° Bukan juga karena itu & ini tetapi Wahabi adalah satu cara berfikir yg salah yg membentuk satu gerakan ekstrem yg boleh memecahbelah masyarakat.
Kemuncak ekstrem & radikal *Wahabisme* boleh sehingga membawa pertumpahan darah spt;
*IS*,
*ISIL*,
*ISIS*,
*Al-Qaeda*,
*Taliban*...
semua itu adalah didikan Wahabi.

di *Archipelago Nusantara*, hanya negara *Brunei D.S.* serta beberapa buah negeri di *Malaysia* yg masih merupakan kubu terkuat *AHLI SUNNAH WAL JAMAAH*.

Paparan media massa telah menunjuk majority bilangan para militants berada di negara jiran spt *Indonesia & Filipina* dimana *Dakyah Wahabi* diterima & diamal sebhg besar oleh penduduk.
Hatta diikuti dgn pelbagai bencana alam yg tidak putus2. di dunia lagi sudah "duduk didlm Lingkaran Api Pasifik". *- tidakkah kita mau mengambil iktibar?*

Dakyah Wahabi berjaya menarik ramai pengikut kerana slogan menarik mereka yg menyeru kononnya
jgn "taqlid",
jgn "mengikut membuta tuli";
menyeru kononnya "kembali kpd al-Quran & al-Sunnah".

*(Menurut definisi para ulama, taqlid adalah mengikut/tunduk/mengambil pendapat orang lain, seseorang/sekelompok ulama, dengan tanpa mengetahui dalilnya.*

👉Misal, mengambil satu hukum, atau tata cara ibadah dari salah satu madzhab tanpa mempelajari dalilnya. Jika disederhanakan, kata lain taqlid adalah ikut-ikutan, tunduk.)

1. Wahabi sebenarnya adalah gerakan *MEMBIDAAHKAN* amalan org lain yg tidak sehaluan dgn mereka & merasakan hanya amalan mereka shj yg betul. Hanya mereka shj kononnya mengikut "Sunnah".

Mereka kelompok manusia yg tidak boleh berbeda pandangan,

tidak menghormati ikhtilaf @ khilafiyyah (perbedaan pendapat di kalangan ulamak).

*° Wahabi menolak bahwa Bid'aah ada 2 bentuk*

(i) *Baik (Hasanah)* &
(ii) *Sesat (Dolalah)*.

Bagi Wahabi semua
Bid'aah adlh sesat &
masuk neraka.

Oleh itu setiap Bid'aah adalah mungkar & bagi mereka wajib ditentang.

*(sedangkan contoh bidaah hasanah yg kita praktikkan adlh *Solat Tarawih* secara berjamaah dgn seorg Imam yg pertama kali dilakukan dizaman *Khalifah Umar AL Khattab*)

👉Lalu Wahabi membesarkan perbedaan pendapat & membikin heboh seluruh dunia tanpa boleh berlapang dada.

*Pra-syarat* menjadi Wahabi ialah kena memperbyk menuturkan *"BID'AAH"* terhadap amalan org lain & menjadikan ianya "wirid" harian.

2. Wahabi *MELARANG BERAMAL* apabila tiada nas khusus utk amalan tersebut walaupun di sana ada perintah umum drpd al-Quran & al-Sunnah.

Bg Wahabi setiap ibadat kena ada nas & dalil, walhal perintah yg bersifat umum sudah ada namun mereka menolaknya.

Wahabi marah membaca Surah Yasin mlm Jumaat kerana tiada nas.

Bukankah perintah memperbykkan membaca al-Quran sudah cukup byk & memadai?

Adakah nas melarangnya pula?
Tiada Larangan.

3. Wahabi adalah gerakan *MENSYIRIKKAN* org lain:

Tawassul bg mereka syirik kecuali tawassul dgn amalan soleh,

& dgn Asmaul Husna saja.

Walhal para Sahabat & Salafus Soleh bertawassul dgn pelbagai bentuk lain;

4. Wahabi gerakan *MENTAJSIMKAN* Allah SWT;
yakni mensifatkan Allah "bertangan",
"duduk" atas Arasy,
"ketawa",
Allah di atas langit.

Wahabi menolak takwil yg dibawa oleh manhaj Ashairah & Maturidiyyah sdgkan manhaj Ashairah itu lebih selamat dr mensifatkan Allah dgn sifat makhluk.

5. Wahabi juga gerakan *MENTADHA'IFKAN* hadith &
*MEMARDUDKAN* hadith dhaif,
menolak penggunaan hadith2 dhaif & membakulsampahkan semua hadith2 dhaif.

Sedangkan sejak seribu tahun lebih para ulama hadith membenarkan penggunaan hadith dhaif dlm hal fadhailul 'amal & targhib wa tarhib.

Kiblat rujukan hadith Wahabi ialah Sheikh Nasruddin Al-Albani.

Mereka tidak sedar mereka bertaqlid &
mengikut membuta tuli apa sahaja takhrij hadith oleh al-Albani.

Ulama rujukan Wahabi pula ialah sekalian "kibarul ulama" Saudi hari ini

manakala *kitab2 rujukan Wahabi* ialah kitab karangan *Muhammad Abdul Wahab*.

Mereka membutakan mata & memekakkan telinga apabila didtgkan hujah drpd para ulamak lain yg muktabar yang tidak sealiran dgn mereka.
Wahabi itulah yg bertaqlid sebenarnya.

6. Wahabi gerakan *MEMBURUKKAN* ahli Sufi & tasawuf.
Mereka secara terpilih memetik yg mana sesuai dgn fikrah mereka
kitab2
Ibn Taimiyyah,
Ibn Qayyim,
Al-Dhahabi,
al-Syawkani

khususnya di bab memburuk & mencemuh para Sufi kerana Wahabi gerakan anti-Sufi.
Walhal Ibn Taymiyyah sendiri adalah pengikut tarekat Qadiriyyah.

*Wahabi Malaysia* mengatakan *tasawuf lebih kotor drpd air longkang.*

Sedangkan Sufi ada yg baik & ada yg sesat sepertimana umat Islam yg lain juga amnya:
ada yg Soleh,
ada Munafik &
ada yg berdosa.
Sufi juga tidak maksum.

Bahkan Imam Ghazali sendiri turut mengkritik
"Sufi palsu" walaupun beliau sendiri seorg ahli Sufi.

7. Wahabi *MENOLAK* Imam al-Ghazali ra &
jarang dengar mereka mengutip kalam
Imam al-Ghazali ra.

Bg mereka Imam al-Ghazali ra Hujjatul Islam itu jahil hadith.

Itulah Wahabi,
& jgn terkeliru dgn suara2 membela Wahabi walaupun mereka malu mengaku diri mereka Wahabi.

Ada ketikanya mereka cuba menyembunyikan punca kenapa mereka digelar Wahabi,

kononnya Wahabi itu "hantu", "momok"
& tidak wujud.

Kenal dulu ciri2 Wahabi maka tahulah anda siapa pendokong mereka.

Hati2 dgn mereka ini walaupun petah berbicara,
& mulut penuh dgn ayat2 al-Quran & al-Hadith.

Ada *Wahabi Malaysia* yg sgt terkenal & bicara memukau sehingga ramai org awam tertipu.

Jgn terkejut jika ustaz yg anda kagumi selama ini itu sebenarnya / mungkin pendokong Wahabi.

Golongan ibubapa yg mempunyai anak2 muda remaja *WAJIB* bersama memberantas wabah *WAHABI* dpd menular.

Kita tidak mahu pegangan agama keturunan kita menjadi goyah.

Kita memerlukan anak2 yg soleh.

Kita pemimpin keluarga.

Kita *WAJIB* memastikan ibadah kita & keturunan kita adlh mengikut *ASWJ.*

jgn bankrup di alam barzakh kerana semua amalan2 ibadah2 kita *BATAL*  karena bermazhabkan Wahabi yg terkenal dgn the simplified version of hukum fekah & memperlekehkan the dos & the donts dlm Islam.

Ulama ada berkata;

Yg dicintai Allah swt itu adlh melihat kpd *KEPAYAHAN & PENAT JERIH* kita di dlm solat serta dlm mengerjakan ibadah2 yg diperintahkan Nya, kpd makhluk.
sedangkan kala Haji,
kita berkusut masai.
Siapa Wahabi utk meringankan ibadah2 yg telah dibawa oleh Rasulullah SAW.

Kita *WAJIB* belajar dgn lebih mendalam tentang Imam Syafie dan mazhab2 ASWJ. Hambali,Maliki, Syafie & Hanafi.

❓Siapa mereka?
❓Solat mereka bagaimana?
❓Ibadah mereka
❓Tentang Sifat20

-yg paling jelas, Wahabi tidak mengerjakan solat sunat Qabliyah Assar dan hanya melakukan 12rakaat solat sunat sehari

-mrka m'bnarkn p'bcaan Kitab Suci Al-Qur'an w/pun dlm keadaan haid & nifas
:tidak m'hormati Kalamullah

-mrka m'bolehkn bcaan doa dlm bhsa Ibunda yg dzahir Qauli dlm solat.
-sdgkan b'ckap slain
dr B. Arab m'batalkn solat!

-tidak mnyanjung Ulama2 bahkan m'hina Ulama muktabar spt Imam al-Ghazali.

-utk m'bnteras gjala ini, we hv 2 equip ourselves with valid & in-depth knowledge on all of d 4 Mazhabs of *Ahli Sunnah Wal Jamaah ( ASWJ )*

Minta tolong ambil hikmah dlm soal akidah....sekurang2 nyaa kita dapat menilai

Monday, November 16, 2020

SULTAN ALANG ISKANDAR SHAH. MURSYID TARIQAH AN-NAQSYABANDIYAH




SULTAN ALANG ISKANDAR SHAH. MURSYID TARIQAH AN-NAQSYABANDIYAH (1876-1938)

Sultan Iskandar Shah Ibni Sultan Idris Murshidul Azzam Shah. Sultan Negeri Perak ke-30, diputrakan di Kampar pada 10 Mei 1876.

Merupakan seorang sultan yang bertaraf ulama, sangat alim dan soleh.

Baginda berguru dengan beberapa orang ulama besar, Tuan Guru Syeikh Wan Muhammad, Tuan Guru Syeikh Muhd Nawawi Bin Hj Mohd Tahir, Syeikhul Islam Tuan Guru Hj Muhammad Zain Bin Muhammad Amin dan Syeikhul Islam Tuan Guru Hj Muhammad Salleh Bin Muhammad Taib.

Baginda telah mengarang sebuah kitab yang diberi nama Risalah Iskandar Shah.

RISALAH ISKANDAR SHAH

Antara isi Risalah Iskandar ialah; Baginda menamakan dirinya FAQIR.

".....Wahai sekalian saudara ku lelaki dan perempuan, dengarlah perkataan faqir yang tidak sepertinya ini, mudah mudahan akan menjadi kenang-kenangan saudaraku sekalian kepada faqir terutama sekali masa hilang hayat faqir di belakang hari dan tiada sekali niat faqir dengan bermegah-megah ataupun dengan menunjuk-nunjuk kepandaian melainkan hanya faqir berserah dan berpegang semata-mata kepada Tuhan kita..."

"....Maka adalah tujuan faqir menulis risalah kecil ini semata-mata niat faqir  ialah kerana mengikut menjunjung titah dan perintah Rasul kita iaitu hendaklah ingat dan beringat-ingat kita satu sama lain baik dengan sepatah perkataan sekalipun...."

Nasihat baginda lagi;

".... Apalah gunanya kita bermegah-megah dengan bangsa kita, asal kita daripada tanah, kejadian kita daripada benda yang cemar dan keluar kita daripada tempat yang kotor, kemudian kembali kita kepada tanah...."

".... Apalah gunanya kita berbimbang pada menghimpunkan harta benda dan sayang kita menafkahkan dia pada membuat ibadat, akan hal apabila kita mati diambil oleh orang harta itu...."

Baginda telah mewakafkan sebidang tanah, bangunan dan harta milik baginda sendiri untuk membina sebuah pusat pengajian agama Islam yang diberi nama Madrasah Idrisiah di Bukit Chandan Kuala Kangsar pada tahun 1922.

Baginda juga mengarahkan alim ulama agar menyampaikan pengajaran Islam kepada setiap golongan masyarakat, tulis beliau;

".... Hai orang-orang alim, tolong doakan oleh mu kaum kita mudah-mudahan supaya dibukakan oleh Allah hati mereka itu membuat yang disuruh dan berhenti daripada tegahan yang dititahkan oleh Tuhannya dan tegur ajar oleh mu akan mereka itu.... Lagi hai orang-orang alim, jangan sekali-kali kamu menjadikan diri mu seperti pengayak tepung, yang halus-halus keluar dan yang kasar-kasar tinggal...."

"..... Hai kadi-kadi, tidur baring makan minum dan bersenang-senang kamu itu untuk apa? Bukankah kamu apa yang diharapkan oleh Nabi kamu dan raja kamu menyampaikan hukuman Tuhan kamu. Apa perkataan kamu yang sudah kamu sediakan pada masa hadapan Tuhan kamu di akhirat kelak. Adakah perkataan kamu itu pada fikiran kamu boleh melepaskan daripada orang-orang yang tiada menyampaikan titah Tuhannya? Jawab, jawab..."

".... Ya Allah, ya Rabbi, apabila kami naik di atas tahta Kerajaan Negeri Perak ini ada juga haji lebai yang bercerita di atas hal kelakuan waktu zaman sahabat sahabat dan kelakuan raja raja adil zaman zaman dahulu. Ma Sya Allah, apabila terdengar kami akan perkataan ini, baharulah kami tahu kesusahan yang besar dan bala yang besar terbeban di atas kami... Jadi kami bermohon kepada Allah bukakanlah hati kami melakukan sesuatu. Yang ada kami buat sedikit-sedikit pada masa ini...."

Sebahagian besar pengisian Risalah Iskandar ini adalah ilmu-ilmu pelajaran Tauhid, Fekah dan Tasauf. Selainnya ialah nasihat-nasihat dan arahan baginda kepada seluruh rakyatnya.

Semoga Allah mencucuri rahmat Nya ke atas al-Marhum Sultan Iskandar Shah Kaddasallah. Dan meletakkan rohnya di kalangan hamba Nya yang disebut sebagai Imamul Aadil. Amin

Cc : Facebook Tholib Annur