Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Friday, June 22, 2018

KEHEBATAN KEILMUAN & KETOKOHAN SYEIKH AHMAD BIN MUHAMMAD ZAIN AL-FATHANI

KEHEBATAN KEILMUAN & KETOKOHAN SYEIKH AHMAD BIN MUHAMMAD ZAIN AL-FATHANI.

Diantara kitab 'Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang paling berpengaruh di Alam Melayu ialah kitab FARIDATUL FARAID FI 'ILMIL 'AQAAID yang dikarang oleh Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani pada tahun 1313H/1895M di Makkah al-Mukarramah.

Walaupun kitab ini nipis jika dibandingkan dengan kitab-kitab 'Aqidah yang lain yang dikarang oleh ulama Melayu seumpama Warduz Zawahir, Ad-Duruts Tsamin, Aqidatun Najin, namun kitab Faridatul Faraid tetap menjadi kitab yang mempunyai keistimewaan yang tersendiri sehinggakan ianya telah dicetak beratus kali cetakan dan dari puluhan penerbit dari ianya selesai dikarang sehinggalah kehari ini.

Almarhum guru saya Syeikh Wan Mohd Shaghir Abdullah ada menceritakkan di muqadimah transliterasi kitab Faridatul Faraid "Sewaktu saya ke Mekah pada tahun 1979, salah seorang 'alim berasal dari Fathani mengatakan bahawa kitab Faridatul Faraid jika diajar oleh orang yang lebih 'alim, lebih sedap, lebih luas, dan lebih mengasyikkan. Salah seorang tuan guru pondok di Fathani mengatakan bahawa kitab Faridatul Faraid tetap akan diajarkan di pondok-pondok dalam wilayah Fathani. Menurutnya lagi, hingga ke hari ini tidak ada satu kitab Tauhid dalam bahasa Melayu yang menyamai kemasyhuran kitab Faridatul Faraid. Mereka menyebut bahawa dalam kitab ini mempunyai pengertian yang tersirat, baik ditinjau dari segi susunan Nahu dan Saraf, mahupun penafsiran secara batin atau rahsia...".

Pada bulan Ramadhan tahun lepas saya ada mengeluarkan mengenai wakaf kitab Faridatul Faraid ini di dalam Facebook saya, namun ada segelintir hamba ALLAH yang memperkecilkan bahkan menghina kitab ini dan juga pengarangnya dengan pelbagai tuduhan yang mereka sendiri tidak mengerti isi kandungan kitab ini, kerana mereka sememangnya tidak mempelajari kitab ini. Dan juga mereka tidak mengenali peribadi pengarangnya Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani.

Pada mereka Syeikh Ahmad al-Fathani yang mereka hina itu tidak lebih dari seorang guru yang hanya dikenali di kampung-kampung. Disini saya ingin senaraikan beberapa keistimewaan Syeikh Ahmad al-Fathani supaya mereka dan kita semua lebih mengenali kehebatan ulama Alam Melayu kita sendiri:

1) Syeikh Ahmad telah menghafal al-quran pada usia 6 tahun dan mula mengajar ilmu nahwu dirumah dan masjidil haram semasa beliau baru berusia 12 tahun.

2) Beliau adalah orang/ulama Melayu yang pertama belajar di Universiti al-Azhar mesir pada usia 15 tahun sehingga beliau di gelar oleh ulama Makkah Syeikh Ahmad az-Zaki Mesir.

3) Beliau pernah dipinang untuk dijadikan menantu oleh Syarif Husein Makkah pada waktu itu kerana mengkagumi ketinggian ilmu bahasa arab Syeikh Ahmad al-Fathani selepas beliau memenangi pertandingan mengubah Syair yang dianjurkan oleh Syarif Makkah yang diukuti ramai ulama arab Makkah, namun Syeikh Ahmad al-Fathani menolaknya.

4) Beliau telah menguasai 47 bidang ilmu keislaman sewaktu usia beliau belum mencapai 30 tahun.

5) Beliau ulama Melayu pertama yang dilantik sebagai penasihat politik kepada kerajaan Turki Utsmaniyah terutama hubungan dengan sultan-sultan Melayu.

6) Beliau ulama melayu pertama yang dilantik sebagai pentashih kitab-kitab dan surat-surat rasmi kerajaan Turki Utsmaniyah sebelum dihantar ke destinasinya.

7) Beliau diberi kepercayaan oleh beberapa orang ulama besar Makkah untuk menyemak dan memberikan syair pada kitab-kitab karangan mereka yang semuanya dalam bahasa Arab.

8) Beliau ulama Melayu yang pertama memperjuangkan percetakan kitab Melayu/jawi secara besar-besaran yang tersebar sehingga hari ini.

9) Beliau telah dilantik menjadi WAKIL ulama Makkah ke Mesir untuk menyelesaikan pertikaian khilafiyah diantara Sayid Yusuf an-Nabhani dan Syeikh Muhammad Abduh.

10) Beliau satu-satunya ulama yang boleh membuat emas dengan campuran kimia-kimia dan mengarang mengenainya.

11) Beliau ulama Melayu pertama yang menjadi doktor perubatan yang menggabungkan perubatan Islam (doa-doa & wafak) perubatan tradisional ( tumbuh-tumbuhan herba & binatang) dan moden( ubat-ubatan kimia)

12) Beliau ulama Melayu pertama yang mengasaskan pertubuhan/organisasi rasmi orang melayu di Makkah dengan nama Jam'iyatul Fathaniyah, setelah itu diikuti para kader beliau di pelbagai tempat di Nusantara.

13) Beliau juga dilantik sebagai penasihat politik oleh beberapa orang Sultan di Alam Melayu yang kebanyakkannya adalah merupakan murid beliau seperti Patani, Kelantan, Terengganu, Kedah, Johor, Riau, Langkat, Deli dan lain-lain.

14) Beliau telah meninggalkan lebih dari seratus buah karangan yang mencakupi pelbagai bidang dalam bahasa Arab dan Melayu sebelum beliau meninggal dunia pada usia yang muda, 53 tahun.

Dan banyak lagi keistimewaan-keistimewaan Syeikh Ahmad al-Fathani yang tidak disebutkan disini.

Mudah-mudahan dengan sedikit pengenalan mengenai keistimewaan dan kehebatan ilmu Syeikh Ahmad al-Fathani ini cukup sebagai jawapan kepada insan-insan yang masih memandang rendah dan sinis kepada para ulama Mu'tabar Alam Melayu. Dan supaya mereka tahu bahwa ulama kita bukan hanya berperanan di kampung-kampung tetapi mereka juga berperanan di peringkat dunia antarabangsa.

👉Saya ada menganjurkan program wakaf kitab turats ulama Nusantara untuk dihantar ke pondok2 di Malaysia, Patani, Yala & Narathiwat.

👉Kelebihan program wakaf kitab ini ialah ianya akan dimanfaatkan untuk kegunaan para pelajar pondok, belajar dari kulit ke kulit.

👉Selagi mana mereka belajar dan mengajarkan ilmu yang didapati dari kitab tersebut insyaALLAH akan mengalir pahala yang berterusan kepada para pewakaf.

👉Wakaf kitab berharga rm15 untuk 2 judul kitab:

1:MUNYATUL MUSHALLI
(Karangan Syeikh Daud al-Fathani, bab Fiqh Solat).

2:FARIDATUL FARAID
(Karangan Syeikh Ahmad al-Fathani, bab Aqidah Ahlus Sunnah wal Jama'ah).

👉Bagi sesiapa yang berhajat untuk wakafkan kitab2 tersebut boleh bank in ke akaun:

AZRUL BASARUDIN
👉BANK ISLAM 14153020030113 atau
👉MAYBANK 164100283891 atau
👉CIMB 14310070016528
dan maklumkan pada saya.

👉Tuan/Puan boleh wakafkan atas nama Ibu, Ayah dan diri sendiri atau sesiapa sahaja, sama ada yang masih hidup atau pun yang sudah tiada. Setiap kali pelajar belajar dan mengajar kitab tersebut mereka akan sedekahkan al-Fatihah kepada nama pewakaf tersebut, InsyaALLAH.

👉Untuk keterangan lanjut boleh hubungi / whatsapp saya di talian 0109446939/0143863361.

👉Menukil Syeikh Ahmad al-Fathani di diakhir kitabnya TASHILU NAILIL AMANI sebuah Hadits Nabi Shallahu 'Alaihi Wasallam, yang bermaksud:

" APABILA MATI ANAK ADAM TERPUTUSLAH AMALNYA, KECUALI TIGA MACAM YAITU:
1) DOA ANAK YANG SHALIH
2) SEDEKAH JARIAH
3) ILMU YANG DIMBIL MANFAAT DENGANNYA".

Mohon diTULARkan.

No comments: