Mengapa Ulama2 terdahulu memilih membuat Sekolah Pondok dari Sekolah Tahfiz???
Kata Baba Muhaizad bin Muhammad Al Fathoni Al Yamani "Kerana skolah pondok itu melahirkan ulama",orang yang hanya skolah tahfiz tidak ada yang jadi ulama kerana menghafal Al Quran itu bukan WAJIB tetapi orang yang mengaji pondok itu ada ilmu yang WAJIB di pelajari di sana iaitu(IMAN=TAUHID..,ISLAM=FIQAh..,EHSAN=TASAUF)yg d namakn ilmu Fardhu Ain...Ilmu Fardhu Ain iaitu Tauhid,Tasauf,Fiqah ini Kata Imam Al Ghazali orang islam mau tidak mau Wajib blajar...,kalau tidak blajar brdosa besar dan ada ulama kata kufur kalau tidak blajar 3 perkara ini..kalau bab yang lain2 tidak blajar pun tidak apa kerana tidak wajib..yang wajib blajar adalah Tauhid,Tasauf dan Fiqah...
Ilmu Fardhu Ain iaitu Tauhid,Tasauf dan Fiqih yg d plajari d skolah biasa iaitu skolah rendah dan menengah tidak sama(lengkap),tidak sempurna dengan ilmu fardhu ain yg d plajari d skolah pondok..kerana mengaji d skolah pondok itu dari kulit ke kulit..,lagi pun mengaji d skolah pondok itu menggunakan sistem bertalaqi dari guru ke guru yang mursyid yang bersambung bersambung sanad mereka sampai kepada pengarang kitabnya..
pondok adalah gedung ilmu..,brmacam2 bidang ilmu d pelajari d skolah pondok..dan ilmu yg WAJIB d pelajari oleh orang islam ada d pelajari d skolah pondok...sebab itu mengapa ulama2 terdahulu d malaysia,indonesia,thailand serta d seluruh dunia ini memilih membuat skolah pondok dari skolah tahfiz..kerana orang yang hanya skolah tahfiz tidak ada yang jadi ulama kecuali dia skolah tahfiz dan dia skolah pondok....kalau dia hanya skolah tahfiz sahaja tidak akan jadi ulama malahan amal ibadah pun belum tentu sah sebab tidak ada blajar fiqah...akidah pun tidak betul sebab tidak ada blajar Tauhid.,amalan d penuhi riyak,ujub sebab tidak ada blajar Tasauf..tetapi kalau orang yang ngaji pondok tau hukum hakam,bab Fiqah tau,bab Tauhid tau..dan berbagai2 bidang ilmu agama tau...sebab tu pondok melahirkan banyak alim ulama,Wali Allah..dan para ulama,Wali Allah itu mereka blajar pun asal dari pondok...sebab itu lah kenapa ulama2 terdahulu memilih membuat skolah pondok dari skolah Tahfiz..
Di sini kita jangan salah faham dan sangka buruk terhadap Tuan Guru Muhaizad Al Yamani...,bukan bermaksud Tuan Guru mengatakan sekolah Tahfiz tu tidak baik..padahal Tuan Guru sendiri ada sekolah tahfiz dan sekolah pondok..mudir lagi kepada sekolah tahfiznya...cuma Tuan Guru mengikut pandangan Ulama2 terdahulu..antara tahfiz sama pondok mereka pilih pondok...dan memang betul pun kata Tuan Guru orang yang hanya ngaji tahfiz tidak akan jadi ulama...kerana tahfiz fokus pada hafalan quran je...kecuali orang tu dia ngaji tahfiz dan pondok...dan ada juga skolah tahfiz yg tidak d ajarkn antara tauhid,tasauf dan fiqah...lagi pun syarat untuk menjadi Ulama..Fuqaha tu mesti alim banyak bidang ilmu agama baru boleh d gelar ulama..
Jangan di sangka d pondok tu tidak d ajarkn quran..cuma tidak d fokuskn pada hafalan quran saja..tpi mengaji quran tetap d ajar...kerana mempelajari sama menghafal tu berbeza...pondok tu gedung ilmu..semua bidang ilmu agama ada d ajarkn d pondok...
Wallahu'alam
ﺍﻟﻠﻬﻢ ﺻﻞ ﻭﺳﻠﻢ ﻋﻠﻰ ﺳﻴﺪﻧﺎ ﻣﺤﻤﺪ ﻧﻮﺭﻙ ﺍﻟﺴﺎﺭﻱ ﻭﻣﺪﺩﻙ ﺍﻟﺠﺎﺭﻱ
ﻭﺍﺟﻤﻌﻨﻲ ﺑﻪ ﻓﻲ ﻛﻞ ﺃﻃﻮﺍﺭﻱ ﻭﻋﻠﻰ ﺍﻟﻪ ﻭﺻﺤﺒﻪ ﻳﺎ ﻧﻮﺭ💗
No comments:
Post a Comment