Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Saturday, December 5, 2020

TERMAKAN YANG HARAM HUKUM DAN KESANNYA KEPADA HATI

TERMAKAN YANG HARAM
HUKUM DAN KESANNYA KEPADA HATI

Kes yang silih berganti, RM30 juta daging haram diserbu, 16 tan lemak babi dibuat biskut dirampas dan sebagainya. Dengan pelbagai kes makanan haram yang terlepas ke pasaran maka timbul persoalan berapa banyak yang telah kita termakannya? Berdosa atau tidak?. Adakah ia memberi kesan atau tidak?

1- Seorang yang termakan sumber haram tanpa pengetahuannya maka tidaklah berdosa. (tidaklah ada dosa terhadap apa yang kamu tersalah dengannya tetapi (berdosa) apa yang kamu sengajakan dengannya – Surah al-Ahzab:5)

2- Walau bagaimana pun, Rasulullah saw menyuruh kita berhati2. Tinggalkan yang meragukan kepada yang pasti. (Musnad Ahmad  Shahih 3/169)

3- Sesiapa yang menjauhi perkara samar maka ia membersih agama dan maruahnya. (Shahih Muslim no 1599)

4- Adakah ada kesan? Malasnya beribadat, sukarnya mentaati perintah Allah. Doa tidak diterima, anak yang degil dan seumpamanya.

5- Sebahagian asatizah mengatakan tiada kesan. Dengan alasan dosa kesalahan seseorang tidak ditanggung oleh orang lain.

6- Namun cuba kita renung perlakuan Abu Bakar ra. Abu Bakar ra ada seorang budak yang bekerja untuknya. Pada suatu hari dia membawa balik suatu makanan. Kerana lapar Abu Bakar terus memakannya tanpa bertanya dari mana. Kata budak itu “kamu tahu dari mana?” jawab Abu Bakar. Ceritakan. Pada masa zahiliyyah dulu aku ambil upah menilik. Tilikan aku itu tipu. Orang ini tak dapat membayarnya, lalu hari ini kebetulan dia membayarnya kepada ku. Mendengar itu terus sahaja Abu Bakar menjolok jarinya ke kerongkong sehingga muntah semuanya. (shahih albukhari 5/43)

7- Umar alkhattab minum susu unta dari seseorang kerana lapar, selepas itu baru dia bertanya dari mana sumbernya. Lalu dijawabnya ia dari unta sedekah lalu Umar ra menjolok jarinya ke kerongkong sehingga muntah. (Muwatta’ Imam Malik 2/186)

8- Ini adalah sifat wara’ yang tinggi di kalangan mereka. Sekiranya tiada apa2 kesan maka tak perlulah para sahabat bersusah payah memudaratkan diri sendiri begitu sekali.

https://www.facebook.com/414412508662259/posts/3039316642838486/

No comments: