Ahli hadis paling tertinggi adalah amirul mukminin fil hadis, manakala yang ke 2 adalah al hakim yang menghafal melebihi 300,000 hadis termasuk sanad yang lengkap.
Untuk mencapai tahap mujtahid seperti 4 imam mazhab, perlu terlebih dahulu lalu title amirul mukminin fil hadis ,peringkat tertinggi ahli hadis.
Oleh itu,perlu/ wajib nya kita kepada mazhab, jangan terus kembali kepada al quran dan hadis kalau kita bukan di peringat ini.
📃PERINGKAT GELARAN PAKAR HADIS
Menjadi ahli/pakar hadis menjadi rebutan ramai pada akhir zaman ini. Sedangkan para alim ulama begitu tawadhuk tidak mahu menyandang gelaran ini. Terdapat beberapa peringkat gelaran bagi ahli hadis, saya akan senaraikan dari peringkat tertinggi :
1) Amirul Mukminin Fil Hadis
* gelaran yang diberikan kepada tokoh paling menonjol pada zamannya dalam bidang hafalan dan dirayah hadis serta segala cabang-cabangnya.
* gelaran ini diberikan oleh ulama sezaman dan terkemudian daripadanya sebagai penyaksian terhadap kedalaman ilmu hadisnya
* antara yang mendapat gelaran ini ialah :
• Imam Syu'bah ibn Al-Hajjaj
• Imam Bukhari
• Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani
2) Al-Hakim
* ulama yang menguasai seluruh ilmu hadis sehingga tidak ada yang tertinggal baginya serta mengetahui setiap ta'dil dan tajrih bagi perawi hadis yang dihafalnya.
* menghafaz melebihi 300,000 hadis termasuk sanad yang lengkap
* antara yang mendapat gelaran ini ialah :
• Imam Malik bin Dinar
• Imam Laith bin Saad
• Imam Al-Hakim An-Naisaburi
3) Al-Hujjah
* ulama yang memiliki pengetahuan sempurna mengenai hadith dari aspek matan dan sanad hadith, perihal perawi dari sudut al-jarh wa al-ta'dil serta tarikh kelahiran dan kewafatan mereka.
* menghafaz tidak kurang daripada 300,000 hadis berserta perawi yang lengkap
* ulama yang tergolong dalam gelaran al-Hujjah ini antaranya:
• Imam Sufian bin Uyainah
• Imam Al-Darimi
• Imam Al-Tabrani
4) Al-Hafiz
* Seseorang yang masyhur menuntut ilmu hadis di kalangan ulama dan mengetahui tabaqat perawi-perawi dan martabat mereka.
* Mengetahui al-tajrih dan al-ta'dil, membezakan antara sahih dan sebaliknya, sehingga hadith-hadith yang dihafal melebihi 100,000 hadis.
* antara ulama yang tergolong dalam gelaran ini ialah :
• Imam Al-Mizzi
• Imam Al-Baihaqi
• Imam Al-Suyuthi
5) Al-Muhadith
* Al-Muhadith merupakan gelaran yang diberikan kepada seseorang yang melibatkan diri dalam ilmu hadith riwayat, dirayah serta mempunyai pengetahuan mengenai sebahagian besar hadith-hadith dan para perawi pada zamannya.
* Gelaran ini adalah lebih tinggi daripada gelaran al-musnid
* Antara ulama yang tergolong dalam gelaran ini :
• Maulana Zakaria Al-Kandahlawi
• Syeikh Mahmud Said Mamduh
• Syeikh Taqi Uthmani
6) Al-Mufid
Al-Mufid :
* Seseorang yang terhimpun pada dirinya syarat-syarat al-muhaddith, serta memenuhi keahlian untuk memberi manfaat kepada para pelajar yang menghadiri majlis mendengar dan menyalin hadith.
* Ia adalah suatu mertabat yang digunakan pada kurun ketiga hijrah.
7) Al-Musnid
* Seorang perawi yang meriwayatkan hadith dengan sanadnya sendiri, sama ada dia mengetahui maknanya atau tidak, melainkan sekadar meriwayatkannya semata-mata.
* Ulama yang menghimpunkan sanad yang banyak dari kebanyakan Al-Muhadith di zamannya.
* Antara ulama yang digelar dengan Al-Musnid :
• Syeikh Alawi Al-Maliki
• Maulana Syah Waliyullah Al-Dahlawi
• Syeikh Yasin Al-Fadani
Inilah darjat-darjat bagi pakar hadis berserta syarat-syarat yang mesti dipenuhi.
Disediakan oleh: Ust Hafiz Al Za'farani (HAZA)
https://www.facebook.com/100037732866395/posts/552164869384604/
No comments:
Post a Comment