Hari ni akak nak kongsi satu amalan yang disanadkan kepada akak oleh Al-Arifbillah Paksu Pak Su Mid Kuala Nerang pada 28 January 2020 setelah akak disahkan cancer paru-paru stage 4 pada 1 Nov 2019.
Dah genap dua tahun akak mengamalkan amalan ini dan dah dapat bertemu Nabi yang kita sanjungi selama 5 kali. Alhamdulillah….
Paksu pesan.. kalau buat amalan ni lepas tu tak dapat lagi bermimpi Rasulallah.. Jangan berputus harap.. teruskan beramal smpi istiqomah..
🌸🌸🌸🌸Sekadar perkongsian🌸🌸🌸🌸
Pak Su Mid Kuala Pai Bukit Tembaga
AMALAN MIMPI RASULULLAH SAW
1) Baca Al-Ikhlas 1000kali pada malam selasa. Hadiah kepada Sayyidatina Khadijah.
2)Baca Al-Ikhlas 1000kali pada malam rabu. Hadiah kepada Sayyidatina 'Aisyah.
3)Baca Al-Ikhlas 1000kali pada malam khamis. Hadiah kepada Sayyidatina Fatimah.
*Minta Syafaat kepada ketiga-tiga ni supaya kita dapat lihat Rasulullah macam mana mereka lihat di masa hidup.
4)Baca 1000 kali استغفر الله واتوب إليه
ASTAGHFIRULLAH WAATUBUILAIH
Dan
Baca 1000 kali
الصلاة وسلام عليك يا سيدي يا رسول الله خذ بيدي قلت حيلتي ادركني
ASSOLATU WASSALAMU ALAIKA YA SAYYIDI YA RASULULLAH KHUZ BIYADAIYA KHOLLAT HIYLATI ADRIKNI
Pada malam jumaat.
-Jaga pandangan, Jangan makan benda haram dan syubhah, jaga perbualan.
-Nak dapat mimpi Rasulullah SAW mesti bersihkan diri dulu umpama satu bekas nak tahan air hujan. Bekas tu kalau ada najis, air tu tak boleh pakai. Nak wudhuk pun tak boleh. Bekas mesti bersih dulu. ISTIQOMAH amal benda ni, buat tiap2 minggu.
[ PAKSU MID حفظ الله تعالى]
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=419728836381844&id=100050341942878
No comments:
Post a Comment