Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Tuesday, December 28, 2021

ASAL USUL sesuatu perkara, BUKAN satu masalah dalam Islam

1. ASAL USUL sesuatu perkara, BUKAN satu masalah dalam Islam. 
Walaupun ia berasal dari zaman jahiliah, dari tamadun barat atau timur, dari falsafah Yunan atau Greek, ia bukan satu masalah. Selama kandungannya tidak bercanggah dengan Islam.

2. Inilah rumusan daripada tindakan Nabi saw. 
Sangat banyak amalan yang asalnya dari zaman jahiliah, dikekalkan Baginda saw. Malah, ada yang diamalkan sendiri oleh Baginda saw.

3. Justeru, menjatuhkan hukum ke atas sesuatu perkara berdasarkan ASAL USULnya SEMATA-MATA, adalah metodologi penentuan hukum yang salah.

Amalan ini, kaedah ini atau perkara ini berasal dari falsafah Yunan atau Greek, atau dari amalan jahiliah, atau dari tamadun barat, maka -semata-mata ini- ia perlu dijauhi. Ia perlu disikapi dengan sikap benci atau kecaman. 
Kaedah penentuan hukum seperti ini adalah salah. 

4. Berikut beberapa amalan di zaman jahiliah yang dikekalkan Nabi saw dalam Islam :

i. Kaedah ‘al-qasamah’ (القسامة).
Ini diamalkan di zaman jahiliah. Setelah muncul Islam, Nabi saw mengekalkannya tanpa mengubahnya sedikit pun.
Ini dinyatakan oleh beberapa orang sahabat Nabi saw. Mereka berkata :
أَنَّ الْقَسَامَةَ كَانَتْ فِي الْجَاهِلِيَّةِ، فَأَقَرَّهَا رَسُولُ اللَّهِﷺ عَلَى مَا كَانَتْ عَلَيْهِ فِي الْجَاهِلِيَّةِ
“Sesungguhnya ‘al-qasamah’ telah wujud di [zaman] jahiliah. Lalu Rasulullah saw memperakuinya sebagaimana ia wujud di [zaman] jahiliah”.

Hadis ini direkodkan an-Nasa’ie rhm dalam al-Sunan al-Sughra (no.4708). 
Al-Muhaddith Muhammad al-Ithyubi dalam Zakhirah al-‘Uqba menilainya sahih.

Malah, Nabi saw sendiri mengamalkan kaedah yang diwarisi dari zaman jahiliah ini. 
Imam Muslim merekodkan dalam Sahih Muslim (no.1670) :
إن رسولَ اللهِﷺ أَقَرَّ الْقَسَامَةَ عَلَى مَا كَانَتْ عَلَيْهِ فِي الجاهلية وَقَضَى بِهَا رَسُولُ اللَّهِﷺ بَيْنَ نَاسٍ مِنْ الْأَنْصَارِ، فِي قَتِيلٍ ادَّعَوْهُ عَلَى الْيَهُودِ.
"Sesungguhnya Rasulullah saw memperakui 'al-qasamah' sebagaimana ia wujud di [zaman] jahiliah. 
Dan Rasulullah saw mengadili antara beberapa orang dari [kalangan] Ansar berhubung [seorang] mangsa bunuh yang mereka mendakwa orang-orang Yahudi [membunuhnya]".

Dua hadis di atas jelas menyatakan ‘al-qasamah’ ialah kaedah yang berasal dari zaman jahiliah, dan Nabi saw sendiri mengamalkannya.

Jelas, ASAL USUL sesuatu amalan atau perkara, bukan satu masalah dalam Islam.

(‘Al-qasamah’ ialah sumpah beramai-ramai, yang dilakukan penduduk di sesuatu tempat, bahawa mereka tidak membunuh mangsa bunuh yang ditemui di penempatan mereka, dan bersumpah mereka tidak mengetahui siapa pembunuhnya (ini definisi 'al-qasamah' menurut Mazhab Hanafi). 
Sumpah seperti ini dilakukan bila tiada bukti lengkap siapa pembunuhnya).

ii. Kaedah 'mukatabah' (مكاتبة).
Ini juga kaedah yang diamalkan di zaman jahiliah, kemudian dikekalkan Islam dalam ajarannya. 
‘Mukatabah’ ialah salah satu kaedah hamba membebaskan diri daripada tuannya. Iaitu dengan membayar sejumlah wang (yang dipersetujui bersama) secara ansuran. 
Si hamba akan dibebaskan setelah habis membayar.

Amalan 'mukatabah' ini diamalkan sejak zaman jahiliah, lalu diperakui oleh Islam. 
Ini dinyatakan oleh al-Hafiz Badruddin al-'Aini (wafat 855) dalam Umdatul Qari (1).
Ayat 33 Surah an-Nisa' jelas memperakui kaedah ‘mukatabah’ ini (2).

iii. Jampi zaman jahiliah.
Sesetengah sahabat mengamalkan jampi tertentu di zaman jahiliah. 
Adakah Nabi saw bermasalah dengan jampi tersebut, kerana ia jampi yang dikarang di zaman jahiliah?
Lihat hadis ‘Auf bin Malik al-Asyja’ie r.a ini :
كُنَّا نَرْقِي في الجَاهِلِيَّةِ، فَقُلْنَا يا رَسولَ اللهِ، كيفَ تَرَى في ذلكَ؟ فَقالَ : اعْرِضُوا عَلَيَّ رُقَاكُمْ، لا بَأْسَ بالرُّقَى ما لَمْ يَكُنْ فيه شِرْكٌ"
“Kami pernah berjampi di [zaman] jahiliah. Kami berkata, “wahai Rasulullah, bagaimana pendapat Tuan berkenaan [perkara] ini?”. 
[Baginda saw] bersabda : Tunjukkan kepadaku jampi-jampi kamu itu. Tidak mengapa jampi-jampi itu selama tiada di dalamnya kesyirikan”. 
Sahih Imam Muslim (no.2200).

Walaupun Nabi saw telah membawa seagung-agung kalam, iaitu al-Quran -yang merupakan sifa’ (penyembuh) bagi manusia- juga doa-doa indah dan berkat yang Baginda saw ajarkan, namun Baginda saw tetap positif dengan jampi-jampi yang diwarisi dari zaman jahiliah. Selama tiada di dalamnya unsur-unsur syirik.

iv. Imam Ibnu Jauzi rhm dalam Kasyful Musykil menyenaraikan 8 perkara atau amalan di zaman jahiliah yang diperakui, dan dikekalkan Nabi saw dalam Islam (3). Antaranya :

-amalan menanggalkan selipar ketika memasuki kaabah. 
Orang pertama yang melakukannya di zaman jahiliah ialah al-Walid bin al-Mughirah. 
Amalan ini berterusan di zaman Islam.

-Memberi bahagian harta pusaka kepada khunsa berdasarkan saluran kencingnya. 
Orang pertama yang melakukannya di zaman jahiliah ialah ‘Amir bin Zorib (عامر بن الظرب).

-Memakaikan kaabah dengan sutera dan baju sutera. 
Orang Arab pertama berbuat demikian ialah Nutailah binti Janab (نتيلة بنت جناب), ibu kepada al-Abbas r.a (bapa saudara Nabi saw).
Amalan yang diwarisi dari zaman jahiliah ini berterusan dalam Islam.

5. Kita menyokong tak berbelah bagi usaha-usaha membanteras ajaran-ajaran sesat. 
Namun, kesesatan sesuatu ajaran atau amalan itu BUKAN kerana ASAL USULnya semata-mata.
Yang menentukan ia sesat ialah isi kandungannya.
Sesuatu yang datang dari ideologi atau falsafah asing, tetap diterima jika isi kandungannya murni dan positif, serta tidak bercanggah dengan Islam.
Inilah metodologi ilmu yang sahih seperti yang ditunjukkan Nabi saw.
Wallahu a'lam.

NOTA :
(1) كانت متعارفة قبل الإسلام فأقرها النبي صلى الله عليه وسلم
(2) وَالَّذِينَ يَبْتَغُونَ الْكِتَابَ مِمَّا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ فَكَاتِبُوهُمْ إِنْ عَلِمْتُمْ فِيهِمْ خَيْرًا.
(3) أن صاحب الشرعﷺ بعث بمكارم الأخلاق، ودفع الظلم، فرأى أشياءَ في الجاهلية حسنةً فأقرها، فمنها :
1- القسامة. وأول من قضى بها في الجاهلية الوليد بن المغيرة، فأقرها رسول اللهﷺ، وقضى بها بين ناس من الأنصار...
2- ومنها خلع النعلين عند دخول الكعبة، أول من فعله في الجاهلية الوليد بن المغيرة، فخلع الناس نعالهم في الإسلام.
3-  وهو (الوليد بن المغيرة) أول من قطع في السرقة في الجاهلية وأقره الإسلام.
4- وأول من سن مائة من الإبل عبد المطلب. ويقال : أبو سيارة العدواني.
5- وأول عربي قسم للذكر مثل حظ الأنثيين عامر بن جشم ذو المجاسد، فنزل القرآن بذلك.
6- وأول من قضى في الجاهلية في الخنثى بالميراث من حيث يبول عامر ابن الظرب.
7- وأول من سبى السبي سبأ بن يعرب بن قحطان، ولذلك سمي سبأ، وإنما اسمه عامر.
8- وأول عربية كست الكعبة الحرير والديباج نتيلة بنت جناب، أم العباس بن عبد المطلب.1. ASAL USUL sesuatu perkara, BUKAN satu masalah dalam Islam. 

8- وأول عربية كست الكعبة الحرير والديباج نتيلة بنت جناب، أم العباس بن عبد المطلب.

No comments: