Saya agak berdebar apabila Ustaz PU Faiz Al-Idrus ajak Ustaz Salman Ali berdialog.
Sebab saya tahu. Ustaz Salman memang pakar dalam bab ini.
Saya berdoa. Jangan la Ustaz Faiz terikut rentak Ustaz Salman, nanti makan diri. Bukan setakat tak boleh jawab. Tapi lidah akan jadi kelu.
Bila tiba hari kejadian. Saya sangat kagum dengan pembentangan oleh kedua2 panel pada pusingan pertama.
Dimulakan dengan Ustaz Faiz. Satu jam. Dalam hati saya terdetik. Perghh.. Apa la Ustaz Salman nak berhujah nanti. Sebab Ustaz Faiz mengeluarkan hujah penuh dengan dalil, fakta, kitab dan rujukan. Tiada satu pun penglipur lara atau pendapat peribadi.
Namun, bila tiba giliran Ustaz Salman pula. Sejam juga.. Saya ingat Ustaz Salman habis hujah. Tapi tidak semudah itu. Ustaz Salman juga mengeluarkan hujah dengan dalil dan fakta.
Di pusingan pertama. Kedua2 panel mengeluarkan ilmu untuk orang awam dengar. Nama2 tokoh ulama silam yang jarang2 kita dengar, tapi ringan sahaja disebut dibibir mereka. Tingginya ilmu mereka berbanding kita orang awam yang tahu nama Imam Syafie sahaja..Itu pun nama sebenar tak tahu.
Sesi soal jawab telah membuka ruang dan kebenaran mula menyinar.
Sesi pertama Ustaz Salman aju soalan kepada Ustaz Faiz. Teknik Ustaz Salman seperti biasa. Telah dibaca oleh Ustaz Faiz. Tanya soalan dengan provokasi, tertutup dan tiada ruang untuk Ustaz Faiz bagi penerangan..
Sesi kedua dikuti Ustaz Faiz mengajukan soalan kepada Ustaz Salman. Ustaz Faiz tidak mahir berdebat. Setiap soalan diberikan untuk mendengar jawapan dari Ustaz Salman..Maka banyak juga peluang Ustaz Salman dapat menghurai.
Penutup diskusi ini telah mengubah kekaguman saya kepada Ustaz Salman yang memukau pada sesi pembentangan pertama. Yang saya kata penuh dengan fakta dan nama2 kita serta tokoh2 hebat..
Soalan maut Ustaz Faiz kepada Ustaz Salman.
"Ustaz Salman mengatakan ulama Asya'irah melarang orang awam mengatakan Allah mendengar doa hamba yang berdoa sekarang, nanti sifat Allah akan jadi baharu. Bukan qadim sedia ada. Sedangkan akidah Asya'irah berpegang pada sifat Allah yang qadim".
Soalan saya pada Ustaz Salman. Sila nyatakan siapakah tokoh Asya'irah yang melarang orang awam berkata sedemikian? Kitab manakah yang mengatakan begitu. Sila kemukakan bukti?
Tiba masa Ustaz Salam menjawab. Tiada ulama atau kitab yang nukilkan begitu. Tapi hasil pembacaan saya. Dari apa yang saya faham, implikasinya begitu.
Ustaz Faiz ulang sekali lagi. Implikasi dari Ustaz Salman hasil pembacaan tidak cukup. Saya mahukan siapa tokoh atau kitab mana mengatakan sedemikian?
Ustaz Salman ulang. Itulah implikasi dari kitab2 yang saya baca. Semua mengata begitu.
Ustaz Faiz mengambil peluang emas ini untuk menyentuh hati para penonton. Jika tiada ulama atau tokoh kata. Tp ianya datang dari Ustaz Salman selepas membaca. Itu fitnah kepada Asya'irah dan Ustaz Salman perlu memohon maaf dan bertaubat.
Sebab itu bahaya hanya sekadar membaca dan membuat kesimpulan sendiri selepas membaca. Ini kitab agama dan bab akidah. Tidak cukup sekadar membaca. Tapi wajib berguru.
Jika sekadar membaca tanpa berguru. Implikasi yang dibuat dari hasil pembacaan terpesong dan menjadi fitnah pada para alim ulama.
Ustaz Faiz tegaskan. Saya baca dan berguru. Tiada satu pun ulama atau kitab yang memberi maksud sepertimana apa yang Ustaz Salman faham.
Selamat berguru dalam bab akidah. Bukan membaca dan mengkritik sahaja.
Soalan akhir. Asya'irah benar atau batil?
Ustaz Salman jawab. Benar...!
Doa Ustaz Faiz. Moga Ustaz Salman menjadi mufti wilayah suatu hari nanti sebab telah membenarkan Asya'irah..
Saya tulis mungkin ada sedikit terkurang atau terlebih.. Kalau nak tepat. Boleh dengar video dialog mereka. Sesi pada jam 3.
No comments:
Post a Comment