Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Saturday, March 21, 2020

Ratib Al-Haddad & Wirdul Latif



Ratib Al-Haddad & Wirdul Latif


(PDF) Ratib Al-Haddad & Wirdul Latif
Ratib Al-Haddad ini mengambil nama sempena nama penyusunnya, iaitu Imam Abdullah bin Alawi Al-Haddad, seorang pembaharu Islam (mujaddid) yang terkenal. Daripada doa-doa dan zikir-zikir karangan beliau, Ratib Al-Haddadlah yang paling terkenal dan masyhur. Ratib yang bergelar Al-Ratib Al-Syahir (Ratib Yang Termasyhur) disusun berdasarkan inspirasi, pada malam Lailatul Qadar 27 Ramadhan 1071 Hijriyah (bersamaan 26 Mei 1661).
Ratib ini disusun bagi menunaikan permintaan salah seorang murid beliau, 'Amir dari keluarga Bani Sa'd yang tinggal di sebuah kampung di Syibam, Hadhramaut. Tujuan 'Amir membuat permintaan tersebut ialah bagi mengadakan suatu wirid dan zikir untuk amalan penduduk kampungnya agar mereka dapat mempertahan dan menyelamatkan diri daripada ajaran sesat yang sedang melanda Hadhramaut ketika itu.
Wirdul-Latif
Wirdul-Latif adalah salah satu dari susunan wirid dan zikir oleh Al-Imam Al- Habib Abdullah bin Alawi Al-Haddad. Selalunya ia dibaca berseorangan pada waktu pagi dan petang. Seperti karangannya yang lain, Al-Imam Al- Haddad menyusun wirid ini dengan ayat- ayat Al-Quran dan Hadis. Dengan cara tulisannya yang senang difaham, pendek dan tepat, beliau menyusun ayat-ayat Al-Quran dan Hadis untuk berzikir kebesaran dan kelebihan Allah s.w.t. Dinamakan Wirdul-Latif (wirid yang ringan) sebab ianya senang dibaca dan senang dihayati di hati pembaca. Juga sebab ia tidak begitu panjang seperti wirid susunan beliau yang agak panjang, iaitu Wirdul-Kabir.
Muat Turun:

https://drive.google.com/open?id=1agA3pmGTgpLt1QUw6XmePpJ-Wp3xGhJA

Ikuti Telegram Kitab Jawi & Arab:

Like
Comment

No comments: