# https://www.facebook.com/100014979545247/posts/939678496541460/ #
Jika dikata orang kita adakah berzikir Allah Allah itu diberi pahala jika tiada diniatkan dan ditakwilkan dan apa yang diniatkan pada maknanya dan mana Afdhal " Allah Allah" atau " La ilaha illallah" ?
Jawab :
Bahkan diberi pahala orang yang berzikir Allah Allah dengan tiada niat dan takwilan sekalipun seperti barang yang disebut oleh Syeik Ibnu Hajar Al Asqalani pada Syarah Bukhari kerana hanya sungguhnya yang disyaratkan niat ibadat setengah itu yang tiada ada beza pada dirinya dan tiada ada adat seumpama seperti zikir " Allah Allah" maka tiada berkehendak kepada niat lagi kerana dipalingkan rupanya itu kepada barang yang dihantar baginya seperti doa dan tilawah, seperti kata imam Ghazali r.a digerakkan lidah dengan zikir serta lalai daripadanya hasil pahalanya kerana bahawa Sanya terlebih baik daripada menggerakkan lidah dengan mengumpat-ngumpat tetapi ia terlebih baik berzikir serta lalai dan diam .
Dan ada pun ditakwilkan maknanya itu iaitu bersalah-salahan martabat orang yang berzikir
Setengah daripada mereka itu diniatkan Allah Allah itu " Allah Ma'bud" atau " Haqqullah Haq " dan setengahnya " Allah Matlub" dan setengahnya " Allah Maqsud " dan setengahnya " Allah Maujud " .
Kata Ajli Tasawwuf seperti imam Ghazali dan lainnya r.a padanya tafsil :
Maka jika yang berzikir Alah Allah itu orang awam maka diingatkan maknanya " Allah al Ma'bud Bi Haqqin " . Atau " Allah al Ghani An Kulli Ma Siwahu al Muftaqiru Ilaihi Ma Siwahu Muftaqiru Ilaihi Jami Ma Adahu" seperti khilaf pada " La Ilaha Illallah ".
Atau ada yang berzikir itu Ahli Suluk , maka minta tolong pada Allah, maka diniatkan pada hatinya itu " Allah al Matlub ", atau " Allah al Masyhud " .
Atau yang berzikir itu orang yang Arif Billah , maka dihadirkan " Allah al Maujud "
Adapun yang terlebih zikir yang dipilih oleh Junaid dan Jamaah iaitu zikir La Ilaha Illallah.
Dan yang dipilih oleh Imam Ahmad saudara imam Ghazali itu tafsil:
Jika orang Mubtadi zikir " La Ilaha Illallah " itu terlebih Afdhal padanya .
Dan jika orang mutawassid zikir mereka itu " Allah Allah " terlebih Afdhal bagi mereka itu kerana zikir " Allah Allah " menafikan segala bahagian nufus dan menetapkan segala huquq Tuhannya dan mensegerakan bagi menghilangkan aghyar dan mendatangkan segala anwar.
Dan jika orang yang Muntahi dipilih bagi mereka itu zikir Zat-zat iaitu " Hu Hu".
Kata setengah dari ahli tasawuf yang terlebih zikir itu zikir " Allah Allah " jikalau bagi orang Mubtadi sekali pun .
Intaha = Dhiya Murid Tarjamah Syeik Daud Al Fathani
Wallahualam Bis sawab wa ilaihil marjie wal ma'ab
al Muznib
Abdul Rashid bin Muhamat Akip
al Melakawi al Terengkawi al Patinggi Ghafuri# Zikir Allah Allah Dan Hu Hu #

al Melakawi al Terengkawi al Patinggi Ghafuri https://www.facebook.com/100014979545247/posts/939678496541460/
No comments:
Post a Comment