Pada zaman Nabi Musa A.S ada seorang wanita yang dah kahwin lama tapi tak dapat zuriat.
Perempuan ni pergi kat Nabi Musa dan mengadu masalah dia. Dia mintak tolong dengan Nabi Musa A.S untuk tolong cakap kat Allah (kerana mukjizat Nabi Musa boleh bercakap direct dengan Allah) untuk kurniakannya seorang anak.
Nabi Musa A.S pon pergilah ke tempat yang biasa dia bercakap dengan Allah dan ajukan permintaan wanita tadi. Kemudian Allah kata, "Sesungguhnya Aku telah takdirkan perempuan ini sebagai mandul (tak subur)".
Nabi Musa pergi kepada perempuan tu dan sampaikan apa jawapan dari Allah. "Allah dah takdirkan kamu untuk jadi seorang yang mandul (tak berguna usaha apa-apa lagi)" kata Nabi Musa. Maka perempuan tadi pulang dengan perasaan kecewa.
Selang beberapa hari,perempuan tu datang lagi kepada Nabi Musa mintak Nabi Musa doakan yang sama, nak zuriat. Nabi Musa A.S doakan lagi dan jawapan dari Allah tetap sama macam sebelum ni, "Sesungguhnya Aku telah takdirkan bahawa dia ini akan jadi seorang yang mandul".
Nabi Musa pergi kepada perempuan tu dan sampaikan jawapan dari Allah tadi. Perempuan tu balik.... Tak datang-datang lagi lepastu.
Selepas setahun, perempuan tu datang kepada Nabi Musa A.S membawa seorang bayi yang sedang menyusu. Nabi Musa terkejut!
Nabi Musa tanya: "Wahai hamba Allah! Siapa anak kecil ini? Anak siapa ni?" "Ini adalah anakku" jawab Si Perempuan tu. Eh???
Nabi Musa A.S tanya lagi: "Bukan ke Allah dah takdirkan kamu jadi seorang yang mandul?" "Betul" jawab si perempuan tu. Sambungnya lagi; "Tetapi aku tak putus-putus doa kepadaNya. Sesungguhnya dia Maha Penyayang (Al Rahim). Maka aku doakan (Wahai Tuhan yang Penyayang, berikanlah aku anak. Maka akhirnya aku dikurniakan anak."
Maka Nabi Musa pergi untuk bercakap dengan Allah. Baginda kata; "Wahai Tuhan... Aku berdoa kepadaMu dan Engkau kata Engkau dan takdirkan perempuan itu jadi mandul, macam mana kamu boleh berikannya anak?"
Allah jawab soalan Nabi Musa; "Setiap kali aku takdirkannya menjadi mandul, dia(perempuan itu) akan berkata Wahai Tuhan yang penyayang. Maka kasih sayangKu pada hambaKu melebihi takdir yang Aku tetapkan. Maka Aku kurniakan kepadanya anak."
Jangan pernah berputus asa dari rahmat Allah. Jangan pernah berhenti untuk mengharap dari Si Dia. Jangan pernah kata; "Tak guna dah nak doa benda ni lagi". Jangan kata; "Aku akan mati dalam keadaan faqir". Jangan sebut perkataan ni.
"Sesungguhnya tidak ada yang putus asa dari kasih sayang Allah kecuali orang kafir"
(Surah Yusuf ayat 87)
(Surah Yusuf ayat 87)
No comments:
Post a Comment