Pada suatu masa ketika kuliah berlangsung, seorang murid bangkit bertanyakan soalan kritis terhadap gurunya al-Jubba’i yang merupakan seorang tokoh besar Mu’tazilah di zaman itu, murid ini menanyakan kewajaran pandangan Mu’tazilah yang mengatakan bahawa seorang anak kecil yang mati tidak layak masuk Syurga. Al-Jubba’i menjawab bahawa anak itu tidak boleh masuk ke syurga kerana perbuatan ini jika dilakukan oleh Tuhan bermakna Tuhan tidak adil. Konsep keadilan yang difahami oleh golongan Mu’tazilah menegaskan bahawa hanya orang yang melakukan kebaikan akan masuk syurga dan orang yang melakukan kejahatan, iaitu orang kafir dan fasik, akan masuk neraka. Murid ini bertanya lagi, kalau begitu bukankah orang kafir boleh bertanya kepada Tuhan, jika Engkau mematikan anak kecil ini kerana kasih sayangMu, maka mengapa tidak Engkau mematikan aku sewaktu kecil agar aku tidak melakukan dosa dan kejahatan di waktu dewasa ? Maka jika pandangan tuan bahawa Tuhan itu adil apabila memasukkan orang kafir ke dalam neraka kerana kejahatan yang dilakukan bukankah membiarkan orang kafir membesar dengan kejahatan itu juga menunjukkan ketidakadilan Tuhan? Mendengar pertanyaan daripada muridnya ini al-Jubba’i lalu mengherdik muridnya dan berkata: “kamu gila”, lalu muridnya menjawab : “tidak, akan tetapi keldai tuan telah berhenti menjadi keldai”. Murid yang bertanya soalan kritis ini adalah Abu al-Hasan al-Ash’ari (324 H), ia bertukar haluan daripada seorang yang mengikuti pemikiran Mu’tazilah dan kembali ke pangkuan Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah, Abu al-Hasan al-Ash’ari menyedari gurunya itu telah terpesong apabila cuba menundukkan wahyu kepada akal. Ia kemudian menjelaskan kekeliruan Mu’tazilah dan menyanggah segala hujah mereka. Kerana sumbangannya yang besar dalam mempertahankan akidah Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah beliau telah diangkat menjadi ketua bagi aliran yang dikenali dengan Asha’irah, salah satu aliran yang berpengaruh dalam manhaj Ahl al-Sunnah wa al-Jama’ah.
Read more at: https://www.menara.my/meluruskan-kekeliruan-tentang-ashairah-jawapan-kepada-farouk-musa/
Inilah Jalan Sufi Headline Animator
Pencerahan Bid'ah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment