Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Saturday, August 5, 2017

Perkara berkaitan tauhid ( aqidah ) adalah perkara yg genting dan kritikal.


Perkara berkaitan tauhid ( aqidah ) adalah perkara yg genting dan kritikal.

setiap diri akan difitnah ( diuji ) dengannya di masa hidup, masa hampir mati (hujung nyawa ), hari pertama di qubur dan hari qiamat !

masa hidup ada yg berpegang dengan macam macam aqidah tauhid, ada yg sembah makhluq seperti patung, matahari bintang, pokok, binatang dsb....
ada yg mentasybihkan Allah, menjisimkan Allah atau menjirimkan Allah.
ada yg menyerupakan Allah umpama makhluq seperti Allah ada tangan, ada kaki, ada mata, ada telinga dan sebagainya

semua tu merupakan aqidah & pegangan yang sesat menurut ahlussunnah wal jamaah.

Sebab Allah sebut dlm alquran ...

سۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ (١) ٱللَّهُ ٱلصَّمَدُ (٢) لَمۡ يَلِدۡ وَلَمۡ يُولَدۡ (٣)وَلَمۡ يَكُن لَّهُ ۥ ڪُفُوًا أَحَدٌ (٤)

Surah Al-Ikhlas

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa. (1) Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat. (2) Dia tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan (3) Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya. / (4)

lafaz ahad didatangkan dengan "nakirah" yakni umum ... tak kira apa .... walau pun ia terbayang dlm zihin (khayalan )

سُوۡرَةُ الشّوریٰ
فَاطِرُ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ‌ۚ جَعَلَ لَكُم مِّنۡ أَنفُسِكُمۡ أَزۡوَٲجً۬ا وَمِنَ ٱلۡأَنۡعَـٰمِ أَزۡوَٲجً۬ا‌ۖ يَذۡرَؤُكُمۡ فِيهِ‌ۚ لَيۡسَ كَمِثۡلِهِۦ شَىۡءٌ۬‌ۖ وَهُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلۡبَصِيرُ (١١)

Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya dan pentadbiranNya) dan Dialah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat. (11)

kita tak boleh nak banding banding dengan suatu pun di alam maya atau pun di alam khayal !

umat manusia diuji kaji terakhir pada hari akhirat nanti... dan Di hari qiamat mereka diseru mengikup aqidah dan pegangan semasa di dunia !

dari Abu Hurairah dalam Hadis Sahih Muslim

...... "Hendaknya setiap orang mengikuti sesuatu yang disembahnya selama didunia, oleh karena itu orang yang menyembah matahari mengikuti matahari, orang yang menyembah bulan mengikuti bulan, dan orang yang menyembah berhala mengikuti berhala".

selepas itu setelah penyembah berhala dan makhluq mengikut sembahan mereka, Sedangkan orang-orang munafik dari kalangan umat Muhammad tetap berdiri di tempat dan tidak bergerak sama sekali karena yang disembah oleh mereka tidak jelas, sekali lagi allah menguji .....Allah datangkan satu bentuk dan rupa yg maha besar dan berkata "Aku ini adalah Tuhanmu.' Mendengar itu, mereka yg beriktiqad tuhan berupa begitu begini, berbentuk berjisim akan sujud dan mengikutnya dan mereka ini akan dihalau ke neraka ... padahal org mukmin yg sah iktiqadnya yg berpegang kepada لَيۡسَ كَمِثۡلِهِۦ شَىۡءٌ۬‌ۖ yakni Tuhan yg tiada serupa suatu pun akan berkata
" Kami berlindung kepada Allah dari bujuk rayumu, dan kami akan berdiri di tempat ini sampai datang kepada kami Tuhan kami yang sebenarnya,"

Kemudian Allah datang kepada mereka dalam wujud yang mukmin kenal, Tuhan yg tiada rupa , tiada bentuk, tiada jirim, tiada jisim, tiada arah, tiada masa ( Tuhan yg mereka yakini masa di dunia dahulu ) dan Allah berfirman kepada mereka,' Aku ini Tuhanmu yang sebenarnya,' Pada saat mereka mendengarnya dan pada saat mereka yakin bahwa itu Tuhannya, maka mereka berkata ,' Engkaulah Tuhan kami yang sebenarnya.' Setelah itu mereka mengikuti-Nya."

rujuk : pengajian kitab addurunnafis oleh Baba Ismail Sepanjang



No comments: