Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Tuesday, August 22, 2017

Syeikh Ridhouddin berkenaan debat antara Salman Ali dan Abu Syafiq


Baru dapat dengar ulasan Syeikh Ridhouddin berkenaan debat antara Salman Ali dan Abu Syafiq.
Syeikh Ridhouddin membidas dengan kemas konsep al-Makan al-'Adami (tempat yang tidak wujud) yang diperkenalkan oleh Salman Ali.
Syeikh sebut, makan مكان (tempat) adalah perkataan Arab yang berasal daripada perkataan كان. Perkataan ini membawa maksud موجود atau "wujud". Adapun 'adami, maka ia membawa maksud tidak wujud.
Apabila مكان disifatkan dengan Adami عدمي maka berlakulah اجتماع الضدين, iaitu "berkumpulnya dua perkara yang berlawanan pada satu masa", sedangkan ini mustahil, berdasarkan kaedah akal,
الضدان لا يجتمعان
"Dua perkara yang bercanggah tidak akan berkumpul".
Wujud dan tidak wujud tidak boleh berkumpul serentak, oleh itu tidak boleh disifatkan makan dengan adami, kerana dua-duanya membawa maksud yang berlawanan. Sekiranya disifatkan juga, ia akan membawa kepada perkara yang mustahil.
Oleh itu, konsep Makan Adami yang diperkenalkan Salman Ali adalah salah kerana ianya berlawanan dengan kaedah akal. Bahkan, ia hanyalah konsep rekaan sekiranya dibandingkan dengan perbahasan ilmu Kalam sebenar.
Begitulah jawapan Syeikh.
Jawapan ini kemas.
Kemas kerana ia mengikuti disiplin ilmu dengan betul, dan ia menggabungkan bidang-bidang ilmu berbeza untuk menyelesaikan sesuatu isu. Cross reference seperti ini adalah bukti jelas bahawa seseorang itu telah menguasai ilmu tersebut.
Syeikh Ridhouddin siap nak ulas menggunakan kitab al-Mawaqif, kitab yang membahaskan ilmu Kalam berdasarkan pandangan Imam Fakhruddin Ar-Razi dan Saifuddin Al-Amidi, dua tokoh besar ilmu Kalam.
Syeikh pesan, kita nak bertengkar dengan budak-budak, payah. Mereka tak belajar maqulat, tak belajar mantiq, tapi nak bahas bab akidah. Macamana nak faham konsep كيفية yang disebut dalam kitab-kitab tauhid salaf kalau maqulat pun tak belajar?
Kalau tak belajar ilmu maqulat, sahkan sifat 20, kata-kata imam Malik tentang kaifiyat pun mereka takkan faham, hatta kaif dalam Aqidah Tohawiyah pun mereka sendiri akan pening.
Oleh itu ikutlah para ulama terdahulu, lebih selamat, kerana zaman sekarang ilmu sudah bercampur baur dengan fahaman rekaan ilmuan muda BNU.
Bukan nak ulas balik isu lama, cuma nak cakapnya tok-tok guru pondok ni mereka ada jawapan, dan jawapan mereka kemas berdasarkan disiplin ilmu.
Jangan hanya kerana kita belajar di universiti, ada degree, M.A, Ph.D, kita pandang lekeh terhadap keilmuan mereka.
WallahuA'lam

No comments: