Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Wednesday, November 4, 2020

BERMUNAZARAH BAGAIKAN ULAMA HEBAT TAPI HAKIKATNYA CEDOK KALAM ULAMA DAN KITAB² MEREKA

BERMUNAZARAH BAGAIKAN ULAMA HEBAT TAPI HAKIKATNYA CEDOK KALAM ULAMA DAN KITAB² MEREKA... ITULAH REALITI KITA!

Saya dapati munazarah ikhtilaf pandangan antara asatizah dan aliran masa kini sudah tidak valid sepenuhnya untuk diputuskan siapa yang menang atau kalah.

Ini kerana :

1. Hujah dan dalil daripada nas al-Quran/sunnah yang digunakan adalah merujuk kepada kitab² para ulama terdahulu.

2. Interpretasi dan wajah istidlalnya pun dicedok daripada kalam² ulama yang dirujuk dalam kitab² mereka. Menurut "Ibn Taimiyyah, kaza wa kaza ....", "Imam al-Nawawi menyebut dalam al-Muhazzab, bla bla bla", "dalam hal ini,  Ibn Qudamah menyatakan semua ulama..."

3. Kritikan terhadap pandangan pihak mukhalif pun dikutip daripada kalam ulama dan kitab yang dirujuknya.

4. Jawapan balas terhadap kritikan pun disadur bulat² daripada kalam ulama dan kitab yang dirujuknya.

5. Pentarjihan pendapat atau fatwa pun diciduknya daripada tarjih ulama dan kitab yang dirujuknya.

Lalu, bagaimana boleh kita putuskan siapa yang menang atau kalah?. Siapa yang menepati sunnah atau mengamalkan bid'ah?. Siapa paling rajih atau marjuh? Siapa yang sahih atau dhaif?.

Oleh kerana semua asatizah dilihat hebat kerana "pinjam" ilmu para ulama silam dan kitab² mereka, maka masing² kena beringatlah dengan kadar ilmu masing². Jangan sesiapa lagi berani cuba memperlekehkan kelayakan akademik masing selepas ini. Berhentilah membuka sejarah result peperiksaan mukhalif masing². Lulus cemerlang pun masih guna ilmu ulama silam dan kitab² mereka.

Last sekali tidak terfikirkah kita, jika semua guna kalam dan kitab² ulama, maka mana ilmu yang kita sendiri hasilkan?... selagi tiada hasilan ilmu sendiri yang meninggalkan impak kepada masyarakat, maka lebih baik sama² kita merendah diri kerana masih menumpang ciduk ilmu para ulama silam.

Bila pinjam hujah ulama, buat la cara pinjam. Jangan buat mcm hujah itu kita sendiri punya. Selagi dok guna hujah orang maka selagi itu takde siapa menang kalah. Yg ada hanya siapa pandai yakinkan orang awam dengan hujah pinjaman. Itu saja!

Sebab itu mudah untuk level rendah mcm saya, sesuai jadi muqallid sahaja mengikut pandangan yang diikuti oleh jumhur ulama setempat dan dikuatkuasakan oleh waliyul amri. Penat kalau nak jadi mujtahid ini... dengan bergaduh dengan orang. Celah² tu depa selongkar habis sijil² kita. 😁

Yang bukan asatizah itu, pakat sedar ke diri sama.. ilmu yang ada tu bukannya faham betul pun, jenis dok copy paste dan forward apa orang tulis saja.. Aduhai!

Dr HK
4/11_2020

Ini muhasabah utk diri saya dan semua asatizah...

No comments: