Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Wednesday, November 11, 2020

Kenyataan Syeik Pak Da Eil Mengenai Nur Muhammad

# Kenyataan Syeik Pak Da Eil Mengenai Nur Muhammad #

Berkata al allamah Syeik Ismail bin Abdul Qodir al fathoni ( Pak Da Eil ):

Adapun barang yang termahsyur bahawasanya dijadikan beberapa banyak alam ini daripada Nur Nabi kita saw maka yang zahir bagi hamba ( Pengarang ) bahawasanya bukanlah dijadikan suku-suku nur itu akan alam, hanya dimulaikan dia daripadanya dan dijadikan dia dengan sebabnya.

Wallahu a'lam

Intaha : Ta'lik atas Tabsiratul Adani ms 9

------------------------------------------

Ulasan al faqir :

Setelah Pak Da Eil membicarakan maksud menyalahi Tuhan dengan segala makhluk pada zat dan sifat serta perbuatan , lalu beliau mengatakan bahawa zat Tuhan bukanlah jirim, sifatNya bukanlah aradh , serta perbuatanNya bukan menjadikan dari sesuatu yang telah ada sepertimana manusia membuat rumah dari kayu yang sedia ada.

Maka bukanlah tiap-tiap perbuatan Allah itu daripada sesuatu yang telah ada dan hanya dikeluarkan dari tiada, sebagaimana buahan dijadikan dari pokok dan  pokok dijadikan dari benih ( biji ). Bahkan Allah menjadikan buahan itu dari tiada kepada ada. Sedangkan keluar buah dari pokok itu atas jalan adat dan hakikatnya buahan tersebut dijadikan Allah dari tiada langsung.

Kemudian barulah Pak Da Eil membicarakan mengenai Nur Muhammad.

Beliau berpandangan bahawa alam ini bukanlah dijadikan dengan cara mengambil juzuk-  juzuk Nur Muhammad lalu dijadikan akan segala alam ini sebagaimana diambil kayu lalu dijadikan rumah.

Bahkan Pak Da Eil berpandangan bahawa Nur Muhammad itu sebagai permulaan bagi kejadian alam ini, dan Nur Muhammad itu sebagai asbab bagi kejadian alam ini.

Kenyataan Pak Da Eil ini tidak bertentangan dengan pemikiran para sufi kerana menurut mereka bukanlah Alam ini dijadikan dari juzuk Nur Muhammad dengan maksud dicubit sedikit Nur Muhammad itu lalu ditukarkan menjadi alam, bahkan perbincangan Nur Muhammad merupakan konsep Tajalli Asma' dan Sifat.

Kesimpulan apa yang saya ketengahkan disini, ilmuan Kalam nusantara seperti Pak Da Eil juga tidak menolak konsep Nur Muhammad sebagaimana ilmuan sebelum beliau.

Wallahualam Bis sawab wa ilaihil marjie wal ma'ab

al jahilul Juhala'

ARMA
https://www.facebook.com/100014979545247/posts/1000921370417172/

No comments: