Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Monday, November 16, 2020

Tempat bagi Allah WAHHABI TIDAK BISA BANTAH

WAHHABI TIDAK BISA BANTAH...

Jika kita boleh menerima Allah itu ada tanpa ada permulaan maka tak ada masalah utk kita menerima bahawa Allah itu ada tanpa tempat.Jika kita ada masalah utk menerima Allah itu ada tanpa tempat itu maknanya kita ada maaalah utk menerima Allah itu ada tanpa permulaan.

Yang mengatakan Allah maujud bilaa makaan itu ialah Allah sendiri.Dalilnya:
هو الأول والآخر...
Dia lah yang awal tidak ada permulaan dan Dialah yang akhir tidak ada kesudahan..

Wujud Allah tidak ada permulaan.Wujud tempat ada permulaan.Jika Allah telah ada sebelum ada tempat bererti wujud Allah tidak bertempat.Kalau kita tak ada masalah utk menerima bahawa wujud Allah tidak ada permulaan maknanya tak ada masalah utk menerima wujud Allah tidak bertempat.Kalau kita ada masalah utk menerima wujud Allah tidak bertempat maknanya kita ada masalah utk menerima wujud Allah tidak ada permulaan.

Nabi sendiri yang mengatakan:
كان الله ولم يكن معه شيئ
Telah ada lah Allah dan tidak ada sertanya sesuatu.

Jika tidak ada serta Allah itu sesuatu maknanya tidak ada serta Allah itu tempat.

Dalam hadis yang lain:
أنت الظاهر فليس فوقك شيء وأنت الباطن فليس دونك شيء
Engkaulah yang zahir tidak ada di atasMu sesuatu dan Engkau lah yang batin tidak ada di bawahMu sesuatu.
Jika tidak ada di atas Allah sesuatu dan tidak ada di bawahNya sesuatu bererti Allah tidak bertempat.

Dalam hadis lain :
لو أدليتم أحدكم بحبل إلى الأرض السفلى لهبط على الله
Jika kalian menghulurkan salah seorang dari kalian dengan tali sehingga sampai ke lapisan bumi yang paling bawah sekalipun nescaya sampai jua kepada Allah.

Itu menunjukkan tidak ada atas dan bawah bagi Allah.Sama saja bagi Allah sama ada dekat atau jauh.Itu menunjukkan Allah tidak bertempat.

Wahhabi mengatakan Allah bertempat hanya berdasarkan ayat mutasyabihat sedangkan Allah telah berfirman:
فأما الذين في قلوبهم زيغ فيتبعون ما تشابه منه ابتغاء الفتنة وابتغاء تأويله وما يعلم تأويله إلا الله
Adapun orang orang yang di dalam hatinya ada kesesatan mereka mengikuti ayat ayat mutasyabihat untuk mencari fitnah dan mencari cari takwilnya pada hal tidak ada yg mengetahui takwilnya melainkan Allah.

Macam mana wahhabi boleh mengaku mereka ahlu sunnah sedangkan Allah mengatakan dalam hati mereka ada kesesatan sebab mengikuti ayat ayat mutasyabihat?

Wahhabi menuduh aswaja sesat kerana mentakwil.Mana ada dalam ayat tu mengatakan siapa yang mentakwil sesat.Ayat tu tak kata siapa yg mentakwil sesat .Maksud ibtigha' a takwilihi itu maknanya:
ابتغاء تأويله غير تأويله
Mencari takwil yang bukan takwilnya.

Maknanya takwil ada yang betul dan ada yang salah.

Buktinya dihujung ayat Allah mengatakan
وما يعلم تأويله إلا الله
Tidak ada yang mengetahui takwilnya melainkan Allah

Maknanya ada takwil yang benar.Tapi hanya diketahui oleh Allah.

Yang sesat kalau mencari takwil yang tidak benar.

Takwil yang tidak benar itu jika manhaj takwilnya tidak benar.Apa manhaj takwil yang benar?Yaitu yang sesuai dengan ayat muhkamat.

Sedangkan mengatakan Allah di arasy tidak sesuai dengan ayat muhkamat yang mengatakan Allah itu tidak ada permulaan.

Tidak ada dlm ayat quran Allah berfirman maujud bilaa makaan tidak boleh dijadikan dalil bahawa Allah itu bertempat kerana Walaupun Secara manthuq (secara tersurat) tak ada tapi secara mafhum ada.

Kaum mujassimah mengatakan  bahwa para Sahabat nabi tak takwil sebab tidak diriwayatkan dari mana mana sahabat yg takwil(Tak pe kita ikutkan.Yang sebenarnya ada).

Tidak ada mana mana riwayat pun yang menyebutkan bahawa sahabat mengetahui bahawa 2×5 jawapannya sepuluh.Adakah ini bermakna para sahabat tak tahu bahawa 2×5 itu sepuluh?

Perkara yg mudah diketahui yg semua manusia bersama atas pendapat yg sama tak perlukan riwayat pun bahkan tak perlukan Al Quran utk menjelaskan.Apabila dikatakan Allah telah ada dahulu sebelum ada sekelian tempat dan sekelian tempat itu Allah yg ciptakan manusia mana lagi yg mengatakan Allah itu bertempat?Manusia mana lagi yg sanggup menunjukkan ada tempat yg dapat menampung Allah?

Bagi kami aswaja kami yakin bahawa sahabat semuanya mentakwil.Sebab tak kan lah para sahabat nabi tak tau bahawa setiap yg wujudnya  tidak ada permulaan maka wujudnya tidak bertempat.Dan tak kanlah sahabat mengiktikadkan arasy langit dan bumi sekeliannya ini yg ada permulaan dapat menampung Allah yg tidak ada permulaan.Seolah olah kaum mujassimah cuba mengatakan bahawa para sahabat semuanya tidak waras seperti mereka juga.
Astaghfirullaaah al azhiiiimmmm....

No comments: