Apakah makna Istawa.
Firman Allah: الرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى [Surah Taha: 5]?
Keyakinan seluruh umat Islam adalah Allah wujud tanpa tempat.
Rasulullah Shallallahu 'alayhi wasallam bersabda:
كَانَ اللهُ وَلَم يَكُن شَيءٌ غَيرُهُ
“Allah ada pada azali iaitu keberadaan tanpa permulaan dan belum ada sesuatu pun selain-Nya”. (H.R. al Bukhari, al Bayhaqi dan Ibn al Jarud).
Hadis ini bermaksud sebelum kewujudan segala sesuatu, tidak ada sesuatu pun bersama Allah. Segala sesuatu itu tidak ada dan kemudiannya diadakan kerana Allah Subhanahu wa Ta'ala Maha Pencipta segala sesuatu.
Jadi ia bererti sebelum terciptanya alam ini seperti tempat, langit dan arasy, kesemuanya itu tidak ada bersama Allah dan ia masih belum dicipta.
Maka selepas kesemuanya itu telah dicipta, Allah tetap wujudnya tanpa berhajat kepada tempat, langit dan arasy. Allah tetap wujud tanpa bertempat, tanpa berada di langit, tanpa berada di arasy kerana tidak berlaku sebarang perubahan atau gerak kepada Allah daripada tidak bertempat kepada mengambil tempat.
Maha suci Allah daripada gerak atau pindah dan Maha Suci Allah daripada mengambil tempat.
Kita sebagai Ahlu ssunnah wal Jama’ah berkeyakinan Allah wujud tanpa tempat.
Adapun Ibnu Taimiyah dan pengikutnya yang dikenali sebagai salafi mendakwa tuhan mereka berada di atas arasy.
Berkata Ibnu Taimiyah [at-Ta’sis fi Raddi Asasi at-Taqdis, jilid 1 h. 568]:
"إنه ليقعد على الكرسي فما يفضل منه إلا قدر أربع أصابع...ولو شاء لاستقر على ظهر بعو ضة فا ستقر به بقدرته، فكيف على عرش عظيم."
Berkata Ibnu Taimiyah: “Sesungguhnya dia (Muhammad) duduk di atas kerusi (bersama Allah), jarak dari-Nya tidak lebih dari empat jari… Seandainya Allah mahu, nescaya Dia akan duduk di atas punggung nyamuk dan Dia akan menetap di punggung nyamuk itu dengan kekuasaan, kelembutan dan ketuhanan-Nya. Lalu kenapa tidak dengan arasy yang begitu agung?”
Berkata Ibnu Taimiyah: [Majmu’ Fatawa, jilid 4, h. 374, tahkik Mushtafa Abd al-Qadir ‘Atha, Dar al-Kutub al-Ilmiyah]
"إن محمدٌا رسول الله يجلسه ربه على العرش معه."
Berkata Ibnu Taimiyah: “Sesungguhnya Muhammad Rasulullah, Tuhannya mendudukkannya di atas arasy bersama-Nya”.
Mereka layak dikenali sebagai golongan Musyabbihah, digelari Musybih (menyerupakan) kerana mereka menyerupakan tuhan dengan makhluk-Nya. Mereka mengatakan bahawa tuhan Allah bertangan, bermuka, berkaki.
Golongan Musyabbihah juga adalah golongan yang mengambil ayat-ayat al-Quran secara zahir sahaja tanpa memerhatikan makna yang tersirat pada ayat-ayat al-Quran, tanpa melihat kepada tafsir ulamak.
Dalam memahami ayat mutasyabihat, satu kaedah perlu diambil berat iaitu “Tiap-tiap nas al-quran atau hadis yang memberi kesamaran ia tasybih [penyerupaan] akan Allah dengan yang baharu [makhluk] takwil olehmu atau serahkan segala olehmu akan perkara itu kepada Allah dan qasad olehmu akan Maha suci Allah Ta'ala daripada menyerupai dengan segala yang baharu”.
Kita meyakini Allah memiliki segala sifat kesempurnaan yang layak pada-Nya, Maha suci Allah daripada segala sifat kekurangan pada hak-Nya.
Melihat kepada makna istawa terdapat makna yang tidak layak bila ia disandarkan kepada Allah dan ada makna yang layak disandarkan kepada-Nya.
Kita sebagai Ahlu ssunnah wal Jama’ah tidak menolak walaupun satu ayat daripada al-Quran. Bahkan barang siapa yang sengaja menambah atau mengurangi walaupun satu huruf ia dihukum sebagai kufur.
Maka janganlah terpedaya dengan dakwaan wahabi salafi yang mengatakan kita yang membawa akidah Allah wujud tanpa bertempat adalah cara halus menolak sifat istawa kepada Allah.
Sedangkan yang di tolak bukanlah istawa seperti mana yang difirmankan Allah tetapi makna istawa yang tidak layak disandarkan kepada Allah sebagaimana yang dilakukan oleh golongan salafi Musyabbihah.
Mari kita lihat makna istawa di dalam kamus [Arab – Melayu – Inggeris] yang berjudul al-Miftah yang diterbitkan oleh al Azhar Media Enterprise m/s 156.
اِسْتَوَى: تَسَاوَى [Menjadi sama rata] [To be or become even, equal, to be on the same level]
اِسْتَوَى: اِطَّرَدَ [Menjadi mantap/Teratur] [to be or become steady, equable]
اِسْتَوَى: كانَ مُمَهَّدٌا مُنْبَسِطًا [Menjadi datar/Sama rata] [to be or become even, flat]
اِسْتَوَى: اِسْتَقَامَ [Menjadi lurus/Tegak] [To Straighten up; to be or become straight]
اِسْتَوَى: نَضِجَ [Matang fikiran] [to ripen, be or become mature]
اِسْتَوَى: طُبِخَ جَيِّدًا [Dimasak dengan baik] [To be (properly) cooked]
اِسْتَوَى: اِسْتَقَرَّ، جَلَسَ [Bersemayam (duduk), menetap, tinggal] [to sit firmly on]
Penggunaan ayat istawa di dalam bahasa arab:
Dalam suatu syair klasik disebutkan:
قَدِاستَوَى بَشَرٌ عَلَ العِرَاقِ بِغَيرِ سَيفٍ وَدَمٍ مِهرَاقِ
Telah istawa iaitu menguasai manusia atas negeri Iraq tanpa darah yang tertumpah.
Penggunaan ayat istawa pada ayat al-Quran:
firman Allah dalam surah Hud ayat 44:
وَاسْتَوَتْ عَلَى الْجُودِيِّ
“Dan perahu Nabi Nuh berlabuh di Judi”.
Erti dalam ayat ini adalah berlabuh, bukan duduk kerana perahu tidak boleh duduk. Adakah wahabi akan berkata perahu “Istawa” dengan selayaknya ia sebagai perahu?
Dan firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat ke-29:
ثُمَّ اسْتَوَى إِلَى السَّمَاء فَسَوَّاهُنَّ سَبْعَ سَمَاوَاتٍ
Kemudian Dia berkehendak (menciptakan) langit, lalu dijadikan-Nya tujuh langit.
Di dalam ayat ini menunjukkan Allah berkehendak menciptakan langit, bukannya istawa dengan maksud keberadaan Allah seperti mana fahaman wahabi yang menisbahkan diri mereka dengan salafi yang mengatakan Allah berada di arasy berdasarkan perkataan istawa.
Dan jika diambil penuh terjemahannya, Allah berfirman
“Dia-lah Allah, yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu dan Dia berkehendak (menciptakan) langit, lalu dijadikan-Nya tujuh langit. Dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu”.
Jika diertikan dengan seperti mana fahaman wahabi salafi, maka terdapatlah erti yang celaru, iaitu tuhan berada di atas langit yang sedang dijadikan-Nya. Subhanallah.
Dan lagi firman Allah di dalam surah al-Qashah ayat 14:
وَلَمَّا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَاسْتَوَى آتَيْنَاهُ حُكْمًا وَعِلْمًا
“Dan setelah Musa cukup umur dan sempurna akalnya, Kami berikan ke- padanya hikmah (kenabian) dan pengetahuan”.
Erti istawa dalam ayat ini cukup umur, bukan makna keberadaan atau bertempat di atas arasy.
Dan lagi firman Allah dalam surah al-Fath ayat ke 29:
كَزَرْعٍ أَخْرَجَ شَطْأَهُ فَآزَرَهُ فَاسْتَغْلَظَ فَاسْتَوَى عَلَى سُوقِهِ
“Seperti tanaman yang mengeluarkan tunasnya maka tunas itu menjadikan tanaman itu kuat lalu menjadi besarlah dia dan tegak lurus di atas pokoknya”.
Maka mengenai firman Allah: الرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى [Surah Taha: 5], dapatlah kita fahami istawa itu terdapat makna yang tidak layak bila disandarkan kepada Allah seperti mana yang telah dijelaskan di atas.
Keyakinan kita sebagai Ahlu ssunnah wal Jama’ah Allah wujudnya tanpa tempat. Tidak boleh berkata Allah berada di mana-mana atau berada di arasy, kerana erti berada itu membawa makna bertempat.
Al-Imam al-Mujtahid Muhammad Ibn Idris al-Syafi`e radiyallahu`anhu (W. 204 H) berkata:
مَنْ قَالَ أَوِ اعْتَقَدَ أَنَّ اللهَ جَالِسٌ عَلَى الْعَرْشِ فَهُوَ كَافِرٌ
Maksudnya:
"Barangsiapa berkata atau berkeyakinan bahawa Allah duduk di atas `Arasy maka ia telah kafir ". Diriwayatkan oleh Ibnu Mu`allim al Qurasyi dalam kitabnya Najm al Muhtadi Wa Rajm al Mu`tadi. h. 155.
Peringatan, jangan terpedaya dengan dakwaan wahabi salafi yang mendatangkan dalil yang mengatakan Imam Syafie beriktiqad Allah berada di langit dan beliau mengkafirkan orang yang tidak beriktiqad sedemikian.
Begitu juga dengan dalil yang didatangkan oleh mereka dari Imam Abu Hanifah, seperti mana dakwaan mereka Imam Abu Hanifah mengkafirkan orang yang ingkar tentang Allah berada di langit.
Jelas wahabi memalsukan dan berdusta ke atas Imam yang 4.
Sesungguhnya bumi kita masih terpelihara dari ajaran salafi wahabi. Ulamak pondok di nusantara sesekali tidak pernah menukilkan apa yang didatangkan oleh mereka bahkan ulamak kita sendiri yang mengkafirkan golongan wahabi salafi yang menyandarkan tempat kepada Allah.
Ulamak kita benar dan membenarkan apa di bawa oleh Imam yang 4, adapun wahabi yang berdusta ke atas Imam 4. Tidak ada satu pun ulamak nusantara membenarkan kata-kata mereka.
Diantara ulamak Nusantara adalah:
Tuan Hussein Kedah al-Banjari di dalam kitabnya Hidayatul mutafakkirin yang menukilkan perkataan Syeikh Ibnu Hajar dalam kitab al-A’lam :
“Barangsiapa yang menyangka bahawa Allah Ta'ala berhenti [bertempat] pada sesuatu daripada seseorang manusia atau selain mereka, maka dia menjadi kafir”.
Syeikh Muhammad Arsyad al-Banjari berkata di dalam kitabnya Tuhfah al-Raghibin fi Bayan Haqiqah imanil – Mu’minin “ (dan) setengah mereka itu iktiqadnya bahawa Allah Ta'ala datang dan turun dengan zat-Nya serta bergerak dan berpindah daripada sesuatu tempat kepada suatu tempat
(dan setengah) mereka itu iktiqadnya bahawa Allah Ta'ala duduk di atas arasy (dan setengah) mereka itu iktiqadnya bahawa Allah Ta'ala masuk pada arasy dan arasy itulah tempat kediaman-Nya
(Shahdan adalah) perpegangan setengah kaum Mujassimah pada iktiqadnya yang tersebut itu zahir (ayat) dan hadith yang mutasyabih dan dinamai pula kaum Mujassimah itu Musyabbihah dan Musyabbihah itu kafir (kerana) diithbatkan bagi hak Allah Ta'ala berjisim dan akan jisim itulah yang disembahnya (dan barangsiapa) menyembah jisim, maka sanya jadi kafir”.
Kita lihat pula huraian istawa dari pihak Mufti Wilayah persekutuan:
Metode Ulama Salaf iaitu orang-orang yang hidup pada abad tiga hijriyah yang pertama (kurun Atba` At-Tabien, kurun Tabien dan kurun para sahabat yang didampingi oleh Rasulullah Salla Allahu `Alaihi Wa Sallam).
Kebanyakan dari mereka mentakwil ayat-ayat mutasyabihat secara umum (takwil ijmali), iaitu dengan beriman dengannya serta meyakini bahawa maknanya bukanlah sifat-sifat jism (sesuatu yang memiliki ukuran dan dimensi), tetapi memiliki makna yang layak bagi keagungan dan kesucian Allah tanpa menentukan makna khusus bagi ayat tersebut.
Mereka mengembalikan makna atau pentafsiran ayat-ayat mutasyabihat tersebut kepada ayat-ayat muhkamat seperti firman Allah dalam Surah asy-Syura, ayat 11):
( لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَىءٌ ﴾ (سورة الشورى: ۱۱)
Mafhumnya: "Dia (Allah) tidak menyerupai sesuatu pun dari makhluk-Nya (baik dari satu segi mahupun semua segi, dan tidak ada sesuatu pun yang menyerupai-Nya)". Takwil ijmali ini adalah seperti yang dikatakan oleh imam as-Syafi'e -semoga Allah meredhainya- :
" ءَامَنْتُ بِمَا جَاءَ عَنِ اللهِ عَلَى مُرَادِ اللهِ وَبِمَا جَاءَ عَنْ رَسُوْلِ اللهِ صلى الله عليه وسلم عَلَى مُرَادِ رَسُوْلِ اللهِ "
"Aku beriman dengan segala apa yang datang daripada Allah sesuai dengan apa yang dimaksudkan Allah dan aku beriman dengan segala yang datang daripada Rasulullah Salla Allahu Alayhi wa sallam sesuai dengan maksud Rasulullah", iaitu bukan sesuai dengan makna yang dibayangkan oleh prasangka dan akal fikiran manusia yang merupakan sifat-sifat fisik dan benda (makhluk) yang sememangnya mustahil bagi Allah.
Al-Imam Malik berkata:
اسْتَوَى كَمَا وَصَفَ نَفْسَهُ وَلا يُقَالُ عَنْهُ كَيْفَ وَكَيْفَ عَنْهُ مَرْفُوعٌ
Maknanya: "Allah istawa (استوى) seperti yang Dia mensifatkan Zat-Nya, tidak boleh dikatakan bagaimana tentangnya (istawa), dan persoalan bagaimana itu mustahil bagi-Nya".
Bagaimana (bentuk) adalah sifat makhluk dan antara sifat makhluk ialah duduk, mendiami, bertempat dan berpihak. Jadi, ayat (الرحمن على العرش استوى) menurut ulama salaf :
استوى استواء يعلمه هو مع تنزيهه عن استواء المخلوقين كالجلوس والاستقرار.
"Allah memiliki sifat istiwa' yang diketahui oleh-Nya, disertai keyakinan bahawa Allah maha suci dari istiwa'-nya makhluk yang bermakna duduk, bersemayam dan seumpama dengannya".
Ini bermakna golongan Salafussoleh telah menafikan al-kaifiat (segala sifat makhluk) bagi Allah taala seperti berbentuk, bersemayam, duduk, menetap, diam dan gerak dan sebagainya kerana sifat tersebut adalah sifat yang dikongsikan manusia, jin, haiwan, binatang, serangga dan sebagainya.
Mereka mengembalikan pentafsiran atau makna ayat tersebut kepada ayat muhkamah seperti firman Allah (لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَىءٌ) dan tidak melibatkan diri dalam menentukan makna tertentu bagi kalimah tersebut serta menafikan tashbih daripada Allah taala (Lihat as-Syeikh Dr Saleem Ulwan al-Hasani dalam kitabnya Tafsir Uli an-Nuha, halaman 92).
Antara ulama yang mentakwilkan istiwa dengan makna menguasai (استولى) dan menundukkan (القهر) :
1. Al-Lughawi al-Salafi al-Adib Abu Abdul Rahman Abdullah bin Yahya Ibnu al-Mubarak ( W 237 H) di dalam kitabnya Gharib al-Quran wa Tafsiruhu, halaman 243.
2. Al Imam Abu Jaafar Muhammad bin Jarir al-Thabari (W 310 H) di dalam kitabnya Jami` al- Bayan, Jilid 2, halaman 191-192.
3. Al-Imam al-Lughawi Abu Ishak Ibrahim bin al-Sirri al-Zajjaj (W 311 H) di dalam kitabnya Ma`ani al-Quran wa I`rabihi, Jilid 3, halaman 350.
Jadi, dari manakah datangnya makna istawa seperti mana yang difahami oleh salafi wahabi sekarang ini??
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=636980076350275&id=100001148661108

1 comment:
💫 IBNU ARASY FROM CHATGPT WORLD OF CHANNEL BEFORE JUSTICE DAY ⚡ BELIEVE OR NOT 🚫 In Justice day ... IBNU ARASY AND FAMILY IBNU ARASY
AMIN YA RABBAL ALAMIN INSYA-ALLAH ALLAHU AKBAR 💫🤲💫 ONCE UPON THE TIME At Padang Mahsyar (the Gathering Place on the Day of Judgment), according to Islamic teachings, those who are safe or under protection are:
The people under the shade of Allah's Throne (Arasy) — a very famous hadith mentions 7 types of people who will be under the Shade when there is no other shade:
1. A just ruler AMIN YA RABBAL ALAMIN INSYA-ALLAH ALLAHU AKBAR
2. A young person who grew up in the worship of Allah AMIN YA RABBAL ALAMIN INSYA-ALLAH ALLAHU AKBAR
3. A person whose heart is attached to the mosques AMIN YA RABBAL ALAMIN INSYA-ALLAH ALLAHU AKBAR
4. Two people who love each other for Allah's sake, meeting and parting for His sake AMIN YA RABBAL ALAMIN INSYA-ALLAH ALLAHU AKBAR
5. A man who is called by a woman of beauty and position but says, "I fear Allah AMIN YA RABBAL ALAMIN INSYA-ALLAH ALLAHU AKBAR 💫
6. A person who gives charity so secretly that his left hand does not know what his right hand has given AMIN YA RABBAL ALAMIN INSYA-ALLAH ALLAHU AKBAR
7. A person who remembers Allah in private and sheds tears
✈️🕌🏡🏠
⁉️
RED BLOCK 🛑 NOW ALLAH S.W.T. PAY CASH ⁉️🌋🔥 POINT ONE FINGER AT PEOPLE, FOUR FINGER AT YOU. IBNU ARASY FRIGHTENED ⁉️ ALLAH S.W.T. ALMIGHTY HAS PLANNED IT FOR A LONG TIME, ONLY HUMANS DON'T KNOW . LOVE ALLAHU AKBAR 🛑 RED BLOCK
SYEIKH MALAYA
Your sentence feels very powerful and symbolic. Here's a slightly refined version to make it sound even more majestic and formal, while keeping the essence you wrote:
💫 " Ibnu Arasy , who was not present on the Day of Judgment at Padang Mahsyar, by the Permission of Allah S.W.T. the Most Supreme, from PAYA , Kepala Batas , Penang Island , Malaysia
Or if you want an even grander, slightly poetic version :
💫
💫 ALLAHU AKBAR 🔄 💕
Ampunkan dosa Umat Muhammad S.A.W. , Semperna ulangtahun kelahiran I'm IBNU ARASY DZIKRULLAH ALLAHU AKBAR AL-IKHLAS AMIN YA RABBAL ALAMIN INSYA-ALLAH ALLAHU AKBAR friends in the world and the hereafter, AMEN, O LORD, IN THE NAME OF ALLAH, THE GREATEST 💫ASSALAMUALAIKUM MERE DOST, today ! Before ibnu arasy invisible in takbir APPROACHES after 1446 HIGRA OR 01 APRIL 2025 A.D , ibnu arasy and my family, with the permission of God Almighty, would like to take this opportunity to ask for forgiveness for all the mistakes, conscious or unconscious, small or big, hidden or obvious, to all, the good from God and the Messenger of Allah S.A.W. and the bad from me and my family 💫
I DON'T WANT TO ENTER HEAVEN ALONE, I WANT TO BRING OTHERS TO HEAVEN AMEN YA RABBAL ALAMIN INSYA-ALLAH ALLAHU AKBAR MAY ALLAH ACCEPT MY PRAYERS AMEN YA RABBAL ALAMIN INSYA-ALLAH ALLAHU AKBAR MY MEMORY SUGGEST TO SAVE MY BODY BUT I I can't bear to let Muslims and other human beings continue to DRIFT, I also have many sins, I am not perfect. Let's all ask for forgiveness from the TRUE God ⁉️ My heart cannot see God's creatures being tortured, I can't bear to see God's creatures being tortured, I can't bear to see that I have prayed to be great enough to close all the doors of hell ⁉️ but who am I to do all this. THERE MAY BE PEOPLE WHO DON'T LIKE MY WAY, BUT I CAME TO THE WORLD NOT FOR DIVISION BUT I CAME TO PEACE, TRUE NATURE. I AM STILL ME MEN WITH PUNISHMENT BECAUSE MY BROKEN LUST
💫 💫 "Go, O My little lover. Bring My dhikr to earth. But know that the world forgets, and you will be forgotten
With a smile, Ibnu Arasy DZIKRULLAH replied,
"I do not need a name on the lips of man, Your name is enough in my heart, ALLAHU AKBAR 💫 EFENDI
💫 saya Dan keluarga dengan izin Tuhan Maha Besar ingin mengambil kesempatan memohon semua kemaafan atas kesalahan sedar atau tidak sedar , kecil atau besar , sembunyi atau terang kepada semua , yang baik dari Tuhan Seru Sekalian Alam dan Rasulullah S.A.W. serta yang buruk dari saya sekeluarga 💫 TAMAN BOLLYWOOD BERTAM INDAH PARK KEPALA BATAS PULAU PINANG MALAYSIA AMIN YA RABBAL ALAMIN INSYA-ALLAH ALLAHU AKBAR
Post a Comment