Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Tuesday, April 5, 2016

Fardu ain yg jarang diambil pusing

Fardu 'Ain :

Sekonyong konyong kita mempelajari Tuntutan fardu 'Ain dari hal fiqah dan usuluddin, ramai yg terkeliru dan salah faham tentang Fardu 'Ain dalam ilmu Sufi (ilmu mensucikan hati dan nafsu )

Majoriti telah yakin dan sedap hati bila sudah mempelajari fardu 'Ain dlm fiqah dan Usuluddin. Mereka melupakan fardu 'Ain dalam ilmu Tasauf (Sufi )

Mengetahui apa apa sifat Mahmuudah (Terpuji) dan Mazmuumah (Sifat Tercela ) JUGA ADALAH TERMASUK DALAM FARDU 'AIN JUGA ! Menjadi fardu 'ain atas tiap tiap mukallaf bahawa mensucikan dirinya dari sifat Mazmuumah ( Sifat Tercela )

Sifat Mahmuudah Vs Mazmuumah

Mahmudah adalah sifat HATI Terpuji, daripadanya terpancar kelakuan dan tingkahlaku yang mulia seperti suka menderma.

Mazmumah adalah sifat HATI Terkeji, daripadanya terbit kelakuan dan tingkahlaku yang hina seperti suka makan rasuah.

Tingkah laku yang mulia ialah seperti suka beribadat, rajin bersedekah, suka membantu orang ramai, merendah diri dan lain-lain.

Tingkahlaku yang hina seperti malas beribadat, kedekut bakhil, berat tulang, sombong diri dan lain-lain.

Kedua-duanya berpunca dari dua sifat di atas iaitu Mahmudah dan Mazmumah.
Tempatnya Hati

Mahmudah dan Mazmumah berpunca dan bersarang di hati. Benarlah kata Nabi saw,

“Tidakkah dalam jasad manusia ada seketul daging, apabila baik ia maka baiklah jasad seluruhnya. Dan apabila rosak ia maka rosaklah jasad seluruhnya, ia adalah hati”

Punca Penyakit dan Punca Maksiat

Penyakit hati atau maksiat hati atau maksiat batin sangatlah banyak. Ianya berhajat kepada usaha yang berterusan dan cara mengubatinya sangatlah susah.
Segala jenis maksiat yang berlaku hari ini bunuh, rogol, curi, rasuah, kezaliman, penindasan, penolakan terhadap hukum ALLAH …. adalah berpunca dari dalaman diri manusia(rohani).

Di antara penyakit itu ialah riya’, takabbur, ‘ujub, sum’ah, gila harta, gila pangkat dan lain-lain.

10 SIFAT MAZMUMAH

1. Ghadab - marah
2. Hasad Dengki
3. Bakhil - kedekut
4. Syarhu Ta'am - "Buruk Makan"
5. Syarhu Kalam - "Buruk Cakap"
6. Hubb al-Jah - Gila Kuasa
7. Hubb al-Dunya - Gila Dunia
8. 'Ujub - Hairan Diri - Syok sendiri
9. Takabbur - Sombong
10. Riya' - menunjuk-nunjuk.

10 SIFAT MAHMUDAH
1. Taubat
2. Khauf - takut
3. Zikr al-Maut - Ingat Mati
4. Mahabbah - kasih sayang
5. Zuhud
6. Tawakkal
7. Ikhlas
8. Syukur
9. Redha
10. Sabar.

Sekian, terima kasih.

https://m.facebook.com/maksu.zakiah.1/posts/1814006232161007

No comments: