Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Friday, April 29, 2016

Ini tulisan dr asri berkenaan pengajian tradisi pondok

Ini tulisan dr asri berkenaan pengajian tradisi pondok

"Sebaliknya, di negara kita, ada yang menganggap Islam tidak dapat difahami melainkan setelah penat belajar di bawah pelita minyak yang malap, tinggal dalam pondok yang senget, menggunakan bahasa melayu sankrit lama. Baginya tokoh ulama hanya guru pondoknya. Para ulama timur tengah langsung tiada tempat dalam dirinya. Seakan-akan Nabi s.a.w itu dulunya lahir di kawasan pondoknya."

dipetik dari tulisan dari blognya bertajuk Kembara Ilmu Ke India

Kami Sanggah penghinaan Dr.Asri:

Apakah para ulama’ silam yang hebat-hebat terdahulu tidak menggunakan “pelita minyak yang malap” bagi menghasilkan pelbagai kitab-kitab yang masyhur ?

Apakah pondok-pondok sekarang masih bermalap tanpa letrik? Apakah pondok itu mesti senget? Hinanya gambaran diberi kepada pusat pengajian dan kegigihan serta keikhlasan tok-tok guru menyediakan pusat pengajian tanpa mengharapkan “rating TV” dan populariti “hits blog” mereka.
Apakah tidak Bahasa Melayu lama itu suatu kesusasteraan Melayu yang tinggi nilainya ketika itu dan gaya bahasa yang “canggih” dilihat pada zaman itu? Apakah dengan evolusi bahasa Dr. Asri ingat bahasa penulisannya masih boleh difahami mudah oleh generasi ratusan tahun akan datang?

Bolehkan Dr. Asri senaraikan bilangan perkataan sanksrit lama (yang sukar sangat dia hendak faham walaupun orang lain boleh faham) berbanding dengan perkataan bahasa arab dalam teks-teks yang Dr. Asri hina sangat tu? Bukankan jelas lebih banyak yang dari bahasa Arab dari bahasa Sanskrit? Lagipun banyak juga perkataan yang asal dari bahasa Sanskrit yang telah digunapakai dalam bahasa Melayu dan sememangnya difahami umum.
Apakah benar ulama’ timur tengah langsung tiada tempat – atau ianya pembohongan dan tanggapan Dr. Asri semata-mata?

Mudahnya dia menuduh ulama’ pondok anggap Nabi S.A.W.lahir di kawasan pondoknya sahaja.

Dr. Asri tidak bacakah ramai tokoh-tokoh ulama’ Melayu nusantara yang bertahun-tahun menuntut di Timur Tengah? Dan ramai dari mereka diiktiraf untuk mengajar di sana. Ada yang menulis dalam Bahasa Arab digunapakai sebagai teks dalam pengajian mereka.

Namun pertamanya … bila masa ada yang menggatakan bahawa “ada yang menganggap Islam tidak dapat difahami melainkan setelah penat belajar di bawah pelita minyak yang malap, tinggal dalam pondok yang senget, menggunakan bahasa melayu sankrit lama” …?

No comments: