Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Thursday, April 14, 2016

"Kalaulah alam sendiri yang merupakan makhluk Allah tidak mempunyai tempat kerana tempat semuanya di dalam alam, maka mustahilkah untuk kita menerima bahawa Allah yang menciptakan alam adalah tidak bertempat?!!

Dulu di satu petang di Ruwaq al-Atrak, Masjid al-Azhar, sewaktu Syeikh Jamal bin Faruq al-Daqqaq mengajar kami kitab aqidah Ahlus Sunnah, beliau tiba-tiba bertanya kepada kami yang isinya lebih kurang begini:

"Di mana kita berada sekarang"?
Di dalam masjid al-Azhar.

"Di manakah terletaknya Masjid al-Azhar"? Di Kaherah.

"Di manakah Kaherah"? Di Mesir.

"Di manakah Mesir"? Benua Afrika.

"Di manakah benua Afrika"? Di Bumi.

"Di manakah terletaknya bumi"? Di alam cakerawala.

"Di manakah letaknya alam"????

Kami terpinga-pinga sebab alam adalah semua yang selain Allah. Maka di manakah alam? Pening.

Syeikh Jamal pun menyatakan lebih kurangnya begini:

"Kalaulah alam sendiri yang merupakan makhluk Allah tidak mempunyai tempat kerana tempat semuanya di dalam alam, maka mustahilkah untuk kita menerima bahawa Allah yang menciptakan alam adalah tidak bertempat?!!

Hebat....

No comments: