Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Friday, April 1, 2016

Ilmu nahwu - Adakah boleh berlaku dua isti'aroh dlm satu kalam?

S:  Adakah boleh berlaku dua isti'aroh dlm satu kalam?

J:  Ya, ianya boleh berlaku bahkan pada mudhof Dan mudhof ilaihnya...
contohnya:

"هذا باب احياء الموات"
(bermula ini adalah bab pada mmbicarakan menghidupkan bumi yg tdk diimarahkan/yg mati, lagi yg tidak dimiliki)

disini boleh brlaku padanya isti'aroh tasrihiyyah dan boleh juga brlaku padanya isti'aroh makniyyah...
Mari kita ta'ammul pada lafaz ihya'ul mawat (mghidupkan bumi yg tdk brpenghuni/yg mati, lagi yg tdk dimiliki)

1.TASRIHIYYAH:

yg pertama ialah lafaz al'imaroh "العمارة" (membangunkan/mengimarahkan) diserupakan dgn al ihya' الإحياء (mghidupkan) wajah syabahnya pada kata kedua2nya dpt mghasilkan manafaat,
kemudian dihazafkan musyabbah iaitu al'imaroh "العمارة" Dan dipinjamkan lafaz al ihya' "الإحياء"  diatas jalanan ISTI'AROH TASRIHIYYAH ASLIYYAH,
Dan qorinah sorifahnya ialah sandarannya kpd almawat "الموات"  (bumi yg tdk diimarahkan/yg mati, lagi yg tidak dimiliki)
dari qorinah inilah kita boleh mengetahui bahawa lafaz ihya' (mghidupkan) itu hanyalah majaz sahaja bukanlah  hakikat..

2.MAKNIYYAH wat TAKHYILIYYAH:

yg prtama lafaz almawat "الموات" (bumi yg tdk diimarahkan/yg mati, lagi tidak dimiliki) diserupakan dgn "انسان ميت" (manusia yg mati) wajah syabahnya pada kata kedua2nya tiada manfaat, kemudian dihazafkan musyabbah bih iaitu "انسان ميت" (manusia yg mati) Dan disebutkan padanya. lawazim bagi musyabbah bih iaitu lafaz ihya'  "احياء" (mghidupkan)
pengisbatan lafaz ihya' itu pula dipanggil takhyiliyyah, kerana seolah2 kita khayalkan/gambarkan bahawa bumi yg mati itu adalah dari jenis manusia yg mati yg boleh/akan dihidupkan, Dan Apabila disebutkan lafaz ihya' (mghidupkan) maka ketika itulah kita berkhayal seolah2 bahawa bumi yg mati itu ialah dari jenis manusia yg mati...

#perlu kita ketahui bahawa isti'aroh makniyyah dan takhyiliyyah adalah saling melazimi..

wallahu'alam
Klw salah mohon betolkan :)

~MajazZajam

No comments: