WAJIB MENUNTUT ILMU AGAMA DAN KELEBIHANNYA Firman Allah Taala, maksudnya: ".. bertanyalah kamu kepada orang-orang yang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahuinya." (43, An-Nahl dan 7, Al-Anbia').
Hadis Kedua Puluh 20-
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ. (ابن ماجه وغيره)
- Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib atas tiap-tiap seorang Islam." (Ibnu Majah dan Lain-lainnya). Hadis yang kedua puluh ini mewajibkan tiap-tiap orang Islam - lelaki danperempuan - mempelajari ilmu agama.
Huraiannya: Oleh kerana sesuatu pekerjaan dari yang sekecil-kecilnya hingga yang sebesar-besarnya tidak dapat dilakukan dengan teratur dan sempurna melainkan dengan ilmu pengetahuan yang berkenaan dengannya, maka nyatalah wajibnya seseorang mempelajari hukum dan peraturan Islam bagi apa sahaja perkara yang hendak dilakukannya sebagai wajib fardu ain.
Menurut kitab Al-Furuq dan "Tahzib al-Furuq" bahawa Imam Ghazali dalam kitabnya "Ihya-'Ulumuddin" dan Imam Asy-Syafi'i dalam kitabnya "Ar-Risalah"menerangkan; Bahawa telah sekata alim ulama, tidak harus seseorang cuba melakukan sesuatu perkara sehingga ia mengetahui lebih dahulu hukum-hukumAllah mengenai perkara yang hendak dilakukannya itu;
- orang yang hendak berjual beli wajib mempelajari hukum Allah mengenainya dan orang yang hendakmenyewa, memberi sewa, mengupah dan mengambil upah wajib mempelajari hukum Allah mengenainya. Demikian juga orang yang hendak sembahyang wajib mempelajari hukum Allah mengenal sembahyang. Demikian seterusnya segalaperkataan yang hendak dikatakan dan segala amal yang hendak dikerjakan. Maka sesiapa yang mengetahui hukum Allah dan beramal menurut apa yang diketahuinya, sudah tentu ia telah mentaati Allah dengan dua taat dan sesiapa yang tidak mengetahui dan tidak pula beramal, sudah tentu ta telah menderhaka kepada Allah dengan dua kederhakaan; dan sesiapa yang mengetahui hukum Allah dan tidak beramal mengikutNya, maka ia telah mentaati Allah dengan satutaat dan menderhaka kepadaNya dengan satu kederhakaan.
Sayugia diingat, bahawa ilmu agama itu bukan satu perkara yang mudah didapati bahkan mestilah dipelajari dan diterima dari orang Islam yang betul-betul dansah ilmunya serta jujur dan adil dalam penyampaiannya, sebagaimana yang diterangkan dalam hadis Rasulullah s.a.w. yang maksudnya: "Sesungguhnya ilmu yang sah dan muktabar itu tidak akan dapat dicapai melainkan dengan dipelajari dari guru"; bukan semata-mata dari buku-buku, lebih-lebih lagi yang dikarang oleh orang-orang orientalis, yang kebanyakannya menghidangkan madu bercampur racun.
_________________
Inilah Jalan Sufi Headline Animator
Pencerahan Bid'ah
Monday, January 27, 2014
Friday, January 24, 2014
Peringkat Nafsu Manusia Menurut Tasauf
Peringkat Nafsu seseorang Manusia
1) Ammaarah 2) Lawwaamah 3) Mulhamah 4) Mutma_Innah 5) Radhiah 6) Mardhiah 7) Al Kameel
Ammaarah ===>; Peringkat diri yg paling rendah. Ulama Tasauf berpendapat Peringkat ini, diri seseorang itu tiada IMAN.
Tanda-tanda Nafsu Ammarah ==; Tak merasa takut & bimbang bila melakukan maksiat dan derhaka. Padanya melakukan derhaka adalah biasa saja. Tak pernah rasa takut dengan azab Allah.
sifat mahmuudah tiada langsung pada dirinya. yg ada cuma sifat mazmuumah !
Tak kisah dirinya jahil. Haram halal sama saja.
Sekiranya seseorang itu "terasa terpukul, terdetik dengan ciri-ciri di atas, maka ia termasuk dlm peringkat ini. Peringkat ini dinamakan peringkat Al An'aam (binatang ternak) Sekiranya mati seseorang itu dalam peringkat ini... mati tiada iman. Wallahu a'lam .
Nafsu Lawwaamah ialah Nafsu mengkritik. Dia akan selalu mengkritik dirinya atau org lain sekiranya ia sendiri atau org lain melakukan maksiat / derhaka kepada Allah.
Ia merasa berdebar debar bila melakukan kejahatan. Ada rasa sedikit takut akan Allah dan azab Nya. Dia akan merasa kesal atas segala kejahatan namun dia tak dapat mengawal nafsu .
Dia acapkali melakukan kejahatan namun menyesal selepas itu dan mengkritik dirinya seperti katanya "kenapalah aku ini jahat sangat" Peringkat ini sudah ada IMAN. Kerana telah ada "perasaan sedikit takut akan Allah " Dah mula melakukan solat dan rukun rukun Islam. Namun masih tak dapat mengawal bekas bekas nafsu AMMARAH.
Nafsu ini selalu kedapatan pada ahli ahli masjid (org masjid),
org yg dah melakukan solat dan rukun Islam Sifat mazmuumah masih bersarang dalam diri seperti hasad dengki, riak, sum'ah. Sebab itulah kita tak hairan org yg bersembahyang, tapi masih tak baik perangainya. Bagi guru guru Tasauf ini tak menghairankan, kerana NAFSU LAWWAMAH MEMANG BEGITU.

Masih tak dapat mengikis sifat mazmuumah. Sekiranya seseorang itu "terasa terpukul, terdetik dengan ciri-ciri di atas, maka ia termasuk dlm peringkat ini.
Seseorang Saalik mesti meneruskan jalannya dengan amalan amalan sunat, bermujaahadah, istighfar, solat tahajjud Berzikir (Kalimah Tauhid sebanyak 12 ribu kali sehari) dan sebagainya dengan pemantauan Guru Mursyid. Ada 70 ribu hijab / 'Aqobah untuk melepasi peringkat ini.... Wallahu A'lam.....
Subscribe to:
Posts (Atom)