Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Saturday, January 15, 2022

DISEBALIK MAKNA SYAIUN LILLAHI LAHUMUL FATIHAH

[ DISEBALIK MAKNA SYAIUN LILLAHI LAHUMUL FATIHAH ]
(ﺷﺊٌ ﻟِﻠّﻪِ ﻟَﻬُﻢُ ﺍﻟْﻔَﺎﺗِﺤَﺔْ) 

Kalimah “SYAIUN LILLAHI LAHUMUL FATIHAH (ﺷﺊٌ ﻟِﻠّﻪِ ﻟَﻬُﻢُ ﺍﻟْﻔَﺎﺗِﺤَﺔْ)” atau sejenisnya sering kita dengar dalam setiap majlis, baik itu ketika tahlilan, syukuran, maulid, barzanji dan lain-lainnya (jgn hiraukan mereka yg anti 🙂🙂) 

Apa maksud kalimah tersebut?
Kenapa para ulama mengajarkan kalimah tersebut kepada kita? 

Mari kita pelajari bersama-sama. Baik.., biasanya kalimah itu disebutkan sebelum membaca Al-Fatihah sebagai pembukaan setelah menyebutkan beberapa nama arwah² yang akan didoakan. 

Secara bahasa, kalimah (SYAIUN LILLAHI LAHUMUL FATIHAH) terdapat tiga susunan kalimah:
Pertama adalah Susunan kalimah “SYAI UN LILLAHI ( ﺷَﺊٌ ﻟِﻠّﻪِ )” yang bermakna bahawa 
“ Semua yang dilakukan itu kerana Allah semata ”.

Kedua: Lahum, artinya adalah bacaan yang akan dibaca iaitu surah Al-Fatihah, dihadiahkan untuk para arwah yang telah kita sebutkan sebelumnya.

Dan ketiga adalah “Al-Fatihah” iaitu nama surah pembuka Al-Quran.

Oleh kerana itu, jika digabungan artinya adalah; " Semua apa yang kita lakukan hanyalah kerana Allah, kemudian menghadiahkan Fatihah kepada para arwah ".

Sebenarnya tidak ada anjuran untuk mengucapkan kalimah tersebut, namun juga tidak ada larangan untuk mengamalkan ataupun meninggalkannya. 

Dalam Kitab Bughyatul Mustarsyidin halaman: 297 diterangkan, susunan kalimah itu adalah sebuah tradisi: 

ﻳَﺎ ﻓُﻠَﺎﻥ ﺷَﻲْﺀٌ ﻟِّﻠﻪ ﻏَﻴْﺮُ ﻋَﺮَﺑِﻴَّﺔ ﻟَﻜِﻨَّﻬﺎ ﻣِﻦْ ﻣَﻮﻟِﺪﺍﺕِ ﺃَﻫْﻞِ ﺍﻟْﻌُﺮْﻑ

“ Hai Fulan, kalimat “SYAI UN LILLAHI” bukanlah bahasa arab, melainkan lahir dari sebuah tradisi ” 

Dan sebuah tradisi diperbolehkan dan bahkan dapat dianjurkan selama itu tidak bertentangan dengan Al-Quran & Hadith. 

Diterangkan juga dalam kitab “Qurrotul ‘Ain Bi Fataawiy Syaikh Isma’iil az-Zain: 

ﻭ ﻣﻌﻨﻲ ﺷﺊ ﻟﻠﻪ ﻣﻄﻠﻮﺑﻨﺎ ﻭﻣﻘﺼﻮﺩﻧﺎ ﺷﺊ ﻟﻠﻪ ﺍﻱ ﻳﺴﺘﻤﺪ ﻟﻮﺟﻪ ﺍﻟﻠﻪ ﺍﺑﺘﻐﺎﺀ ﻭﺍﺳﺘﻤﺪﺍﺩﺍ ﻻ ﻟﻐﻴﺮﻩ ﻭﻻ ﻣﻦ ﻏﻴﺮﻩ ﻓﻔﻴﻬﺎ ﺍﻋﺘﺮﺍﻑ ﺑﺎﻥ ﺍﻟﺬﻱ ﻳﺴﻮﻕ ﺍﻟﻤﻄﺎﻟﺐ ﻭﻳﺤﻘﻖ ﺍﻟﻤﺄﺭﺏ ﻫﻮ ﺍﻟﻠﻪ ﺗﻌﺎﻟﻲ ﺍﻟﺦ

“ Dan makna syaiun lillaahi adalah tujuan dan kehendak kami semuanya dari Allah, artinya ia hanya memohon pada Allah dengan mengharap redha dan pertolongan-Nya, tidak kepada selain Allah. Jelasnya didalamnya mengandung pengakuan bahwa yang merealisasikan keinginan-keinginan dan mewujudkan keperluan-keperluannya adalah Allah Ta’ala semata ”.

Semoga bermanfaat...