Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Friday, November 27, 2015

Tegakkan Dzikrullah

Tegakkan Dzikrullah

Dari Abdullah bin Bisyr r.a, ia berkata: "Seorang laki-laki datang kepada Rasulullah Saw. Kemudian bertanya: "Sungguh ajaran islam sangat banyak diajarkan kepada kami. Perkara apakah yang apabila kami berpegang teguh kepadanya, seolah kami telah berpegang teguh kepada semua ajaran-ajaran atau syariat tersebut ?" Beliau bersabda: ”Hendaknya lisanmu selalu basah untuk mengingat Allah.. ”(HR. Ahmad)

Ada beberapa kalimat zikir yang sangat mudah dilafazkan, diantaranya kalimat "لا إله إلا الله". Ada beberapa hal yang tersembunyi dibalik zikir kalimah Toyyibah tersebut, diantaranya :

Pertama: zikir ini disebut sebagai sebaik-baiknya zikir, berdasarkan hadis riwayat Nasa'i, Ibnu Majjah, Ibnu Hibban, dan Hakim "Afdhaluzd dzikri La ilaha Illallaahu" yang artinya : "sebaik-baik zikir adalah "لا إله إلا الله".

Kemudian pada hadis yang lain disebutkan bahwa dengan zikir kalimah Toyyibah ini menyebabkan pintu langit terbuka, selagi yang membaca kalimah itu orang yang menjauhi dosa-dosa besar. Sedangkan dengan mengamalkan zikir kalimah ini, sepanjang zikir ini diamalkan secara tulus ikhlas mengharap reda Allah SWT, justru Allah yang akan mengatur potensi manusia. Dalam hadis Qudsy tersurat : "Barang siapa disibukkan zikir kepada-Ku sehingga tidak sempat memohon dari-Ku maka Aku akan memberikan yang terbaik dari apa saja yang Ku berikan".

Artinya : hikmah dari zikir kalimah Toyyibah itu, seseorang akan diberi kurnia oleh Allah SWT walau jenis kurnia itu tidak dimintanya. Ini Yang disebut dengan rezeki yang tak terduga-duga.

Hikmah lain, dari membiasakan diri berzikir kalimah "لا إله إلا الله", secara tidak langsung berarti merakam kalimat itu pada alam bawah sedar manusia. keadaan terdesak / kritikal, kalimat yang reflek muncul dari alam bawah sedarnya adalah kalimat yang paling akrab dengan lidah dan hatinya.

Maka, seseorang yang istiqomah dalam zikir kalimah "لا إله إلا الله", bila saat sakaratul maut hendak menjemput, Insya Allah kalimat itu yang akan muncul dari mulutnya. Dengan demikian berlakulah janji Allah SWT bahwa seseorang yang diakhir hayatnya mengucapkan kalimat "لا إله إلا الله", maka syurgalah balasannya.

Menyemak hal-hal dibalik kalimah Toyyibah ini, ada dua keuntungan yang boleh kita raih. Pertama keuntungan dunia berupa ketenangan hati akibat terbiasa dengan aktiviti zikir , juga keuntungan dunia berupa datangnya kurnia yang dilimpahkan yang lebih baik dibanding hamba lain yang meminta.

Sedangkan pahala akhiratnya adalah menemui kematian dengan Khusnul Khotimah. Semoga kita termasuk hamba-hamba Allah yang memperoleh keuntungan dunia akhirat. Amin.

Di antara fadhilat berzikir dengan Tasbih, Tahmid, takbir

Di antara fadhilat berzikir dengan Tasbih, Tahmid, takbir.

Hadis 1
Ketika Siti Fatimah r.a. puteri baginda Rasulullah s.a.w. merayukan halnya kepada baginda dengan berkata:
"Ya Rasulullah, berikan kepadaku seorang hamba (khadam) agar aku dapat mengatasi kesukaran-kesukaran yang ku alami dalam menyelenggarakan urusan-urusan rumah-tangga ku." Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Hendaklah kau ucapkan: SUBHANALLAHI sebanyak 33 kali ALHAMDULILLAHI sebanyak 33 kali dan ALLAHU AKBAR sebanyak 34 kali sebelum tidur di malam hari."
Lantas baginda Rasulullah s.a.w. bersabda lagi: "Ini lebih baik bagimu daripada khadam yang kau mintakan itu."

Hadis 2
Dari Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa satu ketika baginda Rasulullah S.A.W datang kepada kami dan bersabda: Ambillah perisai untuk melindungi kamu! Para sahabat R.Anhum bertanya: Ya Rasulullah, adakah musuh akan datang ?

Baginda bersabda: Ambillah perisai untuk melindugi kamu dari api neraka. Bacalah : Subhanallah, Alhamdulillah, Laailahaillallah, Allahuakbar, Walahaulawalakuataillabillah, - Sesungguhnya kalimat ini akan datang pada hari kiamat kepada pembacanya dan akan melindunginya dari sebelah hadapannya, disebelah belakangnya, dikanannya dan dikirinya dan inilah amal kebajikan yang sentiasa mendapat ganjarannya. (HR Tabrani. Majma`ul Bahrain).

Keterangan:
Dalam hadith dinyatakan "Kalimat ini akan berada dihadapan pembacanya: bermaksud ialah dia akan menjadi penyokong dan pembela untuknya. Dan :berada disebelah belakang, kanan dan kirinya" bermaksud dia akan melindungi pembacanya dari segala azab dan siksa.

Hadis 3
Riwayat Muslim menjelaskan bahawa barangsiapa bertasbih (Subhanallah) setiap kali selesai solat sebanyak 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) sebanyak 33 kali dan bertakbir (Allahu Akbar) sebanyak 33 kali, kemudian digenapkan dengan mengucapkan Lailaha Illallah Wahdahula Syarikalahu Walahulhamduyuhyi Wayumitu Wahuwa Ala Kulli Syaiin Qadir, nescaya akan diampuni dosanya walaupun sebanyak buih di lautan.

Tafseer Surah Albaqarah Ayat 255


سُوۡرَةُ البَقَرَة
ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡحَىُّ ٱلۡقَيُّومُ‌ۚ لَا تَأۡخُذُهُ ۥ سِنَةٌ۬ وَلَا نَوۡمٌ۬‌ۚ لَّهُ ۥ مَا فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَمَا فِى ٱلۡأَرۡضِ‌ۗ مَن ذَا ٱلَّذِى يَشۡفَعُ عِندَهُ ۥۤ إِلَّا بِإِذۡنِهِۦ‌ۚ يَعۡلَمُ مَا بَيۡنَ أَيۡدِيهِمۡ وَمَا خَلۡفَهُمۡ‌ۖ وَلَا يُحِيطُونَ بِشَىۡءٍ۬ مِّنۡ عِلۡمِهِۦۤ إِلَّا بِمَا شَآءَ‌ۚ وَسِعَ كُرۡسِيُّهُ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضَ‌ۖ وَلَا يَـُٔودُهُ ۥ حِفۡظُهُمَا‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَلِىُّ ٱلۡعَظِيمُ (٢٥٥) لَآ إِكۡرَاهَ فِى ٱلدِّينِ‌ۖ قَد تَّبَيَّنَ ٱلرُّشۡدُ مِنَ ٱلۡغَىِّ‌ۚ فَمَن يَكۡفُرۡ بِٱلطَّـٰغُوتِ وَيُؤۡمِنۢ بِٱللَّهِ فَقَدِ ٱسۡتَمۡسَكَ بِٱلۡعُرۡوَةِ ٱلۡوُثۡقَىٰ لَا ٱنفِصَامَ لَهَا‌ۗ وَٱللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ (٢٥٦) ٱللَّهُ وَلِىُّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ يُخۡرِجُهُم مِّنَ ٱلظُّلُمَـٰتِ إِلَى ٱلنُّورِ‌ۖ وَٱلَّذِينَ كَفَرُوٓاْ أَوۡلِيَآؤُهُمُ ٱلطَّـٰغُوتُ يُخۡرِجُونَهُم مِّنَ ٱلنُّورِ إِلَى ٱلظُّلُمَـٰتِ‌ۗ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ أَصۡحَـٰبُ ٱلنَّارِ‌ۖ هُمۡ فِيہَا خَـٰلِدُونَ (٢٥٧)
Surah Al-Baqara
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya). (255)

Tidak ada paksaan dalam agama (Islam) kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur). Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut dan dia pula beriman kepada Allah, maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada simpulan (tali agama) yang teguh yang tidak akan putus dan (ingatlah), Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (256) 

Allah Pelindung (Yang mengawal dan menolong) orang-orang yang beriman. Ia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman) dan orang-orang yang kafir, penolong-penolong mereka ialah Taghut yang mengeluarkan mereka dari cahaya (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itulah ahli Neraka, mereka kekal di dalamnya. (257) 



 

Thursday, November 19, 2015

QAWAID FIQHIYYAH (KEMUDARATAN DIHINDARKAN)

QAWAID FIQHIYYAH (KEMUDARATAN DIHINDARKAN) 

ISI KANDUNGAN 

1.0 PENGENALAN 
2.0 SEJARAH PERKEMBANGAN QAWAID FIQHIYYAH 

3.0 KEPENTINGAN DAN KEDUDUKAN QAWAID FIQHIYYAH 
3.1 Kepentingan Qawaid Fiqhiyyah 
3.2 Kedudukan Qawaid Fihiyyah Sebagai Istinbat Hukum 4.0 QAWAID FIQHIYYAH KEEMPAT (KEMUDARATAN DIHINDARKAN/ DIHILANGKAN) 4.1 Perbezaan Antara Masyaqqah (Kesulitan) Dengan Dharurat (Kemudaratan) 4.2 Prinsip Dan Aplikasi Kaedah Berkaitan Keadaan Mudarat 4.3 Perbezaan Antara Dharurat Dengan Hajat 5.0 KESIMPULAN BIBLIOGRAFI LAMPIRAN 1.0 PENGENALAN Qawa’id adalah jamak kepada perkataan kaedah. Ia bermaksud asas atau prinsip. Sesuai dengan maksudnya dari sudut bahasa, qawa’id fiqhiyyah atau kaedah fiqh adalah merupakan prinsip-prinsip fiqh bersifat umum yang mengandungi hukum-hakam secara umum untuk disesuaikan dengan bahagian-bahagiannya. Kemunculan kaedah fiqh banyak dipengaruhi oleh faktor tuntutan semasa. Ia muncul setelah jarak masa para ulama semakin jauh dari generasi terawal iaitu para salafussoleh. Ini banyak mempengaruhi penetapan hukum dalam sejarah pensyariatan dan kepatuhan syariah dalam dunia umat Islam. Penetapan hukum dalam Islam telah melalui beberapa peringkat. Kata qawaid merupakan bentuk jama’ dari kata qaidah yang secara bahasa berarti asas atau dasar, baik dalam bentuk inderawi maupun maknawi. Kata qaidah yang berarti dasar dalam bentuk inderawi dapat diamati dalam ungkapan bahasa Arab, yaitu qawaid al-bait yang berarti dasar atau pondasi rumah. Sementara kata qaidah yang berarti dasar dalam bentuk maknawi dapat diamati dalam ungkapan qowa’id al-din yang berarti dasar atau asas agama. Qaidah dengan makna ini dapat ditemukan dalam firman Allah berikut: øŒÎ)ur ßìsùötƒ ÞO¿Ïdºtö/Î) y‰Ïã#uqs)ø9$# z`ÏB ÏMøt7ø9$# ã@ŠÏè»yJó™Î)ur $uZ­/u‘ ö@¬7s)s? !$¨YÏB ( y7¨RÎ) |MRr& ßìŠÏJ¡¡9$# ÞOŠÎ=yèø9$# ÇÊËÐÈ Dan (ingatlah), ketika Ibrahim meninggikan (membina) dasar-dasar Baitullah bersama Ismail (seraya berdo`a): "Ya Tuhan kami terimalah daripada kami (amalan kami), sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui". (QS. 2: 127). Dalam ayat ini ditegaskan bahwa Ibrahim dan Ismail diberi amanah oleh Allah untuk meninggikan dan membina dasar-dasar (al-qawaid) atau pondasi baitullah. Musthafâ Ahmad Zarqa’, dengan mengutip pendapat para ahli nahwu menegaskan bahwa qawaid secara bahasa mengandung pengertian hukum yang dapat diterapkan pada semua bahagian-bahagiannya. Oleh kerana permasalahan fikah terlalu banyak dan mempunyai cabang tersendiri, para ulama menyenaraikannya di bawah lima kaedah fiqh umum iaitu: (l) Setiap perkara dinilai berdasarkan niat dan matlamat (al-umuru bimaqasidiha) (2) Keyakinan tidak hilang dengan keraguan (al-yakin la yuzalu bil syak) (3) Kesukaran membawa kemudahan (al-masyaqqatu tajlibu al-taisir) (4) Kemudaratan hendaklah dihilangkan (al-dhararu yuzal) (5) Adat dijadikan perundangan (al-'adatu muhakkamah) 2.0 SEJARAH PERKEMBANGAN QAWAID FIQHIYYAH Sejarah perkembangan qawaid fiqhiyyah dibahagikan kepada 3 peringkat iaitu (1) Peringkat pertumbuhan dan pembentukannya (2) Peringkat perkembangan dan kodifikasinya (3) Peringkat kematangan dan kemanusiaan Penetapan hukum dalam Islam peringkat kedua pula berlaku pada zaman para sahabat. Mereka masih berpegang kuat dengan al-Quran dan sunnah. Mereka juga mempunyai kepakaran dalam memahami nas kerana sewaktu wahyu diturunkan, mereka berada bersama Rasulullah dan mendapat penjelasan daripada baginda. Peringkat ketiga berlaku pada zaman Tabi' tabi'in. Di sinilah bermula dan meluasnya aktiviti ijtihad di kalangan para ulama untuk menyelesaikan permasalahan baru yang muncul pada zaman mereka. Kedudukan geografi yang agak jauh disebabkan perluasan kuasa, penguasaan bahasa Arab yang semakin kurang dan kekurangan sumber-sumber nas. Perkembangan qawaid fiqhiyyah muncul secara bertahap dalam pengertian setiap peringkat (abad) muncul penulis-penulis mazhabnya masing-masing. 3.0 KEPENTINGAN DAN KEDUDUKAN QAWAID FIQHIYYAH Terdapat beberapa kepentingan dan sejauh mana kedudukan qawaid fiqhiyyah diterima dan digunakan sebagai istinbat hukum akan dibincangkan dengan lebi lanjut di bawah ini. 3.1 Kepentingan Qawaid Fiqhiyyah Antara kepentingan qawaid fiqhiyyah ialah (1) Menyatukan permasalahan dan menyederhanakan fiqh Islam kerana banyak persoalan furu’yang biasa dikumpulkan dalam satu kaedah sahaja. (2) Mempelajari ilmu ini dapat membantu dan menjaga serta mengikat banyak masalah yang hampir sama dalam hal kaedah yang sama boleh digunakan. (3) Mendidik para peniliti untuk menguasai masalah-masalah fiqh dan menjadikannya mampu menyimpulkan hukum-hukum yang tidak tertulis dalam kitab-kitab fiqh sesuai dengan kaedah mazhab masing-masing. (4) Mempermudahkan para peneliti untuk mencari bahagian-bahgian dari hukum serta mengeluarkannya dari berbagai aneka ragam, kemudian membatasinya dalam satu topic dengan memperhatikan pengecualian pada tiap-tiap kaedah. (5) Mengikat hukum-hukum yang banyak dengan satu ikatan sahaja menunjukkan bahawa hukum itu bertujuan menunjukkan kemaslahatan. 3.2 Kedudukan Qawaid Fihiyyah Sebagai Istinbat Hukum Berlakunya dua aliran fiqah iaitu aliran ahlul ra'yu dan aliran ahlul hadis. Ketika inilah munculnya ilmu usul fiqh dalam dunia umat Islam. Para ulama fiqh memperkenalkan kaedah fiqh bagi memudahkan rujukan untuk mengetahui hukum kepada permasalahan yang berlaku, khususnya yang melibatkan isu-isu baru muncul. Namun, bukanlah kaedah fiqh itu dikeluarkan oleh para ulama dengan meminggirkan nas yang utama dalam Islam iaitu al-Quran dan sunnah. Sebaliknya kaedah fiqh adalah rumusan dari dalil-dalil yang terdapat dalam al-Quran dan sunnah sebagai rujukan utama umat Islam. Maka, tidak wajar bagi umat Islam menggunakan kaedah fiqh tanpa merujuk kepada sumber-sumber asal tersebut. Terdapat juga isu-isu yang mungkin terkeluar atau mendapat pengecualian dari kaedah umum berkenaan. Dapat difahami di sini bahawa terdapat permasalahan yang mungkin berada dalam ruang lingkup kaedah yang umum dan terpakai dengan menggunakan kaedah tersebut dan terdapat juga permasalahan yang bersifat khusus dan muqayyad yang tidak boleh berhukum menggunakan kaedah-kaedah fiqh. Para ulama telah berijtihad menggunakan penguasaan terhadap ilmu dan konteks semasa untuk memahami hukum-hakam dalam al-Quran dan sunnah dan 'illah (sebab) pengeluaran hukum berkenaan sama ada wajib, sunat, haram, makruh dan harus (hukum-hukum taklif). Selepas kajian terperinci dilaksanakan, para ulama mendapati wujudnya unsur konsisten dalam hukum-hakam yang datang daripada nas syarak. Sebagai contoh, apabila sesuatu perkara itu boleh menyebabkan berlakunya kemudaratan, maka ia adalah diharamkan. Ini kerana Islam akan menutup segala pintu ke arah kemudaratan dan keburukan. Justeru, melalui kefahaman ini muncullah kaedah fiqh al-dhararu yuzal (kemudaratan hendaklah dihilangkan). Kaedah ini datang sebagai prinsip umum dalam kita mengenal hukum terhadap segala yang ingin atau telah dilakukan. Sekiranya perlakuan atau aktiviti tersebut boleh mendatangkan kemudaratan, maka ia diharamkan dan pelakunya dikira sebagai berdosa. Bukan itu sahaja, semua pihak yang bersubahat dan mempunyai kaitan secara langsung dengan perlakuan yang diharamkan itu juga dikira sebagai berdosa. Contoh di atas menggambarkan peri pentingnya kaedah fiqh untuk difahami oleh masyarakat untuk memahami dasar penetapan hukum serta hikmahnya. 4.0 QAWAID FIQHIYYAH KEEMPAT (KEMUDARATAN DIHINDARKAN/ DIHILANGKAN) Islam adalah agama yang membuka ruang manfaat dan menutup ruang kemudaratan kepada manusia. Sebab itu hukum-hakam syariah cenderunng kepada mengharamkan sesuatu perkara yang boleh mendatangkan kemudaratan. Ia kemudian disusuli dengan penyelesaian yang boleh membawa kepada kemaslahatan. Daripada kerangka inilah timbul hukum-hukum taklifi iaitu wajib, sunat, haram, makruh dan harus. Mudarat adalah sesuatu yang boleh mendatangkan bahaya kepada keperluan asas manusia seperti agama, diri, keturunan, akal dan harta. Antara klasifikasi mudarat ialah mudarat kecil dan besar, mudarat khusus dan umum, dan mudarat jangkamasa pendek dan panjang. Kemudaratan dihilangkan atau dihindarkan ataupun dalam istilah bahasa arab ia disebut الضرورة يزال merupakan kaedah yang keempat menurut silibus ilmu Qawaid Fiqhiyyah. Aplikasi kaedah ini adalah salah satu daripada prinsip Islam yang unggul demi menjaga kemaslahatan umat seluruhnya. Ini juga bertepatan dengan sabda Baginda SAW: لاضرر ولاضرار Bermaksud: Tidak mudarat dan tidak dimudaratkan Terbit pula beberapa kaedah cabang daripada kaedah besar di atas. Antaranya bakal saya terangkan di bawah tajuk kecil kemudharatan khusus dan umum. Tegasnya, kemudharatan khusus itu sebenarnya terbahagi kepada beberapa bahagian, kadangkala kemudaratan itu datang dengan lebih berat, adakalanya lebih ringan dan ada pula secara sama. Para fuqaha’ telah menetapkan suatu kaedah berhubung dengan kemudaratan yang berbentuk umum. Ianya terkandung di dalam kaedah يتحمل الضرر الخاص لدفع ضرر عام (Ditanggung kemudaratan khas (khusus) untuk menolak kemudaratan umum). DITANGGUNG KEMUDARATAN KHUSUS UNTUK MENOLAK KEMUDARATAN UMUM Pada asalnya, setiap individu berhak melakukan sebarang perkara ataupun aktiviti yang memberi manfaat kepada kepada diri dan umum. Perkara itu semestinya terhindar daripada melakukan kerosakan dan kezaliman terhadap masyarakat umumnya. Namun begitu, syariat bertindak menegah seseorang sekiranya individu itu melakukan kemudaratan ke atas orang lain, walaupun dirinya mengalami kemudaratan atas sebab tegahan itu. Justeru, kemudaratan ke atas dirinya itulah yang dinamakan kemudaratan khusus demi menolak kerosakan yang dilakukan ke atas orang lain. Dan ianya diistilahkan sebagai kemudaratan umum. 4.1 Perbezaan Antara Masyaqqah (Kesulitan) Dengan Dharurat (Kemudaratan) Masyaqqah adalah suatu kesulitan yang menghendaki keperluan (hajat) tentang sesuatu apabila tidak di penuhi tidak akan membahayakan manusia. Dharurah ialah kesulitan yang jika tidak diselesaikan akan mengancam agama, jiwa, aqal, keturunan atau nasab dan harta serta kehormatan manusia. Dengan adanya masyaqqah akan mendatangkan kemudahan dan keringanan, sedangkan dengan adanya dharurah (kemudaratan) mewujudkan penghapusan hukum. Jelasnya di sini, dengan keringanan dan penghapusan atau menghilangkan mudarat akan mendatangkan kemaslahatan bagi kehidupan manusia. 4.2 Prinsip Dan Aplikasi Kaedah Berkaitan Keadaan Mudarat (1) الضرورات تبيح المخظورات Maksudnya: Kemudaratan-kemudaratan itu dapat mengharuskan keharaman Dasar nas kaedah di atas adalah dari firman Allah S.W.T : ô‰s%ur Ÿ@¢Ásù Nä3s9 $¨B tP§ym öNä3ø‹n=tæ žwÎ) $tB óOè?ö‘ÌäÜôÊ$# Ïmø‹s9Î) 3 (Surah Al-An’am 6:119) Maksudnya: padahal Sesungguhnya Allah Telah menjelaskan kepada kamu apa yang diharamkan-Nya atasmu, kecuali apa yang terpaksa kamu memakannya. Contohnya keharusan memakan makanan yang haram, sekadar melepaskan keadaannya ketika darurat dan tidak berlebih-lebihan. Atau ketika diancam nyawanya untuk mengucapkan kalimah kufur, asalkan hatinya tetap dalam keimanan. Seperti yang terjadi dalam peristiwa Ammar bin Yasir yang memilih rukhsah iaitu mengucapkan kalimah kufur dalam keadaan darurat. (2) ما ابيح للضرورة يقدر بقدرها Maksudnya: Apa yang dibolehkan kerana darurah maka diukur menurut kadar kemudaratannya. Keharusan perkara haram itu bertempoh dan tidak selama-lamanya. Apabila terkeluar dari keadaan darurat, maka keharusannya terhapus dan ia kembali haram. Contohnya keharusan pesakit wanita mendapatkan rawatan daripada doktor lelaki sekiranya tiada doktor wanita. Namun doktor lelaki tersebut hanya dibolehkan melihat dan menyentuh tempat yang sakit sahaja sekiranya perlu. (3) ما اجاز لعذر بطل لزواله Maksudnya: Apa yang diizinkan kerana adanya uzur, maka keizinan itu hilang manakala uzurnya hilang. Contoh aplikasi prinsip kaedah ini ialah orang yang dibolehkan berbuka puasa di bulan Ramadhan kerana musafir atau sakit. Dalam keadaan ini seseorang dibolehkan menggunakan rukhsah syara’ seperti mengqasar solat, meninggalkan solat jumaat dan jama’ah kerana musafir atau sakit. Seseorang itu tetap diwajibkan berpuasa secara sempurna dan melaksanakan hukum secara umum. (4) الميسور لا يسقط با لمعسور Maksudnya: Kemudahan tidak dapat digugurkan dengan kesusahan Contoh aplikasi kaedah ini ialah seseorang yang kudung tangan atau kakinya maka cara wudhu’nya cukup sekadar membasuh apa yang ada, jika tidak ada anggota tangan atau kaki cukup sekadar membasuh anggota yang paling hujung. (5) الإضطرار لا يبطل حق الغير Maksudnya: Keterpaksaan itu tidak dapat membatalkan hak orang lain. Contohnya, seseorang dalam keadaan lapar dan dia akan mati jika tidak makan,maka satu-satunya cara adalah dengan mencuri. Keadaan seperti ini adalah tidak dibenarkan kerana pengguguran terhadap keterpaksaan ini mengganggu hak orang lain , maka jalan keluar orang tersebut boleh makan makanan yang haram seperti makan bangkai, khinzir dan sebagainaya. (6) درء المفاسد اولى من جلب المصالح فاذا تعارض مفسدة ومصلحة قدم دفع المفسدة غالبا Maksud: Menolak kerosakan lebih diutamakan daripada menarik maslahah, dan apabila berlawanan antara yang mafsadah dan maslahah maka yang didahulukan adalah menolak mafsadahnya. Pengertian maslahah ialah perkara yang boleh mendatangkan faedah kepada urusan hidup manusia yang merangkumi perkara yang diwajibkan oleh syara’ atau diizinkan syara’. Contohnya, perkara yang disuruh oleh syara’ ialah meneruskan solat hingga selesai, tetapi dibenarkan menghentikan solat jika berlaku kecemasan seperti menolong orang yang lemas atau menjaga harta benda daripada dicuri orang ketika menunaikan solat. (7) الضرر لا يزال بالضرر Maksudnya: Kemudaratan itu tidak dapat dihilangkan dengan kemudaratan yang lain. Contoh aplikasi prinsip kaedah ini ialah seorang doktor tidak boleh melakukan derma darah dari eseorang kepada seseorang yang lain jika darah orang itu dipindahkan kepada orang lain akan menyebabkan lebih buruk kesakitan dari orang yang diberinya. Demikian juga , seseorang yang kelaparan tidak boleh mengambil makanan orang yang kelaparan juga. (8) اذا تعارض مفسدتان روعى أعظمها ضررا بارتكاب أخفهما Maksudnya: Apabila dua mafsadah bertentangan, maka perhatikan mana yang lebih mudaratnya dengan memilih yang lebih ringan mudaratnya. Contohnya, dibolehkan mengadakan pembedahan perut wanita yang telah meninggal dunia jika berkemungkinan bayi yang dikandungnya masih hidup dan dapat diselamatkan. Demikian juga dibenarkan solat dalam keadaan bogel jika tidak ada penutup kain sama sekali. (9) الحاجة العامة أو الخاصة تنزل منزلة الضرورة Maksudnya: Keperluan umum atau khusus dapat menduduki tempat darurat. Contohnya, diharuskan sewa menyewa (al-ijarah), upah (al-ji’alah) tanpa mengikut system al-qiyas di dalam fiqh Islam. Masalah sewa menyewa ketika melakukan aqad belum mempunyai faedah atau manfaat lagi. Masalah pengupahan masih ada perkara yang tidak diketahui ketika melakukan aqad maka perkara di atas dibenarkan kerana memandangkan majoriti masyarakat memerlukan kepada perkara seperti itu. 4.3 Perbezaan Antara Dharurat Dengan Hajat Dharurat ialah jika tidak dihilangkan nescaya akan melibatkan kemudaratan yang besar terhadap orang yang terpaksa seperti takut mati kelaparan sekiranya di atidak memakan benda yang diharamkan. Hajat pula ialah jika tidak disempurnakan nescaya melibatkan kesulitan atau kesusahan. Tidak ada perbezaan antara hajat umum yang diperlukan oleh seluruh masyarakat dengan hajat khusus yang berkaitan penduduk bagi sesebuah negeri, tetapi sekiranya hajat itu khusus bagi individu sahaja, maka hajat seperti ini tidak menepati dharurat atau dengan pengertian lain tidak boleh mengambil tempat dharurat. Sebenarnya taklif syara’ itu hanya terpulang kepada maslahah manusia sama ada di dunia atau di akhirat. Allah S.W.T maha kaya daripada ibadat hamba-Nya, sebaliknya tidak mendatangkan sebarang mudarat pun oleh maksiat hamba-Nya, bahkan jika seluruh manusia menjadi kufur, tidak mengurangkan kebesaran-Nya, begitu juga sekiranya seluruh manusia beriman dan bertaqwa tidaklah menambahkan kebesaran dan keagungan-Nya. 5.0 KESIMPULAN Islam dan Syari'atnya amat bersikap toleransi dan memahami akan keadaan serta tuntutan umatnya. Walaupun keseluruhan syari'at itu diturunkan kepada manusia bagi memelihara kemaslahatan dan menghindar kemudaratan tetapi as-Syari'at sedar akan kedudukan umat yang sekali-sekala terjatuh ke suasana kehidupan yang bukan normal. Maka dengan itulah as-Syari'at memberikan kelonggaran dan kemudahan dari beberapa segi dan sudut, semuanya disediakan bagi tujuan tetap menjaga kemaslahatan dan menghindar kemudaratan umat dalam keadaan sedemikian. Setiap keadaan itu dijelaskan situasinya dan dikategorikan kedudukannya dan setiap kedudukan itu mempunyai tahap-tahap dan syarat kelonggaran hukumnya. Untuk seseorang individu muslim itu mempraktikkan kemudahan agama dalam keadaan sebegini dia wajib tahu apakah yang dibolehkan, apakah yang dimaafkan dan sekadar mana kebolehan dan kemaafan itu diberikan. Faktor paling utama yang menjamin di sisi Allah S.W.T kebolehan dan kemaafan dalam keadaan tidak normal atau sulit itu ialah keikhlasan seseorang dalam menghadapi keadaan tersebut. Dalam ertikata lain, sengaja atau tidak sengaja merupakan tali pengukur di sisi Allah Azza waJalla dalam menerima perbuatan seseorang itu dalam keadaan darurat atau kesulitan yang dihadapinya. Dalil kuat yang dijadikan ukuran perbuatan seseorang itu adalah niat serta bisikan hatinya, sebagaimana sabda Nabi S.A.W: Setiap yang kita lakukan akan diperkira di Hari Akhirat nanti dan kita akan dipertanggung-jawabkan ke atas segala tindak-tanduk di dunia terdahulu dan di ketika itu akan jelaslah apa yang benar dan apa yang salah, apa yang jelas dan apa yang tersembunyi, apa yang ghaib dan apa yang nyata. Allah Azza waJalla menerangkan hakikat ini dalam firmanNya: Dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan". [Maksud surah at-Taubah 9 - 105]. Akhir kata, kelonggaran hukum Islam dalam suasana ini - iaitu darurat adalah bertujuan membolehkan umat manusia meneruskan kehidupan mereka dalam keadaan kesempitan dan membantu mereka keluar semudah mungkin dari suasana sedemikian. Terimalah kemudahan ini sebagai sesuatu yang membantu ke arah tujuannya dan janganlah pula dijadikan sebagai sesuatu yang membawa kepada akibat kesukaran yang lebih berat dari apa yang sedia dialami. BIBLIOGRAFI Ab. Latif bin Muda. 2000. Kaedah-kaedah Fiqh. Kuala Lumpur: Ilham Abati Enterprise. Md. Saleh bin Hj. Ahmad. 1998. Qawaid al-Fiqhiyyah. Kuala Lumpur: Pustaka Haji Abdul Majid. Mohd Said Ishak. 2002. Al-Qawaid Al-Fiqhiyyah. UTM, Skudai: Cetak Ratu Sdn.Bhd. Muhammad Subari Ramli. 2002. Qawaid al-fiqh al-islami. Bangi: Percetakan Kolej Universti Islam Selangor. http://www.brunet.bn/gov/http://al-zuhaily.blogspot.com/ http://al-fikrah.net/ http://lebaiyusri.blogspot.com/http://halaqah.net/ http://www.faridrashidi.com/ http://www.intelekprofesional.net/

Sunday, November 15, 2015

Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya dan janganlah kamu berbantah-bantahan


سُوۡرَةُ الاٴنفَال

وَأَطِيعُواْ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُ ۥ وَلَا تَنَـٰزَعُواْ فَتَفۡشَلُواْ وَتَذۡهَبَ رِيحُكُمۡ‌ۖ وَٱصۡبِرُوٓاْ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلصَّـٰبِرِينَ (٤٦)

وَلَا تَكُونُواْ كَٱلَّذِينَ خَرَجُواْ مِن دِيَـٰرِهِم بَطَرً۬ا وَرِئَآءَ ٱلنَّاسِ وَيَصُدُّونَ عَن سَبِيلِ ٱللَّهِ‌ۚ وَٱللَّهُ بِمَا يَعۡمَلُونَ مُحِيطٌ۬ (٤٧)

وَإِذۡ زَيَّنَ لَهُمُ ٱلشَّيۡطَـٰنُ أَعۡمَـٰلَهُمۡ وَقَالَ لَا غَالِبَ لَڪُمُ ٱلۡيَوۡمَ مِنَ ٱلنَّاسِ وَإِنِّى جَارٌ۬ لَّڪُمۡ‌ۖ فَلَمَّا تَرَآءَتِ ٱلۡفِئَتَانِ نَكَصَ عَلَىٰ عَقِبَيۡهِ وَقَالَ إِنِّى بَرِىٓءٌ۬ مِّنڪُمۡ إِنِّىٓ أَرَىٰ مَا لَا تَرَوۡنَ إِنِّىٓ أَخَافُ ٱللَّهَ‌ۚ وَٱللَّهُ شَدِيدُ ٱلۡعِقَابِ (٤٨)

إِذۡ يَقُولُ ٱلۡمُنَـٰفِقُونَ وَٱلَّذِينَ فِى قُلُوبِهِم مَّرَضٌ غَرَّ هَـٰٓؤُلَآءِ دِينُهُمۡ‌ۗ وَمَن يَتَوَڪَّلۡ عَلَى ٱللَّهِ فَإِنَّ ٱللَّهَ عَزِيزٌ حَڪِيمٌ۬ (٤٩)

وَلَوۡ تَرَىٰٓ إِذۡ يَتَوَفَّى ٱلَّذِينَ ڪَفَرُواْ‌ۙ ٱلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةُ يَضۡرِبُونَ وُجُوهَهُمۡ وَأَدۡبَـٰرَهُمۡ وَذُوقُواْ عَذَابَ ٱلۡحَرِيقِ (٥٠) ذَ

ٲلِكَ بِمَا قَدَّمَتۡ أَيۡدِيڪُمۡ وَأَنَّ ٱللَّهَ لَيۡسَ بِظَلَّـٰمٍ۬ لِّلۡعَبِيدِ (٥١) كَدَأۡبِ ءَالِ فِرۡعَوۡنَ‌ۙ وَٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِهِمۡ‌ۚ كَفَرُواْ بِـَٔايَـٰتِ ٱللَّهِ فَأَخَذَهُمُ ٱللَّهُ بِذُنُوبِهِمۡ‌ۗ إِنَّ ٱللَّهَ قَوِىٌّ۬ شَدِيدُ ٱلۡعِقَابِ (٥٢) ذَ

ٲلِكَ بِأَنَّ ٱللَّهَ لَمۡ يَكُ مُغَيِّرً۬ا نِّعۡمَةً أَنۡعَمَهَا عَلَىٰ قَوۡمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنفُسِہِمۡ‌ۙ وَأَنَّ ٱللَّهَ سَمِيعٌ عَلِيمٌ۬ (٥٣)

ڪَدَأۡبِ ءَالِ فِرۡعَوۡنَ‌ۙ وَٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِهِمۡ‌ۚ كَذَّبُواْ بِـَٔايَـٰتِ رَبِّہِمۡ فَأَهۡلَكۡنَـٰهُم بِذُنُوبِهِمۡ وَأَغۡرَقۡنَآ ءَالَ فِرۡعَوۡنَ‌ۚ وَكُلٌّ۬ كَانُواْ ظَـٰلِمِينَ (٥٤)

إِنَّ شَرَّ ٱلدَّوَآبِّ عِندَ ٱللَّهِ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ فَهُمۡ لَا يُؤۡمِنُونَ (٥٥)

ٱلَّذِينَ عَـٰهَدتَّ مِنۡہُمۡ ثُمَّ يَنقُضُونَ عَهۡدَهُمۡ فِى ڪُلِّ مَرَّةٍ۬ وَهُمۡ لَا يَتَّقُونَ (٥٦)

Surah Al-Anfal

Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar. (46)

Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang yang keluar dari negerinya dengan berlagak sombong dan menunjuk-nunjuk (kekuatan mereka) kepada orang ramai (kerana hendak meminta dipuji), serta mereka pula menghalang manusia dari jalan Allah dan (ingatlah) Allah Maha Meliputi pengetahuanNya akan apa yang mereka kerjakan. (47)

Dan (ingatlah) ketika Syaitan memperhiaskan kepada mereka perbuatan mereka (yang salah itu, untuk dipandang elok dan diteruskan), serta menghasut mereka dengan berkata: Pada hari ini tidak ada sesiapa pun dari umat manusia yang dapat mengalahkan kamu dan sesungguhnya aku adalah pelindung dan penolong kamu. Maka apabila kedua-dua puak (angkatan tentera Islam dan kafir musyrik) masing-masing kelihatan (berhadapan), Syaitan itu berundur ke belakang sambil berkata: Aku berlepas diri dari kamu, kerana aku dapat melihat apa yang kamu tidak dapat melihatnya; sesungguhnya aku takut kepada Allah dan Allah sangat berat azab seksaNya. (48)

(Ingatlah) ketika orang-orang munafik dan orang-orang yang ada penyakit (syak) dalam hatinya berkata: Orang-orang (Islam) itu telah diperdayakan oleh agama mereka (sehingga mereka berani menentang kami yang lebih besar bilangannya). Dan (yang sebenarnya) sesiapa yang bertawakal kepada Allah (dengan sepenuh-penuh yakin, maka Allah akan menolongnya untuk mengalahkan musuh yang lebih besar bilangannya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (49)

Dan (amatlah ngerinya) kalau engkau melihat (wahai orang yang memandang), ketika malaikat mengambil nyawa orang-orang kafir dengan memukul muka dan belakang mereka (sambil berkata): Rasalah kamu azab seksa Neraka yang membakar. (50)

(Azab seksa) yang demikian itu ialah disebabkan apa yang telah dilakukan oleh tangan kamu sendiri, kerana sesungguhnya Allah tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hambaNya. (51)

(Keadaan orang-orang kafir itu) samalah seperti keadaan Firaun dan kaumnya serta orang-orang yang terdahulu dari mereka. Mereka kufur ingkar akan ayat-ayat Allah, lalu Allah menyeksa mereka dengan sebab dosa-dosa mereka. Sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha berat seksaNya. (52)

(Balasan) yang demikian itu, ialah kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakanNya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha mendengar, lagi Maha Mengetahui. (53)

(Keadaan mereka) samalah seperti keadaan Firaun dan kaumnya serta orang-orang yang terdahulu dari mereka. Mereka mendustakan ayat-ayat Tuhan mereka, lalu Kami binasakan mereka dengan sebab dosa-dosa mereka dan Kami tenggelamkan Firaun serta pengikut-pengikutnya (di laut), kerana kesemuanya adalah orang-orang yang zalim. (54)

Sesungguhnya sejahat-jahat (makhluk) yang melata di sisi (hukum dan ketetapan) Allah ialah orang-orang yang kafir (yang degil dengan kekufurannya). Sebab itu mereka tidak (mahu) beriman. (55)

(Iaitu) orang-orang yang engkau telah mengikat perjanjian setia dengan mereka, kemudian mereka mencabuli perjanjian setianya pada tiap-tiap kali, sedang mereka tidak mahu memelihara dirinya (dari keaiban mencabuli perjanjian itu). (56)

Nasihatku kepadamu hendaklah kamu senantiasa mendirikan solat dan menjaga solat-solatmu pada waktunya

 Wahai Muslim,
 
. Demi Allah, tidak ada seorang pun yang dapat melindungimu dari siksa Allah Subhaanahu Wata'ala. Ia tidak dapat menanggung dosamu, tidak pula dapat berbantahan dengan Allah Subhaanahu Wata'ala dalam rangka membelamu, juga tidak dapat menolak siksaNya bila menimpamu, hartamu tidak bermanfaat bagimu, tidak juga anak-anakmu, kedudukanmu tidak akan bertahan lama bersamamu, demikian juga masa mudamu. Kamu akan menyesali keterlanjuranmu di hari di mana penyesalan tiada lagi berguna. Mati akan menyergapmu secara tiba-tiba di saat kamu lengah darinya. Kerana itu, ambillah perbekalanmu, renungi masalahmu dan ambil pelajaran dari pendahulumu.
 
Ketahuilah, bahwa hal pertama yang kelak dipertanyakan kepada seorang hamba di hari Kiamat adalah solat. Jika solatnya baik, maka setelahnya ditanya tentang zakat, puasa dan haji. Jika solatnya ditolak, tidak sesuatu pun dari kebaikan yang akan ditanyakan setelahnya, sekalipun ia membayar zakat, berpuasa dan melaksanakan haji. Ketahuilah, bahwa siapa yang meninggalkan kewajiban solat secara sengaja, maka jaminan dan tanggungan Allah Subhaanahu Wata'ala dan RasulNya terlepas darinya.
 
Berhati-hatilah, jangan sampai kamu termasuk orang-orang Islam palsu yang hanya solat dalam satu waktu sementara di waktu-waktu lainnya dia meninggalkannya. Juga jangan sampai kamu termasuk orang-orang munafik yang bila mendirikan solat bermalas-malasan, minta dilihat orang lain (berbuat riya') dan tidak mengingat Allah Subhaanahu Wata'ala kecuali hanya sedikit.
 
Berhati-hatilah, jangan sampai syaiton menguasai lisanmu sebagaimana menguasai lisan-lisan kebanyakan kaum Muslimin palsu yang mengatakan, 'Yang menjadi ukuran iman bukan solat, tetapi kejernihan hati dan tidak menipu orang lain.' Mereka mengklaim tidak pernah menyakiti seorang pun sekalipun tidak pernah solat. Demi Allah, mereka itu dusta! Mereka bahkan telah menyakiti Allah Subhaanahu Wata'ala, RasulNya dan orang-orang beriman.
إِنَّ الَّذِينَ يُؤْذُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ لَعَنَهُمُ اللَّهُ فِي الدُّنْيَا وَالْآَخِرَةِ وَأَعَدَّ لَهُمْ عَذَابًا مُهِينًا (57) وَالَّذِينَ يُؤْذُونَ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ بِغَيْرِ مَا اكْتَسَبُوا فَقَدِ احْتَمَلُوا بُهْتَانًا وَإِثْمًا مُبِينًا
"Sesungguhnya orang-orang yang menyakiti Allah dan RasulNya. Allah akan melaknatinya di dunia dan di akhirat, dan menyediakan baginya siksa yang menghinakan. Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang mu'min dan mu'minat tanpa kesalahan yang mereka perbuat, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata."(Al-Ahzab: 57-58).
 
Bentuk menyakiti Allah Subhaanahu Wata'ala macam apalagi yang lebih besar daripada berbuat maksiat terhadapNya ? Bentuk menyakiti Rasulullah sollallahu 'alaihi wasallam apalagi yang lebih besar daripada menentangnya ? Bentuk menyakiti orang-orang beriman macam apalagi yang lebih besar daripada melecehkan agama mereka dan mengikuti selain jalan mereka ?
 
Bila kamu melihat sekelompok orang melakukan solat namun mereka melakukan perbuatan maksiat, maka ketahuilah, bahwa mereka tidaklah terjaga dari melakukan kekeliruan. Kemaksiatan yang mereka lakukan tidak ada kaitannya dengan solat mereka. Kamu tidaklah dalam posisi sebagai penyaksi kepada mereka maupun mewakili mereka. Percayalah, bahwa suatu hari mereka akan jemu dengan tingkah laku buruk mereka. Jadilah kamu lebih baik daripada mereka, contoh tauladan dan pemberi nasehat bagi mereka. Jadilah kamu termasuk orang-orang yang solatnya mencegahnya dari kemungkaran dan janganlah termasuk orang yang solatnya tidak membuatnya selain makin jauh dari Allah Subhaanahu Wata'ala.
 
Solatlah, jika kamu berakal. Demi Allah, orang yang berakal sehat tidak akan pernah meninggalkan solat. Berhati-hatilah, jangan sampai kamu menjadi orang-orang yang tidak menggunakan akal dan panca indera dalam hal yang bermanfaat, bahkan justeru mengikuti hawa nafsu dan setan! Sesungguhnya Allah Subhaanahu Wata'ala mengecam dan mencela kelalaian mereka dengan firmanNya,
لَهُمْ قُلُوبٌ لَا يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لَا يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آَذَانٌ لَا يَسْمَعُونَ بِهَا أُولَئِكَ كَالْأَنْعَامِ بَلْ هُمْ أَضَلُّ أُولَئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ
"Mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakan untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai." (Al-A'raf: 179).
 
Solatlah, jika kamu orang yang merdeka dan terhormat! Janganlah mengikuti orang-orang yang keluar dari agama (murtad) dan janganlah terperdaya dengan banyaknya jumlah orang-orang yang celaka.
 
Solatlah, jika kamu termasuk orang yang pandai mengingat jasa baik dan berterimakasih atas perbuatan baik.
 
Solatlah, jika kamu tulus dalam keislamanmu dan janganlah perbuatanmu bertentangan dengan perkataanmu sehingga kamu termasuk orang-orang munafik.
 
Solatlah, jika kamu mencintai dirimu agar kelak selamat dari adzab yang pedih. Berhati-hatilah, jangan sampai kamu membangkang dan berlarut-larut di atas kesalahanmu sehingga setan mempecundangimu, lalu membuatmu lupa mengingat Allah Subhaanahu Wata'ala, sehingga kamu termasuk orang-orang yang merugi.
 
Solatlah, jika kamu seorang yang berbakti kepada kedua orang-tua agar Allah Subhaanahu Wata'ala menerima doamu dan permintaan ampunanmu untuk keduanya.
 
Solatlah, jika kamu mencintai anak-anakmu dan jadilah teladan yang baik bagi mereka. Bagaimana mungkin kamu bercita-cita menumbuh kembangkan mereka di atas Islam jika kamu sendiri tidak mempraktikkannya? Apakah kamu rela melihat mereka kelak terbolak-balik di api neraka?
 
Solatlah kamu, jika kamu setia kepada isterimu, menginginkan kebaikan untuknya dan berharap keselamatan baginya. Tidakkah kamu melihatnya solat sekalipun kamu tidak solat? Apakah kamu merasa terhormat bila ia menjadi wanita yang shalih dan bertakwa sementara kamu hidup bersamanya sebagai seorang yang durhaka? Bagaimana ia bisa percaya terhadap kesetiaanmu, jika kamu sendiri tidak pernah setia terhadap kedua orang-tua dan anak-anakmu?
 
Solatlah, jika kamu tulus mengabdi kepada negerimu. Orang yang tidak dapat diharapkan kebaikannya bagi agamanya, tidak akan mungkin dapat diharapkan kebaikannya untuk negerinya. Bagaimana Allah Subhaanahu Wata'ala akan menjaga negeri-negeri bilamana penduduknya berbuat maksiat kepadaNya dan mengingkari nikmat-nikmatNya? Tidaklah orang-orang Yahudi dapat menguasai mereka melainkan karena mereka meninggalkan solat dan melakukan perbuatan keji dan mungkar?
 
Solatlah, jika kamu mencintai Allah Subhaanahu Wata'ala. Sebab orang yang mencintai tidak akan merasa bahagia kecuali dengan berbisik berdua dengan yang dia cintai. Karena itu, hendaklah solatmu menjadi bagian dari bisikan (munajat) mu.
 
Solatlah, jika kamu takut kepada Allah Subhaanahu Wata'ala Yang Maha Besar sebab Dia Subhaanahu Wata'ala telah mengancam orang yang tidak mendirikan solat dengan memasukkannya ke dalam api neraka. Sedangkan kamu, wahai orang yang patut dikasihani, tidak dapat menahan panasnya matahari, maka apalagi menahan panas api neraka? Api di dunia merupakan satu bagian dari tiga puluh bagian api di akhirat, sedang api di akhirat berwarna hitam legam. Manusia yang terjerumus ke dalam api Neraka memerlukan waktu tujuh puluh tahun hingga mencapai dasarnya.
 
Apakah menyenangkanmu, wahai sahabatku, pada hari Kiamat kelak dikatakan, "Kamu termasuk orang-orang yang berbuat kejahatan karena tidak solat?"Apakah menyenangkanmu bila Allah Subhaanahu Wata'ala Yang Maha Pembalas mengatakan kepada para malaikat yang bengis,
خُذُوهُ فَغُلُّوهُ (30) ثُمَّ الْجَحِيمَ صَلُّوهُ (31) ثُمَّ فِي سِلْسِلَةٍ ذَرْعُهَا سَبْعُونَ ذِرَاعًا فَاسْلُكُوهُ
"Peganglah dia lalu belenggulah tangannya ke lehernya. Kemudian masukkanlah dia ke dalam api neraka yang menyala-nyala. Kemudian belitlah dia dengan rantai yang panjangnya tujuh puluh hasta."(Al-Haqqah: 30-32)
 
Bukankah kamu sepakat denganku bahwa meninggalkan solat adalah perbuatan maksiat? Lalu, kenapa kamu meninggalkannya? Apakah kamu memiliki jaminan dari Allah Subhaanahu Wata'ala bahwa Dia akan mengampunimu? Tidakkah kamu mendengar pesan Allah kepada RasulNya, Artinya, "Katakanlah, 'Sesungguhnya aku takut akan adzab hari yang besar (hari Kiamat), jika aku mendurhakai Rabbku'."? (Al-An'am: 15)
 
Apakah kamu lebih mulia di hadapan Allah Subhaanahu Wata'ala ataukah RasulNya? Bila Rasul-Nya menurut pandanganmu lebih mulia -dan inilah yang benar-, maka mengapa dia bisa takut kepada Rabbnya sedang kamu tidak?
 
Wahai teman, andaikata seorang polisi mengancammu, pastilah kamu amat memperhitungkannya. Andaikata seorang gubernur mengancammu, pastilah kamu tidak dapat memejamkan mata saking takutnya. Andaikata penguasa tertinggi di negeri mengancammu, pastilah punggungmu akan terputus saking takut dan cemasnya kamu. Nah, bagaimana bila yang mengancammu itu adalah Dzat Yang Maha Pembalas Lagi Perkasa, kemana kamu akan pergi dan siapa yang akan menyelamatkanmu dariNya?
 
Apakah penyesalan dan tangismu dapat menyelamatkanmu bila telah berhadapan langsung dengan api neraka? Manfaat mana yang dapat kamu kumpulkan di dalam kehidupan dunia ini untuk menyongsong kehidupan akhirat bila kamu tidak solat? Apa kerugian yang kamu alami bila solat? Mana di antara dua hal yang paling kamu sukai: bersama orang-orang yang bahagia di surga atau bersama orang-orang yang sengsara di neraka?
 
Solatlah, karena sesungguhnya kamu butuh pada (pertolongan) Allah Subhaanahu Wata'ala Yang Maha Agung. Kenalilah Allah Subhaanahu Wata'ala di saat engkau dalam kondisi mudah, niscaya Dia akan mengenalmu di saat engkau dalam kondisi sulit.
 
Solatlah, dan janganlah kamu menjadi seorang Muslim keturunan yang mengklaim berafiliasi pada Islam padahal Islam berlepas diri darimu. Berhati-hatilah, jangan sampai kamu menjadi alat pendongkel yang menghancurkan dan merobohkan Islam. Berbanggalah dengan keislamanmu seperti kebanggaan sang penyair,
Islam adalah ayahku, tidak ada ayah bagiku selainnya
Disaat pada Qais atau pun Tamim mereka berbangga

 
Solatlah, pasti kamu menjadi pelindung bagi saudara-saudaramu sesama Muslim yang baik. Kamu menyebabkan jumlah mereka banyak, memperkuat mereka, mengalahkan musuh mereka, mengurangi jumlah orang-orang munafik.
 
Solatlah, pasti kamu membuat ridha Sang Maha Pengasih, membuat jengkel setan dan mementahkan tipu daya para penipu.
 
Solatlah, sebab solat adalah cahaya yang dapat menghilangkan gelapnya kesesatan dan kebatilan, menanamkan petunjuk dan kebenaran ke dalam hati, menyinari gelapnya kuburmu dan bergemerlapan pada dahimu dengan terang benderang pada hari Kiamat.
 
Solatlah, sebab solat merupakan faktor paling besar yang dapat menghalangimu dari melakukan maksiat dan belenggu paling keras bagi setan dan hawa nafsu.
 
Solatlah, sebab perkara hisab (perhitungan amal perbuatan) amatlah sulit, sedang yang berwenang melakukan hisab adalah Maha Kuasa. Ketahuilah, bahwa bila binatang ternak melihat kesengsaraan-kesengsaraan dan prahara-prahara yang disediakan bagi manusia pada hari Kiamat kelak, pastilah akan mengatakan, "Wahai sekalian manusia, segala puji bagi Allah yang tidak menjadikan kami seperti kalian. Surga tidak kami harapkan dan siksaan pun tidak kami takutkan." Sementara pelaku kejahatan pada hari itu berangan-angan kiranya menjadi debu.
 
Sebagai penutup, solatlah wahai saudaraku sesama Muslim! Aku melaksanakan solat dan mengharapkan kebaikan bagimu sama seperti halnya mengharapkannya untuk diriku selama kamu adalah saudaraku sesama Muslim.
 
Solatlah sebagai ungkapan ketaatan kepada Allah Subhaanahu Wata'ala Yang berfirman,
حَافِظُوا عَلَى الصَّلَوَاتِ وَالصَّلَاةِ الْوُسْطَى
"Peliharalah segala Solat(mu) dan (peliharalah) solat wusthaa (Ashar). Berdirilah karena Allah (dalam solatmu) dengan khusyu." (Al-Baqarah: 238)
 
Dan juga karena rasa khawatir kelak dikumpulkan dalam kelompok orang-orang kafir. Sebab telah diriwayatkan sebuah hadits yang shahih dari Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, beliau bersabda,
اَلْعَهْدُ الَّذِيْ بَيْنَنَا وَبَيْنَهُمُ الصَّلاَةُ فَمَنْ تَرَ كَهَا فَقَدْ كَفَرَ.

"Perjanjian antara kami dan mereka (orang-orang munafik) adalah solat; siapa yang meninggalkannya, maka ia telah kafir." (HR. at-Tirmidzi)
 
Solatlah! Sebab aku, demi Allah Yang tiada tuhan -yang berhak disembah- selain Dia, adalah termasuk orang-orang yang menginginkan kebaikan bagimu.
 
Semoga Allah Subhaanahu Wata'ala menjadikanku dan kamu termasuk orang-orang yang mendengarkan perkataan, lalu mengikuti (pesan) yang paling baik darinya.
 

Semoga shalawat dan salam senantiasa tercurahkan kepada Nabi kita Muhammad, keluarganya dan para sahabatnya. Alhamdulillahi Rabbil 'Alamin.

(Diterjemahkan dari naskah aslinya dengan beberapa penyesuaian dan penambahan catatan kaki). 

Purdah & Niqab Mengikut Empat Mazhab

Ayob Hussin shared Aiman Dhuha's post.
7 hrs
Mazhab Hanafi
Pendapat Mazhab Hanafi, wajah wanita bukanlah aurat, namun memakai purdah/niqab hukumnya sunnah (dianjurkan) dan menjadi wajib jika dikhuatiri wanita berkenaan akan menimbulkan fitnah.
1. Asy Syaranbalali berkata:
وجميع بدن الحرة عورة إلا وجهها وكفيها باطنهما وظاهرهما في الأصح ، وهو المختار
“Seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan telapak tangan dalam serta telapak tangan luar, ini pendapat yang lebih sahih dan merupakan pilihan mazhab kami.” (Matan Nuurul Iidhah)
2. Al Imam Muhammad ‘Alaa-uddin berkata:
وجميع بدن الحرة عورة إلا وجهها وكفيها ، وقدميها في رواية ، وكذا صوتها، وليس بعورة على الأشبه ، وإنما يؤدي إلى الفتنة ، ولذا تمنع من كشف وجهها بين الرجال للفتنة
“Seluruh badan wanita adalah aurat kecuali wajah dan telapak tangan dalam. Dalam suatu riwayat, juga telapak tangan luar. Demikian juga suaranya. Namun bukan aurat jika dihadapan sesama wanita. Jika cenderung menimbulkan fitnah, dilarang menampakkan wajahnya di hadapan para lelaki.” (Ad Durr Al Muntaqa, 81)
3. Al Allamah Al Hashkafi berkata:
والمرأة كالرجل ، لكنها تكشف وجهها لا رأسها ، ولو سَدَلَت شيئًا عليه وَجَافَتهُ جاز ، بل يندب
“Aurat wanita dalam solat itu seperti aurat lelaki. Namun wajah wanita itu dibuka sedangkan kepalanya tidak. Andai seorang wanita memakai sesuatu di wajahnya atau menutupnya, boleh, bahkan dianjurkan.” (Ad Durr Al Mukhtar, 2/189)
4. Al Allamah Ibnu Abidin berkata:
تُمنَعُ من الكشف لخوف أن يرى الرجال وجهها فتقع الفتنة ، لأنه مع الكشف قد يقع النظر إليها بشهوة
“Terlarang bagi wanita menampakkan wajahnya kerana khuatir akan dilihat oleh para lelaki, kemudian timbullah fitnah. Kerana jika wajah dinampakkan, lelaki melihatnya dengan syahwat.” (Hasyiah ‘Alad Durr Al Mukhtaar, 3/188-189)
5. Al Allamah Ibnu Najiim berkata:
قال مشايخنا : تمنع المرأة الشابة من كشف وجهها بين الرجال في زماننا للفتنة
“Para ulama’ mazhab kami berkata bahawa dilarang bagi wanita muda untuk menampakkan wajahnya di hadapan para lelaki di zaman kita ini, kerana dikhuatiri akan menimbulkan fitnah.” (Al Bahr Ar Raaiq, 284)
Mazhab Maliki
Mazhab Maliki berpendapat bahawa wajah wanita bukanlah aurat, namun memakai purdah/niqab hukumnya sunnah (dianjurkan) dan menjadi wajib jika dikhuatiri menimbulkan fitnah. Bahkan sebahagian ulama’ yang bermazhab Maliki berpendapat seluruh tubuh wanita itu adalah aurat.
1. Az Zarqaani berkata:
وعورة الحرة مع رجل أجنبي مسلم غير الوجه والكفين من جميع جسدها ، حتى دلاليها وقصَّتها . وأما الوجه والكفان ظاهرهما وباطنهما ، فله رؤيتهما مكشوفين ولو شابة بلا عذر من شهادة أو طب ، إلا لخوف فتنة أو قصد لذة فيحرم ، كنظر لأمرد ، كما للفاكهاني والقلشاني
“Aurat wanita di depan lelaki muslim ajnabi adalah seluruh tubuh selain wajah dan telapak tangan. Bahkan suara wanita juga aurat. Sedangkan wajah, telapak tangan luar dan dalam, boleh dinampakkan dan dilihat oleh kaum lelaki walaupun wanita tersebut masih muda baik sekadar melihat ataupun untuk tujuan perubatan. Kecuali jika dikhuatiri akan menimbulkan fitnah atau tujuan lelaki melihat wanita untuk bersuka-suka, maka hukumnya haram, sebagaimana haramnya melihat amraad. Hal ini juga diungkapkan oleh Al Faakihaani dan Al Qalsyaani.” (Syarh Mukhtashar Khalil, 176)
2. Ibnul Arabi berkata:
والمرأة كلها عورة ، بدنها ، وصوتها ، فلا يجوز كشف ذلك إلا لضرورة ، أو لحاجة ، كالشهادة عليها ، أو داء يكون ببدنها ، أو سؤالها عما يَعنُّ ويعرض عندها
“Wanita itu seluruhnya adalah aurat. Baik badannya mahupun suaranya. Tidak boleh menampakkan wajahnya kecuali dalam keadaan darurat atau ada keperluan mendesak seperti persaksian atau perubatan pada badannya, atau kita dipertanyakan apakah ia adalah orang yang dimaksud (dalam sebuah persoalan).” (Ahkaamul Qur’an, 3/1579)
3. Al Qurthubi berkata:
قال ابن خُويز منداد ــ وهو من كبار علماء المالكية ـ : إن المرأة اذا كانت جميلة وخيف من وجهها وكفيها الفتنة ، فعليها ستر ذلك ؛ وإن كانت عجوزًا أو مقبحة جاز أن تكشف وجهها وكفيها
“Ibnu Juwaiz Mandad (ulama besar Maliki) berkata: Jika seorang wanita itu cantik dan khuatir wajahnya dan telapak tangannya menimbulkan fitnah, hendaknya dia menutup wajahnya. Jika dia wanita tua atau wajahnya buruk/hodoh, boleh baginya menampakkan wajahnya.” (Tafsir Al Qurthubi, 12/229)
4. Al Hathab berkata:
واعلم أنه إن خُشي من المرأة الفتنة يجب عليها ستر الوجه والكفين . قاله القاضي عبد الوهاب ، ونقله عنه الشيخ أحمد زرّوق في شرح الرسالة ، وهو ظاهر التوضيح
“Ketahuilah, jika dikhuatirkan terjadi fitnah, maka wanita wajib menutup wajah dan telapak tangannya. Ini dikatakan oleh Al Qadhi Abdul Wahhab, juga dinukil oleh Syaikh Ahmad Zarruq dalam Syarhur Risaalah. Dan inilah pendapat yang lebih tepat.” (Mawahib Jaliil, 499)
5. Al Allamah Al Banaani, menjelaskan pendapat Az Zarqani di atas:
وهو الذي لابن مرزوق في اغتنام الفرصة قائلًا : إنه مشهور المذهب ، ونقل الحطاب أيضًا الوجوب عن القاضي عبد الوهاب ، أو لا يجب عليها ذلك ، وإنما على الرجل غض بصره ، وهو مقتضى نقل مَوَّاق عن عياض . وفصَّل الشيخ زروق في شرح الوغليسية بين الجميلة فيجب عليها ، وغيرها فيُستحب
“Pendapat tersebut juga dikatakan oleh Ibnu Marzuuq dalam kitab Ightimamul Furshah, katanya : ‘Inilah pendapat yang masyhur dalam mazhab Maliki’. Al Hathab juga menukil dari perkataan Al Qadhi Abdul Wahhab bahawa hukumnya wajib. Sebahagian ulama’ bermazhab Maliki menyebutkan pendapat bahawa hukumnya tidak wajib, namun lelaki wajib menundukkan pandangannya. Pendapat ini dinukil Mawwaq dari Iyadh. Syeikh Zarruq dalam kitab Syarhul Waghlisiyyah memperincikan, jika cantik maka wajib, jika tidak cantik maka ianya sunnah.” (Hasyiyah ‘Ala Syarh Az Zarqaani, 176)
Mazhab Syafi’ie
Pendapat mazhab Syafi’ie, aurat wanita di depan lelaki ajnabi (bukan mahram) adalah seluruh tubuh. Sehingga mereka mewajibkan wanita memakai purdah/niqab di hadapan lelaki ajnabi. Inilah pendapat muktamad mazhab Syafi’ie.
1. Asy Syarwani berkata:
إن لها ثلاث عورات : عورة في الصلاة ، وهو ما تقدم ـ أي كل بدنها ما سوى الوجه والكفين . وعورة بالنسبة لنظر الأجانب إليها : جميع بدنها حتى الوجه والكفين على المعتمد وعورة في الخلوة وعند المحارم : كعورة الرجل »اهـ ـ أي ما بين السرة والركبة ـ
“Wanita memiliki tiga jenis aurat, (1) aurat dalam solat (sebagaimana telah dijelaskan) iaitu seluruh badan kecuali wajah dan telapak tangan, (2) aurat terhadap pandangan lelaki ajnabi, iaitu seluruh tubuh termasuk wajah dan telapak tangan, menurut pendapat yang muktamad, (3) aurat ketika berdua bersama yang mahram, sama seperti lelaki, iaitu antara pusat dan lutut.” (Hasyiah Asy Syarwani ‘Ala Tuhfatul Muhtaaj, 2/112)
2. Syaikh Sulaiman Al Jamal berkata:
غير وجه وكفين : وهذه عورتها في الصلاة . وأما عورتها عند النساء المسلمات مطلقًا وعند الرجال المحارم ، فما بين السرة والركبة . وأما عند الرجال الأجانب فجميع البدن
“Maksud perkataan An-Nawawi, ‘aurat wanita adalah selain wajah dan telapak tangan’, ini adalah aurat di dalam solat. Adapun aurat wanita muslimah secara mutlak di hadapan lelaki yang masih mahram adalah antara pusat hingga lutut. Sedangkan di hadapan lelaki yang bukan mahram adalah seluruh badan.” (Hasyiatul Jamal Ala’ Syarh Al Minhaj, 411)
3. Syaikh Muhammad bin Qaasim Al Ghazzi, penulis Fathul Qaarib, berkata:
وجميع بدن المرأة الحرة عورة إلا وجهها وكفيها ، وهذه عورتها في الصلاة ، أما خارج الصلاة فعورتها جميع بدنها
“Seluruh badan wanita selain wajah dan telapak tangan adalah aurat. Ini aurat di dalam solat. Adapun di luar solat, aurat wanita adalah seluruh badan.” (Fathul Qaarib, 19)
4. Ibnu Qaasim Al Abadi berkata:
فيجب ما ستر من الأنثى ولو رقيقة ما عدا الوجه والكفين . ووجوب سترهما في الحياة ليس لكونهما عورة ، بل لخوف الفتنة غالبًا
“Wajib bagi wanita menutup seluruh tubuh selain wajah telapak tangan, walaupun penutupnya tipis. Dan wajib pula menutup wajah dan telapak tangan, bukan kerana keduanya adalah aurat, namun kerana secara umum keduanya cenderung menimbulkan fitnah.” (Hasyiah Ibnu Qaasim ‘Ala Tuhfatul Muhtaaj, 3/115)
5. Taqiyuddin Al Hushni, penulis Kifaayatul Akhyaar, berkata:
ويُكره أن يصلي في ثوب فيه صورة وتمثيل ، والمرأة متنقّبة إلا أن تكون في مسجد وهناك أجانب لا يحترزون عن النظر ، فإن خيف من النظر إليها ما يجر إلى الفساد حرم عليها رفع النقاب
“Makruh hukumnya solat dengan memakai pakaian yang bergambar atau lukisan. Makruh pula wanita memakai niqab (purdah) ketika solat. Kecuali jika di masjid keadaannya susah dijaga dari pandnagan lelaki ajnabi. Jika wanita khuatir dipandang oleh lelaki ajnabi sehingga menimbulkan kerosakan, haram hukumnya melepaskan (tidak memakai) niqab (purdah).” (Kifaayatul Akhyaar, 181)
Mazhab Hanbali
Imam Ahmad bin Hanbal berkata:
كل شيء منها ــ أي من المرأة الحرة ــ عورة حتى الظفر
“Setiap bahagian tubuh wanita adalah aurat, termasuk pula kukunya.” (Dinukil dalam Zaadul Masiir, 6/31)
1. Syeikh Abdullah bin Abdil Aziz Al ‘Anqaari, penulis Raudhul Murbi’, berkata:
« وكل الحرة البالغة عورة حتى ذوائبها ، صرح به في الرعاية . اهـ إلا وجهها فليس عورة في الصلاة . وأما خارجها فكلها عورة حتى وجهها بالنسبة إلى الرجل والخنثى وبالنسبة إلى مثلها عورتها ما بين السرة إلى الركبة
“Setiap bahagian tubuh wanita yang baligh adalah aurat, termasuk pula sudut kepalanya. Pendapat ini telah dijelaskan dalam kitab Ar Ri’ayah… kecuali wajah, kerana wajah bukanlah aurat di dalam solat. Adapun di luar solat, semua bahagian tubuh adalah aurat, termasuk wajahnya jika di hadapan lelaki. Jika di hadapan sesama wanita, auratnya antara pusat hingga lutut.” (Raudhul Murbi’, 140)
2. Ibnu Muflih berkata:
« قال أحمد : ولا تبدي زينتها إلا لمن في الآية ونقل أبو طالب :ظفرها عورة ، فإذا خرجت فلا تبين شيئًا ، ولا خُفَّها ، فإنه يصف القدم ، وأحبُّ إليَّ أن تجعل لكـمّها زرًا عند يدها
“Imam Ahmad berkata: ‘Maksud ayat tersebut adalah, janganlah mereka (wanita) menampakkan perhiasan mereka kecuali kepada orang yang disebutkan di dalam ayat. Abu Thalib menukil penjelasan dari beliau (Imam Ahmad): ‘Kuku wanita termasuk aurat. Jika mereka keluar, tidak boleh menampakkan apapun bahkan khuf (semacam kaus kaki/sarung kaki), kerana khuf itu masih menampakkan lekuk kaki. Dan aku lebih suka jika mereka membuat semacam kancing tekan di bahagian tangan.” (Al Furu’, 601-602)
3. Syeikh Manshur bin Yunus bin Idris Al Bahuti, ketika menjelaskan matan Al Iqna’ , ia berkata:
« وهما » أي : الكفان . « والوجه » من الحرة البالغة « عورة خارجها » أي الصلاة « باعتبار النظر كبقية بدنها »
“’Keduanya, iaitu dua telapak tangan dan wajah adalah aurat di luar solat kerana adanya pandangan, sama seperti anggota badan lainnya.” (Kasyful Qanaa’, 309)
4. Syeikh Muhammad bin Shalih Al Utsaimin berkata:
القول الراجح في هذه المسألة وجوب ستر الوجه عن الرجال الأجانب
“Pendapat yang kuat dalam masalah ini adalah wajib hukumnya bagi wanita untuk menutup wajah dari pada lelaki ajnabi.” (Fatwa Nurun ‘Alad Darb, link)
Semoga bermanfaat.