Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Sunday, July 31, 2016

mengikuti-salah-satu-mazhab

http://semangatislam.blogspot.my/2012/03/mengikuti-salah-satu-mazhab.html

Mengapa Saya (Harus) Keluar dari Salafi (Wahabi) ?

Mengapa Saya (Harus) Keluar dari Salafi (Wahabi) ?
Oleh : Akhwat Sunni Salafiyyin

Alhamdulillah dulu saya seperti saudara2 salafi yang lain aktif mengikuti pengajian2 di ma’had2 salafi di jakarta… merasa diri saya sudah sangat sesuai dengan ajaran Rasulullah dengan syariat yang murni dan berlandaskan hadits shahih dan kompeten terhadap dakwah tauhid dan sunnah… ketika melihat kalangan yang maulid hati saya seakan ada sesuatu yang berkata ‘dia ahlul bid’ah’ kadang berdoa mudah2an dia di beri hidayah.
pada awalnya indah tetapi lama kelamaan makin banyak tanda tanya yang muncul didalam pikiran saya… memang ada sih kajian2 yang menarik tetapi tak jarang ada kajian2 membahas ikhtilf, saya bertanya kok semangat membahas masalah khilafiyyah dan menghakimi orang yg berbeda ??
dan selanjutnya melempar tuduhan yang sinis, pikir saya kenapa ajaran ini selalu membahas masalah ikhtilaf, menuding kelompok yang memiliki pemahaman yang berbeda dengan tuduhan ahlul bid’ah, musyrik, khurafat, taghut, hizbi, tahayul?
saya bertanya kenapa syiah begitu di musuhi?
kenapa seperti sinis kepada habib2?
kenapa sinis kepada yang hobi maulid dan tahlil?
Oleh : Akhwat Sunni Salafiyyin Alhamdulillah dulu saya seperti saudara2 salafi yang lain akt...
MUSLIMODERAT.COM|BY MUSLIMODERAT
Like
Comment

“Jangan kamu mendakwa diri menjadi Tuhan. Jangan kamu mendakwa diri menjadi Nabi!” pesan Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani kepada muridnya

| NASIHAT SHEIKH ABDUL QADIR AL-JAILANI

“Jangan kamu mendakwa diri menjadi Tuhan. Jangan kamu mendakwa diri menjadi Nabi!” pesan Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani kepada muridnya.

Tergamam.

Anak murid yang lama mengaji dengan sheikh itu terkejut dengan nasihat yang diterima.

“Bagaimana mungkin engkau mengandaikan aku boleh membuat dakwaan sebegitu rupa, setelah aku lama menuntut ilmu denganmu?” tanya anak murid itu kepada gurunya.

Lalu Sheikh menceritakan sebuah kisah yang berlaku kepada seorang lelaki soleh di Delhi. Beliau telah menimbulkan kontroversi tatkala mengungkapkan kata-kata yang sungguh luar biasa.

“Engkau bukan Allahku dan aku bukan hambamu!” kata lelaki soleh itu.

Setiap yang mendengar terkejut.

Kata-kata itu sungguh berbunyi kekufuran dan seluruh mereka yang mendengarnya menghukum beliau dengan kufur.

Namun seorang hadirin datang kepada lelaki soleh berkenaan dan bertanya, “mengapakah engkau berkata demikian?”

Lelaki tersebut menjawab, “Nafsuku menyuruh aku berbuat maksiat. Aku berkata kepadanya bahawa engkau bukan Allahku dan aku tidak akan menurut kehendakmu kerana aku bukan hambamu!’

Lalu Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani menyambung nasihatnya kepada si anak murid, “Jangan engkau mendakwa dirimu sebagai Allah, tatkala engkau mahukan semua kehendakmu berlaku. Engkau mahu semua yang engkau hajatkan menjadi kenyataan. Ketika engkau mempunyai harapan yang begitu, engkau seperti mendakwa dirimu Tuhan. Kerana hanya Tuhan yang berhak begitu!”

Harapan yang tinggi mesti disertakan dengan sifat kehambaan.

Jangan harapan itu menimbulkan rasa kecewa apabila ia tidak kesampaian, hingga kita terlupa kita hanyalah hamba. Hamba yang boleh berharap, namun segalanya pulang kepada kehendak Tuhan.

“Jangan pula engkau mendakwa dirimu seorang Nabi, yakni tidak kira setinggi mana engkau berusaha mencapai Taqwa dan pembaikan diri, jangan sesekali engkau merasakan dirimu tidak bersalah dan tidak berdosa. Sesungguhnya yang bersih dan terpelihara daripada dosa itu hanyalah seorang Nabi yang maksum.

Oleh itu, tidak kiralah berapa lama engkau telah mendampingi gurumu, jangan sesekali engkau menyangka yang tiada kesilapan yang berlaku pada perjalanan hidupmu hingga engkau terjebak kepada apa yang telah aku nasihatkan kepadamu itu”

Demikianlah nasihat Sheikh Abdul Qadir Al- Jailani kepada anak muridnya.

Nasihat yang turut perlu dihayati oleh setiap kita yang sedang meniti jambatan Taubat meninggalkan hitam semalam kepada kejernihan esok.

Friday, July 29, 2016

firqah wahabi firqah yg baru muncul ... dan ia muncul di tengah tengah zaman Fitnah !


Ahmad Rasyid >>> wahabi itu umat tauhid, sbb itulah allah pilih mereka kelola HARAMAIN,
dan tdk syak lagi bahwa tdklah memusuhi umat tauhid dengan fitnah2 yg keji melainkan umat musyrikun
>>>
memanglah umat islam semua ummat tauhid, tapi ia telah berpecah sekarang !
sebab apa ?
sebab masalah aqidah !!!
coba fikir .. kenapa mazhab 4 (syafei, hanbali, maliki dan hanafi) tidak berpecah, masih bersatuhati ?
sebab 4 mazhab ini satu aqidah , satu pegangan ....!!!
firqah wahabi adalah firqah baru ! kena tahu tuuu !!!
firqah yg baru muncul ... dan ia muncul di tengah tengah zaman Fitnah !!!
nak tahu ia sesat atau menyeleweng ,,, kena banyak buat kajian (mengaji) ... bukan boleh baca buku 4 - 5 buah kira dah faham dah ... itu salah samasekali ....
Sebelum pemerintahan bani saud, ialah kerajaan Bani Hasyim, keturunan Nabi Kita !
Bani Saud mengamalkan ajaran wahabi yg baru muncul tuuu dan menghalau pimpinan dan ulama Bani Hasyim dan bangsa quraisy yg mengamalkan mazhab yg 4 tuu !!
apa perlunya fahaman baru yg banyak membuat masalah kpd ummat ?
kita berpecah kerana fatwa fatwa baru, kata kata kontroversi yg menyebabkan kita yg berfahaman asal terpaksa mempertahankan diri dan aqidah kita .
dlm bab bid'ah misalnya... kita dah bagi penjelasan dan ramai org dah boleh hadam dan terima, tapi puak puak wahabi berterusan menyesatkan pegangan kita !
cukup cukuplah ... !!!
LikeShow more reactions
Comment

Perkara Baru & Geng Wahabi Di Malaysia...Ustaz Fawwaz Jan


2,471 Views
Kuliah & Isu Semasa added a new video.
Perkara Baru & Geng Wahabi Di Malaysia...Ustaz Fawwaz Jan

Video Penjelasan Mengenai WAHDATUL WUJUD Oleh : Tuan Guru Haji Ismail Sepanjang

Video Penjelasan Mengenai WAHDATUL WUJUD

Oleh : Tuan Guru Haji Ismail Sepanjang

Biodata :

Nama asal beliau ialah Ismail bin Omar atau lebih dikenali sebagai Baba Eil Spanjang iaitu panggilan bagi seorang Tuan Guru. Dilahirkan di Kampung Dusun Spanjang Daerah Penarik, Patani kira-kira 20 km dari Bandar Patani. Merupakan anak lelaki tunggal dalam keluarga sebanyak 3 beradik.

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kampung Dusun Spanjang. Kemudian menyambung pendidikan di pondok berdekatan rumahnya (200 meter) pada ketika usia 14 tahun. Beliau dihantar belajar agama oleh keluarganya dengan Almarhum Tuan Guru Haji Abdul Latif. Selain itu, beliau juga berguru dengan Almarhum Tuan Guru Haji Abdul Rahman dengan mendalami pelbagai ilmu antaranya Tafser, Hadis, Feqah, Nahu dan lain-lain. Manakala tiba musim cuti semester Baba Eil pergi belajar di pondok lain pula bagi mengisi masa lapang.
Ketika umur beliau mencapai 21 tahun, beliau berpindah ke Pondok Haji Abdul Qader Sekam (Baba Der) yang terkenal dengan ilmu tauhid untuk belajar di sana sehinggalah umur beliau 30 tahun.

Ketika di sana beliau bukan setakat mengajar kepada pelajar tetapi mula menerima undangan mengajar masyarakat sekitar. Antara tempat yang beliau masih mengajar hingga ke hari ini ialah Masjid Yala (21 tahun) dan Masjid Patani (22 tahun).

Ketika umur beliau 29 tahun, beliau telah mendirikan rumahtangga dengan Hajah Sabariah Binti Tuan Guru Haji Abdul Aziz (Pengarang Kitab Misbahul Munir). Hasil perkahwinan tersebut, beliau dikurniakan 5 cahayamata ( 2 lelaki dan 3 perempuan).

Selepas itu ketika berumur 31 tahun, beliau telah pergi ke Mekah dan bermuqim di sana selama 7 bulan.
Pada tahun 1993, setelah kembali dari Mekah, barulah Baba Eil membuka pondok di Kampung Kubang Ikan Bandar, Narathiwat yang dikenali dengan nama Maahad Darul Muhajirin. Dalam tempoh tersebut, beliau juga selalu berulang-alik ke Kelantan untuk memenuhi jemputan mengajar. Akhirnya pada tahun 1998, pondok beliau telah berpindah ke kampung beliau sendiri di Kampung Dusun Spanjang hinggalah ke hari ini. Rutin harian beliau dipenuhi dengan mengajar agama kepada pelajar yang datang dari pelbagai pelusuk dalam dan luar negara seperti Kemboja, Malaysia dan Burma tanpa menerima bayaran.

Sehingga kini, terdapat lebih kurang 200 orang pelajar yang sedang menuntut di pondok beliau. Pengajian berlangsung sepanjang tahun melainkan pada waktu cuti iaitu 15 Sya’ban hingga 15 Syawal ( 2 bulan ), cuti Raya Haji ( seminggu ) dan bulan Rabiulawal ( 1 bulan ).

Selain itu, Baba Eil juga memberi khidmat masyarakat dengan mengajar pada setiap hari Sabtu di Masjid Patani dan setiap Ahad di Masjid Yala.. Kuliah Baba Eil sering disiarkan di radio tempatan. Selain mengajar, Baba Eil memenuhi masa lapang dengan mentelaah dan mengarang kitab.

Antara kitab karangan Baba Eil ialah “Mizan ad-Durari”, “Hikam Jawi”, “Mawaiz al-Iman”, dan karangan dalam bidang tafsir,hadis dan Qawaid. Selain itu,Baba Eil telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Fatwa Persatuan Ulama Fathoni.

#wahdatulwujud

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1729669677297776&id=1594131497518262

Thursday, July 28, 2016

Adapun perihal menalqin jenazah yang baru dikebumikan

Adapun perihal menalqin jenazah yang baru dikebumikan, Ibnu Rusyd dalam Bidayatul Mujtahid menerangkan sebagai berikut.

الباب الأول فيما يستحب أن يفعل به عند الاحتضار وبعده. ويستحب أن يلقن الميت عند الموت شهادة أن لا إله إلا الله لقوله عليه الصلاة والسلام "لقنوا موتاكم شهادة أن لا إله إلا الله" وقوله "من كان آخر قوله لا إله إلا الله دخل الجنة"

Bab Pertama memuat perihal praktik yang dianjurkan saat menghadapi orang yang sedang sakratulmaut dan setelah orang itu wafat. Kita dianjurkan menuntun calon jenazah mengucap kalimat syahadat “Lâ ilâha illallâh” sesuai hadits Rasulullah SAW, “Bisikkan lah kalimat syahadat ‘Lâ ilâha illallâh’ kepada mayitmu,” dan hadits “Siapa saja yang ucapan terakhirnya ‘Lâ ilâha illallâh’, masuk surga.”

Kenangan Tg hj soleh, prof izzi dan dr abd aziz hanafi

Mereka adalah kekasih kita dan mereka juga adalah insan yg gigih memperjuangkan agama Islam.. Ketiga-tiganya baru saja pergi meninggalkan kita. Gambar pertama Tuan Guru Haji Salleh Musa bersama Prof. Izzi, bekas pensyarah Uitm Perlis. Gambar kedua, Prof. Madya Dr. Abdul Aziz Hanafi...Al-fatihah utk mereka...

Tuesday, July 26, 2016

Tanpa pondok maka ilmu Nahwu Shorof akan lenyap di Nusantara

Dari sini lahirnya ulama' yg cermat dan mahir dlm uslub Kitab Kuning - Thurath. Hari ini org memandang pelajar - pelajar pondok tradisional ini sbg,

- Takda masa depan
- Kolot
- Jumud
- Selekeh dgn kain pelikat dan baju Melayunya
- Nak makan apa nanti, nak bg anak isteri makan apa ngaji pondok

Tapi cercaan itu langsung tidak mendatangkan kesan kpd pengajian pondok.

Pengajian pondok tradisional yg melahirkan alim ulama' yg cermat dlm berhukum, yg berpegang kpd mazhab dan yg mengajar sistem pengajian secara talaqqi kitab dr kulit ke kulit ini tetap berdiri teguh sekalipun dilanda arus kemodenan zaman.

Dari sini terasa kelazatan ilmu. Dari mujahadah ini lahir tuk - tuk alim pondok yg mampu menyelam lautan ilmu kitab.

Pondok tidak mengajar pandai bergaya dan pondok tidak mengajar pandai ceramah tapi pondok mengajar pelajarnya supaya reti kitab yg bukan semua org mampu kuasai serta amal dan sebarkan kpd masyarakat umum.

Pertahankan pondok tradisional. Ianya benteng umat Islam.

Baba Ismail Sepanjang al - Fathani hafizahullah menyebut,

" Tanpa pondok maka ilmu Nahwu Shorof akan lenyap di Nusantara "

PONDOK BENTENG ALI SUNNAH WAL JAMA'AH.

TG Hj. Ahmad (Kuala Nerang)

Ulama Tua Kedah..

Ramai dari anak anak Kedah tidak ambil peduli siapa Ulama di negeri sendiri..

Jadi admin upload untuk tatapan kita semua sementara beliau masih ada.. 

Beliau dilahirkan pada malam Jum'at 14 Sha'ban 1348 Hijrah..

Beliau pergi ke Makkah untuk belajar pada tahun 1950 dan kembali ke Tanah Melayu pada tahun 1960..

Berkahwin dengan anak perempuan guru beliau Pak Chu Him dan di aqadakan oleh Pak Da El di Makkah..

Mengaji di Pondok TG. Hj 'Abdurrahman Merbok dan Pondok Pak Chu Him Gajah Mati..

Pernah menjadi pelajar terbaik di Pondok TG. Hj Abdurrahman Merbok..

Dan pernah juga belajar di Madrasah Shaulatiyyah di Makkah..

Rumah beliau terletak di belakang sekolah Maktab Mahmud cawangan Kula Nerang..

Masuk ikut tepi sekolah, jumpa pokok sukun, masuk ikut pintu pagar tu..

Depan madrasah dan di belakangnya rumah beliau..

Kita doakan semoga TG Hj. Ahmad (Kuala Nerang) ini sihat tubuh badan dan diimpah kurniakan rezqi yang melimpah ruah oleh Allah swt, Amin Ya Robbal Alamin.

Al-Fatihah.

HIMPUNAN HADIS TANDA KIAMAT & AKHIR ZAMAN

HIMPUNAN HADIS TANDA KIAMAT & AKHIR ZAMAN

Mari muhasabah jika masih ada dari lebih 40 hadis dibawah ini yang belum berlaku lagi saat ini. Jika sudah sempurna semuanya maka itu tandanya kegemilangan Islam sudah luput dari kita. Carilah kepastian, jangan kita bersangka-sangka dan berangan-angan lagi dalam soal iman dan Islam.

Tidak guna lagi kita membangga diri dengan keislaman kita yang berdasarkan sangka-sangka, kerana semua itu sudah luput dari kita. Kita perlu bersihkan tanah dari segala pohon reput dan buah fikiran yang tidak berguna, yang pernah tumbuh dalam dada kita dan kita harus cari semula benih yang terbaik dan lakukan penanaman semula. QS;14/24-27.

1. BANYAK PERSELISIHAN– GIGITLAH SUNNAH DENGAN GERAHAM

Daripada Abi Nijih ‘Irbadh bin Sariyah r.a. berkata, “Telah menasihati kami oleh Rasulullah saw. akan satu nasihat yang menggetarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata, Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami.” Lalu baginda pun bersabda,

“Aku berwasiat akan kamu supaya sentiasa bertakwa kepada Allah dan mendengar serta taat sekalipun yang memimpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (mendapat hidayah) dan gigitlah sunah-sunah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara yang baru yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid’ah itu adalah sesat.” – H.R. Abu Daud dan Tirmizi

2. UMAT MUSNAH BILA KEJAHATAN TERLALU BANYAK

Daripada Ummul Mu’minin, Zainab binti Jahsy (isteri Rasulullah saw.) berkata,

” (Pada suatu hari) Rasulullah saw. masuk ke dalam rumahnya dengan keadaan cernas sambil bersabda, LA ILAHA ILLALLAH, celaka bagi bangsa Arab dari kejahatan (malapetaka) yang sudah hampir menimpa mereka. Pada hari ini telah terbuka dari dinding Ya’juj dan Ma’juj seperti ini”, dan Baginda menemukan ujung jari dan ujung jari yang sebe!ahnya (jari telunjuk) yang dengan itu mengisyararkan seperti bulatan. Saya (Zainab binti Jahsy) lalu bertanya: “Ya Rasulullah! Apakah kami akan binasa sedangkan di kalangan kami masih ada orang¬orang yang soleh?” Lalu Nabi saw. bersabda “Ya, jikalau kejahatan sudah terlalu banyak”. – H.R. Bukhari Muslim

3. UMAT ISLAM RAMAI TAPI TIDAK DIGERUNI – TERTINDAS, DIRATAH DUNIA

Daripada Tsauban r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda “Hampir tiba suatu zaman di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang kelaparan mengerumuni bekas hidangan mereka” Maka salah seorang sahabat bertanya “Apakah kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi SAW menjawab “Bahkan kamu pada hari itu terlalu ramai, tetapi kamu umpama buih pada masa banjir, dan Allah akan mencabut rasa gentar terhadap kamu daripada hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan melemparkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan’. Seorang sahabat bertanya “Apakah ‘wahan’ itu, wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab “Cinta dunia dan takut mati” (HR Abu Daud)

4. ULAMAK MATI, ILMU AGAMA HILANG, FATWA DIKELUARKAN OLEH SI JAHIL

Daripada Abdullah bin Amr bin ‘Ash r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda,

“Bahawasanya Allah swt. tidak mencabut (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) manusia. Tetapi Allah swt. menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim ulama. Maka apabila sudah ditiadakan alim ulama, orang ramai akan memilih orang-orang yang jahil sebagai pemimpin mereka. Maka apabila pemimpin yang jahil itu ditanya, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain.” – H.R. Muslim

5. BUDAYA BARAT TAJAAN YAHUDI & NASRANI JADI IKUTAN UMAT ISLAM

Daripada Abu Sa’id Al-Khudri ra. berkata, Bahawasanya Rasulullah saw. bersabda,

“Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka.” Sahabat bertanya, “Ya Rasulullah! Apakah Yahudi dan Nashrani yang kau maksudkan?” Nabi saw. menjawab, “Siapa lagi kalau bukan mereka”. (H.R. Muslim)

6. GOLONGAN ANTI HADITH

Daripada Miqdam bin Ma’dikariba r.a. Beliau berkata, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda

“Hampir tiba suatu zaman di mana seorang lelaki yang sedang duduk bersandar di atas kursi/katil kemegahannya, lalu disampaikan kepadanya sebuah hadis dari hadisku lalu dia berkata,

“Pegangan kami dan kamu hanyalah kitab Allah sahaja. Apa yang dihalalkan oleh Al-Quran kami halalkan. Dan apa yang ia haramkan kami haramkan” (Kemudian Nabi SAW melanjutkan sabdanya) “Padahal apa yang diharamkan Rasulullah SAW itu samalah hukumnya dengan apa yang diharamkan Allah SWT” (HR Abu Daud dan Ibnu Majah)

7. GOLONGAN YANG SENTIASA MENANG

Daripada Mughirah bin Syu’ bah r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda, “Sentiasa di kalangan kamu ada golongan yang berjaya (dalam perjuangan mereka), sehingga sampailah suatu saat yang dikehendaki oleh Allah swt. Mereka sentiasa berjaya”.- (H.R. Bukhari)

8. BERULANGNYA PENYAKIT UMAT TERDAHULU YANG MEMUSNAHKAN

Daripada Abu Hurairah r.a. Katanya, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda “Umatku akan ditimpa penyakit -penyakit yang pernah menimpa umat-umat terdahulu” Sahabat bertanya “Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?” Nabi SAW menjawab “Penyakit-penyakit itu adalah, 1.Terlalu seronok/sombong, 2.Terlalu mewah, 3.Mengumpulkan harta sebanyak mungkin, 4.Tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, 5.Saling memarahi, 6.Dengki-mendengki/saling menghasut sehingga menjadi zalim menzalimi” (HR Hakim)

9. ISLAM KEMBALI DAGANG & TERASING

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah saw, “Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing). Dan ia akan kembali asing pula. Maka beruntunglah orang­ orang yang asing”.- H.R. Muslim

HADIS PENUHNYA,

“Sesungguhnya dien (agama) itu awalnya terasing (ghoriban), dan dia akan kembali terasing. Maka beruntunglah orang yang mengembalikan apa yang terasing itu, apa sahaja yang telah dirosak manusia selepas ketiadaan aku, dari sunnahku”

10. KEMEWAHAN RUMAH, BANYAK PERSALINAN & HIDANGAN MEMUSNAHKAN

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a “Bahawasanya kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW di dalam masjid. Tiba-tiba datang Mus’ab bin Umair r.a. Dan tidak ada di badannya kecuali hanya selembar selendang yang bertampal dengan kulit. Tatkala Rasulullah SAW melihat kepadanya. Baginda menangis dan menitiskan air mata kerana mengenangkan kemewahan Mus’ab ketika berada di Mekah dahulu, dan kerana memandang nasib Mus’ab sekarang (ketika berada di Madinah sebagai seorang Muhajirin yang meninggalkan segala harta benda dan kekayaan di Mekah). Kemudian Nabi Muhammad SAW bersabda,

“Bagaimanakah keadaan kamu pada suatu hari nanti, (kamu mewah) pergi pada waktu pagi dengan satu pakaian, dan pergi pada waktu petang dengan pakaian yang lain pula. Dan apabila diberikan satu hidangan, diletakkan pula satu hidangan yang lain. Dan kamu menutupi (menghiasi langsir) rumah kamu sebagaimana kamu memasang kelambu Kaabah?”

Maka jawab sahabat, “Wahai Rasulullah, tentunya keadaan kami pada waktu itu lebih baik daripada keadaan kami pada hari ini. Kami akan hanya memberikan perhatian sepenuhnya kepada masalah ibadat sahaja dan tidak bersusah payah lagi untuk mencari rezeki” Lalu Nabi SAW bersabda “TIDAK! Keadaan kamu hari ini (ketika sempit) adalah lebih baik daripada keadaan kamu pada hari itu” (HR Tirmizi)

11. UMAT ISLAM MEMUSNAHKAN ORANG ORANG YAHUDI

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah saw. bersabda,

“Tidaklah akan berlaku qiamat, sehingga kaum Muslimin memerangi kaum Yahudi sehingga kaum Yahudi itu bersembunyi di sebalik batu dan pohon kayu, lalu batu dan pohon kayu itu berkata, “Hai orang Islam, inilah orang Yahudi ada dibelakang saya. Kemarilah!.. Dan bunuhlah ia!”, kecuali pohon gharqad (semacam pohon yang berduri), kerana sesungguhnya pohon itu adalah dari pohon Yahudi (oleh sebab itulah ia melindunginya)”. (H.R. Bukhari Muslim)

12. HILANG SIFAT AMANAH & KEIMANAN PADA PEKERJA DAN PENIAGA

Daripada Huzaifah bin AI-Yaman r.a. katanya, “Rasulullah saw. pernah memberitahu kami dua buah hadis (mengenai dua kejadian yang akan berlaku). Yang pertama sudah saya lihat sedang yang kedua saya menanti-nantikannya.

Rasulullah saw. memberitahu bahawasanya amanat itu turun ke dalam lubuk hati orang-orang yang tertentu. Kemudian turunlah al­Quran. Maka orang-orang itu lalu mengetahuinya melalui panduan al-Quran dan mengetahuinya melalui panduan as-Sunnah.

Selanjutnya Rasulullah saw. menceritakan kepada kami tentang hilangnya amanah, Ialu beliau bersabda, “Seseorang itu tidur sekali tidur, lalu diambillah amanah itu dari dalam hatinya, kemudian tertinggallah bekasnya seperti bekas yang ringan sahaja. Kemudian ia tertidur pula, lalu diambillah amanah itu dari dalam hatinya, maka tinggallah bekasnya seperti lepuh di tangan (mengelembung di tangan dari bekas bekerja berat seperti menggunakan kapak atau cangkul). Jadi seperti bara api yang kau gillingkan dengan kaki mu, kemudian mengelembunglah ia dan engkau melihat ia meninggi, padahal tidak ada apa-apa”. Ketika Rasulullah saw. menceritakan hadis ini beliau mengambil sebiji batu kecil (batu kerikil) Ialu menggilingkannya dengan kakinya.

“Kemudian berpagi-pagi (jadiIah) orang ramai berjual beli, maka hampir sahaja tiada ada seorang juga pun yang suka menunaikan amanah, sampai dikatakan orang bahawasanya di kalangan Bani Fulan (di kampung yang tertentu) itu ada seorang yang sangat baik memegang amanah, sangat terpercaya dan orang ramai mengatakan, “Alangkah tekunnya dalam bekerja, alangkah indahnya pekerjaannya, alangkah pula cerdik otaknya. Padahal di dalam hatinya sudah tiada lagi keimanan sekali pun hanya seberat timbangan biji sawi.”

“Maka sesungguhnya telah sampai masanya saya pun tidak memperdulikan manakah di antara kamu semua yang saya hendak bermubaya’ah (berjual beli). Jikalau ia seorang Islam, maka agamanyalah yang akan mengembalikan kepada ku (maksudnya agamanyalah yang dapat menahannya dari khianat). Dan jikalau ia seorang Nasrani atau Yahudi, maka pihak yang bertugaslah yang akan menggembalikannya kepada ku (maksudnya jika dia seorang Nasrani atau Yahudi maka orang yang memegang kekuasaan / pemerintahlah yang dapat menbantu aku untuk mendapatkan semua hak-hak ku daripadanya.) Ada pun pada hari ini maka saya tidak pernah berjual beli dengan kamu semua kecuali dengan Fulan dan Fulan (orang-orang tertentu sahaja)”. (H.R. Bukhari Muslim)

VERSI RINGKAS HADIS

Daripada Huzaifah bin Al-Yaman r.a. Katanya, …”Kemudian jadilah orang ramai berjual beli, maka hampir sahaja tiada seorang pun yang suka menunaikan amanah, sehingga dikatakan orang bahawasanya di kalangan Bani Fulan (di kampung yang tertentu) itu ada seorang yang sangat baik memegang amanah, sangat terpercaya dan orang ramai mengatakan “Alangkah tekunnya dia dalam bekerja, alangkah indahnya pekerjaannya, alangkah cerdik otaknya. Padahal di dalam hatinya sudah tiada lagi keimanan sekali pun hanya seberat timbangan biji sawi.” (HR Bukhari & Muslim)

13. ORANG BAIK BERKURANG, ORANG JAHAT BERTAMBAH, ANAK MENJADI MUSUH

Dari Aisyah r.a. Dia berkata “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda “Tidak akan terjadi hari kiamat sehingga seorang anak menjadi sebab kemarahan (bagi ibu bapanya), hujan akan menjadi panas, akan bertambah banyak orang yang tercela dan akan berkurang orang yang baik, anak-anak menjadi berani melawan orang tua, dan orang yang jahat berani melawan orang-orang baik” (HR Thabrani)

14. KUFUR & BINASA KERANA MENGIKUTI KEHENDAK ORANG LAIN

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda,

” Akan datang suatu masa di mana orang yang beriman tidak akan dapat menyelamatkan imannya, kecuali bila ia lari membawanya dari suatu puncak bukit ke puncak bukit yang lain dan dari suatu lubang kepada lubang yang lain. Maka apabila zaman itu telah terjadi, segala pendapatannya tidak diperolehi kecuali dengan perkara yang membabitkan kemurkaan Allah swt.

Maka apabila ini telah terjadi, kebinasaan seseorang adalah berpunca dari menepati kehendak isteri dan anak-anaknya. Kalau ia tidak mempunyai isteri dan anak, maka kebinasaannya adalah berpunca dari menepati kehendak kedua orang tuanya. Dan jikalau orang tuanya sudah tiada lagi, maka kebinasaannya adalah berpunca dari menepati kehendak kaum keluarganya atau dari menepati kehendak jirannya”.

Sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah saw., apakah maksud perkataan engkau itu ?” Nabi saw. menjawab, “Mereka akan mencela dan mengaibkannya dengan kesempitan hidupnya. Maka dari kerana itu ia terpaksa melayan kehendak mereka dengan menceburkan dirinya dijurang-jurang kebinasaan yang akan menghancurkan dirinya”.(H.R. Baihaqi)

15. TIDAK CIUM BAU SYURGA PENGUASA YANG GANAS & WANITA GEDIK

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda,

“Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cambuk/cemeti bagaikan ekor Iembu yang digunakan untuk memukul orang.

Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang­ lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul) bagaikan bonggol unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya haruman syurga itu akan terhidu dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya”.(H.R. Muslim)

16. ORANG TAK PEDULIKAN HALAL HARAM SUMBER HARTANYA

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, bersabda Rasulullah saw,

“Akan datang suatu zaman seseorang tidak memperdulikan dari mana ia mendapatkan harta, apakah dari sumber yang halal atau pun haram”.(H.R. Muslim)

17. SEMUA MAKANAN & HARTA MELIBATKAN RIBA’

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda, “Akan tiba suatu zaman, tidak ada seorang juga pun kecuali ia terlibat dalam memakan/memiliki harta riba. Kalau ia tidak memakan secara langsung, ia akan terkena juga debu-debunya”. (H.R. Ibnu Majah)

18. KERA & BABI – PERANAN ARTIS & MUZIK, KHAMAR DIUBAH NAMA

Daripada Abu Malik Al-Asy’ari r.a. bahawasanya ia mendengar Rasulullah saw. bersabda,

“Sesungguhnya akan ada sebahagian dari umatku yang meminum khamar dan mereka menamakannya dengan nama yang lain. Sambil diiringi dengan alunan muzik dan suara biduanita (artis). Allah SWT akan menenggelamkan mereka ke dalam bumi dan Allah SWT akan mengubah mereka menjadi kera atau babi” (HR Ibnu Majah)

19. ILMU KURANG, JAHIL LEBIH, ZINA BANYAK, 1 RIJAL URUS 50 NISA’.

Dari Anas r.a. Beliau berkata “Aku akan menceritakan kepada kamu sebuah Hadis yang tidak ada orang lain yang akan menceritakannya setelah aku. Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda “Di antara tanda kiamat ialah sedikit ilmu, banyak kejahilan, banyak perzinaan, banyak kaum perempuan dan sedikit kaum lelaki, sehingga nanti seorang lelaki akan mengurus lima puluh orang perempuan” (HR Bukhari Muslim)

20. HAMBA MELAHIRKAN TUAN, SIMISKIN SIBUK MEMBINA BANGUNAN

Daripada Umar bin al-Khattab r.a. (dalam sebuah hadis yang panjang), “…kemudian Jibrail bertanya kepada Rasulullah SAW ” Maka khabarkan kepadaku tentang hari kiamat?” Lalu Nabi SAW menjawab, “Orang yang ditanya tidak lebih mengetahui daripada orang yang bertanya” Maka Jibrail berkata “Kalau begitu cuba khabarkan kepadaku tanda-tandanya” maka Nabi SAW menjawab,

“Bahawa hamba akan melahirkan tuannya dan engkau melihat orang berjalan tanpa kasut dan orang yang bertelanjang lagi miskin yang hanya menggembala kambing itu berlumba-lumba untuk membuat binaan” (Riwayat Muslim)

21. AHLI IBADAT YANG JAHIL DAN ULAMA YANG FASIQ

Daripada Anas r.a. berkata, bersabda Rasulullah saw., “Akan ada di akhir zaman ahli ibadat yang jahil dan ulama yang fasiq”.(H.R. Ibnu Ady)

22. MEMEGANG AGAMA SEPERTI MEMEGANG BARA API

Daripada Anas r.a. bekata, Rasulullah saw. bersabda, “Akan datang kepada umat ku suatu zaman di mana orang yang berpegang kepada agamanya laksana menggenggam bara api”. – (H.R. Tarmizi)

23. GOLONGAN RUWAIBIDHAH CUBA MENEGUR PENDUSTA DAN PENGKHIANAT

Daripada Abu Hurairah r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda

“Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan tipuan (ada meriwayatkan tandus/kemarau). Pada waktu itu si pendusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan berdusta. Pengkhianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berpeluang berbicara (cuba membetulkan) hanyalah golongan “Ruwaibidhah”. Sahabat bertanya “Apakah RUWAIBIDHAH itu wahai Rasulullah?” Nabi SAW menjawab “Orang yang kerdil hina, dan tidak mengetahui bagaimana hendak mengurus orang yang ramai” (HR Ibnu Majah)

24. AL-HAJR – PEPERANGAN DEMI PEPERANGAN

Daripada Abu Hurairah r.a, katanya Rasulullah SAW bersabda “Hari kiamat tidak akan terjadi sehingga harta benda melimpah ruah dan timbul banyak fitnah dan sering terjadi “al-Harj”. Sahabat bertanya “Apakah AL-HARJ itu wahai Rasulullah?” Nabi SAW menjawab “Peperangan, peperangan, peperangan” Beliau ucapkannya tiga kali. (HR Ibnu Majah)

25. MASA AKAN MENJADI SINGKAT

Daripada Anas bin Malik r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; “Tidak akan terjadi qiamat sehingga masa menjadi singkat maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan/jilatan api”. (H.R.Termizi)

26. MUNCULNYA GALIAN YANG DIURUS OLEH ORANG JAHAT

Daripada Ibnu Omar r.a. Beliau berkata “Pada suatu masa dibawa ke hadapan Rasulullah SAW sepotong emas. Dan emas itu adalah emas zakat yang pertama sekali dikutip. Emas itu telah dibawa oleh Bani Sulaim dari lombong (galian) mereka. Maka sahabat berkata “Wahai Rasulullah! Emas ini adalah hasil galian kita” Lalu Nabi SAW menjawab “Nanti kamu akan dapati banyak galian-galian, dan yang akan menguruskannya adalah orang-orang yang jahat ” (HR Baihaqi)

27. TANAH ARAB YANG TANDUS MENJADI LEMBAH YANG SUBUR

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Bersabda Rasulullah saw.; “Tidak akan terjadi qiamat sehinggalah Tanah Arab (yang tandus itu) menjadi lembah yang subur dan dialiri sungai-sungai”. (H.R.Muslim)

28. PAGI BERIMAN PETANG KAFIR, JUAL AGAMA DENGAN HARTA DUNIA

Daripada Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda “Bersegeralah kamu beramal sebelum menemui fitnah (ujian berat) seumpama malam yang sangat gelap. Seseorang yang masih beriman pada waktu pagi, kemudian pada waktu petang dia sudah menjadi kafir, atau seseorang yang masih beriman pada waktu petang, kemudian pada keesokan harinya dia sudah menjadi kafir. Dia telah menjual agamanya dengan sedikit harta benda dunia” (HR Muslim)

29. KELEBIHAN IBADAT DISAAT-SAAT HURU HARA

Daripada Ma’qil bin Yasar ra. berkata Rasulullah bersabda:” Beribadat di saat-saat huru hara (dunia kacau bilau) adalah seperti berhijrah kepadaku”. (H.R.Muslim)

30. PERANG DI SUNGAI FURAT (IRAQ) KERANA MEREBUT KEKAYAAN

Daripada Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda “Tidak terjadi hari kiamat sehingga Sungai Furat (Sungai Euphrates, Iraq) menjadi surut airnya sehingga kelihatan sebuah gunung dari emas. Banyak orang yang terbunuh kerana merebutnya. Maka terbunuhlah sembilan puluh sembilan daripada seratus orang yang berperang. Dan masing-masing yang terlibat berkata “Mudah-mudahan akulah orang yang selamat itu”

Di dalam riwayat lain disebutkan “Sudah dekat suatu masa di mana Sungai Furat akan menjadi surut airnya lalu kelihatan perbendaharaan dari emas, maka siapa sahaja yang hadir di situ janganlah dia mengambil sesuatu pun dari harta tersebut” (HR Bukhari Muslim)
[Ada pihak yang menyatakan bahawa perkataan emas di dalam Hadis ini sebenarnya petroleum]

31. TIADA IMAM UNTUK SEMBAHYANG BERJEMAAH

Daripada Salamah binti al-Hurr r.a. Beliau berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda “Akan datang suatu zaman, pada waktu itu orang banyak berdiri tegak beberapa lama, kerana mereka tidak mendapatkan orang yang dapat mengimami mereka solat” (HR Ibnu Majah)

32. ULAMA YANG FASIH & FASIQ TIDAK DIPEDULIKAN

Daripada Sahl bin Saad as-Sa ‘idi r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda “Ya Allah! Janganlah Engkau menemukan aku dan mudah-mudahan kamu juga tidak bertemu dengan suatu zaman di mana para ULAMA sudah tidak diikuti lagi, dan orang yang PENYANTUN sudah tidak dihiraukan lagi. Hati mereka seperti hati orang Ajam (FASIQ), lidah mereka seperti lidah orang Arab (FASIH)” (HR Ahmad)

33. ISLAM TINGGAL NAMA, ULAMAKNYA JAHAT, MASJID INDAH TAPI HAMBAR

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. berkata: Telah bersabda Rasulullah saw.;

“Akan datang suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisan/adat resamnya. Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah/petunjuk. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kolong (naungan) langit. Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah ini akan kembali”.(H.R al-Baihaqi)

34. ISLAM MACAM PAKAIAN LUSUH, AL QURAN & ILMU DIHILANGKAN

Daripada Huzaifah bin al-Yaman r.a. berkata: Rasulullah s.a.w bersabda;

“Islam akan luntur seperti lusuhnya corak pakaian, sehingga orang sudah tidak mengerti apa yang dimaksudkan dengan PUASA, dan apa yang dimaksudkan dengan SOLAT dan apa yang dimaksudkan dengan SUSUK (ibadat) dan apa yang dimaksudkan dengan SEDEKAH. Dan al-Quran akan dihilangkan kesemuanya pada suatu malam sahaja, maka tidak tinggal dipermukaan bumi daripadanya walau pun hanya satu ayat.

Maka yang tinggal hanya beberapa kelompok daripada manusia, di antaranya orang-orang tua, laki-laki dan perempuan. Mereka hanya mampu berkata, “Kami sempat menemui nenek moyang kami memperkatakan kalimat “La ilaha illallah”, lalu kami pun mengatakannya juga”.

Maka berkata Shilah (perawi hadis daripada Huzaifah), “Apa yang dapat dibuat oleh La ilaha illallah terhadap mereka, sedangkan mereka sudah tidak memahami apa yang dimaksudkan dengan sembahyang, puasa, nusuk, dan sedekah”? Maka Huzaifah memalingkan muka daripadanya. Kemudian Shilah mengulangi pertanyaan itu tiga kali. Maka Huzaifah memalingkan mukanya pada setiap kali pertanyaan Shilah itu. Kemudian Shilah bertanya lagi sehingga akhirnya Huzaifah menjawab, “Kalimat itu dapat menyelamatkan mereka daripada api neraka” (HUZAIFAH memperkatakan jawapan yang bertentangan dengan SHILAH itu tiga kali).

VERSI RINGKAS

“Islam akan lenyap seperti hilangnya corak pada pakaian, sehingga orang tidak mengerti apakah yang dimaksudkan dengan puasa, apakah yang dimaksudkan dengan solat, apakah yang dimaksudkan dengan nusuk (ibadah), dan apakah yang dimaksudkan dengan sedekah. Al-Quran akan hilang semuanya pada suatu malam sahaja, maka tidak ada yang tertinggal di permukaan bumi ini darinya walaupun hanya satu ayat. Sesungguhnya yang ada hanya beberapa kelompok manusia, di antaranya orang tua, lelaki dan perempuan. Mereka hanya dapat berkata, Kami sempat menemui nenek moyang kami mengucapkan kalimat LAILAHAILLALLAH, lalu kami pun mengucapkannya juga” (HR Ibnu Majah)

35. LIMA BELAS FENOMENA AKHIR ZAMAN YANG MENYEBABKAN BALA

Hadis yang diriwayatkan oleh imam Tirmizi daripada Sayyidina Ali Maksudnya : ” Apabila umatku telah membuat 15 perkara maka BALA pasti akan turun kepada mereka. Lalu ditanya tentang apakah itu wahai Rasulullah? Jawab baginda :

[1] Apabila hasil kekayaan negara hanya beredar di kalangan golongan tertentu sahaja
[2] Apabila amanah dijadikan suatu sumber dalam mengaut keuntungan
[3] Zakat dijadikan hutang (bertangguh atau mengelak)
[4] Suami menurut sahaja kehendak isteri
[5] Anak derhaka terhadap ibunya
[6] Anak terlalu mementingkan kawannya
[7] Anak menjauhkan diri daripada bapanya
[8] Suara sudah ditinggikan dalam masjid
[9] Yang menjadi pemimpin di kalangan mereka ialah orang yang paling hina dari kalangan mereka
[10] Seseorang itu dipandang tinggi kerana ditakuti kejahatannya
[11] Arak sudah diminum secara terang-terangan di merata tempat
[12] Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki)
[13] Para artis disanjung tinggi
[14] Muzik (hiburan) banyak dimainkan
[15] Generasi akhir umat ini melaknat/menyalahkan generasi pertama (para sahabat)

36. LIMA MAKSIAT YANG DISEGERAKAN BALASANNYA

H.R Ibnu Majah, Daripada Ibnu Omar r.a. berkata: Berhadap/dipan Rasulullah saw. kepada kami kemudian beliau bersabda; “Wahai kaum Muhajirin, lima perkara kalau kamu telah dibalakan dengannya (telah mengerjakannya), maka tiada kebaikan lagi bagi kamu. Dan aku berlindung dengan Allah swt., semoga kamu tidak menemui masa itu. Perkara itu ialah:

1)    Tiada terzahir perzinaan pada suatu kaum sehingga mereka berani berterus terang melakukannya, kecuali mereka akan ditimpa penyakit Tha’un yang cepat merebak di kalangan mereka, dan mereka akan ditimpa penyakit-penyakit yang belum pernah menimpa umat-umat yang telah lalu.

2)    Dan tiada mereka mengurangkan sukatan dan timbangan, kecuali mereka akan dibalakan dengan kemarau dan susah mencari rezeki dan kezaliman daripada kalangan pepimpin mereka.

3)    Dan tiada menahan mereka akan zakat harta benda kecuali ditahan untuk mereka air hujan dari langit. Jikalau tiada ada binatang tentu mereka tidak akan diberi hujan oleh Allah swt.

4)    Dan tiada mereka mungkir akan janji Allah dan Rasulnya kecuali Allah akan menguasakan ke atas mereka musuh mereka, maka musuh itu merampas sebahagian daripada apa yang ada di tangan mereka.

5)    Dan apabila pemimpin-pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum Allah yang terkandung dalam al-Quran dan tidak mahu menjadikannya sebagai pilihan, maka Allah akan menjadikan peperangan di kalangan mereka sendiri “.

37. TERJADI KEHANCURAN BILA AMANAH DISIA SIAKAN

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: “Pada suatu masa ketika Nabi saw. sedang berada dalam suatu majlis dan sedang bercakap-cakap dengan orang yang hadir, tiba-tiba datang seorang A’rabi (Arab Badwi) dan terus bertanya kepada Rasulullah saw., “Bilakah akan terjadi hari qiamat?”. Maka Nabi saw. tetap meneruskan percakapannya. Maka sebahagian yang hadir berkata, “Baginda mendengar apa yang ditanyakan, tetapi soalan itu tidak disukainya”. Sementara yang lain pula berkata, “Bahkan beliau tidak mendengar pertanyaan itu”. Sehingga apabila Nabi saw. selesai dari percakapannya beliau bersabda, “Di mana orang yang bertanya tentang hari qiamat tadi ?” Lalu Arab Badwi itu menyahut, “Ya! Saya hai Rasulullah”. Maka Nabi saw. bersabda,

“Apabila amanah telah disia-siakan maka tunggulah hari qiamat”. Arab Badwi ini bertanya pula, “Apa yang dimaksudkan dengan mensia-siakan amanah itu”? Nabi saw. menjawab, “Apabila urusan diserahkan kepada yang bukan ahlinya maka tunggulah kedatangan hari qiamat”. (H.R Bukhari)

38. BERMEGAH-MEGAH DENGAN MASJID

Dari Anas bin Malik r.a. Bahawasanya Rasulullah SAW bersabda “Tidak terjadi hari Kiamat sehingga umatku bermegah-megah dengan bangunan masjid” (HR Abu Daud)

39. FITNAH AKIBAT BERLAKUN ZUHUD, MENGGADAIKAN AGAMA KERANA DUNIA

Daripada Abu Hurairah r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda

“Akan keluar pada akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka berpakaian di hadapan orang lain dengan pakaian yang dibuat daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud) untuk mendapat simpati orang ramai, dan perkataan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala. Allah SWT berfirman kepada mereka “Apakah kamu tertipu dengan kelembutanKu? Ataukah kamu terlalu berani berbohong kepadaKu? Demi kebesaranKu, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim (cendekiawan) pun akan menjadi bingung” (HR Tirmizi)

40. UMAT BERPECAH 73, YANG SELAMAT IALAH ASWJ

Daripada ‘Auf bin Malik r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda

“Umat Yahudi telah berpecah-belah menjadi 71 golongan, maka hanya 1 golongan sahaja yang masuk syurga dan yang 70 akan masuk neraka. Umat Nasrani telah berpecah belah menjadi 72 golongan, maka 71 golongan masuk neraka dan hanya 1 golongan sahaja yang masuk syurga. Demi Tuhan yang diriku di dalam kekuasaanNya, umatku akan berpecah belah menjadi 73 golongan, hanya satu golongan sahaja yang masuk syurga dan 72 akan masuk neraka. Sahabat bertanya “Golongan mana yang selamat?” Nabi SAW menjawab “Mereka adalah berjemaah (Ahlus Sunnah Wal Jamaah)” (HR Ibnu Majah)

41. LAHIRNYA MUHAMAD KE 2 ATAU IMAM MAHADI

Daripada Abdullah bin Mas’ud r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda: “Dunia tidak akan hilang (qiamat) sehinggalah bangsa Arab akan dikuasai oleh seorang lelaki daripada keluarga ku yang namanya sama dengan namaku”. – H.R Termizi

42. SEPULUH TANDA-TANDA KIAMAT YANG BESAR

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: “Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat”. Lalu Nabi saw. bersabda:

“Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya (barat), turunnya Isa bin Maryam a.s., Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab, yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”. (H.R Muslimi)

43. ORANG YANG ROSAK MENGATAKAN ORANG LAIN ROSAK
Daripada Abu Hurairah r.a. Bahawasanya Rasulullah SAW bersabda “Jika ada seseorang berkata, ramai orang telah rosak, maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka” (HR Muslim)

- TAMAT -

40 Hadith tentang Peristiwa Akhir Zaman ini dipetik dari buku yang telah di susun oleh Abu Ali Al Banjari An Nadwi (Ahmad Fahmi Zamzam) untuk renungan kita bersama. Isi kandung himpunan hadis ini di sedut dari http://www14.brinkster.com. Insya’allah dengan berkat keinsafan kita, dapat kita mengambil iktibar dengan kejadian masa kini, mudah-mudahan ia membawa petunjuk kepada orang-orang yang bertakwa.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10204760084582595&id=1251877796

Melihat Nabi - menjawab maza

Menjawab Kebatilan DR MAZA

بسم اللّه الرحمن الرحيم،

النصوص الشرعي في بيان رؤية النبي صلى اللّه عليه وسّلم في اليقظة.

Teks-Teks Syara' pada menyatakan kebenaran Al-yaqazah pada Waliyullah akan Baginda ShallahuAlaihiwasallam dan suatu jawapan kepada Dr Maza menyangkal dakwaan beliau....

Dewasa ini, kita digembar-gemburkan dengan kepelbagaian diversiti isu agama yang pada dasarnya hanya membawa kepada kecelaruan jika dihuraikan oleh mereka yang bukan keahlian bagi sesuatu ilmu dan perbahasan tersebut seperti isu Yaqazah para Waliyullah yakni melihat baginda ShallahuAlaihiwassallam dalam keadaan sedar secara total ataupun separa sedar, justeru sesungguhnya masalah ini bukanlah merupakan masalah Tasri'iyyah yang ditokok tambah dalam agama tetapi merupakan masalah Tafdhiliyyah yang menjadi kebingungan golongan wahabiyyah pada globalisasi kini mahupun mudun dahulu kerna mereka sendiri tidak dapat membezakan terminologi Hukum Aqal dan Hukum A'dat.

Perbezaan berkenaan Hukum Aqal dan Hukum Adat sebagaimana telah disebutkan terminologi tersebut oleh Allamah Al-imam Ibrahim Al-baijuri rahimahulloh dalam Syarah Al-baijuri Ala' Sanusiyyah dalam prinsip metodologi Ilmu Muqaddimah m/s (9/10) ;

١. ﺍﻟﺤﻜﻢ ﺍﻟﻌﺎﺩﻱ : ﻫﻮ ﺇﺛﺒﺎﺕ ﺃﻣﺮ ﻷﻣﺮ ﺃﻭ ﻧﻔﻴﻪ ﻋﻨﻪ ﺑﻮﺍﺳﻄﺔ ﺍﻟﺘﻜﺮﺍﺭ مع صحّة التخلّف فيه.

1. Yalni suatu keputusan (hukum) pada kebiasaannya berlaku (atau yang pernah berlaku/adat kebiasaan). Perkara yang sudah termaktub dengan sebab sudah berulang-ulang kali terjadi serta sah menyalahi dengan keputusan disebalik adat kebiasaan tersebut seperti sifat kenyang setelah makan, maka jika tidak makan maka tiadalah sifat kenyang tersebut dan tidak terbakar Nabi Ibrahim Alaihissalam sewaktu cube dibakar oleh Raja Namrud pada adat kebiasaan api tersebut bersifat dengan membakar dan menghangus.

٢. ﺍﻟﺤﻜﻢ ﺍﻟﻌﻘﻠﻲ : ﻫﻮ ﺇﺛﺒﺎﺕ ﺃﻣﺮ ﻷﻣﺮ ﺃﻭ ﻧﻔﻴﻪ ﻋﻨﻪ ﻣﻦ ﻏﻴﺮ ﺗﻮﻗﻒ ﻋﻠﻰ ﻭﺿﻊ.

2. Yakni suatu keputusan (hukum) yang memutuskan penetapan dan penafian berdasarkan logikal akal fikirannya yang membetuli (memuktamadkan) perkara-perkara yang difikirkan itu tanpa terhenti keputusan akal fikirannya pada suatu perkara tersebut seperti penciptaan makhluk/alam ini mesti ade sang penciptaNya yakni Allah Taala.

Telah berkata Al-imam Haramain Al-juwaini rahimhulloh ;

فمن لم يعرفه فليس له بعاقل

Yakni barangsiapa yang tidak dapat memahami hukum aqal tersebut maka tiadalah baginya aqal yang waras.

Sehubungan itu, maka jelaslah bahwa isu permasalahan Al-yaqazah para waliyullah ini termasuk dalam perkara yang disebut oleh para ulama' (خرق العادة المكملة للمعجزة) yakni perkara-perkara yang menjangkaui adat kebiasaan yang menyempurnakan maksud bagi Mu'kjizat para anbia' Alaihimussolatul wassalam dan sebagaimana ittifaq/telah bersepakat ulama' ASWJ tentang kebenaran Mu'kjizat para anbia' dan karomat para waliyullah kerna bahwa sanya Allah Taala itu Maha Berkuasa menciptakan sesuatu perkara.

الأدلّة الشرعي :

١. روى الامام البخاري في صحيحه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ((من رآني في المنام فسيراني في اليقظة فإن الشيطان لا يتمثل بي)) كما روى هذا الحديث مسلم صـ (١/١٥٢) وأبو داود في صحيحيهما.

• عن أبي هريرة قال : سمعت النبي صلى الله عليه وسلم يقول : " مَن رآني في المنام فسيراني في اليقظة ، ولا يتمثل الشيطان بي " .
رواه البخاري رقم ( ٦٥٩٢ ) ومسلم رقم ( ٢٢٦٦ ) .
زاد البخاري : قال ابن سيرين إذا رآه في صورته .

(ح) وفي رواية عند أحمد رقم ( ٣٤٠٠ ) : " فإن الشيطان لا يستطيع أن يتشبه بي " .

1. Telah diriwayatkan oleh Al-imam Al-bukhori dalam Sahihnya, Al-imam Muslim dalam Sahihnya m/s (1/152) dan dalam Sunan Abi Daud ;

Diriwayatkan daripada Sayyidina Abu Hurairoh radhiallahuAnhu ;

Telah mendengar oleh daku daripada baginda ShallahuAlaihiwasallam ; bersabda baginda ShallahuAlaihiwasallam ;       
“ Barangsiapa yang melihatku saat mimpinya, maka ia akan melihatku dalam keadaan sedarnya. Maka sesungguhnya Syaitan itu tidak dapat menyerupai akan diriku....”

Sedikit penambahan oleh Imam Bukhori rahimahulloh daripada Ibnu Sirrin dengan mafhum yang sama.

Diriwayatkan juga oleh Al-imam Ahmad Bin Hanbal rahimahulloh dalam Musnadnya dengan Lafaz Hadis sedikit berbeza pada Matan asalnya ;
" Yakni maka sesungguhnya Syaitan tidak akan mampu menyerupaiku (baginda nabi shallahuAlaihiwasallam)...

Berikut merupakan komentar/syarahan hadis riwayat Sayyidina Abu Hurairoh radhiallahuanhu berkenaan Al-yaqazah melalui kefahaman Jarh Wal Ta'adil yang sebenar daripada Al-hafiz Al-imam Ibnu Hajar Al-asyqolani rahimahulloh secara riwayat dan diroyat ;

• قال الحافظ ابن حجر :

وقد رويناه موصولاً من طريق إسماعيل بن إسحاق القاضي عن سليمان بن حرب - وهو من شيوخ البخاري - عن حماد بن زيد عن أيوب قال : كان محمَّد - يعني : ابن سيرين - إذا قصَّ عليه رجلٌ أنَّه رأى النَّبيَّ صلى الله عليه وسلم قال : صِف لي الذي رأيتَه ، فإن وَصف له صفةً لا يعرفها قال : لم تره ، وسنده صحيح ، ووجدتُ له ما يؤيِّده فأخرج الحاكم من طريق عاصم بن كليب حدثني أبي قال : قلتُ لابن عباس رأيتُ النَّبي صلى الله عليه وسلم في المنام ، قال : صِفه لي ، قال ذكرتُ الحسن بن علي فشبَّهتُه به ، قال : قد رأيتَه ، وسنده جيد .

" فتح الباري " ( ١٢/٣٨٣-٣٨٤ ) .

Telah berkata Al-hafiz Ibnu Hajar dalam Syarah Fathul Barri m/s (12/383-384) ;

Telah diriwayatkan kepada kami secara bersambung daripada jelujur/jalinan sanad Qadhi Ismail Bin Ishak daripada Sulaiman Bin Harb (salah seorang guru Imam Bukhori) daripada Hammad Bin Zaid Bin Ayyub (Ibnu Sirrin) sebagai sokongan penriwayatan hadis riwayat daripada Sayyidina Abu Hurairoh tersebut ; telah berkata beliau bahwa sanya baginda nabi ShallahuAlaihiwasallam telah mengisahkan tentang seorang lelaki yang telah bermimpikan baginda shallahuAlaihiwasallam ketika tidurnya, maka sabda baginda sifatkanlah olehmu apa yang kamu lihat dalam mimpimu?, lalu beliau menceritakan kepada baginda tentang sifat-sifat baginda di mana baginda shallahuAlaihiwasallam sendiri tidak dapat mengecaminya...

Telah ditashihkan sanad hadis diriwayatkan oleh Ibnu Sirrin ini sebagai Sohih, bahkan didapati juga daripada Al-imam Al-hakim dan ditakhrijkan hadis tersebut oleh beliau sendiri rahimahulloh daripada jalinan sanad A'asim Bin Kulaib telah diriwayatkan oleh bapaku, katakanlah kepada Sayyidina Abdullah Bin Abbas radhiallahuAnhuma, bahwa sanya aku telah melihat baginda shallahuAlaihiwasallam dalam mimpiku, lalu berkata Sayyidina Ibnu Abbas sifatkalah ciri-ciri baginda kepada daku, lalu aku berkata sesungguhnya telah bersamaan wajah baginda shallahuAlahiwasallam dengan cucu baginda Sayyidina Hassan Bin Ali, lalu berkata Sayyidina Ibnu Abbas maka benarlah ape yang kamu telah lihat, ditashihkan hadis ini sebagai jayyid.

وأما من يقول إنه صلى الله عليه وسلم يأتي بكل صورة ، ويستدل على ذلك بما أخرجه ابن أبي عاصم عن أبي هريرة قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : " مَن رآني في المنام فقد رآني فإنِّي أُرى في كل صورة " : فحديث ضعيف .

Adapun hadis yang dhaif melalui jalinan sanad Abi A'asim ditakhrijkan oleh anaknya daripada Sayyidina Abu Hurairoh adalah hadis berkenaan didatangi baginda ShallahuAlaihiwasallam dalam mimpi dalam apa jua bentuk dan rupa dengan mafhum sabda baginda shallahuAlaihiwasallam, " Barangsiapa yang dapat melihatku dalam tidur, maka sesungguhnya ia telah dapat melihatku dalam apa jua bentuk dan rupa.

• قال الحافظ ابن حجر :

وفي سنده صالح مولى التوأمة ، وهو ضعيف ؛ لاختلاطه ، وهو مِن رواية مَن سمع منه بعد الاختلاط .

" فتح الباري " صـ ( ١٢/٣٨٤ ) .

Dibuktikan lagi oleh Al-hafiz Ibnu Hajar dalam Syarah Fathul Barri m/s (12/384) ;

Yakni pada sanad Solih Mawla At-taua'matiyy adalah dhaif disebabkan wujud nye percampuran pada isnadnya.
• قال الحافظ ابن حجر :

وقوله " لا يستطيع " يشير إلى أن الله تعالى وإن أمكنه مِن التصور في أي صورة أراد ؛ فإنه لم يمكنه من التصور في صورة النَّبي صلى الله عليه وسلم ، وقد ذهب إلى هذا جماعة...

" فتح الباري " صـ (١٢/٣٨٦) .

Bahkan riwayat Hadis Al-yaqazah yang ditakhrijkan oleh Al-imam Ahmad Bin Hanbal rahimahulloh sendiri pada lafz hadis ' لا يستطيع ' itu menunjukkan bahwa sanya Allah Taala berkuasa menjadikan Syaitan dalam apa sahaja rupa dan bentuk yang ia kehendaki, namun Allah Taala menegah ia berupa sebagaimana baginda shallahuAlaihiwasallam dan ini adalah pendapat Jumhur Ulama', Syarah Fathul Barri m/s (12/386).

Jelas!!!

Wujud kontradiksi pemahaman nas hadis riwayat Sayyidina Abu Hurairah berkenaan Al-yaqazah dengan apa yang didakwa oleh Maulana Asri, Siapakah Maulana Asri adakah beliau Muhaddisin Jarh Wal Ta'adil lebih ulung daripada Alhafiz Ibnu Hajar Al-asyqolani rahimahulloh???.

• وأخرج الطبراني مثله من حديث مالك بن عبد الله الخثعمي ومن حديث أبي بكرة صـ (٥/٢٤٣)، وأخرج الدارمي مثله من حديث أبي قتادة صـ (٢/٣٠١)، وأحمد صـ (٥/٣٦٠)…

Bahkan Hadis riwayat Sayyidina Abu Hurairah radhiallahuAnhu ini telah ditakhrijkan oleh Al-imam At-tabari sebagaimana riwayat Malik Bin Khas'amiyy dan riwayat Abi Bakrah m/s (5/243), juga ditakhrijkan oleh Al-iman Ad-darimi rahimahulloh melalui riwayat Abi Qatadah m/s (2/301), dan Al-imam Ahmad Bin Hanbal dalam Musnadnya m/s (5/360).

• قال العلامة ابن الأثير في كتابه (النهاية في غريب الحديث والأثر) : اليقظة قد تكرر في الحديث ذكر اليقظة والاستيقاظ وهو الانتباه من النوم. فهذا حديث صحيح صريح لا يقبل التأويل. صـ (٥/٤٨-٤٩).

Dinukilkan daripada Allamah Ibnu A'thir dalam An-nihayah Fil Gharibil Hadis Wal As'thar m/s (5/38-39) ;

Yakni Al-yaqazah yang berulang-ulang kali diucapkan dalam hadis adalah keadaan yang jaga dan sedar daripada mimpi bahkan dihukumkan hadis riwayat Sayyidina Abu Hurairah radhiallahuAnhumaa ini sebagai Sohih dan Sorih tidak berhajat kepada pentakwilan yang spesifik.

٢. سئل الفقيه العلامة ابن حجر الهيتمي في كتابه (الفتاوي الحديثة) صـ (١/٢١٢) وذكر أيضا في الحاوي صـ (٢/٢٥٨) : سئل هل ممكن رؤية النبي صلى الله عليه وسلم في اليقظة فأجاب: أنكر ذلك جماعة وجوزه آخرون وهو الحق وقد أخبربذلك جماعة من الصالحين واستدل بحديث البخاري (من رآني في المنام فسيراني في اليقظة) أي بعين رأسه...

2. Telah dinukilkan oleh Allamah Al-imam Ibnu Hajar Al-haitami rahimahulloh dalam Fatawa Al-haadisah m/s (1/212) dan juga disebut dalam Al-hawi m/s (2/258) ;

Telah diajukan persoalan berkenaan adakah mungkin dapat melihat baginda nabi shallahuAlaihiwasallam secara Yaqazah (sedar/separa sedar)?, maka dijawab oleh beliau, sesungguhnya telah menginkari kenyataan demikian oleh golongan terdahulu dikhuatiri wujud dakwaan sewenang-wenangnye oleh mereka yang tidak bertanggunjawab sebaliknya menyokong golongan As-solihin dengan kejadian demikian (Al-hawi) dan disokong kenyataan ini oleh golongan kemudian berdasarkan Hadis riwayat Sayyidina Abu Hurairah radhiallahuAnhu dan pendapat ini adalah yang sebenar.

٣. وقال صاحب رسالة (الموقظة فى رؤية الرسول صلى الله عليه وسلم فى اليقظة) : هل يمكن الاجتماع بالنبي والتلقي منه فى اليقظة ؟ نعم يمكن ذلك، فقد صرح بأن ذلك من كرامات الأولياء الغزالي والبارزي والتاج السبكي والعفيف اليافعي من الشافعية والقرطبي وابن أبي جمرة من المالكية.

3. Telah dinukilkan dalam Ar-risalah Al-mauqi'zoh Fil Ru'yatil Rasul ShallahuAlaihiwasallam Fil Yaqazoh ;

Yakni adakah mungkin dapat berjumpa dengan baginda nabi shallahuAlaihiwasallam dalam keadaan sedar?, maka telah berkata musonnif (pengarang) kitab tersebut, ya mungkin bahkan telah ditasriihkan demikian adalah salah satu daripada karamah para waliyullah yang wajib dpercayai sebagaimana dinukilkan oleh Al-imam Abu Hamid Al-ghazali, Al-imam Al-barazziy, Al-imam Tajuddin As-subki, Syeikh Afifi Al-ya'iifiyy Al-syafie, Al-imam Al-qurtubi, dan Al-hafiz Ibnu Abi Hamzah Al-maliki....

٤. ونقل عن الحافظ البغوي : قال ابن بطّال : قوله ( فسيراني في اليقظة ) يريد تصديـق تلك الرؤيا في اليقظة وصحتها وخروجها على الحق وليس المراد أنه يراه في الآخرة لأنه سيراه يوم القيامة في اليقظة فتراه جميع أمته من رآه في النوم ومن لم ير منهم...

4. Telah dinukilkan oleh Al-hafiz Al-baghawiyy rahimahulloh daripada Ibni Battal rahimahulloh telah berkata ;

Yakni dimaksudkan pada lafaz hadis riwayat Sayyidina Abu Hurairah RadhiallahuAnhu ( فسيراني في اليقظة ) adalah dikehendaki membenarkan kenyataan demikian yakni kemungkinan dapat melihat baginda shallahuAlaihiwasallam secara sedar, bahkan telah ditashihkan dan ditakrijkan hadis ini oleh sebilangan daripada ulama', bukanlah dimaksudkan dalam hadis ini bahwa sanya kita hanya dapat melihat baginda dengan mata yang kasar ini pada hari kiamat kelak sahaja, bahkan dapat dilihat oleh kesemua ummat baginda bagi sesiapa yang menghendaki melihat baginda ketika tidur dan sebagainya....

٥. وقال ابن الحاج المالكي في (المدخل) : وقلّ من يقع له ذلك الأمر، إلاّ من كان على صفة عزيز وجودها في هذا الزمان بل عدمت غالباً، مع أننا لا ننكر من يقع له هذا من الأكابر الذين حفظهم الله تعالى في ظواهرهم وبواطنهم.

5. Telah dinukilkan daripada Ibnu Al-hajj Al-maliki dalam Al-madkhal ;

Yakni sedikit sahaja mereka yang melibatkan diri dalam perkara demikian (Yaqazah) kecuali pada diri mereka tersebut mempunyai sifat yang mulia sebagaimana salafussoleh dahulu pada zaman kini bahkan dikatakan sudah hilang golongan ini pada ghalibnya, kami tegaskan disini bahwa sanya kami tidak mengingkari karamat mereka yang tinggi maqamnya secara lahiriah dan harfiah (batiniyyah) kepada Allah Taala....

٦. قال الإمام السيوطى فى (تنوير الحلك في إمكان رؤية النبى والملك) : فقد كثر السؤال عن رؤية أرباب الأحوال للنبي صلى الله عليه وسلم في اليقظة وإن طائفة من أهل العصر ممن لا قدم لهم في العلم بالغوا في إنكار ذلك والتعجب منه وادعوا أنه مستحيل فألفت هذه الكراسة في ذلك وسميتها....

6. Telah berkata oleh Al-imam Jalaluddin As-suyuthi dalam Tanwirul Al-halk Fil Imkanil Ru'yatil Nabiyy ;

Yakni telah datang begitu banyak persoalan khusus mereka pada hari ini tiadalah keahlian bagi mereka akan ilmu menafikan dapat melihat baginda ShallahuAlaihiwasallam, bahkan ta'ajub mereka dan mengatakan bahwa sanya ini adalah perkara mustahil maka aku telah mengarang lembaran yang ringkas pada menjawab persoalan demikian....

٧. قال الإمام الشعراني رحمه الله تعالى في الطبقات الصغري في ترجمة الشيخ شهاب الدين البلقيني صـ (٦١) :

وكذلك بلغنا أنه كان يجتمع بالنبي صلى الله عليه وسلم يقظة ويحادثه ، أي بجتمع به في حالة بين النائم واليقظان كما هو مقرر في تأويل كلام القوم اهـ....

7. Telah dinukilkan oleh Al-imam As-sya'raniyy rahimahulloh dalam Thabaqat As-sughra m/s (61) ;

Yakni dan telah sampai kepada kami akan kebenaran kenyataan kemungkinan dapat berjumpa dengan baginda nabi shallahuAlaihiwasallam sama ada ketika tidur atau sedar/jaga...

٨. وقال الشيخ محمد بن علوى المالكى في كتابه (الذخائر) صـ (١٤٦) : إن رؤيا النبي صلى الله عليه وسلم ممكن لعامة أهل الأرض في ليلة واحدة، وذلك لأن الأكوان مرايا، وهو صلى الله عليه وسلم كالشمس إذا أشرقت على جميع المرآيا ظهر في كل مرآة صورتها، بحسب كبرها وصغرها، وصفائها وكدرها، ولطافتها وكثافتها... الخ .

8. Telah dinukilkan oleh Al-marhum Syeikh Dr Muhammad Al-alawi Al-maliki rahimahulloh dalam Az-zakhair m/s (146) ;

Sesungguhnya melihat baginda rasulullah ShallahuAlaihiwasallam adalah bukan perkara yang mustahil bagi kesemua penduduk bumi semalam, kerna baginda shallahuAlaihiwasallam padanya kelihatan seperti mega cahaya matahari yang gemerlapan, mezahirkan penglihatan padanya dengan rupanya, saiznya, sifatnya shallahuAlaihiwasallam...

٩. فقد إتفق علماء أهل السنة والجماعة التصديق بكرامات الأولياء ، ما يجري الله على أيديهم من خوارق العادات في أنواع العلوم والمكاشفات وأنواع القدرة والتأثيرات كالمأثور عن سائر الأمم. مجموع الفتاوي لإبن تيمية.

9. Bahkan dinukilkan oleh Ibnu Taimiyyah rahimahulloh sendiri dalam Majmu' Fatawanya ;

Yakni telah bersepakat Ulama ASWJ tentang kebenaran karamat para waliyullah, dengan ape yang dikurniakan oleh Allah Taala kepada mereka yang mejangkaui batas akal fikiran dan adat kebiasaan, dan ini adalah satu bahagian perbahasan dalam Ilmu Tasauf Mukasyafah....

Konklusinya, sudah terang lagi bersuluh wujud kontradiksi pandangan beliau (Dr Maza) dengan pandangan Ulama'-ulama yang muktabar dalam Mazhabiyyah bahkan dengan Imam pujaannya sendiri Ibnu Taimiyyah tentang kebenaran Al-yaqazah para waliyullahh akan baginda rasulullah ShallahuAlaihiwasallam...

#من_لم_يذوق_ولم_يدري

Wallahua'lam...
Intaha,
Ibnuqassemalkelantany/
@salafytobat93

Ahlussunnah Wal Jamaah Research Group - Johor
Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia - Aswaja Pondok Zawiyah Rumi Sufi Jawi PU Faiz Fans Club

(Admin)

#RumiSufiJawi