Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Wednesday, March 28, 2018

Ust Budak bagaimana ulama mengambil hukum bukan sembarangan

Syeikh Tajuddin Pengasas Pondok Melele Kedah


AyobHussin Pulau Keramat shared Ustaz Yusra - Triple Y'sphoto.
Just now

"1 HARI 1 ULAMA siri 12"
Gambar kenangan Syeikh Tajuddin Pengasas Pondok Melele Kedah 

BIODATA AL-MARHUM SYEIKH TAJUDIN BIN SYEIKH ABDUL RAHMAN AL-JARUMI
Al Marhum Dato’ Haji Tajudin dilahirkan di belakang Kilang Ais, Seberang Perak, Alor Setar, Kedah Darul Aman, pada 27 Ramadhan 1343H (18 Sept 1924M). Nama penuh beliau ialah Syeikh Tajudin bin Sheikh Abdul Rahman Al Jarumi. Bagaimanapun beliau lebih dikenali dengan berbagai panggilan bersesuaian dengan sikap, sifat dan kebolehan serta pribadi yang dimilikinya. Panggilan-panggilan seperti Tok Ayah, Tok Guru merupakan dua panggilan yang begitu sinonim terutama bagi murid-murid dan masyarakat setempat.

Beliau adalah anak Sheikh Abdul Rahman yang ke 8 daripada 11 orang adik beradik. Beliau juga mempunyai 2 orang saudara seibu. Gelaran Al Jarumi adalah disabitkan dari gelaran neneknya Tok Sheikh Jarum (1849 -1911) iaitu salah seorang ulamak yang terkenal di Kedah dan Nusantara pada abad yang ke 19 juga merupakan guru kepada baginda Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Nama sebenar Tok Sheikh Jarum ialah Sheikh Idris bin Jamaluddin bin Sheikh Abdul Latif bin Sheikh Shamsuddin bin Sheikh Muhammad Faqih bin Sheikh Muhammad Yasin bin Sheikh Ibrahim Al Hadrami bin Sheikh Ibar al Hadrami al Jarmi atau lebih dikenali umum sebagai Sheikh Jamaluddin al Kubro.

Manakala bapa beliau juga adalah seorang ulamak yang terkenal di Alor Setar iaitu Sheikh Abdul Rahman Al Jarumi yang telah membuka pondok di Batu 1, Jalan Sungai Korok, Alor Setar. Beliau juga menjadi guru kepada Baginda Sultan Abdul Hamid dan Sultan Badlishah serta kerabat-kerabat. Ibu beliau Nik Rahmah (Nik Doh) binti Nik Abdul Manaf adalah seorang guru Al Quran dan merupakan kerabat Raja Teluban salah sebuah Wilayah di Patani.

Semasa zaman kanak-kanak beliau memperolehi pendidikan rendah dipondok ayahnya sendiri iaitu di pondok Batu 1. Di samping belajar menulis dan membaca beliau juga diajar menghafaz matan dan fardhu ‘ain.Manakala pelajaran Al Quran adalah diperolehi dari ibunya sendiri iaitu Nik Doh iaitu seorang guru Al Quran dan tajwid yang masyhur.

Setelah mencapai usia remaja iaitu ketika berumur 10 tahun beliau dihantar oleh ayahnya ke Mekah untuk melanjutkan pelajaran menengah dan tinggi. Ketika di Mekah beliau dihantar belajar di Sekolah Tinggi Darul Ulum. 3 tahun (1933-1935) peringkat menengah rendah dan 4 tahun peringkat menengah atas (1936-1942). Menyambungkan pelajaran peringkat tinggi selama 2 tahun (1943-1944) hingga mendapat syahadah ‘Aliah iaitu sijil tertinggi di Mekah pada masa itu. Beliau juga mendalami ilmu-ilmu agama di Masjid Al Haram Mekah selama 3 tahun iatu (1943-1945).

Ketika di Darul Ulum beliau mempelajari ilmu-ilmu agama, Bahasa Arab, dan pelajaran lain seperti Mantik, Matetamatik dan Sains. Di antara pelajaran-pelajaran agama yang beliau pelajari di sini termasuklah Feqah, Faraid, Usul Feqah, Qawaid Feqah, Tafsir, Ulum Quran, Hadis, Mustolah, Tauhid, dan Sejarah Islam. Manakala pelajaran-pelajaran Bahasa Arab pula ialah Nahu, Sorof, Insyak, Mutolaah, ‘Arudh, Nusus, Adab dan Balaghah. Ketika di masjid Al Haram pula beliau mendalami ilmu Feqah, Usul Feqah, Tauhid, Tafsir, Hadis dan Tasawuf dan sempat bermulazamah dengan beberapa guru terkenal. Beliau merupakan seorang pelajar yang pintar kerana semasa pengajian diperingkat menengah beliau sudah mampu merujuk kitab-kitab Arab mu’tabar. Semasa di dalam kelas beliau digelar oleh gurunya Sheikh Muhammad Yasin Al Fadani dan rakan-rakannya sebagai Taj as-Asubki kerana kebolehan beliau yang tinggi dalam membaca dan memahami dengan baik dalam pelajaran Usul Feq ketika mempelajari dan mengkaji kitab usul Feq yang mashur iaitu Jam’u al Jawami’ karya Imam Tajuddin As-Subki ialah ulama’ besar dalam ilmu perundangan Islam. Kitab ini menjadi rujukan utama di pusat-pusat pengajian tinggi hingga sekarang ini.

Semasa di Mekah beliau sempat berguru dengan Muhaddis Hijaz Al Hafiz Syeikh Omar Hamdan Al Mahrisi, Sheikh Ali Husain Al Maliki, Sayyid ‘Alawi bin Sayyid Abbas Al Hasani, Syeikh Hasan Al Masyalt, Syeikh Ahyad Al-Jawi, Sheikh Shafie Kedah, Sheikh Ismail Abdul Qadir Al Fatoni, Sayyid Muhammad Amin Al kutbi, Sheikh Muhammad Yasin Isa Al Fadani Al Makki, Sheikh Zain Al Boyani, Sheikh Yaakub bin Abdul Qadir Al Mandili dan Sheikh Husain Abdul Ghani Al Falimbani.

Beliau sempat bermulazzamah dengan gurunya yang terkenal iaitu al ‘Allamah Al-Musnid Muhammad Yasin Isa Al Fadani Al Makki iaitu ‘ulamak Hadis dan Sanad yang masyhur di Makkah al Mukarromah. Dengan beliaulah Dato’ Haji Tajuddin menerima ijazah sanad-sanad Hadis dan kitab-kitab Mu’tabar yang menjadi sumber rujukan di dalam ilmu-ilmu Islam. Walaupun selepas menghabiskan pengajian di Mekah dan pulang ke tanah air, namun beliau sentiasa berhubung dengan gurunya itu. Syaikh Muhammad Yasin melantik beliau sebagai wakilnya di Malaysia untuk menyampaikan sanad-sanad beliau semasa musim haji tahun 1970M.

Dari sudut pribadi Dato’ Haji Tajudin adalah seorang yang lemah lembut, peramah dan mudah mesra dengan sesiapa sahaja yang menziarahinya. Beliau adalah seorang yang kuat beribadat. Beliau banyak menghabiskan masa hidupnya dengan mengajar dan merujuk kitab-kitab. Di samping itu beliau sentiasa meluangkan masanya mendidik dan menasihati anak-anaknya.

Apabila kita memperkatakan mengenai pribadi Dato’ Haji Tajuddin, adalah tidak sah jika tidak menyebut Madrasah Nahdhah Hasanah Melele kerana beliaulah orangnya yang bertanggung jawab mendirikan sebuah madrasah atau sekolah agama yang terkenal sekarang. Setelah pulang dari Mekah pada awal tahun 1946 dalam usia 21 tahun beliau berkahwin dengan Puan Siti Zubaidah binti Ismail 18 tahun.

Perkahwinan ini menghasilkan 9 orang cahaya mata. Sesungguhnya ketentuan hidup dan mati itu di tangan Allah. Anak ketiga beliau Faiqah meninggal dunia ketika berumur 4 tahun setelah terjatuh ke dalam perigi berdekatan dengan rumahnya. Ini merupakan cabaran yang paling perit beliau, ketika baru membuka pondok di Melele. Anak beliau yang masih ada ialah lapan orang iaitu: Fauziah, Ahmad Shafik, Ahmad Najib, Saulah, Mahmud Pathi, Zakiah, Mohd Jamil Sadaqi dan Muhammad Farid Wajdi. 7 orang anaknya telah mencecahkan kaki ke pusat pengajian tinggi. Daripada itu tiga daripadanya telah berjaya mencapai ke peringkat ijazah Sarjana atau Master.

Pada Tahun 1946 beliau mula mengasaskan Madrasah Nahdhah Hasanah.Melele. Beliau dilantik oleh penduduk-penduduk setempat menjadi mudir yang pertama hingga sekarang. Pendorong utama beliau untuk menerima jawatan ini ialah ayahnya sendiri Sheikh Abdul Rahman dan isterinya Siti Zubaidah.

Keadaan di Melele pada masa itu sangat mencabar di mana ia dipenuhi dengan hutan belentara, sunyi pada waktu malam hanya terdengar bunyi cengkerik dan binatang buas serta tiada kemudahan asas seperti elektrik dan air. Rumah yang mula-mula di duduki adalah pondok kecil hanyalah bertiang dan berlantai kayu bulat, berdinding pelepuh dan beratap rumbia. Keadaan masyarakat pula kebanyakan daripada mereka mengamalkan kepercayaan tahyul, tok keramat, khurafat dan syirik. Keramat Tok Melele dipuja apabila datang musim menuai. Berjudi laga ayam dan kerbau adalah amalan kebiasaan penduduk pada masa itu malah mempunyai gelanggang sendiri.

Bermula dari cabaran inilah beliau mengatur stragegi untuk mengubah keadaan fizikal kawasan dan mengubati kepincangan yang berlaku di dalam masyarakat. Walaupun keadaan yang sukar dan amat berlainan pula dengan apa yang dialaminya dengan kesedapan hidup di bandar Alor Setar dan di Mekah beliau tetap bersabar.

Berkat kesabaran dan kesungguhan, sekarang alhamdulillah, Madrasah Nahdhah Hasanah telah berjaya berdiri megah sama tinggi dengan irama masyarakat moden dan sekarang mempunyai 1,000 orang penuntut. Di antara anak didik Madrasah Nahdhah Hasanah yang telah menghabiskan pengajian di Madrasah ini dan telah mecapai kedudukan yang cemerlang di dalam masyara ialah Dato’ Sheikh Yahya bin Jusuh YDP Majlis Agama Kedah sekarang dan Prof Dr. Wan Salim bin Wan Muhamad Nor pensyarah USM. Ramai daripada pelajar-pelajar madrasah ini telah menjawat pelbagai jawatan penting di dalam masyarakat dan kerajaan.

Pada peringkat awal penubuhan Madrasah Nahdhah Hasanah adalah sungguh mencabar kerana terpaksa berjalan berbatu-batu merentasi hutan, paya dan sungai untuk berdakwah sambil memperkenalkan sekolah yang baru ditubuhkan, untuk mendapat sokongan moral dan wang ringgit. Pembantu beliau yang sama-sama berjuang untuk membangunkan Madrasah ialah Tuan Imam Lebai Salleh iaitu Imam Masjid Melele, dan beberapa orang lagi.
Selain daripada menumpukan pengajaran di sekolah atau pondoknya, beliau juga mengajar di beberapa tempat. Sekarang beliau masih mengajar di surau Kerabat Diraja di Alor Setar. Selain daripada itu, kelas umumi dan tafaqquh yang masih berjalan ialah di surau Madrasah Nahdhah Hasanah. Di antara kitab yang beliau guna di dalam pengajaran beliau ialah kitab Syarah Al Hikam Ibnu Atoillah karangan Tokku Pulau Manis, Minhaj Al ‘Abidin karangan Imam Al Ghazali, Bughuyah At Tullab karangan Sheikh Daud Al Fatoni, Kasyhful Al Litham karangan Sheikh Zainal Abidin Al Fatoni, Siarus As Salikin karangan Sheikh Abdul Samad Al Falimbani, Aqidah An Najin karangan Sheikh Zainal Abidin Al Fatoni, Hidayah As Salikin karangan Sheikh Abdul Samad Al Falimbani, Sabilul Al Muhtadin karangan Sheikh Muhammad Irshad Al Banjari dan Bakurah Al Amani Sheikh Ismail Abdul Kader Al Fatoni yang merupakan kitab-kitab Jawi.

Manakala kitab berbahasa Arab pula ialah Majmu’ An Nawawi Syarah Al Muhazzab karangan Iman Nawawi, Jam’u al Jawami’ karangan Imam Tajuddin as Sabki, Al Hikam Ibnu Atoillah Syarah Ibnu ‘Ibbad, Ihya Ulum ud Din karangan Imam Al Ghazali, Tafsir Ibnu Kathir dan Riadus As Solihin karangan Imam Nawawi.

Setelah berdakwah secara lisan serta menglibatkan diri dalam dakwah dan keagamaan sama ada peringkat negeri atau kebangsaan, beliau juga terlibat dalam penghasilan karya-karya penulisan.

Di antara murid-murid beliau hasil daripada pendidikan di sekolah Nahdhah Hasanah ialah Al-Masnid Syeikh Fuad Kamaludin Al-Rembawi, Ustaz Hashim Ishak Timbakan Pengetua Sekolah Nahdhah Hasanah, Yang Amat Arif Dato' Syeikh Yahya Jusuh Hakim Besar Mahkamah Syariah Negeri Kedah, Prof Dr Wan Salim Wan Mohd Nor, Pensyarah USM, Prof Dr Rusni Samah Dekan USIM, Syeikh Abdullah Ahmad Bahagian Fatwa Jskim, Syeikh Sobri Arsyad Tok Guru Pondok di Pulau Pinang, Ustaz Roslan Che Ros Pegawai Jabatan Agama Islam Pulau Pinang, Ustaz Alias Ahmad Pensyarah Darul Quran JAKIM, Syeikh Azian Man Al-Hafiz, Imam Besar Masjid USJ 9, Subang Jaya, Ustaz Helmi Al-Hafiz Pensyarah KITAB, Tuan Guru Haji Abdul Rahman, Pengetua Sekolah Agama Ban Klong, Thailand dan ramai lagi yang tidak dapat disebut disini.

Beliau juga mempunyai murid-murid pengajian kitab turas di antara murid-murid beliau yang aktif dalam pengajaran kitab Turas ialah Tuan Guru Haji Osman PondokTeluk, Bukit Pinang, Tuan Guru Haji Ibrahim Lepai, Ustaz fadhil Hasan Padang Perahu, Tuan Guru Haji Radi Had Padang Perahu dan lain-lain.

Antara karya-karya beliau berbentuk penulisan ialah:

1- Rahsia Sembahyang – terbitan Majlis Agama Islam Kedah
2- Doa’ Pagi Dan Petang – terbitan Majlis Agama Islam Kedah
3- Perhimpunan Ibadat Qiyamullail – terbitan Majlis Agama Islam Kedah
4- Rahsia Haji – diterbitkan sendiri untuk kuliah ibadat haji beliau.
5- Dan beberapa risalah lain.

Selain daripada menumpukan pengajaran di Madrasah secara formal dan umumi beliau juga melibatkan diri di dalam kegiatan-kegiatan lain iaitu:

1- Ahli Majlis Agama Islam Negeri Kedah – semenjak 1960an hingga 2000.
2- Ahli Jawatankuasa Zakat Negeri Kedah – semenjak 1970an hingga 2000.
3- Ahli Majlis Fatwa Negeri Kedah – semenjak 1980an hingga 2000.
4- Ahli Jawatankuasa Ibadat Haji, Lembaga Urusan Tabung Haji - 1994 hingga 2000.
5- Pakar Rujuk Ibadah Haji di Mekah – 1995 hingga 2000
6- Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan – 1995 hingga 1999
7- Ahli Majlis Agama Kebangsaan – 1995 hingga 1999

Anugerah-anugarah:

Di atas jasa bakti yang beliau curahkan beliau dianugerahkan dengan berbagai-bagai gelaran dan pingat iaitu :

1- Pingat Jasa Kebaktian PJK, oleh DYMM Sultan Kedah – tahun 1969.
2- Ahli Mahkota Kedah AMK, oleh DYMM Sultan Kedah – pada 10/1/1980.
3- Ahli Mangku Negara AMN oleh Yang Dipertuan Agung – pada 4/6/1980.
4- Dato’ bergelar Dato’ Mursyid Diraja oleh DYMM Sultan Kedah – pada 17/1/1988.
5- Anugerah Pendidik Jaya Negeri Kedah – pada Hari Guru tahun 1991.
6- Anugerah Perkhidmatan Cemerlang oleh Majlis Agama Islam Negeri Kedah – tahun 1993.
7- Darjah Kebesaran Negeri Kedah iaitu DSDK (Dato’ Setia Diraja Kedah) oleh DYMM Sultan Kedah - pada 23/1/1994.
8- Anugerah Tokoh Guru Kubang Pasu - pada 23 Mei 1998.
9- Bintang Kebesaran Orang Besar Enam Belas – Hari Keputraan DYMM Sultan Kedah tahun 2000.
10- Tokoh Maal Hijrah 1421H/ 2000M peringkat negeri Kedah.

Akhir sekali satu keistemewaan yang terdapat pada beliau ialah mengenai kebolehan beliau dalam mengaplikasi komputer. Sejak hujung tahun 1980an beliau sudah menggunakan set komputer pribadi sendiri. Beliau adalah seorang yang mahir dalam menggunakan beberapa perisian komputer di antaranya ialah perisian Macintosh Mac Draw. Tauladan yang ditunjukkan kepada kita bermakna usia yang tua bukan menjadi penghalang untuk seseorang untuk menguasai bidang teknologi terutamanya teknologi maklumat atau komputer asalkan diri dipupuk dan melaksanakan usaha tanpa putus asa.

Perginya Al Marhum membawanya banyak kenangan dan pengajaran kepada kita. Kematian seorang ulama’ besar ini amat menyusuk hati insan yang beriman. Teriak tangis ada di mana-mana bagaikan terpadamnya sebuah nur yang menerangi alam. Al Marhum bukan sahaja membawa ilmu pengetahuan dan pengajaran kepada kita tetapi juga membawa barkat, rahmat dan perlindungan daripada Allah kepada kita semua. Bagaimanapun beliau telah berwasiat kepada sahabat-sahabat beliau dan kepada kita semua agar meneruskan perjuangan dan berjihad dengan penuh ikhlas untuk memartabatkan ilmu dan meninggikan syiar Islam. Wasiat rasmi beliau yang terakhir ialah Sheikh Farid Wajdi sebagai mudir, Shekh Harun Jasin mengurus hal-ehwal akademikdan Ustaz Jamil Al-Jarumi mengurus al-ehwal pentadbiran dan pembangunan Madrasah Nahdah Hasanah. Marilah kita bersama-sama membai’at mereka bertiga yang akan menerajui Madrasah Nahdah Hasanah. Al Marhum sentiasa berdoa’ agar Madrasah Nahdhah Hasanah mencapai kejayaan dan barkat. InsyaAllah semoga kita sama-sama berusaha dan berganding bahu untuk mencapai kejayaan.

Al-Fatihah... Allahyarham Syeikh Tajuddin bin Syeikh Abdul Rahman. Dato' Mursyid Diraja telah kembali ke Rahmatullah pada 11 Mei 2000 bersamaan 7 Safar 1421 hari Khamis 8.00 malam Semoga Allah mencucuri rahmat dan hidayat ke atas rohnya. Amin..

Tuesday, March 27, 2018

TUAN GURU HAJI MAMAT MERBAU PATAH

Harakatul Muqawamatul Islamiyyah
February 11, 2016 ·

TUAN GURU HAJI MAMAT MERBAU PATAH

Nama penuh beliau, Haji Mamat atau Mohamad bin Osman, berasal dari Sungai Derhaka, Kuala Terengganu. Dari keturunan orang-orang alim. Dalam usia 13 tahun beliau sudah boleh membaca khutbah.

Mendapat pendidikan awal di Pondok Losong Haji Mat Syafie, kemudian pergi ke Kelantan berniaga sambil belajar. Beliau selalu mengadakan muzakarah dengan guru-guru di sana. Kecenderungannya kepada ilmu Tasauf sangat kuat.

Kemudian Tuan Guru Haji Mamat beruzlah di Mekah selama enam bulan. Selepas kembali ke tanahair, beliau bermimpi berada di bawah sepohon kayu yang terletak di atas tanah yang tinggi dan di situlah beliau mendapat pelbagai ilmu.

Beliau memulakan kuliahnya di kampung isterinya, Merbau Patah, Kuala Terenganu. Ketika itu, masyarakat di situ sangat berpegang kuat kepada kepercayaan syirik mengenai ‘acak’. Melalui pengajaran kitab Tauhid, akhirnya beliau berjaya menyedarkan masyarakat mengenai bahaya kepercayaan tersebut dan mengembalikan mereka kepada konsep Tauhid yang sebenar di sisi Allah. Keilmuan beliau mula tersebar ke merata tempat. Orang-orang yang mendengar pengajarannya datang dari seluruh pelusuk Malaysia.

Tuan Guru Haji Mamat adalah seorang yang alim dalam ilmu tasauf. Syarahannya dalam menghuraikan kitab Minhajul Abidin dan Al-Hikam Tok Pulau Manis adalah sangat mendalam.
Beliau memperolehi ilmu secara laduni. Setiap kali mengajar kitab Al-Hikam, beliau memberitahu seolah-olah beliau berada di lautan dan nampak laut dikepalanya. Kupasannya sentiasa berbeza walaupun mensyarahkan matan yang sama. Setiap kali beliau mengajar, lautan manusia akan memenuhi madrasahnya.

Tuan Guru jarang keluar dari madrasahnya. Beliau banyak menghabiskan masa di dalam bilik khalwat yang kecil. Sangat kuat ibadah dan mujahadahnya. Pada jam 3 pagi, kami murid-muridnya dapat mendengar Tuan Guru bersolat dan berzikir.

Beliau amat warak dalam mengeluarkan perkataan terhadap seseorang, walaupun terang-terangan orang itu membawa perjalanan yang batil, malah pernah melemparkan kata-kata yang bukan-bukan terhadapnya.

Beliau juga dikurniakan beberapa kelebihan. Diceritakan pernah datang 2 orang dari Sungai Rengas yang bergaduh disebabkan masalah hutang piutang. Sipemiutang hutang mendakwa sipenghutang tidak membayar hutangnya sebanyak RM200, tetapi dinafikan oleh sipenghutang. Akhirnya Tuan Guru Haji Mamat mengambil duitnya dan memberinya kepada sipemiutang sebagai bayaran hutang sipenghutang. Dua bulan kemudian, sipemiutang datang semula dan mengatakan duit yang diberi Tuan Guru tidak boleh digunakan sesen pun kerana dimakan bubuk. Wallahu ‘alam..

Tuan Guru juga sangat pemurah. Jika ada orang ingin meminjam duit, beliau akan memberinya tanpa mengiranya sebagai hutang. Beliau selalu berpesan kepada anak-anak, kalau tak ada duit beritahu kepadanya, dan jangan berhutang dengan orang lain. Sebaliknya, kalau anak-anaknya memberinya duit, beliau menolaknya atau disuruhnya duit itu diberi kepada si ibu.

Tuan Guru tidak mengamalkan apa-apa tariqat, tetapi hanya mengamalkan aurad biasa lepas sembahyang. Walaupun tidak menolak tariqat tetapi beliau memberitahu penulis bahawa terlalu banyak kesalahan malah kesesatan berlaku dalam pengamalan tariqat sekarang. Katanya, tasauf bukannya pada zikir, bukannya pada salasilah, bukannya pada ibadah yang banyak, bukannya suluk, bukannya mujahadah, tetapi hakikat tasauf ialah hidupnya jarum hati memandang hakikat KeTuhanan dalam setiap masa. Pandanglah segala dari Allah, dengan Allah dan kepada Allah, berpegang teguh dengan syariat dan hakikat serta memelihara diri dari yang haram, syubhat dan makruh.

Ketika saat kematiannya sudah hampir, beliau memberitahu anak-anak dan muridnya bahawa beliau mahu berjalan pada malam itu. Kemudian, beliau memanggil salah seorang anaknya dan berwasiat dengan dua perkara iaitu menjaga iman dan jangan bergaduh sesama ahli keluarga. Selepas solat Maghrib, beliau memejamkan matanya dengan lena. Pada malam itu, semua orang di madrasah tidak pulang ke rumah, mereka ramai-ramai membaca surah Yasin.

Menurut anaknya, kira-kira jam 3 pagi wajah Tuan Guru berubah kekuning-kuningan, wajahnya nampak segar dan tenang. Beliau akhirnya kembali menemui kekasihnya pada jam 4 pagi (tahun 1995). Sembahyang jenazah diimamkan oleh Tuan Guru Haji Hashim, mudir pondok Pasir Tumbuh dan semua murid jauh dan dekat turut datang mengiringi jenazah beliau buat kali terakhir. Kembalilah seorang ulama sufi menghadap kekasih yang dirinduinya, semoga Allah menempatkan ia dalam golongan mereka yang dimuliakan. Amin.

Abu Hubaib

Monday, March 26, 2018

6 UNSUR YANG DIKATAKAN WAHHABI


6 UNSUR YANG DIKATAKAN WAHHABI
"Wahhabi bukan hanya masalah furu' fekah sahaja tetapi melibatkan masalah aqidah, anti sufi dan mengancam keselamatan negara."
Berdasarkan kaedah al-istiqra’, Wahhabi boleh dilihat dari lima (5) perspektif, iaitu fiqh, aqidah, tasawwuf & tarikat, sejarah dan keselamatan negara.
1. Mereka yang melihat Wahhabi dari perspektif fiqh (e.g. qunut, air musta’mal, kaifiyyat tayammum, dll) sering menyatakan bahawa masalah Wahhabi adalah isu furu’ (cabang), tak perlu diperbesarkan, isu remeh temeh, dsb. Mereka terlupa bahawa Wahhabi juga banyak menolak hukum-hukum fiqh yang telah menjadi ijma’ (e.g. wajib qadha’ solat yang sengaja ditinggalkan, talak tiga dalam satu majlis jatuh tiga, hukum mengikut mazhab muktabar, dll).
Mereka juga terlupa bahawa Wahhabi banyak MENGHARAMKAN YANG HALAL di dalam ibadat, bahkan Wahhabi banyak mengkafirkan orang lain dalam isu furu’ dan sehingga mencaci hukum hakam dan mazhab yang disusun oleh para ulama’ dan awliya, dll.
Mereka yang melihat Wahhabi sebagai isu furu’ fiqh biasanya sering berkata: “Tak perlulah kita kecoh-kecoh, ini isu furu’ jer, tak usah gaduh….”. Sebenarnya orang seperti ini tidak mengenal Wahhabi sepenuhnya.
2. Ada juga yang melihat Wahhabi hanya dari perspektif sejarah semata-mata. Mereka mengakui bahawa Wahhabi ada kaitan dengan kerajaan British dalam menjatuhkan kerajaan Turki Uthmaniyyah. Namun begitu, mereka berkata: “Ini isu lama. Tak guna bincang pada hari ini. Benda dah berlalu.” Orang seperti ini juga memandang isu Wahhabi dengan pandangan sebelah mata. Hakikatnya mereka tidak dapat mengenal perkembangan Wahhabi dan fahamannya.
Mereka tidak sedar Wahhabi telah memusnahkan begitu banyak kesan sejarah Islam di semenanjung Arab.
3. Penulis mula mengenali Wahhabi dari perspektif Aqidah, berkaitan dengan sifat-sifat Allah dan ayat-ayat mutashabihat. Mereka yang melihat Wahhabi dari perspektif aqidah (e.g. sifat-sifat Allah, ayat-ayat mutashabihat, af’al al-ibad, kewajipan menghormati Rasulullah SAW, kaedah takfir, menolak ijma’, mempertikaikan karamah dan konsep barakah, dll) biasanya kurang bertolak ansur dengan isu Wahhabi.
Bahkan, ramai para ulama’ yang menentang Wahhabi memberi penekanan kepada aspek ini. Ini sebenarnya adalah “titik-titik” pertelingkahan dan perbezaan yang besar di antara Wahhabi dan Ahli Sunnah wal Jama’ah. Namun begitu, ramai juga para ilmuan agama yang tidak dapat memahami “titik-titik” ini.
4. Keseriusan isu Wahhabi ini juga dapat dilihat daripada perspektif Tasawwuf & Tarikat. Golongan Wahhabi sangat membenci golongan Sufi. Bahkan mereka begitu benci dengan istilah Tasawwuf. Golongan Wahhabi sering mengkafirkan, bahkan ada yang membunuh golongan ahli Sufi dan Tarikat yang muktabar.
Banyak amalan-amalan Tasawwuf yang ditentang dan dikafirkan oleh golongan Wahhabi seperti zikir berjemaah, zikir ism al-dhat – Allah, Allah, penggunaan tasbih, tahlil, hadiah pahala dan banyak isu-isu lain. Golongan Wahhabi terlupa sebenarnya mereka memusuhi ramai para Wali Allah yang besar-besar apabila mereka memusuhi ulama’ Tasawwuf dan Tarikat. Mereka yang menilai Wahhabi daripada isu Tasawwuf dan Tarikat dapat memahami keseriusan isu Wahhabi ini.
5. Ada juga yang mula mengenali isu Wahhabi daripada perspektif keselamatan negara. Pihak berkuasa kerajaan pada kebiasaannya mula mengenal fahaman Wahhabi hasil daripada kajian mereka ke atas golongan berfahaman ekstrim yang ditahan. Hampir kesemua yang ditahan mempunyai latar belakang Wahhabi yang kuat.
Mereka menyanjung tokoh-tokoh Wahhabi dan membaca buku-buku mereka serta mudah mengkafirkan umat Islam yang lain dan menghalalkan darah mereka kerana berpegang dengan kaedah takfir fahaman Wahhabi. Isu ini pernah diperkatakan di parlimen Indonesia. Oleh sebab itu, ramai pegawai di bahagian keselamatan negara yang memahami keseriusan isu ini.
6. Oleh itu wahai umat Islam, lihatlah isu Wahhabi ini daripada kelima-lima perspektif ini, pasti anda akan dapat memahami keseriusan para ulama’ menilai fahaman dan gerakan Wahhabi ini.

Ini Makam Syekh Abdusshamad Al Palimbani Bin Syekh Abdul Jalil bin Syekh Abdul Wahhab bin Syekh Ahmad Al-Mahdan

Warkah Haji Sulong
Ini Makam Syekh Abdusshamad Al Palimbani Bin Syekh Abdul Jalil bin Syekh Abdul Wahhab bin Syekh Ahmad Al-Mahdani di Thailand Selatan tepatnya di daerah Pattani
Beliau Sahabat Datuk kalampayan Syeikh Muhammad Arsyad Al Banjari dan sesama murid Syekh Samman Al Madani yg dikenal dengan 4 Serangkai dari Tanah Jawi bersama Syekh Abdul Wahab Bugis ( Menantu datuk kalampayan suami Syarifah) dan Syekh Abdurrahman Al Masri (kakeknya Habib utsman Betawe Pengarang Kitab sifat 20) yang hidup antara 1700-1800 M
Makam beliau di tengah hutan karena beliau dulu ikut serta dalam perjuangan melawan kerajaan Siam Budha Thailand yg ingin merebut tanah Melayu Pattani yg sekarang menjadi bagian negara Thailand
As-Sheikh Abdul Samad Al-Palembangi mati syahid ketika berjuang bersama tentera Melayu Kedah melawan Tentara Kerajaan Siam Budha Thailand.
Beliau pengarang Kitab Hidayatussalikin (Bahasa Arab Melayu) dan kitab Siarus Salikin yang banyak diajarkan saat majlis2 pengajian di Kalimantan Selatan
Manakib Belliau:
Bila berbicara perjuangan atau penyebaran Islam di Nusantara, salah satu nama yang akan disebut dan dibahas yakni Syekh Abdul Samad. Seorang ulama besar pada masanya yang dilahirkan di Palembang pada 1116 Hijiriyah atau 1704 Masehi.
Masyarakat Palembang, termasuk pula keturunannya, menyebut namanya Syekh Abdul Samad Al-Falembani. Namun ada tiga nama lain yang menyebutkan ulama besar ini. Yakni berdasarkan Ensiklopedia Islam, namanya Abdus Samad Al-Jawi Al-Falembani. Lalu berdasarkan sumber sumber-sumber Melayu, seperti ditulis oleh Azyumardi Azra dalam bukunya 'Jaringan Ulama Timur Tengah dan Kepulauan Nusantara Abad XVII dan XVIII (Mizan: 1994)', namanya Abdul Samad bin Abdullah Al-Jawi Al-Falembani. Ketiga, masih menurut Azyumardi Azra, apabila merujuk pada sumber-sumber Arab, namanya Sayyid Abdus Al-Samad bin Abdurrahman Al-Jawi.
Lalu, dari garis keturunan bangsa apa sebenarnya Syeikh Abdul Samad ini? Bila dilihat garis bapak, dia masih keturunan Arab. Nama bapaknya Syekh Abdul Jalil bin Syekh Abdul Wahhab bin Syekh Ahmad Al-Mahdani. Bapaknya seorang ulama dari Yaman. Yang sebelum datang ke Palembang, sempat mampir dahulu di Kedah, Malaysia. Di sana, dia menikahi Wan Zainab, puteri Dato Sri Maharaja Dewa.
Sementara ibu Syekh Abdul Samad adalah Radin Ranti, seorang perempuan Palembang. Jadi jika dilihat garis keturunan ibu, Syeikh Abdul Samad keturunan Palembang. Seperti para ulama di masanya, Syekh Abdul Samad ini banyak melakukan pengembaraan dalam menuntut ilmu. Baik di Nusantara maupun di negeri yang jauh, seperti Arab.
Mencari Ilmu
Guru pertama Syekh Abdul Samad yakni bapaknya sendiri, Syekh Abdul Jalil. Selanjutnya dia disekolahkan ke pondok pesantren di negeri Patani (Thailand). Pada masa itu Patani adalah salah satu tempat menempa ilmu-ilmu ke-Islaman dengan sistem pondok.
Mungkin saja Syekh Abdul Samad bersama saudara-saudaranya seperti Wan Abdullah dan Wan Abdul Qadir telah memasuki pondok-pondok yang terkenal saat itu, seperti Pondok Bendang Gucil di Kerisik, Pondok Kuala Bekah atau Pondok Semala.
Di antara para gurunya di Patani, yang dapat diketahui dengan jelas hanyalah Syekh Abdur Rahman bin Abdul Mubin Pauh Bok. Beliau juga mempelajari ilmu sufi daripada Syekh Muhammad bin Samman, selain mendalami kitab-kitab tasawuf dari Syekh Abdul Rauf Singkel dan Samsuddin Al-Sumaterani, kedua-duanya dari Aceh.
Dari Patani, Syekh Abdul Samad belajar ke Mekah dan Madinah. Di sini dia banyak bergaul dengan para ulama asal Nusantara lainnya seperti Muhammad Arsyad Al-Banjari, Abdul Wahhab Bugis, Abdul Rahman Al-Batawi, dan Daud Al-Fatani. Walaupun menetap di Mekah, Syekh Abdul Samad, menurut Azyumardi, tetap memberikan perhatian besar pada perkembangan sosial, politik, dan keagamaan di Nusantara.
Gurunya di Mekah antara lai Muhammad bin Abdul Karim Al-Sammani, Muhammad bin Sulayman Al-Kurdi, dan Abdul Al-Mun'im Al-Damanhuri. Kemudian dia berguru dengan Ibrahim Al-Rais, Muhammad Murad, Muhammad Al-Jawhari, dan Athaullah Al-Mashri.
Ulama Kritis
Meskipun mendalami tasawuf, Syekh Abdul Samad dikenal kritis. Dia mengkritik kalangan yang mempraktikkan tarekat secara berlebihan. Beliau selalu mengingatkan akan bahaya kesesatan yang diakibatkan oleh aliran-aliran tarekat tersebut, khususnya tarekat Wujudiyah Mulhid yang terbukti telah membawa banyak kesesatan di Aceh.
Untuk mencegah apa yang diperingatkannya itu, Syeikh Al-Palembani menulis semula intipati dua kitab karangan ulama dan ahli falsafah abad pertengahan, yakni Imam Al-Ghazali yakni kitab 'Lubab Ihya' Ulumud Diin' (Intisari Ihya' Ulumud Diin), dan 'Bidayah Al-Hidayah' (Awal Bagi Suatu Hidayah). Dua karya Imam Al-Ghazali ini dapat membantu membimbing mereka yang mempraktikkan aliran sufi.
Berkaitan dengan ajaran tasawufnya, Syekh Al-Palembani mengambil jalan tengah antara doktrin tasawuf Imam Al-Ghazali dan ajaran 'wahdatul wujud' Ibnu Arabi; bahwa manusia sempurna (insan kamil) adalah manusia yang memandang hakikat Yang Maha Esa itu dalam fenomena alam yang serba aneka dengan tingkat makrifat tertinggi, sehingga mampu 'melihat' Allah SWT sebagai 'penguasa' mutlak.
Di Palembang, di masa Kesultanan Palembang, Syekh Abdul Samad sangat membenci Belanda. Apalagi Belanda memegang pengaruh besar di lingkungan Islam dan pemerintahan Palembang. Dia pun memutuskan meninggalkan Palembang. Guna melakukan perjalanan, dia bersama murid-muridnya menebang kayu di hutan untuk membuat perahu atau kapal kecil. Dia pergi ke Makkah.
Walaupun sebenarnya beliau bukanlah seorang tukang yang pandai membuat perahu, namun beliau sanggup mereka bentuk perahu itu sendiri untuk membawanya ke Mekah. Tentunya ada beberapa orang muridnya mempunyai pengetahuan membuat perahu seperti itu. Ini membuktikan Sheikh Abdus Shamadal-Falimbani telah menunjukkan keteguhan pegangan, tawakal adalah merupakan catatan sejarah yang tidak dapat dilupakan.
Membela Patani
Setelah kembali ke Makkah, Syekh Abdul Samad al-Falimbani tetap ingin pulang ke Nusantara. Dia telah lama bercita-cita untuk ikut serta dalam salah satu peperangan melawan para penjajah di Nusantara. Namun setelah dipertimbangkan, dia lebih tertarik membantu umat Islam di Pattani dan Kedah melawan keganasan Siam.
Dalam peperangan itu, dia memegang peranan penting dengan beberapa panglima Melayu lainnya. Ada catatan menarik mengatakan beliau bukan berfungsi sebagai panglima sebenarnya tetapi beliau bertindak sebagai seorang ulama sufi yang sentiasa berwirid, bertasbih, bertahmid, bertakbir dan bersalawat setiap siang dan malam.
Misteri Kematiannya
Sulit sekali menemukan tahun pasti wafatnya Syeikh Abdul Samad. Menurut Dr M Chatib Quzwain dalam bukunya "Mengenal Allah Suatu Studi Mengenal Ajaran Tasauf Sheikh Abdus Shamad al-Palimbani" pada tahun 1244 hijriyah atau 1828 masehi dikatakan umur Syekh Abdul Samad 124 tahun.
Sementara Dr Azyumardi Azra menulis, "Meskipun saya tidak dapat menentukan secara pasti angka-angka tahun di seputar kehidupannya, semua sumber bersatu kata bahwa rentang masa hidup Al-Palimbani adalah dari dasawarsa pertama hingga akhir abad kedelapan belas.
Al-Baythar menyatakan, Al-Palimbani meninggal setelah 1200 hijriyah atau 1785 Masehi. Tetapi kemungkinan besar dia meninggal setelah 1203 Hijriyah atau 1789 Masehi, setelah dia menulis karya terkenalnya 'Sayr Al-Salikin'. Saat itu usianya berkisar 85 tahun.
Berdasarkan sumber di Jedah, dia dikatakan terbunuh dalam perang melawan Thailand pada 1244 Hijriyah atau 1828 Masehi. Lalu di mana Syekh Abdul Samad dimakamkan? Dr M Chatib Quzwain
menyebut bahwa makam Syekh Abdul Samad di Palembang, tapi di Palembang belum didapatkan informasi di mana makamnya di Palembang. Sedangkan Dr Azyumardi Azra menulis, "Ada kesan kuat dia meninggal di Arabia".
Tetapi, yang jelas, seperti ditulis penyair Malaysia yakni Muhammad Abdulloh bin Suradi dalam artikelnya "Syekh Abdul Samad Al-Falimbani, Ulama, Sufi dan Syuhada" masyarakat di Patani mengklaim telah menemukan makam Syeikh Abdul Samad di antara kampung Sekom dengan Cenak, di kawasan Tiba, Patani Utara, Thailand.
Daftar Karya Syekh Abdul Samad al-Falembani:
1. Zahratul Murid fi Bayani Kalimatit Tauhid, 1178 H/1764 M.
2. Risalah Pada Menyatakan Sebab Yang Diharamkan Bagi Nikah, 1179 H/1765 M.
3. Hidayatus Salikin fi Suluki MaslakilMuttaqin, 1192 H/1778 M.
4. Siyarus Salikin ila ‘Ibadati Rabbil 'Alamin, 1194 H/1780 M-1203 H/1788 M.
5. Al-'Urwatul Wutsqa wa Silsiltu Waliyil Atqa.
6. Ratib Sheikh 'Abdus Shamad al-Falimbani.
7. Nashihatul Muslimina wa Tazkiratul Mu’minina fi Fadhailil Jihadi wa
Karaamatil Mujtahidina fi Sabilillah.
8. Ar-Risalatu fi Kaifiyatir Ratib Lailatil Jum’ah
9. Mulhiqun fi Bayani Fawaidin Nafi'ah fi Jihadi fi Sabilillah
10. Zatul Muttaqin fi Tauhidi Rabbil 'Alamin
11. 'Ilmut Tasawuf
12. Mulkhishut Tuhbatil Mafdhah minar Rahmatil Mahdah 'Alaihis Shalatu was Salam
13. Kitab Mi'raj, 1201 H/1786 M.
14. Anisul Muttaqin
15. Puisi Kemenangan Kedah.( fy)

Sunday, March 25, 2018

Pesan Tuan Guru Hj Salleh Musa

Pesan Tuan Guru Hj. Salleh Musa حفظه الله تعالى, "Hangpa mengaji tauhid biaq betoi, AQIDAH tuu yang perlu jaga.. Hangpa jangan dok buang masa, jangan dok biarkan usia hangpa HANYUT begitu saja.. Isikan usia hangpa ni dengan mengaji ilmu agama.. Muliakan dengan ilmu TAUHID.. Lepas tuu, pi mengaji ilmu FEQAH.. Lepas tuu baru pi mengaji ilmu TASAWUF.. Jangan dok kalut nak pi ilmu TASAWUF, hadis dan sebagainya jika Allah سبحانه وتعالى sendiripun hangpa tak kenal.. Macam mana nak kenal Allah سبحانه وتعالى jika takmau ngaji ilmu TAUHID.. Sebab tak kenal Allah سبحانه وتعالى lah depa dok suka sesatkan orang, bida'ahkan orang.. Ada ilmu HADIS, tapi ilmu TAUHID takdak.. Punah habis semuanya..
Nak mengaji ni, ibarat nak naik TANGGA.. Kena langkah dari BAWAH, barulah sampai kat tingkat ATAS.. Jangan dok kalut nak meloncat nak ke tingkat atas dari tingkat BAWAH.. Satgi jatuh, mampuih.. Kalau nak naik, ikutlah turutan yang betul.. Jangan dok ikut puak-puak Syi'ah, Wahabi, Mu'tazilah, Sekular, Liberal dan sebagainya..
Kita pegang sungguh-sungguh dengan Manhaj AHLUS SUNNAH WAL JAMA'AH.. Jangan dok lari dari DASAR pegangan kita.. Sekarang ni, ulama' - ulama' tua tak banyak dah.. Hangpa pi lah tengok dalam Malaysia, Thailand, Indonesia semua tak banyak dah.. Yang ada pun tinggal berapa orang jaa ulama' tua yang masih Sementara depa masih ada lagi ni, pi lah dampingi depa.. Pi duduk dalam Majlis Ilmu depa.. Cedok (ambik) ilmu depa, insyaAllah, Allah سبحانه وتعالى akan bantu.." Pesanan ditujukan khas untuk diri sendiri yang jahil takdak ilmu, sangat lagho & hina dina..
Via: Al-Faqir Ilallah, Abu Fadhil Ridhauddin

REKOD MERAH DR ZULKIFLI BIN MOHAMAD AL-BAKRI

Pelik Tapi Benar added 3 new photos.
REKOD MERAH DR ZULKIFLI BIN MOHAMAD AL-BAKRI
Hari ini, taqiyyah bukan sahaja diamalkan olah golongan syiah, tetapi diamalkan juga oleh golongan al-Wahhabiyyah. Bahkan boleh dikatakan golongan ini lebih bertaqiyyah daripada syiah.
Golongan ini semakin hari semakin aktif melibatkan diri dalam arena pentas politik negara dan ada juga sampai ke tahap menyelinap masuk ke dalam pejabat-pejabat agama bahkan lebih parah lagi dari itu, ada yang terlibat sampai ke bidang kefatwaan.
Ini cabaran semasa yang perlu diambil perhatian dan tidak boleh dipandang enteng oleh semua pihak terutama ilmuan agama yang amanah kepada ilmu. Apatah lagi mutakhir ini timbul pandangan-pandangan radikal dan ekstrem yang mengkafirkan dan membid’ahkan umat Islam dengan secara membuta tuli. Hal seperti ini sangat memalukan dan membahayakan jika ia berlaku di pentas kefatwaan akibatnya masyarakat tidak lagi memandang institusi fatwa itu sebagai medan yang berautoriti dalam menyampaikan agama yang boleh dipercayai kerana pandangan-pandangan yang telah diketengahkan jelas banyak yang bercanggah dengan syarak dan menyeleweng daripada kebenaran agama. Dibimbangi intitusi agama yang sebelum ini dipandang tinggi kian dipandang remah, jijik dan hina oleh masyarakat disebabkan ia telah dipergunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab ini.
Ingatlah sabdaan Rasulullahﷺ :
إِنَّ اللَّهَ لَا يَقْبِضُ الْعِلْمَ انْتِزَاعًا يَنْتَزِعُهُ مِنْ الْعِبَادِ وَلَكِنْ يَقْبِضُ الْعِلْمَ بِقَبْضِ الْعُلَمَاءِ حَتَّى إِذَا لَمْ يُبْقِ عَالِمًا اتَّخَذَ النَّاسُ رُءُوسًا جُهَّالًا فَسُئِلُوا فَأَفْتَوْا بِغَيْرِ عِلْمٍ فَضَلُّوا وَأَضَلُّوا
“Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu sekaligus dari hamba-hambaNya, akan tetapi Allah taala mencabut ilmu dengan cara mewafatkan para ulama hingga tidak ada lagi ulama maka manusia akan mengangkat pemimpin mereka dari kalangan orang-orang bodoh, ketika mereka ditanya lalu mereka berfatwa tanpa ilmu, mereka sesat dan menyesatkan yang lain" HR al-Bukhari.
Namun apa yang membimbangkan, antara yang kita dapat lihat terkehadapan dalam membuat plan strategi bagi memperkasakan gerakan al-Wahhabiyyah di saat ini terutamanya di Wilayah Persekutuan adalah Dr Zulkifli Bin Mohamad al-Bakri. Al-Bakri banyak memberi sinar baru kepada fahaman ini sejak berjaya berpeluang memasuki institusi agama.
Jika kita tidak buat penjelasan seperti ini, kita bimbang suatu yang buruk bakal berlaku di tanahair ini seterusnya mengubah suasana beragama di Malaysia. Untuk tujuan menyeru kepada kebaikan dan mengingkari perkara yang mungkar serta membuktikan apa yang telah kita kemukakan ini, berikut adalah beberapa penyimpangan dan penyelewengan agama yang melibatkan Dr Zulkifli Bin Mohamad al-Bakri buat semakan umat Islam:
1. Neraka Binasa dan Azab Kuffar akan Berakhir di Hari Akhirat- kata Dr Zulkifli bin Mohamad al-Bakri
2. Menyebarkan Hadith Dan Athar Yang Dhaif Serta Palsu Dalam Isu Kebinasaan Neraka
3. Menyelewengkan Nas Al-Quran Dan Al-Hadith Dalam Isu Kebinasaan Neraka
4. Menolak Ijmak Dalam Isu Kebinasaan Neraka
5. Mendokong Faham Pluralisme Dalam Isu Kebinasaan Neraka
6. Mencela dan Mencaci ilmu Kalam yang disibukkan oleh ulama tauhid (siri 1)
7. Mencela dan Mencaci ilmu Kalam yang disibukkan oleh ulama tauhid (siri 2)
8. Tersingkap Kecelaruan Dan Penipuan Dr Zulkifli bin al Bakri Dalam Ilmu Kalam (SIRI 3)
9. Nilai Authentik ilmu Kalam dalam Penulisan Irsyad al-Fatwa (SIRI 4). Pada penulisan ini ada bahan tulisan al-Bakri yang jelas membuktikan bagaimana Dr Zulkifli bin Mohamad al-Bakri berbohong dengan mengeluarkan kenyataan media berhubung penafiannya dari terlibat dengan isu mencela ilmu kalam dengan pembuktian yang tidak dapat disangkal lagi.
10. Respon ISSI terhadap penyelewengan al-Bakri mengenai isu Kalam
11. "Setiap Orang Islam Perlu Menjadi Pengganas" Kata Dr Zulkifli bin Mohamad al Bakri
12. Banyak merujuk kepada ibn al-Uthaimin yang berfahaman tajsim dalam penulisannya.
13. Mengubah dan mengkhianati kitab para ulama seperti kitab Jauhar al-Tauhid.
14. Mengkhianati kitab Matla’ Badrain karangan Syaikh Muhammad bin Ismail Daud al-Fatoni.
15. Dr Zulkifli bin Mohamad al-Bakri Caca Merba dalam Menukilkan Pendapat Hinggakan Muktazilah
16. Menjawab wasiat dan pesanan Dr Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri kepada umat Islam agar membaca kitab ad-Darimi yang penuh dengan fahaman tajsim.
17. Mempromosi tauhid 3 yang merupakan rekaan ibn Taymiyyah al-Harrani
18. Tidak boleh kata "Saya Syafie, Saya Hanafi, Saya Maliki, Saya Hanbali" kata Dr Zulkifli bin Mohamad al-Bakri
19. Al-Bakri Banyak Merujuk Kepada Al-Albaani, Antara Rujukan Utama Wahhabiyyah Yang Menyelewengkan Hadith Rasulullah ﷺ.
20. Dr Zulkifli Bin Muhammad Al-Bakri Menggalakkan Masyarakat Membaca Kitab Yang Ada Isi Kandungan Fahaman Tajsim.
21. Dr Zulkifli bin Muhammad al-Bakri Bebas Mempromosikan Nama Pengganas Dunia.
22. Mengkafirkan umat Islam di seluruh dunia yang bertawassul dengan malaikat, para nabi dan para solehin yang telah meninggal dunia.
23. Bukti al-Bakri adalah wahhabi yang berbaju sufi.
24. Bukti al-Bakri menyokong dan mengaktifkan pergerakkan dakyah al-Wahhabiyyah di Wilayah Persekutuan.
25. Memasukkan Wahhabi Muda Di Dalam Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
26. Bertaqlid Kepada Ibn Taymiyyah Dalam Isu Mencium Kubur.
27. Fatwa Syaz Al-Bakri Dalam Isu Inhaler
28. Pondok Moden Abaqirah di bawah pimpinan Dr Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri melahirkan produk yang berfahaman wahhabi tegar. Al-Bakri adalah orang utama dalam pembinaan madrasah ini.
29. Membenarkan wahhabi Dr MAZA berceramah di Wilayah persekutuan dan mengarah pelajar Pondok Moden Abaqirah menghadiri ceramah pelampau agama ini.
30. Bersekongkol dengan promediatajdid yang merupakan medium penyebaran ajaran Wahhabi di Malaysia. Walaupun al-Bakri tidak mengaku dia mempunyai kaitan dengan promediatajdid namun bukti di bawah menunjukkan dia telah berceramah secara 'live' di Dubai atas selian promediatajdid.
31. Berikut adalah sebahagian kritikan dan keluhan Umat Islam mengenai Dr Zulkifli-Bin Mohamad al-Bakri dan gesaan umat Islam agar suatu tindakan yang tepat diambil dengan segera.
Didahului dengan komen Pertubuhan Muafakat Malaysia (MUAFAKAT) :
dan banyak lagi...
 Kita mengharapkan ada pihak berautoriti yang bertanggungjawab mengkaji dan meneliti setiap penyimpangan dan penyelewengan yang melibatkan Dr Zulkifli bin Mohamad al-Bakri serta diperhalusi setiap hujjah bidasan daripada ilmuan agama mengenainya.
 Sudah tiba masanya Mejar Jeneral (B) Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia membuka mata bahawa beliau telah dan sedang dipergunakan oleh Dr Zulkifli bi Mohamad al-Bakri ini dalam merosakkan institusi agama dan umat Islam sama ada dalam keadaan sedar atau pun tidak sedar. Walaubagaimanapun, akan kita hadapkan semua yang terlibat dengan agenda al-Bakri ini di Hari Akhirat kelak di tempat pengadilan yang seadil-adilnya.
Note : Rekod Merah Dr Zulkifli Bin Mohamad al-Bakri ini akan diperbaharui dari masa ke semasa mengikut pertambahan isu dan kesesuaian.
والله المستعان
Asatizah Masjid