Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Sunday, October 25, 2020

Guru Tok Kenali pun tolak Wahabi Anda pula bagaimana

PUAK WAHABI - disebutkan di dalam Kitab HADIQATUL AZHAR susunan SYEIKH WAN AHMAD AL-FATHONI (GURU BAGI TOK KENALI), halaman 150 & 151.

Berikut adalah petikan dari kitab HADIQATUL AZHAR yang ambe nukilkan 100% TANPA SEBARANG UBAHAN PADA TEKS ASAL:

Dan setengah daripada fitnah Puak Wahabi yang melampau mereka itu hingga memerintah mereka itu akan 2 tanah Haram (Mekah & Madinah) yang mulia. Dan mereka satu kaum yang mempunyai mazhab yang JAHAT dan JALAN YANG SESAT dan IKTIQAD YANG MUDORAT.

Dan adalah yang menghantarkan mazhab mereka itu yang keji dan yang meringkahkan (mengasaskan) dia (ialah) MUHAMMAD anak ABDUL WAHAB.

(Nota: bapa pengasas Wahabi iaitu Syeikh Abdul Wahab dan abang nya adalah ASWJ)

Dan asalnya daripada masyriq (timur: Najd) daripada Bani Tamim. Dan adalah permulaan pekerjaannya bahawasanya ia (dia) setengah daripada mereka yang menuntuti ilmu pada (di) negeri Madinah al-Munawwarah ‘ala saahibiha afdalu as-salati wa as-salam.

Dan adalah bapanya laki-laki yang soleh (ASWJ). Demikian lagi saudaranya (abangnya juga ASWJ). Dan adalah bapanya dan saudaranya (abangnya) dan sekelian guru-gurunya memfirasat (merasakan) mereka itu padanya (pengasas Wahabi iaitu Muhammad bin Abdul Wahab) bahawasa nya lagi akan jadi daripadanya SESAT dan MENYESAT  dan zaigh (menyimpang daripada jalan sebenar) dan ilhad dari kerana barang yang diketahui oleh mereka itu daripada perkataannya dan perbuatannya dan bantah-bantahannya pada kebanyakan daripada beberapa banyak masalah. Maka adalah mereka itu menakut akan manusia hampir kepadanya. Maka tahqiq oleh Allah Ta‘ala akan firasat mereka itu.

Maka meringkah (mengasaskan) ia bagi dirinya akan MAZHAB YANG SESAT dan MENYALAHI  IA AKAN SEGALA IMAM AGAMA dan MENYESAT IA AKAN SEGALA YANG JAHILIN (ORANG JAHIL) dan MENGKAFIRKAN IA AKAN SEGALA MEREKA YANG TIADA MENGIKUT MAZHABNYA daripada mukminin.

Dan menghukum ia dengan syirik mereka yang ziarah akan kubur (makam) Nabi SAW dan auliya’ (para Wali Allah) dan solihin, dan yang bertawassul dengan mereka itu.

Dan mengharam ia akan berselawat atas Nabi SAW dan beberapa i’tiqad (pegangan) yang lain daripada demikian itu. Dan bahawasa segala manusia telah kufur mereka itu daripada masa hijrah 600 tahun hingga kepada masanya itu.

Dan ialah yang membaharukan bagi mereka itu akan Islam mereka itu. Dan mentaklif (mengarang/menyusun) ia bagi mereka itu beberapa risalah dan mendatang ia dengan beberapa ibarat dan beberapa dalil atas FAHAMNYA yang SESAT dan aqalnya yang tebal. Dan mengkesamaran (mengelirukan) ia dengan demikian itu atas kebanyakan orang awam. Maka mengikut setengah mereka itu (orang awam) akan dia.

Kemudian maka masuk ia kepada setengah daripada raja-raja negeri masyriq dan diam ia (dia) pada sisi mereka itu. Dan mengaya-gaya (memujuk) ia akan mereka itu hingga tertipu daya mereka itu (raja-raja). Maka menolong mereka (raja-raja) itu akan dia. Dan tasallit (memberi kekuasaan) mereka (raja-raja) itu atas beberapa qaryah dan negeri hingga memerang mereka itu akan beberapa negeri yang besar-besar dan memilik mereka itu akan dua Tanah Haram (Mekah dan Madinah) yang mulia dan segala qura (kampung) keduanya.
Dan meroboh mereka itu akan segala qubbah tempat yang mulia-mulia dan kubur solihin. Dan mengerasi mereka itu akan manusia atas masuk kepada MAZHAB MEREKA ITU YANG CELAKA. Dan merampas mereka itu akan segala pakaian kubur Nabi (SAW) dan segala barang yang di dalam qubbahnya yang maha mulia SAW dan segala barang yang di dalam Kaabah daripada segala perkakas dan perhiasan yang indah-indah.

Dan masuk mereka itu pada Makkah pada tahun 1220. Dan telah menghasirkan (mengepung) mereka itu akan Makkah hingga lapar ahlinya dan makan setengah mereka itu akan anjing. Kemudian masuk mereka itu akan dia (Mekkah) dan memerintah mereka itu padanya (Mekkah) (selama) 7 tahun. Dan adalah pada masa itu Daulah ‘Aliyyah Uthmaniyyah (Kerajaan Uthmaniyyah) di dalam haru-hara (huru-hara) yang amat sangat.

Kemudian keluar titah daripada Sultan kepada Muhammad Ali Basha, Raja Mesir dengan suruh memerangkan mereka itu. Maka diperangkan mereka itu hingga dibinasakan dan dihilangkan daulah mereka itu dan ditawankan raja mereka itu yang bernama Abdullah Ibnu Saud dan beberapa perdana menterinya dan dibawakan mereka itu ke Mesir, kemudian ke Istanbul. Maka diarakkan mereka itu kemudian dibunuhkan mereka itu. - Syeikh Wan Ahmad Al Fathoni. 

*Guru Tok Kenali pun tolak Wahabi. Anda pula bagaimana? Tepuk dada tanya iman.* 

Catatan Muhammad al Fandani.

Saturday, October 24, 2020

pencerahan mengenai pakai cap dari Ustaz pU faiz..

pencerahan mengenai pakai cap dari Ustaz pU faiz..

https://www.facebook.com/100003644275146/posts/2068562539941868/

Friday, October 23, 2020

Orang kafir terhijab


Ummu jamil isteri abu lahab terhijab x dapat melihat nabi ketika dia mambawa batu hendak menghempap batu ke atas kepala Nabi

Wednesday, October 21, 2020

HUSSEIN YEE VS ULAMAK MUKTABAR ASWJ

SAMBUTAN MAULID NABI ADALAH MERAIKAN KEMATIAN NABI SALLALAHU 'ALAIHI WASALLAM ?

HUSSEIN YEE VS ULAMAK MUKTABAR ASWJ

Dalam satu youtube kuliah Hussein Yee kononnya umat Islam seluruh dunia yang menyambut maulidul Rasul adalah meraikan kewafatan Nabi sallallahu 'alaihi wasallam.

Rujuk : https://youtu.be/sB8tZnsbKCg

Minit : 0.18 hingga 0:22

Jawapan untuk dakwaan Hussein Yee :

1. Nama pun Maulid - kelahiran.  Maka bila disebut Maulid Nabi ia adalah satu dari syiar Islam memperingati kelahiran junjungan besar Nabi sallallahu 'alaihi wasallam  dan ramai ulamak muktabar yang membenarkannya serta umat Islam seluruh dunia menyambutnya. Ironinya dalam video minit 0:27 di atas saudara Hussein Yee lebih mendengar hinaan Yahudi dari jawapan dan pandangan Ulamak ISLAM.

2. Mengenai tarikh kelahiran Nabi sallallahu 'alaihi wasallam, sememangnya ada perbahasan dan umat Islam seluruh dunia mengambil tarikh 12 Rabi'ul Awwal sebagai tarikh kelahiran junjungan besar Nabi sallallahu 'alaihi wasallam adalah sebagaimana penjelasan dari Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan :

Masyarakat mulai memperkatakan tentang tarikh sebenar Maulid Nabi dan sesetengahnya berkata bahawa tarikh 12 Rabiul Awwal yang disambut oleh majoriti umat Islam itu palsu malah tidak tepat.

Adakah benar dakwaan ini ?

Mari kita lihat perbahasan dibawah ini.

HARI LAHIR NABI

Para Ulama’ dah ilmuwan bersepakat bahawa Rasulullah saw dilahirkan pada Hari Isnin sebagaimana dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim.

Berkenaan Tahun Kelahiran Rasulullah saw pula telah dijelaskan dalam banyak hadis diantaranya:

وَعَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ: وُلِدَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَامَ الْفِيْلِ. رواه البزار والطبراني في الكبير ورجاله موثقون (مجمع الزوائد ومنبع الفوائد . محقق – ج 1 / ص 242)

“Ibnu Abbas berkata: Rasulullah dilahirkan di tahun gajah” Hadis ini diriwayatkan oleh Al-Bazzar dan At-Thobroni dan para perawinya adalah dipercayai.

Dalam riwayat lain juga ditegaskan bahawa Qais bin Makhzamah memiliki persamaan tahun kelahiran dengan Rasulullah di tahun Gajah (Hadis Riwayat Imam Ahmad dan dinilai hasan oleh Syuaib al-Arnauth)

Tarikh Kelahiran Nabi

Imam Nawawi berkata:

وَاخْتَلَفُوا فِي يَوْم الْوِلَادَة هَلْ هُوَ ثَانِي الشَّهْر ، أَمْ ثَامِنه ، أَمْ عَاشِره ، أَمْ ثَانِي عَشَره ؟ (شرح النووي على مسلم – ج 8 / ص 66)

“Ulama berbeza pendapat tentang hari kelahirannya, adakah hari 2 bulan Rabiul Awal, ke 8, ke 10 ataukah ke 12 ? (Syarah Sahih Muslim 8/66)

Dalil-Dalil Yang Kuat Rasulullah saw Lahir Pada 12 Rabiul Awal

– Hadis Riwayat Imam Baihaqi:

عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ إِسْحَاقَ قَالَ : وُلِدَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِاثْنَتَيْ عَشْرَةَ لَيْلَةً مَضَتْ مِنْ شَهْرِ رَبِيْعِ الْأَوَّلِ قَالَ الْبَيْهَقِي رَحِمَهُ اللهُ : وَرَوَيْنَا عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ ثُمَّ عَنْ قَيْسِ بْنِ مَخْزَمَةَ ثُمَّ عَنْ قبُاَثَ بْنِ أَشِيْمٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وُلِدَ عَامَ الْفِيْلِ وَكَانَ الزُّهْرِي وَمَنْ تَابَعَهُ يَقُوْلُوْنَ وُلِدَ بَعْدَهُ وَالْأَوَّلُ أَصَحُّ (شعب الإيمان – ج 2 / ص 134)

Muhammad bin Ishaq berkata: “Rasulullah dilahirkan pada 12 malam bulan Rabiul Awal”. Al-Baihaqi berkata: “Kami meriwayatkan dari Ibnu Abbas kemudian dari Qais bin Makhzamah kemudian dari Qubats bin Asyim bahawa Nabi dilahirkan pada tahun Gajah. Al-Zuhri dan yang mengikutinya mengatakan bahawa dilahirkan sesudah tahun Gajah. Pendapat pertama lebih sahih (Hadis Riwayat Imam Baihaqi dalam Syuab al-Iman)

– Riwayat Ibnu Abi Syaibah

قَالَ أَبُوْ بَكْرِ بْنِ أَبِي شَيْبَةَ : حَدَّثَنَا عُثْمَانُ عَنْ سَعِيْدِ بْنِ مَيْنَاءَ عَنْ جَابِرٍ وَابْنِ عَبَّاسٍ قَالَا : وُلِدَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَامَ الْفِيْلِ يَوْمَ الْاِثْنَيْنِ الثَّانِيَ عَشَرَ مِنْ رَبِيْعِ الْأَوَّلِ وَفِيْهِ بُعِثَ وَفِيْهِ عُرِجَ بِهِ إِلَى السَّمَاءِ وَفِيْهِ هَاجَرَ وَفِيْهِ مَاتَ فِيْهِ انْقِطَاعٌ وَقَدِ اخْتَارَهُ الْحَافِظُ عَبْدُ الْغَنِى بْنُ سُرُوْرٍ الْمَقْدِسِي فِي سِيْرَتِهِ (سيرة ابن كثير – ج 2 / ص 93)

“Jabir dan Ibnu Abbas berkata: “Nabi dilahirkan pada tahun Gajah, hari Isnin 12 Rabiul Awal. Di hari Isnin beliau diangkat menjadi Nabi, melakukan Mi’raj ke langit, berhijrah ke Madinah dan hari Isnin beliau wafat”

Sanadnya terputus dan dipilih oleh al-Hafiz Abd al-Ghani bin Surur al-Maqdisi dalam kitab sejarahnya” (Sirah Ibni Katsir, 2/93). Riwayat ini juga dapat dilihat dalam al-Bidayah wa Nihayah Ibnu Katsir.

– Ahli Hadis al-Munawi

(تنبيه) الْأَصَحُّ أَنَّهُ وُلِدَ بِمَكَّةَ بِالشُّعَبِ بِعِيْدِ فَجْرِ الْاِثْنَيْنِ ثَانِيَ عَشَرَ رَبِيْعَ الْأَوَّلِ عَامَ الْفِيْلِ (فيض القدير – ج 3 / ص 768)

“Pendapat yang lebih sahih bahawa Nabi dilahirkan di Kabilah Quraisy pada fajar hari Isnin, 12 Rabiul Awal tahun Gajah” (Faidh al-Qadir 3/768)

– Syaikh Abdullah al-Faqih

وَأَكْثَرُ أَهْلِ السِّيَرِ عَلَى أَنَّهُ وُلِدَ يَوْمَ الثَّانِيَ عَشَرَ مِنْ رَبِيْعِ الْأَوَّلِ عَامَ الْفِيْلِ، بَعْدَ الْحَادِثَةِ بِخَمْسِيْنَ يَوْماً (فتاوى الشبكة الإسلامية – ج 44 / ص 50)

“Kebanyakan ahli sejarah bahawa Nabi dilahirkan pada 12 Rabiul Awal, tahun Gajah, setelah 50 hari dari peristiwa tersebut” (Fatawa al-Syabkah al-Islamiyah, 44/50)

فَالْمَشْهُوْرُ فِي كُتُبِ السِّيْرَةِ النَّبَوِيَّةِ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وُلِدَ فِي الثَّانِيَ عَشَرَ مِنْ شَهْرِ رَبِيْعِ الْأَوَّلِ عَامَ الْفِيْلِ يَوْمَ الْاِثْنَيْنِ (فتاوى الشبكة الإسلامية – ج 126 / ص 120)

“Pendapat yang masyhur dalam kitab-kitab sejarah kenabian bahawa Nabi dilahirkan pada 12 Rabiul Awal, tahun Gajah” (Fatawa al-Syabkah al-Islamiyah, 126/120)

Marilah semua umat Islam kita bersama-sama menyambut Sambutan Maulidur Rasul tanpa ragu-ragu atau bimbang dengan persoalan-persoalan yang sudah lama dibahaskan oleh para Ulama’ terdahulu dan semoga kita tergolong dalam golongan yang mencintai Rasulullah saw.

3. Antara ulamak yang membenarkan Maulid Nabi :

- Al-Imam Abul Khaththab Ibnu Dihyah (W 633 H) “ At-Tanwir fi Maulid al-Basyir an-Nadzir
- al-Imam Abu Syamah (W 665 H) guru kepada Imam an nawawi.
- al Imam Ibnu Jauzi (ulamak hadis)- Al-Mawahib al-Ladunniyyah : 1/27
- al-Hafidz al-Iraqi (725-808 H), guru al-Hafidz Ibnu Hajar. Beliau memiliki kitab Maulid berjudul “ al-Maurid al-Hani fi al-Maulid as-Sani “
- alhafiz Ibnu Hajar al-Asqolani - Al-Hawi lil Fatawi : 229
- al-Imam al-Hafidz as-Sayuthi (849-911 H). -
Al-Hawi lil Fatawa, as-Suyuthi : 1/18
- al-Allamah al-Hafidz Ibnu Hajar al-Haitami (W 975 H) - Al-Fatawa al-Hadtisiyyah : 202

Semua ini adalah kibar ulamak yang pakar dalam hadis, aqidah dah feqh !

4. Umat Islam di Negara China pun dah lama sambut Maulidul Rasul

https://youtu.be/eVvUYtAggM8

5. Wahai Hussein Yee - dakwah hingga 'beribu' masuk Islam bukan lesen untuk kamu berbohong dan menghasut untuk benci sambutan Maulidul Rasul. Di Malaysia, Yang Dipertuan Agong, seluruh negeri (kecuali Perlis) menyambut Maulidul Rasul.  Kita hendak ikut Hussein Yee atau Ulamak Muktabar Ahlus Sunnah Wal Jama'ah ?
https://www.facebook.com/149551445110005/posts/3371433776255073/

Tuesday, October 20, 2020

Wednesday, October 14, 2020

Boleh ke kita ikut org fasik

Ada org tanya, boleh tak pelacur, org fasiq, org jahat, pengunjung kelab malam mengajar ilmu agama, atau dia menasihati kita tentang agama, atau menyuruh dan mengajak kita berzikir ?  Boleh ke tidak ?

Dalam kitab Mukasyafah Al Qulub menyebut, ada satu masa Iblis dlm bentuk manusia mengajak Nabi Isa berkata Laaa Ilaa ha illallah .

Nabi Isa berkata benar perkataan itu tapi aku tak mahu turut serta kamu wahai iblis mengucapkan perkataan yg mulia itu, kerana bercampur antara haq dan batil.

Sebab itu kita disarankan mencari guru yg soleh dan mengamalkan serta komited dengan Agama dan ta'at kepada Allah !

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10217833525450446&id=1251877796

Tuesday, October 13, 2020

Monday, October 5, 2020

SEKOLAH ISLAM NUR AL-AZHAR

Hapiz Kodiang is with Mohd Zuhdi Ahmad Khasasi.

7 hrs · Facebook for Android · 

SEKOLAH ISLAM NUR AL-AZHAR (SINAR)
Jika anda mempunyai anak² yang berbakat, pintar dan minat mendalami pengajian Islam secara lebih takhassus di Universiti al-Azhar pada masa hadapan, SINAR mengalu²kan semua ibubapa untuk menghantar anak² mereka ke sini.

Ibubapa boleh mencuba kaedah unik dalam kaedah pembelajaran anak² yang berbeza daripada sekolah² biasa. Hasilnya, pelajar² SINAR dididik mampu membaca buku² berbahasa Arab pada seawal usia 14-15 tahun sebelum ke Mesir (Ma'had Bu'uth➡️ Al-Azhar).
Bawalah anak² anda hadir temuduga dan merasai iklim pengajian SINAR terlebih dahulu, selebihnya anda sendiri membuat keputusan yang terbaik. Saya merupakan salah seorang penasihat akademik sekolah ini bersama rakan pengasasnya PM Dr Irwan Bin Mohd SubriRohidzir RaisMohd Zuhdi Ahmad Khasasi dan Ustaz Yusoff Uthman (Pengasas Ma'hadulAzhar PokokSena)
Maklumat lanjut boleh rujuk infografik SINAR di bawah ini dan sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi Mudir, Ust Rohidzir Rais sendiri di talian 019-3459257.