Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Sunday, February 28, 2016

Akidah Umat Islam Di Malaysia Adalah Al-Asha'irah

Akidah Umat Islam Di Malaysia Adalah Al-Asha'irah

Akhlaq ulama terdahulu

Akhlaq ulama terdahulu

Menyanggah fahaman mohd ibnu abd wahab

Belakangan ini sekte wahabi sering menyembunyikan jati diri mereka dengan berdalih mereka bermanhaj (mengikuti) Imam Hanbali dari tuduhan sesat menyesatkan. Dalam kitab “al-hanabilah wa ikhtilafihim ma’a al-salafiyah al-mu’ashirah” tertulis bantahan ulama hanbali terhadap pengakuan sekte wahabi yang mengaku mengikuti manhaj Imam Hanbali.

Di bawah ini kami kemukakan beberapa nama ulama-ulama hanbali yang membantah terhadap sekte salafi atau wahabi:

    Syekh Qadhi Sulaiman bin Abdu Al-Wahab. Beliau adalah saudara kandung Muhammad Abdul Wahab sendiri. Ia memiliki satu risalah yang bernama “ Faslun Al-Khitabu Fi Raddi ‘Ala Muhammad Bin ‘Abdu Al-Wahab” ( pembahasan tentang penolakkan terhadap pemahaman Muhammad Abdul Wahab).
    Syekh Muhammad bin Ahmad bin ‘Ali bin Sahim.
    Syekh Sulaiman Bin Muhammad Bin Sahim Bin Ahmad Bin Sahim Al-Hanbali Al-Najdy.
    Syekh Faqih Muhammad Bin ‘Abdurrahman Al-Hanbali. Di dalam karyanya yang berjudul “ Tahakkum Muqalladin Bi Man Idda’a Tajdida Al-Din” (kehancuran terhadap yang mengikuti orang yang mengaku pembaharuan agama), beliau membantah terhadap setiap pendapat yang di bid’ahkan oleh Ibnu Abdul Wahab.
    Al-Imam Abdullah Bin ‘Isa Al-Muwaisi Al-Hanbali. Beliau merupakan orang yang sangat menginkari dan membantah pemahaman muhammad abdul wahab.
    Syekh Abdullah Bin Ahmad Bin Sahim Al-Hanbali (1175 h).
    Syekh Faqih Nashir Bin Sulaiman Bin Muhammad Bin Sahim Al-Tamimy Al-Hanbali (1177-1226 h).
    Qadhi Syekh Marabbin Bin Ahmad Bin ‘Umar Al-Tamimy Al-Hanbali (1171 h). Beliau belajar dari ulama najd dan syam. Ibnu bisam menceritakan tentangnya,” dia ( murabbin) merupakan qadhi di Huraimilak, namun sangat bermusahan dengan Muhammad Abdul Wahab.
    Dll

Inilah sedikit di antara nama-nama ulama yang bermazhab hanbali yang sangat membantah pemahaman Muhammad abdul wahab. Dan masih banyak ulama-ulama dari mazhab hanbali yang membantah Muhammad Abdul Wahab.

Referensi : Kitab Al-hanabilah Wa Ikhtilafihim Ma’a Al-salafiyah Al-mu’ashirah Karangan Mustafa Hamdu 'Aliyyan al-Hanbaly. Cetakan Dar al-Nur al-Mubin. Hal. 125.

Thursday, February 25, 2016

Selama empat puluh tahun kamu mengidap penyakit (dosa) lalu kamu berfikir penyakitmu itu akan hilang dalam sekejap atau satu hari saja?

"Jika kamu menghadiri majelis (zikir), lalu kembali melakukan pelanggaran atau kelalaian dan dosa, jangan kemudian kamu berujar berkata, "Apa gunanya aku hadir?"

Namun, tetaplah hadir! Selama empat puluh tahun kamu mengidap penyakit (dosa) lalu kamu berfikir penyakitmu itu akan hilang dalam sekejap atau satu hari saja?

Orang yang melakukan maksiat lalu dia tenggelam dalam sesuatu yang haram, niscaya dia tidak akan boleh membersihkannya sekalipun menyelam tujuh lautan jika belum "bertaubat" kepada Allah."

---Sheikh Ibnu Athaillah As Sakandari

اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ

Monday, February 22, 2016

Dia telah berdusta! Seandainya dia bersangka baik dengan Allah, dia akan melakukan amalan yang baik

Manusia yang tertipu (2)

Al-Imam Ibnu Al-Qayyim menukilkan:

إِنَّ قَوْمًا أَلْهَتْهُمْ أَمَانِيُّ الْمَغْفِرَةِ حَتَّى خَرَجُوا مِنَ الدُّنْيَا بِغَيْرِ تَوْبَةٍ ،
Sesungguhnya ada kaum yang berharap kepada keampunan sehingga mereka keluar daripada dunia ini tanpa bertaubat.

يَقُولُ أَحَدُهُمْ : لِأَنِّي أُحْسِنُ الظَّنَّ بِرَبِّي ،
Salah seorang daripada mereka berkata: Ini kerana aku bersangka baik dengan tuhan ku.

وَكَذَبَ ، لَوْ أَحْسَنَ الظَّنَّ لَأَحْسَنَ الْعَمَلَ .
Dia telah berdusta! Seandainya dia bersangka baik dengan Allah, dia akan melakukan amalan yang baik.

[Al-Jawab Al-Kafi Li Man Saala 'Ani ad-Dawa' al-Syafi]

Sunday, February 21, 2016

Formula ( sebagai Iktiar ) menjemput Rezeki:

Formula ( sebagai Iktiar ) menjemput Rezeki:

1. DHUHA. Jika kita selalu buat 2 Rakaat, sekarang ubah lebih rakaat. Makin lama makin meningkat.
Selepas Solat Dhuha kita perlu baca surah Al-Waqiah. Waktu DHUHA rasakan getaran kita untuk menjadi apa, contohnya jika ingin jadi JUTAWAN. Doalah jadi JUTAWAN BERKAT..

2. TAHAJJUD. Bangunlah menunaikan solat ini setiap malam. Tambahkan juga bilangan rakaat tahajjud ni. Muhasabah diri dan mintalah pertolongan Allah sebulat-bulatnya..

3. AL QURAN. Bangun pagi jangan buka hp atau rancang nak buat apa2 dulu, mandi dan ambil wudhuk terus baca Al-Quran & terjemahan walaupun 1 ayat..

4. ZIKIR - Ya Wahhab ( Maha Pemberi ) 40,000 kali setiap hari selama 7 hari. Jika tiada perubahan buatlah sehingga 40 hari..

5. SOLAT BERJEMAAH, terutama lelaki. Orang lelaki juga diminta telefon ibu 1 hari 5 kali atau lebih..

6. SILATURRAHIM. Jangan memecahkan silaturrahim. Maafkan mereka yang pernah sakiti kita dengan hati yang yang lapang
dan tenang..

7. BERSEDEKAH. Sedekah punyai satu power yang luar biasa. Allah gandakan 10 & boleh digandakan lagi 700 kali..

8. SOLAT AWAL WAKTU, Solatlah di awal waktu. Jika tgh susun 40 batu, tiba ke batu yang ke 39 azan berkemandang, sambunglah batu terakhir selepas solat..

9. BERGANTUNG PENUH DENGAN ALLAH. Jangan mengharapkan manusia di luar sana..

10. TAWAKAL DAN USAHA. Minta sepenuh hati kepada Allah, baru usaha.

4 amalan surah setiap hari.
● Surah Yaasin- Setiap solat fardhu
● Surah Al-Waqiah-Waktu Dhuha
● Surah Ar-Rahman- Waktu Asar
● Surah Al-Mulk - Sebelum tidur

Saturday, February 20, 2016

Terlalu ramai Mufti yg menolak Wahhabi

Terlalu ramai Mufti yg menolak Wahhabi. Semuga kita terselamat dari Aqidah yg bertentangan dengan fahaman Ahli Sunnah wal Jamaah.

Kisah tembikai yg tawar

Kisah tembikai yg tawar

Seorang lelaki soleh pulang ke rumah dengan membawa sebiji tembikai (ada orang panggil timun Cina ).Dia membeli buah itu dari sebuah pasar.

Isterinya membelah tembikai itu dan merasanya: “tawar”. Lalu isterinya terus-terusan merungut.

Melihat isterinya yg merungut itu, suami berkata: “Saya membeli tembikai itu dari pasar”

Isteri: “Saya tau”

Suami: “Pada pendapat awak, semasa saya membeli tembikai tadi, saya nak yang manis atau yang tawar?”

Isteri: ” Tentulah yang manis”

Suami:” Ketika penjual sedang menjual tadi, agaknya mereka nak menjual yang manis atau yang tawar?”

Isteri: “Tentulah mereka ingin menjual yg manis”

Suami terus lagi bertanya: ”Ketika peraih (aka org tengah) ingin menjual kepada penjual di pasar, mereka agaknya ingin menjual yang manis atau yang tawar?”

Isteri: “Mesti yang manis”

Si suami diam sejenak..

Kemudian dia menyambung.”Ketika pekebun menanam tembikainya, adakah dia mahu tembikai yang tumbuh nanti manis atau tawar?”

Isteri: ” Tentu yang manis, pastinya.”

Suami:” Ketika awak membelah buah ini tadi, awak inginkan yang manis atau yang tawar?”

Isteri: “Mesti saya ingin yang manis. Kenapa dengan semua soalan ini?” soal isteri.

Orang soleh itu tersenyum pada isterinya.

Lalu dia berkata: “Ketika semua orang inginkan buah yang manis, sebaliknya pula yang berlaku. Buah tembikai itu tawar rasanya!”

Isteri orang soleh itu terdiam.

Marahkan siapa?

‘Jadi ketika awak marah tentang rasa tembikai yang tawar, awak sebenarnya marahkan siapa?

Bukankah semua orang inginkan buah yang manis.

Tetapi kuasa Allah memutuskan buah itu tawar rasanya,

Jadi awak marahkan siapa?

Marahkan saya yg membeli, atau penjual yang menjual atau awak yang membelah atau pekebun yg menanam?

Atau Allah yang menentukan rasa tawar?”

Janganlah kita mengecam, mengutuk makanan walaupun makanan itu tidak sedap.

Kalau kita tak suka, kita tinggalkan sahaja.

Pengajarannya: Kita perlu faham bahawa rezeki kita dapat yang manis atau tawar, sedap atau tidak, semuanya ditentukan Allah.

Jika kita mengecamnya, ramai orang di sekeliling akan terasa hati. Mungkin emak atau isteri yang memasak terasa hati. atau mungkin ayah yang membeli terasa hati.

Dan lebih-lebih lagi tanpa kita sedar, kita seolah-olah “mengecam” Allah yg mengurniakan rezeki itu kepada kita.

Jika kita tidak bersyukur dengan yang sedikit, mana mungkin kita akan bersyukur dengan yang banyak.

Beberapa ayat petikan dalam al-quran semoga dapat memberi panduan kepada kita semua insyaAllah. Allah swt berfirman.

“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak

dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”(An-Nahl: 18)

Cuba bayangkan berapa banyak nikmat Allah yang Allah bagi kepada kita. tak terhitung nilainya kan. Contoh nikmat yang paling dekat dengan kita ialah nikmat sihat. Cuba kalau Allah bagi kita sakit gigi.. macam mana rasa? SubhanAllah tak tahan rasanya.. Allah uji dengan satu nikmat jangan cepat mengeluh ye, fikirkan nikmat lain yang Allah bagi tidak terhitung banyaknya.

Allah swt berfirman lagi..

“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memaklumkan, ” Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku sangat berat”(Ibrahim:7)

Allah kata, siapa yang bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi, Allah akan tambahkan lagi nikmat kepada kita. Dan kalau kita ingkar dengan nikmat yang Allah bagi akan pasti menanggung azab Allah yang sangat berat. Contoh disini ialah kisah tembikai tadi, Isteri lelaki soleh tidak bersyukur dengan buah tembikai yang dibeli oleh suaminya kerana tawar, tetapi isterinya tidak sedar dia sedang mengingkari nikmat yang Allah berikan.

Allah swt berfirman lagi…

Maka apabila manusia ditimpa bencana dia menyeru Kami, kemudian apabila Kami berikan nikmat Kami kepadanya, dia berkata, “Sesungguhnya aku diberi nikmat ini hanyalah kerana kepintaranku”. Sebenarnya, itu adalah ujian, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahuinya.

( Az-Zumar:49)

Sebagai manusia biasa, memang menjadi lumrah kita sentiasa tidak berpuas hati dengan kurniaan Allah, tapi bila kita dianugerahkan Allah akan nikmatNya tersebut, kita menjadi "kufur nikmat" dengan menyalahgunakan nikmat tersebut...

mana lebih baik berkufiah atau tak berkufiah bila keluar rumah

Kalau ku tanya mu, atau sesiapa saja org mukmin, mana lebih baik berkufiah atau tak berkufiah bila keluar rumah ... dah tentu akan dijawab berkufiah lah lebih baik !

Kalau pilih sayur, ikan kat pasar mau pulak pilih yg elok, segar dan baik !

Tapi bila beragama, cuma cincai dan sambil lewa !

Friday, February 19, 2016

Syeikh Muhammad berusia 140 tahun mustajab doanya

Syaikh Muhammad berasal dari Hijaz...Beliau berusia 140 thn ketika gambar ini diambil. Antara kelebihan beliau adalah mustajab doa...

Dia memegang biji tasbih

Wahbi malaysia membidahkan biji tasbih

BAHAYANYA BID'AH TRITAUHID!!

BAHAYANYA BID'AH TRITAUHID!!!

Ulama yang sholeh keturunan cucu Rasulullah shallallahu alaihi wasallam, Abuya Prof. Dr. Assayyid Muhammad Bin Assayyid Alwi Bin Assayyid Abbas Bin Assayyid Abdul Aziz Almaliki Alhasani Almakki Alasy’ari Assyadzili mengatakan,
-------------------------------
“Tiga Pembagian Tauhid sebagai faktor dominan di antara faktor terpenting dan dominan yang menjadi sebab munculnya ekstremisme atau radikalisme adalah apa yang kita saksikan bersama pada metode pembelajaran tauhid dalam kurikulum sekolah. Dalam materi tersebut terdapat pembagian tauhid menjadi tiga bagian:

1) Tauhid Rububiyyah,
2) Tauhid Uluhiyyah,
3) Tauhid Asma’ was Shifaat.

Pembagian seperti ini, tidak pernah dikenal oleh generasi salaf dari masa Sahabat, Tabi’in maupun Tabi’it Taabi’in. Bahkan, pembagian dengan format seperti ini tidak terdapat dalam al Qur’an atau Sunnah Nabawiyyah.

Jadi, pembagian (taqsiim) tersebut tak lebih merupakan ijtihad yang dipaksakan dalam masalah ushuluddin serta tak ubahnya seperti tongkat yang berfungsi membuat perpecahan di antara umat Islam dengan konsekuensi hukumnya yang memunculkan sebuah konklusi bahwa kebanyakan umat Islam telah kafir, menyekutukan Allah, dan lepas dari tali tauhid.”
-------------------------------

Dasar pembagian tauhid inilah yang menjadi dasar pemahaman ulama Muhammad bin Abdul Wahhab dalam memahami tauhid. Hal ini dapat kita ketahui dari tulisan, Qawaidul Arba’ yang disyarahkan oleh ulama Sholih Fauzan Al-Fauzan.

Pada halaman 23 terjemahan Syarah Qawaidul Arba’ tertulis, “Ketahuilah bahwa orang-orang kafir yang diperangi oleh Rasulullah -shallallahu 'alaihi wa sallam- mereka itu mengakui tauhid rububiyyah, sementara pengakuan mereka terhadap tauhid rububiyyah tidak dapat memasukkan mereka ke dalam Islam, sehingga tidak haram harta-harta serta darah mereka”

Berdasarkan prasangka buruk  ulama Muhammad bin Abdul Wahhab maupun para pengikutnya terhadap kaum muslim pada umumnya bahwa mereka baru bertauhid Rububiyah dan tidak memenuhi tauhid uluhiyah serta mereka memahami firman Allah -: وَقَاتِلُوهُمْ   “Dan perangilah mereka”  (QS Al Baqarah [2]:193)  secara dzahir sehingga mereka dapat membunuh kaum muslim.

Sama halnya ekstrimisme atau radikalisme para pelaku teroris, bom bunuh diri, dikarenakan mereka memaknai Al Qur’an dan Hadits secara dzahir seperti;

Firman Allah ta’ala yang artinya

“Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu bertemu dengan orang-orang yang kafir yang sedang menyerangmu, maka janganlah kamu membelakangi mereka (mundur).” (QS Al Anfaal [8]:15)

“Dan bunuhlah mereka di mana saja kamu jumpai mereka, dan usirlah mereka dari tempat mereka telah mengusir kamu; dan fitnah”  (QS Al Baqarah [2]:191)

“Apabila sudah habis bulan-bulan Haram itu, maka bunuhlah orang-orang musyrikin itu dimana saja kamu jumpai mereka, dan tangkaplah mereka. Kepunglah mereka dan intailah ditempat pengintaian”. (QS At Taubah [9]:5)

Mereka tidak memperhatikan asbabun nuzul maupun kaitannya dengan ayat-ayat lain dan hadits-hadits terkait yang menjelaskannya.

-------------------------------
“Telah menceritakan kepada kami Abu Bakar bin Abu Syaibah telah menceritakan kepada kami Hafsh bin Ghiyats dan Abu Mu’awiyah dan Waki’ dari Al A’masy dari Abdullah bin Murrah dari Masruq dari Abdullah dia berkata, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Tidak halal darah seorang muslim yang telah bersaksi bahwa tiada tuhan yang berhak untuk disembah selain Allah dan aku adalah utusan Allah, kecuali satu dari tiga orang berikut ini; seorang janda yang berzina, seseorang yang membunuh orang lain dan orang yang keluar dari agamanya dan meninggalkan jama’ah”  (HR Muslim 3175)

Kita harus pahami penegasan bahwa murtad yang ”meninggalkan jamaah” atau mereka yang berbalik menjadi lawan kaum muslim. Pada zaman Rasulullah, ketika peperangan kaum muslim menghadapi kaum kafir, ketika seseorang keluar dari agama Islam, umumnya langsung bergabung dengan kaum kafir dan memerangi kaum muslim. Sedangkan orang yang murtad pada keadaan tidak memerangi kita, hanya status jiwanya saja yang berubah dari ”haram darahnya” menjadi ”halal darahnya”.
-------------------------------

Status “halal darahnya”  kaum non muslim atau orang-orang murtad, maknanya adalah ketika terpaksa membunuh mereka atau tidak ada jalan lain selain membunuh mereka atau adanya kemungkinan bahaya terbunuh bagi diri kita maka pembunuhan itu tidaklah berdosa.

Pada dasarnya setiap manusia tidak boleh dibunuh kecuali dengan alasan-alasan syar’i sebagaimana firmanNya yang artinya “dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan sesuatu (sebab) yang benar. Demikian itu yang diperintahkan kepadamu supaya kamu memahami(nya)“ (QS Al An’aam [6]:151)

Demikianlah bahayanya pemahaman Al Qur’an dan Hadits secara #dzahir atau pemahaman dengan metodologi “#terjemahkan saja”.

Apa yang dipahami oleh ulama Muhammad bin Abdul Wahhab maupun para pengikutnya bahwa kaum muslim pada umumnya menyembah para Nabi, para Wali Allah, para Syuhada, para Malaikat dan orang-orang shaleh adalah ketidak pahaman mereka dengan apa yang dimaksud dengan bertawassul.

Bahkan mereka memberikan julukan kepada kaum muslim yang melakukan ziarah kubur dan bertawassul dengan julukan kuburiyyun (penyembah kubur),  lihat terjemahan Syarah Qawaidul Arba’ halaman 28.

Hal ini mengingatkan kita kepada kisah suku Aus dan Khajraj. Pada masa Jahiliyah kedua suku tersebut saling bermusuhan dan berperang selama 120 tahun. Setelah mereka memeluk Islam Allah menyatukan hati mereka sehingga mereka menjadi bersaudara dan saling menyayangi.

-------------------------------
Ketika orang-orang Aus dan Khajraj sedang berkumpul dalam satu majlis, kemudian ada seorang Yahudi yang melalui mereka, lalu ia mengungkit-ungkit permusuhan dan peperangan mereka pada bani Bu’ats.  Maka permusuhan diantara kedua suku tersebut mulai memanas kembali, kemarahan mulai timbul, sebagian mencerca sebagian lain dan keduanya saling mengangkat senjata, lalu ketegangan tersebut disampaikan kepada Nabi shallallahu alaihi wa salam.

Kemudian beliau mendatangi mereka untuk menenangkan dan melunakkan hati mereka, seraya bersabda: “Apakah dengan panggilan-panggilan jahiliyah, sedang aku masih berada di tengah-tengah kalian?.” Lalu beliau membacakan Ali Imron ayat 103 yang artinya, ‘Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah secara berjama’ah, dan janganlah kamu bercerai berai , dan ingatlah nikmat Allah atas kamu semua ketika kamu bermusuh-musuhan maka Dia (Allah) menjinakkan antara hati-hati kamu  maka kamu menjadi bersaudara sedangkan kamu diatas tepi jurang api neraka, maka Allah mendamaikan antara hati kamu. Demikianlah Allah menjelaskan ayat ayatnya  agar kamu mendapat petunjuk”
-------------------------------

Setelah itu mereka menyesal atas apa yang telah terjadi dan berdamai kembali seraya berpeluk-pelukan dan meletakan senjata masing-masing.

Semoga semakin banyak yang taubat & insyaf dari ajaran #tritahuid..aamiin.

Wassalam.

https://m.facebook.com/917223971682477/photos/a.963056933765847.1073741829.917223971682477/1027223757349164/?type=3

Wednesday, February 17, 2016

SUAMI MATI PUCUK

SUAMI MATI PUCUK
(masalah feqah yang mesti diketahui pasangan yang belum atau sudah berkahwin)

Selepas enam bulan berkahwin, Ani belum disetubuhi suaminya, Mi. Dia agak kehairanan. Di dalam hatinya terdetik "Kalau suamiku malu untuk mengajak melakukan persetubuhan, tidak mungkin kerana masa itu terlalu lama. Kalau dalam tempoh seminggu, aku boleh terima bahawa suamiku malu " . Ani nekad bertanya suaminya. " abang, dah enam bulan kita kahwin, tapi dara saya belum dihilangkan. Apa, abang ada masalah kelamin kah? " Mendengar pertanyaan Ani, Mi segera menjawab, "Tak adalah. Okey apa ". Ani tidak percaya. Dia membawa masalah itu kepada kadi dan memohon fasakh atas alasan suaminya seorang yang ' anin iaitu mati pucuk.

Setelah dipanggil, Tuan Kadi bertanya Mi " adakah kamu mengalami masalah mati pucuk " Mi terdiam seketika. Tuan Kadi bertanya sekali lagi, " saya tanya kamu, adakah kamu mengalami masalah mati pucuk ". Mi tidak dapat berselindung lagi. Di hadapan Tuan Kadi, dia mengaku, "  Ya, saya mati pucuk ". Ani turut mendengar pengakuan itu. Kini sah lah jangkaannya selama ini adalah tepat dan betul.

Setelah mencatit semua percakapan, Tuan Kadi pun mengeluarkan perintah, " Mi, saya beri tempoh kepada kamu setahun untuk kamu berubat dan memulihkan alat kelamin kamu. Jika selepas setahun, alat kelamin kamu masih tidak berfungsi, saya akan fasakhkan perkahwinan kamu dan Ani "  Mendengarkan perintah Tuan Kadi, Mi bingkas menjawab, " baik Tuan Kadi. Saya akan usahakan" Kemudian Mi dan Ani meninggalkan pejabat kadi.

ULASAN DAN KOMENTAR
1. Unnah atau mati pucuk adalah salah satu sebab untuk memfasakhkan perkahwinan dengan syarat isteri memintanya. Jika isteri tidak meminta fasakh, perkahwinan kekal seperti biasa.
2. Jika telah disabitkan mati pucuk, kadi hendaklah memberi tempoh setahun kepada suami untuk memulihkan alat kelaminnya. Jika alat kelamin kembali pulih sebelum cukup tempoh yang diberikan, maka perkahwinan kekal dan tuntutan fasakh oleh isteri digugurkan.
3. Jika mati pucuk kekal sehingga berakhir tempoh yang diberikan, kadi akan memfasakhkan perkahwinan setelah isteri menuntutnya. Ini bermakna isteri hendaklah sekali lagi menuntut fasakh selepas berakhir tempoh setahun yang diberikan oleh Tuan Kadi.
4. Tempoh setahun untuk memulihkan alat kelamin bermula dari tarikh perintah kadi, bukannya dari tarikh suami mengalami mati pucuk.
5. Isteri yang pernah disetubuhi, kemudian perkahwinannya difasakhkan dengan sebab suami mengalami mati pucuk, maka dia wajib beriddah.
6. Jika sepanjang perkahwinannya tidak pernah disetubuhi disebabkan suami mati pucuk dan perkahwinannya difasakhkan dengan sebab tersebut, maka isteri tidak wajib beriddah.
( Coretan Syeikh Ahmad Faisol Hj Omar)

ini carta rujukan mazhab syafie

ini carta rujukan mazhab syafie.. lihat silsilah kitab dlm mazhab syafie ni ada bnyk.. mula dari imam syafie kemudian dihuraikan oleh muridnya dan disyarahkan lagi oleh ulama' seterusnya dan setiap ulama' tersebut diperakui ilmunya oleh ulama' yg lain juga..

dari situlah berkembangnya yg dinamakan mazhab syafie oleh ulama' asy-syafieyah.. maknanya mazhab bukan bermaksud direct terus pada imam syafie, tapi melalui perkembangan kaedah berhukum yg diperturunkan oleh imam syafie kepada generasi seterusnya.. itu yg dinamakan mazhab..

yg terjadi hari ini org ambil teks imam syafie secara literal tanpa huraian ulama' selepasnya.. seolah2 dia hidup sezaman dengan imam syafie.. seolah2 dia lebih faham apa yg hendak disampaikan imam syafie drpd ulama' yg benar2 belajar dr imam syafie tersebut..
lebih dasyat lagi ada yg direct terus kepada quran hadis tanpa guna kaedah bermazhab.. itulah puncanya ada banyak golongan hari ini yang ngaku ikut quran hadis tapi berlainan cara memahaminya.. Nauzubillahiminzalik

**kaedah berhukum secara literal tu tak tahu datang dari mana.. fikir-fikirkanlah


https://m.facebook.com/140079249511511/photos/a.179322272253875.1073741847.140079249511511/480177062168393/?type=3

Aku merasa khuatir dan takut jangan-jangan amal itu tidak diterima ALLAH akibat suatu kecacatan di sebab tidak ikhlas."

KISAH SUFI

Suatu ketika seorang Sufi, Imam Tarmimi, membuat sehelai baju. Setelah siap dia sangat menyukai baju barunya itu. Tetapi kerana terdesak terpaksa dia menjualnya. Ketika baju itu ditawarkan kepada pembeli dan diamati, ternyata di dalam ada cacat, ada bahagian yang robek. Maka, baju itu pun dikembalikan. Tidak diduga Imam Tarmimi menangis tersedu-sedu, sehingga pembeli itu terharu lalu berkata, "Janganlah bersedih tuan, baju itu tetap akan ku bayar." Mendengar teguran itu, Imam Tarmimi menjawab, "Apakah kamu rasa aku menangis kerana baju itu? Tidak. Baju itu memang kesayanganku, dan kamu kembalikan kerana ada sedikit cacat. Tapi, aku menangis kerana teringat kepada amal-amalku sejak empat puluh tahun dahulu. Aku merasa khuatir dan takut jangan-jangan amal itu tidak diterima ALLAH akibat suatu kecacatan di sebab tidak ikhlas."

Tuesday, February 16, 2016

Terjadi syirik, berlakunya syirik kerana kejahilan kita terhadap ilmu usuluddeen

Ada org mempertikai dan kata menziarahi kubur org soleh adalah syirik

Org bertaraf soleh ke atas, adalah kekasih Allah ! Allah kasih terhadapnya bukan di masa hidupnya saja, bahkan selepas matinya juga.... mereka mendapat reda Allah semasa hidup dan selepas mati.... sebenarnya mereka tidak mati ! Mereka hidup mendapat rezki dan pahala tak putus putus hingga qiamat

ﻭَﺍﺻْﺒِﺮْ ﻧَﻔْﺴَﻚَ ﻣَﻊَ ﺍﻟَّﺬِﻳﻦَ ﻳَﺪْﻋُﻮﻥَ ﺭَﺑَّﻬُﻢْ ﺑِﺎﻟْﻐَﺪَﺍﺓِ ﻭَﺍﻟْﻌَﺸِﻲِّ ﻳُﺮِﻳﺪُﻭﻥَ ﻭَﺟْﻬَﻪُ ۖ ﻭَﻻَ ﺗَﻌْﺪُ ﻋَﻴْﻨَﺎﻙَ ﻋَﻨْﻬُﻢْ ﺗُﺮِﻳﺪُ ﺯِﻳﻨَﺔَ ﺍﻟْﺤَﻴَﺎﺓِ ﺍﻟﺪُّﻧْﻴَﺎ ۖ ﻭَﻻَ ﺗُﻂِﻊْ ﻣَﻦْ ﺃَﻏْﻔَﻠْﻨَﺎ ﻗَﻠْﺒَﻪُ ﻋَﻦْ ﺫِﻛْﺮِﻧَﺎ ﻭَﺍﺗَّﺒَﻊَ ﻫَﻮَﺍﻩُ ﻭَﻛَﺎﻥَ ﺃَﻣْﺮُﻩُ ﻓُﺮُﻃًﺎ

Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran.

Org yg hidup tanpa mendapat taraf soleh, lebih lebih lagi yg duduk dlm taraf nafsu ammarah sebenarnya sudah "mati" sebelum mereka mati !

Kenapa takutkan syirik, padahal tak tahu apa itu syirik ?
Buka setakat "sembah" kubur baru dinakan syirik....

Kita juga sering melakukan syirik dlm banyak hal. Contoh, kita akan berasa selamat dengan membawa senjata tika dlm hutan atau berseorangan padahal kita rasa tak selamat tanpa membawa senjata !

Kita rasa tak terjamin masa depan kita kalau tidak ada sijil atau kelulusan ...

Kedua dua keadaan itu juga syirik !
Terjadi syirik, berlakunya syirik kerana kejahilan kita terhadap ilmu usuluddeen.

Belajar ilmu tauhid seperti belajar kitab tuhfaturraghibeen karangan syeikh nurudden albanjari insyaAllah, di sana ada kupasan yg agak detail yg dapat melepaskan diri dari aqidah sesat dan syirik !

Belajar dulu tauhid hingga dalam dalam, barulah layak bercakap hal hal sebegini

Beramal tanpa ilmu adalah ditolak. Nak bercakal hal hal sebegini , kena belajar dulu, kena tau dengan mendalam dulu apa itu sempadan iman, sempadan syirik, sempadan dosa pahala !

Sunday, February 14, 2016

LIMA DOA' YANG DIPOHON OLEH PENGHUNI NERAKA YANG DIBENARKAN OLEH ALLAH

LIMA DOA' YANG DIPOHON OLEH PENGHUNI NERAKA
YANG DIBENARKAN OLEH ALLAH

(1). Penghuni neraka berdoa Firman Allah ertinya:
"Wahai Tuhan kami! Dua kali Engkau memberikan kematian kpd kami dan dua kali Engkau memberikan kehidupan kpd kami! Kami mengakui dosa2 kami,maka masih adakah jalan keluar bagi kami dari neraka? (Surah Al-Mukmin:11

(2). Allah Berfirman Menjawabnya ertinya:
"Hal demikian itu disebabkan kerana kamu ingkar ketika diseru untuk menyembah Allah sahaja dan kamu hanya mempercayai apabila diadakan sekutu dengan Allah. Hukum hanyalah kepunyaan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Besar" (Surah Al-Mukmin: 12)

(3). Lalu mereka berdoa' Firman Allah ertinya:
"Ya Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar. Kembalikanlah kami kedunia nescaya kami akan mengerjakan amal saleh" (As-Sajdah: 12)

"Ya Tuhan kami' Berilah kami kesempatan kembali kedunia walaupun sebentar, pasti kami akan mematuhi seruan Engkau dan akan mengikuti Rasul-Rasul" (Surah Ibrahim: 44)

(4) Maka Allah Berfirman Menjawabnya ertinya:
"Bukankah dahulu didunia kamu telah bersumpah bahawa sekali2 kamu tidak akan binasa" (Surah Ibrahim: 44)

(5) Maka mereka derdoa' lagi dalam Firman Allah ertinya:
"Ya Tuhan kami, Keluarkanlah kami dari neraka ini, nanti kami akan mengerjakan perbuatan yg baik berlainan dengan pekerjaan yg kami lakukan dahulu" (Surah Fathir: 37)

(6) Dan Allah Berfirman Menjawab pula ertinya:
"Bukankah Kami telah memanjangkan umur kamu untuk berfikir bagi orang yg mahu berfikir dan telah datang kepada mu seseorang memberi peringatan! Maka rasakanlah azab siksa balasan dosa dan bagi orang2 yg zalim tidak ada seorang penolong pun" (Surah Fathir: 37)

(7) Kemudian mereka berdoa lagi dalam Firman Allah ertinya:
Ya Tuhan kami! Kami telah dikuasai oleh kejahatan dan kami adalah orang yg sesat. Ya Tuhan kami! Keluarkanlah kami dari sini. Kalau kami kembali mengerjakan dosa, sesungguhnya kami adalah orang yg zalim" (Surah Al-Mukminun: 106-107)

(8) Seterusnya Allah Berfirman Menjawab ertinya:
"Tinggallah dengan hina didalam neraka dan janganlah kamu berbicara dengan AKU lagi" (Surah Al-Mukminun: 108)

MEREKA PENGHUNI NERAKA TIADA LAGI BERDOA SESUDAHNYA DAN TERSANGATLAH AZAB, SIKSANYA API NERAKA.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1405422459746784&id=100008371300750

KAWAN, JIKA KAMU TIDAK NAMPAK AKU DI SYURGA TOLONGLAH TANYA KEPADA ALLAH TENTANG AKU, DAN, CARILAH AKU DI NERAKA

KAWAN, JIKA KAMU TIDAK NAMPAK AKU DI SYURGA
TOLONGLAH TANYA KEPADA ALLAH TENTANG AKU,
DAN, CARILAH AKU DI NERAKA...

Menziarahi seorang teman yang telah tenat sakitnya, dia menggenggam erat tangan saya lalu menariknya ke mukanya untuk membisikkan sesuatu ketika saya ingin meminta diri untuk balik. Air matanya tergenang. Dalam lafaz yang tersangkut-sangkut dia berkata, "Jika Hang tidak nampak aku di syurga, tanyalah Allah di mana aku, tolonglah aku ketika itu... "Dia langsung teresak menangis lalu saya memeluknya dan meletakkan muka saya di bahunya. Saya membisikkan: "INSYA ALLAH, INSYA ALLAH, aku juga mohon kepada Hang jika sebaliknya Hang tidak nampak aku disyurga. "Kami menangis bersama, entah berapa lama.

Bila saya meninggalkan wad hospital, saya terkenang pesanannya. Sebenarnya pesanan itu pernah dipesan oleh seorang ulamak besar Ibnu Jauzi, yang berkata kepada sahabatnya sambil menangis: "Jika kamu tidak menemui aku di syurga bersama kamu, maka tolonglah tanya kepada Allah tentang aku: "Wahai Tuhan kami, Si Fulan sewaktu di dunia selalu mengingatkan kami tentang Engkau, maka masukkanlah ia bersama kami di syurga.

Ibnu Jauzi berpesan begini bersandar kepada sebuah Hadis: "Apabila penghuni syurga telah masuk ke dalam syurga lalu mereka tidak menemukan sahabat sahabat mereka yg selalu bersama mereka dahulu di dunia. Maka mereka pun bertanya kepada Allah: "Ya Rabb! kami tidak melihat sahabat sahabat kami yang sewaktu di dunia bersolat bersama kami, berpuasa bersama kami dan berjuang bersama kami..."maka Allah berfirman, "Pergilah ke neraka, lalu keluarkan sahabat-sahabatmu yang di hatinya ada iman walau hanya sebesar zarrah (Ibnu Mubarak dlm kitab Az Zuhd)

Maka pilihlah untuk bersahabat yang boleh membantu bukan setakat dunia tetapi hingga akhirat dengan sifat utamanya berbuat ibadat berjamaah bersolat, berpuasa dan sentiasa berpesan kearah keimanan, berjuang untuk menegakkan kebenaran agama. Carilah teman yg mengajak ke majlis ilmu, mengajak berbuat kebaikan, bermuafakat untuk kerja kebajikan, selalu berpesan dengan kebenaran.

Teman yang dicari kerana semata-mata mencari urusan dunia, teman tengok bola, teman tengok TV, teman melepak, teman memancing, teman berkonvoi tayang motor dan kereta hebat, teman facebook untuk bercerita makan apa hari ni, teman whatsApp untuk bersembang hal dunia akan berpisah pada garis mati dan membawa diri sendiri. Tetapi teman yang bertakwa, akan mencari kita disyurga. Semaklah pada diri kita, apakah ada teman yang sebegini pada keliling kita, atau yang ada mungkin lebih teruk dari kita.

Ayuh bertindak, kurangkan masa dengan teman yang pada garis dunia, carilah teman dan kawan dengan mereka yang akan mencari kita disyurga, kerana kita tidak boleh mengharap ibadat kita sahaja untuk menjengah syurga ALLAH, pelbagaikanlah usaha dan harapan, moga satu darinya akan tersangkut ke pintu syurga. Al-Hasan Al-Bashri berkata: “Perbanyaklah sahabat-sahabat mukminmu karena mereka memiliki syafaat pada hari kiamat”. Pejam mata, carilah siapa agaknya yang akan mencari kita disyurga, jika tiada, mulakan hari ini mencari teman kesyurga sebagai suatu misi peribadi.

Saturday, February 13, 2016

KEBATILAN AJARAN WAHHABI MELALUI KITAB-KITAB PENGASAS DAN PENGIKUT AJARAN INI

KEBATILAN AJARAN WAHHABI MELALUI KITAB-KITAB PENGASAS DAN PENGIKUT AJARAN INI

1) Al-Wahhabiyyah ialah satu kumpulan yang mengikut Muhammad bin Abdul Wahhab yang terbit dari Najd, Hijaz ini telah membuktikan isyarat Nabi SAW dengan keluarnya tanduk syaithon di dalam riwayat Imam Al-Bukhari.

2) Muhammad bin Abdul Wahhab tidak mengakui seorang pun sebagai Islam di atas muka bumi selain jemaahnya dan semua yang menyalahinya dikirim orang untuk membunuh ketika tidur kerana dia mengkafirkan orang Islam dan halal darah mereka. Lihat kitab السحب الوابله ص 276 و حاشية رد المحتار ( ج4/262) dan selain keduanya.

3) Ulama’ sezamannya telah memberi peringatan untuk menjauhinya bahkan bapanya sendiri As-Syeikh Abdul Wahhab dan Abangnya As-Syeikh Sulaiman. Abangnya mengarang dua kitab untuk menolak Muhammad B Abdul Wahhab. Pertama فصل الخطاب فبي الرد على محمد بن عبد الوهاب kedua الصواعق الإلهية في الرد على الوهابية begitu juga gurunya memberi amaran seperti Muhammad b Sulaiman Al-Kurdi di dalam kitabnya Al-Fatawa.

4) Golongan wahhabi berkata sesungguhnya Allah duduk di atas ‘arash dan Allah duduk bersama Muhammad pada hari kiamat. Semoga Allah jauhkan kita daripada akidah yang kufur ini. Sila rujuk (كتاب مجموع الفتاوى (ج4/374) و بدائع الفوائد (ج4/40)

5) Golongan Wahhabi mempertahankan mereka yang mengatakan alam ini ada bersama dengan Allah Ta’ala sejak azali. Moga Allah jauhkan kita daripada akidah yang membawa kekufuran ini. Rujuk kitab-kitab berikut ;

موافقة صريح المعقول (ج1/75) و منهاج السنة (ج1/24) و نقد مراتب الإجماع 168-شرح حديث عمران بن الحصين ص 193-شرح حديث النزول 161- مجلة التمدن محرم 1381ه ص 387
6) Golongan wahhabi mengatakan Allah Ta'ala ada mulut seperti yang tertulis alam kitab mereka yang bernama As-Sunnah mukasurat 77.

7) Golongan wahhabi mengatakan : Umat Nabi Muhammad syirik dan syirik mereka lebih teruk daripada syirik menyembah berhala. Rujuk kitab مجموعة التوحيد ص 266 و 281.

8 Wahhabi mengkafirkan ahli Syam, Maghrib, Yaman, Irak dan Mesir. Rujuk kitab فتح المجيد ص 217

9) Wahhabi mempertahankan mereka yang berkata neraka itu hancur tidak kekal seorangpun dan menganggap mempertahankan akidah ini mendapat pahala. rujuk kitab mereka حادي الأرواح ص 260 و التعليق على رفع الستار ص 32

10) Wahhabi mengatakan Siti Hawa رضي الله عنها adalah seorang musyrik seperti yang tersebut di dalam kitab Ad-Din Al-Khalish Juzuk 1 mukasurat 160.

11) Wahhabi mencela Sahabat Nabi yang Mulia iaitu Bilal b Al-Haarith Al-Mazani Radhiallahu ‘Anhu dengan kufur dan melakukan syirik. Ini terdapat di dalam ta’liq mereka kepada kitab Fathul Baari cetakan Dar Ar-Rayyan lilturath juzuk 2 mukasurat 575.

12) Wahhabi mengatakan : Abu Jahal dan Abu Lahab lebih kuat tauhid dan tulus imannya daripada sekalian muslim yang menyebut kalimah لا اله إلا الله محمد رسول الله. Rujuk kitab yang bernama كيف نفهم التوحيد ص 16

13) Wahhabi mengkafirkan mereka yang berpegang dan bertaqlid kepada satu mazhab daripada mazhab yang empat seperti yang tercatit dalam kitab yang bernama هل المسلم ملزم باتباع مذهب معين من المذاهب الأربعة dan mengatakan sesungguhnya taqlid itu raja kepada syirik seperti yang terdapat di dalam kaset salah seorang ulama mereka.

14) Firman Allah Ta’ala : “Sesungguhnya Allah tidak mengampunkan sesiapa yang melakukan syirik denganNya” Wahhabi berkata “Sesungguhnya Allah mengampunkan setengah daripada syirik seperti terdapat di dalam kitab فتاوى الألباني ص 351

15) Imam Bukhari mengtakwilkan di dalam kitab sahihnya firman Allah “Setiap sesuatu akan binasa kecuali wajah Allah" (Surah Al-Qasas ayat : 88) dengan berkata kecuali kekuasaanya namun wahhabi mengatakan sesiapa yang mengtakwil dengan takwilan ini maka dia bukan muslim seperti tercatat di dalam kitab فتاوى الألباني ص 523

16) Wahhabi mengatakan sesungguhnya sesiapa yang solat dan berpuasa dan berkata dengan lidahnya “sahaja aku solat atau sahaja aku berpuasa” diazab di dalam neraka. Ini tercatat di dalam akhbar yang benama Australia Islamic review 26 march 9 April 1996 page 10.

17) Wahhabi menghalalkan darah sesiapa yang berselawat ke atas Nabi SAW secara kuat selepas azan dan menganggap ia lebih teruk daripada zina. Lihat akhir kitab Tarikh Al-Sultonah Al-Uthmaniyyah dan kitab Ad-Dalil Al-Kaafi.

18) Wahhabi mengharamkan sambutan maulidurrasul seperti yang terdapat di dalam kitab mereka فتاوى مهمة ص 45 dan hampir-hampir mengkafirkan mereka yang menyambut maulidurrasul seperti yang terdapat di dalam kitab صيانة الإنسان ص 233 tetapi mereka mengharuskan bagi mereka untuk berkumpul untuk ceramah sirah Muhammad b Abdul Wahhab sempena tahun kelahiran dan wafatnya. Lihat kitab هذا والدي ص 123

19) Wahhabi mengatakan bacaan Al-Quran kepada orang muslim yang mati termasuk di dalam kesesatan seperti di dalam kitab فتاوى مهمة ص 32

20) Wahhabi mengharamkan ziarah orang hidup kepada orang hidup pada dua hari raya. Lihat kitab فتاوى الألباني ص 63

21) Imam Ali Radhiallahu ‘Anhu mengatakan “Keluar pada dua hari raya kepada kubur termasuk daripada sunnah". Riwayat Al-Baihaqi. Tetapi wahhabi mengatakan haram ziarah kubur pada dua hari raya seperti tercatat di dalam kitab Fatawa Al-Albani.

22) Wahhabi bercita-cita untuk menghancurkan kubah hijau Rasulullah SAW dan menggalakkan kepada yang demikian. Lihat kitab تحذير الساجد ص 68

23) Sabda Nabi SAW : من زار قبري و جبت له شفاعت “Sesiapa yang mengziarahi kubur aku dan diwajibkan baginya syafaat aku” Hadith disahihkan oleh Al-Hafiz As-Subki dan selainnya tetapi wahhabi mengharamkan ziarah kepada kubur Nabi SAW seperti di dalam kitab mereka الفتاوى الكبرى ص 142

24) Sabda Nabi SAW إذا كانت ليلة النصف من شعبان فقوموا ليلها و صوموا نهارها “Apabila malam nisfu Sya’ban maka dirikan malam dan berpuasalah pada sianghari” Riwayat Ibnu Majah tetapi wahhabi mengharamkan mendirikan malam nisfu sya’ban di dalam kitab mereka فتاوى مهمة ص 57

25) Firman Allah SWT : فالذين ءامنوا به و عزروه و نصروه و اتبعوا النور الذي انزل معه أولئك هم المفلحون “Maka orang-orang yang beriman kepadanya dan memuliakannya juga menolongnya serta mengikut cahaya yang diturunkan kepadaya (Al-Quran) mereka itulah orang-orang yang berjaya” Surah Al-‘A’raaf :157 tetapi wahhabi menghalalkan darah mereka yang membesarkan dan memuliakan Rasulullah SAW seperti tercatat di dalam kitab mereka مجموعة التوحيد ص 139

26) Nabi SAW bersabda : “Demi diri aku di dalam kekuasaanya, membunuh orang mukmin itu lebih besar di sisi Allah daripada seluruh isi dunia” Riwayat An-Nasaie tetapi wahhabi menghalalkan darah orang islam sehingga ke Timur Jordan di mana disembelih orang wanita dan kanak-kanak sehingga bilangannya mencecah 2750 lihat akhbar As-Sofa April 1924

27) Wahhabi menghalalkan darah jemaah tabligh dan mengkafirkan ketua-ketua mereka As-Sheikh Khalid An-Naqsyabandi dan As-Sheikh Muhammad Ilyas dan As-Syeikh Muhammad Zakariyya, As-Sheikh Muhammad In’aam Al-Hasan Rahimahumullahu. Lihat kitab mereka القول البليغ في التحذير من جماعة التبليغ

28) Telah ittifaq ulama’ dan orang awam daripada orang Islam bahawa ayat ليس كمثله شئ و هو السميع البصير “Adalah Dia (Allah) tidak menyerupai sesuatupun dan Dia maha mendengar lagi maha melihat” Surah As-Syura : 11 di mana ayat ini menunjukkan mahasuci Allah daripada menyerupai makhluk adapun wahhabi berkata : ayat ini tidak sunyi daripada tasybih bagi Allah dengan makhluk seperti yang tertulis dalam kitab mereka بغية المرتاد ص 178

29) Sahabat Nabi Abdullah bin ‘Amr adalah beliau menggantungkan di atas tengkuk anaknya azimat yang daripada ayat-ayat Al-Quran dan daripada zikir. Diriwayatkan oleh At-Tirmizi dan Al-Bukhari di dalam kitab mereka خلق أفعال العباد dan selain keduanya. Adapun wahhabi mengharamkan dan menjadikannya jalan-jalan kepada syirik di dalam kitab mereka iaitu فتاوى مهمة ص 111

30) Rasulullah SAW membenarkan wanita memakai emas sepertimana riwayat Ibnu Majah dan selainnya tetapi Al-Albani mengharamkan memakai gelang, rantai dan cincin dan seumpamanya daripada emas kepada wanita. Rujuk kitab آداب الزفاف ص 132

31) Wahhabi mengatakan orang yang berpuas jika bercium atau menyentuh atau bermesra-mesra atau berpelukan tanpa setubuh dan keluar mani atau mazi tidak membatalkan puasa. Ini dinaqalkan oleh penulis kitab الإنصاف عن زعيمهم ج 3 ص 301 و 315

32) Wahhabi mengatakan onani iaitu mengeluarkan mani samada sebab mencium isteri atau dengan tangan tidak membatalkan puas seperti yang tersebut di dalam kitab تمام المنه ص 418

33) Wahhabi mengharamkan ke atas umat Islam berkumpul untuk membaca Al-Quran atau mengajar agama sebelum solat Jumaat seperti yang terdapat di dalam majalah mereka ذكرى العدد السادس آب 1991 ص 25 و 26

34) Wahhabi mengharamkan menyebut “Sodaqallahul ‘Adzim” selepas membaca Al-Quran seperti yang tersebut di dalam majalah mereka البحوث العلمية

35) Wahhabi mengharamkan ke atas orang Islam kekal di Bumi Palestin dan menyuruh mereka keluar dan meninggalkan kepada Yahudi seperti terdapat di dalam kitab mereka فتاوى الألباني ص 18 و جريدة اللواء الأردنية في 7/8/1992

35) Wahhabi mengatakan As-Syeikh Hassan Al-Banna Rahimahullah sebagai musyrik kerana mengajak kepada syirik dan kesesatan seperti tertulis dalam majalah mereka المجلة العدد ى830 كانون الثاني 1996

36) Rasulullah SAW mengajar seorang lelaki buta agar berdoa
اللهم إني أسألك و أتوجه إليك بنبيك محمد نبي الرحمة يا محمد إني أتوجه بك إلى ربي في حاجتي لتقضى لي صححه
Hadith disahihkan oleh At-Thobrani dan selainnya tetapi wahahbi mengkafirkan mereka yang bertawassul dan beristighasas dengan Rasulullah SAW seperti yang terdapat di dalam kitab mereka مجموعة التوحيد ص 139

Semoga Allah memelihara kita dan anak cucu kita daripada fahaman takfir, tasyrik dan tabdi' yang menghalalkan darah umat Islam. Semoga apa yang saya catitkan ini kerana Allah tidak kerana yang lain selainNya.

Ayuh kita kembali kepada Al-Quran dan Al-Hadith sepertimana yang difahami oleh salafunassoleh daripada Imam-Imam mazahib dan para ulama yang tulus berantaian daripada Nabi Muhammad SAW sehingga kepada kita pada hari ini.
Allahul Musta'aan..

Sumber :

Ustaz Mohd Al-Amin Bin Daud Al-Azhari
BA (Hons) Usuluddin Akidah dan Falsafah
Universiti Al-Azhar Mesir

Friday, February 12, 2016

KISAH HABIB NOH DAN RESIDEN JOHN CRAWUFURD DI SINGAPURA

KISAH HABIB NOH DAN RESIDEN JOHN CRAWUFURD  DI SINGAPURA

Habib Noh bin Sayyid Mohamad bin Sayyid Ahmad Al-Habsyi telah berhijrah ke Singapura pada  sekitar tahun 1819 atas undangan Habib Salim bin Abdullah Ba Sumayr. Tidak banyak maklumat yang diketahui tentang kehidupan awal beliau. Usianya sewaktu tiba di Singapura adalah sekitar tiga puluhan tahun.

Sekembalinya Raffles pada tahun 1822 , dia telah melantik seorang residen baru menggantikan Kolonel William Farquhar. Residen inilah yang telah membenihkan Treaty of Friendship and Alliance of 1824. Melalui perjanjian ini  Kompeni Hindia Timur menguasai Singapura apabila Sultan Hussein dan Temenggong Abdul Rahman dipaksa menjualnya pada 1824 kerana hutang pada Kompeni yang terlalu banyak.  Inggeris datang dengan segala kelengkapan tentera sekitar 1831.  Residen Dr John Crawfurd merupakan seorang yang licik dan sombong.  Beliau pernah menghina dan memberikan tekanan hebat ke atas Sultan Hussein hingga beliau membawa diri ke Melaka. Seluruh pulau Singapura terpaksa menghormati dan akur akan kekuasaan Kompeni Hindia Timur.Habib Nuh bersikap tidak menghormati manusia yang angkuh dengan kekayaan atau jawatan duniawi.  Namun ,Habib Nuh tidak sedikit pun gentar atau menghormati kepada wakil penjajah itu.

Suatu ketika, Residen sedang dalam perjalanan menaiki kereta kudanya dan terserempak dengan Habib Noh . Residen Crawfurd amat marah dan menghina Habib Nuh kerana beliau tidak menghormatinya. Di saat itu juga kereta kuda yang dinaiki residen seakan terlekat di bumi dan tidak dapat bergerak. Residen Crawfurd berang dan bertanyakan hal itu kepada pengiringnya.

“Tahukah tuan Residen siapakah orang yang tuan marah dan hina itu?”

Residen menjawab, “Itu orang gila.”

“Sebenarnya dia bukan gila tetapi dia orang baik dan ada karamah. Lihat, bila tuan marah kepada dia, dia sumpah dan sekarang kereta tuan tidak dapat bergerak,” jelas pengiringnya.

Residen yang angkuh itu menjadi takut dan akhirnya meminta maaf dengan Habib Nuh. Setelah Habib Nuh menepuk kaki kuda itu, barulah kuda itu berjalan pantas seperti biasa. Sejak itu Residen Crawfurd sedar betapa yang Habib Noh ini bukan calang-calang orang.

Namun, pada satu ketika Residen Dr Crawfurd terus bersikap bongkak dan sombong dan memerintahkan orang-orangnya menangkap Habib Nuh dan mengurung di kurungan untuk orang gila di Pulau St Johns . Tangan dan kaki Habib Noh dirantai. Tindakan keras ini diambil kerana  Habib Noh tetap enggan menghormati wakil penjajah yang angkuh lagi bongkak. Anehnya, para pengawal kemudian melihat Habib Noh berjalan sekitar Singapura. Walaupun ditangkap semula, dia tetap dapat keluar dan kelihatan seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku padanya .

Akhirnya beliau dibebaskan sepenuhnya.

macamana nak jawab orang yang tak setuju tazkirah sebelum solat jumaat ?

Salam Ustaz… macamana nak jawab orang yang tak setuju tazkirah sebelum solat jumaat? dia kata mengganggu orang yang nak beribadat dan baca alquran...

JAWAPAN:

1) Tazkirah secara umumnya merupakan majlis ilmu yang penuh dengan berkat dan rahmat Allah Ta’ala. Banyak hadith-hadith Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam yang menyebut tentang kelebihan-kelebihan majlis ilmu dan ia juga diketogarikan sebagai ibadah. Majlis ilmu itu sendiri lebih afdal dari ibadah-ibadah sunat seperti yang dinyatakan oleh Imam Nawawi di dalam Mukadimah al-Majmu’:

والحاصل أنهم متفقون على أن الاشتغال بالعلم أفضل من الاشتغالات بنوافل الصوم، والصلاة، والتسبيح، ونحو ذلك من نوافل عبادات البدن

Maksudnya: “Kesimpulannya mereka(para ulama) bersepakat bahawa menyibukkan diri dengan ilmu adalah lebih afdal dari menyibukkan diri dengan puasa sunat, solat sunat, bertasbih dan seumpamanya yang terdiri dari ibadah-ibadah fizikal yang sunat”.

2) Amalan tazkirah sebelum khutbah Jumaat diamalkan oleh seorang sahabat Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam iaitu Saidina Abu Hurairah Radiyallahu ‘anhu di mana beliau menyampaikan hadith-hadith baginda di dalam masjid sehingga lah imam keluar untuk menyampaikan khutbah (rujuk al-Mustadrak dan Musannaf Ibn Abi Syaibah).

3) Manakala dakwaan tazkirah mengganggu orang lain, suka saya merujuk kepada salah satu fatwa Imam Nawawi di dalam kitab “Fatawa al-Nawawi”. Imam Nawawi pernah ditanya satu soalan yang berbunyi:
[2/12, 12:12 PM] +60 17-987 5782: والحاصل أنهم متفقون على أن الاشتغال بالعلم أفضل من الاشتغالات بنوافل الصوم، والصلاة، والتسبيح، ونحو ذلك من نوافل عبادات البدن

Maksudnya: “Kesimpulannya mereka(para ulama) bersepakat bahawa menyibukkan diri dengan ilmu adalah lebih afdal dari menyibukkan diri dengan puasa sunat, solat sunat, bertasbih dan seumpamanya yang terdiri dari ibadah-ibadah fizikal yang sunat”.

2) Amalan tazkirah sebelum khutbah Jumaat diamalkan oleh seorang sahabat Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam iaitu Saidina Abu Hurairah Radiyallahu ‘anhu di mana beliau menyampaikan hadith-hadith baginda di dalam masjid sehingga lah imam keluar untuk menyampaikan khutbah (rujuk al-Mustadrak dan Musannaf Ibn Abi Syaibah).

3) Manakala dakwaan tazkirah mengganggu orang lain, suka saya merujuk kepada salah satu fatwa Imam Nawawi di dalam kitab “Fatawa al-Nawawi”. Imam Nawawi pernah ditanya satu soalan yang berbunyi:

جماعة يقرؤون القرآن في الجامع يوم الجمعة جهرا, وينتفع بسماع قراءتهم ناس, ويشوشون على بعض الناس, هل قراءتهم أفضل أم تركها؟

Maksudnya: Terdapat satu jemaah sedang membaca al-Quran dengan kuat di dalam Masjid pada hari Jumaat, sebahagian manusia mendapat manfaat dengan mendengar bacaan itu, sedangkan sebahagian yang lain rasa terganggu. Adakah lebih baik mereka membaca atau meninggalkannya (bacaan kuat)?

Imam Nawawi Rahimahullah menjawab:

إن كانت المصلحة فيها, وانتفاع الناس بها أكثر من المفسدة المذكورة فالقراءة أفضل, وإن كانت المفسدة أكثر كرهت القراءة.

Maksudnya: “Jika ada maslahat(kebaikan) padanya(bacaan al-Quran dengan kuat) dan orang ramai lebih banyak mendapat manfaat darinya, maka membacanya adalah lebih afdal. Jika keburukan lebih banyak, maka hukum bacaan (dengan kuat) adalah makruh.”

4) Berdasarkan fatwa Imam Nawawi di atas, boleh kita buat perbandingan bahawa tazkirah sebelum khutbah Jumaat lebih banyak kebaikannya, di mana ia banyak memberi manfaat orang ramai yang sedang menunggu khutbah dan solat Jumaat bermula. Tazkirah bukan sahaja memberi ganjaran pahala kepada mereka yang mendengar malah memberi pengisian ilmu yang berguna. Manakala ibadah sunat yang lain hanya menghasilkan ganjaran pahala yang bukan dalam bentuk maklumat ilmu pengetahuan.

Wallahu A’lam

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=826670037444076&id=100003032625342

Kisah taubatnya ibnu taimiyah

http://jamilul-ilmi.blogspot.co.id/2015/09/kisah-taubatnya-ibnu-taimiyah-di-tangan.html

Manusia munafiq disaat wafatnya ulama tidak bersedih

Manusia munafiq disaat wafatnya ulama tidak bersedih

من لم يحزن بموت العلماء فهو منافق
Barangsiapa yang tidak sedih dengan wafatnya ulama, dia adalah orang munafiq

Wafatnya 'ulama berkurangnya ilmu
إن الله لا يَقْبِضُ العلمَ انتزاعاً ينتزعُه من العباد، ولكنْ يقبِضُ العلم بقبض العلماء، حتى إذا لم يبقَ عالماً؛ اتَّخذ الناس رؤوساًَ جُهَّالا، فسُئِلوا ؟ فأفتوا بغير العلم، فضلّوا وأضلوا.

Sesungguhnya Allah tidak akan mengangkat ilmu dengan sekali cabutan dari manusia. Namun Allah akan mengangkat ilmu dengan mewafatkan para ulama. Hingga ketika tidak tersisa lagi seorang berilmu (di tengah mereka), manusia mengangkat para pemimpin yang jahil. Mereka ditanya, dan mereka pun berfatwa tanpa ilmu. Hingga akhirnya mereka sesat dan menyesatkan (orang lain).
(HR. Imam Bukhori)

Ilmu tanpa guru, hancur orang 'alim tidak tertutur dan hancur ibadanya ngawur jadi fitnah terbesar

فـساد كـبير عـالم مـتهتـك وأكـبر منه جاهل متنسك هما فتنة للعالمين عظيمة لمن بهما فى دينه يتمسك

Hancur lebur, orang alim tidak teratur..
Lebih hancur, orang jahil ibadah ngawur..
Kedua-duanya fitnah besar, menimpa alam semesta.
Bagi orang yang menganutnya, sebagai dasar agama. (HR. Imam Bukhori dan Imam Muslim)

Akibat jauhnya menuntut ilmu agama
Anas bin Malik radliyalloohu ‘anhu, ia berkata :
Telah bersabda Rosulillah shollalloohu ‘alaihi wa sallam :

من أشراط الساعة أن يُرْفَعَ العلم، ويَثْبُتَ الجهلُ.

Termasuk tanda-tanda hari kiamat adalah diangkatnya ilmu dan tetapnya kebodohan.

(HR. Imam Bukhori dan Imam Muslim)

Hakikat fitnah dajjaal

Fitnah dajjal:

Yang dikatakan ubat sebenarnya racun dan yang dikatakan racun sebenarnya ubat.

Yang dikatakan benar adalah bohong dan yang dikatakan bohong adalah benar.

Yang dikatakan betul sebenarnya salah dan yang dikatakan salah sebenarnya betul.

Yang dikatakan baik sebenarnya jahat dan yang dikatakan jahat sebenarnya baik.

Begitulah seterusnya apabila sesuatu itu datang dari fitnah dajjal maka ia hendaklah difahami sebaliknya agar kita tidak tertipu.

Mungkin juga yang dikatakan terrorist itu adalah pejuang dan yang dikatakan pejuang itu adalah terrorist. Wallaahua'lam.

Maka kita perlu berhati-hati dalam menerima maklumat yang bersumberkan media kuffar kerana di situlah terdapatnya fitnah dajjal.

Dari Rib`iy bin Hirasy (ربعيّ بن حراش) berkata:
“Saya pergi bersama Abu Mas`ud al-Ansari (ابي مسعود الانصارى ) ke tempat Huzdaifah bin Al-Yaman (حذيفة بن اليمان) radhiAllahu `anhum, kemudian Abu Mas`ud berkata kepada Hudzaifah, “Ceritakanlah kepadaku berita tentang Dajjal yang engkau dengar dari Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam.”
Hudzaifah berkata, “Sesungguhnya Dajjal itu akan keluar dengan membawa air dan api. Adapun apa yang terlihat air oleh manusia maka itu sebenarnya adalah api yang membakar. Sedangkan apa yang terlihat api oleh manusia maka itu sebenarnya adalah air yang dingin dan segar.” Barangsiapa di antara kamu sekalian berjumpa dengan Dajjal, maka hendaklah ia membuat keputusan memilih pada apa yang terlihat sebagai api kerana sesungguhnya itu adalah air yang segar dan baik.” Kemudian Abu Mas`ud berkata, “Saya pun telah mendengar berita yang seperti itu.”
(HR al-Bukhari dan Muslim)

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=826670470777366&id=100003032625342

SYED ABDUL RAHMAN (TOKKU PALOH)

SYED ABDUL RAHMAN (TOKKU PALOH)

PROFIL:
Sayyid Abdul Rahman Al-Idrus.

Kampung Cabang Tiga, Kuala Terengganu, Terengganu.
Tahun lahir = 1817
Tahun wafat = 1917 (usia 100 tahun)

Ulama besar Terengganu pada abad ke-19.

Penasihat utama Sultan Zainal Abidin III semarakkan semangat jihad Datuk Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau tentang penjajah British di Pahang. ULAMA Besar Terengganu pada abad ke-19, Sayyid Abdul Rahman Al-Idrus atau Tokku Paloh Idrus, turut dikenali sebagai wali Allah yang penuh keramat serta sangat ditakuti penjajah. Diceritakan pada suatu ketika, British cuba berunding dengan Sultan Terengganu iaitu Sultan Zainal Abidin III supaya membenarkan mereka menduduki kawasan Bukit Besar tetapi baginda menyuruh penjajah itu menemui Tokku Paloh.

Baginda menyebut, “Terengganu ini ada tuannya, hendaklah berunding dengan tuannya terlebih dulu,” yang mungkin bermaksud bahawa Tokku Paloh adalah orang yang lebih berhak memutuskan permintaan berkenaan. Mendengar jawapan Sultan Terengganu itu, sepasukan pegawai British kemudian bergerak ke rumah ulama itu untuk berunding. Tokku Paloh mengatakan bahawa mereka boleh ‘mengambil’ Bukit Besar dengan syarat bukit itu dibawa balik ke negeri mereka.

“Kalau untuk mencampuri urusan pentadbiran kami, saya menolak walau atas alasan apa sekalipun tapi kalau hendak tanah, silakan. Isikan ke dalam armada tuan sebanyak mana yang pihak British mahu, ambillah tanah,” demikianlah jawapan ulama besar itu. Mendengar jawapan sindiran ulama itu, British berasa sakit hati dan cuba menunjukkan kemarahan mereka dengan bangun daripada kerusi yang diduduki. Akan tetapi, dengan izin Allah, secara tiba-tiba kerusi yang diduduki penjajah melekat di punggung mereka.

Lalu Tokku Paloh menyindir, “Bukan Bukit Besar saja yang kamu mahu ambil, tapi kerusi saya pun kamu mahu ambil juga?” sekali gus menyebabkan British beredar dengan perasaan malu. Selepas peristiwa itu, British cuba berunding untuk kali kedua dan proses itu diadakan di atas kapal perang mereka yang besar. Ia bertujuan untuk mengugut ulama itu secara psikologi kononnya British memiliki angkatan perang yang besar dan mampu menyerang Terengganu jika hasrat mereka menduduki negeri itu dihalang.

Mereka menjemput Tokku Paloh ke kapal berkenaan tetapi ulama itu mengatakan bahawa kapal perang besar itu tak mampu bertahan jika beliau naik. Pihak British kemudian ketawa mengejek sebaik mendengar kata Tokku Paloh. Ulama itu kemudian naik ke kapal berkenaan dan dengan izin Allah juga, setiap kali Tokku Paloh menyengetkan serbannya ke kanan atau ke kiri, maka kapal besar itu turut senget. Keadaan itu mencemaskan pihak British sehingga mereka membatalkan rundingan itu serta merta.

Pada masa yang lain pula, penjajah itu cuba menghampiri perairan Terengganu tetapi mereka mula ketakutan sebaik melihat negeri itu dijaga pahlawan Melayu yang siap bersenjata sejauh mata memandang. Keadaan itu menyebabkan mereka takut menjajah Terengganu selagi Tokku Paloh masih hidup. Demikianlah antara beberapa kisah Tokku Paloh, seorang ulama besar yang berjaya menyekat penjajahan British pada peringkat awal di Terengganu.

Selain menjadi guru kepada Sultan Zainal Abidin III dan Haji Abdul Rahman Limbong iaitu pejuang penentang penjajah di Terengganu, ulama itu turut bertanggungjawab menyemarakkan semangat jihad di kalangan pejuang menentang penjajah di Pahang iaitu Datuk Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau. Peristiwa itu berlaku apabila pasukan pimpinan Datuk Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau hampir-hampir menyerah diri selepas mengalami tekanan dan serangan berterusan daripada tentera penjajah pimpinan Residen British, Hugh Clifford.

Keadaan tersepit itu menyebabkan mereka berlindung di hutan Terengganu dan menghubungi Tokku Paloh pada Mei 1894. Sebaik bertemu dengan ulama itu, mereka diberi perlindungan dan diajar ilmu untuk menentang musuh. Hasil perguruan singkat dengan ulama itu menyebabkan semangat kumpulan pejuang terbabit kembali membara dan mereka terus tekad melancarkan jihad menentang penjajah British di Pahang.

Walaupun dikenali sebagai ulama, Tokku Paloh turut membabitkan diri dalam bidang pentadbiran dan diplomatik di Terengganu apabila dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Terengganu selain penasihat utama Sultan dalam pelbagai hal. Malah, ketegasan dan kepintarannya dalam hal ehwal diplomatik menyebabkan ulama itu sering diberi peluang mewakili Sultan untuk berunding dengan British hingga penjajah itu gagal menawan Terengganu.

Tokku Paloh dilahirkan pada 1817 di Kampung Cabang Tiga, Kuala Terengganu. Ulama itu mendapat pendidikan awal daripada bapanya sendiri iaitu Saiyid Muhammad al-Aidrus atau dikenali Tokku Tuan Besar, selain beberapa ulama tempatan sebelum berhijrah ke Makkah untuk mendalami ilmu agama dan menimba pengalaman. Sekembalinya dari Makkah selepas kira-kira 10 tahun menuntut ilmu di sana, Tokku Paloh terus mengajar di masjid peninggalan ayahnya di Kampung Cabang Tiga, Terengganu sebelum membabitkan diri dalam bidang pentadbiran negeri.

Tokku Paloh memiliki banyak ilmu dalam bidang kerohanian terutama ilmu tasawauf dan sufi. Beliau juga menjadi khalifah kepada Tareqat Naqsyabandiah dan turut mengamal serta mengembangkan amalan Syahadat Tokku iaitu satu amalan yang disusun oleh bapanya. Kepercayaan Sultan Terengganu terhadap dirinya menyebabkan Tokku Paloh diamanahkan Sultan Zainal Abidin III untuk mentadbir kawasan Paloh selain mengawasi beberapa daerah di Hulu Terengganu antaranya Kuala Berang hingga Cabang Tiga.

Dalam usaha memastikan kawasan pentadbirannya terhindar daripada perbuatan maksiat dan pelanggaran undang-undang, Tokku Paloh menubuhkan pasukan penguat kuasanya sendiri yang dikenali sebagai Budak Raja. Pasukan Budak Raja ditugaskan menjaga keamanan sama seperti fungsi pasukan polis pada hari ini. Bagi memastikan keselamatan dan kebajikan masyarakat setempat terjaga, Tokku Paloh gemar keluar pada malam hari malah pada hari tertentu, beliau keluar dengan mengenakan kain selubung di kepala.

Tindakannya itu bertujuan membolehkan beliau meninjau kehidupan masyarakat dan sekiranya beliau mendapati ada perkara tidak baik berlaku, Tokku Paloh akan memerintah Budak Raja membuat tangkapan pada keesokan hari. Ulama itu juga memiliki mahkamah sendiri di Paloh untuk mengadili pesalah di kawasan pentadbirannya.

Usaha beliau itu mendapat perkenan daripada pihak istana. Hubungan rapat antara Tokku Paloh dan Sultan Zainal Abidin menyebabkan baginda menyerahkan puteranya iaitu Tengku Sulaiman untuk dijadikan anak angkat dan murid Tokku Paloh. Malah, seorang daripada isteri Tukku Paloh iaitu Tengku Mandak ialah kekanda Sultan Zainal Abidin III sendiri.

Tokku Paloh meninggal dunia pada September 1917 selepas jatuh sakit pada usia 100 tahun. Tidak lama kemudian, Sultan Zainal Abidin III mangkat pada 26 November 1918. Selepas kewafatan ulama itu, barulah British berani dan berjaya menjajah Terengganu pada 24 Mei 1919.

Thursday, February 11, 2016

Ulama' hakiki Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

Ulama' hakiki Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

TUAN GURU HAJI MAMAT MERBAU PATAH

TUAN GURU HAJI MAMAT MERBAU PATAH

Nama penuh beliau, Haji Mamat atau Mohamad bin Osman, berasal dari Sungai Derhaka, Kuala Terengganu. Dari keturunan orang-orang alim. Dalam usia 13 tahun beliau sudah boleh membaca khutbah.

Mendapat pendidikan awal di Pondok Losong Haji Mat Syafie, kemudian pergi ke Kelantan berniaga sambil belajar. Beliau selalu mengadakan muzakarah dengan guru-guru di sana. Kecenderungannya kepada ilmu Tasauf sangat kuat.

Kemudian Tuan Guru Haji Mamat beruzlah di Mekah selama enam bulan. Selepas kembali ke tanahair, beliau bermimpi berada di bawah sepohon kayu yang terletak di atas tanah yang tinggi dan di situlah beliau mendapat pelbagai ilmu.

Beliau memulakan kuliahnya di kampung isterinya, Merbau Patah, Kuala Terenganu. Ketika itu, masyarakat di situ sangat berpegang kuat kepada kepercayaan syirik mengenai ‘acak’. Melalui pengajaran kitab Tauhid, akhirnya beliau berjaya menyedarkan masyarakat mengenai bahaya kepercayaan tersebut dan mengembalikan mereka kepada konsep Tauhid yang sebenar di sisi Allah. Keilmuan beliau mula tersebar ke merata tempat. Orang-orang yang mendengar pengajarannya datang dari seluruh pelusuk Malaysia.

Tuan Guru Haji Mamat adalah seorang yang alim dalam ilmu tasauf. Syarahannya dalam menghuraikan kitab Minhajul Abidin dan Al-Hikam Tok Pulau Manis adalah sangat mendalam.
Beliau memperolehi ilmu secara laduni. Setiap kali mengajar kitab Al-Hikam, beliau memberitahu seolah-olah beliau berada di lautan dan nampak laut dikepalanya. Kupasannya sentiasa berbeza walaupun mensyarahkan matan yang sama. Setiap kali beliau mengajar, lautan manusia akan memenuhi madrasahnya.

Tuan Guru jarang keluar dari madrasahnya. Beliau banyak menghabiskan masa di dalam bilik khalwat yang kecil. Sangat kuat ibadah dan mujahadahnya. Pada jam 3 pagi, kami murid-muridnya dapat mendengar Tuan Guru bersolat dan berzikir.

Beliau amat warak dalam mengeluarkan perkataan terhadap seseorang, walaupun terang-terangan orang itu membawa perjalanan yang batil, malah pernah melemparkan kata-kata yang bukan-bukan terhadapnya.

Beliau juga dikurniakan beberapa kelebihan. Diceritakan pernah datang 2 orang dari Sungai Rengas yang bergaduh disebabkan masalah hutang piutang. Sipemiutang hutang mendakwa sipenghutang tidak membayar hutangnya sebanyak RM200, tetapi dinafikan oleh sipenghutang. Akhirnya Tuan Guru Haji Mamat mengambil duitnya dan memberinya kepada sipemiutang sebagai bayaran hutang sipenghutang. Dua bulan kemudian, sipemiutang datang semula dan mengatakan duit yang diberi Tuan Guru tidak boleh digunakan sesen pun kerana dimakan bubuk. Wallahu ‘alam..

Tuan Guru juga sangat pemurah. Jika ada orang ingin meminjam duit, beliau akan memberinya tanpa mengiranya sebagai hutang. Beliau selalu berpesan kepada anak-anak, kalau tak ada duit beritahu kepadanya, dan jangan berhutang dengan orang lain. Sebaliknya, kalau anak-anaknya memberinya duit, beliau menolaknya atau disuruhnya duit itu diberi kepada si ibu.

Tuan Guru tidak mengamalkan apa-apa tariqat, tetapi hanya mengamalkan aurad biasa lepas sembahyang. Walaupun tidak menolak tariqat tetapi beliau memberitahu penulis bahawa terlalu banyak kesalahan malah kesesatan berlaku dalam pengamalan tariqat sekarang. Katanya, tasauf bukannya pada zikir, bukannya pada salasilah, bukannya pada ibadah yang banyak, bukannya suluk, bukannya mujahadah, tetapi hakikat tasauf ialah hidupnya jarum hati memandang hakikat KeTuhanan dalam setiap masa. Pandanglah segala dari Allah, dengan Allah dan kepada Allah, berpegang teguh dengan syariat dan hakikat serta memelihara diri dari yang haram, syubhat dan makruh.

Ketika saat kematiannya sudah hampir, beliau memberitahu anak-anak dan muridnya bahawa beliau mahu berjalan pada malam itu. Kemudian, beliau memanggil salah seorang anaknya dan berwasiat dengan dua perkara iaitu menjaga iman dan jangan bergaduh sesama ahli keluarga. Selepas solat Maghrib, beliau memejamkan matanya dengan lena. Pada malam itu, semua orang di madrasah tidak pulang ke rumah, mereka ramai-ramai membaca surah Yasin.

Menurut anaknya, kira-kira jam 3 pagi wajah Tuan Guru berubah kekuning-kuningan, wajahnya nampak segar dan tenang. Beliau akhirnya kembali menemui kekasihnya pada jam 4 pagi (tahun 1995). Sembahyang jenazah diimamkan oleh Tuan Guru Haji Hashim, mudir pondok Pasir Tumbuh dan semua murid jauh dan dekat turut datang mengiringi jenazah beliau buat kali terakhir. Kembalilah seorang ulama sufi menghadap kekasih yang dirinduinya, semoga Allah menempatkan ia dalam golongan mereka yang dimuliakan. Amin.

memporak perandakan ummat juga merupakan perbuatan bidaah !

dengar baik baik para pengikut wahabiyy....
wahabiyy hukum ibnu taimiah kaafir ??

Cukup cukuplah saudara .... islam di bawa ke nusantara ini oleh ulama bermazhab syafie yg tidak berpegang kpd fahaman wahabiyy !!!
sudah beratus tahun kita hidup aman damai tanpa wahabiyy dan syiah!
tetiba jadi kacau bilau bila fahaman ini merebak dan menjadi barah !!!
datuk nenek kita zaman berzaman mengamalkan mazhab shafei....
pondok pondok dibuka serata tempat ....

alim ulama soleh .... hingga bertaraf waliyyullah !!!
fikirlah .... kembali lah .....

memporak perandakan ummat juga merupakan perbuatan bidaah !!!

Gara gara fatwa wahabiy, org lebih suka ke majlis maksiat berbanding majlis zikir ?

Gara gara fatwa wahabiy, org lebih suka ke majlis maksiat berbanding majlis zikir ?

Aljazera-News.Com - Fatwa maksiat ini sering di lontarkan oleh Ulama dn pengikut ajaran yang didirikan oleh Muhammad Abdul Wahab (Wahabi / Salafi) untuk menstikma buruk Amaliyah yang di lakukan oleh mayoritas ummat muslim , contoh ummat muslim yang sedang menyuburkan majelis taklim, dzikir berjama'ah, Tahlil, Yassin, Genduri, dll mereka sebut perbuatan Bid'ah neraka jaminannya, untuk meyakinkan orang orang Awam merekapun berfatwa "Maksiat Lebih Baik Daripada Bid'ah" .

Lalu dengan bodohnya merakapun bertanya soal maksiat yang merajalela dimana kepada orang yang selama ini mereka anggap berbuat Bid'ah, Berikut pertanyaanya seperti di ceritkan Oleh Ustadz Abdulah Ade.

Ada ustad salafi wahabi berkata begini : " lihatlah kemaksiatan makin merajalela, kejahatan makin merajalela"
Ustadz Abdullah Ade menjawab dengan menyeletuk : " lah ini kan gara-gara elu dan pengikut lu semua makanya kemaksiatan dan kejahatan makin merajalela, bukannya elu senang??"

Ustad salafi wahabi berkata " lha kenapa salah gue, kenapa kami yang menyebabkan maksiat dan kejahatan makin merajalela? jangan fitnah apa buktinya ??

Saya menjawab : "masih ingat ga slogan yang kalian gadang-gadangkan "MAKSIAT LEBIH BAIK DARIPADA BID'AH" , nah akibat slogan kalian ini akhirnya berapa banyak orang-orang tertipu dan malah memilih maksiat daripada menghadiri majelis taklim yang mengajak merayakan MAULID NABI MUHAMMAD SAW, majelis DZIKIR, majelis SHOLAWAT yang kalian tuduh BIDAH  walhasil para ahli maksiat malah menyambut senang ide brilian kalian, tadinya diskotik sepi sekarang jadi ramai berkat slogan kalian, malah banyak diskotik sekarang malah buka cabang, kami mengadakan MAULIDAN NABI MUHAMMAD SAW agar ummat datang dan menghadiri tempat kebaikan untuk menghindari maksiat, nongkrong-nongkrong kongkow ga jelas,
Kami mengajak masyarakat tahlilan agar masyarakat kumpul dalam kebaikan, daripada nongkrong main gaplek atau cuman melakukan hal-hal sia-sia, jawab Ustadz Abdullah

Kami mengajak masyarakat dzikiran agar masyarakat mau berkumpul dalam halaqoh lautan ilmu dan lebih banyak menyebut asma ALLAHU dan meninggalkan ghibah, daripada ngegosipin orang atau menghadiri konser-konser yang didalamnya bercampur baur dengan kemaksiatan, tapi gara-gara kalian tempat tongkrongan penuh maksiat berjamur, acara gosip malah makin banyak dan diminatin, ghibah sana sini menjadi kebiasaan.

Ketika kemaksiatan merajalela maka kejahatan semakin merajalela, akibat slogan yang kalian propagandakan dan gadang-gadangkan walhasil banyak ABABIL memilih menghabiskan waktunya dengan nongkrong-nongkrong ketimbang belajar ngaji, tidak sedikit ABABIL yang menelan mentah-mentah propaganda busuk kalian yang kalian sebar di dunia maya, blog, sosial media
pelacuran makin merajalela, lihatlah berapa banyak pelacur berkedok agama bermunculan, mereka melakukan nikah mut'ah dan misyar secara sembunyi-sembunyi , pelacur ini malah senang ide brilian yang mengusung ide nikah mutah dan misyar kalian, akibat ide kalian mereka aman dan terhindar razia, cukup pakai cadar saja maka orang-orang akan menganggap "oh dia isteri si anu" padahal kalau diminta surat nikah mereka pelaku misyar ga akan bisa nunjukkan buktinya. Terang Ustadz Abdullah

Dan ketika semua itu terjadi kalian bingung sendiri dan mencari kambing hitamnya ?? bukannya introspeksi diri dan sadar malah menyalahkan orang kalau kalian terus memusuhi majelis dzikir, majelis maulid, majelis sholawat maka kemaksiatan bukan makin sedikit malah makin tambah banyak, dan ahli maksiat menyambut baik dan mensupport ide brilian kalian "MAKSIAT LEBIH BAIK DARIPADA BID'AH" KALIAN MENUDUH BID'AH yang bukan BID'AH, tapi kalian malah mengerjakan MAKSIAT dan menganggap itu boleh dan SUNNAH !! , tagas Ustadz Abdullah Ade

Akibat ulah kalian muncul lah 3 penjahat :

1. PEMBUNUH BERKEDOK AGAMA yang menganggap diri mujahidin padahal mereka adalah TERORIS, mencari dana dan uang dengan cara merampok tapi ngaku-ngaku ghanimah
2. PENJAHAT KELAMIN BERKEDOK AGAMA yang isi kepalanya "selangkangan" dan hawa nafsu, melakukan perzinaan berkedok agama, nikah resmi ga mau karena ga bisa gonta ganti pasangan jadi penjahat kelamin memilih menikah misyar atau mut'ah
Wanita baik-baik kalian tuduh pelacur, tapi yang jelas pelacur berkedok agama dengan menutupi diri dengan cadar malah kalian bela
3. PEDAGANG IMAN DAN AYAT-AYAT ALLAHU, menjual buku-buku busuk , penipuan dan menyebarkan berita bohong di dunia maya lalu kalian meminta sumbangan dan donasi dari masyarakat yang berhasil kalian tipu
kalianlah salafi wahabi sumber fitnah dan petakanya !!!

Wahabi salafi mati Kutu dengan jawaban Ustadz Abdullah Ade, ibarat orang mau perang sudah kena jebakan yang dia pasang sendiri.

Sumber: Ustadz Abdullah Ade
Editor: Fauzan Adzlim Purnama

http://www.aljazera-news.com/2016/02/gara-gara-fatwa-wahabi-salafi-orang.html

Wahabiyy fasad hatinya

Fasadnya ik'tiqad bukan pada amalan, tapi pada pegangan hati, bila pegangan hati telah fasad dan rusak, maka kefasadan akan terzahir pada perbuatan, lidah dan tindakan ......

Sebab itu org yg telah rosak aqidahnya akan mudah menghukum mukmin lain !

Wahabiy extreem perlis

Saja nak bagitahu..
Sebab ramai yg dah tanya..
Sheikh2 kami di University Madinah dan di Masjid Nabawi ramai je yg Sporting & 0.k...Jarang juga nak jumpa yg keras2 melainkan Sheikh Tauhid..mungkin dulu sheikh2 Madinah ada yg keras..tapi Heran betul harini apesal Orang Malaysia lagi keras dari Sheikh Madinah..Sheikh kami mengajar Fiqh siap suruh ikut Mazhab Shafie & baca Qunut lagi..bahkan satu hari saya pernah di panggil oleh seorang Sheikh besar Universiti Madinah di biliknya..Beliau dari negeri Qassim..Beliau bgtahu "saya dapat khabar kamu Jemaah Tabligh..banyakkanlah berdoa ye..Orang Dakwah kena banyak Doa..kerana mungkin ada kawan2 kamu yg mengata kamu kerana mereka tak suka..jangan hiraukan mereka..teruskan Dakwah kamu"...masyAllah seorang Sheikh boleh cakap mcm tu..penuh hikmah..tak de pun dia kata kamu sesat masuk neraka..

Tapi Heran di Malaysia lagi teruk shadidnya dari Madinah..pernah tahun 2010 kami keluar Dakwah 40 hari di perlis..kami jemaah dari Johor..waktu subuh di "satu Masjid di perlis" tunggu punya tunggu..Bilal tak datang..maka kawan saya pun bangun azan sebab waktu dah lebih...sampai di Assolatu khairum minan naum..Pak bilal datang pakai singlet je dgn muka marah...Kenapa azan macam ni??kenapa azan macam ni??kata pak Bilal..Lain kali azan macam Biasa je..Tak payah baca Assolatu khairum tu...baca tu Bidaah bagi mereka..yg lagi pelik td dia tak nak datang awal untuk azan padahal dia bilal..Lepas tu datang pakai singlet nak marah2..tu lagi Bidaah besar sb lepas marah dia balik rumah...

Mulai dari hari tu saya pun fikir yg bacaan Assolatu khairum tu Bidaah..hinggalah sy di terima sambung belajar di universiti Madinah...waktu subuh elok je Pak Bilal Masjid Nabawi baca Assolatu khairum min naum..pelik juga kenapalah orang Malaysia lebih shadid dan Jumud dari Orang Madinah..barangkali sebab duduk je kt kampung tak nak tengok negeri orang..macam katak bawah tempurung hingga pemikiran jd sempit...lepas tu merasakan dia je betul..Janganlah sempitkan Agama itu...

ALLAH perintah "Fasiru fil ard-Berjalanlah di atas Muka Bumi" kerana dgn banyak berjalan, lebih-lebih dgn keluar Dakwah di jalan ALLAH maka banyak kita dapat belajar di tempat orang..jauh berjalan luas pemandangan tambah pengetahuan pengalaman...fikiran kita lebih terbuka..dan kita lebih mudah untuk memahami orang bukan hanya tahu menghukum Orang Sesat masuk Neraka..Betapa Ruginya kita memilik kefahamam Islam yg sempit dan menyempitkan pemikiran orang Lain..Alim Ulama ramai di dunia hari ni...Rujuklah mereka..agar kita terus berada di atas jalan Baginda Nabi kita Sayyiduna Muhammad Saw...amin...

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=534607513386068&id=298006940379461

Wednesday, February 10, 2016

Kenapa manusia paling baik pun tak dapat masuk syurga ?

DIALOG ANTARA LIBERAL DAN PAK LEBAI KAMPUNG

Liberal: Pak lebai, ada orang baik sangat anti korupsi, bangun masjid, rajin sedekah sampai hidupnya sendiri dikorbankan menolong orang banyak, terus meninggal dan dia bukan Muslim, Dia masuk syurga atau neraka?

Pak Lebai: Neraka.

Liberal: Lah ? Kan dia orang baik. Kenapa masuk neraka ?

Pek Lebai: Kerana dia bukan Muslim.

Liberal: Tapi dia orang baik Pak Lebai ! Banyak orang telah dibantunya, bahkan umat Islam juga. Malah Bangun Masjid Raya segala. Jahat benar dah Tuhan kalau orang sebaik dia dimasukkan ke dalam neraka juga.

Pak Lebai: Allah tidak jahat, hanya adil.

Liberal: Adil bagaimana mane ye ?

Pak Lebai: Kamu sekolahnya sampai tingkatan berapa ?

Liberal:  Saya Master Sains lulusan US Pak Lebai, kenape ?

Pak Lebai: Bagaimana kamu dapat title Master Sains dari US ?

Liberal: Kerana saya kuliah disana, tamat ijazah disana.

Pak Lebai: Namamu terdaftar disana ? Kamu mendaftar ?

Liberal: Ya benar Pak Lebai, ini ijazah saya.... juga masih baruuu lagi.

Pak Lebai: Sekiranya waktu itu kamu tidak mendaftar, tapi kamu pergi kesana, hadiri kuliah,  diam-diam ikut ujian, bahkan kamu dapat jawab dan markah sempurna, apakah kamu tetap akan dapat ijazah ?

Liberal: Mestilah tidak Pak Lebai,  itu namanya mahasiswa yg tidak sah taraf, sekalipun dia pintar, dia tidak terdaftar sebagai pelajar, universiti kat tempat tu sangat teliti ikut peraturan.

PAK Lebai: Itu berarti unversiti tu jahat, tak berperi kemanusiaan, ada orang sepintar itu tak diberi ijazah hanya karana tidak mendaftar ?

Liberal: *terdiam*

Pak Lebai: Bagaimana ?

Liberal: Ya itu bukan jahat, itu kan aturan, salah si mahasiswa kenapa tidak mendaftar, akibatnya tidak dapat ijazah dan title resmi dari kampus.

Pak Lebai: Nah, kalau universitimu saja ada aturan, apalagi dunia dan akhirat. Kalau surga diibaratkan ijazah, dunia adalah bangku kuliah, maka syahadat adalah pendaftaran awalnya. Tanpa pendaftaran awal, mustahil kita diakui dan dapat ijazah, sekalipun kita ikut kuliah dan mampu melaluinya dengan gemilang. Itu adalah aturan, menerapkannya bukanlah kejahatan, melainkan keadilan.