Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Friday, January 15, 2021

Anggap Nabi khidir mitos TEGURAN SUCI BUAT KAMILIN JAMILIN




TEGURAN SUCI BUAT KAMILIN JAMILIN.

Sy tak kenal beliau tetapi sy terkejut kerana beliau ME-MITOSKAN ttg hidupnya Nabi Khidr sehingga sekarang.

Status hidupnya Nabi Khidir sehingga skrng menjadi perkara khilaf. Perkara khilaf sepatutnya dira'ikan.  Bukannya DI-MITOSKAN.

Antara ulama yg berpendapat Nabi Khidr dikekalkan usianya hingga kiamat adalah Imam Al-Ala'i didlm tafsir beliau :

قال العلائي في تفسيره إن الخضر و إلياس عليهما السلام باقيان إلى يوم القيامة فالخضر يدور في البحار يهدي من ضل فيها و إلياس يدور في الجبال يهدي من ضل فيها هذا دأبهما في النهار و في الليل يجتمعان عند سد يأجوج و مأجوج يحفظانه.
-(الصدق و التحقيق)

Imam Al-Ala'i berkata di dlm tafsirnya Sesungguhnya Nabi Khidr dan Ilyas a.s dikekalkan umur sehingga hari kiamat. Nabi Khidr bergerak di lautan memberi petunjuk sesiapa yg sesat di situ. Sedangkan Nabi Ilyas bergerak di gunung memberi petunjuk kepada yg sesat di situ. Inilah yg dilakukan mereka diwaktu siang. Dan diwaktu malam mereka akan bertemu di sisi lubang yakjuj dan makjuj dlm keadaan menjaga lubang itu.

Imam Nawawi menukilkan pandangan majoriti ulama bahawa Nabi Khidr masih hidup :

قال النووي في تهذيبه قال الأكثرون من العلماء هو حي موجود بين أظهرنا و ذلك متفق عليه عند الصوفية و أهل الصلاح و المعرفة و حكايتهم في رؤيته و الاجتماع به و الأخذ عنه و سؤاله و جوابه و وجوده في المواضع الشريفة و مواطن الخير أكثر من أن تحصى و أشهر من أن تذكر .
-(الإصابة في تمييز الصحابة)

Imam Nawawi berkata didlm "tahzibnya" Berkata majoriti ulama : Dia (Nabi Khidr) masih hidup dan wujud bersama kita dan pendapat ini disepakati oleh seluruh Ulama tasawwuf dan org² baik serta ahli² makrifat.
Dan kisah ttg penampakannya, bertemu dngnnya, mengambil daripadanya, bertanya kepadanya, jawapan darinya, kewujudannya di tempat² yg mulia dan baik adalah lebih banyak daripada perhitungannya dan lebih popular daripada sebutannya.

و يروى عن الحسن البصري وكل إلياس في الفيافي و وكل الخضر في البحور و قد أعطيا الخلد في الدنيا إلى الصيحة الأولى و أنهما يجتمعان في موسم كل عام.
-(الإصابة في تمييز الصحابة)
Dan diriwayatkan dari Hasan Basri : Nabi Ilyas tinggal di padang pasir sedangkan Nabi Khidr tinggal di lautan dan mereka berdua dikurniakan umur yg kekal hingga ke tiupan sangkakala yg pertama dan mereka akan bertemu di tempat perhimpunan org ramai pada setiap tahun.

و نقل عن الثعلبي المفسر أن الخضر نبي معمر على جميع الأقوال محجوب عن أبصار أكثر الرجال و قال ابن الصلاح هو حي اليوم عند جماهير العلماء و العامة معهم في ذلك و إنما ذهب إلى إنكار حياته بعض المحدثين. 
-( تفسير الألوسي )

Dan dinukilkan daripada ulama tafsir iaitu As-Sa'labi sesungguhnya Khidr adalah seorang Nabi yg berumur panjang berlandaskan semua qaul. Dan dia dihijap daripada pandangan kebanyakan manusia. Berkata Ibnu Solah : Dia(Nabi Khidr) masih hidup sehingga skrng disisi jumhur ulama dan semua org awam mengikut pendapat jumhur ulama ini. Hanyasanya hanya sebahagian ulama hadis sahaja yg mengingkari tentang hidupnya dia hingga sekrng.
________________
Nasihat saya kepada Kamilin Jamilin agar beliau mengkaji terlebih dahulu pandangan² ulama sebelum mengeluarkan kata² atau penulisan yg berkaitan. Agar tidak semberono atau membabi buta ME-MITOSKAN pandangan ulama yg lain.