Inilah Jalan Sufi Headline Animator
Pencerahan Bid'ah
Tuesday, March 28, 2017
Tu diaa 'fatwa' terbaru asrie sobri takfiri.
Ayob Hussin shared Kami Tidak Mahu Fahaman Wahhabi Di Malaysia's post.
1 hr ·
Kami Tidak Mahu Fahaman Wahhabi Di Malaysia added 3 new photos.
2 hrs ·
Tu diaa 'fatwa' terbaru asrie sobri takfiri.
Program mengajak umat Islam baca al Quran seluruh dunia (world quran hour) dikatanya sesat dan masuk neraka.
Pelik kerajaan masih biarkan orang seperti ini di Malaysia.
Asri sobrie adalah rakan sewahhabi yang berpayungkan fadhlan othman, fathul bari, hussein yee, rasul dahri, abdullah yassin, halim hasan, asri zainal abidin, basit abdul rahman.
Dan mereka amat memusuhi dan menyesatkan manhaj arus perdana Malaysia iaitu Ahlus Sunnah Wal Jama'ah (asya'iroh/almaturidiyyah, mazhab asy syafie - mengiktiraf 3 mazhab muktabar yang lain dan bertasawwuf).
P/s : kami dah banyak kali dedahkan kebatilan asrie sobri ni termasuk dia mengkafirkan ulamak dan pendakwah Islam. Bukti 'print screen' almarhum Dr Said Ramadhan al Buthi meninggal ketika mengajar ilmu di masjid dikatanya mati dalam keadaan sesat.
Sunday, March 26, 2017
URUTAN ULAMA MENURUT SEORANG PENUNTUT ILMU
URUTAN ULAMA MENURUT SEORANG PENUNTUT ILMU
Dalam silsilah peringkat dan tahap ulama ini ada beberapa tahap yang perlu kita ketahui:
1) Nabi saw. ...
Continue ReadingWednesday, March 22, 2017
Allah tidak menghimpunkan Ummatku atau umat Muhammad atas kesesatan. Dan tangan Allah bersama ‘Jama’ah’.
JAMA’AH-CENTRIC DI ZAMAN MILENIUM SIRI 3: SIKAP BERJEMA’AH ADALAH BERTEGUR KE ARAH KEBENARAN DAN KEBAIKAN
Perkataan jama’ah disebut oleh nabi Muhammad s.a.w. dengan bahasa Arab standard/fusha. Perkataan jama’ah yang keluar dari mulut nabi adalah wahyu, lebih-lebih lagi jikalau berkaitan dengan akidah dan hukum-hakam Syariah.
Hadis Jama’ah berkaitan dengan akidah adalah hadis yang diriwayatkan al-Tirmizi (2159) daripada Ibnu Umar, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
إن الله لا يجمع أمتي أو قال: أمة محمد صلى الله عليه وسلم على ضلالة، ويد الله مع الجماعة
Maksudnya:
Sesungguhnya Allah tidak menghimpunkan Ummatku atau umat Muhammad atas kesesatan. Dan tangan Allah bersama ‘Jama’ah’.
Berkata al-Tirmizi, taraf hadis ini adalah hasan gharib.
Hadis ini mempunyai makna berkaitan dengan akidah. Pandangan ini dipelopori oleh Imam Abu Mansur al-Maturidi dan beliau menyebut hadis ini berkaitan dengan ahli Islam atau Muslim. Pandangan ini sangat berkaitan dengan lafaz dan maksud hadis di atas yang berkaitan umat Islam atau umat nabi Muhammad s.a.w.
Penggunaan ‘al-Jama’ah’ sangat ketara dalam buku-buku fikah yang membincangkan umat Islam dalam permasalahan sembahyang jumaat, sembahyang raya, harta warisan, tanggungan diyat, harta rampasan perang, hak terhadap hamba, mengkafankan mayat.
Oleh demikian, tidaklah salah meletakkan nama jama’ah terhadap kumpulan individu-individu dan organisasi-organisasi dari umat Islam dan Muslimin seluruhnya. Mereka adalah jama’ah selagi mereka bersama-sama atas kebenaran.
Golongan ‘jama’ah’ yang bermaksud Muslimin adalah merupakan kumpulan yang bersatu-padu atas kebenaran. Mereka ini pasti tidak akan menyetujui kebatilan. Walaupun sebahagian mereka terjerumus dalam kebatilan, pasti ada sebahagian mereka bangkit menentang kebatilan yang sedia ada.
Inilah sikap yang diangkat oleh Imam Ibnu Qayyim apabila membicarakan mengenai jama’ah. Pandangan beliau ini sangat berkaitan dengan Athar dari Ibnu Mas’ud:
الجماعة ما وافق الحق وإن كنت وحدك
Maksudnya:
‘Jama’ah’ adalah sesuatu bersepakat dengan kebenaran walaupun kamu berseorangan.
Justeru itu, sikap jama’ah di laman media sosial akan menegur ke arah kebenaran dan menentang kebatilan. Maka tidak seharusnya, pemilik akaun Facebook dan Tweeter berdiam diri melihat kebatilan disebut-sebut di alam maya. Jikalau benar pemilik akaun ini adalah Muslim, pastilah kebatilan ditolak semahu-mahunya.
Sementelah pemilik akaun Facebook dan Tweeter berdiam diri apabila ada ‘friend’ yang ‘tag’ dan ‘share’ kebatilan dan kemaksiatan sehingga menjelma dalam ‘wall’ facebooknya. Pemilik akaun ini hendaklah menegur agar kebenaran terserlah dan menegah kebatilan dan kemungkaran.
Jikalau tidak mampu berbuat demikian, pemilik akaun boleh membuat pilihan me’remove’ ‘share’ dan komen yang tidak enak. Atau mungkin sahaja tindakan drastik boleh diambil dengan me’remove’ friend tersebut.
Ahli jama’ah adalah golongan yang sedar dan ‘alert’ terhadap kebatilan dan kemaksiatan agar tidak terjerumus dalam kancah fitnah dan dosa di alam maya. Tindakan ini merupakan tegur menegur ke arah kebaikan. Begitu juga, tindakan ini merupakan sikap hidup berjema’ah.
Dengan cara hidup berjema’ah ini, pasti mendapat pertolongan dari Allah s.w.t. dan dapat menghindar dari malapetaka yang tidak diingini. Inilah kehidupan yang dapat mendapat keredhaan Allah sebagaiman dalam hadis di atas menyebut, “Dan tangan Allah bersama ‘Jama’ah’”
Dr. Muhammad Atiullah bin Othman
*Tulisan ini dimuatnaik tanpa mengubah apa-apa dari tulisan asal penulis. Tulisan ini juga sama sekali tidak mewakili pendirian rasmi pihak Media Kesatuan Ulamak Islam Sedunia (Cawangan Asia Tenggara).
Tuesday, March 21, 2017
Monday, March 20, 2017
PEMBELAAN BUAT IMAM GHAZALI
Ayob Hussin
Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan
PEMBELAAN BUAT IMAM GHAZALI : SIAPA YANG MENDAKWA 'IMAM GHAZALI TERMASUK GOLONGAN YANG TERTIPU' MAKA SEBENARNYA 'DIA' YANG TERTIPU
2 ke 3 hari ini kita mendengar ada penceramah yang lantang menghina Imam Ghazali, sebaiknya dinasihatkan mereka merenungi diri mereka sendiri adakah mereka ini setaraf atau tidak dengan Hujjatul Islam Imam Ghazali sebelum menghina Ulama' hebat ini
Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan telah memasukkan Imam Ghazali sebagai sumber rujukan bagi memahami 'Tasawwuf' seperti dibawah ini :
Tafsiran Pegangan dan Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah
Tarikh Keputusan : 25 Februari 2016
Setelah meneliti setiap pandangan ahli mesyuarat dan hujah-hujah yang dikemukakan, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan Bil. 02/2016-1437H yang bersidang pada 25 Februari 2016 bersamaan 16 Jamadilawal 1437H telah bersetuju menerima cadangan takrifan berkaitan Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam konteks Negeri Sembilan iaitu merujuk kepada kelompok majoriti umat Islam mereka yang berpegang dengan ajaran Islam yang sebenar berdasarkan al-Quran dan panduan Nabi Muhammad SAW, para sahabat dan para ulama Islam muktabar serta berpegang dalam hal berkaitan dengan:
1. Aqidah dan Tauhid, berdasarkan pegangan Imam Abu Hasan al-Ash’ari dan Imam Abu Mansur al-Maturidi.
2. Fiqh dan Syariah, berdasarkan mazhab Shafii di samping meraikan mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali.
3. Tasawwuf, berdasarkan manhaj ulama sufi berwibawa seperti Imam Junaid al-Baghdadi dan Imam al-Ghazali.
Malah antara yang disebarkan adalah perkara-perkara buruk tentang Imam Ghazali berkenaan lemahnya Imam Ghazali dalam bidang hadis, tetapi benarkah dakwaan itu?
Ustaz Mohd Khafidz Bin Soroni (Ahli Panel Penyelidik Fatwa Kerajaan Negeri Sembilan) menulis bagi menjawab dakwaan-dakwaan tersebut di bawah ini :
Status Imam al-Ghazali (450-505H) Dalam Ilmu Hadis
Ada seorang ustaz al-fadhil menghubungi saya bertanyakan tentang kedudukan Imam al-Ghazali dalam ilmu hadis. Ini barangkali kerana ingin menjawab persoalan mereka yang memandang rendah tentang keupayaan Imam al-Ghazali dalam ilmu hadis. Maka saya katakan, ada sebuah kitab yang bagus dalam membincangkan masalah ini, iaitu kitab al-Imam al-Ghazali wa ‘Ilm al-Hadith oleh Dr. Muhammad ‘Aqil bin ‘Ali al-Mahdali.
Pertamanya, amat perlu difahami apakah maksud ilmu hadis itu. Ilmu hadis yang bagaimana? Kerana ilmu hadis itu mempunyai banyak pecahan di bawahnya. Walhal, maksud kurang keupayaan Imam al-Ghazali dalam ilmu hadis itu sebenarnya merujuk kepada ilmu hadis tertentu, terutama berkaitan kajian sanad seperti al-jarh wa al-ta’dil dan rijal al-hadith, bukannya keseluruhan cabang dalam ilmu hadis. Ini kerana beliau berkeupayaan dalam ilmu mustalah al-hadith, atau riwayah al-hadith yang objektif utamanya adalah untuk membezakan mana hadith yang sahih dan mana hadith yang daif, sepertimana yang dapat dilihat dalam kitab-kitab usul al-fiqhnya, iaitu al-Mankhul dan al-Mustasfa.
Beliau juga berkeupayaan dalam mengetahui pelbagai hadis di mana telah memuatkan sebanyak lebih 4,800 buah hadis di dalam kitabnya Ihya’ `Ulum al-Din. Iaitu suatu bilangan yang jarang ada di dalam sesebuah kitab seperti itu. Justeru, bukan kesemuanya atau sebahagian besarnya hadis daif dan munkar seperti yang didakwa oleh sesetengah orang.
Bahkan, sebahagian besar hadis-hadis kitab Ihya’ `Ulum al-Din adalah masih hadis-hadis sahih dan hasan, serta daif yang dapat diterima dalam bab fada’il amal (kelebihan-kelebihan amalan). Imam al-Ghazali sewajarnya lebih diberi keuzuran kerana konsep kitab Ihya’ `Ulum al-Din yang disusunnya itu ialah fada’il acmal, bukannya ahkam atau akidah. Berbanding setengah ulama yang menyusun kitab dalam bab ahkam atau akidah, tetapi memuatkannya dengan hadis-hadis daif dan munkar.
Demikian antara jawapan saya menurut apa yang terlintas di dalam kepala pada masa itu.
Hadis-Hadis Ihya’ `Ulum Al-Din
Pandangan yang mendakwa kelemahan Imam al-Ghazali dalam ilmu hadis bukanlah suatu yang baru. Zahirnya, mereka hanya mengikut pendapat yang mengatakannya demikian, terutama disebabkan hadis-hadis kitabnya Ihya’ `Ulum al-Din. Antaranya:
Kata al-Hafiz Ibn al-Jawzi (w. 597H): “Beliau memenuhi kitabnya dengan hadis-hadis yang batil yang dia tidak tahu kebatilannya” (Talbis Iblis, hlm. 190).
Imam Taj al-Din al-Subki (w. 771H) menyatakan: “Adapun apa yang dianggap aib pada al-Ihya’ disebabkan kelemahan sebahagian hadis-hadisnya, ini kerana al-Ghazali diketahui bahawa beliau tidak mempunyai kepakaran dalam bidang hadis” (Tabaqat al-Syafi`yyah al-Kubra, 6/249).
Imam Ibn Kathir (w. 774H) berkata: “Di dalamnya banyak hadis yang gharib, munkar dan palsu” (Al-Bidayah wa al-Nihayah, 12/214).
Sebanyak mana bilangannya? Menurut Dr. Muhammad ‘Aqil al-Mahdali dalam al-Imam al-Ghazali wa ‘Ilm al-Hadith, bilangan hadis-hadis dalam Ihya’ `Ulum al-Din ialah 4,848 buah hadis. Ini berpandukan kepada kitab Is‘af al-Mulihhin bi-Tartib Ahadith Ihya’ ‘Ulum al-Din susunan Syeikhuna al-Muhaddith Syeikh Mahmud Sa‘id Mamduh. Bagaimanapun, kitab tersebut hanya menyusun semula hadis-hadis yang ditakhrij oleh al-Hafiz al-‘Iraqi (w. 806H) dalam al-Mughni `an Haml al-Asfar fi al-Asfar fi Takhrij ma fi al-Ihya’ min al-Akhbar, sedangkan masih ada sebilangan kecil hadis yang tidak ditakhrijkan olehnya.
Jika Imam Taj al-Din al-Subki (w. 771H) mengira sebanyak 943 hadis yang tidak ditemukan sanadnya (Tabaqat al-Syafi`yyah al-Kubra, 6/287- 389). Maka bakinya jika begitu, ialah sebanyak 3,905 hadis yang masih mempunyai sanad antara sahih, hasan dan daif. Jumlah ini masih dianggap jumlah yang besar. Malah sebahagian daripada bilangan 943 hadis yang tidak ditemukan sanadnya oleh Taj al-Din al-Subki itu sebenarnya masih mempunyai sanad, dan sebahagiannya pula ada yang diperselisihkan darjatnya antara sahih, hasan, daif atau mawdu‘. Ini dapat dilihat dalam takhrij al-Hafiz al-‘Iraqi dan takhrij al-Hafiz Murtadha al-Zabidi yang lebih luas dalam Ithaf al-Sadah al-Muttaqin. (Lihat: al-Imam al-Ghazali wa ‘Ilm al-Hadith oleh Dr. Muhammad ‘Aqil al-Mahdali)
Boleh dikatakan, tidak ada kitab tasawuf yang mengandungi jumlah hadis sebanyak itu. Maka dakwaan bahawa Imam al-Ghazali hanya menceduk hadis-hadis kitabnya daripada kitab-kitab fiqh dan tasawuf barangkali dapat dipertikaikan. Ini mengukuhkan lagi pendapat bahawa beliau juga telah memetik hadis-hadis kitab Ihya’ `Ulum al-Din daripada kitab-kitab hadis itu sendiri (al-Imam al-Ghazali wa ‘Ilm al-Hadith hlm. 74 & 118).
Bagaimanapun, sewajarnya setiap pembaca kitab Ihya’ `Ulum al-Din berhati-hati dalam memetik hadis-hadisnya dan menelitinya menerusi takhrij al-Hafiz al-`Iraqi yang biasanya dicetak bersama-sama dengan kitab Ihya’. Meskipun adakalanya, hukum beliau berbeza dengan hukum al-Hafiz Murtadha al-Zabidi. Sekurang-kurangnya hadis daif masih dapat diamalkan dalam bab fada’il acmal.
Imam al-Ghazali Mahir Ilmu Hadis Riwayah Dan Dirayah
Bukankah Imam al-Ghazali cukup terkenal sebagai seorang faqih (ahli fiqh)? Sudah tentu beliau mahir berkaitan fiqh al-hadith, atau ilmu dirayah al-hadith. Beliau tentunya memiliki ilmu yang cukup berkaitan hadis-hadis ahkam. Oleh sebab itu, beliau mampu menghasilkan kitab-kitab fiqh yang menjadi rujukan muktabar dan diiktiraf oleh para ulama, khususnya dalam mazhab al-Syafi‘i.
[*Berhubung ilmu hadis riwayah dan dirayah, saya mengikut pembahagian kebanyakan ulama, namun dengan takrifan al-Muhaddith Sayyid ‘Abdullah al-Ghumari dalam Tawjih al-‘Inayah, yang turut disepakati Prof. Dr. Abu al-Laith al-Khair Abadi. Iaitu ilmu riwayah al-hadith berkaitan para perawi dan riwayat mereka, manakala ilmu dirayah al-hadith hanya berkaitan matan hadis. Berlainan dengan Dr. Muhammad ‘Aqil al-Mahdali yang mengikut pembahagian Prof. Dr. Sayyid Muhammad ‘Alawi al-Maliki dalam al-Manhal al-Latif]
Justeru dengan ini, kita dapat lihat Imam al-Ghazali mengetahui tentang dua cabang utama ilmu hadis, iaitu ilmu riwayah al-hadith dan ilmu dirayah al-hadith. Adapun kata-kata Imam al-Ghazali dalam Qanun al-Ta’wil (hlm. 30): “Dan barang bekalanku dalam ilmu hadis adalah sedikit”. Saya berpendapat ianya adalah dalam nada tawaduk dan merendah diri, apatah lagi kerana beliau berani mengisytiharkan dirinya begitu. Dalam erti kata lain, beliau menganggap dirinya bukanlah seorang imam dalam ilmu hadis sebagaimana imam-imam hadis yang tersohor di zamannya ataupun di zaman sebelumnya. Namun, ini tidak bermakna beliau langsung tidak mengetahui ilmu hadis.
Antara imam-imam hadis di zamannya atau di zaman sebelumnya, iaitu sekitar kurun kelima hijrah ialah al-Hakim (w. 405H), Abu ‘Abd al-Rahman al-Sulami (w. 412H), Tammam al-Dimasyqi (w. 414H), al-Lalika’i (w. 418H), Hamzah al-Sahmi (w. 427H), Abu Nu‘aim al-Asbahani (w. 430H), al-Mustaghfiri (w. 432H), Abu Zar al-Harawi (w. 434H), al-Khallal (w. 439H), Abu ‘Amru al-Dani (w. 444H), al-Qudha‘i (w. 454H), al-Bayhaqi (w. 458H), Ibn ‘Abd al-Barr (w. 463H), al-Khatib al-Baghdadi (w. 463H), Abu al-Qasim Ibn Mandah (w. 470H), al-Baji (w. 474H), al-Sam‘ani (w. 489H), al-Ruyani (w. 501H), al-Daylami (w. 509H) dan lain-lain.
Maka, dakwaan bahawa Imam al-Ghazali tidak mahir hadis perlu disemak semula. Kerana hakikatnya, ia bukan secara umum begitu. Beliau hanya tidak mendalami ilmu riwayah al-hadith dari segi kajian sanad dan praktikalnya secara lebih mendalam, dari sudut al-jarh wa al-ta’dil dan rijal al-hadith, serta dari segi periwayatan lautan kitab-kitab hadis secara sama’/talaqqi. Barangkali inilah maksud kenapa beliau menelaah Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim di akhir hayatnya, iaitu kerana ingin mendalami rijal al-hadith dalam kedua-dua kitab sahih yang agung tersebut, dan sebagai usaha permulaan bagi mendengar dan menelaah lautan kitab-kitab hadis yang amat banyak bilangannya. Sebagaimana sebahagian ulama merekodkannya di dalam kitab-kitab sanad mereka.
Jelasnya, meskipun Imam al-Ghazali bukanlah seorang imam atau tokoh besar dalam ilmu hadis, beliau dianggap masih berkeupayaan dalam ilmu hadis, riwayah dan dirayahnya.
Imam al-Ghazali Mendengar Hadis di Akhir Usia
Menurut Dr. Muhammad ‘Aqil al-Mahdali, Imam al-Ghazali telah mempelajari hadis secara wijadah (penemuan) dan juga ijazah, namun beliau tidak mempelajarinya secara sama‘ (talaqqi) kecuali di akhir hayatnya (al-Imam al-Ghazali wa ‘Ilm al-Hadith hlm. 81-83). Sebab itu, beliau berusaha untuk mengatasi kelemahannya itu, dan ini yang membawa beliau untuk mendengar Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim melalui al-Hafiz Abu al-Fityan ‘Umar bin Abi al-Hasan al-Rawasi.
Al-Hafiz Ibn ‘Asakir menyebutkan bahawa Imam al-Ghazali telah mendengar Sahih al-Bukhari daripada Abu Sahl Muhammad ibn ‘Abdullah al-Hafsi (Tabaqat al-Syafi‘iyyah al-Kubra, 6/200). Dan antara syeikh-syeikhnya yang lain dalam ilmu hadis ialah al-Hakim Abu al-Fath Nasr ibn ‘Ali ibn Ahmad al-Hakimi al-Tusi, Abu ‘Abd Allah Muhammad ibn Ahmad al-Khawari, dan Muhammad ibn Yahya ibn Muhammad al-Syuja‘i al-Zawzani (Tabaqat al-Syafi‘iyyah al-Kubra, 6/220).
Kata muridnya, al-Hafiz ‘Abd al-Ghafir al-Farisi (w. 529H): “Di akhir hayatnya, beliau telah memberi tumpuan terhadap hadis Nabi al-Mustafa SAW, dan duduk bersama para ahlinya, serta menelaah al-Sahihain, al-Bukhari dan Muslim, yang mana kedua-duanya merupakan hujjah Islam. Seandainya beliau hidup lama, nescaya beliau mampu mengatasi semua orang dalam disiplin ilmu (hadis) tersebut dengan waktu yang cukup singkat yang beliau luangkan untuk memperolehinya. Tidak diragukan lagi bahwa beliau telah mendengar hadis-hadis di waktu-waktu sebelumnya, dan beliau hanya menyibukkan diri dengan mendengarnya (secara sama‘) di akhir hayat. Dan beliau tidak berkesempatan meriwayatkannya. Namun, hal itu tidak memudaratkan terhadap apa yang beliau tinggalkan dari kitab-kitab yang telah ditulis dalam bab usul, furu’ dan seluruh bahagian yang lain, yang akan kekal disebut-sebut namanya. Dan telah tertetap di sisi mereka yang menelaah dan mengambil faedah daripadanya bahwa tidak ada lagi orang terkemudian yang sebanding dengannya sesudah beliau”. (Lihat: Tabyin Kazib al-Muftari oleh al-Hafiz Ibn ‘Asakir, hlm. 296; Tabaqat al-Syafi‘iyyah al-Kubra, 6/210).
Kata ‘Abd al-Ghafir al-Farisi lagi: “Aku pernah dengar bahawa beliau telah mendengar Sunan Abi Dawud al-Sijistani dari al-Hakim Abu al-Fath al-Hakimi al-Tusi, namun saya tidak menemukan bukti sama‘nya” (Tabaqat al-Syafi‘iyyah al-Kubra, 6/212). Sebab itu, ada dikatakan bahawa Imam al-Ghazali pernah menyebut bahawa menelaah kitab Sunan Abi Dawud itu sudah memadai bagi seorang mujtahid.
Kata ‘Abd al-Ghafir al-Farisi: “Beliau juga telah mendengar berbagai-bagai hadis secara formal bersama-sama para fuqaha’. Antara yang saya temukan bukti sama‘nya ialah apa yang beliau dengar daripada kitab Mawlid al-Nabi SAW karangan Abu Bakr Ahmad bin ‘Amr ibn Abi ‘Asim al-Syaybani, riwayat al-Imam Syeikh Abu Bakr Muhammad bin al-Harith al-Asbahani, dari Abu Muhammad ‘Abdullah bin Muhammad bin Ja‘far ibn Hayyan, dari pengarangnya. Imam al-Ghazali telah mendengarnya dari Syeikh Abu ‘Abd Allah Muhammad ibn Ahmad al-Khawari - Khawar Tabaran - rahimahullah, bersama-sama dua orang anaknya, Syeikh ‘Abd al-Jabbar dan Syeikh ‘Abd al-Hamid serta sekumpulan para fuqaha’… Kitab tersebut di dalam dua juzuk yang didengar oleh beliau” (Tabaqat al-Syafi‘iyyah al-Kubra, 6/212-214).
Kata al-Hafiz Ibnu ‘Asakir al-Dimasyqi (w. 571H): “Beliau telah mendengar Sahih al-Bukhari dari Abu Sahl Muhammad bin ‘Abd Allah al-Hafsi, dan menjadi guru di Madrasah Nizamiyyah di Baghdad. Kemudian beliau keluar ke Syam mengunjungi Baitul Maqdis. Beliau memasuki Dimasyq pada tahun 489H dan tinggal di sana dalam satu tempoh. Disampaikan kepadaku bahawa beliau telah menulis di sana sebahagian karya-karyanya. Kemudian beliau kembali ke Baghdad, lalu ke Khurasan. Beliau telah mengajar dalam satu tempoh di Tus. Setelah itu, beliau meninggalkan pengajaran dan perdebatan, dan menyibukkan diri dengan ibadah”. Al-Hafiz Abu Sa‘d ibn al-Sam‘ani menyebut bahawa beliau pernah mengundang Abu al-Fityan ‘Umar bin Abi al-Hasan al-Rawasi al-Hafiz al-Tusi dan memuliakan beliau, serta mendengar darinya Sahih al-Bukhari dan Sahih Muslim” (Lihat: Tabaqat al-Syafi‘iyyah al-Kubra, 6/214-215).
Menurut Ibn Kathir : “Dikatakan pada akhir hayatnya, beliau telah cenderung kepada mendengar hadith dan menghafal al-Sahihain (al-Bukhari dan Muslim)…”, “Kemudian (di akhir hayat) beliau telah pulang ke negerinya Tus dan tinggal di sana, membina sebuah ribat, membuat rumah yang baik, menanam tanam-tanaman di sebuah kebun yang indah, memberi tumpuan membaca al-Quran dan menghafal hadith-hadith sahih” (Al-Bidayah wa al-Nihayah, 12/214-215).
Jelaslah bahawa beliau bukannya langsung tidak mengetahui ilmu riwayah al-hadith, apatah lagi ilmu dirayah al-hadith yang mana beliau adalah jaguhnya dalam mazhab al-Syafi‘i.
p/s Semoga Allah menjauhkan kita dari menghina Ulama' yang Haq
Friday, March 17, 2017
Mengapa Orang Kafir Sebaik Apapun Tetap Masuk Neraka...?
*Seorang Liberal bertanya pada Dr Zakir Naik....!!*
Dr. Zakir Naik menjawab....
Mengapa Orang Kafir Sebaik Apapun Tetap Masuk Neraka...? Jawaban luar biasa ini membuat seorang Pemuda Liberal Terbungkam seribu bahasa.....!!!!
*Pemuda Liberal* : Ada orang baik banget, anti korupsi, bangun masjid, rajin sedekah sampai hidupnya sendiri dikorbanin buat nolongin orang banyak, terus meninggal dan dia bukan Muslim, Dia masuk surga atau neraka....?
*Dr. Zakir Naik* : Neraka.....!!
*Pemuda Liberal* : Lahhh.....? Kan dia orang baik. Kenapa masuk neraka....??
*Dr. Zakir Naik* : Karena dia bukan Muslim....
*Pemuda Liberal* : Tapi dia orang baik. Banyak orang yang terbantu karena dia, bahkan umat Islam juga. Malah Bangun Masjid Raya segala. Jahat bener deh, Tuhan kalau orang sebaik dia dimasukkan neraka juga.
*Dr. Zakir Naik* : Allah tidak jahat, hanya adil.
*Pemuda Liberal* : Adil dari mana....?
*Dr. Zakir Naik* : Kamu sekolahnya sampai tingkatan apa....?
*Pemuda Liberal* : saya ini Master Sains lulusan US , kenapa....?
*Dr. Zakir Naik* : Kenapa bisa kamu dapat titel Master Sains dari US....?
*Pemuda Liberal* : Ya...karena kemarin saya kuliah disana, diwisuda disana.
*Dr. Zakir Naik* : Namamu terdaftar disana...? Kamu mendaftar...?
*Pemuda Liberal* : Ya jelas dong tuan, ini ijazah juga masih basah.
*Dr. Zakir Naik* : Sekiranya waktu itu kamu tidak mendaftar, tapi kamu tetap datang kesana, hadir di perkuliahan, diam-diam ikut ujian, bahkan kamu dapat nilai sempurna, apakah kamu tetap akan dapat ijazah....?
*Pemuda Liberal* : Jelas enggak, itu namanya mahasiswa ilegal, sekalipun dia pintar, dia nggak terdaftar sebagai mahasiswa, kampus ane mah ketat soal aturan gituan.
*Dr. Zakir Naik* : Berarti kampusmu jahat dong, ada orang sepintar itu tak dikasih ijazah hanya karena tidak mendaftar.....?
*Pemuda Liberal* : terdiam...😌
*Dr. Zakir Naik* : Gimana....?
*Pemuda Liberal* : Ya nggak jahat sih, itu kan aturan, salah si mahasiswa kenapa nggak mendaftar, konsekuensinya ya nggak dapat ijazah dan titel resmi dari kampus.
*Dr. Zakir Naik* : Nahhhh.....!! kalau kampusmu saja ada aturan, apalagi dunia dan akhirat. Kalau *_surga diibaratkan ijazah_*, *_dunia adalah bangku kuliah,_* maka *_syahadat adalah pendaftaran awalnya._* *Tanpa pendaftaran awal, mustahil kita diakui dan dapat ijazah, sekalipun kita ikut kuliah dan mampu melaluinya dengan gemilang.* Itu adalah aturan, menerapkannya bukanlah kejahatan, melainkan keadilan.
*Pemuda Liberal* : kembali terdiam, tanpa berkata-kata....🤔
Semoga Allah senantiasa menetapkan iman & islam kita jg keluraga kita, aamiin.. *Semoga bermanfaat*
MasyaAllah...
[Percakapan telah diterjemahkan ke Bahasa Indonesia oleh seseorang, Jazakumullah Khoir]
MasyaAllah...
[Percakapan telah diterjemahkan ke Bahasa Indonesia oleh seseorang, Jazakumullah Khoir]
Wednesday, March 15, 2017
Sayid Ahmad Zaini Dahlan Al Makki
Ayob Hussin added 2 new photos.
Sayid Ahmad Zaini Dahlan bukanlah nama asing di kalangan para pengkaji Islam, terutama para kyai dan santri di Pesantren-pesantren di Indonesia. Sebab banyak para ulama Nusantara yang menimba ilmu darinya di kota Mekah atau Madinah. Ulama dan mufti kota Mekah ini, merupakan seorang ulama Ahlussunnah wal jamaah kaliber dunia yang karya-karyanya banyak menjadi rujukan.
Kemasyhurannya ini dapat diketahui dari gelar-gelar dan ungkapan yang disebutkan
ulama mengenai dirinya seperti al-Imam
al-Ajal (Imam pada
waktunya), Bahrul
Akmal (Lautan
Kesempurnaan), Faridu
‘Ashrihi wa Aawaanihi (Ketunggalan
masa dan waktunya), Syeikhul-Ilm
wa Haamilu liwaaihi (Syeikh
Ilmu dan Pembawa benderanya) Hafidzu
Haditsin Nabi wa Kawakibu Samaihi (Penghafal
Hadits Nabi dan Bintang-bintang langitnya), Ka’batul
Muriidin wa Murabbis Saalikiin (Tumpuan
para murid dan Pendidik para salik).
Pada masanya, gelombang ajaran dan perpolitikan Islam garis keras yang dibawa
oleh Muhammad bin Abdul Wahab—yang belakangan dikenal sebagai wahabi—mengambil
momentumnya. Ajaran keras dan gerakan berdarah yang mereka lakukan dengan
dukungan dunia Barat sudah sangat mengkhawatirkan. Sebagai seorang ulama sunni
di masanya, Sayid Ahmad Zaini Dahlan, mengkritik ajaran wahabi yang di zamannya
mulai merebak dan menguasai al-haramain (dua tanah haram, Mekah dan Madinah) di
mana beliau menjadi muftinya. Pemahaman wahabi dianggapnya sebagai berbahaya dan
tidak sesuai dengan ajaran-ajaran sejati ahlussunnah. Untuk itu ia menulis salah
satu karya yang berjdul ad-Durarus
Saniyyah fi raddi ‘alal Wahhabiyyah. Karena
itu ulama ini banyak dibenci dan difitnah oleh kalangan wahabi.
Lahir di Mekah pada 1232 H/1816 M dengan silsilah nasab bersambung dengan
keluarga suci Nabi saw melalui jalur Imam Hasan, cucunda Nabi Saw, karena itu
beliau dipanggil Sayid. Gelar dan nasab lengkapnya adalah berikut ini :
“Al-Imam al-Ajal wal-Bahrul Akmal Faridu ‘Ashrihi wa Aawaanihi Syeikhul-Ilm wa Haamilu liwaaihi wa Hafidzu Haditsin Nabi s.a.w. wa Kawakibu Sama-ihi, Ka’batul Muriidin wa Murabbis Saalikiin asy-Sayyid Ahmad bin Zaini Dahlan bin Ahmad Dahlan bin ‘Utsman Dahlan bin Ni’matUllah bin ‘Abdur Rahman bin Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Utsman bin ‘Athoya bin Faaris bin Musthofa bin Muhammad bin Ahmad bin Zaini bin Qaadir bin ‘Abdul Wahhaab bin Muhammad bin ‘Abdur Razzaaq bin ‘Ali bin Ahmad bin Ahmad (Mutsanna) bin Muhammad bin Zakariyya bin Yahya bin Muhammad bin Abi ‘Abdillah bin al-Hasan bin Sayyidina ‘Abdul Qaadir al-Jilani, Sulthanul Awliya` bin Abi Sholeh Musa bin Janki Dausat Haq bin Yahya az-Zaahid bin Muhammad bin Daud bin Muusa al-Juun bin ‘Abdullah al-Mahd bin al-Hasan al-Mutsanna bin al-Hasan as-Sibth bin Sayyidinal-Imam ‘Ali dan Sayyidatina Fathimah al-Batuul, puteri Rasulullah saw.”
Beliau menimba ilmu di Kota kelahiran Nabi saw tersebut dan akhirnya menjadi
salah satu mercusuar ulama Islam. Kecerdasanya dan penguasannya terhadap
berbagai keilmuan Islam membuatnya mengemban amanat menjadi mufti Mazhab
Syafi‘i, merangkap Syeikh al-Haram yaitu jabatan khusus ulama tertinggi yang
mengajar di Masjid al-Haram. Sayyid Abu Bakar Syatho ad-Dimyathi dalam kitab Nafahatur
Rahman menulis tentang
keilmuan beliau terhadap qiraat Alquran dan menganjurkan agar para muridnya
menjaga dan mengajarkannya :
“Sayyid Ahmad bin Zaini Dahlan hafal al-Quran dengan baik dan menguasai tujuh cara bacaan Qur`an (qiraah sab’ah). Beliau juga hafal kitab asy-Syaathibiyyah dan al-Jazariyyah, dua kitab yang sangat bermanfaat bagi pelajar yang hendak mempelajari qiraah sab’ah. Kerana cinta dan perhatiannya pada al-Quran, beliau memerintahkan sejumlah qari untuk mengajar ilmu ini, beliau khawatir ilmu ini akan hilang jika tidak diajar terus menerus.”
Selain itu ia juga menjalani perjuangan politik. Di mana beliau telah memberikan
perlindungan kepada Syaikh Muhammad Rahmatullah al-Kiranawi al-Hindi al-‘Usmani
(w 1308H/1891M) yang ketika itu diburu oleh penjajah Inggris. Bahkan beliau
memperkenalkan ulama pejuang itu kepada pemerintah Makkah, dan memberikan
kesempatan pada Syeikh Rahmatullah untuk membuka Madrasah Shaulatiyah.
Sekian lama tinggal dan menetap di Mekah, tetapi karena persoalan politik dan
keamanan, Sayyid Ahmad Zaini Dahlan al-Hasani berangkat ke Madinah, dan menetap
di sana sampai beliau wafat di Madinah pada tahun 1304H/1886M dan dimakamkan di
sana. Semoga Allah senantiasa menerangi kuburnya.
Murid-muridnya
Sebagai seorang ulama yang mendunia, banyak ulama di zamannya belajar dan
menimba ilmu darinya, termasuk dari Indonesia, Malaysia, dan lainnya. Diantara
para ulama besar Nusantara yang menimba ilmu dan menjadi murid Sayid Ahmad Zaini
Dahlan adalah : Kyai Nawawi al-Bantani, Kyai Muhammad bin Abdullah as-Shuhaimi,
Kyai Muhammad Saleh Darat, Syeikh Ahmad Khatib al-Minankabawi, Sayyid Utsman
Betawi, Tuan Hussin Kedah, Syeikh Ahmad Yunus Lingga, Sayyid Abdullah az-Zawawi,
Datuk Hj Ahmad (Ulama Brunei), Syeikh Wan Muhammad Zainal Abidin al-Fathoni
(dikenal sebagai Tok Wan Din), Syeikh Abdul Qadir al-Fathoni (Tok Bendang Daya
II), Syeikh Abdul Hamid Kudus, Kyai Muhammad Khalil al-Maduri, Haji Utsman bin
Abdullah al-Minankabawi (Imam, Khatib dan Kadi pertama Kuala Lumpur), Syeikh
Arsyad Thawil al-Bantani, Syeikh Muhammad al-Fathoni bin Syeikh ‘Abdul Qadir
al-Fathoni, Tuan Kisa’i al-Minankabawi (kakeknya Prof. Hamka), Sayid Abdur
Rahman al-Idrus (Tok Ku Paloh), Syeikh Utsman Sarawak, dan Syeikh Abdul Wahab
Rokan (Tuan Guru Babussalam).
Karya-Karyanya
Sayyid Ahmad Zaini Dahlan adalah seorang ulama yang produktif. Selain melahirkan
para ulama beliau beliau juga menghasilkan berbagai karangan dalam berbagai
cabang keilmuan Islam, seperti sejarah, kalam, perbandingan, bahasa, dan
lainnya. Diantara karya-karya beliau yang terkenal adalah : al-Futuhatul
Islamiyyah; Tarikh Duwalul Islamiyyah; Khulasatul Kalam fi Umuri Baladil Haram;
al-Fathul Mubin fi Fadhoil Khulafa ar-Rasyidin; ad-Durarus Saniyyah fi raddi
‘alal Wahhabiyyah; Asnal Matholib fi Najati Abi Tholib; Tanbihul Ghafilin
Mukhtasar Minhajul ‘Abidin; Hasyiah Matan Samarqandi; Risalah al-Isti`araat; Risalah
I’raab Ja-a Zaidun; Risalah
al-Bayyinaat; Risalah fi Fadhoilis Sholah; Shirathun Nabawiyyah; Mukhtasor
Jiddan, Syarah Ajrumiyyah; Fathul Jawad al-Mannan; al-Fawaiduz Zainiyyah Syarah
Alfiyyah as-Sayuthi; Manhalul ‘Athsyaan.
Salah satu karyanya yang “kontroversial” adalah Asnal
Mathalib fi Najati Abi Thalib. Yang
mana dalam karyanya tersebut, Sayid Zaini Dahlan menjelaskan tentang keimanan
Abu Thalib, Paman Nabi Muhammad saw. Ketika terjadi pertentangan pendapat
tentang Abu Thalib, apakah ia termasuk kaum mukmin atau kafir, dengan bijak
Sayid Zaini Dahlan menulis dalam kitabnya Asnal
Mtahalib fi Najati Abi Thalib sebagai
berikut :
“Kami sependapat dengan para ulama yang menfatwakan, bahwa mengkafir-kafirkan Abu Thalib adalah perbuatan atau pernyataan yang menyinggung dan menyakiti hati Rasulullah saw. Walaupun kami tidak berpendapat bahwa pernyataan seperti itu sudah dapat dijadikan dasar hukum syara’ untuk menetapkan kekufuran seseorang, namun kami berani mengatakan, mengkafirkan Abu Thalib tidak dapat dipertanggungjawabkan. Sebab, dibanding dengan Abu Thalib andil kita dalam perjuangan melindungi, membantu dan membela Nabi saw dan agama Islam, barangkali belum mencapai seperseratusnya.“Jika orang masih sukar menarik kesimpulan positif mengenai keimanan dan keislaman Abu Thalib, sebaiknya berpegang saja pada saran yang dikemukakan oleh Syaikh Muhammad bin Salamah al-Qudha’iy. Yaitu, dalam menyebut Abu Thalib hendaknya orang membatasi diri hanya pada soal-soal perlindungan, pertolongan dan pembelaan yang telah diberikan olehnya kepada Rasulullah saw. Dengan berpegang pada kenyataan sejarah yang objektif itu ia akan selamat, tidak akan tergelincir ke dalam hal-hal yang sukar dipertanggungjawabkan.”
Demikanlah pandangan, nasehat dan peringatan beliau kepada kaum muslimin tentang
Abu Thalib, “Janganlah kita mengkafirkan Abu Thalib, karena mengkafirkannya sama
dengan menyakiti hati Nabi saw”. Tentu tidak ada umat Islam yang ingin menyakiti
hati Nabi Muhammad saw. Semoga Allah senantiasa merahmati jiwa beliau atas semua
jasanya terhadap Islam. (hd/liputanislam.com)
http://liputanislam.com/kajian-islam/biografi/mengkafirkan-abu-thalib-menyakiti-hati-nabi-biografi-sayyid-ahmad-zaini-dahlan-1816-1886/
Friday, March 10, 2017
ulama wahabi mengaruskan maulid
Ayob Hussin added a new video.
Ulama wahabi mengharuskan maulid, setelah sekian lama membid'ah kan kita !?
Subscribe to:
Posts (Atom)