Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Wednesday, August 26, 2020

Zikir Allah dan hu hu

# https://www.facebook.com/100014979545247/posts/939678496541460/  #

Jika dikata orang kita adakah berzikir Allah Allah itu diberi pahala jika tiada diniatkan dan ditakwilkan dan apa yang diniatkan pada maknanya dan mana Afdhal " Allah Allah"  atau " La ilaha illallah" ?

Jawab :

Bahkan diberi pahala orang yang berzikir Allah Allah dengan tiada niat dan takwilan sekalipun seperti barang yang disebut oleh Syeik Ibnu Hajar Al Asqalani pada Syarah Bukhari kerana hanya sungguhnya yang disyaratkan niat ibadat  setengah itu yang tiada ada beza pada dirinya dan tiada ada adat seumpama seperti zikir " Allah Allah"  maka tiada berkehendak kepada niat lagi kerana dipalingkan rupanya itu kepada barang yang dihantar baginya seperti doa dan tilawah, seperti kata imam Ghazali r.a digerakkan lidah dengan zikir serta lalai daripadanya hasil pahalanya kerana bahawa Sanya terlebih baik daripada menggerakkan lidah dengan mengumpat-ngumpat tetapi ia terlebih baik berzikir serta lalai dan diam .

Dan ada pun ditakwilkan maknanya  itu iaitu bersalah-salahan martabat orang yang berzikir

Setengah daripada mereka itu diniatkan Allah Allah itu " Allah Ma'bud"  atau " Haqqullah Haq "   dan setengahnya " Allah Matlub"  dan setengahnya  " Allah Maqsud "  dan setengahnya " Allah Maujud " .

Kata Ajli Tasawwuf seperti imam Ghazali dan lainnya r.a padanya tafsil :

Maka jika yang berzikir Alah Allah  itu orang awam maka diingatkan maknanya " Allah al Ma'bud Bi Haqqin " . Atau " Allah al Ghani An Kulli Ma Siwahu al Muftaqiru Ilaihi Ma Siwahu Muftaqiru Ilaihi Jami Ma Adahu" seperti khilaf pada " La Ilaha Illallah ".

Atau ada yang berzikir itu Ahli Suluk , maka minta tolong pada Allah, maka diniatkan pada hatinya itu " Allah al Matlub ", atau " Allah al Masyhud " .

Atau yang berzikir itu orang yang Arif Billah , maka dihadirkan " Allah al Maujud "

Adapun yang terlebih zikir yang dipilih oleh Junaid dan Jamaah iaitu zikir La Ilaha Illallah.

Dan yang dipilih oleh Imam Ahmad saudara imam Ghazali itu tafsil:

Jika orang Mubtadi zikir " La Ilaha Illallah " itu terlebih Afdhal padanya .

Dan jika orang mutawassid zikir mereka itu " Allah Allah " terlebih Afdhal bagi mereka itu kerana zikir " Allah Allah " menafikan segala bahagian nufus dan menetapkan segala huquq Tuhannya dan mensegerakan bagi menghilangkan aghyar dan mendatangkan segala anwar.

Dan jika orang yang Muntahi dipilih bagi mereka itu zikir Zat-zat iaitu " Hu Hu".

Kata setengah dari ahli tasawuf yang terlebih zikir itu zikir " Allah Allah " jikalau bagi orang Mubtadi sekali pun .

Intaha = Dhiya Murid Tarjamah Syeik Daud Al Fathani

Wallahualam Bis sawab wa ilaihil marjie wal ma'ab

al Muznib

Abdul Rashid bin Muhamat Akip
al Melakawi al Terengkawi al Patinggi Ghafuri# Zikir Allah Allah  Dan Hu Hu  #

Jika dikata orang kita adakah berzikir Allah Allah itu diberi pahala jika tiada diniatkan dan ditakwilkan dan apa yang diniatkan pada maknanya dan mana Afdhal " Allah Allah"  atau " La ilaha illallah" ?

Jawab :

Bahkan diberi pahala orang yang berzikir Allah Allah dengan tiada niat dan takwilan sekalipun seperti barang yang disebut oleh Syeik Ibnu Hajar Al Asqalani pada Syarah Bukhari kerana hanya sungguhnya yang disyaratkan niat ibadat  setengah itu yang tiada ada beza pada dirinya dan tiada ada adat seumpama seperti zikir " Allah Allah"  maka tiada berkehendak kepada niat lagi kerana dipalingkan rupanya itu kepada barang yang dihantar baginya seperti doa dan tilawah, seperti kata imam Ghazali r.a digerakkan lidah dengan zikir serta lalai daripadanya hasil pahalanya kerana bahawa Sanya terlebih baik daripada menggerakkan lidah dengan mengumpat-ngumpat tetapi ia terlebih baik berzikir serta lalai dan diam .

Dan ada pun ditakwilkan maknanya  itu iaitu bersalah-salahan martabat orang yang berzikir

Setengah daripada mereka itu diniatkan Allah Allah itu " Allah Ma'bud"  atau " Haqqullah Haq "   dan setengahnya " Allah Matlub"  dan setengahnya  " Allah Maqsud "  dan setengahnya " Allah Maujud " .

Kata Ajli Tasawwuf seperti imam Ghazali dan lainnya r.a padanya tafsil :

Maka jika yang berzikir Alah Allah  itu orang awam maka diingatkan maknanya " Allah al Ma'bud Bi Haqqin " . Atau " Allah al Ghani An Kulli Ma Siwahu al Muftaqiru Ilaihi Ma Siwahu Muftaqiru Ilaihi Jami Ma Adahu" seperti khilaf pada " La Ilaha Illallah ".

Atau ada yang berzikir itu Ahli Suluk , maka minta tolong pada Allah, maka diniatkan pada hatinya itu " Allah al Matlub ", atau " Allah al Masyhud " .

Atau yang berzikir itu orang yang Arif Billah , maka dihadirkan " Allah al Maujud "

Adapun yang terlebih zikir yang dipilih oleh Junaid dan Jamaah iaitu zikir La Ilaha Illallah.

Dan yang dipilih oleh Imam Ahmad saudara imam Ghazali itu tafsil:

Jika orang Mubtadi zikir " La Ilaha Illallah " itu terlebih Afdhal padanya .

Dan jika orang mutawassid zikir mereka itu " Allah Allah " terlebih Afdhal bagi mereka itu kerana zikir " Allah Allah " menafikan segala bahagian nufus dan menetapkan segala huquq Tuhannya dan mensegerakan bagi menghilangkan aghyar dan mendatangkan segala anwar.

Dan jika orang yang Muntahi dipilih bagi mereka itu zikir Zat-zat iaitu " Hu Hu".

Kata setengah dari ahli tasawuf yang terlebih zikir itu zikir " Allah Allah " jikalau bagi orang Mubtadi sekali pun .

Intaha = Dhiya Murid Tarjamah Syeik Daud Al Fathani

Wallahualam Bis sawab wa ilaihil marjie wal ma'ab

al Muznib

Abdul Rashid bin Muhamat Akip
al Melakawi al Terengkawi al Patinggi Ghafuri  https://www.facebook.com/100014979545247/posts/939678496541460/

Monday, August 24, 2020

Bahana Fahaman Wahabi yang Memecah belahkan Ummat

Bahana Fahaman Wahabi yang Memecah belahkan Ummat.
1. Orang selawat dia kata syiah.
2. Orang qasidah disamakan dengan yahudi.
3. Orang tahlil disamakan dengan hindu.
4. Orang ziarah kubur dia kata sembah kubur.
5. Orang cium kaki Syeikh dia kata sembah Tok Syeikh.
6. Orang tawasul dengan Sayyidina Hussain dia kata Syirik.
7. Orang buat jamuan makan untuk sedekah pada ruh si mati dia kata bidaah.
8. Orang buat maksiat dia kata lebih mulia daripada pelaku bidaah ( hasanah ).
9. Orang ngaji tasawuf dia kata tasawuf Ayaq Acaq ( wahabi bodoh nak mampuih ).
10. Orang asyiq berzikir dia kata ikut yahudi.
11. Orang Selawat antara terawih dia kata Malaysia je buat last last kantoi menipu 😝.
12. Orang sambut maulidurrasul dia kata bidaah sedangkan sambut birthday bapak dia takpe pulak.
13. Orang kat Allah wujud tak bertempat dia kata Allah ateh langit. ( bengap juge )
14. Orang tak mahu ikut dia dia kafirkan kita.
15. Orang menentang fahaman batil dia, dia ijtihad halal darah kita.

Itulah dia antara ciri Fahaman Sesat Wahabi yang menentang musuh mereka dengan Fitnah. Sangat kotor. Merekalah Fitnah yang lahir dari Najad yang dimaksudkan Nabi.

Adakah anda terpengaruh dengan Fahaman Wahabi ? Sila kembali kepada Aqidah Sahih.

Saturday, August 22, 2020

Antara sifat2 munafiq

Antara sifat2 munafiq:

Tidak Menghiraukan Nasib Sesama Kaum Muslimin
Mereka selalu menciptakan kelemahan-kelemahan dalam barisan muslimin. Inilah yang disebut At Takhdzil, yiaitu sikap meremehkan, menakut-nakuti, dan membiarkan kaum muslimin. Orang munafik percaya bahawa orang-orang kafir lebih kuat daripada kaum muslimin.

Memperbesar Kesalahan Orang

Orang munafik suka memperbesar sesuatu peristiwa atau kejadian. Jika ada orang yang tersilap tutur katanya secara tidak sengaja, maka si munafik ini akan memperbesarkannya dalam apabila bertemu dengan lain dan mengajuk kesalahan tersebut. Dia sendiri mengetahui bahawa orang itu mempunyai banyak kebaikan dan keutamaan, walau bagaimanapun, si munafik itu tidak bersedia mengungkapkannya kepada masyarakat melainkan kesilapan sahaja.

Firman Allah s.w.t:

"Demi sesungguhnya, jika orang-orang munafik, dan orang-orang yang ada penyakit (syak ragu-ragu) dalam hatinya, serta orang-orang yang menyebarkan berita-berita dusta di Madinah itu tidak berhenti (dari perbuatan jahat masing-masing), nescaya Kami akan mendesakmu memerangi mereka; sesudah itu mereka tidak akan tinggal berjiran denganmu di Madinah lagi melainkan sebentar sahaja.

Senang Melihat Orang Lain Susah, Susah Bila Melihat Orang lain Senang

Orang munafik apabila mendengar berita bahawa seorang mukmin tertimpa suatu musibah, dia pun menyebarluaskan berita duka itu kepada masyarakat sambil menampakkan kesedihannya dan berkata: "Hanya Allahlah tempat memohon pertolongan. Kami telah mendengar bahawa si fulan telah tertimpa musibah begini dan begitu. Semoga Allah memberi kesabaran kepada kami dan beliau." Padahal, di dalam hatinya dia merasa senang dan terhibur karena musibah ituhttps://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10217483961911576&id=1251877796

Friday, August 21, 2020

Tidak dalami agama punca mudah bidaahkan orang

Tidak dalami agama punca mudah bidaahkan orang

RABU, 8 OGOS 2018 @ 2:41 PM

KAJANG: Gejala melemparkan tuduhan bidaah secara semberono terhadap amalan yang dilakukan dalam masyarakat Islam berpunca daripada tidak mendalami agama dengan cara yang betul.

Mudir Pondok Sekam, Pattani, Baba Ghazali Ahmad, berkata tindakan menuduh bidaah itu semakin membudaya dalam masyarakat Islam pada masa kini, sedangkan tuduhan itu dibuat terhadap amalan yang tidak dianggap bidaah berdasarkan kerangka ilmu dalam Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Baba Ghazali berkata, hanya perkara yang bercanggah dan bertentangan dengan al-Quran dan hadis secara sabit sama ada dalam bentuk nas atau mafhumnya, barulah boleh dikira sebagai bidaah.

“Gejala membidaah ini wujud disebabkan kita tidak mengikut ‘silibus’ yang dibawa oleh Rasulullah SAW dan sahabat RA.

Tidak lari manhaj sunah

“Walaupun sesuatu perkara itu tidak disebut secara jelas oleh Baginda, pengamalannya tetap dikira mengikut sunah sekiranya ia tidak lari daripada manhaj sunah,” katanya pada Forum Ancaman Aqidah di Abad Milenium di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS), Bandar Seri Putra di sini.

Mengambil contoh zikir dan berdoa selepas solat, Baba Ghazali berkata, memang tidak diterangkan secara jelas mengenainya, namun terdapat ayat al-Quran dan hadis yang menganjurkan supaya kita berzikir dan memohon doa kepada Allah SWT.

“Allah SWT berfirman: Wahai orang beriman, berzikirlah kamu kepada Allah sebanyak-banyaknya dan bertasbihlah kepada-Nya pada waktu pagi mahupun petang. (Al-Ahzab: 41-42),” katanya.

Beliau mengingatkan proses untuk memahami agama secara mendalam bukannya mudah, sebaliknya ia memerlukan masa yang panjang.

Katanya, usaha untuk memahami manhaj yang dibawa Rasulullah SAW dan kemudian diikuti sahabat RA, memerlukan kita berpegang kepada al-Quran dan hadis dengan mengambil kira semua kaedah yang ditunjukkan dalam kitab suci itu dan riwayat yang ditinggalkan Baginda.

Tewas kepada ujian, fitnah

Baba Ghazali turut memberikan nasihat kepada pelajar yang akan sentiasa diuji secara tanpa disedari, iaitu ujian ikhlas dalam mendalami ilmu.

Beliau memetik hadis yang bermaksud: “Jangan kamu mempelajari ilmu untuk berbangga-bangga di hadapan ulama, berdebat dengan orang bodoh atau memilih majlis yang terbaik (demi mendapat pujian orang). Sesiapa melakukan hal itu, maka neraka tempatnya.” (HR Tarmizi)

Beliau berkata, sesiapa yang memiliki niat dan tujuan tidak betul, maka individu itu akan kalah dengan pelbagai ujian dan fitnah yang mungkin dihadapinya dalam memahami agama Islam.

“Berapa ramai pada hari ini menghadiri majlis ilmu dan mempelajari ilmu agama dalam keadaan tidak ikhlas sama ada sekadar ingin mengisi masa lapang, mencari kesilapan dan kesalahan orang, bertujuan mendapat ganjaran tertentu dan ingin dilihat atau disanjung oleh sebahagian manusia.

“Allah SWT dan Rasulullah SAW murka terhadap ibadat yang tidak disertai dengan niat ikhlas. Ikhlas ialah perintah Allah SWT, manakala menuntut ilmu agama menjadi fardu ain ke atas setiap Muslim,” katanya.

Tuesday, August 18, 2020

Tiada rusuhan agama di negara islam tapi

Tiada rusuhan agama di negara islam tapi



Abu Ayyub al-Ansari r a 587 - 668atau nama sebenarnya Khalid bin Zaid bin Kulaib



Abu Ayyub al-Ansari r.a (587 - 668) atau nama sebenarnya Khalid bin Zaid bin Kulaib dari Bani An-Najjar. Beliau mendapat penghormatan kerana Rasulullah s.a.w turun dari unta baginda di rumah beliau selepas baginda memasuki Madinah semasa baginda berhijrah ke sana dari Mekah.

Semasa Rasulullah s.a.w memasuki Madinah, setiap orang dari kalangan orang-orang Ansar bercita-cita supaya Rasulullah s.a.w turun dari unta baginda di rumah mereka. Mereka menghalang perjalanan unta Nabi s.a.w secara silih berganti supaya unta baginda menghala ke rumah mereka kemudian Nabi bersabda kepada mereka: (Biarkanlah ia pergi kerana ia telah diperintahkan). Lalu unta tersebut terus berjalan sehinggalah ia berhenti di halaman rumah Abu Ayyub Al-Ansari r.a.

Abu Ayyub terlalu gembira melihat keadaan tersebut lalu beliau terus mendapatkan Rasulullah s.a.w menyambut kedatangan baginda dengan perasaan terlalu gembira dan rasa sangat terharu sambil membawa barang-barang yang dibawa oleh Nabi s.a.w seolah-olah beliau membawa khazanah dunia kemudian terus masuk ke rumahnya.

Sebelum kediaman tetap baginda Rasulullah s.a.w dibina di sekeliling masjid baginda, baginda menumpang selama 7 bulan di rumah A bu Ayyub al-Ansari.[1] Rumah Abu Ayyub mempunyai dua tingkat. Pada mulanya, beliau meminta baginda untuk tinggal di tingkat atas kerana tidak berasa senang apabila kakinya berada di atas kepala nabi ketika berada di rumah. Namun baginda tetap mahu tinggal di bawah supaya mudah untuk baginda menerima tetamu.

Walau bagaimanapun, akhirnya permintaan Abu Ayyub supaya baginda tinggal di tingkat atas dipersetujui oleh baginda setelah berlaku suatu peristiwa. Pada suatu hari, bekas air telah pecah menyebabkan air bertakungan di atas lantai di tingkat atas dan hampir menitis ke tingkat bawah melalui celah-celah lubang lantai. Oleh sebab risau jika air itu menitis ke atas kepala baginda nabi, beliau dan isteri bertungkus-lumus mengeringkan air itu. Disebabkan risau kejadian seperti itu berulang lagi, Abu Ayyub besungguh-sungguh meminta Rasulullah s.a.w untuk tinggal di tingkat atas.

Pada setiap malam, Saad bin Ubadah, As'ad bin Zurarah dan Zaid bin Thabit akan berkawal di rumah Abu Ayyub kerana riasu akan keselamatan baginda nabi. Makan minum baginda nabi disediakan oleh isteri Abu Ayyub, iaitu Ummu Ayyub al-Ansari. Abu Ayyub sekeluarga hanya makan lebihan makanan yang ditinggalkan oleh baginda. Selain makanan yang disediakan oleh keluarga Abu Ayyub, setiap hari akan ada sahabat-sahabat lain yang menghantarkan makanan kepada baginda. Kebiasaannya apabila ada sahabat yang menghantarkan makanan kepada baginda, Nabi Muhammad s.a.w akan memanggil para sahabat baginda untuk makan bersama-sama. Menurut riwayat, sahabat yang pertama menghantarkan makanan kepada baginda ialah Zaid bin Thabit sementara yang paling kerap menghantarkan makanan ialah Saad bin Ubadah dan dan As'ad bin Zurarah.

Sepanjang beliau menyediakan makanan kepada nabi, Abu Ayyub mengetahui amalan pemakanan baginda yang tidak mengambil bawang. Pada suatu hari, Ummu Ayyub memasak makanan yang dicampur dengan bawang dan mendapati baginda langsung tidak menyentuh bawang dalam hidangan tersebut. Nabi menjelaskan sebab baginda mengelak daripada memakan bawang adalah kerana tidak mahu menyakitkan sahabat baginda. Sahabat yang dimaksudkan oleh baginda itu tidak lain tidak bukan ialah para malaikat.

Beliau terlibat dalam peperangan menentang kerajaan Rom Byzantine sejak mula perjuangan hinggalah ke zaman pemerintahan Muawiyah. Dalam ekspedisi Khalifah Muawiyah untuk menakluk kota Constantinople, beliau yang sudah tua meninggal dunia akibat jatuh sakit. Beliaulah yang diisyaratkan oleh baginda dalam hadisnya yang bermaksud:

"Seorang lelaki yang soleh akan syahid dan akan dikuburkan di bawah kubu kota Constantinople"[2]

Ketika hayat baginda, Nabi Muhammad s.a.w telah meriwayatkan bahawa " Constantinople bakal jatuh ke tangan orang Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera dan rakyatnya adalah sebaik-baik rakyat."

Setelah ditanya mengenai wasiat beliau mahu dikebumikan di bawah kubu kota Constantinople, Abu Ayyub menjelaskan bahawa beliau mahu mendengar derapan kuda sebaik-baik raja yang memimpin sebaik-baik tentera ketika mereka bergerak masuk ke dalam Constantinople.

Turki Uthmaniyyah mengangkat beliau sebagai idola dalam usaha pembebasan kota Constantinople ketika zaman pemerintahan Sultan Muhammad al-Fatih.

Saturday, August 15, 2020

Orang pertama yg menyebut gelaran "wahabi" adalah abg kepada muhammad abdul wahab sendiri iaitu sulaiman bin abdul wahab



Orang pertama yg menyebut gelaran "wahabi" adalah abg kepada muhammad abdul wahab sendiri..iaitu sulaiman bin abdul wahab


Orang pertama yg menyebut gelaran "wahabi" adalah abg kepada muhammad abdul wahab sendiri..iaitu sulaiman bin abdul wahab.
beliau mengarang satu kitab yg berjudul Ash shawaiq al ilahiyyah fir raddi wahhabiyah(bermaksud petir petir ilahi dalam membantah fahaman wahabiyah)
sungguhpun nama depan adalah muhammad ..tetapi sulaiman tetap nisbahkan kpd nama ayahnya wahab..supaya umat islam tidak keliru..memanggil muhamad...takut terkeliru dgn nama Nabi muhammad saw.


kerana itulah digelar fahaman wahabi.


sulaiman abdul wahab dan ayahnya abdul wahab..menghukum kan muhammad abdul wahab sesat lagi menyesatkan.

Pelacur di Arab itu memakai cadar dan hijab

Seseorang berkata kpd Hamka:

“Pelacur di Arab itu memakai cadar dan hijab” degn niat agar org menandang serong terhadap Islam & org beriman ?!

Jawaban Buya Hamka ini tak terduga!

Lalu HAMKA menjawab, “Oh ya? Saya barusan dari Los Angeles dan New York, Masya Allah, ternyata disana tidak ada pelacur,” jawab Buya.. “Ah mana mungkin Buya, di Mekkah saja ada kok. Apalagi di Amerika, pasti banyak lagi,” kata seseorang tadi... Maka kata Buya Hamka, “Kita ini memang hanya akan dipertemukan dengan apa-apa yang kita cari”

Meskipun kita ke Mekkah, tetapi jika yang diburu oleh hati adalah hal-hal yang buruk, maka Syaitan dari golongan jin dan manusia akan berusaha membantu kita untuk mendapatkannya... “Tetapi sebaliknya, sejauh perjalanan ke New York, Los Angeles, bila yang dicari adalah kebajikan dan kebaikan, maka segala kejelekan akan enggan dan bersembunyi” tutupnya.
Hati kita kalo sudah busuk, maka seringkali dipertemukan pada hal2 yang busuk pula, walaupun di tempat kebaikan sekalipun!

BUYA HAMKA  https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10217442815762948&id=1251877796

Friday, August 14, 2020

Lihat lah betapa berkuasanya Allah swt

Lihat lah betapa berkuasanya Allah swt.

Sebuah jambatan telah dibina untuk menyeberangi Sungai Choluteca di Honduras bermula tahun 1996. Mereka mahu bina jambatan yang kukuh, yang tahan apa saja perubahan cuaca. Tanggungjawab itu diserahkan kepada pakar dari Jepun.

Pada tahun 1998, jambatan ini mula digunakan. Ia jadi kebanggaan. Penduduk dapat menyeberangi sungai itu.

Qadarullah.

Pada October tahun yang sama, Kawasan itu dilanda Hurricane Mitch. Hujan turun mencurah-curah. Jumlah hujan dalam tempoh 4 hari sama dengan jumlah hujan yang mereka terima dalam tempoh 6 bulan.

Sungai melimpah.
Bah besar melanda.
Banjir.
7000 orang kehilangan nyawa.
Kehancuran di mana-mana.
Semua jambatan musnah.

Kecuali satu,
Jambatan yang baru dibina itu.

Tapi,
Jalan untuk masuk ke jambatan musnah.
Jalan keluar dari jambatan turut musnah.
Langsung tiada kesan pernah ada jalan raya di situ.

Lebih mengejutkan, banjir besar itu turut mengubah laluan sungai.
Ia tidak lagi mengalir di bawah jambatan.
Sebaiknya, mengalir di sebelah jambatan.

Jambatan yang mampu menghadapi kedahsyatan bencana alam itu tidak lagi menyeberangi apa-apa sungai.

Menjadi a bridge over nothing.
A bridge of nowhere.

Pada titik ini, kita perlu muhasabah.

1) Secanggih mana pun ciptaan manusia, tetap tidak dapat melawan takdir Yang Maha Kuasa. Allah swt boleh "redesign" segalanya dalam sekelip mata.

2) Jika kalian punya masalah sebesar gunung sekali pun, jangan pernah sekali berputus asa dari rahmat Allah swt. Dia mendengar dan pasti menyusun sesuatu buat kita.

3) Jika hari ini kalian hebat dan berkuasa, boleh cipta itu ini, boleh cantas orang sana sini, boleh naik kan orang yang kalian mahu dan boleh jatuh kan sesiapa yang kalian benci. Tilik semula hatimu. Pasti ada sesuatu yang mengintai. Just remember, you are nobody.

4) Binalah jiwa yang kuat. Yang meletakkan sepenuh pergantungan pada Allah. Jiwa yang mampu menerima apa jua perubahan. Kita kini berada dalam dunia VUCA. Perubahan berlaku dengan cepat dan pantas. Jika kalian lambat dan mahu sentiasa berada dalam kedudukan selesa, kalian pasti merana.

5) Change from Build to Last ➡️ Build to Adapt.

Saturday, August 1, 2020

ISTAWA BUKAN BERMAKSUD ALLAH MENETAP DI ATAS ARASY

*ISTAWA BUKAN BERMAKSUD ALLAH MENETAP DI ATAS ARASY*

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10217340245358752&id=1251877796

Kaedah ulama dalam berinteraksi dengan ayat mutasyabihat.
(ٱلرَّحۡمَـٰنُ عَلَى ٱلۡعَرۡشِ ٱسۡتَوَىٰ)

Lafaz استوى dalam bahasa Arab ditanggung atasnya 15 makna dan ada ulama yang mengatakan ada 20 makna. Daripada 15 itu, ada makna yang layak bagi Allah dan ada yang tidak layak bagi Allah. Antaranya:

Contoh makna layak:
- Menguasai
- Menjaga
- Mengekalkan
- Memerintah

Contoh makna tidak layak:
- Lurus
- Masak
- Duduk
- berlabuh
- bersemayam (tinggal)

Perlu diketahui bahawasanya ayat Al-Quran yang ada padanya lafaz istawa merupakan ayat mutasyabihat. Maka ayat mutasyabihat ini, ia tidak boleh diambil secara literal kerana akan menjadikan ayat al-Quran saling bercanggah antara satu sama lain.

Ada ayat al-Quran mutasyabihat yang lain tentang Allah kalau diambil secara literal seolah-olah mengatakan Allah mengikut keberadaan hambaNya sedangkan ia bukanlah maksud yang dikehendaki bagi ayat tersebut.

Maka pengambilan makna ayat mutasyabihat secara literal ditegah kerana ia menyebabkan ayat al-Quran saling bercanggah.
Percanggahan tersebut pula membawa kepada penisbahan sifat berubah kepada Allah sedangkan perubahan merupakan sebesar-besar tanda makhluk dan Allah mustahil disifatkan berubah daripada suatu keadaan kepada keadaan yang lain.

Sesuatu yang berubah berhajat(memerlukan) kepada sesuatu yang lain untuk mengubahnya. Yang memerlukan kepada pihak lain itu lemah sementara yang lemah ternafilah sifat ketuhanan baginya.

Jadi, ulama ahlus sunnah waljamaah dalam berhadapan dengan ayat mutasyabihat terbahagi kepada 2 cara.

1. Cara kebanyakan ulama salaf.

Khilaf dikalangan ulama, ada yang mengatakan salaf adalah golongan yg hidup dizaman Rasulullah hingga tahun 300 Hijrah dan ada yang mengatakan sehingga 500 tahun hijrah. Mereka mengekalkan lafaz استوى(istiwa) , tanpa mereka tetapkan makna yang khusus bagi lafaz tersebut dan menyerahkan maknanya kepada Allah bahkam mereka menyucikan Allah daripada sifat makhluk.

Maksudnya, mereka beriman bahawasanya Allah bersifat dengan sifat demikian akan tetapi menyerahkan makna ayat tersebut kepada Allah tanpa memaknai sama sekali. Daripada makna-makna yang layak, mereka tidak tentukan mana satu yang Allah kehendak (sama ada menguasai, atau menjaga atau mengekalkan) tetapi mereka yakin secara pasti ia bukan dengan makna yang tidak layak seperti duduk atau masak atau lurus.

2. Cara kebanyakan ulama khalaf(golongan yang hidup lepas 300 hijrah dan pendapat lain mengatakan selepas 500 hijrah)

Mereka beriman dengan ayat استوى dan mereka memilih mentakwil lafaz tersebut dengan makna yang layak daripada makna-makna yang layak bagi lafaz istawa.

Maka, ada ulama yang memilih makna mengekalkan ada yang memilih dengan makna menguasai dan ada yang memilih dengan makna menjaga. Pilihan yang mereka buat ini bertujuan untuk menghalang daripada manusia jatuh ke dalam aqidah yang terpesong apabila mengambil makna yang tidak layak daripada lafaz istawa seperti duduk.

Walaupun mereka telah lakukan pilihan makna bagi lafaz istawa akan tetapi pada hakikatnya mereka tetap serahkan pada Allah apakah kehendak sebenar yang Allah ingin maksudkan bagi ayat ini.

Takwilan yang mereka lakukan bertujuan mengelakkan manusia jatuh dalam aqidah mengatakan Allah bertempat dan berarah kerana semakin ke hadapan generasi, semakin kurang penguasaan bahasa dalam kalangan manusia.

Ulama khalaf lakukan ini agar manusia tidak terjerumus ke dalam aqidah mujassimah dan musyabbihah, menyifatkan Allah itu berjisim dan menyamakan Allah dengan makhluk.

_____________________________________________
Kesimpulan:

ULAMA SALAF MENGGUNAKAN KAEDAH TAFWIDH ATAU TAKWIL IJMALI DALAM MEMAKNAI AYAT MUTASYABIHAT. MANAKALA ULAMA KHALAF MENGGUNAKAN KAEDAH TAKWIL TAFSILI DALAM MEMAKNAI AYAT MUTASYABIHAT.

_____________________________________________

Rujukan:

-Tajul Arus
-Kifayatul Awam
-Faridatul Faraid
-Hasyiyah Dusuki

Wallahua'lam

*BICARA AGAMA*