Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Thursday, December 30, 2021

Tuesday, December 28, 2021

ASAL USUL sesuatu perkara, BUKAN satu masalah dalam Islam

1. ASAL USUL sesuatu perkara, BUKAN satu masalah dalam Islam. 
Walaupun ia berasal dari zaman jahiliah, dari tamadun barat atau timur, dari falsafah Yunan atau Greek, ia bukan satu masalah. Selama kandungannya tidak bercanggah dengan Islam.

2. Inilah rumusan daripada tindakan Nabi saw. 
Sangat banyak amalan yang asalnya dari zaman jahiliah, dikekalkan Baginda saw. Malah, ada yang diamalkan sendiri oleh Baginda saw.

3. Justeru, menjatuhkan hukum ke atas sesuatu perkara berdasarkan ASAL USULnya SEMATA-MATA, adalah metodologi penentuan hukum yang salah.

Amalan ini, kaedah ini atau perkara ini berasal dari falsafah Yunan atau Greek, atau dari amalan jahiliah, atau dari tamadun barat, maka -semata-mata ini- ia perlu dijauhi. Ia perlu disikapi dengan sikap benci atau kecaman. 
Kaedah penentuan hukum seperti ini adalah salah. 

4. Berikut beberapa amalan di zaman jahiliah yang dikekalkan Nabi saw dalam Islam :

i. Kaedah ‘al-qasamah’ (القسامة).
Ini diamalkan di zaman jahiliah. Setelah muncul Islam, Nabi saw mengekalkannya tanpa mengubahnya sedikit pun.
Ini dinyatakan oleh beberapa orang sahabat Nabi saw. Mereka berkata :
أَنَّ الْقَسَامَةَ كَانَتْ فِي الْجَاهِلِيَّةِ، فَأَقَرَّهَا رَسُولُ اللَّهِﷺ عَلَى مَا كَانَتْ عَلَيْهِ فِي الْجَاهِلِيَّةِ
“Sesungguhnya ‘al-qasamah’ telah wujud di [zaman] jahiliah. Lalu Rasulullah saw memperakuinya sebagaimana ia wujud di [zaman] jahiliah”.

Hadis ini direkodkan an-Nasa’ie rhm dalam al-Sunan al-Sughra (no.4708). 
Al-Muhaddith Muhammad al-Ithyubi dalam Zakhirah al-‘Uqba menilainya sahih.

Malah, Nabi saw sendiri mengamalkan kaedah yang diwarisi dari zaman jahiliah ini. 
Imam Muslim merekodkan dalam Sahih Muslim (no.1670) :
إن رسولَ اللهِﷺ أَقَرَّ الْقَسَامَةَ عَلَى مَا كَانَتْ عَلَيْهِ فِي الجاهلية وَقَضَى بِهَا رَسُولُ اللَّهِﷺ بَيْنَ نَاسٍ مِنْ الْأَنْصَارِ، فِي قَتِيلٍ ادَّعَوْهُ عَلَى الْيَهُودِ.
"Sesungguhnya Rasulullah saw memperakui 'al-qasamah' sebagaimana ia wujud di [zaman] jahiliah. 
Dan Rasulullah saw mengadili antara beberapa orang dari [kalangan] Ansar berhubung [seorang] mangsa bunuh yang mereka mendakwa orang-orang Yahudi [membunuhnya]".

Dua hadis di atas jelas menyatakan ‘al-qasamah’ ialah kaedah yang berasal dari zaman jahiliah, dan Nabi saw sendiri mengamalkannya.

Jelas, ASAL USUL sesuatu amalan atau perkara, bukan satu masalah dalam Islam.

(‘Al-qasamah’ ialah sumpah beramai-ramai, yang dilakukan penduduk di sesuatu tempat, bahawa mereka tidak membunuh mangsa bunuh yang ditemui di penempatan mereka, dan bersumpah mereka tidak mengetahui siapa pembunuhnya (ini definisi 'al-qasamah' menurut Mazhab Hanafi). 
Sumpah seperti ini dilakukan bila tiada bukti lengkap siapa pembunuhnya).

ii. Kaedah 'mukatabah' (مكاتبة).
Ini juga kaedah yang diamalkan di zaman jahiliah, kemudian dikekalkan Islam dalam ajarannya. 
‘Mukatabah’ ialah salah satu kaedah hamba membebaskan diri daripada tuannya. Iaitu dengan membayar sejumlah wang (yang dipersetujui bersama) secara ansuran. 
Si hamba akan dibebaskan setelah habis membayar.

Amalan 'mukatabah' ini diamalkan sejak zaman jahiliah, lalu diperakui oleh Islam. 
Ini dinyatakan oleh al-Hafiz Badruddin al-'Aini (wafat 855) dalam Umdatul Qari (1).
Ayat 33 Surah an-Nisa' jelas memperakui kaedah ‘mukatabah’ ini (2).

iii. Jampi zaman jahiliah.
Sesetengah sahabat mengamalkan jampi tertentu di zaman jahiliah. 
Adakah Nabi saw bermasalah dengan jampi tersebut, kerana ia jampi yang dikarang di zaman jahiliah?
Lihat hadis ‘Auf bin Malik al-Asyja’ie r.a ini :
كُنَّا نَرْقِي في الجَاهِلِيَّةِ، فَقُلْنَا يا رَسولَ اللهِ، كيفَ تَرَى في ذلكَ؟ فَقالَ : اعْرِضُوا عَلَيَّ رُقَاكُمْ، لا بَأْسَ بالرُّقَى ما لَمْ يَكُنْ فيه شِرْكٌ"
“Kami pernah berjampi di [zaman] jahiliah. Kami berkata, “wahai Rasulullah, bagaimana pendapat Tuan berkenaan [perkara] ini?”. 
[Baginda saw] bersabda : Tunjukkan kepadaku jampi-jampi kamu itu. Tidak mengapa jampi-jampi itu selama tiada di dalamnya kesyirikan”. 
Sahih Imam Muslim (no.2200).

Walaupun Nabi saw telah membawa seagung-agung kalam, iaitu al-Quran -yang merupakan sifa’ (penyembuh) bagi manusia- juga doa-doa indah dan berkat yang Baginda saw ajarkan, namun Baginda saw tetap positif dengan jampi-jampi yang diwarisi dari zaman jahiliah. Selama tiada di dalamnya unsur-unsur syirik.

iv. Imam Ibnu Jauzi rhm dalam Kasyful Musykil menyenaraikan 8 perkara atau amalan di zaman jahiliah yang diperakui, dan dikekalkan Nabi saw dalam Islam (3). Antaranya :

-amalan menanggalkan selipar ketika memasuki kaabah. 
Orang pertama yang melakukannya di zaman jahiliah ialah al-Walid bin al-Mughirah. 
Amalan ini berterusan di zaman Islam.

-Memberi bahagian harta pusaka kepada khunsa berdasarkan saluran kencingnya. 
Orang pertama yang melakukannya di zaman jahiliah ialah ‘Amir bin Zorib (عامر بن الظرب).

-Memakaikan kaabah dengan sutera dan baju sutera. 
Orang Arab pertama berbuat demikian ialah Nutailah binti Janab (نتيلة بنت جناب), ibu kepada al-Abbas r.a (bapa saudara Nabi saw).
Amalan yang diwarisi dari zaman jahiliah ini berterusan dalam Islam.

5. Kita menyokong tak berbelah bagi usaha-usaha membanteras ajaran-ajaran sesat. 
Namun, kesesatan sesuatu ajaran atau amalan itu BUKAN kerana ASAL USULnya semata-mata.
Yang menentukan ia sesat ialah isi kandungannya.
Sesuatu yang datang dari ideologi atau falsafah asing, tetap diterima jika isi kandungannya murni dan positif, serta tidak bercanggah dengan Islam.
Inilah metodologi ilmu yang sahih seperti yang ditunjukkan Nabi saw.
Wallahu a'lam.

NOTA :
(1) كانت متعارفة قبل الإسلام فأقرها النبي صلى الله عليه وسلم
(2) وَالَّذِينَ يَبْتَغُونَ الْكِتَابَ مِمَّا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ فَكَاتِبُوهُمْ إِنْ عَلِمْتُمْ فِيهِمْ خَيْرًا.
(3) أن صاحب الشرعﷺ بعث بمكارم الأخلاق، ودفع الظلم، فرأى أشياءَ في الجاهلية حسنةً فأقرها، فمنها :
1- القسامة. وأول من قضى بها في الجاهلية الوليد بن المغيرة، فأقرها رسول اللهﷺ، وقضى بها بين ناس من الأنصار...
2- ومنها خلع النعلين عند دخول الكعبة، أول من فعله في الجاهلية الوليد بن المغيرة، فخلع الناس نعالهم في الإسلام.
3-  وهو (الوليد بن المغيرة) أول من قطع في السرقة في الجاهلية وأقره الإسلام.
4- وأول من سن مائة من الإبل عبد المطلب. ويقال : أبو سيارة العدواني.
5- وأول عربي قسم للذكر مثل حظ الأنثيين عامر بن جشم ذو المجاسد، فنزل القرآن بذلك.
6- وأول من قضى في الجاهلية في الخنثى بالميراث من حيث يبول عامر ابن الظرب.
7- وأول من سبى السبي سبأ بن يعرب بن قحطان، ولذلك سمي سبأ، وإنما اسمه عامر.
8- وأول عربية كست الكعبة الحرير والديباج نتيلة بنت جناب، أم العباس بن عبد المطلب.1. ASAL USUL sesuatu perkara, BUKAN satu masalah dalam Islam. 

8- وأول عربية كست الكعبة الحرير والديباج نتيلة بنت جناب، أم العباس بن عبد المطلب.

Sunday, December 26, 2021

DOA KETIKA SEDIH DAN DUKACITA

DOA KETIKA SEDIH DAN DUKACITA

Dari Ibnu Mas’ud berkata, Rasulullah SAW telah bersabda: “Tidaklah seorang hamba yang sedang mendapatkan musibah, kesedihan hati dan kegundahan jiwa kemudian membaca :

اللَّهُمَّ إِنِّى عَبْدُكَ وَابْنُ عَبْدِكَ وَابْنُ أَمَتِكَ نَاصِيَتِيْ بِيَدِكَ مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَداً مِنْ خَلْقِكَ أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِى كِتَابِكَ أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِى عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ رَبِيعَ قَلْبِيْ وَنُورَ صَدْرِيْ وَجَلاَءَ حُزْنِيْ وَذَهَابَ هَمِّيْ

“Ya Allah, sesungguhnya aku ini adalah hambaMu, anak dari hamba-Mu, anak kepada hamba perempuanMu. Ubun-ubunku di tanganMu, telah berlalunya keputusanMu, Engkau telah berlaku adil ke atasku dalam keputusanMu. Aku memohon kepadaMu dengan setiap nama yang Engkau berikan kepada diriMu atau apa yang telah Engkau ajarkan kepada salah satu ciptaanMu, atau yang telah Engkau turunkan dalam kitabMu, atau yang telah Engkau rahsiakan dalam ilmu ghaibMu. (Aku memohon kepadaMu) untuk menjadikan Al-Quran sebagai penyejuk hatiku, cahaya di dadaku, penghilang kesedihanku dan penghapus kesusahanku.
"
Maka pastilah Allah akan menghilangkan semua kesedihan dan kesulitannya serta menggantikan dengan jalan keluar baginya. Lalu seseorang bertanya kepada Rasulullah SAW “Ya Rasulullah, bolehkah kami menghafalkannya?”. Beliau menjawab : “Aku anjurkan bagi yang mendengarnya agar menghafalkan (dan mengamalkannya)." 
( HR. Ahmad dan Ibnu Hibban dgn sanad yang sohih ).

Thursday, December 16, 2021

hikmah amalan surah yaseen

SURAH YAASIN - PENGERTIAN SETIAP AYAT:

Ayat 1 - 9 - Untuk keselamatan diri
Ayat 9 - Orang jahat tak nampak kita terutama orang kafir.
Ayat 12 - Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini dihafal oleh setiap mukmin dan mukminat.
Ayat 13 - 35 - Mengisahkan orang-orang yang mati syahid. 
Ayat 22 - 23 - Untuk menjaga aqidah memberi hidayah kepada anak.
Ayat 29 - Sebagai amalan untuk mengelakkan diri daripada difitnah dan kejahatan mulut.
Ayat 29 - Untuk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah atau aniaya kita. Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tersebut.
Ayat 30 - Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. (harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya).
Ayat 32 - Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik.
Caranya - Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t, kita umat Muhammad s.a.w, kita orang Islam dll.
Ayat 33 - 35 - Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur.
Ayat 36 - Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh.
Caranya : Baca dan berdoa, hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.
Ayat 37 - Adalah untuk menetapkan hati - aqidah diri sendiri... Hati yang kering akan hidup semula.
Ayat 38 - Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.
Ayat 39 - Mengisahkan ilmu falak.
Ayat 40 - Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.
Ayat 41 - Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal, elok dibaca sewaktu menaiki kenderaan.
Ayat 44 - Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - dibaca untuk menjauhkan fitnah dalam hidup.
Ayat 45 - 48 - Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.
Ayat 49 - Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya.
Tiupan pertama - Datang dengan tiba-tiba
Tiupan ke-dua - Hancur
Tiupan ke-tiga - Semua orang dihidupkan semula dan hadir di padang Mahsyar.
Ayat 50 - Setiap orang akan dihisab mengikut amalannya.
Ayat 58 - Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3 kali.
Ayat 76 - Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan. 
Ayat 76 - Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tersebut.
Ayat 78 - 79 - Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan. Untuk doa bermula daripada ayat yang bermaksud : "dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?" (Ayat 78 dan 79) - Bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah.
Ayat 79 - "Katakanlah, yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk."
Ayat 82 - Untuk Hajat - Jika berhajat sesuatu, bacalah 100 kali. Dibaca pada air dan minum selama 40 hari.

Perlu Baca Dengan Penuh Keyakinan.

Sunday, November 28, 2021

WASILAH DALAM AL-QUR’AN

WASILAH DALAM AL-QUR’AN

WASILAH DALAM AL-QUR’AN
( Pendekatan Semantik Toshihiko Izutsu)
Oleh: Muhammad Munif (15530076)
Pendahuluan
Al-Qur’an melalui salah satu ayatnya memperkenalkan diri sebagai huddan ( petunjuk) bagi umat manusia. Tidak hanya sebagai hiasan ataupun sekedar bacaan, al-Qur’an juga perlu adanya interpretasi untuk mengungkapkan makna-makna ajaran yang terkandung didalamnya.[1] Pada hakekatnya al-Qur’an mengandung seluruh ajaran dan tuntunan bagi kehidupan umat manusia  seperti Aqidah, Ibadah, Akhlak, Hukum, Sejarah, falsafah, Politik dan sebagainya. 
Ibadah merupakan salah satu intisari al-Qur’an, karena salah ajaran pokok dalam kehidupan seorang muslim untuk mendekatkan diri kepada Tuhannya adalah dengan ibadah. Didalam hal ibadah manusia selalu timbul dorongan kuat agar bagaimana amaliah-amaliah yang mereka kerjakan sampai kepada Allah SWT, akan tetapi dalam diri manusia sering merasa bahwa dialah makhluk tuhan yang berlinang dosa sehingga merasa kurang terhormat apabila langsung meminta kepada-Nya. Oleh karena itu manusia berusaha mencari jalan lain agar tujuan ibadah mereka dapat tersampaikan kepada Allah, yaitu dengan mencari wasilah (perantara).
Kata wasilah didalam al-Qur’an terdapat 2 ayat yaitu pada surah al-Maidah ayat 35 dan al-Isra’ ayat 57 yang berbunyi :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَابْتَغُوا إِلَيْهِ الْوَسِيلَةَ وَجَاهِدُوا فِي سَبِيلِهِ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Artinya: “Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kalian kepada Allah dan carilah jalan yang mendekatkan diri kepada-Nya (wasilah) dan berjihadlah pada jalan-Nya supaya kalian mendapat keberuntungan. (QS.al-Maidah 35)

أُولَئِكَ الَّذِينَ يَدْعُونَ يَبْتَغُونَ إِلَى رَبِّهِمُ الْوَسِيلَةَ أَيُّهُمْ أَقْرَبُ وَيَرْجُونَ رَحْمَتَهُ وَيَخَافُونَ عَذَابَهُ إِنَّ عَذَابَ رَبِّكَ كَانَ مَحْذُورًا
Artinya: “Orang-orang yang mereka seru itu, mereka sendiri mencari jalan kepada Tuhan mereka, siapa di antara mereka yang lebih dekat (kepada Allah) dan mengharap rahmat-Nya dan takut akan segala azab-Nya, sesungguhnya azab Tuhanmu adalah suatu yang harus ditakuti”. (Q.S.al-isra’:57)

            Kata Wasilah menempati tempat terhormat dalam diskusi teologi Islam. Secara historis wasilah menjadi suatu permasalah yang melahirkan perdebatan panjang dikalangan umat Islam, permasalahan ini muncul sekitar abad ke 8 H yaitu pada awal-awal periode tafsir era pertengahan, tidak dapat dipungkiri bahwa memang karakteristik pada tafsir era pertengahan adalah nilai-nilai ideologisme melekat kuat sehingga tertanam fanatisme yang berlebihan dan klaim kebenaran sepihak.[2] Pada era ini muncul salah seorang mujadid besar bernama Ibn Taimiyah, dan disusul reformasi Islam yang dipelopori oleh Muhammad Ibn Abdul Wahab yang mengadakan perubahan-perubahan total ajaran-ajaran yang dianggap menyimpang jauh dari ajaran al-Qur’an dan Sunnah guna mengembalikan kemurnian Islam, termasuk didalamnya permasalahan wasilah, sejak saat itulah wasilah menjadi bagian dari sikap keagamaan yang penuh kontroversi dan menjadi perselisihan hingga saat ini.[3]
            Penafsiran kata wasilah sebenaranya sudah banyak dilakukan oleh ulama’-ulama’ terdahulu seperti halnya termaktub  dalam karya-karya mereka, seperti Ibnu Katsir, Ibnu Taimiyyah, Buya Hamka dan masih banyak tokoh mufasir lain, akan tetapi konsep wasilah ini juga menarik dikaji khususnya menggunakan pendekatan yang baru yaitu pendekatan semantik Toshihiko Izutsu agar dapat memberikan nuansa baru dalam pemaknaan term-term yang terdapat didalam al-Qur’an.
Pembahasan
Di dalam al-Qur’an terdapat ayat tentang wasilah, untuk mendapatkan ayat-ayat tentang wasilah penulis menggunakan kamus Mu’jam al-Mufahras li Afadzil al-Qur’an. Didalam kamus tersebut penulis menemukan 2 ayat dalam 2 surah yang memuat kata wasilah.[4] Adapun kata Wasilah terdapat pada surah al-Maidah 35 dan al-Isra’ 57:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَابْتَغُوا إِلَيْهِ الْوَسِيلَةَ وَجَاهِدُوا فِي سَبِيلِهِ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُون
أُولَئِكَ الَّذِينَ يَدْعُونَ يَبْتَغُونَ إِلَى رَبِّهِمُ الْوَسِيلَةَ أَيُّهُمْ أَقْرَبُ وَيَرْجُونَ رَحْمَتَهُ وَيَخَافُونَ عَذَابَهُ إِنَّ عَذَابَ رَبِّكَ كَانَ مَحْذُورًا

            Berdasarkan pencarian kata wasilah diatas dapat diketahui bahwa wasilah hanya terdapat  2 macam, dan keduanya berbentuk isim masdar وَسِيلَةَ yang berasal dari fi’il madhi وَسلَ dalam al-Qur’an kata yang berasal dari akar kata wa, sin, dan lam hanya terdapat dalam bentuk masdarnya, yaitu wasilah yang disebut sebanyak dua kali (QS al-Maidah 35 dan QS al-Isra’ 57), kata wasala  وَسلَ hampir mirip dengan وصل keduanya memiliki kesamaan arti yaitu “ sebagai sesuatu yang menyambung dan mengantarkan sesuatu dengan yang lain”.[5]
 Sebab Turunya Ayat
Dari kedua ayat yang terdapat kata wasilah, hanya satu yang memilki asbabun nuzul yaitu pada surah al-Isra’ 57, bahwa peristiwa yang melatarbelakangi turunnya ayat ini ketika ada sekelompok orang Arab yang menyembah jin, kemudian sekelompok Jin yang mereka sembah ada yang memeluk agama Islam. Sekalipun demikian, diantara ummat manusia masih juga ada yang menyembah Jin, sehubungan dengan itu maka Allah menurunkan ayat ke 56-57 sebagai ancaman bagi mereka yang menyembah makhluk yang samasekali tidak dapat memberi manfaat dan pertolongan, bahkan mereka yang disembah itu pada dasarnya masih mencari jalan yang lurus.
Berdasarkan asbabun nuzul ayat diatas dapat ditarik kesimpulan bahwa dalam mencari wasilah (perantara) tidak sedikitpun diperkenankan untuk meyakini bahwa dari perantara sesuatu tersebut dapat memberikan pertolongan atau hal-hal apapun karena hal tersebut salah satu bentuk syirik.

Makki dan Madani
Hal yang terpenting dari suatu kajian al-Qur’an adalah mengetahui, pada konteks atau situasi bagaimana ayat itu diturunkan, inilah yang menjadikan salah satu pokok kajian Makki dan MadaniMakki Madani merupakan sesuatu yang sangat penting dan tidak bisa diabaikan. Imam jalaluddin as-Suyuthi dalam al-itqan mabahits fi ulum al-Qur’an, mengatakan bahwa penting mengetahui Makki Madani ada 3 pendapat tentang makki madani, yaitu:
1.      Ayat itu diturunkan sebelum nabi Muhammad berhijrah dan menjadi makki atau nabi setelah hijrah menjadi madani.
2.      Ayat itu ditujukan untuk kota makkah walau setelah hijrah dimadinah
3.      Ayat itu ditujukan untuk ahli makkah (muhajirin) atau ahli madinah (anshar)[6]

1.    Makkiyah dan Madaniyah
Dalam ranah semantik Makki dan Madani merupakan suatu kajian ilmu yang sangat penting, ilmu ini akan sangat membantu dalam memahami konsep yang berkembang dimasyarakat ketika al-Qur’an diturunkan karena suatu bahasa tidak akan lepas dari budaya. Adapun manfaat Makki dan Madani adalah:
1)      Membantu dalam menafsirkan al-Qur’an, karena pengetahuan mengenai tempat turunnya ayat dapat membantu memahami ayat dan penafsirann kata tersebut secara benar, sekalipun yang menjadi pegangan adalah pengertian umum lafadz bukan sebab khusus.
2)      Meresepsi gaya bahasa al-Qur’an dan memanfaatkannya dalam metode berdakwah.
3)      Memahami sejarah hidup Nabi Muhammad SAW, melalui ayat-ayat al-Qur’an sebab turunya wahyu Rasulullah sejalan dengan sejarah dakwah dengan segala peristiwannya baik pada periode Mekkah ataupun Madinah, sejak permulaan turunnya wahyu hingga ayat terakhir diturunkan.[7]
Untuk mengetahui Makki dan Madani ayat-ayat wasilah, penulis menggunakan riwayat Ibn Abbas, adapun ayat wasilah diklasifikasikan sebagai berikut.[8]
1.    Makkiyah
أُولَئِكَ الَّذِينَ يَدْعُونَ يَبْتَغُونَ إِلَى رَبِّهِمُ الْوَسِيلَةَ أَيُّهُمْ أَقْرَبُ وَيَرْجُونَ رَحْمَتَهُ وَيَخَافُونَ عَذَابَهُ إِنَّ عَذَابَ رَبِّكَ كَانَ مَحْذُورًا 
            Surah al-Isra’ 57 merupakan surah Makkiyah adapun beberapa kriteria untuk mengetahui makkiyah diantaranya adalah:
1)      Setiap surah yang didalamnya terdapat ayat Ya ayyuhannas.
2)      Surat-surat yang ayatnya pendek-pendek bersajak, i’jaz al-ibarah dan padat isinya.
3)      Surat-surat yang berisi tentang ajaran aqidah (tauhid menyembah Allah, risalah Nabi Muhammad , mujadalah kaum-kaum musyrikin dengan dalil-dalil akal ayat kauniyah.[9]
Dari beberapa ciri-ciri diatas menunjukan bahwa surah al-Isra’ 57 merupakan salahsatu golongan dari surah Makkiyah.
2.    Madaniyah 
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَابْتَغُوا إِلَيْهِ الْوَسِيلَةَ وَجَاهِدُوا فِي سَبِيلِهِ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُون
Surah al-Maidah 35 merupakan salah satu dari golongan surah madaniyah hal ini dapat diketahui dari beberapa kriteria, diantaranya adalah:
1)      Setiap surah yang didalamnya terdapat redaksi Ya ayyuhaladzina amanu.
2)      Setiap surah yang didalamnya terdapat ajaran-ajaran ibadah, mua’amalah, pidana, aturan berkeluarga, hukum wais, keutamaan jihad dan lain sebagainya.
3)      Surah yang ayatnya panjanag-panjang, dan bergaya prosa liris.[10]
 Dari pembagian makkiyah dan madaniyah maka dapat ditarik kesimpulan bahwa kedua surah yang terdapat kata wasilah yaitu al-Isra’ termasuk golongan surah Makkiyah sedangkan surah al-Maidah merupakan surah Madaniyyah. Pada kedua periode ini hampir tidak ada perbedaan makna tekstual karena wasilah keduanya memiliki makna dekat. Akan tetapi pada periode Makkiyah yaitu surah al-Isra’ 57 mengandung unsur teologi yang kuat sehingga wasilah (mendekatkan diri kepada Allah, harus benar-benar murni tanpa adanya perantara apapun, sekalipun itu Rasulullah), oleh karena itu wasilah pada periode Makki merupakan suatu bentuk larangan agar ketauhidan mereka terhadap Allah tidak tercampur oleh ajaran-jaran lama yang dapat mengikis keimanan mereka terhadap Allah disaat itu juga merupakan awal mula perkembangan ajaran Islam. Sedangkan para periode Madaniyyah yaitu surah al-Maidah 35 wasilah merupakan suatu bentuk yang dianjurkan karena berkaitan dengan masalah ibadah.
Makna Dasar
            Dalam kajian semantik pasti dalam menganslisis suatu kata harus mengetahui makna dasar kata tersebut. Makna dasar merupakan makna yang melekat pada kata itu sendiri dan selalu terbawa kemanapun dimanapun baik makna didalam al-Qur’an dan diluar al-Qur’an sepanjang kata itu masih digunakan oleh masyarakat penuturnya. Adanya makna dasar ini meniscayakan bahwa pada dasarnya tidak ada yang tunggal karena dia sangat berhubungan dengan lingkungan historisnya.[11]
            Wasilah dalam Lisan al-Arabi memiliki beberapa arti yaitu dekat, tempat , derajat, kecintaan terhadap Allah, memohon[12]. Sedangkan Raghib al-Asfihani dalam kitabnya Mufrodat fi Gharib al-Qur’an memberikan arti untuk term wasilah dengan sesuatu yang menyambung dan mengantarkan kepada sesuatu yang lain, hanya saja meneurut al-Asfihani wasilah maknanya lebih spesifik dibandingkan dengan washilah karena upaya untuk menyambungkan atau menghubungkan itu didasari dengan keinginan yang kuat, dan hakikatnya mencari wasilah hanya kepada Allah semata.[13]
            Dalam Ensiklopedia al-Qur’an dijelaskan bahwa kata wasilah adalah upaya untuk mendekatkan diri kepada Allah. Berkenaan dengan wasilah, para ulama’ menyepakati kebolehan melakukannya karena secara jelas ditemukan perintah Allah dalam kedua ayat al-Qur’an ( al-Maidah 53 dan al-Isra’ 57) kendati demikian perbedaan pendapat oleh para Ulama’ adalah dari segi cara yang ditempuh atau apa dan siapa yang dapat dijadikan sebagai wasilah guna meraih ridhanya.[14]
            Dari beberapa penjelasan makna diatas dapat ditarik kesimpulan bahwa wasilah mengandung beberapa konsep
1.      Mendekatkan diri kepada Allah
2.      Meningkatkan Derajat
3.      Tempat tertinggi
Dari berbagai definisi yang sudah penulis kumpulkan bahwa wasilah secara bahasa adalah dekat, derajat, memohon, tempat tertinggi. Dari situlah terbentuk suatu himpunan yang yang didasarkan pada suatu tatanan ataupun cara untuk mencapai kearah tempat tertinggi yaitu ridha Allah SWT.
Makna Relasiaonal
Menurut Toshihiko Izutsu makna relasioanal sebagai susuatu konotatif yang terkait dan ditambahkan pada makna yang sudah ada dengan meletakkan kata itu pada posisi khusus dalam bidang khusus, atau dengan kata lain makna baru yang diberikan pada sebuah kata bergantung pada kalimat dimana kata itu digunakan.[15] Untuk mendapatkan makna relasional berdasarkan teori semantik, maka perlu adanya analisis sintagmatik dan paradigmatik.
Analisis Sintagmatik
            Kedudukan kata wasilah yang bertempat diberbagai surat hanya ada dua dan terpisah antara satu dengan yang lain akan tetapi menghasilkan suatu konsep yang utuh. Untuk mendapatkan makna yang memiliki keterkaitan konsep wasilah diperlukan analisis sintagmatik yang dalam pengertiannya suatu analisis yang berusaha menentukan makna suatu kata dengan cara memperhatikan kata-kata yang didepan dan dibelakang kata yang dibahas.[16]
            Kata wasilah dalam al-Qur’an mengalami perkembangan dan mengahasilkan makna-makna lain, ketika dikaitkan dengan konsep lain seperti.
1.      Tuhan
Makna kata wasilah adalah dekat, memohon, derajat dan tempat tertinggi. Berdasarkan surah al-Isra’ 57 bahwa kata wasilah bersanding dengan konsep keTuhanan,
أُولَئِكَ الَّذِينَ يَدْعُونَ يَبْتَغُونَ إِلَى رَبِّهِمُ الْوَسِيلَةَ أَيُّهُمْ أَقْرَبُ وَيَرْجُونَ رَحْمَتَهُ وَيَخَافُونَ عَذَابَهُ إِنَّ عَذَابَ رَبِّكَ كَانَ مَحْذُورًا
2.      Ketaqwaan

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَابْتَغُوا إِلَيْهِ الْوَسِيلَةَ وَجَاهِدُوا فِي سَبِيلِهِ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُون
Makna wasilah pada surat al-Maidah 53 lebih spesifik bersanding dengan konsep ketaqwaan yaitu didalam beribadah dianjurkan untuk mencari jalan(lantaran) untuk mendekatkan diri kepada Allah.
Analisis Paradigmatik
            Analisis paradigmatik adalah analisis yang mengkomparasikan kata atau konsep tertentu dengan kata atau konsep lain yang mirip (sinonim) atau berlawanan (antonim).[17]
1.      Sinomim kata wasilah
Washala
 وَلَقَدْ وَصَّلْنَا لَهُمُ الْقَوْلَ لَعَلَّهُمْ يَتَذَكَّرُونَ
                        Washala secara bahasa memiliki arti menyambung, menghubungkan, menggabungkan.[18] Adapun maksud keterkaitan ayat ini dengan wasilah adalah bahwa kata washala memberikan penjelasan tentang tururunnya al-Qur’an secara berturut-turut agar dapat mudah dipelajari oleh umat muslim. (QS al-Qashas 51)

Qurbah
وَمِنَ الْأَعْرَابِ مَنْ يُؤْمِنُ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَيَتَّخِذُ مَا يُنْفِقُ قُرُبَاتٍ عِنْدَ اللَّهِ وَصَلَوَاتِ الرَّسُولِ ۚ أَلَا إِنَّهَا قُرْبَةٌ لَهُمْ ۚ سَيُدْخِلُهُمُ اللَّهُ فِي رَحْمَتِهِ ۗ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ

Qurbah secara bahasa berarti perbuatan yang dapat mendekatkan diri kepada Allah, Ibadah.[19]. dari ayat diatas dapat diketahui bahwa salahsatu bentuk ibadah dan sarana mendekatkan diri kepada Allah adalah dengan meninfakkan hartanya dijalan Allah SWT.
Darajah
الَّذِينَ آمَنُوا وَهَاجَرُوا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ أَعْظَمُ دَرَجَةً عِنْدَ اللَّهِ ۚ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْفَائِزُونَ
orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta, benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi derajatnya di sisi Allah; dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan (QS.al-Taubah 20).

                        Darajah secara bahasa adalah kedudukan, pangkat, martabat, kelas tingkatan.[20]Ayat ini merupakan seruan Allah untuk berjihad atau berjuang dijalan Allah dengan mengerahkan segala kemampuannya baik material maupun non meterial, oleh karena itu jihad merupakan upaya untuk mengerahkan segala kemampuan untuk mendapatkan apa yang diinginkan atau dicita-citakan. Maka dari segala bentuk hijrah, perjuangan dan jihad dengan sungguh-sungguh sesuai dengan koridor Allah SWT niscaya akan mendapat balasan rahmat yang luas  dan akan mendapatkan derajat yang tinggi disisi-Nya.[21]

2.      Antonim kata wasilah
Mani’
وَمَا مَنَعَ النَّاسَ أَنْ يُؤْمِنُوا إِذْ جَاءَهُمُ الْهُدَىٰ وَيَسْتَغْفِرُوا رَبَّهُمْ إِلَّا أَنْ تَأْتِيَهُمْ سُنَّةُ الْأَوَّلِينَ أَوْ يَأْتِيَهُمُ الْعَذَابُ قُبُلًا

                        Mani’ secara bahasa mencegah, merintangi, menolak.[22]  Bahwa orang-orang kafir ketika  sudah mendapatkan hidayah dari Allah, tidak akan ada suatu hal yang dapat menghalangi orang tersebut untuk mendekatkan diri kepada-Nya.
                        Khailun
            وَحِيلَ بَيْنَهُمْ وَبَيْنَ مَا يَشْتَهُونَ كَمَا فُعِلَ بِأَشْيَاعِهِمْ مِنْ قَبْلُ ۚ إِنَّهُمْ كَانُوا فِي شَكٍّ مُرِيبٍ

                        Khailun secara bahasa berarti menghalangi terbentuk dari fi’il madhinya lafad Khala.[23] Maksud dari ayat ini adalah penyesalan orang-orang kafir selama hidup didunia, mereka mengalami ketakutan luat biasa tatkala dihari akhir, sehingga mereka menginginkan kembali kedunia untuk beriman kepada Allah.

                        Zaajirun
فَالزَّاجِرَاتِ زَجْرًا
dan demi (rombongan) yang melarang dengan sebenar-benarnya (dari perbuatan-perbuatan maksiat) (QS As-Shaffat 2)

                        Zaajirun secara bahasa berarti mencegah, merintangi.[24] Maksud dari rombongan disini adalah para malaikat ataupun makhluk lain seperti burung.

Dari analisis diatas, beberapa kata seperti washala, qurbahdarajah, memiliki kesamaan substansi dengan kata wasilah bahwasanya ketika kata tersebut merupakan sesuatu yang didalamnya terdapat nilai-nilai ibadah dengan berbagai macam bentuk, seperti berjihad, berjuang, berusaha, menginfakkan hartanya dan lain segalanya, hal terpenting yang perlu digaris bawahi bahwa segala bentuk ibadah diatas merupakan sebagai sarana, cara ataupun metode mendekatkan diri kepada Allah SWT.
Sedangkan antonim dari kata wasilah terdapat beberapa kata diantaranya kata Mani’, Khailun, Zaajirun. Dari ketiga kata tersebut memberikan gambaran bahwa dalam berupaya mendekatkan diri kepada Allah akan terdapat halangan ataupun rintangan yang menyertainya, hal ini sebagai bentuk ujian untuk meningkatkan ketaqwaan kita terhadap Allah.

http://santriadvn.blogspot.com/2017/10/wasilah-dalam-al-quran-pendekatan.html