Fatwa Syeikh Daud al-Fattani tentang Istighathah dengan orang yang telah wafat.
Furu’ al-Masail: 1/11
(Suʾila raḍiyaʾLlāhu ʿan-hu) ditanya daripada barang yang jatuh daripada orang yang ʿawām daripada kata mereka itu tatakala kedatangan kesukaran dan kesakitan "Yā Sayyidī, Yā RasūlaʾLlāh!" atau "Yā Shaykh fulān" dan yang seumpamanya daripada teriak mintak tolong dengan anbiyāʾ dan mursalīn dan awliyāʾ Allāh al-ṣāliḥīn dan ʿulamāʾ. Maka adakah harus yang demikian itu atau tiada harus? Dan adakah bagi mursalīn dan anbiyāʾ dan awliyāʾ dan ṣāliḥīn dan mashāyikh menolong kemudian daripada mati mereka itu? Apa yang terlebih rājiḥ yang demikian itu? (Maka dijawabnya) dengan bahawasanya minta tolong dengan anbiyāʾ dan mursalīn dan awliyāʾ dan ʿulamāʾ dan ṣāliḥīn, harus. Dan ada lah bagi mereka itu tempat minta tolong kemudian daripada pada mati mereka itu kerana muʿjizat anbiyāʾ dan karāmah awliyāʾ tiada putus dengan mati mereka itu. Adapun anbiyāʾ maka mereka itu hidup ia di dalam quburnya, sembahyang mereka itu, dan ḥaji mereka itu, seperti barang yang datang wārid bagi beberapa akhbār, dan jadilah menolong itu muʿjizat baginya. Dan adapun shuhadāʾ demikian pula ia hidup di dalam quburnya seperti barang yang dilihat dengan nyata datang berperang pula dengan kuffār. Dan adapun awliyāʾ maka yaitu karāmah bagi mereka itu. Maka bahawasanya kata ahl al-Ḥaqq bahawasanya jatuh daripada awliyāʾ dengan qaṣad dan dengan tiada qaṣad pekerjaan yang mencarikkan bagi ʿādat dan dilakukan Allāh taʿālā dengan sebab mereka itu disampaikan ḥājat kerana ada lah yang demikian itu pekerjaan yang mumkin tiada muḥāl, maka tiap-tiap ada inilah kelakuannya, maka tanda ada lah pekerjaan itu sudah dilihat akan jatuhnya ialah tanda harusnya seperti yang telah dicerita datang datang sungai nīl dengan dijatuhkan surat Sayyidunā ʿUmar dan cerita Siti Maryam dan lainnya, intahā daripada fatāwā Shaykh Aḥmad al-Ramlī al-Kabīr.
P/S: Apakah Syeikh Daud al-Fattani pun dan dituduh mempromosikan amalan syirik?
Kredit@ Dato Dr Ayman Al Akifi.