Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Thursday, May 30, 2013

Ahli_Sufi_Bukan_Orang_Jahil

Ahli Sufi Bukan Orang Jahil dan Bukan golongan pecundang ...

Dalam sejarah perjalanan Tasawwuf ,tidak terhitung banyaknya ulama-ulama yang merupakan simbol Sufi besar sekaligus juga alim dalam Ilmu Syari'at /fiqah .Kami dapat menyebutkan beberapa nama antara lain Imam Qusyairi,Imam Ghazali,Imam Nawawi(dengan kitabnya Hulliyatul Abrar )Syeikh Amin Al-Kurdi.
Di Indonesia banyak sekali ulama Fiqah yang juga seorang Sufi dan ahli Tasawwuf Seperti Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani,Syekh Ar-Raniri,Syeikh Abdur Ra'uf (Acheh),Syeikh Abdul Wahid Suliki Payakumbuh,dan Syeikh Belubus.
Mereka bukan saja terkenal sebagai PEMBANTERAS aliran Tasawwuf yang sesat ,tetapi juga sekaligus sebagai pengamal Tasawwuf yang lurus sesuai dengan manhaj Ahli Sunnah Wal Jammah Al-Sy'ariyah.
Juga ada tertulis dalam catatan sejarah beberapa pemimpin Thariqat yang merupakan simbol Sufi besar yang telah turut berjihad Fisabilillah mengangkat senjata melawan penjajahan kafir dan melawan kezaliman .Di anataranya adalah Syeikh Abdus Samad Al Falimbani ,ulama besar Madzhab Syafi'i yang menganut Thariqat Samaniyah ,mati syahid di Kedah melawan tentera Siam.Omar Mukhtar ,seorang ulama Thariqad Sanusiyah dari Libya yang pernah memporak-perandakan tentera Italia di sana.Beliau digelar "singa Padang Pasir".Syeikh Muhammad Al Mahdi,ulama Thariqat Al-Mahdiyah yang mampu mengusir penjajahan Inggeris dari Sudan .
Begitu juga penganut Thariqat Qadiriyah wal NAqsyahbandiyah yang mampu merdeka dari kerajaan Karang Asem Bali di Lombok,yang telah berlangsung satu setengah abad lamanya .Juga tersebut dalam sejarah Syeikh Abdul Wahab Rokan Ulama Naqsyabandi di Langkat Sumatera Utara yang aktif melwan penjajahan Belanda .

Kami menulis hal ini agar tuduhan karut-marut yang mengatakan bahawa kaum Sufi adalah orang-orang pengecut dan pecundang yang hanya sibuk beribadah ,tetapi sangat takut berjihad mengangkat senjata melawan kezaliman,dapat dipatahkan.Seluruh kaum Sufi sedar mereka pun tetap berpijak pada syari'at Islam yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W.Hanya saja keputusan berperang perlu strategi dan mengikut Syari'at Islam dan tidak dibuat secara sembarangan (cincai) dan dilandasi sifat emosi yang membabi-buta..
Bagi kaum Sufi ,tidaklah semua kaum kafir itu wajib dperangi.Kuam kafir itu terbahagi dua golongan :

1.Kafir Dzimmi(mereka yang tidak memerangi kita )
2.Kafir Harbi(mereka yang menyerang dan memerangi kita ).
Dalam Islam ,hanya golongan kafir harbi sahaja yang boleh diperangi ,kerana menyebabkan kerosakkan pada diri kaum muslimin.

Wallahualam


By fb/Pejuang Sufi

No comments: