Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Tuesday, April 4, 2017

MEMBETULKAN CARA PANDANG

MEMBETULKAN CARA PANDANG

Nabi Isa a.s melihat bangkai seekor anjing yang mati di padang pasir. Sahabat-sahabatnya menutup hidung malah ada yang loya dengan keadaan mata anjing yang hampir pecah, isi perut yang terburai..!

Akan tetapi Nabi Isa berkata,

"ALANGKAH PUTIHNYA GIGI ANJING ITU..!"

Sahabat-sahabatnya menegur bagaimana Nabi Isa boleh berkata demikian? Lalu Nabi Isa menjawab,

"AKU SEDANG BELAJAR MELIHAT KEBAIKAN DAN KECANTIKAN DI DALAM KEBURUKAN..!"

Semoga kita semua boleh melihat kebaikan di dalam diri seseorang waima MUSUH KITA sekali pun. In Shaa Allah! Hati kita akan bertambah senang dan tenang..!

Jadilah seperti LEBAH..! Walau pun hidup di dalam lautan sampah, BUNGA juga yang dicarinya..!

Janganlah jadi seperti LALAT..! Walau pun hidup di taman yang indah, SAMPAH jua yang dinantinya..!

Semoga ikatan kita sesama insan akan lebih erat dan harmoni tanpa ada rasa dengki, iri hati dan benci-membenci ..!

"SEKIRANYA KITA MELIHAT SESUATU YANG BURUK PADA ORANG LAIN, IA ADALAH CERMINAN UNTUK DIRI KITA..!

KERANA HANYA ORANG YANG
HATINYA BERSIH, SELALU MELIHAT KEBAIKAN PADA ORANG LAIN..!"

No comments: