Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Tuesday, May 16, 2017

Ust mohd hanif

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1391332117590393&id=100001408548424

Siri:9
RAWATAN RIYAK #2

Akar punca riyak yang kedua ialah TAKUTKAN CELAAN MANUSIA. Dek kerana takut dicela manusia, maka kita pun buatlah amal ibadah. Sayangnya, ibadah kita ditolak, tidak diterima Allah sebab RIYAK! Bahkan malang berjuta kali malang, kita terpaksa berdepan dengan CELAAN & SIKSAAN DARIPADA ALLAH 'AZZA WA JALLA, di dunia mahupun akhirat!

Maka rawatannya, katakan kepada DIRI KITA SENDIRI, secara BERULANG-ULANG KALI, kata-kata yang seumpama ini;

"Sesungguhnya celaan manusia, tidak akan sekali-kali memudharatkan engkau, seandainya engkau adalah orang yang dipuji di sisi Allah 'Azza wa Jalla! Maka untuk apa engkau bentangkan diri engkau kepada CELAAN ALLAH DAN KEMURKAANNYA, semata-mata kerana TAKUTKAN CELAAN MAKHLUK?

Cukuplah bagi engkau, bahawa manusia ni, kalau lah mereka tahu apa yang ada dalam hati engkau tu, niat riyak engkau tu, nescaya mereka akan mencela engkau! Allah akan buka 'aib engkau tu, hingga mereka tahu kepura-puraan engkau! Maka engkau mendapat KECELAAN DARIPADA MAKHLUQ, selepas terdahulu engkau mendapat KECELAAN DARIPADA ALLAH 'AZZA WA JALLA!

Sebaliknya jikalau engkau ikhlas, berpaling hati engkau daripada mereka, bulatkan niat engkau kerana Allah, bukan kerana takut celaan manusia, nescaya Allah 'Azza wa Jalla akan menzohirkan keikhlasanmu itu bagi mereka, maka mereka pun MENGASIHIMU, setelah terdahulu engkau DIKASIHI ALLAH SWT."

Dengan mengulang-ulangkan ingatan tersebut, dari malam bawa ke siang, dari pagi hingga ke petang, in sya Allah, dapat mencabut 'akar' riyak ke-2, takut celaan manusia.

Pada tahun lepas, Atok ado post satu kisah khas berkaitan hal ini. Jadi, Atok belanjo printscreen cerita tu. Silokan baca...

No comments: