Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Thursday, June 29, 2017

Rantaian 25 Rasul..

Rantaian 25 Rasul..

Kalam sufi - takut belajar tasauf

“ Ketahuilah olehmu! Barangsiapa yang takut mempelajari ilmu Hakikat atau Tasawuf dengan berkata, "Nanti menjadi kafir," maka orang seperti ini tidak sekali-kali akan mendapat iktikad Ahli Sunnah (wal Jamaah)…”

[ Tok Kenali, dalam kitab Qamarul Huda ]

TIGA TUGAS ORANG BERAKAL

Nabi Daud ’Alaihis Sallam pernah berkata :

“ Telah diwahyukan kepadaku dalam Zabur bahwa tugas orang berakal adalah tidak menyibukkan diri, kecuali dalam tiga hal :

1. Menyiapkan bekal untuk kembali (ke akhirat);
2. Mencari biaya untuk penghidupannya di dunia; dan
3. Mencari kenikmatan dengan cara yang halal.”

Tiada bekal yang bermanfaat untuk menyambut hari Akhirat, kecuali amal yang soleh. Oleh kerana itu, dianjurkan untuk memperbanyak amal soleh. Begitu juga hendaklah seseorang berusaha untuk memenuhi keperluan hidupnya agar tidak menjadi beban bagi orang lain, tetapi sudah barang tentu dengan cara yang halal. Berusaha mencari rezeki yang halal hukumnya wajib bagi setiap muslim.

[ Imam An-Nawawi Al-Bantani, Kitab Nasha'ihul 'Ibad ]

Wednesday, June 28, 2017

Khalifah umar bin abdul aziz memecat pegawai yg menganggap ibu bapa nabi kafir.

Khalifah umar bin abdul aziz memecat pegawai yg menganggap ibu bapa nabi kafir.

KISAH singkat ketegasan Khalifah Umar bin Abdul Aziz ini patut menjadi suri teladan bagi umat islam. Ketika suatu masa ia melihat ada anggapan orang-orang yang menganggap dan menuduh orang-tua Rasulullah sebagai Ahli Neraka atau Kafir maka ia tidak tinggal diam tapi langsung marah pada anggapan tersebut.

Ada argumentasi yang membantah dugaan bahwa kedua orang tua Rasul akan masuk neraka. Semestinya, tuduhan tersebut tidak ditudingkan kepada Ayahanda dan Ibunda Rasul yang terhormat, karena itu adalah bentuk arogansi terhadap Rasulullah Saidil Musthafa.

Tindakan tegas dan keras ditunjukkan oleh Khalifah Umar bin Abdul Aziz, ketika itu, ia telah menginstruksikan pegawainya agar mengutamakan para pegawai yang kedua orang tuanya Muslim dan berasal dari etnis Arab. Dengan spontan, sang pegawai menjawab instruksi tersebut dan mengatakan;
“Memang masalah bagimu?
Bukankah kedua orang tua Rasulullah itu Kafir?”

Lalu terkejut sang Khalifah. Beliau marah besar, ia pun langsung memberhentikan pegawainya tersebut agar menjadi pelajaran bagi semua dan tidak sembarangan bicara, karena dianggap tidak hormat kepada Baginda Nabi nya, nabi yang telah membawa umat daripada jalan kegelapan ke jalan yang terang benderang.

Atas dasar inilah, seyogianya tidak mudah menghukum status kedua orang tua Rasul dan menjadi pelajaran bagi umat islam agar tidak mengambil dalil-dalil secara serampangan hingga salin menabrakan antar sesama ayat dan hadis.

Oleh karena itu jumhur ulama-ulama pada masa ini telah sepakat seperti Mufti Dar al-Ifta, Syekh Muhammad Bakhit al-Muthi'I, mengimbau supaya umat berhati-hati dengan tuduhan kekufuran orang-tua Nabi (Abdullah dan Aminah) adalah salah besar dan pelakunya berdosa. Ini lantaran dianggap sebagai aksi mencederai Rasulullah.

Siapa menganggap ibubapa nabi itu kafir, kafir itu berbalik kpdnya. Pendek kata si pengata sedemikian itu sendiri telah murtad. Waliyazubillah

Saturday, June 24, 2017

IRSYAD AL-FATWA KE-42: HUKUM ZIARAH KUBUR PADA HARI RAYA

[ULANGSIAR UNTUK MANFAAT SEMPENA AIDILFITRI]

IRSYAD AL-FATWA KE-42: HUKUM ZIARAH KUBUR PADA HARI RAYA

Alhamdulillah, kami rafakkan setinggi kesyukuran kepada Ilahi kerana dengan izin-Nya, masih lagi dapat meneruskan acara ibadat puasa pada hari-hari terakhir ini. Oleh kerana terlalu banyak persoalan yang diajukan kepada kami berkenaan dengan hukum ziarah kubur pada hari raya, maka kami seupaya mengkin cuba menjawabnya berdasarkan pandangan para ulama melalui nas.

Asal zirah kubur adalah dituntut dalam Islam. Ia adalah sunat mengikut pendapat yang sahih. Ini berdasarkan kepada nas yang banyak walaupun pada awalnya Rasulullah saw melarang daripada menziarahi kubur tetapi diizinkannya bahkan menyuruhnya. Ini berdasarkan hadith

كُنْتُ نَهَيْتُكُمْ عَن زِيَارَةِ القُبُور فَزُورُهَا

Maksudnya: “Adalah aku dahulu telah melarang kamu menziarahi kubur, maka ziarahlah.”

Riwayat Muslim

Dalam riwayat yang lain menunjukkan illah atau sebab ziarah kubur untuk mengingati kematian. Dalam hadis Nabi SAW sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Abu Hurairah R.A dia berkata: "Nabi SAW menziarahi kubur ibunya lalu dia menangis dan orang yang disampingnya juga menangis, kemudian dia bersabda:

استأذنت ربي في أن أستغفرلها فلم يؤذن لي، واستأذنته في أن أزور قبرها فأذن لي، فزوروا القبور فانها تذكر الموت

Maksudnya: "Aku meminta izin daripasa Tuhanku untuk aku beristighfar baginya (bagi ibuku), maka Dia tidak memberi keizinan kepadaku, dan aku meminta izin untuk menziarahi kuburnya maka Dia (Allah) membenarkanku, maka ziarahilah kubur kerana ia boleh mengingatkan kepada kematian".

Riwayat Muslim

Begitu juga Ibn Majah meriwayatkan dengan sanad yang sahih sabda Nabi SAW:

كنت نهيتكم عن زيارة القبور، فزوروا القبور فانها تزهد في الدنيا وتذكر الأخرة

Maksudnya: "Adalah aku dahulunya menghalang kamu daripasa menziarahi kubur, maka (sekarang) ziarahilah kubur, kerana ia boleh menjadikan kamu zuhud terhadap dunia dan mengingati akhirat."

Riwayat Ibn Majah

Di sini dengan menziarahi kubur sudah pasti akan membawa keinsafan dan juga semangat untuk beribadat bagi persiapan menuju alam akhirat.

Berkenaan dengan wanita pula, memang terdapat larangan menziarahi kubur dengan kalimah laknat. Tetapi telah dibahaskan dengan panjang lebar sebab kerana lemahnya semangat, meratap, meraung serta mengikut cara jahiliah. Untuk itu dikatakan dilarang menziarahi kubur tetapi saya menutup perbincangan ini dengan menukilkan pendapat al-Hafiz Ibn al-Arabi yang mensyarahkan hadith riwayat al-Turmuzi dengan berkata “Yang benar adalah Nabi saw membolehkan menziarahi kubur untuk lelaki dan perempuan. Jika ada sebahagian yang menganggapnya makruh bagi perempuan, maka hal itu kerana lemahnya kemampuan perempuan untuk bersikap tabah dan sabar sewaktu berada dikubur, atau kerana penampilannya yang tidak menggunakan hijab (untuk menutup auratnya) dengan sempurna.”  

Seterusnya, menziarahi kubur pada hari raya atau bulan Ramadan telah menjadi perbahasan para ulama. Ada dua pandangan dalam isu ini.

Pertama: Hukumnya adalah makruh dan tidak dibenarkan dan tidak digalakkan bahkan ia dianggap bidaah. Ini kerana tiada nas yang menunjukkan Rasulullah SAW menziarahi kubur pada hari raya. Bahkan Baginda SAW melayani tetamu dan saling kunjung mengunjungi antara satu sama lain bagi menzahirkan kegembiraan.

Kedua: Hukumnya adalah harus. Ini kerana tidak ada perintah dan larangan secara khusus di samping mengambil pendapat umum berkenaan dengan perintah ziarah kubur. Justeru hukumnya adalah dibolehkan. Antara ulama yang berpendapat hukumnya sunat adalah dalam Fatawa al-Hindiyyah yang menyebut: Sebaik hari ziarah kubur antaranya hari raya. Lihat al-Fatawa al-Hindiyyah (6/350) Ini merupakan fatwa dalam mazhab Hanafi

Begitu juga pendapat mantan mufti Jordan, Dr. Nuh Ali Salman al-Qudhah.

Imam al-Harawi dalam syarah sahih muslim berkata: “Tidak ada hadis sahih yang menerangkan ketentuan hari untuk melakukan ziarah kubur dan tidak pula ada had berapa kali ziarah.”

Tarjih

Selepas meneliti pelbagai dalil, saya lebih cenderung kepada pendapat yang membolehkannya menziarahi kubur pada hari raya, bulan Ramadan atau lain-lain. Ini kerana:

Suruhan menziarahi kubur bersifat umum
Menziarahi kubur dilakukan oleh ramai salafus soleh
Tidak ada nas secara khusus melarang ziarah kubur pada hari raya.

Justeru, dalil yang umum tidak ditafsirkannya.

Fatwa berkenaan dengan mengkhususkan ziarah kubur pada hari raya adalah bidaah. Ini kerana menganggap ziarah kubur hanya pada hari raya yang mesti dilakukan. Tetapi kerana ingin mengambil kesempatan ketika pulang ke kampung atau masa cuti adalah di bolehkan.

Kami suka menyatakan di sini sebahagian daripada adat orang-orang tua di Terengganu dan mungkin sebahagian negeri Pantai Timur di mana mereka menziarahi kubur selepas puasa enam.

Sebahagian Fatwa Syeikh Atiyyah Saqr

Bagi memberi kefahaman dengan lebih baik dalam isu ini, kami nukilkan pendapat Syeikh Athiyyah Saqr. Beliau merupakan salah seorang ulama yang terkenal di Azhar dengan kealimannya. Beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Majlis Fatwa Al-Azhar. Beliau berkata: Hukum asal bagi ziarah kubur adalah sunat, kerana ia boleh mengingatkan seseorang tentang hari akhirat.

Dengan ini kita dapat simpulkan bahawa menziarahi kubur selepas dari sembahyang hari raya, jika ia bertujuan untuk mengambil peringatan dan mengingati mereka yang telah mati yang dahulunya bersama-sama mereka berseronok di hari raya, serta memohon rahmat daripada Allah SWT untuk mereka dengan berdoa, ini semua tidak mengapa dilakukan oleh orang lelaki. Adapun bagi perempuan, hukum mereka menziarahi kubur telah dibincangkan pada jilid pertama, ms:588 dari kitab fatwa ini (pendapat yang dipilih oleh sheikh adalah makruh jika dibimbangi akan berlakunya perkara yang haram seperti meratap dan lain-lain, jika perkara haram tersebut tidak dapat dielakkan maka hukumnya adalah haram –ringkasan daripada fatwa tersebut).

Adapun jika menziarahi kubur selepas solat hari raya untuk memperbaharui kesedihan dan untuk menerima takziah di atas kubur, atau dengan mendirikan bangsal dan menyediakan tempat untuk menerima takziah, ia ditegah. Ini kerana takziah selepas daripada mayat dikebumikan lebih daripada tiga hari adalah dilarang, sama ada larangan dalam bentuk haram atau makruh. Juga kerana hari tersebut adalah hari raya, hari bergembira dan berseronok yang sepatutnya tidak ditimbulkan perasaan sedih padanya. Lihat Ahsan al-Kalam Fil-Fatawa Wal-Ahkam, (6/646).

Semoga pencerahan ini dapat meredakan isu yang khilaf ini dan marilah kita berlapang dada pada hari raya ini dengan saling mengambil kesempatan untuk mempertautkan hubungan ukhuwwah Islamiah sesama kita. Saya ucapkan تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ

Akhukum fillah,

Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri

Mufti Wilayah Persekutuan

29 Ramadan 1436H bersamaan 16 Julai 2015

Friday, June 23, 2017

BIOGRAFI TUAN GURU SYAIKH MUHAMMAD NURUDDIN MARBU ABDULLAH AL-BANJARI AL-MAKKI حفظه الله تعالى

Kepada yg anti ulama berserban  .....    sila baca ....

Tg Arwah hj soleh musa pun cium tangan sheikh Nuruddeen !

BIOGRAFI TUAN GURU SYAIKH MUHAMMAD NURUDDIN MARBU ABDULLAH AL-BANJARI AL-MAKKI حفظه الله تعالى

Ulama Yang Tegas Dengan Hukum dan Adab-adab Menuntut Ilmu - Bahagian 1

Kesempatan kali ini, ingin ambo siarkan biografi salah seorang dari guru ambo iaitu al-Mukarram Tuan Guru Syaikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki حفظه الله ورعاه. Biografi ini sebenarnya telah banyak tersebar di internet namun ambo letakkan juga sebagai penghormatan ambo kepada guru ambo yang dikasihi ini. Dan ambo tambahkan sedikit maklumat baru selain daripada apa yang terdapat didalam kitab beliau. Biografi dan sanad ilmu beliau boleh di dapati dari kitab beliau seperti Hadits Musalsal, Ma'lumaat Tahammuk Haul Asbab Ikhtilaf Baina Fuqaha’ dan al-Awaail wa al-Awaakhir wa al-Asaanid.

Biografi ini agak panjang, maka ambo pecahkan kepada dua iaitu bahagian pertama dan bahagian kedua.

BIOGRAFI TUAN GURU SYAIKH MUHAMMAD NURUDDIN MARBU ABDULLAH AL-BANJARI AL-MAKKI حفظه الله تعالى

Lahir: Al-Fadhil Tuan Guru Syaikh Muhammad Nuruddin bin Haji Marbu bin Abdullah Thayyib حفظه الله dilahirkan pada tanggal 1 September 1960M di sebuah desa yang bernama Harus di Amuntai, Banjarmasin, Kalimantan Selatan, Indonesia. Anak ketiga dari tujuh bersaudara. Lahir dari sebuah keluarga yang taat beragama. Bonda beliau bernama Hajjah Rahmah binti Haji Muhammad Sobri (meninggal dunia pada 1984) adalah puteri dari seorang tokoh ulama besar di Kalimantan Selatan.

Pendidikan: Beliau belajar membaca la-Quran dari nenek beliau, ibu saudara beliau (Rokiah dan Zainab) dan kakak beliau (Ruminah). Manakala perdidikan formal beliau dapati di sekolah rendah di kampung Harus. Kemudian pada tahun 1974 beliau belajar di Pondok Pesantren Normal Islam – Rasyidiah Khalidiah - . Pengajian beliau disini tidak lama seluruh keluarga beliau telah berhijrah ke tanah suci Makkah dan menetap disana.

Pada tahun itu juga (1974) beliau meneruskan pengajiannya di Madrasah Shaulathiah al-Hindiyah [sejarah penubuhan madrasah ini boleh didapati disini] sehingga tahun 1982. Selain itu beliau juga mengikuti pengajian yang diadakan umum di Masjidiharam dan juga dirumah para masyaikh.

Pada tahun 1982 beliau telah menamatkan pengajiannya dengan kepujian mumtaz (cemerlang) di Madrasah Shaulathiah. Di samping belajar, beliau juga beliau turut mencurahkan ilmunya kepada para pelajar dari Indonesia. Beliau telah mengajarkan kitab Qatrunnada, Fathul Mu'in, 'Umdatussalik, Bidayatul Hidayah dan lain-lain sebelum naik ke kelas 'Aliyah.

Beliau merupakan murid kesayangan gurunya asy-Syaikh al-‘Allamah Ismail Utsman Zain al-Yamani رحمه الله . Dan guru inilah yang banyak mewarnai dalam kehidupan beliau. Tuan guru beliau ini banyak meluangkan waktunya yang berharga untuk beliau dan sering mengajak beliau untuk menemaninya ke Madinah bagi menghadiri program agama dan juga menziarahi maqam baginda Rasulullah صلى الله عليه وآله وصحبه وسلم. Sewaktu menceritakan pada abuzahrah perihal Tuan Guru yang dikasihinya ini … beliau kelihatan sebak dan matanya kemerahan menahan sedih.

Beliau mencurahkan segala usaha dan tenaganya serta dirinya mendekati para masyaikh untuk berkhidmat dan juga membekali diri dengan ilmu daripada guru-gurunya. Pernah beliau berkata kepada abuzahrah, apa yang beliau nikmati kini adalah hasil dari keberkatan doa para masyaikh yang beliau telah berkhidmat kepada mereka. Dan kini beliau dapati pula apa yang pernah beliau berikan kepada para guru beliau dahulu.

Beliau amat gigih dalam belajar, maka tidak hairanlah kalau beliau mendapat tempat di hati para gurunya. Sebut sahaja ulama' yang ada di Mekah khususnya pasti beliau pernah berguru dengan mereka. Siapa yang tidak mengenali tokoh ulama' yang harum nama mereka disebut orang semisal Syaikh al-Allamah Hasan al-Masyath yang digelar Syaikh-ul-Ulama', Syaikh al-Allamah Muhammad Yasin al-Fadani, yang mendapat julukan Syaikhul Hadits wa Musnidud-dunya, Syaikh Ismail Usman Zin al-Yamani yang digelar al-Faqih ad-Darrakah (guru beliau ini menghafal kitab Minhajut Tholibin), Syaikh Abdul Karim Banjar, Syaikh Suhaili al-Anfanani, as-Sayyid Muhammad bin ‘Alwi al-Maliki, Syaikh Said al-Bakistani dan masih banyak lagi. Kata pepatah arab “cakap sahaja tanpa perlu khuatir”.

Kitab-kitab yang dipelajari beliau bersambung sanadnya hingga kepada pengarang, masyaAllah betapa hebat dan beruntungnya umur beliau dan segala-galanya yang diberikan oleh Allah, tidak salah kalau dikatakan ilmu beliau lebih tua dari umurnya.

Pada tahun 1983 beliau telah melanjutkan pengajiannya di Universiti al-Azhar asy-Syarif dalam bidang syariah hingga mendapat gelar sarjana muda. Kemudian beliau meneruskan lagi pengajiannya di Ma'had 'Ali Liddirasat al Islamiah di Zamalik sehingga memperolehi diploma am “Dirasat 'Ulya” pada tahun 1990. Menurut beliau, perpindahan ke Mesir ini adalah kerana beliau dan beberapa orang lagi telah dihalang untuk mengajar pengajian di Masjidilharam kerana ketiadaan tauliah. Dan sekiranya mereka berkeras, maka mereka akan di tangkap oleh pihak berkuasa Saudi. Maka pada ketika itulah guru beliau menyarankan beliau untuk ke Mesir, belajar dan mengajar.

Antara guru-gurunya ketika belajar di Mekah adalah adalah:-

• Syaikhul ‘Ulama al-‘Allamah asy-Syaikh Hasan bin Muhammad bin Abbas bin Ali bin ‘Abd al-Wahid al-Masyath رحمه الله (wafat pada hari Rabu, 7 Syawal 1399H) – Syaikh Nuruddin mengambil dari beliau secara wijadah dan munawalah kebanyakkan karangan beliau seperti Is’aaf ahl al-Iman, Is’aaf ahl Islam, Inarah ad-Duja fi Maghazi Khair al-Wara’, Tuhfah al-Sunniyah fi Ilm al-Faraid’, Nasaih Diniyyah wa Wasaya Hamah’ dan lain-lain. Syaikh Nuruddin juga sering menghadiri perhimpunan di dalam majlis-majlis yang diadakan di Ja’ranah, ‘Arafah, Tan’im dan Madinah. Syaikh Nuruddin menceritakan bahwa beliau sering bersama gurunya al-‘Allamah Syaikh Ismail Utsman Zain berziarah ke rumah al-‘Allamah Syaikh Hasan Masyath pada petang setiap hari Khamis. Mereka akan bersholat Maghrib bersama ulama tersohor ini dan tidak akan pulang melainkan setelah mendapat doa dan nasihat dari al-‘Allamah Syaikh Hasan Masyath. Dari Syaikh inilah beliau mendapat nasihat dan wasiat untuk sentiasa mengamalkan Sholawat Masyisiah.
• Al-Faqih ad-Darakah al-‘Allamah al-Jalil asy-Syaikh Ismail Utsman Zain al-Yamani al-Makki رحمه الله (wafat 20 Dhulhijjah 1414H) – Syaikh yang banyak mendidik dan mencorak Syaikh Nuruddin. Antara kitab yang dibacakan pada ulama besar ini adalah Umdah as-Salik, Tuhfah dll. Beliau juga meriwayatkan kitab Shahih al-Bukhari, Shahih Muslim, Sunan Abu Daud, Sunan at-Tirmidhi, Sunan Nasai, Sunan Ibn Majah dan lain-lain.
• Al-‘Allamah al-Jalil, al-Faqih al-Fahhamah asy-Syaikh ‘Abdullah bin Said bin Muhammad Ubadi al-Lahji رحمه الله (wafat di hospital an-Nur, Mekah, jam 10.50 hari Sabtu, 1410H) – dari ulama besar berasal dari Yaman ini, beliau belajar kitab Tafsir Ibn Katsir, Shahih Muslim, Sunan Abu Daud, al-Minhaj, Bulughul Maram, Matan Abu Syuja’, al-Idhoh, al-Qawaid al-Asasiyah dan lain-lain. Telah menjadi kebiasaan Syaikh ’Abdullah Said al-Lahji, selepas selesai pengajian akan bergaul dan beramah mesra dengan murid-muridnya. Beliau akan menceritakan kepada mereka kisah-kisah lucu dan hikayat-hikayat lama yang mana iainya memberi kesan besar ke dalam jiwa murid-murid beliau dan mereka yang mengasihi beliau.
• Syaikhul Hadits wa Musnidud Dunya al-‘Allamah asy-Syaikh Muhammad Yasin al-Fadani رحمه الله (wafat 28 Dhulqaedah 1410H) – Syaikh Nuruddin mengambil daripada beliau secara riwayat, ijazah dan wijadah dari kebanyakkan karangan, tsabat dan musalsal beliau.
• Al-‘Allamah al-Jalil asy-Syaikh as-Sayyid 'Atthas رحمه الله
• Al-Faqih al-Musyaarik asy-Syaikh al-‘Allamah Muhammad ‘Iwadh al-Yamani رحمه الله (beliau wafat ketika sedang sujud di dalam sholat) – dari ulama besar ini beliau belajar kitab Tarikh al-Adab al-‘Arabi, Shahih al-Bukhari, Umdah al-Ahkam, Muwatho Imam Malik, Misykat dan lain-lain.
• Syaikh Zakaria Bila al-Indonesia رحمه الله (wafat 1411H) – beliau mempelajari kitab Rawa`iq al-Bayan di dalam mentafsirkan ayat-ayat hukum, Fathul Mujib fi Syarh Manaasik al-Khatib, al-Halal wal Haram oleh al-Qardhawi dan lain-lain.
• Syaikh Muhammad Syibli al-Banjari رحمه الله – beliau mempelajari Matan al-Ajrumiyah, Matan Bina’, Kailani, Mutammimah, Syarh Mukhtasor Jiddan dan Syarh at-Tahrir.
• Syaikh Karim al-Banjari رحمه الله - kitab yang dipelajari dari ulama besar ini adalah Riyadhus Sholihin, Penawar Bagi Hati dan sebahagian dari kitab al-Jauhar al-Maknun (ilmu balaghah).
• Syaikh ‘Abdul Karim al-Bukhari رحمه الله - kitab sunan at-Tirmidhi sewaktu di Madrasah Shaulatiyah.
• Syaikh ‘Adnan al-Afnani al-Indonisi رحمه الله - Dari ulama ini beliau belajar kitab Jam’ul Jawami’ (ilmu ushul), asy-Syamail al-Muhammadiyah, Mabadi Ilmu Falak, Syarh as-Syansuri pada Matan Rahbiyah dan lain-lain.
• Syaikh Saifurrahman رحمه الله – tenaga pengajar di Madrasah Syaulatiyah. Beliau mempelajari darinya kitab Sunan Nasaie dan Tuhfatus Saniyah (nahwu)
• Syaikh Sahili al-Anfanani رحمه الله – Salah seorang tenaga pengajar di Madrasah Syaulatiyah. Beliau mempelajari darinya kitab Khulashah al-Kalam (ilmu faraid), ilmu hisab, ilmu handasah dan lain-lain.
• Syaikh Said al-Bakistani رحمه الله - beliau menpelajari darinya ilmu mantiq dan shorof.

Diantara ulama yang beliau mengambil manfaat dari muhadarah, nasihat, taujihad, nadwah, pengajian dan karangan mereka, adalah:

• Al-‘Alim al-‘Allamah al-Faqih al-Jalil asy-Syaikh Hasanain Muhammad Makhluf – Mantan Mufti Mesir.
• Al-‘Allamah al-Muhaddits al-Kabir asy-Syaikh Muhammad Zakaria al-Kandahlawi رحمه الله
• Asy-Syaikh al-Jalil al-‘Arifbillah al-Habib ‘Abdul Qadir bin Ahmad as-Saggaf حفظه الله
• Syaikh Muhammad Muntashir al-Kattani al-Maghribi رحمه الله. Beliau tinggal di antara Mekah dan Madinah. Kemudian pada tahun 1409 kembali ke Maghribi dan wafat di Rabat Maghribi pada waktu dhuhur, 8 Shafar 1419H
• Al-‘Allamah al-Muhaddits al-Habib as-Sayyid Muhammad bin ‘Alawi al-Hasani al-Maliki رحمه الله
• Al-‘Allamah asy-Syaikh Muhammad Makki al-Hind رحمه الله
• Syaikh Muhammad Makhluf رحمه الله
Al-‘Allamah asy-Syaikh ‘Abdullah bin Hamid رحمه الله
• Al-‘Allamah al-Kabir, ad-Da’iyah ila Islami asy-Syaikh Muhammad Mutawalli asy-Sya’rawi رحمه الله
• Al-Imam al-Akbar asy-Syaikh ‘Ali Jadul Haq رحمه الله
• Syaikh Muhammad Zaki Ibrahim رحمه الله
Al-Ustaz ad-Doktor asy-Syaikh Muhammad Tayyib an-Najjar رحمه الله
• Asy-Syaikh al-Jalil ar-Rabbani Muhammad ‘Abdul Wahid رحمه الله
• Al-‘Allamah al-Kabir asy-Syaikh Abul Hasan ‘Ali an-Nadwi رحمه الله
• Al-‘Allamah asy-Syaikh al-Faqih ‘Atiyyah Saqr رحمه الله
• Al-‘Allamah asy-Syaikh Hussin رحمه الله
• Syaikh ‘Abdul Hafidz al-Hind رحمه الله
• Al-Ustadz ad-Doktor Ahmad Umar Hasyim حفظه الله,
• Al-Ustadz ad-Doktor ‘Abdusshobur Syahin
• Al-Ustadz ad-Doktor ‘Abdul Fattah asy-Syaikh,
• Al-Ustadz ad-Doktor Nashr Farid,
• Al-‘Arifbillah asy-Syaikh Yusuf Mahyuddin al-Hasani asy-Syadhuli ad-Darqawi حفظه الله
• Al-Habib Salim bin Abdullah bin Umar asy-Syatiri حفظه الله – mendapat ijazah kitab al-Yaqutun Nafis
• Al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz حفظه الله – membaca sebahagian dari Iqtibasul Anwar Minal Ihya’ dan Kibrit Ahmar oleh al-Habib ‘Abdullah bin Abu Bakar al-Aidarus (Aidarus al-Akbar).
• Al-‘Allamah Tuan Guru Haji ‘Abdullah Lubuk Tapah رحمه الله
• Al-‘Allamah Tuan Guru Haji Hasyim حفظه الله
• Al-‘Arifbillah Pak Su Mid Bukit Tembaga حفظه الله
• Tuan Guru Baba Hussin Dala رحمه الله, dan ramai lagi.

Kitab-kitab yang dibaca bersama guru-guru beliau. Kitab-kitab yang dibaca bersama para syuyukh beliau, terlalu banyak dan diantara yang beliau ingat adalah:

♡ Ilmu fiqih: Mukhtasar Safinahtun Naja, Matan Ghayah wat Taqrib, Umdatus Saalik wa Uddatun Naasik, Minhajut Tholibin, Syatah Tahrir, Syarah Mahalli ’ala Minhaj, Syarah ibn Qasim, Tuhfatul Muhtaj, al-Majmu’, Nihayatul Muhtaj, Mughni al-Muhtaj, Asna al-Mutalib, Fathul Wahhab dan lain-lain.
♡ Bab Manasik: Matan al-Idhoh dan Fathul Mujib fi Syarh Manaasik al-Khatib.
♡ Bab Faraid: Khulashotul Kalam, Matan ar-Rahbiyah serta syarahnya dan Syarh asy-Syanshuri.
♡ Tafsir dan Ulum Tafsir: Tafsir Jalain, Tafsir ibn Katsir, Rawa`iul Bayan, Mandzumah al-Zamzami serta syarahnya, Ulumul Qur’an oleh Syaikh Ismauil Utsman Zain dan al-Itqan.
♡ Aqidah: al-Jariidah dan syarahnya, Fathul Majid oleh Syaikh Nawawi Banten, ’Aqidatul Islam oleh al-Haddad, Qawaid al-’Aqaid oleh Imam al-Ghazali dan lain-lain.
♡ Hadits: Matn al-Arbain an-Nawawiyah, Bulughul Maram, ’Umdatul Ahkam, Riyadus Sholihin, al-Adzkar an-Nawawiyah, Shahih al-Bukhari, Shahih Muslim, Sunan Abu Daud, Sunan at-Tirmidhi, Sunan an-Nasaie, Sunan Ibn Majah, Misykatul Mashobih, Muwatho Imam Malik, Mukhtasor Ibn Abi Jamrah, asy-Syamail al-Muhammadiyah oleh at-Tirmidhi, Kasyful Ghummah, al-Awail as-Sunbuliyah, Musalsalaat al-Fadani dan lain-lain.
♡ Mustholah Hadits: Matan al-Baiquniyah dan syarahnya at-Taqriiraatus Saniyah oleh Syaikh Hasan Masyath, Raf’ul Astar syarah Tholi’atul Anwar, Tadrib ar-Rawi oleh Imam as-Sayuthi, sebahagian dari Muqaddimah Ibn Sholah dan lain-lain.
♡ Tasawuf dan Suluk: Bidayatul Hidayah, Minhaajul ’Abidin, Ihya ’Ulumiddin, Mau’izatul Mu’minin, Hikam Ibn ’Athoillah, Iqadhul Himam, Risalah Mu’awanah, Nashoih ad-Diniyah wal Washoya al-Imaniyah, Risalah Qusyairiyah, al-Hadiqatul Aniiqah, Tanwirul Qulub dan sebahagian dari Lawaqihul Anwar.
♡ Ushul Fiqh dan Qawaid Fiqh: Idhoh al-Qawaid al-Fiqhiyyah, al-Madkhal ila ’Ilm al-Ushul, Syarah al-Waraqaat, Asyhbah wan Nazair dan Syarah Jam’i al-Jawami’
♡ Nahwu dan Shorof: Matan al-Aajurumiah, Syarah Mukhtasor Jiddin, at-Tuhfatus Saniyah, Mutammimah, Qatrul Nada, Syarah Ibn ’Aqil, Syarah Asymuni, al-Qawaid al-Asasiyah, Is’afut Thullab syarah Nazam Qaqaid al-I’rab, Matan Bina, Kalilani dan Matan Maqsud.
Balaghah dan Mantiq: al-Balaghah al-Waadhihah, sebahagian dari al-Jauharul Maknun, Matan Isaghuji dan lain-lain.

InsyaAllah akan bersambung bahagian berikutnya ...............

via ustaz Abu Zahrah Abdullah Thohir

KENAPA PERLU BERMAZHAB?

KENAPA PERLU BERMAZHAB?

Oleh :  Ustaz Mohd Khafidz bin Soroni

1. Kita perlu bersyukur kerana hidup sebagai muslim. Namun, untuk menjadi muslim yang terbaik tidak cukup hanya membaca sendiri al-Quran dan hadis serta memahaminya dengan akal fikiran sendiri semata-mata, tanpa ada sebarang disiplin, kaedah atau garis panduan yang muktabar serta guru mursyid yang boleh memberi tunjuk ajar. Bukannya sedikit muslim yang telah tergelincir dalam usaha memahami ilmu agamanya dek kerana mainan akal, hawa nafsu serta tipu daya Iblis dan syaitan. Ini kerana mereka cuba memahaminya tanpa sebarang disiplin dan kaedah yang muktabar serta guru yang mursyid.

2. Selain teks al-Quran dan hadis yang bersifat jelas dan tetap maknanya, ada teks al-Quran dan hadis yang bersifat samar dan makna berlapis. Justeru, ia memerlukan kaedah yang terbaik untuk memahaminya. Memilih yang terbaik tentu bukan suatu kerja yang mudah. Bagi mendapatkan kefahaman yang terbaik, tugas sukar ini telah dipikul oleh imam-imam mujtahid di kalangan para Salaf dahulu. Mereka telah mengusahakannya dengan kesungguhan dan kemampuan ilmu yang tiada tolok bandingnya pada zaman sekarang, selain mempunyai sifat soleh, warak, kuat beribadah, takwa dan zuhud yang cukup tinggi. Pada hari ini, kita sebenarnya hanya mewarisi dan menikmati hasil usaha daripada mereka sahaja.

3. Bagaimanapun, hasil usaha (ijtihad) yang digembengkan oleh mereka itu tidak keseluruhannya sama dan mempunyai berbagai variasi, yang kita kenalinya sebagai ‘mazhab’. Namun, perselisihan antara mereka berjalan dengan penuh adab dan harmoni di atas dasar: “Pandangan kami benar, namun boleh jadi salah. Pandangan yang lain salah, namun boleh jadi benar”. Ia juga berdasarkan konsep; yang benar mendapat dua pahala dan yang salah tetap mendapat satu pahala.

4. Terdapat sejumlah tokoh mujtahid Salaf yang masyhur dan terkenal, antara mereka ialah:
1. Imam Sufyan bin ‘Uyainah (198) di Makkah
2. Imam Sa‘id bin al-Musayyib (94) di Madinah
3. Imam Malik bin Anas (179) di Madinah
4. Imam as-Syafi’i (204) di Mesir
5. Imam al-Laith bin Sa’ad (175) di Mesir
6. Imam al-Hasan al-Basri (110) di Basrah
7. Imam Sufyan at-Thauri (161) di Kufah
8. Imam Abu Hanifah (150) di Kufah
9. Imam Ibn Abi Laila (148) di Kufah
10. Imam Syuraik al-Qadhi (177) di Kufah
11. Imam Ibn Syubrumah (144) di Kufah
12. Imam Ahmad bin Hanbal (241) di Baghdad
13. Imam Abu Thaur (240) di Baghdad
14. Imam Dawud az-Zahiri (270) di Baghdad
15. Imam Ibnu Jarir at-Tabari (310) di Baghdad
16. Imam Ishaq bin Rahawaih (238) di Naisabur
17. Imam al-Auza’i (157) di Syam.
18. Imam Ibn al-Mubarak (181) di Khurasan.

5. Boleh dikatakan selepas kurun ketiga hijrah, hampir semua para ulama yang datang kemudian hanya bermazhab dengan mazhab imam-imam mujtahid tersebut. Ini kerana kemampuan yang makin berkurangan di kalangan para ahli ilmu, selain kejelasan usul mazhab yang telah disusun oleh imam-imam tersebut, serta faktor-faktor lainnya.

6. Bermazhab bermaksud memilih keputusan dan kefahaman terbaik dalam isu-isu atau hukum-hukum furu‘ (cabang) berdasarkan dalil-dalilnya yg berbentuk zanni, terutama al-Quran dan sunnah, serta melalui kaedah-kaedah pendalilan yang terbaik menurut pandangan ijtihad mereka. Jika bukan kerana tujuan ini, maka tidak ada maknanya bermazhab. Hukum-hakam yang sudah jelas dan berbentuk qat’i tidak termasuk dalam persoalan bermazhab, seperti hukum berwuduk, bilangan waktu solat, bilangan rakaat solat, wajib bertaubat, haram mencuri dan seumpamanya. 

7. Dengan bermazhab menatijahkan pilihan terbaik menurut pandangan ijtihad masing-masing dalam memahami ajaran syariat Islam, di dalam rangka beribadat mendekatkan diri kepada Allah SWT dan cara hidup beragama yang mampu meraih keredhaan-Nya di dunia mahu pun di akhirat. Mazhab pada hakikatnya adalah hasil penelitian secara mendalam yang dilakukan oleh para imam mujtahid untuk mengetahui kehendak sebenar dan batasan syarak yang terdapat di dalam al-Quran dan hadis. Ringkasnya, bermazhab adalah memilih kefahaman terbaik yang selari dengan tuntutan al-Quran dan hadis, selain memelihara diri umat Islam agar tidak terkeluar daripada lingkungan syarak.

8. Namun, kebanyakan mazhab yang disebut tadi telah pun pupus kerana tidak dipelihara, ditahkik dan dibukukan oleh pengikut-pengikut mereka kecuali 4 mazhab sahaja, iaitu mazhab Imam Abu Hanifah (Hanafi), mazhab Imam Malik bin Anas (Maliki), mazhab Imam as-Syafi’i (Syafi’i) dan mazhab Imam Ahmad bin Hanbal (Hanbali). Hanya empat mazhab ini yang diwarisi secara bersanad, dikemaskini, dibuat redaksi, diperinci, ditahkik dan diberi khidmat oleh para alim ulama. Adapun yang lainnya tidak sedemikian, meskipun pandangan-pandangan mereka ada direkodkan di mana-mana, namun ia tidaklah lengkap, terputus sanad, ada kemungkinan mereka menarik balik pandangan dan adakalanya tidak diketahui wajah-wajah pendalilannya. Faktor-faktor sebegini menjadikan ia kurang dapat dipercayai dan diyakini, berbeza dengan 4 mazhab tadi.   

9. Oleh kerana dalam soal beragama perlu kepada pandangan yang jiwa kita berasa berpuas hati, yakin dan tenang menerimanya, maka ciri-ciri ini secara umum wujud pada keempat-empat mazhab muktabar tersebut, yang cukup teliti dan lengkap metodologinya dengan usul, kaedah istinbat dan susunan hukum fiqh yang sistematik berdasarkan inti pati al-Quran dan sunnah. Hal ini menjadikan hukum-hakam daripada empat mazhab ini dapat dipertanggungjawabkan secara ilmiah. Kerana itu, ia kekal, bersambung turun temurun setiap generasi dan berkembang sehingga kini.

10. Pada zaman ini, mereka yang anti-mazhab, atau tidak mahu bermazhab dengan keempat-empat mazhab ini dengan dakwaan mahu terus merujuk kepada al-Quran dan sunnah sebenarnya turut ‘bermazhab’ juga tanpa sedar. Ini kerana pandangan-pandangan yang dipilih dan didakwa sebagai kuat oleh mereka sebenarnya adalah kefahaman campuran yang datang daripada salah satu mazhab yang empat itu jua. Hakikatnya mereka juga bermazhab dengan mazhab ulama yang menjadi ikutan mereka. Yang anehnya, dalam banyak isu mereka juga tidak sepakat dalam menentukan pandangan-pandangan yang perlu dipilih dan didakwa sebagai kuat atau sunnah hingga berlaku banyak perselisihan antara mereka. Ia mungkin disebabkan usul mazhab mereka yang agak celaru dan tidak jelas. Ada juga pandangan mereka yang sangat jauh tersasar daripada roh sunnah, seperti gemar membidaahkan dan mensyirikkan orang lain. Barangkali kerana ‘mazhab baru’ mereka belum dikemaskini, dibuat redaksi dan diberi khidmat dengan begitu cermat dan teliti.  

11. Secara analogi, jika anda diberi pilihan antara pokok yang sudah besar teguh, sudah pasti subur dan sentiasa berbuah lebat dengan pokok yang masih kecil muda, serta belum pasti subur dan hasil buahnya. Mana satukah yang anda akan pilih??

12. Mazhab Syafii misalnya, selain mempunyai metodologi usul, kaedah dan susunan hukum fiqh yang cukup sistematik dan lengkap, juga mempunyai tokoh2 besar yg cukup handal, namun mereka masih tetap bermazhab, seperti al-Baihaqi, al-Hakim an-Naisaburi, al-Khatib al-Baghdadi, Imam al-Haramain al-Juwaini, al-Ghazali, al-Baghawi, Qadhi Husain, ar-Rafi‘i, an-Nawawi, ‘Izzuddin bin ‘Abd as-Salam, Fakhruddin ar-Razi, Ibnu as-Solah, az-Zarkasyi, al-Bulqini, as-Subki, Ibnu Daqiq al-‘Id, az-Zahabi, Ibnu Kathir, al-‘Iraqi, Ibnu Hajar al-Haitami, al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani, as-Suyuti, Syeikhul Islam Zakaria al-Ansari, as-Sya‘rani, ar-Ramli, al-Bajuri dan lain-lain. Jika dibandingkan keadaan kita dengan para ulama besar tersebut, layakkah kita untuk tidak bermazhab, ditambah dengan sifat warak, ikhlas, takwa, zuhud dan adab kita yang sangat jauh kurangnya berbanding dengan mereka? Haihat...!

13. Jumlah keseluruhan kitab-kitab fiqh mazhab Syafii sama ada yang besar atau kecil amat banyak sekali untuk dihitung. Terdapat lebih 700 buah kitab yang telah disusun, sebagaimana yang disenaraikan oleh Syeikh Muhammad Nuruddin al-Makki di dalam kitabnya Asma’ al-Kutub al-Fiqhiyyah li-Sadatina al-A’immah as-Syafi’iyyah. Jika diteliti dengan lebih lanjut, mungkin jumlahnya kini lebih besar daripada angka tersebut.

14. Walaupun mungkin ada terdapat perbezaan pandangan antara pengarang-pemgarang kitab tersebut, namun kesemua mereka berjalan di atas usul mazhab Syafii. Semua isu baru atau semasa akan dirujukkan kepada usul dan kaedah mazhab, maka tidak menjadi permasalahan jika ijtihad yang dikeluarkan mungkin bertentangan secara zahir dengan fatwa Imam as-Syafii sendiri. Ini membuktikan mereka bukan bertaklid buta kepada Imam as-Syafii dan bersifat rigid, sebagaimana yang cuba ‘dipaksakan’ demikian oleh sesetengah orang yang jahil terhadap mereka yang bermazhab Syafii. Malah, terdapat tingkatan-tingkatan ijtihad yang berbeza di kalangan ulama mazhab Syafii yang menjadikan mereka sama ada mujtahid mazhab, mujtahid tarjih atau mujtahid fatwa. Perlu diketahui, berijtihad di dalam ruang lingkup usul mazhab Syafii masih tetap menjadikan mereka bermazhab Syafii, bukannya sepertimana yang didakwa oleh si fulan tersebut.

Wallahu a‘lam.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=798133593687282&id=558058371028140

Jawaban abu nawas kpd Wahabi

*Wahabi 1 : Jangan melakukan suatu ibadah yang tidak ada contoh dari Rasulullah saw*

Abu Nawas : Kalu gitu mulai sekarang kamu jangan dengar kutbah jum'at yang menggunakan Bahasa Melayu

*Wahabi 2 : Semua amalan itu tertolak tidak jika tidak ada contohnya dari Rasulullah*

Abu Nawas : Kalu gitu mulai sekarang kamu jangan lakukan shalat tarawih sebulan penuh di mesjid

*Wahabi 3 : Islam itu sudah sempurna tak perlu di tambah tambah lagi*

Abu Nawas : Kalu gitu tak usah banyak cakap, Islam kan sudah sempurna tak perlu lagi di tambah tambah ajaran aneh wahabi, yang tidak pernah ada nash larangannya jangan kamu haramkan.

*Wahabi 4 : Kubah kuburan wali harus di robohkan karena berpotensi syirik di sembah sembah*

Abu Nawas : Kenapa hanya kubah kuburan saja yang di robohkan, tebang je semua pokok didunia ni, ratakan semua gunung, gua, laut, semuanya juga berpotensi syirik.

*Wahabi 5 : Tassawuf itu ajaran baru karena tidak ada riwayat Rasulullah pernah menyebut sufi*

Abu Nawas : kalu gitu tidak usah belajar hadis karena Rasulullah pun tidak pernah menyebut istilah muhaddits, shahih, dhoif dan sebagainya. Bahkan nabi tak pernah mendhoifkan hadis. Nabi juga tak pernah tanya mana sanadnya pada malaikat jibrail.

*Wahabi 6 : Jangan percaya kepada ulama percayalah kepada Rasulullah saja, ulama tidak ada yang maksum yang maksum hanya Rasulullah*

Abu Nawas : Kalau begitu kamu tidak usah pakai hadis karena semua hadis di riwayatkan oleh para ulama, semua kitab juga di tulis Ulama karena Rasulullah tidak pernah menulis kitab apapun

*Wahabi 7 : Maulid itu bid'ah tidak boleh di lakukan, tidak ada contohnya dari Rasul*

Abu Nawas : Kalau gitu jika besok anak kamu lahir kamu tidak boleh tersenyum, gembira, mengucapkan alhamdulillah, dll karena itu juga merupakan bahagian dari perayaan kelahiran

*Wahabi 8 : Selawat semasa Taraweh Bidaah dan x buat di negara lain*

Abu Nawas : Kalau gitu kamu pindah ke Perlis sekarang juga..

*Wahabi 9 : Aqidah Asy'ariyyah itu sesat*

Abu Nawas : Kalau gitu tidak usah pakai kitab Ibnu Hajar Al Asqalani, kitab imam nawawi, dan lain - lain mereka semua Asy'ariyyah

*Wahabi 10 : Imam Syafii itu tidak maksum*

Abu Nawas : Apa lagi kamu..

*Wahabi semua serentak: dasar ahlul bid'ah..bid'ah bid'ah bid'ah..... Khurafat.. Ahli neraka*

Abu Nawas : Yang suka teriak sate sate sate biasanya tukang sate, yang suka teriak burger burger biasanya penjual burger, yang suka teriak lelong lelong biasanya tukang lelong.. bererti yang suka teriak bid'ah bid'ah bid'ah adalah ???

Abu Nawas Al majdub

Pencerahaan Ulama Hadith Malaysia ,Maulana Husien berkenaan kepada ahli Hadith palsu namun merasa lebih pandai daripada Ulama' silam Mu'tabar

Pencerahaan Ulama Hadith Malaysia ,Maulana Husien berkenaan kepada ahli Hadith palsu namun merasa lebih pandai daripada Ulama' silam Mu'tabar,

-Catatan penting pengajian minggu ini bersama Maulana Hussein Abdul Qadir Yusufi-

1.Zaman sekarang orang2 yang mengaku Ahli Hadis tidak mahu mengikut mazhab yang empat. Kerana kata mereka: Imam 2 ini tidak maksum. Jadi kami berpegang terus dengan AlQuran dan Sunnah. Sebenarnya mereka terlupa Pakar Hadis terdahulu yang jauh lebih hebat didalam memahami Hadis daripada mereka.Pun turut berpegang dengan mazhab yang empat ini. Hinggakan sebahagian mereka telah sampai ke tahap Alhafiz. Iaitu (100 Ribu Hadis beserta sanad di dalam dada) Contohnya  Al-Hafidz Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani adalah bermazhab Syafie (beliau adalah Amirul Mukminin Filhadis) Begitulah Ulama2 Hadis yang lain termasuk Imam Al-Nawawi bermazhab Syafie, Imam Badruddin Aini bermazhab Hanafi, Al-Allamah Ibn Arabi bermazhab Maliki, dan ramai lagi.Mereka ini mensyarahkan kitab2 hadis hingga berjilid2 banyaknya.

2.Mereka yang mengaku Ahli Hadis ini mencari riwayat Hadis dari Imam 4 mazhab tetapi mereka tidak jumpa.Terus  mereka berkata bahawa Imam Syafie dan Imam Abu Hanifah tidak pandai Hadis dan lain2. Sebenarnya mereka tidak tahu bahawa Para Imam ini sebok dengan Ijtihad daripada Hadis untuk istimbat hukum-hakam, kerana itu mereka kurang meriwayatkan Hadis. Tetapi yang meriwayatkan Hadis2 tersebut adalah murid2 mereka. Kerana Para Imam Sunan Sittah kesemuanya adalah anak murid kepada Imam Ahmad bin Hanbal.Imam Ahmad pula adalah anak murid Imam Syafie. Imam Syafie gurunya adalah Imam Malik dan Imam Muhammad bin Hasan Al-Syaibani. Muhammad bin Hasan AlSyaibani adalah murid Imam Abu Hanifah. Dengan erti kata lain mereka bukanlah asing.Bahkan satu jalur jua.

3.Mereka yang mengaku Ahli Hadis ini juga selalu berkata bahawa Imam Syafie tidak jumpa Hadis itu dan ini. Sebenarnya mereka tidak tahu yang Imam Syafie juga pakar Hadis. Cuma Hadis tersebut adalah marjuh di sisi Imam Syafie, dan telah di rajihkan oleh Hadis yang lain.

4. Sikap golongan yang mengaku Ahli Hadis sekarang menolak mentah2 hadis2 yang perawinya lemah  ingatan, katanya kerana Hadis darinya boleh menjadi Dhaif. Tetapi tidak sebegitu pegangan Muhaddis terdahulu. Mereka menerima juga Hadis yang datang dari perawi yang lemah, Kerana Imam Jarah Watta'dil Imam Yahya bin Said AlQattan berkata: Sekiranya nak cari perawi yang bersih daripada kakurangan di dalam ingatan dan sebagainya, tentulah kita akan mendapati hanya didalam bilangan 3 atau 5 orang sahaja. Kerana itu para Muhaddisin terdahulu tidak begitu mudah menolak Hadis yang di riwayatkan oleh seseorang perawi sekalipun lemah ingatan. Kerana mereka sangat beradab dengan Hadis tersebut sekalipun Dhaif,kerana yang demikian itu juga adalah perkataan dari Baginda Nabi Muhammad S.A W. Jadi janganlah mudah-mudah kita menolaknya. Beradablah wahai saudaraku.

4.Muhaddisin telah sepakat bahawa Hadis yang di dalam Sunan Sittah telah di selidik oleh Pemilik-pemiliknya yang tinggi keilmuan mereka. Tidak perlu kita untuk tunjuk pandai mengkaji semula. Pernah Imam Hadis yang gemar memaudhu'kan Hadis2 Hasan dan Dhaif, iaitu Imam Ibnu Jauzi berkata, bahawa didalam Sunan Tirmizi ada 17 Hadis Maudhu. Kemudian datang AlHafiz Ibnu Hajar Al-Asqalani menafikan kesemua itu. Beserta mendatangkan dalil.

5.Orang-orang yang mengaku Ahli Hadis sekarang lebih gemar berpegang dengan padangan Ulama2 Hadis yang Mutasyaddidin seperti Imam Ibnu Jauzi, Imam Ibnu Qayyim,dan sebagainya yang gemar memaudhu'kan Hadis2 yang Hasan dan Dhaif.Kerana  begitu banyak Hadis2 Hassan dan Dhaif yang telah Dimaudhukan oleh Ulama2 Mutasyaddidin ini. Sehinggakan Kitab Saheh Bukhari juga tidak terlepas. Jadi hendaklah kita berpegang dengan Ulama yang Mu'tadilin, takut dengan mudah menafikan perkataan Nabi,sekalipun sebenarnya kita mengetahui bahawa itu adalah daripada perkataan Baginda Nabi Muhammad S.A.W.

Catatan oleh:
Al-Faqir Amidi.
14/6/2016.

Monday, June 19, 2017

PETIKAN KULIAH HADIS MAUDHU' oleh MAULANA HUSSEIN ABDUL KADIR.*

*PETIKAN KULIAH HADIS MAUDHU'  oleh MAULANA HUSSEIN ABDUL KADIR.*

1. Imam-imam mazhab menerima hadis-hadis dari sahabat dan tabiin dan mengkaji halus setiap hadis untuk diterima hujahnya dan buat hukum feqah untuk kita beramal.

2. Justeru amalan berterusan dari imam mazhab tersebut diamalkan kita sampai hari ini.

3. Pengikut imam mazhab yang empat tadi juga adalah alim dalam ilmu hadis seperti Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-'Asqalani yang mensyarahkan Sahih Bukhari iaitu Fathul Bari bermazhab syafie. Juga Imam Badrudin 'Aini yang mensyarahkan sahih bukhari Umdatul Qari juga ikut Ijtihad Imam Abu Hanifah. Mereka ini orang-orang hebat yang ikut Imam Mazhab.

4. Pengikut Imam Mazhab juga alim besar dan ada yang mencapai tahap mujtahid juga seperti anak murid Imam Syafie seperti Imam Muzani.

5. Sekarang ada yang pelik ialah munculnya golongan yang sebut hanya nak amal Quran dan Sunnah namun mengambil nas hujjah dari Imam yang keras dalam penilaian hadis. Seperti Imam Ibnul Jauzi, Ibnu Hibban, Ibnu Taymiyah, Ibnu Qayyim, Imam Jauzaqani yang dianggap sekumpulan muhaddisin yang keras dalam penilaian hadis.

6. Sedangkan ada ulamak hadis yang sederhana dan adil dalam penilaian seperti Imam Ibnu Hajar dan Imam Zakaria Al-Ansari.

7. Ada hadis yang mencapai hasan dan dhaif yang sah disisi muhaddisin muktadil dianggap oleh puak-puak tertentu sebagai hadis maudhuk pada penilaian ulamak yang keras (Mutasyaddid) lalu menghukum amalan tersebut salah dan menyalahkan amalan masyarakat.

8. Jika benar nak amal Quran dan Sunnah, ikhlas nak mengajar hadis mesti bawa keseluruhan disiplin ilmu hadis dan bawa akhlak Rasulullah SAW. Pastikan hadis yang nak dimaudhu'kan itu adakah ia dimaudhu'kan oleh jumhur muhaddisin atau tidak. Atau ia hanya dimaudhu'kan oleh hanya beberapa muhaddis sahaja.

9. Jika hadis itu disepakati muhaddisin sebagai maudhu' maka xsalah menyebarkan kepalsuannya bahkan sepatutnya kita bagitahu ia palsu. Namun jika status maudhu'nya masih khilaf, kita jgn cepat sangat sebar kepada masyarakat.

10. Cth hadis الموت كفارة لكل مسلم . Imam Ibnul Jauzi dan Saghani kata hadis ni maudhu'. Sedangkan Ibnu Al-'Arabi menegaskan hadis ini sahih. al-'Iraqi kata riwayat ni datang dengan banyak jalur riwayat yang membawanya sampai darjat hasan. al-Hafiz Al-Iraqi menghafaz 100 ribu hadis berserta sanad dan dianggap ulamak hadis yang bersikap sederhana.  Kata Ibn Hajar, hadis ini xbermaksud mati itu hapus segala dosa muslim, namun ia penghapusan dosa sekadar yang dikehendaki oleh Allah Taala sahaja. Maka ia xbercanggah dengan nas.(Al-Fawaid Al-Majmu'ah Lis Syaukani)

11. Hari ni golongan yang cepat menyalahkan sesuatu kitab sedangkan mereka pun gagal nak buat dan tulis satu kitab setanding kitab yang dipersalahkan. Cth salahkan Fadhail Amal xboleh baca. Walhal Maulana Zakariya Kandahlawi yang mencapai gelaran syeikhul hadis dan ra'isul muhaddithin bahkan mengarang pelbagai kitab antaranya Kanzul Mutawari syarah sahih bukhari dengan puluhan jilid satu tajuk menulisnya. Jika sekadar ada hadith dhaif dan kesilapan lalu dihentam, maka kitab mana lagi yang hendak dibaca. Kitab sunan juga ada hadith dhaif. Bahkan kitab sehebat bukhari xlepas dari kritikan oleh ulamak beraliran keras seperti ibnul jauzi yang mengatakan hadis didalam sahih bukhari sebagai dhaif. Bahkan ibnul jauzi menyebut imam tirmidzi muatkan 17 hadis maudhuk dalam kitabnya. Namun Ibnu Hajar jawab balik dengan menghukumnya hasan dan dhaif.

12. Jika fuqaha muhaddisin dan muhaddisin muktadil dahulu dah amal, apa lagi yang kita nak susah pertikaikan. Kerana mereka sudah menilai dengan ilmu yang mencukupi dengan syaratnya. Namun kita pula sibuk-sibuk cungkil semula sedangkan syarat ilmu xcukup. Sebagai cth hanya membawa 1 pandangan dan aliran pandangan walhal meninggalkan pembelaan ulamak seperti Al-Hafiz Ibnu Hajar.

13. Ulamak-ulamak dahulu memudahkan penyampaian kepada masyarakat mengamalkan sesuatu hadis dengan diringkaskan penyampaian. Kerana mereka memahami setakat mana kemampuan masyarakat dalam menyerap ilmu. Hal ini bukan bermakna ulamak-ulamak seperti ulamak alam melayu dulu jahil dibidang hadis. Namun mereka sebenarnya bijak dalam taklim.

14. Akhirnya sebagai awam rujuklah pakar - pakar ilmu dan luaskanlah pengajian. Semoga Allah memberkati kesungguhan kita mencari ilmu.

Wallahu A'lam semoga Allah tetapkan kita dalam kebenaran Ilmu.

Petikan ringkas dari Kuliah Subuh Maulana Hussein Abdul Kadir Yusufi berkenaan Hadis Maudhu' di Masjid Nurul Hidayah Kg Bangka-Bangka Sabah. Catatan dari Al-Faqir Mudir MTDHS.

Sunday, June 18, 2017

Alangkah buruk akhlak orang itu dan baiknya kalau dia seperti aku.

Suatu hari di tepi sungai Dajlah, Hasan al-Basri melihat seorang pemuda duduk berdua-duaan dengan seorang perempuan.
Di sisi mereka terletak sebotol arak.

Kemudian Hasan berbisik dalam hati,
"Alangkah buruk akhlak orang itu dan baiknya kalau dia seperti aku!".

Tiba-tiba Hasan melihat sebuah perahu di tepi sungai yang sedang tenggelam.
Lelaki yang duduk di tepi sungai tadi terus terjun untuk menolong penumpang perahu yang hampir lemas.

Enam dari tujuh penumpang itu berhasil diselamatkan.

Kemudian dia berpaling ke arah Hasan al-Basri dan berkata,
"Jika engkau memang lebih mulia daripada saya,
maka dengan nama Allah selamatkan seorang lagi yang belum sempat saya tolong.
Engkau diminta untuk menyelamatkan satu orang saja, sedang saya telah menyelamatkan enam orang".

Bagaimanapun Hasan al-Basri gagal menyelamatkan yang seorang itu. Maka lelaki itu berkata padanya,

*"Tuan, sebenarnya perempuan yang duduk di samping saya ini adalah ibu saya sendiri, sedangkan botol itu hanya berisi air biasa, bukan anggur atau arak".*
·
Hasan  terpegun lalu berkata,
"Kalau begitu, sebagaimana engkau telah menyelamatkan enam orang tadi dari bahaya tenggelam ke dalam sungai, maka selamatkanlah saya dari tenggelam dalam kebanggaan dan kesombongan"

Lelaki itu menjawab,
"Mudah-mudahan
Allah mengabulkan permohonan tuan"

Semenjak itu, Hasan al-Basri semakin dan selalu merendahkan hati
bahkan ia menganggap dirinya sebagai makhluk yang tidak lebih daripada orang lain.

Jika Allah membukakan pintu solat tahajud untuk kita,
janganlah lantas kita memandang rendah saudara seiman yang sedang tertidur nyenyak.

Jika Allah membukakan pintu puasa sunat,
janganlah lantas kita memandang rendah saudara seiman yang tidak ikut berpuasa sunat.

Boleh jadi orang yang gemar tidur dan jarang melakukan puasa sunat itu lebih dekat dengan Allah,
daripada diri kita.

Ilmu Allah  amatlah luas.

Jangan pernah taksub & sombong pada amalanmu.

Saudaraku
molek cerita ni
Ia boleh jadi Pengubat Jiwa agar kita terhindar dari
sifat mazmumah.

Walau sehebat mana diri kita
jgn prnah brkata
"Aku lebih baik drpd kalian"

YANG..

Yang singkat itu - "waktu"

Yang menipu itu - "dunia"

Yang dekat itu - "kematian"

Yang besar itu - "hawa nafsu"

Yang berat itu - "amanah"

Yang sulit itu - "ikhlas"

Yang mudah itu - "berbuat dosa"

Yang susah itu - "sabar"

Yang lupa itu - "bersyukur"

Yang membakar amal itu - "mengumpat"

Yang ke neraka itu - "lidah"

Yang berharga itu - "iman"

Yang mententeramkan hati itu - "teman sejati"

Yang ditunggu Allah S.w.t itu -"taubat"

(Imam Al Ghazali)

Beza orang dulu dan sekarang

Orang dulu kuat beramal
Orang sekarang takut bid'ah amal..

Orang dulu mengaji nak beramal
Orang sekarang mengaji nak buat jidal..

Orang dulu tiada sijil tinggi tapi adab ulama' mereka cermati
Orang sekarang mengaji sampai PHd tapi ulama' dia caci

Orang dulu zikir tidak lekang
Orang sekarang bid'ah memanjang..

Orang dulu mengaji lama, 20 tahun tegal biasa
Orang sekarang umur muda, cakap besar mendabik dada..

Saturday, June 17, 2017

Dzikir itu menghasilkan sebuah cahaya dalam hati.

[Cahaya dari Cahaya]

Dzikir itu menghasilkan sebuah cahaya dalam hati.

Terkadang tatkala berdzikir terdapat rasa panas yg dihasilkan oleh sebab darah yg dimasak dan dibersihkan.

Tatkala sudah bersih, maka dengan mudah cahaya tersebut masuk dan bersemayam ke dalam hati.

(Al Habib Abu Bakar bin Muhammad Assegaf)

Kitalah yang layak disebut buruk sebab kita gemar sekali menghabiskan waktu untuk menilai orang lain

Orang Banyak Ibadah Berakhlak Buruk Dan Tak Beribadah Berakhlak Baik:
YANG MANA BAIK???

"Wahai Syeikh, manakah yang lebih baik, seorang Muslim yang banyak ibadahnya tetapi akhlaknya buruk atau pun seorang yang tak beribadah tapi amat baik perangainya pada sesama manusia..?" tanya seorang pemuda.

"SubhanAllah, keduanya baik..!" Jawab Tuan Syeikh sambil tersenyum.

"Mengapa boleh begitu Tuan?" Soal balik si pemuda itu.

"Kerana orang yang tekun beribadah itu boleh jadi kelak akan dibimbing Allah untuk berakhlaj mulia bersebab ibadahnya. Dan kerana orang yang baik perilakunya itu boleh jadi kelak akan dibimbing Allah untuk semakin taat kepadaNya."

"Jadi siapa yang lebih buruk Syeikh?", desak pemuda itu dengan kehairanan.

Tiba-tiba airmata mengalir di pipi Tuan Syeikh. "Kitalah Anakku", ujar beliau.

"Kitalah yang layak disebut buruk sebab kita gemar sekali menghabiskan waktu untuk menilai orang lain dan melupakan diri kita sendiri..!"

Lalu beliau terisak-isak dan berkata, "Padahal kita akan dihadapkan pada Allah dan ditanya tentang diri kita, bukan tentang orang lain..!"

Bolehkah membayar zakat fitrah dengan uang?

Mbah.. Kalau ada yang nanya : Bolehkah membayar zakat fitrah dengan uang?

Jawab aja mbah : Konon menurut Jumhur 'Ulama dari 3 madzhab (Malikiyyah, Syafi'iyyah, Hanabilah) tidak boleh membayar zakat fitrah dengan uang. Sementara menurut madzhab Hanafiyyah boleh.

Di antara 'Ulama yang membolehkan membayar zakat fitrah memakai uang adalah Mbah Syaikh Ahmad Al-Ghumariy -rohimahullohu ta'aala- sebagaimana paparan beliau di kitabnya yang bisa disruput di sini :

http://ia800802.us.archive.org/15/items/Tahqeeq-alamal/Tahqeeq-alamal.pdf

Wednesday, June 14, 2017

“Pergaulilah seluruh manusia dengan akhlak yang baik

Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Pergaulilah seluruh manusia dengan akhlak yang baik. Jika kalian meninggal dunia, maka mereka akan memohonkan rahmat untuk kalian. Dan, bila kalian hidup, maka mereka senantiasa akan merindukan kalian.” (HR Ahmad)

Tuesday, June 13, 2017

Benarkah Sayyiduna Abdullah Ibnu Umar رضي الله عنهما و سلام الله عليهما Melarang Selawat Selepas Mengucapkan Hamdalah

Mohammad Faeez Harith Al-Bakkaniy
6 hrs
Benarkah Sayyiduna Abdullah Ibnu Umar رضي الله عنهما و سلام الله عليهما Melarang Selawat Selepas Mengucapkan Hamdalah Ketika Bersin, dan Apakah Riwayat Ini Boleh Dijadikan Dalil Melarang Selawat Ketika Tarawih?
بسم الله ، والحمدلله، والصلاة والسلام على رسول الله،
أما بعد
Dr. "You-Know-Who" rujuk hadith mawquf riwayat Sayyiduna 'Abdullah ibnu 'Umar رضي الله عنهما و سلام الله عليهما konon, beliau melarang penambahan selawat dalam ucapan Hamdalah, yang Dr ini gunakan sebagai istidlal melarang bacaan selawat antara tarawih.
Benarkah qiyas beliau itu?
Kita bersangka baik,mungkin beliau terlupa tentang hadith yang diriwayatkan oleh Imam Al Baihaqi رحمه الله رحمة واسعة dalam Syua'bul Iman itu,juga dikeluarkan oleh Imam At Tirmidzi رحمه الله رحمة واسعة dan beliau mengomentari hadith ini dengan berkata ;
"(Isnadnya) Gharib.Tidak kami ketahui (adanya hadith ini) kecuali dari riwayat Ziyad bin Ar Rabi'"
Ini seperti yang didatangkan oleh Amirul Mu'minin fil Hadith, Imam Ibn Hajar Al Asqalani Asy Syafi‘iy Al Asy'ariy رحمه الله رحمة واسعة dalam Fathul Bari beliau,kemudian beliau memberi komentar, bahawa Ziyad bin Ar Rabi' seorang yang Saduq.
Namun sebelum menyebutkan riwayat yang dikomentar oleh Imam At Tirmidzi itu,beliau juga membawakan sebuah lagi riwayat lain yang didatangkan oleh Imam Al Baihaqi dari Imam Ad-Dahhak رحمه الله رحمة واسعة;
(Telah bersin seorang lelaki di samping Sayyiduna Abdullah Ibn 'Umar رضي الله عنهما dan dia mengucapkan الحمد لله رب العالمين. Maka berkatalah Sayyiduna Ibn Umar, kalaulah engkau melengkapkannya dengan berkata والسلام على رسول الله صلى الله عليه وسلم (tentulah lebih baik) )
Kemudian Imam Ibnu Hajar membawakan komentar Imam Ibn 'Adiy رحمه الله رحمة واسعة terhadap kedua-dua riwayat ini;
"Dan tidaklah aku melihat perkara ini(iaitu penambahan selawat pada hamdalah),melainkan tidak apa-apa(tidak salah) dan telah merajihkan (menguatkan) (Imam) Al Baihaqi apa yang didatangkan terlebih dahulu dari riwayat Ziyad (iaitu riwayat dari Imam Ad-Dahhak yang menunjukkan Sayyiduna Abdullah ibn Umar رضي الله عنهما menyuruh agar ditambahkan selawat pada hamdalah) والله أعلم.
Terbuktilah qiyas Dr You-Know-Who dalam isu larangan selawat selepas hamdalah ketika bersin untuk melarang selawat antara tarawih bukan sahaja batil,bahkan bersandar kepada riwayat yang didhaifkan oleh pemilik riwayat sendiri!
Rujukan:
Fath Al Bari bi Syarh Sahih Al Bukhari,Imam Ahmad bin 'Ali Ibn Hajar Al Asqalani Asy Syafi‘iy Al Asy'ariy رحمه الله رحمة واسعة, Jilid 10,mukasurat 626 cetakan Dar Ar Rayyan, juga pada jilid 10 mukasurat 601 cetakan Maktabah As-Salafiyyah.
و صلى الله على سيدنا محمد و على والديه و آله وصحبه وسلم،
والحمدلله رب العالمين.
الفقر إلى رحمة الله الغني،
Mohammad Faeez Harith Al-Bakkaniy

Sunday, June 11, 2017

Akibat belajar tanpa guru

Belajar tanpa Guru.

Akibat Tidak Memiliki Guru
Imam Abu Hayyan al-Andalusi; salah seorang Imam ahli Tafsir,
penulis Tafsir al-Bahr al-Muhith,
dalam untaian bait-bait syair-nya menuliskan sebagai berikut:

يَظُنُّ الغُمْرُ أنّ الكُتْبَ تَهْدِيْ # أخَا جَهْلٍ لإدْرَاكِ العُلُوْمِ

ومَا يَدْرِي الْجَهُوْلُ بأنّ فيْهَا # غَوَامِضَ حَيَّرَتْ عَقْلَ الْفَهِيْمِ

إذَا رُمْتَ الْعُلُوْمَ بِغَيْرِ شَيْخٍ # ضَلَلْتَ عَنِ الصّرَاطِ الْمُسْتَقِيْمِ

وَتَشْتَبِهُ الأمُوْرُ عَليكَ حَتّى # تَصِيْرَ أضَلّ مِنْ تُوْمَا الْحَكِيْمِ


Orang lalai mengira bahwa kitab-kitab
dapat memberikan petunjuk kepada orang bodoh
untuk meraih ilmu…”
Padahal orang bodoh tidak tahu bahwa dalam kitab-kitab tersebut
ada banyak pemahaman-pemahaman sulit
yang telah membingungkan orang yang pintar”.
Jika engkau menginginkan (meraih) ilmu dengan tanpa guru
maka engkau akan sesat dari jalan yang lurus”.

Segala perkara akan menjadi rancu atas dirimu,
hingga engkau bisa jadi lebih sesat dari orang
yang bernama Tuma al-Hakim”[6].

Tuma al-Hakim adalah seorang tabib (dokter)
yang dalam praktek pengobatannya hanya berdasar buku belaka.
Suatu hari ia mendapati sebuah redaksi hadits berbunyi;
“al-Habbah as-Sawda’ Syifa’ Likulli Da’”.
Namun Tuma al-Hakim mendapati huruf ba’
pada kata al-habbah dengan dua titik; menjadi ya’,
karena kemungkinan salah cetak,
maka ia membacanya menjadi al-Hayyah as-Sawda’.
Tentu maknanya berubah total,
semula makna yang benar adalah “Habbah Sawda’ (jintan hitam)
adalah obat dari segala penyakit”,
berubah drastis menjadi “Ular hitam adalah obat bagi
segala penyakit”.

Akibatnya, Tuma al-Hakim telah membunuh banyak orang
karena “kebodohannya”,
mereka mati terkena bisa ular ganas
yang ia anggapnya sebagai obat.

Thursday, June 8, 2017

Wahai anakku khabarkan kepadaku tentang akhirat

��KITA TAHU TAPI...

Imam Ibnul Qayyim rahimahullah pernah mengisahkan, seorang anak perempuan meninggal kerana taun, kemudian ayahnya melihatnya di dalam mimpi, maka ayahnya berkata kepadanya,

"Wahai anakku khabarkan kepadaku tentang akhirat!"

Anak perempuan itu menjawab,

"Kami telah melewati perkara yang sangat besar, dan sesungguhnya kita telah mengetahui, tetapi kita tidak mengamalkannya.

Demi Allah, sesungguhnya satu ucapan tasbih atau satu rakaat solat yang tertulis dalam lembaran amalku lebih aku sukai daripada dunia dan seluruh isinya"

Berkata Ibnul Qayyim, "Anak perempuan itu telah mengatakan perkataan yang dalam maknanya (sesungguhnya kita telah mengetahui, tetapi kita tidak mengamalkan), akan tetapi banyak di antara kita yang tidak memahami maknanya"

"Kita mengetahui, bahwa ucapan Subhaanallaahi wa bihamdihi sebanyak 100 kali dalam sehari akan menghapuskan dosa-dosa kita walaupun dosa kita sebanyak buih di lautan. Akan tetapi sayang, berapa banyak hari yang kita lalui tanpa mengucapkannya sedikit pun."

"Kita mengetahui, bahawa pahala dua rakaat Dhuha setara dengan pahala 360 sedekah. Akan tetapi sayang, hari berganti hari tanpa kita melakukannya."

"Kita mengetahui, bahawa orang yang berpuasa sunnah kerana Allah satu hari sahaja, akan dijauhkan wajahnya daripada api neraka sejauh 70 musim atau 70 tahun perjalanan. Tapi sayang, kita tidak sanggup menahan lapar."

"Kita mengetahui, bahawa siapa yang menziarahi orang yang sakit akan diikuti oleh 70 ribu malaikat yang memohon keampunan untuknya. Tetapi sayang, kita belum juga menziarahi seorang pun yang sakit di bandar ini."

"Kita mengetahui, bahawa sesiapa yang membantu membangunkan masjid kerana Allah walaupun hanya sebesar sarang burung, akan dibangunkan untuknya sebuah rumah di syurga. Tetapi sayang, kita tidak tergerak untuk membantu pembangunan masjid walaupun hanya dengan beberapa ringgit."

"Kita mengetahui, bahawa sesiapa yang membantu janda dan anak yatimnya, pahalanya seperti berjihad di jalan Allah atau seperti orang yang berpuasa sepanjang hari tanpa berbuka atau orang yang solat sepanjang malam tanpa tidur.

Tetapi sayang, sampai saat ini kita tidak berniat untuk membantu seorang pun janda dan anak yatim."

*Kita mengetahui, bahawa orang yang membaca satu huruf dari Al-Quran, baginya 10 kebaikan dan satu kebaikan akan dilipat gandakan 10 kali. Tetapi sayang, kita tidak pernah meluangkan waktu membaca Al-Quran dalam jadual harian kita."

"Kita mengetahui, bahawa haji yang mabrur, tidak ada pahala baginya kecuali syurga dan akan diampuni dosa-dosanya sehingga kembali suci seperti saat dilahirkan oleh ibunya.

Tetapi sayang, kita tidak bersemangat untuk menunaikannya, padahal kita mampu untuk menunaikannya."

"Kita mengetahui, bahawa orang mukmin yang paling mulia adalah yang paling banyak mendirikan solat malam dan bahawasanya Rasulullah SAW dan para sahabatnya tidak pernah meninggalkan solat malam di tengah kesibukan dan jihad mereka.

Tetapi sayang, kita terlalu meremehkan solat malam."

"Kita mengetahui, bahawa hari kiamat itu pasti terjadi tanpa ada keraguan dan pada hari itu Allah akan membangkitkan semua yang ada di dalam kubur. Tetapi sayang, kita tidak pernah mempersiapkan diri untuk hari itu."

"Kita sering menyaksikan orang-orang yang meninggal dunia mendahului kita. Tetapi sayang, kita selalu larut dan lalai dengan senda gurau dan permainan dunia seakan kita mendapat jaminan hidup selamanya di dunia dan tidak akan pernah menyusul pemergian mereka."

Semoga kita segera merubah keadaan kita mulai detik ini dan mempersiapkan datangnya hari perhitungan yang pasti akan kita hadapi.

Hari di mana kita dipertanggungjawabkan di atas setiap perbuatan kita di dunia.

Hari ketika lisan kita dikunci, sedangkan mata, kaki dan tangan kita yang menjadi saksi.

Dan pada hari itu, setiap orang akan lari daripada saudaranya, ibu dan bapanya, teman-teman dan anaknya, kerana pada hari itu setiap orang akan disibukkan dengan urusannya masing-masing.

Saya telah mengirimkan nasihat ini kepada orang-orang yang saya cintai kerana Allah, maka kirimkanlah