Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Thursday, November 23, 2017

Siri Belajar Bahasa Arab Selangkah-Selangkah

Siri Belajar Bahasa Arab Selangkah-Selangkah dari mula sehingga Bab 20.0 dalam bentuk PDF telah sedia untuk dimuat turun (download) oleh sesiapa yang berminat.
Versi PDF ini lebih mudah untuk dicetak sendiri ataupun dibaca atas skrin komputer ataupun handphone anda. Tulisannya lebih besar dan lebih jelas daripada teks di facebook.
Sila download di sini: http://extraminda.com/BBASS2.pdf
Sesiapa yang sudah download, diminta komen di sini 'saya download' ataupun apa-apa feedback. Saja saya nak tahu berapa orang sudah download. Mungkin sebagai pemangkin semangat untuk sediakan sambungannya secepat mungkin... 
InsyaAllah, kita akan uploadkan satu set PDF untuk setiap 10 bab.
Sesiapa yang telah pun mencetak bab 0 hingga bab 10, tidak perlu ulang cetak bab-bab berkenaan lagi kerana tidak ada suntingan yang signifikan melainkan ada sedikit pembetulan kecil sahaja yang boleh diabaikan. Laraskan printer anda untuk cetak bermula dari Bab 11.
Kandungan PDF ini diizinkan untuk kegunaan personal atau kumpulan atau untuk sebaran secara percuma.
Jazakumullahu khairan di atas semua sokongan like, share & comment. Barakallahu fikum.
P E N G H A R G A A N
Seandainya draf buku ini ditakdirkan menjadi sebuah buku yang bercetak, InsyaAllah, maka ruangan PENGHARGAAN di permulaaan buku tersebut akan dikhususkan untuk mengabadikan nama-nama mereka yang telah membantu menjayakan buku ini. Terutamanya kepada 10 orang yang paling kerap mengambil bahagian menjawab soalan-soalan latihan mengikut masa yang diberikan.
Selain menjadi rujukan yang sangat berharga kepada pelajar-pelajar lain, jawapan yang dikongsikan mereka di ruangan facebook itu menjadi feedback yang sangat penting untuk proses penyediaan dan penambahbaikan bahan-bahan yang ada di dalam buku itu nanti.
Semoga Allah mengganjarkan pahala yang mengalir berterusan dari ilmu yang bermanfaat kepada semua yang telah/sedang/akan mengambil bahagian. Aamiin.

5 comments:

Unknown said...

Info amat berguna.. terima kasih jazakallah

Unknown said...

Saya download.. jazakallahu khair

Unknown said...

الحمدلله
Sudah berjaya download. Moga manfaat dapt terus dikongsikan berganda2.. ��

wan said...
This comment has been removed by the author.
wan said...

terima kasih