Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Friday, June 22, 2018

KEHEBATAN KEILMUAN & KETOKOHAN SYEIKH AHMAD BIN MUHAMMAD ZAIN AL-FATHANI

KEHEBATAN KEILMUAN & KETOKOHAN SYEIKH AHMAD BIN MUHAMMAD ZAIN AL-FATHANI.

Diantara kitab 'Aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang paling berpengaruh di Alam Melayu ialah kitab FARIDATUL FARAID FI 'ILMIL 'AQAAID yang dikarang oleh Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani pada tahun 1313H/1895M di Makkah al-Mukarramah.

Walaupun kitab ini nipis jika dibandingkan dengan kitab-kitab 'Aqidah yang lain yang dikarang oleh ulama Melayu seumpama Warduz Zawahir, Ad-Duruts Tsamin, Aqidatun Najin, namun kitab Faridatul Faraid tetap menjadi kitab yang mempunyai keistimewaan yang tersendiri sehinggakan ianya telah dicetak beratus kali cetakan dan dari puluhan penerbit dari ianya selesai dikarang sehinggalah kehari ini.

Almarhum guru saya Syeikh Wan Mohd Shaghir Abdullah ada menceritakkan di muqadimah transliterasi kitab Faridatul Faraid "Sewaktu saya ke Mekah pada tahun 1979, salah seorang 'alim berasal dari Fathani mengatakan bahawa kitab Faridatul Faraid jika diajar oleh orang yang lebih 'alim, lebih sedap, lebih luas, dan lebih mengasyikkan. Salah seorang tuan guru pondok di Fathani mengatakan bahawa kitab Faridatul Faraid tetap akan diajarkan di pondok-pondok dalam wilayah Fathani. Menurutnya lagi, hingga ke hari ini tidak ada satu kitab Tauhid dalam bahasa Melayu yang menyamai kemasyhuran kitab Faridatul Faraid. Mereka menyebut bahawa dalam kitab ini mempunyai pengertian yang tersirat, baik ditinjau dari segi susunan Nahu dan Saraf, mahupun penafsiran secara batin atau rahsia...".

Pada bulan Ramadhan tahun lepas saya ada mengeluarkan mengenai wakaf kitab Faridatul Faraid ini di dalam Facebook saya, namun ada segelintir hamba ALLAH yang memperkecilkan bahkan menghina kitab ini dan juga pengarangnya dengan pelbagai tuduhan yang mereka sendiri tidak mengerti isi kandungan kitab ini, kerana mereka sememangnya tidak mempelajari kitab ini. Dan juga mereka tidak mengenali peribadi pengarangnya Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fathani.

Pada mereka Syeikh Ahmad al-Fathani yang mereka hina itu tidak lebih dari seorang guru yang hanya dikenali di kampung-kampung. Disini saya ingin senaraikan beberapa keistimewaan Syeikh Ahmad al-Fathani supaya mereka dan kita semua lebih mengenali kehebatan ulama Alam Melayu kita sendiri:

1) Syeikh Ahmad telah menghafal al-quran pada usia 6 tahun dan mula mengajar ilmu nahwu dirumah dan masjidil haram semasa beliau baru berusia 12 tahun.

2) Beliau adalah orang/ulama Melayu yang pertama belajar di Universiti al-Azhar mesir pada usia 15 tahun sehingga beliau di gelar oleh ulama Makkah Syeikh Ahmad az-Zaki Mesir.

3) Beliau pernah dipinang untuk dijadikan menantu oleh Syarif Husein Makkah pada waktu itu kerana mengkagumi ketinggian ilmu bahasa arab Syeikh Ahmad al-Fathani selepas beliau memenangi pertandingan mengubah Syair yang dianjurkan oleh Syarif Makkah yang diukuti ramai ulama arab Makkah, namun Syeikh Ahmad al-Fathani menolaknya.

4) Beliau telah menguasai 47 bidang ilmu keislaman sewaktu usia beliau belum mencapai 30 tahun.

5) Beliau ulama Melayu pertama yang dilantik sebagai penasihat politik kepada kerajaan Turki Utsmaniyah terutama hubungan dengan sultan-sultan Melayu.

6) Beliau ulama melayu pertama yang dilantik sebagai pentashih kitab-kitab dan surat-surat rasmi kerajaan Turki Utsmaniyah sebelum dihantar ke destinasinya.

7) Beliau diberi kepercayaan oleh beberapa orang ulama besar Makkah untuk menyemak dan memberikan syair pada kitab-kitab karangan mereka yang semuanya dalam bahasa Arab.

8) Beliau ulama Melayu yang pertama memperjuangkan percetakan kitab Melayu/jawi secara besar-besaran yang tersebar sehingga hari ini.

9) Beliau telah dilantik menjadi WAKIL ulama Makkah ke Mesir untuk menyelesaikan pertikaian khilafiyah diantara Sayid Yusuf an-Nabhani dan Syeikh Muhammad Abduh.

10) Beliau satu-satunya ulama yang boleh membuat emas dengan campuran kimia-kimia dan mengarang mengenainya.

11) Beliau ulama Melayu pertama yang menjadi doktor perubatan yang menggabungkan perubatan Islam (doa-doa & wafak) perubatan tradisional ( tumbuh-tumbuhan herba & binatang) dan moden( ubat-ubatan kimia)

12) Beliau ulama Melayu pertama yang mengasaskan pertubuhan/organisasi rasmi orang melayu di Makkah dengan nama Jam'iyatul Fathaniyah, setelah itu diikuti para kader beliau di pelbagai tempat di Nusantara.

13) Beliau juga dilantik sebagai penasihat politik oleh beberapa orang Sultan di Alam Melayu yang kebanyakkannya adalah merupakan murid beliau seperti Patani, Kelantan, Terengganu, Kedah, Johor, Riau, Langkat, Deli dan lain-lain.

14) Beliau telah meninggalkan lebih dari seratus buah karangan yang mencakupi pelbagai bidang dalam bahasa Arab dan Melayu sebelum beliau meninggal dunia pada usia yang muda, 53 tahun.

Dan banyak lagi keistimewaan-keistimewaan Syeikh Ahmad al-Fathani yang tidak disebutkan disini.

Mudah-mudahan dengan sedikit pengenalan mengenai keistimewaan dan kehebatan ilmu Syeikh Ahmad al-Fathani ini cukup sebagai jawapan kepada insan-insan yang masih memandang rendah dan sinis kepada para ulama Mu'tabar Alam Melayu. Dan supaya mereka tahu bahwa ulama kita bukan hanya berperanan di kampung-kampung tetapi mereka juga berperanan di peringkat dunia antarabangsa.

👉Saya ada menganjurkan program wakaf kitab turats ulama Nusantara untuk dihantar ke pondok2 di Malaysia, Patani, Yala & Narathiwat.

👉Kelebihan program wakaf kitab ini ialah ianya akan dimanfaatkan untuk kegunaan para pelajar pondok, belajar dari kulit ke kulit.

👉Selagi mana mereka belajar dan mengajarkan ilmu yang didapati dari kitab tersebut insyaALLAH akan mengalir pahala yang berterusan kepada para pewakaf.

👉Wakaf kitab berharga rm15 untuk 2 judul kitab:

1:MUNYATUL MUSHALLI
(Karangan Syeikh Daud al-Fathani, bab Fiqh Solat).

2:FARIDATUL FARAID
(Karangan Syeikh Ahmad al-Fathani, bab Aqidah Ahlus Sunnah wal Jama'ah).

👉Bagi sesiapa yang berhajat untuk wakafkan kitab2 tersebut boleh bank in ke akaun:

AZRUL BASARUDIN
👉BANK ISLAM 14153020030113 atau
👉MAYBANK 164100283891 atau
👉CIMB 14310070016528
dan maklumkan pada saya.

👉Tuan/Puan boleh wakafkan atas nama Ibu, Ayah dan diri sendiri atau sesiapa sahaja, sama ada yang masih hidup atau pun yang sudah tiada. Setiap kali pelajar belajar dan mengajar kitab tersebut mereka akan sedekahkan al-Fatihah kepada nama pewakaf tersebut, InsyaALLAH.

👉Untuk keterangan lanjut boleh hubungi / whatsapp saya di talian 0109446939/0143863361.

👉Menukil Syeikh Ahmad al-Fathani di diakhir kitabnya TASHILU NAILIL AMANI sebuah Hadits Nabi Shallahu 'Alaihi Wasallam, yang bermaksud:

" APABILA MATI ANAK ADAM TERPUTUSLAH AMALNYA, KECUALI TIGA MACAM YAITU:
1) DOA ANAK YANG SHALIH
2) SEDEKAH JARIAH
3) ILMU YANG DIMBIL MANFAAT DENGANNYA".

Mohon diTULARkan.

Monday, June 18, 2018

DALIL TABARRUK

DALIL TABARRUK
(Para Sahabat Bertabarruk Dengan Segalanya Yang Berkaitan Rasulullah SAW)

Daripada 'Amir ibn Abdullah ibn Zubair mengisahkan ayahnya pernah menceritakan kepadanya bahawa dia pernah datang kepada nabi ketika baginda sedang dibekam.

Setelah selesai dibekam, Baginda SAW bersabda: "Wahai Abdullah (ibn Zubair)! Pergilah kamu dengan membawa darah ini dan buanglah ia di tempat yang tidak seorang pun dapat melihat kamu."
Setelah meninggalkan Rasulullah SAW, dia mengambil darah itu, lalu meminumnya. Apabila kembali semula, Rasulullah SAW bertanya: "Apakah yang telah kamu lakukan dengan darah itu?" Dia menjawab: "Aku telah sorokkannya di tempat yang sangat tersorok, yang aku tahu ia sememangnya tersembunyi daripada orang ramai."

Baginda SAW bersabda: "Boleh jadi engkau telah meminumnya?" Dia menjawab: "Ya".
Nabi SAW bersabda: "Kenapa kamu minum darah itu? Celakalah manusia daripada kamu dan terselamatlah kamu daripada manusia." (riwayat Al-Hakim, al-Bazzar, Al-Isobah dan oleh Al-Haithami dalam Majma')

Abu Musa mengatakan bahawa Abu 'Asim berkata: "Mereka (para sahabat) berpendapat bahawa kekuatan yang terdapat pada Abdullah ibn Zubair itu disebabkan keberkatan darah tersebut."
Dalam riwayat Imam al Dar Qutni daripada hadis Asma' binti Abu Bakar juga seperti itu. Dalam hadis tersebut dinyatakan: "Dan kamu tidak akan disentuh api neraka".
Dalam kitab al Jauhar al-Maknun fi Zikr al-Qaba'il wa al-Butun disebutkan, bahawa setelah Abdullah ibn Zubair meminum darah Rasulullah SAW, meruap bau wangi kasturi daripada mulut Ibnu Zubair dan bau itu kekal di mulutnya sehingga dia disalib (syahid). (Dalam Al-Mawahib, al-Quatallani, 1:284)
Imam Tabrani meriwayatkan daripada Safinah r.a katanya: Suatu ketika, Nabi Muhammad SAW berbekam. Setelah itu, baginda bersabda: "Ambillah darah ini dan tanamlah ia daripada (dilihat) oleh binatang, burung dan manusia". Lalu, aku pun menyembunyikannya dan meminumnya. Kemudian, aku memberitahu hal itu kepada Rasulullah SAW, maka baginda pun ketawa. (Al-Haitami dalam Majma' mengatakan bahawa rijal Al-Tabrani adalah thiqah. 8:270)

Dalam Sunan Sa'id ibn Mansur melalui jalan 'Amru ibn Sa'ib disebut: "Telah sampai berita kepadanya bahawa Malik ibn Sinan r.a, bapa Abu Sa'id al Khudri, tatkala muka Nabi Muhammad SAW luka dalam peperangan Uhud, dia menghisap darah baginda SAW sampai bersih dan nampak putih bekas lukanya."
Nabi SAW bersabda: "Muntahkan darah itu!" Malik r.a menjawab: "Aku tidak akan memuntahkannya selama-lamanya." Bahkan, dia menelannya.

Nabi SAW bersabda: "Barang siapa ingin melihat seorang dari ahli syurga, maka lihatlah kepada orang ini." Ternyata, dia gugur syahid dalam peperangan Uhud.

Imam Tabrani juga meriwayatkan hadis seperti itu. Antara lain, disebutkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang mencampurkan darahku dengan darahnya, nescaya tidak akan disentuh api neraka". (Al-Haithami mengukuhkan hadis ini dalam Majma'nya, 8:270)

Berkata al-Hafiz Ibnu Hajar: "Telah meriwayatkan Abdul Razzaq daripada Ibnu Juraij, beliau berkata: Aku diberitahu bahawa nabi pernah buang air kecil ke dalam sebuah bekas yang diperbuat daripada tembikar. Kemudian, baginda meletakkannya di bawah katilnya."

Apabila baginda hendak mengambilnya kembali, ternyata bekas itu tidak mengandungi apa-apa. Rasulullah SAW bertanya kepada seorang perempuan yang bernama Barakah, pembantu Ummu Habibah yang datang bersamanya dari Habsyah: "Di manakah air kencing di dalam bekas itu?" Dia menjawab: "Aku telah meminumnya."

Rasulullah SAW bersabda: "Semoga engkau beroleh kesihatan, wahai Ummu Yusuf!" Dia memang digelar dengan gelaran Ummu Yusuf. Selepas peristiwa itu, dia tidak pernah sakit, kecuali sakit yang mengakibatkan kematiannya. (Ibnu Hajar, al-Talkhis al Habir fi Takhrij Ahadith al-Syarh al-Kabir, (2: 32))

Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Daud dan al-Nasaei secara ringkas. Berkata al Hafiz al-Suyuti: "Ibnu Abdil Bar telah menyempurnakan penulisan hadis ini di dalam al-Isti'ab." Dalam hadis tersebut, Rasulullah SAW bertanya Barakah tentang air kencing yang terdapat di dalam bekas tersebut. Lalu Barakah berkata: "Aku telah meminumnya, wahai Rasulullah!" Seperti yang disebut oleh hadis. (Al-Suyuti, Sharh Sunan Al-Nasaei, 1:32).

Dalam Bukhari dan Muslim: Para sahabat berebut mendapatkan sisa air wudhu’ Nabi sall-Allahu álayhi wasallam untuk digunakan membasuh muka mereka.Imam al-Bukhari meriwayatkan dalam kitab sahihnya akan perlakuan para sahabat dalam bertabarruk dengan air bekas wuduk Junjungan Nabi SAW. Demikian dahsyat dan bersungguh-sungguhnya mereka bertabarruk dengannya sehingga Imam al-Bukhari meriwayatkan yang mereka seolah-olah hampir saling berbunuh-bunuhan kerana berebut-rebut mendapatkan bekas jatuhan air wuduk dan air ludah baginda SAW.

Imam Nawawi dalam Syarah Sahih Muslim berkata: “riwayat-riwayat ini merupakan bukti/hujjah untuk mencari barokah dari bekas-bekas para wali” (fihi al-tabarruk bi atsar al-salihin).

Anas berkata: “Nabi sall-Allahu álayhi wasallam tinggal bersama kami, dan begitu beliau tidur, ibuku mulai mengumpulkan air peluhnya dalam suatu botol kecil. Nabi sall-Allahu álayhi wasallam terbangun dan bertanya, “Wahai Ummu Sulaim, apa yang kau lakukan?” Dia (Umm Sulaim) menjawab, “Ini adalah air peluhmu yang akan kami campur dalam minyak wangi kami dan itu akan menjadikannya minyak wangi terbaik.” (Hadits Riwayat Muslim, Ahmad). Perbuatan tersebut tidak dilarang oleh Rasulullah SAW.

Ibnu al-Sakan meriwayatkan lewat Safwan ibn Hubayra dari ayah Safwan: Sabit al-Bunani berkata: Anas ibn Malik berkata kepadaku (di tempat tidurnya saat menjelang wafatnya): “Ini adalah sehelai rambut Rasulullah sall-Allahu álayhi wasallam. Aku ingin kau menempatkannya di bawah lidahku.” Thabit melanjutkan: Aku menaruhnya di bawah lidahnya, dan dia (Anas) dikubur dengan rambut itu berada di bawah lidahnya.”

Ibnu Sirin (seorang tabi’in) berkata: “Sehelai rambut Nabi sall-Allahu álayhi wasallam yang kumiliki lebih berharga daripada perak dan emas dan apa pun yang ada di atas bumi maupun di dalam bumi.” (riwayat Bukhari,Baihaqi dalam Sunan Kubra, dan Ahmad)

Hafiz al-’Ayni berkata dalam ‘Umdat al-Qari, Vol. 18, hlm. 79: “Ummu Salamah memiliki beberapa helai rambut Nabi dalam sebuah botol perak. Jika orang jatuh sakit, mereka akan pergi dan mendapat barokah lewat rambut-rambut itu dan mereka akan sembuh dengan sarana barokah itu. Jika seseorang terkena penyakit mata atau penyakit apa saja, dia akan mengirim isterinya ke Ummu Salamah dengan sebuah bekas air, dan dia (Ummu Salamah) akan mencelupkan rambut itu ke dalam air, dan orang yang sakit itu meminum air tersebut dan dia akan sembuh, setelah itu mereka mengembalikan rambut tersebut ke dalam jiljal.”

Saturday, June 16, 2018

Sayid Ahmad Zaini Dahlan bukanlah nama asing di kalangan para pengkaji Islam

Sayid Ahmad Zaini Dahlan bukanlah nama asing di kalangan para pengkaji Islam, terutama para kyai dan santri di Pesantren-pesantren di Indonesia. Sebab banyak para ulama Nusantara yang menimba ilmu darinya di kota Mekah atau Madinah. Ulama dan mufti kota Mekah ini, merupakan seorang ulama Ahlussunnah wal jamaah kaliber dunia yang karya-karyanya banyak menjadi rujukan.
Kemasyhurannya ini dapat diketahui dari gelar-gelar dan ungkapan yang disebutkan ulama mengenai dirinya seperti al-Imam al-Ajal (Imam pada waktunya), Bahrul Akmal (Lautan Kesempurnaan), Faridu ‘Ashrihi wa Aawaanihi (Ketunggalan masa dan waktunya), Syeikhul-Ilm wa Haamilu liwaaihi (Syeikh Ilmu dan Pembawa benderanya) Hafidzu Haditsin Nabi wa Kawakibu Samaihi (Penghafal Hadits Nabi dan Bintang-bintang langitnya), Ka’batul Muriidin wa Murabbis Saalikiin (Tumpuan para murid dan Pendidik para salik).
Pada masanya, gelombang ajaran dan perpolitikan Islam garis keras yang dibawa oleh Muhammad bin Abdul Wahab—yang belakangan dikenal sebagai wahabi—mengambil momentumnya. Ajaran keras dan gerakan berdarah yang mereka lakukan dengan dukungan dunia Barat sudah sangat mengkhawatirkan. Sebagai seorang ulama sunni di masanya, Sayid Ahmad Zaini Dahlan, mengkritik ajaran wahabi yang di zamannya mulai merebak dan menguasai al-haramain (dua tanah haram, Mekah dan Madinah) di mana beliau menjadi muftinya. Pemahaman wahabi dianggapnya sebagai berbahaya dan tidak sesuai dengan ajaran-ajaran sejati ahlussunnah. Untuk itu ia menulis salah satu karya yang berjdul ad-Durarus Saniyyah fi raddi ‘alal Wahhabiyyah. Karena itu ulama ini banyak dibenci dan difitnah oleh kalangan wahabi.
Lahir di Mekah pada 1232 H/1816 M dengan silsilah nasab bersambung dengan keluarga suci Nabi saw melalui jalur Imam Hasan, cucunda Nabi Saw, karena itu beliau dipanggil Sayid. Gelar dan nasab lengkapnya adalah berikut ini :
“Al-Imam al-Ajal wal-Bahrul Akmal Faridu ‘Ashrihi wa Aawaanihi Syeikhul-Ilm wa Haamilu liwaaihi wa Hafidzu Haditsin Nabi s.a.w. wa Kawakibu Sama-ihi, Ka’batul Muriidin wa Murabbis Saalikiin asy-Sayyid Ahmad bin Zaini Dahlan bin Ahmad Dahlan bin ‘Utsman Dahlan bin Ni’matUllah bin ‘Abdur Rahman bin Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Utsman bin ‘Athoya bin Faaris bin Musthofa bin Muhammad bin Ahmad bin Zaini bin Qaadir bin ‘Abdul Wahhaab bin Muhammad bin ‘Abdur Razzaaq bin ‘Ali bin Ahmad bin Ahmad (Mutsanna) bin Muhammad bin Zakariyya bin Yahya bin Muhammad bin Abi ‘Abdillah bin al-Hasan bin Sayyidina ‘Abdul Qaadir al-Jilani, Sulthanul Awliya` bin Abi Sholeh Musa bin Janki Dausat Haq bin Yahya az-Zaahid bin Muhammad bin Daud bin Muusa al-Juun bin ‘Abdullah al-Mahd bin al-Hasan al-Mutsanna bin al-Hasan as-Sibth bin Sayyidinal-Imam ‘Ali dan Sayyidatina Fathimah al-Batuul, puteri Rasulullah saw.”
Beliau menimba ilmu di Kota kelahiran Nabi saw tersebut dan akhirnya menjadi salah satu mercusuar ulama Islam. Kecerdasanya dan penguasannya terhadap berbagai keilmuan Islam membuatnya mengemban amanat menjadi mufti Mazhab Syafi‘i, merangkap Syeikh al-Haram yaitu jabatan khusus ulama tertinggi yang mengajar di Masjid al-Haram. Sayyid Abu Bakar Syatho ad-Dimyathi dalam kitab Nafahatur Rahman menulis tentang keilmuan beliau terhadap qiraat Alquran dan menganjurkan agar para muridnya menjaga dan mengajarkannya :
“Sayyid Ahmad bin Zaini Dahlan hafal al-Quran dengan baik dan menguasai tujuh cara bacaan Qur`an (qiraah sab’ah). Beliau juga hafal kitab asy-Syaathibiyyah dan al-Jazariyyah, dua kitab yang sangat bermanfaat bagi pelajar yang hendak mempelajari qiraah sab’ah. Kerana cinta dan perhatiannya pada al-Quran, beliau memerintahkan sejumlah qari untuk mengajar ilmu ini, beliau khawatir ilmu ini akan hilang jika tidak diajar terus menerus.”
Selain itu ia juga menjalani perjuangan politik. Di mana beliau telah memberikan perlindungan kepada Syaikh Muhammad Rahmatullah al-Kiranawi al-Hindi al-‘Usmani (w 1308H/1891M) yang ketika itu diburu oleh penjajah Inggris. Bahkan beliau memperkenalkan ulama pejuang itu kepada pemerintah Makkah, dan memberikan kesempatan pada Syeikh Rahmatullah untuk membuka Madrasah Shaulatiyah.
Sekian lama tinggal dan menetap di Mekah, tetapi karena persoalan politik dan keamanan, Sayyid Ahmad Zaini Dahlan al-Hasani berangkat ke Madinah, dan menetap di sana sampai beliau wafat di Madinah pada tahun 1304H/1886M dan dimakamkan di sana. Semoga Allah senantiasa menerangi kuburnya.
Murid-muridnya
Sebagai seorang ulama yang mendunia, banyak ulama di zamannya belajar dan menimba ilmu darinya, termasuk dari Indonesia, Malaysia, dan lainnya. Diantara para ulama besar Nusantara yang menimba ilmu dan menjadi murid Sayid Ahmad Zaini Dahlan adalah : Kyai Nawawi al-Bantani, Kyai Muhammad bin Abdullah as-Shuhaimi, Kyai Muhammad Saleh Darat, Syeikh Ahmad Khatib al-Minankabawi, Sayyid Utsman Betawi, Tuan Hussin Kedah, Syeikh Ahmad Yunus Lingga, Sayyid Abdullah az-Zawawi, Datuk Hj Ahmad (Ulama Brunei), Syeikh Wan Muhammad Zainal Abidin al-Fathoni (dikenal sebagai Tok Wan Din), Syeikh Abdul Qadir al-Fathoni (Tok Bendang Daya II), Syeikh Abdul Hamid Kudus, Kyai Muhammad Khalil al-Maduri, Haji Utsman bin Abdullah al-Minankabawi (Imam, Khatib dan Kadi pertama Kuala Lumpur), Syeikh Arsyad Thawil al-Bantani, Syeikh Muhammad al-Fathoni bin Syeikh ‘Abdul Qadir al-Fathoni, Tuan Kisa’i al-Minankabawi (kakeknya Prof. Hamka), Sayid Abdur Rahman al-Idrus (Tok Ku Paloh), Syeikh Utsman Sarawak, dan Syeikh Abdul Wahab Rokan (Tuan Guru Babussalam).
Karya-Karyanya
Sayyid Ahmad Zaini Dahlan adalah seorang ulama yang produktif. Selain melahirkan para ulama beliau beliau juga menghasilkan berbagai karangan dalam berbagai cabang keilmuan Islam, seperti sejarah, kalam, perbandingan, bahasa, dan lainnya. Diantara karya-karya beliau yang terkenal adalah : al-Futuhatul Islamiyyah; Tarikh Duwalul Islamiyyah; Khulasatul Kalam fi Umuri Baladil Haram; al-Fathul Mubin fi Fadhoil Khulafa ar-Rasyidin; ad-Durarus Saniyyah fi raddi ‘alal Wahhabiyyah; Asnal Matholib fi Najati Abi Tholib; Tanbihul Ghafilin Mukhtasar Minhajul ‘Abidin; Hasyiah Matan Samarqandi; Risalah al-Isti`araat; Risalah I’raab Ja-a Zaidun; Risalah al-Bayyinaat; Risalah fi Fadhoilis Sholah; Shirathun Nabawiyyah; Mukhtasor Jiddan, Syarah Ajrumiyyah; Fathul Jawad al-Mannan; al-Fawaiduz Zainiyyah Syarah Alfiyyah as-Sayuthi; Manhalul ‘Athsyaan.
Salah satu karyanya yang “kontroversial” adalah Asnal Mathalib fi Najati Abi Thalib. Yang mana dalam karyanya tersebut, Sayid Zaini Dahlan menjelaskan tentang keimanan Abu Thalib, Paman Nabi Muhammad saw. Ketika terjadi pertentangan pendapat tentang Abu Thalib, apakah ia termasuk kaum mukmin atau kafir, dengan bijak Sayid Zaini Dahlan menulis dalam kitabnya Asnal Mtahalib fi Najati Abi Thalib sebagai berikut :
“Kami sependapat dengan para ulama yang menfatwakan, bahwa mengkafir-kafirkan Abu Thalib adalah perbuatan atau pernyataan yang menyinggung dan menyakiti hati Rasulullah saw. Walaupun kami tidak berpendapat bahwa pernyataan seperti itu sudah dapat dijadikan dasar hukum syara’ untuk menetapkan kekufuran seseorang, namun kami berani mengatakan, mengkafirkan Abu Thalib tidak dapat dipertanggungjawabkan. Sebab, dibanding dengan Abu Thalib andil kita dalam perjuangan melindungi, membantu dan membela Nabi saw dan agama Islam, barangkali belum mencapai seperseratusnya.
“Jika orang masih sukar menarik kesimpulan positif mengenai keimanan dan keislaman Abu Thalib, sebaiknya berpegang saja pada saran yang dikemukakan oleh Syaikh Muhammad bin Salamah al-Qudha’iy. Yaitu, dalam menyebut Abu Thalib hendaknya orang membatasi diri hanya pada soal-soal perlindungan, pertolongan dan pembelaan yang telah diberikan olehnya kepada Rasulullah saw. Dengan berpegang pada kenyataan sejarah yang objektif itu ia akan selamat, tidak akan tergelincir ke dalam hal-hal yang sukar dipertanggungjawabkan.”
Demikanlah pandangan, nasehat dan peringatan beliau kepada kaum muslimin tentang Abu Thalib, “Janganlah kita mengkafirkan Abu Thalib, karena mengkafirkannya sama dengan menyakiti hati Nabi saw”. Tentu tidak ada umat Islam yang ingin menyakiti hati Nabi Muhammad saw. Semoga Allah senantiasa merahmati jiwa beliau atas semua jasanya terhadap Islam. (hd/liputanislam.com)
http://liputanislam.com/kajian-islam/biografi/mengkafirkan-abu-thalib-menyakiti-hati-nabi-biografi-sayyid-ahmad-zaini-dahlan-1816-1886/

URUTAN ULAMA MENURUT SEORANG PENUNTUT ILMU

URUTAN ULAMA MENURUT SEORANG PENUNTUT ILMU

Dalam silsilah peringkat dan tahap ulama ini ada beberapa tahap yang perlu kita ketahui:

1) Nabi saw.
2) Ulama Mujtahid Mutlak di kalangan Sahabat Nabi seperti Ibn Abbas, Ibn Mas'ud ra. , Muaz bin Jabal ra. , ‘Aisyah r.ha. , Ibn Umar r.hum.

3) Ulama mujtahid mutlak di kalangan tabi'in (murid para sahabat nabi) seperti Imam Abu Hanifah r.ah (pengasas mazhab hanafi) dan Imam Malik bin anas r.ah (pengasas mazhab maliki).

4) Ulama Mujtahid mutlak dikalangan tabi' tabi'in (murid para tabi'in) seperti Imam Syafi'e r.a (pengasas mazhab syafi'e) dan Imam Ahmad bin hanbal r.a (pengasas mazhab Hanbali).

5) Ulama Mujtahid fil mazhab seperti Imam Nawawi dan Imam Rofie rah.him. untuk mazhab syafi'e, Imam Abu Yusuf dan Imam Muhammad rah.him. untuk mazhab hanafi.

6) Ulama Mujtahid fil masail seperti Imam tohawi, Imam zufar rah.him.

7) Ulama Ashabut Takhrij seperti Imam Quduri rah. bagi mazhab hanafi.

8) Ulama Ashabut tarjih seperti Imam Ibnu Hajar Haitami, Imam Khatib Syarbini rah.him dan ramai lagi imam tarjih bagi mazhab syafie,dan imam sohibul kanz,musannif bahru roiq rah.him untuk mazhab hanafi.

9) Ulama Ashabut tamiz seperti musannif hidayah bagi mazhab hanafi,imam zainuddin malibari rah.him untuk mazhab syafie dan ramai lagi.

10) Mufti seperti Syeikh Ali Jumuah (Mufti Mesir), Syeikh Ramadhan al-butti (Mufti syiria), Maulana Asyraf Ali Thanwi (Mufti India), Mufti Taqi Usmani (Mufti Pakistan), Maulana Zakariyya (pengarang kitab Fadhilat ‘Amal), Habib Umar (Darul Mustofa), Mufti Mahmudul Hassan Ganggohi (Mufti India), Mufti Maulana Hazeem dan Mufti Maulana Abd. Hamid Chin (kedua2nya guru di madrasah sri petaling), Mufti Radhaul Haq (bekas Mufti Pakistan dan kini menjabat jawatan ketua Mufti Afrika Selatan dan juga merupakan guru hadiTsku), Syeikh Nuruddin al-Banjari dan ramai lagi.

11) Maulana seperti ustaz azhar idrus, para ustaz yg sedang memberi penerangan dan tazkirah di media, masjid dan surau sekarang....

12) Penuntut penuntut ilmu agama seperti budak budak pondok dll

13) Orang awam seperti guru geografy, pilot, dokter, tukang repair laptop, tukang kebun, petani dan sebagainya. Hanya mujtahid mutlak sahaja yang layak menyatakan "pada pendapat saya" berkenaan quran dan hadits..

Ulama2 mujtahid yang lain di bawahnya pula layak berkata "pada pendapat saya" kepada al-quran dan hadis berdasarkan usul2 yang telah diberikan ulama mujtahid mutlak yang mereka pilih... Ulama2 ashab pulak layak berkata "pada pendapat saya" dalam memilih mana2 pendapat sebelumnya yang dikajinya mempunyai dalil paling kuat dan paling sesuai dengan maslahat ummat dan dirajihkannya(dimenangkan) untuk menjadi qaul muktamad/fatwa terakhir dalam sesuatu mazhab. Sampai tahap ulama paling rendah dikalangan ulama besar iaitu ulama bertahap mufti, kerjanya ialah buka kitab, mengkaji dan mencari keputusan hukum yang telah dibincangkan oleh semua kumpulan ulama besar di atasnya yang dinamakan sebagai qaul mufta bih (pendapat yang dijadikan fatwa muktamad dalam sesuatu mazhab).

Jadi mufti tak layak berkata "pada pendapat saya" dalam masalah apapun, lebih - lebih lagi tentang Al quran dan hadits, sebab semua pendapat telah dibicarakan dan telah ada diputuskan oleh para ulama sebelumnya dari zaman ke zaman, mufti tinggal jadi juru bicara untuk sampaikan keputusan - keputusan para ulama terdahulu, dan juga berbincang dengan ilmu - ilmu usul ifta (ilmu keluarkan fatwa) untuk masalah - masalah baru/modern yang belum pernah ada sebelumnya seperti hukum merokok, hukum talak lewat sms dan lain -lain.

Di bawah derajat daripada mufti adalah Maulana yaitu ulama yang telah menguasai 15 cabang ilmu (nahwu, shorof, balaghah, mantik, bayan, maani, usul fiqh, aqaid, isytiqaq, badi', qiraat, sababun nuzul, nasikh mansukh, fiqh, hadis) untuk memahami sebuah kitab dan juga telah khatam kutubusittah yakni 6 kitab hadis yang utama dalam islam secara bersanad dari syeikhul hadis yang muktabar (bukan belajar hadits dari buku saja seperti Albani dan murid-muridnya) dan juga menguasai ikhtilaf 4 mazhab...

Di bawah daripada derajat maulana ialah tholib ilm iaitu pelajar agama full time, di bawah pengawasan ulama muktabar yang sedang mempelajari 15 cabang ilmu tadi, ikhtilaf 4 mazhab dan belum khatam atau diberi ijazah sanad kutubusittah yakni 6 kitab hadis yang sahih yang paling utama...

Di bawah daripada itu adalah orang - orang awam yang LANGSUNG tidak LAYAK untuk memberi komen/pendapat tentang HUKUM HAKAM AGAMA bahkan HARAM bagi mereka untuk memberi pendapat dalam stiap hukum agama, yang halal bagi mereka hanyalah bertaqlid(mengikut) kepada para ulama, mendengar dan mengamalkan apa yang ulama sampaikan,dan mereka diperbolehkan/diharuskan untuk sampaikan ilmu itu kepada orang lain dengan syarat ia diyakini sahih datang dari lidah para ulama muktabar..contohnya jika ust azhar idrus atau ustaz don cakap arak itu haram..maka orang awam boleh untuk bagi tahu pada orang lain bahawa arak itu haram.. Sedang yang haram adalah orang awam menyatakan "pendapat sendiri" contohnya bila orang bertanya apa hukum pakai purdah? golongan jahil murokkab menjawab, " menurut pendapat saya, hukumnya tidak wajib sebab itu cuma adat orang arab saja".

Memberi jawaban seperti ini hukumnya haram dan dia bertangungjawab dipadang mahsyar nanti atas jawapan tidak berdalil seperti itu, bahkan dalam sebuah hadits, Nabi saw. menyatakan bahwa orang seperti itu SESAT dan menyesatkan orang lain.. Dari 10 golongan tadi, terpecahlah kepada 4 golongan manusia yitu:

1. Muqallid: iaitu pengikut ulama tanpa belajar dalil-dalil ulama itu karena dia yakin ulama itu ada dalil yang dapat dipercayai.(Untuk orang awam dan tolib ilmu, tahap ke 12 dan 13)

2. Muttabi’ : iaitu pengikut ulama beserta dalil agar menjadi pembela kepada mazhab ulamanya itu dan juga untuk mengajar umat dan untuk menyangkal tuduhan-tuduhan glongan sesat.(Untuk smua ulama ashab,mufti dan maulana,tahap 7,8,9,10,11)

3. Mujtahid: iaitu ulama (berkelayakan) yang bertanggungjawab untuk keluarkan hukum dan kelayakan. Mujtahid terendah ialah yang hafal 300 ribu hadis Nabi beserta sanadnya sampai Rasulullah saw tanpa silap sepatah pun. Jadi, mustahil ada mujtahid pada zaman ini. Mujtahid mutlak telah tamat pada zaman mutaqaddimin. (Untuk ulama mujtahid tahap 2,3,4,5,6)

4) Para Nabi as. : iaitu manusia terpilih yang mendapat ilmu terus dari Allah atau perantaraan Jibril as. Nabi tidak lagi wujud pada zaman ini hingga kiamat kerana Nabi Muhammad saw adalah Nabi yang terakhir. So, Masing – masing orang harus tahu diri lah , dia termasuk yang mana ! :

D Note : dalam ajaran Wahabi, mereka mencela dan mengharamkan semua muslim dari tergolong dalam golongan muqallid dan mewajibkan semua orang baik ulama atau orang awam untuk menjadi muttabi atau mujtahid,

Jadi sebab itu ramaaaaaaaaaaaai di kalangan pengikut ajaran Wahabi suka mengeluarkan pendapat sendiri selepas membaca terjemahan al Quran dan hadits dan amalkan apa yang mereka faham secara nafsu tanpa mengikuti para ulama muktabar, Jadi jangan heran kalau anda lihat ramai pengikut wahabi yang bukan ulama (seperti guru geografi,pilot,doktor perubatan,doktor falsafah), tapi berlagak seperti ulama besar dan mencela, membida’ah, menuduh bodoh, menuduh syirik kepada ulama muktabar bahkan mereka merasa kagum dengan diri sendiri dan menjadi pengarang2 buku agama tanpa tauliah atas alasan nabi dan ramai sahabat nabi cakap tentang hukum sedangkan mereka bukannya ulama tapi cuma pengembala kambing (dalil paling bodoh dalam dunia) ..

Mereka menolak fatwa2 ulama salafus soleh dan mereka tafsir sendiri Al Quran atau hadis atau pun mereka bertaqlid buta kepada ketua – ketua mereka,lalu mereka gelarkan diri mereka SALAFI..sedangkan salafi ni maksudnya pengikut ulama salafus soleh..

Wahabi pula, menolak ulama salafus soleh seperti imam 4 mazhab (bahkan ada wahabi ekstrim yang mengharamkan mengikut mazhab imam salafus soleh), kemudian mereka amal agama ikut nafsu,dan gelarkan diri sebagai salafi..