MENJAWAB FITNAH YANG DILONTARKAN TERHADAP GURU MULIA KAMI
“Alhamdulillah, pagi tadi berkesempatan menadah kitab Sifat 20:
Suatu Pengenalan Asas karangan Ustaz Muhadir Haji Joll as-Sanariyy dengan Al-Fadhil Ustaz Muhadir sendiri di Masjid Negeri Shah Alam.
Suatu Pengenalan Asas karangan Ustaz Muhadir Haji Joll as-Sanariyy dengan Al-Fadhil Ustaz Muhadir sendiri di Masjid Negeri Shah Alam.
Alhamdulillah, setakat ini belum pernah miss kuliah aqidah beliau.Di permulaan kuliah, beliau mengatakan baru menerima whatsapp daripada seorang kawan dari Pahang beritahu ada orang menulis yang beliau (Ustaz Muhadir) mengatakan dalam sebuah rancangan TV lebih kurang “Siapa yang menyimpan kitab Ihya’ Ulumiddin di rumahnya,syaitan akan lari.”
Al-Fadhil Ustaz Muhadir mengatakan kepada ahli pengajian aqidah tadi, “Mungkin orang tersebut silap quote. Semoga Allah mengampuninya. Seingat saya, saya tidak katakan begitu. Yang saya katakan, “Guru kami, Al-Habib Zain bin Ibrahim bin Sumaith menyebutkan di dalam kitabnya Al-Manhaj as-Sawi Syarh Ushul Thoriqah as-Sadah Aali Ba Alawi, “Ada para Ahlullah (wali Allah) yang melihat syaitan lari dan ada tanah di atas kepalanya. Ketika syaitan ditanya, syaitan menjawab, “Telah ditulis sebuah kitab yang aku takut manusia akan mengikut ajaran di dalam kitab tersebut. Kitab tersebut adalah Kitab Ihya'
Ulumiddin.”
Ulumiddin.”
Selepas itu Ustaz Muhadir meminta para jemaah yang ramai tadi bersaksi yang beliau memaafkan orang tersebut dan semua orang yang menulis sesuatu yang “tidak baik” dalam fb tentang perkara tersebut. Beliau juga menasihatkan supaya mendengar semula ucapannya dengan lengkap dan memahaminya sebaiknya sebelum memberi komen atau memanjang-manjangkannya dan menasihatkan bahawa “daging ulama’ beracun.”
Kemudian beliau berdoa semoga semuanya dijauhkan daripada fitnah kehidupan dan kematian dan diaminkan oleh para jemaah.
Balik rumah, saya semak buku yang beliau katakan. Allahu Akbar.....Benar apa yang beliau katakan. Biarlah saya kongsikan.Terjemahan (yang bergaris merah sahaja):
“Sayyiduna al-Imam Abdullah al-Haddad radhiyallahu ‘anhu berkata, ".......Sesungguhnya salah seorang daripada mereka (para solihin/ Auliya')
berkata, “................ Sesungguhnya salah seorang daripada melihat syaitan menaburkan tanah di kepalanya setelah ditulis kitab Ihya' ( Ulumiddin).
Lalu dia bertanya kepadanya, “Kenapakah dengan kamu (melakukan perkara tersebut)?"
Syaitan menjawab, “Telah dikarang sebuah kitab tentang Islam yang aku takut manusia akan mengikutnya (iaitu mengikut ajaran yang terkandung
di dalamnya.” (muka surat 250-251)

Apa yang jelas, Ustaz Muhadir tidak sebarangan dalam kata-katanya.Ada sumbernya. Tambahan lagi, kata-kata itu bukan kata-kata beliau,tetapi kata-kata Al-Imam al-Habib Abdullah bin Alawi al-Haddad,seorang ulama’ besar, Habib yang masyhur, malah seorang Wali Allah terkemuka yang menyusun
Ratib al-Haddad yang sangat masyhur dan berkat itu.
Lagi satu, Ustaz Muhadi maksudkan syaitan akan takut kalau orang merujuk kepada kitab Ihya’ Ulumiddin kerana kandungannya lengkap mengajar tauhid yang benar, feqah yang lengkap dan tasawuf yang mantap. Itu yang ditakutkan syaitan. Bukan letak kitab tersebut dalam rumah, syaitan lari. Fahamilah kata-kata beliau dengan baik.

Semoga Allah memberikan kita manfaat yang banyak daripada para ulama’ kita yang ikhlas. Amin.
Ditulis oleh:
Ahli pengajian Kuliah Aqidah Sifat 20,
Masjid SSAAS, Shah Alam, Selangor,
Rabu, 17 April 2019.
Ahli pengajian Kuliah Aqidah Sifat 20,
Masjid SSAAS, Shah Alam, Selangor,
Rabu, 17 April 2019.
*Disertakan kitab dan mukasurat serta kandungan kitab tersebut sebagai rujukan.
No comments:
Post a Comment