Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Thursday, August 1, 2019

saya minta sikit nasihat daripada Paksu Mid

Semasa saya ziarah Paksu Mid Bukit Tembaga حفظه الله , saya minta sikit nasihat daripada beliau tentang amalan zikir ini.

Beliau kata pada saya,"kita ni jangan dok dabik dada kata kita ini orang Tariqat, orang sufi, padahai kita bukan ahli zikir lagi, kita ini baru dok belajaq-belajaq sebut Kalimah-kalimah zikir ini" pada haih, apa pun xdak dalam diri kita ini" . Ahli zikir apa, kalo sebut Nama الله pun tak rasa apa.

😭😭😭😭

Pesan Al-'Arifbillah Tuan Guru Paksu Mid حفظه الله تعالى, "Walaupun dia berlagak dengan jubah dan serban, dia bukannya ada ilmu apa pun.. Ulaq kalau baru tumbuh siong memang suka patuk sana sini, bukan ada pantang larang langsung.. Sama jugak ayam, kalau baru tumbuh susuh dan baru pandai berkokok, memang galak sangat, ligan sana ligan sini, pukul sana pukul sini.. Kokok berderai derai, ekor penuh tahi.. Ukurlah baju di badan sendiri.. Nak buat baik bukan mudah.. Dalam 28 huruf, hanya ALIF ( ا ) saja yang tak bengkok, yang lain semua bengkok.. Jadilah kita seperti huruf Alif ( ا ).. Jangan dok kona sana kona sini, bengkok sana bengkok sini.. Jangan dok bohong kata cinta kat Nabi atau Syeikh, selagi tak sanggup terima bala dan fakir macam para sahabat.."

والله أعلم...بالصواب...

No comments: