Ciri-ciri munafik
Dusta
Hadis Rasulullah yang diriwayatkan Imam Ahmad Musnad dengan sanad yang baik:
Di dalam kitab Sahih
Bukhari dan Muslim pula),
Rasulullah bersabda:
Khianat
Sabda Rasulullah s.a.w.:
Petikan hadis ini menjelaskan bahawa barangsiapa memberikan janji kepada
seseorang, sama ada kepada isterinya, anaknya, sahabatnya, atau kepada sesiapa
sekalipun, kemudian dia mengkhianati janji tersebut tanpa ada sebab uzur syar'i
atau halangan yang benar-benar menghalang tanpa dikehendakinya, maka telah
melekat pada dirinya salah satu tanda kemunafikan.
Fujur Dalam Pertikaian
Fujur adalah keluar dari kebenaran secara sengaja sehingga kebenaran ini menjadi
kebatilan dan kebatilan menjadi kebenaran. Maka, sabda Rasulullah s.a.w. tentang
kemunafikan:
Ingkar Janji
Sabda Rasulullah SAW:
Malas Beribadah
Firman Allah s.w.t:
Jika orang munafik pergi ke masjid atau surau, dia mudah terasa berat dan
seolah-olah mahu menyeret kakinya seakan-akan terbelenggu dengan rantai. Apabila
tiba di masjid atau surau,
dia gemar memilih saf yang paling akhir. Dia tidak mahu mengetahui apa yang
dibaca di dalam solat.
Riya'
Di hadapan manusia dia sholat dengan khusyuk tetapi ketika seorang diri, dia
mempercepat sholatnya. apabila bersama orang lain dalam suatu majlis, dia tampak
zuhud dan berakhlak baik, demikian juga pembicaraannya. Namun, jika dia seorang
diri, dia akan melanggar hal-hal yang diharamkan oleh Allah SWT.[4]
Sedikit Berzikir
Firman Allah s.w.t.:
Mempercepat Solat
Orang-orang munafik juga adalah orang yang mempercepatkan solat tanpa ada rasa
khusyuk sedikit pun, tiada ketenangan dalam mengerjakannya, dan hanya sedikit
mengingat Allah di dalamnya. Fikiran dan hatinya pula tidak menyatu. Dia tidak
menghadirkan keagungan dan kebesaran Allah dalam solatnya.
Nabi SAW:
Mencela Orang Taat dan Soleh
Kaum munafik ini gemar memperolok orang-orang yang taat dengan ungkapan yang
mengandung cemuhan dan celaan. Termasuk dalam kategori orang-orang taat di sini
adalah mereka yang memiliki komitmen dalam menjalankan syari'at Allah dan Rasul-Nya,
serta mereka yang berdakwah dan berjuang keras di jalan Allah (fi sabilillah).
Maka, dalam setiap pertemuan sering kali kita temui orang munafik yang hanya
mencela orang-orang soleh ini sebagai orang-orang yang kolot, kuno, ekstrim,
fanatik, fundamentalis,
dan lain-lain gelaran yang tidak menyenangkan.
Allah berfirman di dalam al-Quran:
Mepermainkan Al-Quran, As-Sunnah, dan Nabi Muhammad s.a.w.
Kes kemunafikan ini adalah termasuk dalam kategori istihzaa' iaitu adalah
memperolok-olok atau mempermainkan hal-hal yang disunnahkan Rasulullah dan
amalan-amalan lainnya. Orang yang suka memperolok-olok dengan sengaja hal-hal
seperti itu dianggap jatuh kafir.
Firman Allah:
Bersumpah Palsu
Firman Allah SWT: "Mereka menjadikan sumpah-sumpah mereka sebagai perisai." (Al-Munafiqun:
2 & Al-Mujadilah: 16). Jika seseorang menanyakan kepada orang munafik tentang
sesuatu, dia langsung bersumpah. Apa yang diucapkan orang munafik semata-mata
untuk menutupi kedustaannya. Dia selalu mengumpat dan memfitnah orang lain. Maka
jika seseorang itu menegurnya, dia segera mengelak dengan sumpahnya: "Demi
Allah, sebenarnya kamu adalah orang yang paling aku sukai. Demi Allah,
sesungguhnya kamu adalah sahabatku."
Enggan Berinfak
Orang-orang munafik memang selalu menghindari hal-hal yang menuntut pengorbanan,
baik berupa harta maupun jiwa. Apabila menjumpai mereka berinfak, bersedekah,
dan mendermakan hartanya, mereka lakukan kerana riya' dan sum'ah. Mereka enggan
bersedekah, kerana pada hakikatnya, mereka tidak menghendaki pengorbanan harta,
apalagi jiwa.
Tidak Menghiraukan Nasib Sesama Kaum Muslimin
Mereka selalu menciptakan kelemahan-kelemahan dalam barisan muslimin. Inilah
yang disebut At Takhdzil, yiaitu sikap meremehkan, menakut-nakuti, dan
membiarkan kaum muslimin. Orang munafik percaya bahawa orang-orang kafir lebih
kuat daripada kaum muslimin.
Memperbesar Kesalahan Orang
Orang munafik suka memperbesar sesuatu peristiwa atau kejadian. Jika ada orang
yang tersilap tutur katanya secara tidak sengaja, maka si munafik ini akan
memperbesarkannya dalam apabila bertemu dengan lain dan mengajuk kesalahan
tersebut. Dia sendiri mengetahui bahawa orang itu mempunyai banyak kebaikan dan
keutamaan, walau bagaimanapun, si munafik itu tidak bersedia mengungkapkannya
kepada masyarakat melainkan kesilapan sahaja.
Firman Allah s.w.t:
Mengingkari Takdir
Orang munafik selalu membantah dan tidak redha pada
takdir Allah s.w.t. Maka, apabila ditimpa musibah atau ujian, dia mengatakan: "Bagaimana
ini. Seandainya saya berbuat begini, nescaya akan menjadi begini." Dia pun
selalu mengeluh kepada manusia lain. Hal ini jelas menunjukkan bahawa dia telah
mengkufuri dan mengingkari Qadha dan Qadar.
Firman Allah s.w.t.:
Mencaci Kehormatan Orang Soleh
Apabila orang munafik membelakangi orang-orang soleh, dia akan mencaci maki,
mengejek, mengumpat, dan menjatuhkan kehormatan mereka semasa bertemu dengan
orang lain.
Allah s.w.t. berfirman:
Selalu Meninggalkan Solat Berjemaah
Apabila seseorang itu segar, kuat, mempunyai waktu yang terluang, dan tidak
memiliki uzur syar'i, namun tidak mahu hadir ke masjid atau surau ketika
mendengar panggilan azan, maka saksikanlah dia sebagai orang munafik. [1]
Membuat Kerosakan Di Muka Bumi Dengan Dalih Mengadakan Perbaikan
Orang munafik akan selalu berusaha mengadu domba dan menghamburkan fitnah di
antara sesama manusia. Dia juga sering memberikan kesaksian palsu, menyebabkan
pertikaian antara seseorang dan saudaranya, atau antara ayah dan anaknya, serta
selalu berusaha memfitnah dan menjelek-jelekkan nama seseorang. Firman Allah SWT:
"Dan apabila dikatakan kepada mereka: janganlah kamu membuat kerusakan di muka
bumi, mereka menjawab: 'Sesungguhnya kami orang-orang yang mengadakan kebaikan.'
Ingatlah, sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang membuat kerusakan, tetapi
mereka tidak sadar." (Al-Baqarah: 11-12).
Tidak Sesuai Antara Zahir Dengan Batin Secara Zahir
Mereka mempercayai bahawa Nabi Muhammad SAW adalah Rasul Allah, tetapi di dalam
hati mereka, Allah telah mendustakan kesaksian mereka. Sesungguhnya, kesaksian
yang tampak benar secara Zahir itulah yang menyebabkan Mereka masuk ke dalam
Neraka. Penampilan zahirnya bagus dan mempesona, tetapi di dalam batinnya
terselubung niat busuk dan menghancurkan. Di luar dia menampakkan kekhusyukan,
sedangkan di dalam hatinya ia main-main.
Takut Terhadap Kejadian Apa Saja
Orang-orang munafik selalu diliputi rasa takut. Jiwanya selalu tidak tenang,
keinginannya hanya selalu mendambakan kehidupan yang tenang dan damai tanpa
disibukkan oleh persoalan-persoalan hidup apapun. Dia selalu berharap: "Tinggalkan dan biarkanlah kami
dengan keadaan kami ini, semoga Allah memberikan nikmat ini kepada kami. Kami
tidak ingin keadaan kami berubah." Padahal, keadaan tidaklah selalu apalagi
menjadi lebih baik.
Mengelak Dengan Alasan yang Bohong
Firman Allah s.w.t.:
Menyuruh Kemungkaran Dan Mencegah Kemakrufan
Mereka (orang munafik) menginginkan agar perbuatan keji tersiar di kalangan
orang-orang beriman. Mereka menggembar-gemborkan tentang kemerdekaan wanita,
persamaan hak, penanggalan hijab/jilbab. Mereka juga berusaha memasyarakatkan
nyanyian dan konser, menyebarkan majalah-majalah porno (semi-porno) dan narkoba.
Bakhil
Orang-orang munafik sangat bakhil dalam masalah-masalah kebajikan. Mereka
menggenggam tangan mereka dan tidak mau bersedekah atau menginfakkan sebahagian
harta mereka untuk kebaikan, padahal mereka orang yang mampu dan berkecukupan
Lupa Kepada Allah SWT
Segala sesuatu selalu mereka ingat, kecuali Allah SWT. Oleh sebab itu, mereka
senantiasa ingat kepada keluarganya, anak-anaknya, lagu-lagu, berbagai keinginan,
dan segala sesuatu yang berhubungan dengan duniawi. Dalam fikiran dan batin
mereka tidak pernah terlintas untuk mengingat (berdzikir) Allah SWT, kecuali
sebagai tipu daya kepada sewsama manusia semata.
Mendustakan Janji Allah Dan Rasul
Firman Allah s.w.t.:
Lebih Memperhatikan Zahir, Mengabaikan Batin
Orang munafik lebih mementingkan zahir dengan mengabaikan yang batin, tidak
menegakkan sholat, tidak merasa diawasi Allah SWT, dan tidak mengenal zikir.
Pada zahirnya, pakaian mereka demikian bagus menarik, tetapi batin mereka kosong,
rusak dan lain sebaginya.
Sombong Dalam Berbicara
Orang-orang munafik selalu sombong dan angkuh dalam berbicara. Mereka banyak
omong dan suka memfasih-fasihkan ucapan. Setiap kali berbicara, mereka akan
selalu mengawalinya dengan ungkapan menakjubkan yang meyakinkan agar tampak
seperti orang hebat, mulia, berwawasan luas, mengerti, berakal, dan
berpendidikan. Padahal, pada hakikatnya dia tidak memiliki kemampuan apapun.
Sama sekali tidak memiliki ilmu, bahkan bodoh.
Tidak memahami masalah-masalah agama
"Keistimewaan" orang-orang munafik adalah: mereka sama sekali tidak memahami
masalah-masalah agama. Dia tahu bagaimana mengenderai mobil dan mengerti perihal
mesinnya. Dia juga mengetahui hal-hal remeh dan pengetahuan-pengetahuan yang
tidak pernah memberi manfaat kepadanya meski juga tidak mendatangkan mudharat
baginya. Akan tetapi, apabila menghadapi dialog (tanya-jawab tentang
persoalan-persoalan Ad Din (Islam)), dia sama sekali tidak dapat menjawab.
Berpura-pura Dalam Dosa
Watak inilah yang paling penting membezakan antara orang munafik dan orang
mukmin.
Orang munafik menganggap ringan perkara-perkara yang melawan hukum Allah,
menentang-Nya dengan melakukan pelbagai kemungkaran dan kemaksiatan secara
sembunyi. Akan tetapi, ketika dia berada di tengah-tengah manusia dia
menunjukkan sebaliknya; iaitu berpura-pura taat.
Firman Allah SWT:
Seseorang mukmin selalu merasa bahawa dirinya diawasi oleh Allah, baik ketika
bersendirian mahupun bersama-sama orang lain. Malah, dia merasa lebih diawasi
dan diperhatikan oleh Allah ketika seorang diri.
Senang Melihat Orang Lain Susah, Susah Bila Melihat Orang lain Senang
Orang munafik apabila mendengar berita bahawa seorang ulama yang soleh tertimpa
suatu musibah, dia pun menyebarluaskan berita duka itu kepada masyarakat sambil
menampakkan kesedihannya dan berkata: "Hanya Allahlah tempat memohon pertolongan.
Kami telah mendengar bahawa si fulan telah tertimpa musibah begini dan begitu.
Semoga Allah memberi kesabaran kepada kami dan beliau." Padahal, di dalam
hatinya dia merasa senang dan terhibur karena musibah itu
No comments:
Post a Comment