Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Friday, July 31, 2020

Hakikat Najjaaad

Penjelasan Tentang lafaz "Najd" Di Dalam Hadith Nabi. Oleh: Syaikh Abu Fairuz Al-Indunisi
______________________________________________________

"Daripada Ibnu Umar -radhiallahu 'anhu, beliau berkata:

قَالَ: «اللّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي شَامِنَا وَفِي يَمَنِنَا»، قَالَ: قَالُوْا: وَفِي نَجْدِنَا. قَالَ: قَالَ: «اللّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي شَامِنَا وَفِي يَمَنِنَا»، قَالَ: قَالُوْا: وَفِي نَجْدِنَا. قَالَ: قَالَ: «هُنَاكَ الزَّلَازِلُ وَالْفِتَنُ، وَبِهَا يَطْلُعُ قَرْنُ الشَّيْطَانِ».

Maksudnya: Beliau berdoa: “Ya Allah, berkatilah untuk kami di Syam kami dan Yaman kami”. Lalu orang-orang berkata: “Dan di Najd kami”. Beliau berdoa: “Ya Allah, berkatilah untuk kami di Syam kami dan Yaman kami”. Lalu orang-orang berkata: “Dan di Najd kami”. Beliau bersabda: “Di sana (Najd) akan terjadi banyak gempa bumi, dan fitnah, dan di sana akan munculnya tanduk syaitan”.

Ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari (1037) secara "mauquf", tidak disebutkan bahwa yang berdoa tadi adalah Nabi Muhammad -sallallahu 'alaihi wasallam-, namun isyaratnya sudah ada. Dan pada nombor (7094) daripada “Sahih Bukhari”, penisbahan (doa ini) kepada Nabi -sallallahu 'alaihi wasallam- telah disebutkan secara jelas.

Saya (Abu Fairuz) -waffaqahullah– berkata: istilah Najd itu bukanlah maksudnya Najd yang ada di Saudi, tetapi di Irak, kerana hadith di atas tidak (datang) bersendirian, bahkan ia telah datang dengan beberapa lafaz iaitu: Najd, Timur dan Irak.

Di antaranya hadith Salim Ibnu Abdillah Ibnu Umar, beliau berkata:

يَا أَهْلَ الْعِرَاقِ مَا أَسْأَلَكُمْ عَنِ الصَّغِيْرَةِ وَأَرْكَبَكُمْ لِلْكَبِيْرَةِ، سَمِعْتُ أَبِي عَبْدَاللهِ بْنَ عُمَرَ يَقُوْلُ: سَمِعْتُ رسولَ اللهِ ﷺ يَقُوْلُ: «إِنَّ الْفِتْنَةَ تَجِيءُ مِنْ هَهُنَا»، وَأَوْمَأَ بِيَدْهِ نَحْوَ اْلمَشْرِقِ، «مِنْ حَيْثُ يَطْلُعُ قَرْنَا الشَّيْطَانِ، وَأَنْتُمْ يَضْرِبُ بَعْضُكُمْ رِقَابَ بَعْضٍ، وَإِنَّمَا قَتَلَ مُوْسَى الَّذِي قَتَلَ مِنْ آلِ فِرْعَوْنَ خَطَأً، فَقَالَ اللهُ عزّ و جلّ لَهُ: ﴿وَقَتَلْتَ نَفْساً فَنَجَّيْنَاكَ مِنَ الْغَمِّ وَفَتَنَّاكَ فُتُوْناً﴾.

Maksudnya: “Wahai penduduk Irak, alangkah banyaknya kamu bertanya tentang perkara yang kecil, dan alangkah seringnya kamu melakukan dosa yang besar. Aku mendengar ayahku Abdullah Ibnu Umar berkata: aku mendengar Rasulullah -sallallahu 'alaihi wasallam- bersabda (yang bermaksud):

((Sesungguhnya fitnah itu datang dari sana)) Beliau mengisyaratkan dengan tangan beliau ke arah timur, ((Dari arah terbitnya tanduk syaitan. Kamu saling memenggal leher satu sama lain. Nabi Musa hanyalah membunuh seorang pengikut Fir’aun secara tidak sengaja, lalu Allah -azza wajalla- berfirman (yang bermaksud):

((Dan engkau membunuh seseorang, lalu Kami menyelamatkan diri kamu daripada kegundahan, dan Kami menguji kamu dengan beberapa ujian.)) -HR. Muslim (2905).

Hadith-hadith Nabi -sallallahu 'alaihi wasallam- tidaklah saling bertentangan, bahkan ia saling mendukung dan menjelaskan, kerana semuanya adalah syariat (yang datang) dari Allah ta’ala.

Al-Imam Ibnul Qayyim -rahimahullah- berkata: "Lafaz-lafaz hadith itu saling menjelaskan. Ia menerangkan tentang maksud Nabi. Maka tidak boleh untuk seseorang itu hanya bergantung kepada satu lafaz dan meninggalkan lafaz yang lain." ("As Solah Wa Hukmu Tarikiha"/Ibnul Qayyim/hal.171).

Maka tidaklah bertentangan di antara lafaz Najd, Timur dan Irak di dalam hadith-hadith tersebut, kerana Irak itu di timur, dan ia ada setelah dataran tinggi (najd).

Ibnu Hajar berkata: “Al Khaththabi berkata: "Najd" itu dari arah timur. Orang yang berada di Madinah, "najd"nya adalah pedalaman Irak dan yang ada di arah-arah tersebut, kerana itu semua berada di sebelah timur dari Madinah. Asal dari istilah Najd ialah: dataran tinggi di bumi, lawan bagi kata "Ghaur", iaitu: dataran rendah. "Tihamah" itu semuanya masuk ke dalam istilah "Ghaur". Dan "Makkah" termasuk dari "Tihamah". -Selesai”. (“Fathul Bari”/13/ hal.47).

Ini semua adalah bantahan terhadap Khawarij, Asya’irah dan Sufiyyah yang suka mengutuk Negara Arab Saudi dengan menggunakan hadith tentang Najd sambil meninggalkan hadith-hadith lain yang menjelaskan akan makna Najd.

Badruddin Al ‘Ainiy -rahimahullah-  berkata: “Najd adalah semua tempat yang tinggi bermula dari Tihamah sehingga ke tanah Irak, itulah Najd”. (“Umdatul Qari”/10/hal.218).

Inilah penjelasan secara ringkas. Adapun secara lebih panjang (terperinci) lagi ada pada risalah yang lain yang belum saya terjemahkan.

Wallahu ta'ala a'lam
Walhamdulillahi Rabbil 'Alamin."

Malaysia, 24 Rajab 1440 H
______________________________________________________

Sumber: https://t.me/MaktabahFairuzAdDailamiy/1048
Olahan dan suntingan ke Bahasa Melayu oleh: Abu Ahmad Wan Shahir

No comments: