Inilah Jalan Sufi Headline Animator

Whatsap Saya

Pencerahan Bid'ah

Sunday, October 25, 2020

Guru Tok Kenali pun tolak Wahabi Anda pula bagaimana

PUAK WAHABI - disebutkan di dalam Kitab HADIQATUL AZHAR susunan SYEIKH WAN AHMAD AL-FATHONI (GURU BAGI TOK KENALI), halaman 150 & 151.

Berikut adalah petikan dari kitab HADIQATUL AZHAR yang ambe nukilkan 100% TANPA SEBARANG UBAHAN PADA TEKS ASAL:

Dan setengah daripada fitnah Puak Wahabi yang melampau mereka itu hingga memerintah mereka itu akan 2 tanah Haram (Mekah & Madinah) yang mulia. Dan mereka satu kaum yang mempunyai mazhab yang JAHAT dan JALAN YANG SESAT dan IKTIQAD YANG MUDORAT.

Dan adalah yang menghantarkan mazhab mereka itu yang keji dan yang meringkahkan (mengasaskan) dia (ialah) MUHAMMAD anak ABDUL WAHAB.

(Nota: bapa pengasas Wahabi iaitu Syeikh Abdul Wahab dan abang nya adalah ASWJ)

Dan asalnya daripada masyriq (timur: Najd) daripada Bani Tamim. Dan adalah permulaan pekerjaannya bahawasanya ia (dia) setengah daripada mereka yang menuntuti ilmu pada (di) negeri Madinah al-Munawwarah ‘ala saahibiha afdalu as-salati wa as-salam.

Dan adalah bapanya laki-laki yang soleh (ASWJ). Demikian lagi saudaranya (abangnya juga ASWJ). Dan adalah bapanya dan saudaranya (abangnya) dan sekelian guru-gurunya memfirasat (merasakan) mereka itu padanya (pengasas Wahabi iaitu Muhammad bin Abdul Wahab) bahawasa nya lagi akan jadi daripadanya SESAT dan MENYESAT  dan zaigh (menyimpang daripada jalan sebenar) dan ilhad dari kerana barang yang diketahui oleh mereka itu daripada perkataannya dan perbuatannya dan bantah-bantahannya pada kebanyakan daripada beberapa banyak masalah. Maka adalah mereka itu menakut akan manusia hampir kepadanya. Maka tahqiq oleh Allah Ta‘ala akan firasat mereka itu.

Maka meringkah (mengasaskan) ia bagi dirinya akan MAZHAB YANG SESAT dan MENYALAHI  IA AKAN SEGALA IMAM AGAMA dan MENYESAT IA AKAN SEGALA YANG JAHILIN (ORANG JAHIL) dan MENGKAFIRKAN IA AKAN SEGALA MEREKA YANG TIADA MENGIKUT MAZHABNYA daripada mukminin.

Dan menghukum ia dengan syirik mereka yang ziarah akan kubur (makam) Nabi SAW dan auliya’ (para Wali Allah) dan solihin, dan yang bertawassul dengan mereka itu.

Dan mengharam ia akan berselawat atas Nabi SAW dan beberapa i’tiqad (pegangan) yang lain daripada demikian itu. Dan bahawasa segala manusia telah kufur mereka itu daripada masa hijrah 600 tahun hingga kepada masanya itu.

Dan ialah yang membaharukan bagi mereka itu akan Islam mereka itu. Dan mentaklif (mengarang/menyusun) ia bagi mereka itu beberapa risalah dan mendatang ia dengan beberapa ibarat dan beberapa dalil atas FAHAMNYA yang SESAT dan aqalnya yang tebal. Dan mengkesamaran (mengelirukan) ia dengan demikian itu atas kebanyakan orang awam. Maka mengikut setengah mereka itu (orang awam) akan dia.

Kemudian maka masuk ia kepada setengah daripada raja-raja negeri masyriq dan diam ia (dia) pada sisi mereka itu. Dan mengaya-gaya (memujuk) ia akan mereka itu hingga tertipu daya mereka itu (raja-raja). Maka menolong mereka (raja-raja) itu akan dia. Dan tasallit (memberi kekuasaan) mereka (raja-raja) itu atas beberapa qaryah dan negeri hingga memerang mereka itu akan beberapa negeri yang besar-besar dan memilik mereka itu akan dua Tanah Haram (Mekah dan Madinah) yang mulia dan segala qura (kampung) keduanya.
Dan meroboh mereka itu akan segala qubbah tempat yang mulia-mulia dan kubur solihin. Dan mengerasi mereka itu akan manusia atas masuk kepada MAZHAB MEREKA ITU YANG CELAKA. Dan merampas mereka itu akan segala pakaian kubur Nabi (SAW) dan segala barang yang di dalam qubbahnya yang maha mulia SAW dan segala barang yang di dalam Kaabah daripada segala perkakas dan perhiasan yang indah-indah.

Dan masuk mereka itu pada Makkah pada tahun 1220. Dan telah menghasirkan (mengepung) mereka itu akan Makkah hingga lapar ahlinya dan makan setengah mereka itu akan anjing. Kemudian masuk mereka itu akan dia (Mekkah) dan memerintah mereka itu padanya (Mekkah) (selama) 7 tahun. Dan adalah pada masa itu Daulah ‘Aliyyah Uthmaniyyah (Kerajaan Uthmaniyyah) di dalam haru-hara (huru-hara) yang amat sangat.

Kemudian keluar titah daripada Sultan kepada Muhammad Ali Basha, Raja Mesir dengan suruh memerangkan mereka itu. Maka diperangkan mereka itu hingga dibinasakan dan dihilangkan daulah mereka itu dan ditawankan raja mereka itu yang bernama Abdullah Ibnu Saud dan beberapa perdana menterinya dan dibawakan mereka itu ke Mesir, kemudian ke Istanbul. Maka diarakkan mereka itu kemudian dibunuhkan mereka itu. - Syeikh Wan Ahmad Al Fathoni. 

*Guru Tok Kenali pun tolak Wahabi. Anda pula bagaimana? Tepuk dada tanya iman.* 

Catatan Muhammad al Fandani.

No comments: